15 punca kegagalan bisnes online

31
RM30.00 15 PUNCA KEGAGALAN DALAM BISNES INTERNET “Menjejaki Perangkap - Perangkap Maut Dunia Perniagaan Internet Yang akan Membunuh Perniagaan Online Anda” Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana – mana artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, mekanik, fotokopi atau cara lain tanpa kebenaran bertulis dari penulis asal buku ini. Buku ini juga TIDAK BOLEH DIJUAL SEMULA DAN DIEDARKAN SECARA PERCUMA.

Upload: mamakerry

Post on 20-Nov-2015

56 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Menerangkan bagaimana kita boleh gagal dalam bisnes online.

TRANSCRIPT

  • RM30.00

    15 PUNCA KEGAGALAN DALAM BISNES INTERNET

    Menjejaki Perangkap - Perangkap Maut Dunia Perniagaan Internet Yang akan Membunuh Perniagaan Online Anda

    Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana mana artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, mekanik, fotokopi atau cara lain tanpa kebenaran bertulis dari penulis asal buku ini. Buku ini juga TIDAK BOLEH DIJUAL SEMULA DAN DIEDARKAN SECARA PERCUMA.

  • PENAFIAN / DISCLAIMER Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti. Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh itu,sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan menaip dan kandungan di dalam buku ini. Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung. Anda dirayu supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar seberapa banyak tentang perniagaan internet dan perkara yang dibincangkan, dan menjalinkan maklumat ini dalam keperluan diri anda sendiri. Dengan pembelian buku panduan ini, anda tersekat oleh syarat-syarat di atas.

  • Salam Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia

    Perniagaan diinternet merupakan salah satu model perniagaan yang semakin hari semakin mendapat sambutan. Hampir setiap hari, ada sahaja usahawan internet baru yang mula melancarkan produk atau perkhidmatan mereka. Ini merupakan satu perkembangan yang amat positif dimana perniagaan internet sudah mula mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Malah, ia turut menyumbang ke arah penghasilan lebih ramai lagi golongan usahawan khususnya para belia.

    Namun begitu, sebagaimana ramainya usahawan baru muncul, sebegitu juga ramainya usahawan yang berundur setelah mengalami kegagalan. Menurut statistik, hanya 4% peratus sahaja usahawan internet yang berjaya di tahun pertama, 11% lagi hanya cukup cukup makan sahaja. Yang mengejutkan pula, 85% usahawan baru gagal di 5 tahun yang pertama (sumber: Secrets of Internet Millionaire Revealed, Dr. Irfan Khairi).

    Ini semestinya satu statistik yang amat menakutkan khususnya bagi mereka yang berkeinginan untuk menceburi bidang perniagaan internet ini buat kali pertama. Statistik ini juga membuktikan bahawa perniagaan internet juga satu bidang perniagaan yang mencabar serta memerlukan perhatian yang serius.

    Statistik ini juga dilihat bertentangan dengan apa yang dicanangkan dimana perniagaan internet sangat mudah dilakukan dan mampu memikat ramai pelanggan dari seluruh dunia serta memberikan keuntungan segera tanpa perlu bekerja keras!

    Benarkah ianya begitu? Jika benar, kenapa setiap hari semakin ramai usahawan internet baru muncul?

    Sebenarnya, setiap kegagalan pasti ada puncanya. Mereka yang tergolong sebagai sebahagian dari statistik 85% tersebut mungkin tidak menyedari punca kegagalan mereka disebabkan beberapa faktor penting, antaranya melakukan kesilapan kesilapan umum tanpa disedari dan akhirnya kesilapan tersebut menjadi perangkap yang membawa maut kepada perniagaan mereka.

  • Maka, inilah tujuan ebook ini dihasilkan agar setiap usahawan baru (termasuk yang lama juga) dapat mengenalpasti punca punca kegagalan sebuah perniagaan internet, seterusnya menjauhkan diri dari melakukannya. Ebook ini sengaja diberikan tajuk Rahsia Kegagalan Perniagaan Internet, kerana punca punca kegagalan ini tidak dibincangkan secara meluas dan disimpan umpama sebuah rahsia. Jika kita lihat diluar sana, kebanyakan ebook yang dipasarkan lebih menjurus ke arah Rahsia Kejayaan perniagaan internet.

    Namun, hakikatnya untuk berjaya kita juga harus mengelakkan diri kita dari melakukan kesilapan yang boleh membawa padah dan menyedari kehadiran perangkap perangkap maut yang boleh membunuh perniagaan internet kita.

    Semoga dengan terbitnya ebook ini, anda sudah boleh merancang perniagaan internet anda dengan lancar dengan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan diri daripada menjadi sebahagian dari statistik 85% perniagaan yang gagal.

    Selamat membaca dan selamat berjaya dalam peniagaan anda,

    Ahmad Shahrin Bin Mohamad Anuar

    www.teknikbisnesonline.com

    Diari WAHD

  • Sebelum memulakan perniagaan, lebih baik sekirana kit adapt membuat sedikit

    penyelidikan tentang pasaran produk yang ingin kita jual tersebut.Produk yang kita

    jual mestilah selari atau padan dengan pasaran yang kita boleh.

    Sebelum mula menjual atau memasarkan produk, cuba kita amalkan teori di bawah

    ini:

    Boleh Tak Saya Menjual Sikat Kepada Orang Botak?

    Ramai yang menganggap bahawa mereka boleh menjual apa sahaja di internet

    kerana percaya laman web mereka bakal dilawati oleh jutaan orang. Sangak

    mereka, sudah pasti sebahagian dari pelawat tersebut akan membuat pembelian.

    Jika semudah itu, pasti semua usahawan internet sudahpun menjadi menjadi

    jutawan dengan segera.

    Hakikatnya, tidak semudah itu. Kecualilah anda mempromosikan laman web anda

    secara agresif dan mungkin melaburkan sejumlah wang untuk menampung kos

    pengiklanan. Itupun hanya untuk menggalakkan pengunjung melawat laman web

    ataupun blog anda. Tetapi ini belum tentu akan membuatkan mereka membeli

    produk yang anda jual.

    Ramai pelawat tidak bermakna ramai pembeli. Ini disebabkan ada di antara pelawat

    ini mahu mmbuat perbandingan harga dan mendapatkan lebih informasi mengenai

    produk yang anda jual sahaja. Yang penting ialah, anda harus faham bahawa tidak

    semua orang memerlukan produk anda. Jika anda terus mempromosikan laman web

    anda kepada mereka yang tidak memerlukan produk anda, sudah tentu anda hanya

    membuang masa (kemungkinan wang anda juga).

    Sedarkah kita selama ini bahawa kita sedang melakukan proses yang terbalik?

    Seharusnya kita terlebih dahulu mencari permintaan dan pasaran sebelum memilih

    produk untuk dipasarkan. Ya, kita harus tahu siapakah yang akan memerlukan

    produk kita. Tetapi kebanyakan kita menghasilkan produk terlebih dahulu sebelum

  • mencari pasaran. Ini proses yang terbalik dan ia menyebabkan kita mempromosikan

    produk secara rambang tanpa ada sasaran khas.

    Sebagai contoh, bolehkah anda menjual sikat kepada orang yang berkepala botak?

    Itulah sebabnya kenapa ada sesetengah produk yang dianggap baik, masih tidak

    mendapat jualan yang tinggi. Sebagai contoh di atas, walaupun sikat anda diperbuat

    dari besi waja sekalipun, ia tetap tidak bermakna kepada mereka yang botak.

    Sebabnya ialah, mereka tiada rambut untuk disikat. Tetapi, bagaimana pula jika

    anda menjual ubat untuk melebatkan rambut? Pasti keputusannya berbeza bukan?

    Ramai usahawan yang gagal mengenal pasti sasaran bagi produk mereka. Ini

    menyebabkan produk mereka tidak mendapat jualan yang tinggi dan akhirnya

    memusnahkan perniagaan mereka.

    Oleh sebab itu, anda harus mengkaji sebaik mungkin permintaan pasaran dan

    mengenalpasti golongan sasaran anda. Dengan itu, anda akan dapat menghasilkan

    produk yang memenuhi permintaan dan mensasarkannya secara tepat kepada

    mereka yang memerlukan.

    Mengenali sasaran prospek anda juga penting untuk memastikan komunikasi anda

    dengan mereka sesuai mengikut tahap umur, pekerjaan, lokasi dan latar belakang.

    Sebagai contoh, cara berkomunikasi anda dengan seorang pelajar berbeza dengan

    seorang yang sudah lebih tua. Tanpa komunikasi yang baik, apa yang anda ingin

    sampaikan mungkin tidak jelas dan menjejaskan jualan anda.

    Ingatlah salah satu kunci kejayaan dalam pemasaran produk ialah keupayaan anda

    untuk memenuhi permintaan dan mengenalpasti golongan sasaran anda.

    Tidak percaya, tidak mengapa, buat sahaja. InsyaAllah ada hasilnya nanti.

  • Bayangkan suatu hari anda menyertai satu pameran keusahawanan, dan anda diberi peluang untuk mempamerkan produk anda. Memandangkan produk anda agak baik, maka ramailah pelawat datang ke ruang pameran anda serta menyatakan minat mereka terhadap produk anda. Namun mereka masih belum mahu membeli disebabkan kekurangan wang ataupun mahu berfikir terlebih dahulu. Anda biarkan mereka berlalu sambil memberikan kad bisnes anda dengan harapan mereka akan menghubungi anda kemudian. Sebulan berlalu, dan tiada seorang pun yang menghubungi anda bertanyakan semula mengenai produk yang pernah anda pamerkan. Dua bulan seterusnya anda masih juga tidak menerima panggilan dari pelawat yang pernah melawat pameran anda. Akhirnya anda kecewa dan semangat serta momentum anda terkubur begitu sahaja. Anda harus faham, kadang kala apa yang anda promosikan boleh dilupakan kerana kesibukan aktiviti harian mereka dan tentunya ia bukan salah mereka 100%. Ini adalah kesilapan anda sendiri, kerana tidak meminta kad bisnes atau cara menghubungi mereka. Sekurang kurangnya, jika anda memiliki kad bisnes mereka atau tahu bagaimana untuk menghubungi mereka, anda boleh melakukan 'follow up' dan menyampaikan informasi terkini mengenai produk anda. Dengan ini, anda mengingatkan mereka tentang anda dan produk anda. Bayangkan anda memiliki 100 senarai pelanggan yang pernah berminat dengan produk anda, dan anda dapat menghubungi mereka serta melakukan follow up. Kebarangkalian sebahagian dari 100 pelanggan tersebut membeli produk anda sudah pasti ada. Walaupun seorang, ia tetap jualan berbanding jika anda langsung tidak melakukan sebarang 'follow up'. Begitu juga dengan perniagaan internet. Kepentingan memiliki senarai prospek harus difikirkan secara serius. Di internet, kemungkinan beratus ratus pelawat datang melayari laman web atau blog anda setiap hari. Adalah amat merugikan jika anda tidak mengambil alamat emel mereka dan menghubungi mereka kembali, mengingatkan mereka tentang tawaran anda. Sebenarnya, adalah lebih mudah mendapatkan jualan dari pelanggan yang sedia ada berbanding dengan pelanggan baru kerana mereka sudah sedia maklum dengan khidmat pelanggan serta produk anda. Proses meyakinkan mereka juga tidaklah terlalu sukar berbanding meyakinkan pelanggan baru yang baru mahu mengenali anda. Seperti kita juga, jika kita sudah biasa dengan sesebuah kedai, kita juga akan selalu ke sana kerana kita senang berurusan dengan kedai tersebut. Maka, sediakanlah satu borang opt in untuk para pelanggan anda meninggalkan alamat emel mereka. Sebagai balasan, anda boleh hadiahkan sesuatu seperti laporan percuma atau lebih baik lagi preview mengenai produk anda. Dengan cara

  • ini, dengan mudah sahaja anda boleh menghubungi mereka kembali pada bila bila masa. Anda boleh gunakan khidmat 'autoresponder' untuk memudahkan penghantaran emel dan follow up anda. Jika anda belum mampu menyewa 'autoresponder' berbayar seperti 'GetResponse' atau 'Aweber', anda boleh menggunakan 'autoresponder' percuma seperti 'EasyAutores'. Apabila perniagaan anda sudah maju, maka anda bolehlah bertukar ke 'autoresponder' berbayar yang ternyata lebih baik. Banyak perniagaan internet yang kurang maju ataupun gagal, disebabkan mereka mengambil mudah tentang perlunya memiliki senarai prospek sendiri. Ini menyebabkan mereka sentiasa mencari cari pelanggan baru setiap hari dan tentunya ini memerlukan kos pengiklanan yang tinggi. Bina dan kumpul senarai prospek anda sendiri, dan kempen promosi anda insyaAllah akan bertukar menjadi lebih mudah. Tak percaya tak mengapa, buat sahaja.

    Daftar Autoresponder Percuma

    Daftar Autoresponder Berbayar

  • Dalam bahagian sebelum ini, saya ada menekankan pentingnya pembinaan list dalam memastikan kempen pemasaran anda berjalan baik. Saya juga ada menyatakan bahawa semakin banyak list yang anda miliki, semakin besar juga peluang untuk anda mendapat jualan.

    Namun, semuanya itu bersyarat dan memerlukan anda mengambil tindakan drastik!

    Ya, memiliki senarai list yang banyak merupakan satu kelebihan. Namun, kuasa membeli daripada senarai list yang anda miliki bukanlah bergantung semata mata kepada kuantiti list yang anda kumpul.

    Ianya bergantung kepada kepada KUALITI list yang anda miliki.

    Anda harus sedar, bahawa tidak semua yang subscribe pada autoresponder anda berminat dengan produk anda. Ada yang subscribe hanya untuk mendapatkan produk percuma yang anda tawarkan sahaja dan langsung tiada minat untuk membeli. Dengan adanya list sebegini, anda sebenarnya dalam kerugian dari segi masa, tenaga dan wang. Anda meluangkan banyak masa dengan menghantar emel emel, memerah otak untuk mencipta ayat ayat yang menggoda dan jangan lupa setiap bulan anda juga membayar sewa untuk sistem autoresponder anda (hosting dan domain juga termasuk), namun tiada seorang pun yang memberikan respon positif.

    Ini tentunya situasi malang yang anda ingin elakkan.

    Ok, soalnya...bagaimana nak jadikan list sebegini menjadi list yang responsif dan berpotensi menjadi pelanggan anda?

    Caranya, anda binalah satu hubungan yang baik terlebih dahulu dengan list anda. Tanpa perhubungan yang baik, pasti tidak akan ada kepercayaan. Apabila tiada kepercayaan, bagaimana pembelian nak dilakukan?

  • Untuk membina hubungan yang baik dengan list, anda harus mengamalkan konsep 3G1T iaitu:

    Give + Give + Give = Take

    Anda harus banyak memberi terlebih dahulu sebelum menerima dari mereka. Apa yang harus anda berikan?

    Anda haruslah berikan mereka informasi informasi yang berguna, samada mengenai produk anda ataupun secara umumnya tips tips yang berguna. Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda dengan mereka dan mengajak mereka bersama sama berbincang. Dengan ini, setiap emel yang anda hantar akan nampak bersifat peribadi dan ini amat membantu membina perhubungan yang baik. Ia juga akan menonjolkan kepakaran anda kepada mereka. Sudah tentu anda akan sering dirujuk apabila anda dianggap pakar.

    Selain itu, anda boleh juga berikan secara percuma produk produk yang berfaedah seperti ebook, laporan ataupun artikel artikel untuk tujuan perkongsian.

    Apabila anda sering memberi, anda tidak lagi kelihatan seperti seorang jurujual yang hanya tahu menjual tetapi anda akan dilihat sebagai seorang sahabat yang sering membantu. Maka, disini sudah wujud rasa percaya dan yakin akan siapa diri anda serta produk anda.

    Jangan sesekali sentiasa menghantar emel promosi sahaja kerana list anda pasti tidak selesa apabila sentiasa didesak untuk membeli. Mereka menganggap penyertaan mereka sebagai list anda tidak berguna kerana mereka sebenarnya mahukan ilmu dan info yang berguna, dan bukannya desakan desakan untuk membeli! Akhirnya, emel emel yang anda hantar di delete atau tak diendahkan sama sekali. Paling teruk, mereka akan lari daripada anda dengan klik pada butang unsubscribe!

    Ini juga salah satu penyebab kenapa banyak perniagaan internet gagal kerana mereka gagal memperolehi kepercayaan dari list mereka sendiri. List menjadi pasif (mungkin juga menyampah) dan akhirnya, kosong!

  • Perniagaan internet adalah perniagaan yang dilakukan secara maya, tidak perlu berjumpa secara langsung dengan pelanggan mahupun bersua muka. Oleh itu, segala urusniaga perlu dijalankan di atas dasar kepercayaan antara satu sama lain.

    Tanpa kepercayaan, urusniaga pasti akan terjejas. Dan bagi membina kepercayaan, kredibiliti diri anda harus ditampilkan. Tambahan pula, semenjak kebelakangan ini terlalu banyak kes penipuan di internet. Kebanyakannya melalui melalui pelbagai skim cepat kaya ataupun skim pelaburan internet yang palsu. Disebabkan itu, para pelanggan sekarang sangat berhati hati dan hanya membuat transaksi dengan peniaga yang mereka percaya dan kenal sahaja. Jika anda tidak mempunyai kredibiliti, amatlah susah untuk anda meyakinkan para pelanggan anda. Oleh itu, sangat penting membina kredibiliti dan kepercayaan. Bagi pendatang baru seperti saya, amatlah penting untuk mendapatkan kepercayaan pembaca dan pelanggan sebelum saya boleh memperkenalkan sesuatu produk ataupun servis.

    Bagi orang baru seperti saya dan anda, kita boleh mencuba beberapa kaedah mudah untuk membina kredibiliti: i) Berikan informasi

    Jika anda memiliki senarai prospek, janganlah berterusan menghantar emel promosi kepada mereka. Sebaliknya, banyakkan menghantar emel yang berinformasi seperti tips tips perniagaan, informasi terkini perniagaan, kaedah kaedah membina perniagaan ataupun selitkan kisah kisah

  • motivasi sebagai galakan. Dengan ini, anda akan dianggap sebagai sahabat yang membantu, bukannya jurujual yang ingin mengambil wang mereka. ii) Berikan hadiah

    Ini juga salah satu cara untuk mengeratkan hubungan anda dengan pelanggan anda. Anda boleh hadiahkan mereka ebook ebook percuma, koleksi artikel berguna ataupun software software yang menarik. Jika tidak, anda juga boleh berikan mereka kupon kupon diskaun bagi produk anda . Konsep ini seperti konsep bercucuk tanam, semakin banyak benih yang ditabur, semakin banyak kemungkinan pokoknya tumbuh. iii) Sediakan newsletter

    Dengan menyediakan newsletter, anda akan kelihatan seperti seorang pakar didalam bidang anda. Didalam newsletter tersebut, anda boleh berikan tips, cerita motivasi dan sebagainya. Malah, boleh selitkan juga iklan mengenai produk anda. iv) Aktif berforum

    Forum adalah tempat dimana orang ramai berdiskusi tentang pelbagai topik. Anda juga boleh menyertainya, sama sama memberikan cadangan, komen atau penyelesaian terhadap isu yang dibincangkan. Semakin kerap anda berforum dan memberikan komen yang bernas, semakin kredibiliti anda sebagai pakar bakal terserlah. v) Usahasama (Joint Venture (JV))

    Sebagai orang baru, tentu sukar meraih kepercayaan dari pelanggan. Tetapi jika anda JV dengan peniaga internet yang berpengalaman, ianya pasti akan menjadi mudah. Pada pandangan pelanggan, peniaga internet yang berpengalaman ini sudah pasti memilih dengan teliti rakan usahasama mereka. Pastinya sangka mereka, para peniaga internet ini memilih anda sebagai rakan usahasama kerana anda memiliki reputasi dan kredibiliti yang baik. Ramai di antara usahawan internet yang gagal mendapat jualan kerana kredibiliti mereka diragui. Oleh itu, binalah kredibiliti anda mulai sekarang. Tak percaya tak apa, buat sahaja. insyaAllah akan datang hasilnya.

  • Menuntut ilmu itu boleh, tetapi biarlah berasas dan melalui proses yang betul. Apabila dah belajar sesuatu ilmu, ilmu itu haruslah dipraktikkan. Dalam Islam juga asda menyebut supaya mengamalkan ilmu yang kita pelajari dan menyampaikan ilmu yang berguna tersebut kepada orang lain. Masalah bagi orang baru seperti saya ini, ialah terlalu tamak nak menuntut dan memantapkan ilmu perniagaan internet. Tambahan pula kerana menyangka dengan mempersiapkan diri terlebih dahulu dengan membeli produk-produk perniagaan internet dapat membantu memajukan perniagaan yang diceburi. Belajar itu boleh, tetapi kalau terlalu asyik belajar tanpa diamalkan apa yang dipelajari, bagaimana pula hendak berjaya. Akhirnya unit setoran keras (hard disk) anda sahaja yang penuh dengan pelbagai ebook dan perisian (software) internet sahaja.

    Sama juga seperti saya, asyik teringin memantapkan ilmu dengan membeli pelbagai ebook yang hangat di pasaaran, tetapi yang betul-betul saya rujuk dan gunakan ilmunya hanyalah sedikit sahaja. Menurut saudara Derek GEHL , salah seorang pakar perniagaan internet terkenal di dunia, jangan ambil nota tetapi ambil tindakan. Ini kerana tindakan yang akan mendatangkan hasil dan keuntungan.

    Tetapi berhati-hati juga, bukan apa, kalau dah terlalu pantas mengambil tindakan juga boleh mendatangkan masalah. Apabila terlalu cepat nak meraih keuntungan, pelbagai teknik dan program pula akan dicuba pada satu-satu masa.

    Disebabkan itu, ramai yang tidak dapat fokus kepada satu cara sahaja. Mereka terpengaruh dengan promosi yang mengatakan teknik teknik tersebut berkesan. Ini menyebabkan mereka mahu mencuba dan terus mencuba tanpa menumpukan kepada satu teknik sahaja. Mereka mungkin bermula sebagai affiliate, tetapi terpengaruh pula dengan adsense kerana dengan hanya klik sahaja anda sudahpun mendapat wang. Jadi, mereka tinggalkan program affiliate sekerat jalan dan menyertai adsense. Belumpun sempat sukses dengan adsense, mereka teruja pula dengan kaedah menjual web di flippa.com. Maka, adsense ditinggalkan dan mula

  • menumpukan kepada penjualan web. Keadaan begini berterusan, akhirnya, tiada hasil yang dicapai. Sebaik baiknya, fokuskan kepada satu teknik terlebih dahulu. Sebagai contoh, anda memilih affiliate sebagai teknik untuk menjana wang di internet. Maka, tumpukan sepenuhnya terhadap teknik affiliate seperti mendapatkan ebook ebook berkenaan affiliate, menyertai seminar affiliate ataupun berguru secara langsung dengan pakar pakar affiliate. Abaikan dahulu emel atau promosi yang anda terima tentang teknik lain. Teruskan mempelajari serta mempraktikan affiliate sehinggalah anda mencapai kejayaan yang anda impikan. Kemudian, barulah anda boleh beralih ke teknik lain dan lakukan perkara yang sama. Buat dan praktikkan sehingga berjaya sebelum mempelajari teknik yang baru. Tak percaya tak apa, buat sahaja. InsyaAllah ada hasilnya.

  • Bila kita bercakap tentang perniagaan, kita sebenarnya tidak dapat lari dari melabur untuk memperbaiki tahap perniagaan kita. Seperti perniagaan konvensional diluar sana, pelaburan adalah perlu seperti mendapatkan ruang kedai, membeli perabot dan mengubahsuai kedai bagi keselesaan pelanggan.

    Begitu juga perniagaan internet. Kadang kala kita perlu melabur sedikit wang untuk menjadikan perniagaan kita lebih baik dan mendapat perhatian pelanggan. Selain itu, pelaburan juga perlu bagi menambahkan lagi bilangan pelanggan sedia ada.

    Ramai usahawan baru yang agak takut untuk melabur, kerana berpendapat pelaburan mereka akan hangus begitu sahaja jika perniagaan mereka gagal. Tetapi, pendapat ini tidak tepat kerana selain pelaburan, yang menentukan kejayaan perniagaan anda adalah sikap anda sendiri. Pelaburan sebesar manapun, tetap tidak menguntungkan jika sikap kita sentiasa negatif.

    Disebabkan itulah, ramai usahawan baru yang menggunakan khidmat hosting, domain percuma dan juga autoresponder percuma. Untuk permulaan, ianya memang baik khususnya bagi yang kurang berkemampuan tapi bukan untuk selamanya. Kelemahan utama sistem hosting percuma ialah ia akan memenuhkan laman web anda dengan iklan mereka disamping sistemnya yang kadang kala boleh black out disebabkan terlalu ramai pengguna. Begitu juga dengan domain percuma, membuatkan nama website anda kurang profesional. Sebagai contoh, yang mana lebih profesional;

    www.webanda.com atau

    www.webanda.net54.net atau

    www.freewebs.webanda.com?

    Bagi pelanggan, tentunya mereka lebih yakin dengan domain .com berbanding domain lain yang seolah olah website penipuan. Lagi pula, ia menampakkan bahawa anda seorang yang profesional. Bagaimana anda mengatakan bahawa

  • anda seorang peniaga yang baik (terutamanya jika anda menjual produk buat duit), sedangkan nama domain pun tak mampu nak sewa!

    Sebagai asas, laburkanlah sedikit wang anda untuk menyewa domain dan hosting berbayar. Begitu juga autoresponder, untuk mengumpul list. Boleh gunakan autoresponder percuma seperti freeautobot.com atau FreeFollowup.com, tapi untuk sementara sahaja kerana kadang kala anda boleh kehilangan list anda disebabkan kegagalan sistem. Gunakan sistem percuma ini hanya untuk mendapatkan pengalaman.

    Begitu juga dengan ilmu pengetahuan, jangan hanya mengharapkan produk produk percuma sahaja. Anda harus bersedia juga untuk mendapatkan material terbaik sebagai bahan rujukan. Ini disebabkan, kebanyakan produk percuma sudah tidak relevan lagi dengan keadaan semasa dan kualitinya juga kadang kala diragui. Jadi, bukanlah satu kerugian untuk anda melaburkan sedikit wang bagi mendapatkan ilmu yang boleh menguntungkan anda dimasa depan.

    Konsepnya, sama seperti kita belajar ke sekolah. Kita kena bayar yuran persekolahan (satu pelaburan), belum tentu kita dapat menjadi pelajar terbaik dan ada risikonya kita gagal dalam akademik. Namun, ianya lebih baik kita melabur untuk yuran sekolah dan bersekolah, berbanding langsung tidak bersekolah. Sekurang kurangnya kita mengenal huruf!

    Sama seperti perniagaan internet, kita melabur untuk sesuatu ilmu yang baik dan jika mengamalkannya, sudah pasti ada hasilnya. Ini tentu lebih baik dari langsung tiada!

    Ramai usahawan yang gagal kerana mereka takut untuk melabur, menyebabkan perniagaan mereka berada ditahap yang sama dan sukar untuk bersaing.

    Daftar Autoresponder Percuma

    Daftar Autoresponder Berbayar

  • Kita seharusnya faham bahawa konsep perniagaan di internet dan perniagaan fizikal tidak terlalu banyak bezanya. Jika perniagaan fizikal memerlukan bangunan atau ruang kedai untuk berniaga, perniagaan internet pula memerlukan laman web untuk mempamerkan produk.

    Cuba bayangkan situasi ini, dimana anda memerlukan sesuatu produk untuk menyelesaikan masalah anda. Anda mencari dan terus mencari, dari satu kedai ke satu kedai namun tidak juga menemuinya. Sehinggalah, seorang rakan anda mencadangkan anda pergi ke sebuah kedai di pinggir bandar. Anda pun pergi ke kedai tersebut...tapi, langkah anda tiba tiba terhenti. Dihadapan anda, sebuah kedai yang sudah uzur, cat bangunannya sudah terkopak, dindingnya ditampal dengan zink dan compang camping dengan poster yang lusuh. Apabila anda mula mendekati kedai tersebut, anda melihat barang barang yang dijual diletakkan diatas lantai sahaja tanpa disusun...

    Dan anda mula terfikir...

    Teruknya kedai ni...

    Biar betul kedai ni, macam kandang kuda je..

    Isk...gelilah nak masuk, macam rumah hantu la kedai ni

    Bagus cari tempat lain jer...

    Begitu juga situasinya, apabila laman web kita tidak kemas dan kurang menarik. Walaupun anda mungkin menjual produk yang baik, namun persepsi awal para pelawat sebaik sahaja melihat laman web anda amat penting. Laman web yang hodoh, dan isi kandungan yang berterabur akan menghilangkan minat para pelwat untuk melayarinya apatah lagi mahu membeli.

  • Maka, jadikanlah laman web anda sedap mata memandang dan struktur kandungannya kemas. Gunakan grafik yang ringkas dan jenis tulisan yang senang dibaca. Sebenarnya, tidak perlu menggunakan grafik yang terlalu canggih dengan tulisan yang berkelip kelip dan berterbangan ke sana sini kerana ia akan mengganggu fokus pelawat website anda.

    Isi kandungannya pula, gunakanlah bahasa yang senang difahami dan struktur ayat serta grafik berkaitan disusun mengikut aturan yang sepatutnya. Terangkan mengenai isi kandungan yang penting, nyatakan kelebihan serta faedah produk anda. Ini disebabkan pelanggan membeli kerana mahukan faedah yang bakal diperolehi.

    Jika anda tidak mahir membina laman web, bolehlah mengupah designer dan kosnya sekitar RM60 RM300, bergantung kepada ciri ciri laman web yang anda mahukan. Kalau anda mahu belajar buat sendiri, lagi baik tetapi ia mungkin memakan masa.

    Sertai Kelas Buat Blog & Asas Penulisan

  • Dalam perniagaan, sudah pasti ada risiko dan tidak semuanya akan berjalan lancar diawal pembabitan. Begitu juga perniagaan internet, konsepnya mungkin mudah namun ia tetap berisiko juga.

    Ramai mereka yang baru menceburi bidang ini (biasanya digelar newbie), berhenti setengah jalan sahaja dan berputus asa. Kenapa?

    Tiada jualan selepas 1 6 bulan. Kecewa!

    Wang banyak dilaburkan, namun tiada hasil.

    Tiada kemahiran asas...banyak kesilapan dilakukan, dan gagal.

    Bergerak sendirian...tiada network

    Tidak tahan karenah pelanggan...

    Banyak lagi faktor

    Ya, faktor faktor seperti diatas memang menjejaskan tumpuan anda dan sangat memberikan tekanan ataupun stress. Namun, anda harus positif jika benar benar mahu berjaya. Halangan dan cabaran seperti di atas perlu dihadapi dengan tabah, dan anda juga seharusnya menilai setiap kesilapan yang anda lakukan. Dengan melakukan penilaian terhadap kesilapan yang dilakukan, anda sebenarnya sudah selangkah maju ke hadapan kerana mampu mengenal pasti punca kegagalan anda seterusnya mencari jalan penyelesaian.

    Anda seharusnya sentiasa bermotivasi, memandang positif di sebalik kesukaran yang dialami. Yang penting, belajar dari kesilapan di samping tekun mencari ilmu yang baru.

    Anda mungkin mengatakan yang anda sudahpun bekerja keras termasuk melaburkan banyak wang demi mengejar kejayaan, namun jika hasilnya masih mengecewakan...anda harus menukar strategi anda pula. Strategi yang anda

  • gunakan buat masa ini mungkin tidak lagi relevan, maka kuatkan semangat untuk mempelajari strategi yang baru pula.

    Jangan menyerah kalah dengan mudah!

  • Ramai yang merasa puas dengan apa yang mereka perolehi dan mengambil keputusan untuk bertahan, dengan alasan mereka sudahpun memiliki apa yang mereka mahukan dan tak perlu berusaha lagi atau mengembangkan perniagaan.

    Pandangan ini secara umumnya, ada kebenarannya namun disebaliknya ia boleh menjadi pedang yang akan menikam belakang anda nanti. Bagaimana?

    Perkembangan dunia perniagaan internet berkembang dengan sangat cepat dan teknik teknik serta model perniagaan yang baru juga muncul dengan pantas. Ini kadang kala menyebabkan segala teknik yang anda praktikkan selama ini menjadi kurang relevan lagi dan akhirnya menyebabkan perniagaan anda ketinggalan.

    Saya ambil contoh, suatu ketika dahulu kaedah pembayaran yang sering digunakan ialah melalui cek atau wang pos dan dialamatkan ke alamat penjual. Sebaik sahaja cek atau wang pos diterima serta ditunaikan (untuk elakkan cek / wang pos palsu), barulah produk dihantar. Ia memakan masa sehingga seminggu untuk produk dihantar. Pada masa tersebut, ramai pelanggan berasa selesa dengan kaedah tersebut dan tak kurang juga peniaga yang menjana untung besar.

    Tapi, sekarang ini sudah ada sistem perbankan online yang mudah dan cepat. Urusan pembayaran dilakukan kurang dari 12 jam untuk pengesahan dan produk pula dapat dihantar dalam tempoh 24 jam. Jika anda masih juga menggunakan sistem pembayaran cek atau wang pos, sudah tentu ramai pelanggan anda akan beralih ke pesaing anda. Ya, zaman sekarang semua orang mahukan sesuatu dengan cepat serta mudah.

    Jadi, sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan maju ke hadapan. Jangan biarkan diri anda sentiasa ditempat yang sama, sebaliknya bergerak mengikut peredaran masa.

    Jika dahulu, promosi hanya melalui blog, brosur, emel dan kaedah berbayar seperti Adwords, tetapi kini, kita sudah boleh aplikasikan rangkaian sosial seperti Facebook

  • untuk mempromosi secara percuma. Maka, jangan takut untuk berubah dan maju ke hadapan.

  • Ini merupakan salah satu kesilapan besar yang dilakukan oleh para usahawan internet yang baru. Mereka menganggap pasaran di internet sangat besar, justeru mereka boleh melakukan promosi seorang diri tanpa perlu bantuan sesiapa pun.

    Dalam perniagaan internet, memang diakui prospek adalah terlalu besar dan datang dari pelbagai pelusuk dunia. Namun, untuk memastikan kesemua prospek ini datang ke laman web anda memerlukan usaha yang sangat besar termasuklah melibatkan kos pengiklanan. Jika ianya mudah seperti disangka, tentu ramai yang dah jadi jutawan kurang dari setahun..termasuklah saya.

    Maka, anda memerlukan orang lain untuk membantu mempromosikan laman web anda agar peluang untuk laman web anda dilawati adalah tinggi. Saya ambil contoh, anda mungkin memiliki 1000 list untuk dipromosikan. Dari 1000 list, mungkin 10 sahaja yang membeli.

    Tapi katakanlah, anda ada 5 orang sahabat masing masing dengan 1000 list dan dari 1000 list, 10 jualan terhasil. Maknanya, dengan bantuan 5 orang rakan anda mendapat 60 jualan (termasuk jualan dari anda sendiri). Tetapi, jika anda bergerak seorang, anda hanya mampu mendapat 10 jualan sahaja.

    Nah, sekarang anda boleh lihat betapa pentingnya anda bekerjasama dengan usahawan lain dan bukannya bergerak sberseorangan. Tambahan pula, dengan menjalin kerjasama dengan usahawan yang lain ia akan menambahkan populariti anda disamping secara tidak langsung, membantu meningkatkan kredibiliti anda.

    Sebagai orang yang baru, sudah tentu anda kurang dikenali. Apabila anda kurang dikenali, agak sukar untuk anda mula menjual. Ini disebabkan, segala urusniaga dilakukan tanpa bersua muka dan ianya banyak bergantung kepada kepercayaan para pelanggan terhadap penjual. Tanpa kepercayaan, sukar untuk mendapatkan pelanggan.

    Untuk membina kepercayaan, ia mungkin memakan masa. Tapi, jika ada sahabat anda yang sudah lama dikenali membantu memperkenalkan anda...tentu lebih mudah bukan?

  • Usahasama ataupun joint venture dalam perniagaan internet tidak boleh dipandang ringan. Ianya amat penting diperingkat permulaan, khususnya dalam membentuk brand atau memperkenalkan diri anda. Oleh itu, jangan cuba bertindak sendirian!

    Sertai Kumpulan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

  • Dalam apa jenis perniagaan sekalipun, pelanggan adalah penyebab nombor 1 menentukan berjaya atau tidak perniagaan anda. Tanpa pelanggan, anda tidak akan mampu menjual apa apa dan jika terlalu banyak pelanggan, tak mustahil anda akan bergelar jutawan!

    Oleh itu, anda seharusnya menumpukan sepenuh perhatian terhadap para pelanggan anda dan menjaga mereka sebaik mungkin. Jika anda berikan sokongan yang baik, berkongsikan sesuatu yang bermanfaat atau mengutamakan mereka setiap kali ada pelancaran produk terbaru anda, ianya pasti menggembirakan mereka. InsyaAllah mereka ini akan menjadi pelanggan setia anda nanti.

    Namun, kadang kala ada yang terlupa...terutamanya apabila sudah melihat banyak wang masuk ke akaun. Ramai pelanggan yang merungut dengan khidmat pelanggan yang kurang memuaskan ataupun perkhidmatan selepas jualan yang mengecewakan. Kebanyakan pelanggan menrungut kerana pertanyaan mereka tidak diendahkan.

    Walaupun anda sudah mencapai objektif jualan anda, jangan sesekali memberikan khidmat pelanggan yang buruk kepada pembeli produk anda. Ini boleh memusnahkan empayar perniagaan anda di masa hadapan. Lainlah, jika anda hanya ingin untung jangka masa pendek sahaja dan tidak mahu berniaga lagi esok, lusa dan seterusnya.

    Jika anda memberikan khidmat yang buruk seperti mengabaikan pertanyaan pelanggan anda, lambat bertindak ke atas masalah yang dilaporkan pelanggan anda ataupun langsung tidak menghiraukan pelanggan anda, mereka pasti tidak akan berpuas hati dan merasa sangat kecewa. Oleh itu, sebagai cara untuk menunjukkan ketidak puasan hati mereka, mereka akan memberitahu rakan rakan mereka samada secara lisan ataupun media seperti blog, forum mahupun emel.

    Dengan teknologi internet yang maju, berita mengenai servis anda yang teruk akan mudah tersebar ke seluruh pelusuk. Akibatnya, apabila anda mula mempromosikan produk yang sama atau produk terbaru anda, tiada siapa yang mahu kerana memikirkan risiko servis pelanggan anda yang teruk. Situasi ini sangat kritikal, dan anda memerlukan banyak masa dan usaha untuk memperbaikinya semula (walaupun anda benar benar insaf, dan berjanji memberikan servis pelanggan yang terbaik).

  • Oleh itu, jagalah pelanggan anda dengan baik. Jawablah pertanyaan mereka dengan ikhlas dan jujur. Jika anda tidak mampu menjawabnya, katakan dengan terus terang bahawa anda tidak dapat menjawab soalan mereka dan berusaha mencari penyelesaian. Binalah hubungan yang mesra, dan dapatkan kepercayaan dari mereka.

    Para pelanggan sekarang sudah bijak, khususnya pelanggan online. Kalau dahulu, pelanggan sudah berasa puas apabila mendapat produk yang baik tetapi sekarang, pelanggan bukan hanya mahu barang yang baik tetapi juga perlukan khidmat pelanggan yang baik.

    Banyak perniagaan internet gagal kerana faktor khidmat pelanggan yang teruk!

  • Ramai yang beranggapan dengan meletakkan banyak barangan untuk dijual didalam sebuah laman web akan meningkatkan lagi peluang untuk mengaut keuntungan lebih.

    Tidak dinafikan, bahawa ia adalah satu tanggapan yang bijak. Namun, hal sebenarnya ia tidak begitu. Ia bukan memberikan keuntungan, tetapi boleh menyebabkan anda hilang pelanggan. Bagaimana?

    Ketika melayari laman web anda, pelanggan akan mencari seberapa banyak informasi mengenai produk yang mereka inginkan. Sudah tentu ia memerlukan fokus, agar pembelian mereka tidak sia sia. Salah satu kriteria laman web yang dicari ialah laman webyang fokus kepada satu produk sahaja.

    Laman web yang memfokuskan kepada satu produk sahaja akan kelihatan pakar mengenai produk tersebut. Samalah seperti hospital, jika anda mengalami sakit telinga sebagai contoh, anda boleh pergi kemana mana hospital kerajaan atau poliklinik untuk mendapat rawatan, tiada masalah. Tetapi tentunya lebih baik kalau anda mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Telinga. Ianya lebih khusus, dan tentunya doktor tersebut pakar dalam sakit telinga.

    Begitulah juga dengan perniagaan. Anda mungkin menjual ebook di wlaman web anda, tentulah kurang sesuai jika anda turut mempromosikan kain batik di laman web yang sama. Ini akan mengganggu tumpuan pelanggan yang datang, dan informasi yang disampaikan mungkin tidaklah terlalu terperinci.

    Sebaik-baiknya, satu laman web untuk mempromosikan satu produk.

  • Pengurusan kewangan merupakan salah satu aspek penting yang perlu diambil kira bagi memastikan kesinambungan perniagaan anda di internet. Walau seberapa banyak pun wang yang anda terima, namun jika tidak diuruskan dengan baik pastinya akan membawa padah.

    Saya pasti, seperti saya ketika dahulu..pertama kali melihat wang yang agak banyak mengalir ke akaun bank memang mengujakan. Ketika itu sudah terlintas pun, bagaimana nak membelanjakan wang tersebut. Tambah manis lagi, jika pendapatan yang diterima melebihi jangkaan.

    Tetapi, ini nasihat saya. Jangan belanjakan dahulu wang tersebut tetapi simpan, dan buatlah persediaan untuk melakukan pembayaran komisen kepada affiliate anda (jika ada). Anda juga harus bersedia dengan pelanggan yang meminta wang mereka dikembalikan.

    Salah satu prinsip mudah yang anda boleh amalkan ialah, prinsip 75 : 25. Jika anda amalkan konsep ini, mudah mudahan perniagaan anda akan berkembang dan terus berkembang. Konsep 75 : 25 ini memerlukan akan membahagikan jumlah pendapatan anda kepada 2 bahagian.

    Gunakan 75% dari jumlah pendapatan anda sebagai dana untuk menampung kos operasi perniagaan anda termasuk kos promosi. Manakala selebihnya, 25% bolehlah dibelanjakan. Pentingnya bahagian 75% ini ialah ia akan menjamin promosi yang berterusan, secara tidak langsung membuatkan perniagaan anda tidak tenggelam disebabkan kemunculan banyak perniagaan yang baru.

    Uruskan kewangan anda dengan bijakbanyak perniagaan samada online atau perniagaan fizikal diluar sana, gulung tikar kerana pengurusan kewangan yang teruk!

    Daftar Untuk Menyertai Kelas Offline

  • Jika anda ada sesuatu tugas yang perlu dilaksanakan, lakukannya tanpa berlengah dan pastikan ianya siap. Jika anda mula berlengah lengah, ia akan menjadi satu penyakit yang sukar diubati dan kesannya amat dahsyat!

    Sebagai contoh, anda menganjurkan program affiliate sempena pelancaran produk anda. Anda berjanji untuk membayar komisen affiliate pada penghujung bulan. Apabila tiba masanya, anda masih juga berlengah dalam membayar komisen. Ini akan memberikan impak negatif terhadap keboleh percayaan terhadap anda. Ia akan menyebabkan tiada siapa yang berani menyertai program affiliate anda di masa hadapan!

    Begitu juga ketika anda melakukan promosi. Jangan tangguhkan promosi anda (jika tiada sebab kukuh). Penangguhan atau berlengah lengah dalam melakukan promosi boleh menyebabkan produk anda lambat diketahui kewujudannya, atau lebih teruk lagi sudah muncul produk pesaing anda sebelum anda sempat mempromosikan produk anda!

    Jadi, untuk menjadikan perniagaan anda sentiasa maju, anda harus bertindak tepat pada masanya, dan pantas merebut peluang. Jangan berlengah lengah!

  • Jika anda serius untuk berjaya dalam perniagaan anda, anda memerlukan perancangan untuk jangka masa yang panjang seperti untuk satu tahun atau sekurang kurangnya untuk 6 bulan.

    Apa yang boleh termasuk dalam perancangan jangka panjang ini?

    Banyak perkara yang boleh disertakan dalam perancangan jangka panjang anda seperti:

    Penambahbaikan terhadap produk

    Kaji semula harga, untuk lebih kompetitif

    Pembukaan cabang perniagaan yang lain

    Beralih ke model perniagaan yang baru

    Mengembangkan network

    Di atas merupakan sebahagian sahaja aspek yang boleh diambil kira untuk perancangan anda. Sebenarnya, ada banyak lagi.

    Bagi menjamin kesinambungan perniagaan anda, anda tidak boleh memiliki perancangan jangka pendek sahaja. Sebaik baiknya, sediakan satu pelan dilengkapi dengan tarikh jangkaan untuk anda menyelesaikan sesuatu objektif perniagaan anda.

    Dengan cara ini, anda akan dapat melihat dengan jelas matlamat matlamat yang harus anda laksanakan dan jangka waktu yang ditetapkan. Jika anda benar benar merancang perniagaan anda, maka tiada sebab untuk anda gagal!

    If You Fail To Plan, You Plan To Fail

  • Terima kasih kerana telah membaca keseluruhan ebook ini. Maka, besarlah harapan saya agar segala ilmu yang dikongsikan dapat difahami dengan sebaiknya dan memberikan manfaat besar kepada anda.

    Jika kita amati, untuk berjaya dalam perniagaan internet ini, kita bukan hanya perlu tahu serba sedikit hal hal teknikal tetapi kita juga harus memastikan kita memiliki sikap yang betul sebagai seorang usahawan. Tanpa sikap atau motivasi yang betul, agak mustahil juga untuk kita bergelar usahawan berjaya.

    Apa yang dikongsikan didalam ebook adalah berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis sendiri. Tidak kurang sebahagian informasi yang dikongsikan adalah hasil khidmat nasihat para usahawan yang telahpun berjaya.

    Semoga segala informasi dan ilmu yang disampaikan memberikan anda satu semangat baru untuk berjuang menjadi usahawan internet yang berjaya.

    Salam kejayaan

    Ahmad Shahrin Bin Mohamad Anuar

    www.teknikbisnesonline.com

    Diari WAHD