september - intanbk.intan.my tentang bagaimana psikologi membentuk sikap, kemahiran dan pengetahuan...

4
SEPTEMBER Warga Proaktif, INTURA Inovatif Bengkel Experiential Learning : True Spirit S eminar Kepimpinan Muda 2017 telah diadakan pada 28 September 2017 bertempat di Dewan Jubli Perak, INTAN Wilayah Utara. Seramai 183 orang penjawat awam dari pelbagai jabatan sekitar wilayah utara telah hadir menyertai seminar ini. Seminar ini bertemakan ASK : Kelestarian Psikologi Muda dalam Abad ke 21. Seminar ini menampilkan Prof. Madya Dr. Mohamad Hashim Othman, dari Universiti Sains Malaysia dan Ybrs. Dr. Zaidi Hj. Fadhil dari Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah, Kulim selaku moderator. Kedua-dua tokoh ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang psikologi dan banyak berkongsi dengan para peserta tentang bagaimana psikologi membentuk sikap, kemahiran dan pengetahuan individu. Selain itu, seminar ini juga bertujuan memberi pendedahan dan mempersiap- kan diri penjawat awam dengan pelbagai disiplin ilmu pengetahuan agar penjawat awam berupaya dan bersedia dalam menghadapi persekitaran kerja yang semakin mencabar. Seminar Kepimpinan Muda 2017 S eramai 67 orang warga INTURA telah menghadiri Bengkel Experiential Learning : The True Spirit yang telah dianjurkan oleh Unit Pengukuhan Pasukan INTURA. Program ini telah berlangsung di Dewan Jubli Perak pada 17 September 2017. dan telah dirasmikan oleh YBrs. Pn. Zaharah binti Mohd Abdul Kader, Pengarah INTAN Kampus Wilayah Utara. Program ini melibatkan tiga modul utama iaitu sesi ice breaking, yang memfokuskan tentang semangat kerja dan motivasi diri. Modul kedua pula melibatkan aktiviti mengenal diri dan potensi diri yang memfokus- kan kepada pengertian redha dan tawakal. Manakala modul ketiga pula merangkumi prinsip true spirit, dimana para peserta didedahkan tentang maruah, konsep cintakan organisasi dan bagaimana membina nilai positif dalam diri. Program ini disampaikan oleh dua orang penceramah yang terdiri daripada En. Nor Azman Shuhaimi, Pengurus Perunding, Crystal Training Management dan Haji Razali Abdul Aziz, bekas jurulatih Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM dan Komando VAT69 dan beliau juga pernah bertugas sebagai ketua pengawal peribadi YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang semangat juang, berani dan berkeyakinan diri yang tinggi. Peserta juga didedahkan dengan bagaimana untuk meningkat- kan kerjasama berpasukan sediada dalam membantu jabatan mencapai halatuju. Peserta juga berpeluang untuk belajar secara tidak langsung kaedah merangsang pemikiran dan tingkahlaku ke arah yang lebih proaktif. Secara keseluruhannya program ini dapat membantu para peserta untuk mengenal potensi diri dan mengaplikasikannya dalam urusan kerja seharian dan secara tidak langsung dapat membantu dalam meningkatkan kerjasama berpasukan dalam organisasi. Perkongsian ilmu Warga INTURA bersama barisan penceramah dan urusetia Amanat YBrs. Pengarah INTURA

Upload: truongmien

Post on 30-May-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEPTEMBERSEPTEMBER

Warga Proaktif, INTURA Inovatif

Bengkel Experiential Learning : True Spirit

S eminar Kepimpinan Muda 2017 telah diadakan pada 28 September 2017

bertempat di Dewan Jubli Perak, INTAN Wilayah Utara. Seramai 183 orang

penjawat awam dari pelbagai jabatan sekitar wilayah utara telah hadir

menyertai seminar ini. Seminar ini bertemakan ASK : Kelestarian Psikologi

Muda dalam Abad ke 21. Seminar ini menampilkan Prof. Madya Dr. Mohamad Hashim

Othman, dari Universiti Sains Malaysia dan Ybrs. Dr. Zaidi Hj. Fadhil dari Politeknik

Tuanku Sulatanah Bahiyah, Kulim selaku moderator. Kedua-dua tokoh ini mempunyai

pengalaman yang luas dalam bidang psikologi dan banyak berkongsi dengan para

peserta tentang bagaimana psikologi membentuk sikap, kemahiran dan pengetahuan

individu. Selain itu, seminar ini juga bertujuan memberi pendedahan dan mempersiap-

kan diri penjawat awam dengan pelbagai disiplin ilmu pengetahuan agar penjawat

awam berupaya dan bersedia dalam menghadapi persekitaran kerja yang semakin mencabar.

Seminar Kepimpinan Muda 2017

S eramai 67 orang warga INTURA telah

menghadiri Bengkel Experiential Learning : The

True Spirit yang telah dianjurkan oleh Unit

Pengukuhan Pasukan INTURA. Program ini

telah berlangsung di Dewan Jubli Perak pada 17

September 2017. dan telah dirasmikan oleh YBrs. Pn.

Zaharah binti Mohd Abdul Kader, Pengarah INTAN

Kampus Wilayah Utara.

Program ini melibatkan tiga modul utama iaitu

sesi ice breaking, yang memfokuskan tentang semangat

kerja dan motivasi diri. Modul kedua pula melibatkan

aktiviti mengenal diri dan potensi diri yang memfokus-

kan kepada pengertian redha dan tawakal. Manakala

modul ketiga pula merangkumi prinsip true spirit,

dimana para peserta didedahkan tentang maruah,

konsep cintakan organisasi dan bagaimana membina

nilai positif dalam diri.

Program ini disampaikan oleh dua orang

penceramah yang terdiri daripada En. Nor Azman

Shuhaimi, Pengurus Perunding, Crystal Training

Management dan Haji Razali Abdul Aziz, bekas

jurulatih Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM dan

Komando VAT69 dan beliau juga pernah bertugas

sebagai ketua pengawal peribadi YAB Tun Dr Mahathir

Mohamad.

Objektif utama program ini ialah untuk

memberi pendedahan kepada peserta tentang semangat

juang, berani dan berkeyakinan diri yang tinggi. Peserta

juga didedahkan dengan bagaimana untuk meningkat-

kan kerjasama berpasukan sediada dalam membantu

jabatan mencapai halatuju. Peserta juga berpeluang

untuk belajar secara tidak langsung kaedah merangsang

pemikiran dan tingkahlaku ke arah yang lebih proaktif.

Secara keseluruhannya program ini dapat

membantu para peserta untuk mengenal potensi diri

dan mengaplikasikannya dalam urusan kerja seharian

dan secara tidak langsung dapat membantu dalam

meningkatkan kerjasama berpasukan dalam organisasi.

Perkongsian ilmu

Warga INTURA bersama barisan penceramah dan urusetia

Amanat YBrs. Pengarah INTURA

Metabolism is the term for all the chemical reactions in your body. These chemical reactions keep your body alive and functioning. Here are 4 easy ways to increase your metabolism. 1. Eat Plenty of Protein at Every Meal Eating food can increase your metabolism for a few hours. This is called the thermic effect of food (TEF). It's caused by the extra calories required to digest, absorb and process the nutrients in your meal. Protein causes the largest rise in TEF. It increases your metabolic rate by 15–30%, compared to 5–10% for carbs and 0–3% for fats. Eating protein has also been shown to help you feel more full and prevent you from overeating One small study found that people were likely to eat around 441 fewer calories per day when protein made up 30% of their diet. Eating more protein can also reduce the drop in metabo-lism often associated with losing fat. This is because it helps prevent you from losing muscle, a common side effect of dieting 2. Drink More Cold Water People who drink water instead of sugary drinks are more successful at losing weight and keeping it off. This is because sugary drinks contain calories, so replacing them with water automatically reduces your calorie intake. However, drinking water may also speed up your metabolism temporarily. Studies have shown that drinking 17oz (0.5 liters) of water increases resting metabolism by 10–30% for about an hour. This calorie-burning effect may be even greater if you drink cold water, as your body uses energy to heat it up to body temperature. Water can also help fill you up. Studies show that drinking

water a half an hour before you eat can help you eat less. One study of overweight adults found that those who drank half a liter of water before their meals lost 44% more weight than those who didn't. 3. Do a High-Intensity Workout High-intensity interval training (HIIT) involves quick and very intense bursts of activity. It can help you burn more fat by increasing your metabolic rate, even after your workout has finished . This effect is believed to be greater for HIIT than for other types of exercise. What's more, HIIT has also been shown to help you burn fat. One study in overweight young men found that 12 weeks of high-intensity exercise reduced fat mass by 4.4 lbs (2 kg) and belly fat by 17%. 4. Lift Heavy Things Muscle is more metabolically active than fat, and building muscle can help increase your metabolism. This means you will burn more calories each day, even at rest. Lifting weights will also help you retain muscle and combat the drop in metabolism that can occur during weight loss. In one study, 48 overweight women were placed on a diet of 800 calories per day, along with either no exercise, aerobic exercise or resistance training. After the diet, the women who did the resistance training maintained their muscle mass, metabolism and strength. The others lost weight, but also lost muscle mass and experienced a decrease in metabolism.

Extract from http://www.healthline.com

Muka Surat 2 Berita@INTURA

Buku ini me-nyentuh tentang bagaimana un-tuk memastikan setiap individu dalam pasukan menyumbang secara optimum untuk memasti-kan kejayaan

pasukannya yang secara tidak langsung meningkatkan produk-tiviti organisasi tempat beliau bekerja. Pengarang turut mengupas ten-tang bagaimana untuk menganali-sa kekuatan dan kelemahan pasukan, peranan ketua pasukan dan budaya kerja berpasukan.

Easy Ways to Boost Your Metabolism (Backed by Science)

Artikel Pilihan

Buku ini telah dilancarkan pada 3 Oktober 2017 sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke 15 (MAPPA XV) yang berlang-

sung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Buku ini terbahagi kepada 11 bahagian yang menyentuh tentang visi TN50 yang diiringi dengan dasar yang jelas yang membawa Malaysia ke arah yang lebih dinamik, maju dan berdaya saing.

Bahan Bacaan Bulan September

Buku ini men-

jelaskan kaedah

penyelesaian

konflik di

tempat kerja

dengan pantas

melalui teknik

gerak hati

(intuisi) dan

logik.

Pengarang turut berkongsi kaedah

penyelesaian konflik dengan

menggunakan teknik ‘The Working

Circle’ yang menggabungkan 8

langkah mudah.

Buku ini sesuai untuk semua

peringkat terutamanya mereka

yang terlibat dalam bidang penye-

liaan.

Buku ini men-

jelaskan kaedah

penyelesaian

konflik di

tempat kerja

dengan pantas

melalui teknik

gerak hati

(intuisi) dan

logik.

Buku ini telah dilancarkan pada 3 Oktober 2017 sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke 15 (MAPPA XV) yang berlang-

Buku ini me-nyentuh tentang bagaimana un-tuk memastikan setiap individu dalam pasukan menyumbang secara optimum untuk memasti-kan kejayaan

pasukannya yang secara tidak

Warga Proaktif, INTURA Inovatif Muka Surat 3

Gelagat@INTURA

BENGKEL EXPERIENTIAL LEARNING : THE TRUE SPIRIT

SEMINAR KEPIMPINAN MUDA 2017

LEARN . LEAD . LEGACY

KURSUS BERJADUAL

1. Kursus Komunikasi dan Persembahan Berkesan 02/10/2017 hingga 05/05/2017

2. Kursus Pengukuhan Pasukan 02/10/2017 hingga 05/10/2017

3. Kursus Pengurusan Tatatertib 02/10/2017 hingga 04/10/2017

4. Kursus Pengukuhan Pasukan 09/10/2017 hingga 12/10/2017

5. Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan 09/10/2017 hingga 11/10/2017

6. Kursus Pemikiran Kreatif 09/10/2017 hingga 09/10/2017

Hikmah Solat

Daripada Jabir RA katanya, sabda Rasulullah SAW, bandingan sembahyang lima waktu adalah seperti air sungai yang mengalir, melimpah ruah pada pintu rumah seseorang yang dia mandi lima kali pada tiap-tiap hari.

(Riwayat Muslim)

Untuk pertanyaan kursus hubungi :

Setiausaha Kursus : 04-4218321

samb. 238 (Pn. Nazmeen bt. Shaik Daud/ Pn. Ku Intan Shakinah bt. Ku Ahmad)

samb. 118 (Pn. Mimi Noorzan bt. Abd Hamid)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bermula sebagai Pejabat Perjawatan Tanah Melayu di Singapura pada 22 Ogos 1934.

Dengan pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, pejabat itu berpindah ke Kuala Lumpur. Pejabat Perjawatan Persekutuan kemudian ditubuhkan pada 1 Julai 1954 melalui percantuman Pejabat Perjawatan Tanah Melayu, Cawangan Perkhidmatan Pejabat Ketua Setiausaha, serta Bahagian Perjawatan Perbendaharaan Persekutuan.

Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan menukarkan nama kepada Pejabat Perjawatan Malaysia dan kemudian 15 Ogos 1968 menukarkan nama semula lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Nama jabatan ini telah dikekalkan sejak masa itu.

www.wikipedia.com

Huraian

1. Setiap orang Islam diwajibkan mendirikan

sembahyang lima waktu sehari semalam kerana

sembahyang yang dilakukan itu adalah menjadi

bukti seseorang itu patuh kepada perintah Allah

SWT.

2. Setiap amalan yang disuruh melakukannya akan

dibalas dengan pembalasan yang berganda-ganda

oleh Allah SWT.

3. Sembahyang menghapuskan kekotoran maknawi

iaitu dosa-dosa kecil, seperti air menghapuskan

kekotoran zahir.

4. Sembahyang adalah ibadat yang paling utama

kerana ia adalah tiang agama.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin (JAKIM)

Diterbitkan oleh: Unit Penerbitan, Pusat Sumber Maklumat, INTAN Wilayah Utara Arkib Berita@INTURA boleh di akses di http://psmintura.blogspot.com

1 Sentiasa Di Hadapan Memacu Transformasi Melalui Pembelajaran

Tahukah Anda

Hadis Pilihan

Kursus Sepanjang Oktober 2017