sarjana muda kejururawatan dengan kepujian · sarjana muda kejururawatan dengan kepujian panduan...

2
SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN I) Keperluan Kelayakan Asas a) STPM/Matrikulasi atau setaraf dengannya; lulus dalam Biologi dan Kimia atau Biologi dan Fizik; dan Lulus Kertas Umum. ATAU; Diploma Kejururawatan yang diiktiraf dengan minimum PNGK 3.00 atau setaraf dan pengalaman klinikal yang memuaskan tidak kurang dari 2 tahun dan kemasukan ke tahap sesuai dalam tempoh 4 tahun berdasarkan sistem pemindahan kredit. DAN; b) Kredit dalam Bahasa Malaysia dan Matematik di peringkat SPM. DAN; c) Lulus MUET Band 3 DAN/ATAU d) Temuduga persendirian untuk menentukan: • Kemampuan fizikal • Potensi akademik dan kualiti nilai diri •Kenyataan peribadi tentang matlamat dan minat dalam bidang kejururawatan • Kecekapan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris II) Syarat Khas Fakulti a) Kemasukan terus ke Tahun 3 Pemindahan kredit mungkin boleh dipertimbangkan untuk calon yang memenuhi keperluan berikut: • Memiliki Diploma Kejururawatan atau setara dengan PNGK 3.00 dan pengalaman klinikal yang memuaskan tidak kurang dari 2 tahun; • Memiliki Diploma Lanjutan yang diiktiraf atau setara dalam apa jua bidang kejururawatan; • Memiliki Sijil Amalan Tahunan daripada Lembaga Jururawat Malaysia; • Jika berkenaan, semua kelayakan mesti berdaftar dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) b) Kemasukan Terus ke Tahun 2 Pemindahan kredit mungkin boleh dipertimbangkan untuk calon yang memnuhi keperluan berikut: • Memiliki Diploma Kejururawatan dengan PNGK 3.00 atau setara dan kelayakan ini telah berdaftar dengan MQA; DAN • Mempunyai pengalaman klinikal 2 tahun yang memuaskan. DAN • Memiliki Sijil Amalan Tahunan daripada Lembaga Jururawat Malaysia.

Upload: others

Post on 17-Feb-2020

48 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN · SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN Panduan Pemindahan Kredit Calon yang diterima masuk terus ke tahun 2 akan dikecualikan daripada

SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN

I) Keperluan Kelayakan Asas

a) STPM/Matrikulasi atau setaraf dengannya; lulus dalam Biologi dan Kimia atau Biologi dan Fizik; dan Lulus Kertas Umum.

ATAU;Diploma Kejururawatan yang diiktiraf dengan minimum PNGK 3.00 atau setaraf dan pengalaman klinikal yang memuaskan tidak kurang dari 2 tahun dan kemasukan ke tahap sesuai dalam tempoh 4 tahun berdasarkan sistem pemindahan kredit.

DAN;

b) Kredit dalam Bahasa Malaysia dan Matematik di peringkat SPM.DAN;

c) Lulus MUET Band 3DAN/ATAU

d) Temuduga persendirian untuk menentukan: • Kemampuan fizikal • Potensi akademik dan kualiti nilai diri •Kenyataan peribadi tentang matlamat dan minat dalam bidang kejururawatan • Kecekapan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris

II) Syarat Khas Fakulti

a) Kemasukan terus ke Tahun 3Pemindahan kredit mungkin boleh dipertimbangkan untuk calon yang memenuhi keperluan berikut:

• Memiliki Diploma Kejururawatan atau setara dengan PNGK 3.00 dan pengalaman klinikal yang memuaskan tidak kurang dari 2 tahun;• Memiliki Diploma Lanjutan yang diiktiraf atau setara dalam apa jua bidang kejururawatan;• Memiliki Sijil Amalan Tahunan daripada Lembaga Jururawat Malaysia;• Jika berkenaan, semua kelayakan mesti berdaftar dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

b) Kemasukan Terus ke Tahun 2Pemindahan kredit mungkin boleh dipertimbangkan untuk calon yang memnuhi keperluan berikut:• Memiliki Diploma Kejururawatan dengan PNGK 3.00 atau setara dan kelayakan ini telah berdaftar dengan MQA;

DAN• Mempunyai pengalaman klinikal 2 tahun yang memuaskan.

DAN• Memiliki Sijil Amalan Tahunan daripada Lembaga Jururawat Malaysia.

Page 2: SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN · SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN Panduan Pemindahan Kredit Calon yang diterima masuk terus ke tahun 2 akan dikecualikan daripada

SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN

Panduan Pemindahan Kredit

Calon yang diterima masuk terus ke tahun 2 akan dikecualikan daripada mengikuti kursus-kursus berikut:

SAINS KEJURURAWATAN (Tahun 1 & 2)• Foundation of Nursing Practice I & II (7 kredit)• Adult Nursing I, II, III, IV & V (20 kredit)• Health & Health Promotion (2 kredit)• Community Health Nursing (4 kredit)• Primary Health Care (3 kredit)

SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN (Tahun 1 & 2)• Sosiologi (2 kredit)• Basic Communication & Introduction to Ethics (2 kredit)• Developmental Psychology (2 kredit)Jumlah kredit yang dikecualikan : 42 kredit

Bagi calon yang sama, semua kursus dalam komponen Sains Perubatan Asas tidak boleh dikecualikan di atas sebab-sebab berikut:• Semua kandungan dalam komponen Sains Perubatan Asas terutama Patologi, Immunologi, Hematologi dan Genetik tidak diberi tumpuan secukupnya dalam Program Diploma; dan• Hasil pembelajaran dan penyampaian kandungan tidak menepati standard yang ditetapkan.

Kursus-kursus Sains Perubatan Asas Tahun 1 & 2 berikut perlu diikuti:• Anatomi, Physiology & Biochemistry I, II & III (12 kredit)• Microbiology, Parasitology & Immunology (3 kredit)• Principles of Pharmacology (4 kredit)• Principles of Nutrition (3 kredit)

Jika berkenaan, calon yang sama juga dikehendaki mengikuti Kursus Wajib Universiti bernilai 20 kredit.Jumlah kredit yang perlu diambil : 41 kredit

Calon yang diterima masuk terus ke Tahun 2 dikecualikan daripada menduduki Peperiksaan Ikhtisas I kerana mereka dianggap selamat di atas 2 sebab:• Calon telah lulus Peperiksaan Ikhtisas Akhir Diploma Kejururawatan; dan• Calon adalah Jururawat Berdaftar dan memiliki Sijil Amalan Tahunan (APC) dan telah mengamali bidang kejururawatan selama 2 tahun

III) Lain-lain Syarat

Dalam keadaan istimewa, Senat akan meluluskan kemasukan berdasarkan kepentingan dan keperluan tertentu yang dianggap sesuai dan boleh diterima oleh Fakulti/Universiti.