kejururawatan

Download kejururawatan

If you can't read please download the document

Upload: ahmad-fitri

Post on 16-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

penugasan

TRANSCRIPT

Perasan tak, terdapat pelbagai warna jalur pada cap atau tudung jururawat? Setiap warna ini menunjukkan jenis dan tugas yang berlainan pada jururawat. Contohnya, kat hospitalku, jalur biru adalah Jururawat Terlatih U29 dan jalur ungu pula adalah Jururawat Masyarakat U19.

Apakah Jenis-Jenis dan Tugas-Tugas Jururawat?

Jururawat Pelatih

Mereka ini masih seorang pelajar kejururawatan. Masih mengikuti latihan jururawat selama 3 tahun di kolej-kolej kejururawatan yang diiktiraf.

Bermula tahun 2013, jururawat pelatih peringkat Sijil diberi elaun RM835 sebulan. Manakala jururawat pelatih peringkat Diploma pula diberi elaun RM1166.58 sebulan.

Biasanya, jururawat pelatih ini memakai topi atau tudung jururawat tanpa jalur warna.

Jururawat Masyarakat Gred U19

Jururawat dari kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Gaji pokok permulaan adalah RM1284.27 (tidak termasuk elaun lagi)

Biasanya dipanggil jururawat kebidanan

Jalur warna ungu pada topi atau tudung jururawat

Antara tugas-tugas jururawat masyarakat adalah:

Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).

Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.

Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.

Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.

Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.

Memberi pendidikan kesihatan.

Menyambut kelahiran bayi.

Jururawat Terlatih Gred U29

Jururawat Gred U29 adalah jururawat dari kelulusan Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Gaji pokok permulaan adalah RM1687.59 (tidak termasuk elaun)

Jalur warna biru pada topi atau tudung jururawat

Antara tugas-tugas Jururawat Terlatih adalah:

Tugas-tugas Jururawat Kesihatan ( Bertugas di klinik)

1. Perawatan Kesihatan Keluarga

Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.

Perkhidmatan lawatan ke rumah.

Perkhidmatan kesihatan di sekolah.

Perkhidmatan perancang keluarga.

Pendidikan kesihatan.

2. Latihan

Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

3. Menyelia

Menyelia pekerja-pekerja Auxilliary dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.

Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

4. Pentadbiran

Mentadbir klinik.

Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.

Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.

Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

Tugas-tugas Jururawat Di Hospital

1. Penjagaan Pesakit

Mengurus dan melayan makan minum pesakit.

Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.

Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.

Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.

2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.

3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.

4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.

5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Jururawat Terlatih Gred U41

Jururawat Gred U41 pula adalah jururawat dari kelulusan ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Gaji permulaan adalah RM2259.08 ( tidak termasuk elaun lagi)

Antara tugas-tugas jururawat gred U41 adalah:

1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan

Pemantauan Kejururawatan

Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.

2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan

Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.

Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.

3. Kawalan Mutu

Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.

Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.

4. Latihan Kejururawatan

Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.

Jururawat Pergigian U29

Jururawat adalah jururawat dari kelulusan Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Tugasnya adalah berbeza dari jururawat terlatih atau masyarakat.

Gaji permulaan adalah RM1687.

Antara tugas jururawat pergigian adalah:

Tugas-tugas Rawatan Pesakit

1.Am

Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua. Juga agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan.

2.Diagnosis

Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.

3.Profilaksis

Pembersihan gigi termasuk prosedur penskoleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan.

4.Restorasi

Menyedia kaviti dan membuat tempahan.

5.Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan

6.Rawatan lain mengikut arahan

Pendidikan Kesihatan Pergigian

1.Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan.

2.Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar.

3.Kaunseling

Penjagaan kesihatan Oral.

Penjagaan di rumah (Home Care).

4.Kawalan Jangkitan

5.Kejururawatan Komuniti

6.Penyelidikan Sistem Kesihatan

Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.

7.Pentadbiran dan Pengurusan

Penyelenggaraan, keselamatan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.

Memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Sapa-sapa yang berminat untuk menjadi seorang jururawat, mungkin boleh memahami tugas dan peluang kerjaya seorang jururawat melalui buku yang disediakan oleh KKM iaitu Kerjaya Jururawat. DOWNLOAD (ebook Kerjaya Jururawat ini telah dikemaskini pada 16/6/2014)

Pastikan adik memilih bidang kejururawatan ini kerana adik berminat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan bukannya sekadar ingin menjadi kakitangan kerajaan sahaja. Jika adik-adik tidak berminat, maka masalah jururawat tak sopan, garang dan tidak profesional mungkin akan timbul. Kenapa? Ini disebabkan adik bekerja dalam keadaan tertekan kerana tidak berminat dengan tugas tersebut. Bayangkan kita melakukan sesuatu perkara yang kita tidak minat setiap hari, mesti stress kan?

Kan seronok kalau pesakit datang ke hospital atau klinik untuk mendapat rawatan, jururawat atau kakitangan lain memberikan senyuman dan layanan sebaik mungkin. InsyaAllah, pasti dapat mengurangkan serba sedikit kesakitan pesakit tersebut. Betul tak?

Maka, jadilah seorang jururawat yang penyayang dan profesional. Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia.

P/s: Oh ye, ada terjumpa satu ebook Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat di mana penulisnya merupakan salah seorang penjawat awam di KKM mendedahkan rahsia bagaimana boleh dapatkan jawatan jururawat tanpa guna Kabel atau orang dalam. Klik Sini: Kerjaya Jururawat

Satu lagi panduan yang bagus kepada adik-adik yang ingin kerja di kerajaan, iaitu Rahsia Lulus Kerja Kerajaan Tanpa Sebarang Kabel.. eBook ini BESTSELLER sejak tahun 2009 lagi dan telah membantu ramai orang dapat kerja. Tapi kena baca dan praktiskan.