kegagalan cerun

129
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** JUDUL : SISTEM PEMANTAUAN DAN PENYENGGARAAN CERUN SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006 Saya (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis *( PSM / Sarjana / Doktor F alsafah ) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat - syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh di buat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 4. Saya membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 5. ** Sila tandakan ( / ) ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) ( Mengandungi maklumat terhad yang telah di tentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan di jalankan ) .................................................. ( TANDATANGAN PENULIS ) Alamat Tetap : Tarikh : 14 NOVEMBER 2005 ABDUL AZIZ BIN MAMAT SULIT TIDAK TERHAD TERHAD 381 LRG 3 KANAN, JLN GONG PASIR, 23000 DUNGUN, TERENGGANU Disahkan oleh: …………………………….. ( TANDATANGAN PENYELIA ) P M DR. KHAIRUL ANUAR BIN KASSIM PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) Nama Penyelia Tarikh : 14 NOVEMBER 2005 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu di kelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis di maksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau di sertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.

Upload: azzura90

Post on 30-Jun-2015

12.818 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: kegagalan cerun

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***

JUDUL : SISTEM PEMANTAUAN DAN PENYENGGARAAN CERUN

SESI PENGAJIAN :

2005 / 2006

Saya

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis *( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat - syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh di buat dengan kebenaran

bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 4. Saya membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi. 5. ** Sila tandakan ( / )

( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) ( Mengandungi maklumat terhad yang telah di tentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan di jalankan )

ABDUL AZIZ BIN MAMAT

D

PASIR,

……( TAND

P M DR. KHA SSIM

Tarikh

C

.................................................. ( TANDATANGAN PENULIS )

Alamat Tetap :

Tarikh : 14 NOVEMBER 2005

381 LRG 3 KANAN, JLN GONG

23000 DUNGUN, TERENGGANU

ATATAN: *

*

**

SULIT

TIDAK TERHA

TERHAD

Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan s berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempo sebagai SULIT atau TERHAD. * Tesis di maksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor F

penyelidikan atau di sertai bagi pengajian secara kerja projek sarjana muda.

Disahkan oleh:

……………………….. ATANGAN PENYELIA )

IRUL ANUAR BIN KA

Nama Penyelia

: 14 NOVEMBER 2005

urat darh tesis

alsafahkursus

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

ipada pihak berkuasa / organisasi ini perlu di kelaskan

dan Sarjana secara dan penyelidikan atau laporan

Page 2: kegagalan cerun

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Prof. Madya. Dr. Khairul Anuar Kassim.

Tarikh : 14 November 2005.

0

Page 3: kegagalan cerun

SISTEM PEMANTAUAN DAN PENYENGGARAAN CERUN

ABDUL AZIZ BIN MAMAT

Laporan projek ini di kemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2005

Page 4: kegagalan cerun

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : Abdul Aziz Bin Mamat.

Tarikh : 14 November 2005.

Page 5: kegagalan cerun

iii

Buat yang tersayang……

Untuk ibu dan ayah yang di kasihi……

Mamat Bin Hassan

Wook binti Ismail

Serta teman – teman seperjuangan

Kalian semua takkan ku lupakan

Iringan doa serta pengorbanan kalian semua merupakan pembakar

semangat dan keyakinan buatku untuk menghadapi segala rintangan

dengan penuh sabar dan tekun dalam menghadapi hari – hari yang

mendatang.

Terima kasih untuk segalanya…….

Page 6: kegagalan cerun

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Syukur ke hadrat

Mu Ilahi kerana dengan limpah rahmat Mu yang menemukan jalan yang Engkau

kehendaki untuk orang – orang yang Engkau kasihi. Maka dengan ketentuan Mu jua

dapat juga hamba Mu ini berada di ambang kejayaan dan seterusnya dapat menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini. Tanpa berkat usaha serta kekuatan lahir dan batin yang di

pinjamkan, tentulah sukar bagi saya untuk menghadapi semua ini dan seterusnya

menamatkan pengajian di sini.

Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

kepada penyelia saya iaitu Prof. Madya. Dr. Khairul Anuar Kassim. Beliau adalah

merupakan orang yang paling penting dan beliau juga telah banyak membantu, memberi

nasihat serta dorongan kepada saya dalam semua perkara yang berkaitan dengan Projek

Sarjana Muda ini. Segala tunjuk ajar beliau sangatlah bermakna dalam penyediaan tesis

ini. Didikan dan segala bantuannya amatlah saya hargai. Terima kasih Dr. Khairul !!!

Ucapan terima kasih juga kepada En. Abdul Fatah Bin Abu Bakar ( Pengarah

Unit Pembinaan, Hartabina ) dan En. Mohd Seth Bin Mohd Said ( Clerk of Work

Mutiara Rini Sdn. Bhd. ) kerana telah sudi meluangkan masa untuk membantu dengan

Page 7: kegagalan cerun

v

memberikan maklumat – maklumat dan bahan – bahan yang berkaitan dengan kajian

ini.

Kepada sahabat handai dan rakan – rakan seperjuangan semua juga tidak di

lupakan. Terima kasih kerana telah banyak membantu secara langsung dan tidak

langsung dalam proses menyiapkan tesis ini. Segala sokongan moral, teguran dan

bantuan semua tidak akan di lupakan sampai bila – bila. Semoga semua jasa baik itu di

balas dengan kebaikan dari Allah S.W.T. jua.

Akhir sekali buat ibu, ayah dan keluarga tersayang, tanpa mereka siapalah diri

ini. Pengorbanan yang mereka berikan tidak terbalas rasanya. Hanya kejayaan di sini

sahaja mampu membalas jasa – jasa mereka semua. Sesungguhnya hanya Allah sahaja

yang dapat membalasnya.

Page 8: kegagalan cerun

vi

ABSTRAK

Masalah kegagalan cerun sentiasa mendapat perhatian dari pelbagai pihak

khasnya daripada pihak berkuasa tempatan. Kemalangan jiwa dan kerosakan harta

benda merupakan kesan yang mungkin berlaku daripada ketidakstabilan sesuatu cerun.

Kegagalan sesuatu cerun banyak di pengaruhi oleh faktor – faktor seperti keadaan

geometri, geologi, kesan semulajadi dan juga persekitaran yang boleh mengurangkan

kestabilan cerun terbabit. Suatu kaedah bagi memantau cerun di perlukan sebagai

langkah awal bagi mengesan kebarangkalian berlakunya tanah runtuh. Daripada

pemantauan yang dilakukan ini, pemulihan dan penyenggaraan cerun akan dapat

dirancang terutamanya kepada cerun yang dikenal pasti berada didalam kategori yang

berisiko tinggi. Perisian ( Microsoft Access 2003 ) telah digunakan bagi membina suatu

pangkalan data berdasarkan Slope Priority Ranking System ( SPRS ) yang telah sedia

ada dengan memperkenalkan langkah-langkah penyenggaraan yang sesuai. Ia

merupakan suatu sistem yang dapat mengklasifikasikan sesuatu cerun mengikut tahap-

tahap risiko kegagalan yang berkemungkinan berlaku. Kajian ini melibatkan

pengumpulan dan analisis data – data dari sejumlah cerun di kawasan Johor bahru.

Daripada maklumat ini, langkah-langkah pemulihan dan penyenggaraan akan

dicadangkan untuk tindakan seterusnya. Kelebihan sistem ini ialah ia akan dapat

melindungi cerun dan penyenggaraan dapat dibuat sebelum ia gagal. Sistem ini

merupakan suatu kaedah yang berkesan dalam proses menyenggara cerun dan pada

masa yang sama ia akan dapat memastikan cerun dalam keadaan stabil pada jangka

masa yang panjang.

Page 9: kegagalan cerun

vii

ABSTRACT

Slope failure problem always get attention from various parties, especially from

the local authorities. Risk of lost lives and damage of public properties are probability

effects from the unstable slope. The factors that influence slope failure are geometry,

geology, nature effects and also the surrounding which can reduce the stability of the

slope. The method for assessment of slope is required as an early action to detect any

possibility of landslide. From this assessment, remedial and maintenance of slope can

be planned especially to slope which are detected to be in the category of high risk.

Microsoft Access 2003 was used to develop a database based on the existing Slope

Priority Ranking System ( SPRS ) with the introducing of suitable maintenance

procedures. It is a system which classify the slope by the level of risk that has

probability to collapse. The study involved of collect and analysis data from various

slopes in Johor Bharu area. From this information, remedial work and maintenance of

slope has been suggested. The advantages of this system is that the slopes can be

protected and maintenance before it fails. It is a effective method in maintaining the

slope and at the same time ensuring a stable slope for a long term.

Page 10: kegagalan cerun

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xviii

SENARAI LAMPIRAN xx

Page 11: kegagalan cerun

ix

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Masalah 2

1.3 Objektif kajian 3

1.4 Skop Kajian 3

1.5 Kepentingan Kajian 4

BAB 1I KAJIAN LITERATUR 5

2.1 Pengenalan kepada tanah 5

2.1.1 Tanah atas 6

2.1.2 Tanah bawah 6

2.1.3 Datar keras 6

2.1.4 Tanah 7

2.1.5 Air tanah 7

2.2 Definisi kejuruteraan mengenai tanah 7

2.2.1 Tanah organik 8

2.2.2 Tanah terangkut 8

2.2.3 Tanah sisa 9

2.3 Jenis – jenis tanah yang biasa 10

2.3.1 Tanah geluh 10

2.3.2 Timbusan atau tanah buatan 10

2.3.3 Tanah liat batu tongkol 11

2.3.4 Morain 11

2.4 Pengkelasan tanah 11

2.5 Pengenalan bagi cerun 12

2.6 Jenis-jenis cerun 13

2.6.1 Cerun semulajadi 13

2.6.2 Cerun buatan manusia 14

Page 12: kegagalan cerun

x

2.6.2.1 Cerun potong 14

2.6.2.2 Cerun tambakan 14

2.6.2.3 Cerun empangan tanah 15

2.7 Fenomena kegagalan cerun 15

2.8 Pergerakan cerun 16

2.8.1 Runtuhan ( fall ) 17

2.8.2 Gelinciran ( slide ) 18

2.8.2.1 Gelinciran putaran 18

2.8.2.2 Gelinciran translasi / peralihan 19

2.8.3 Hamparan ( spread ) 20

2.8.4 Pengaliran ( flow ) 21

2.9 Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun 22

2.9.1 Graviti 22

2.9.2 Pengaruh jenis tanah 23

2.9.3 Keadaan air dalam tanah 24

2.9.4 Geometri cerun 24

2.9.5 Tanaman pada cerun 25

2.9.6 Kesan alam semulajadi 26

2.9.7 Sistem saliran 27

2.9.8 Geologi 28

2.9.9 Pengaruh hakisan 29

2.10 Kestabilan cerun 30

2.10.1 Kaedah penyiasatan kestabilan cerun 30

2.10.2 Analisis tegasan menyeluruh 31

2.10.2.1 Analisis melalui kaedah hirisan Swedish 32

2.10.3 Analisis tegasan berkesan melalui kaedah Bishop 33

2.10.3.1 Analisis tegasan berkesan melalui kaedah rapi 35

Page 13: kegagalan cerun

xi

BAB III METODOLOGI KAJIAN 36

3.1 Pendahuluan 36

3.2 Metodologi kajian 37

3.3 Pengenalan kepada perisian Microsoft Access 2003 38

3.4 Pengenalan kepada ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’ 40

3.4.1 Prinsip asas dalam ‘ Slope Priority Ranking System

( SPRS ) ’ 41

BAB IV SISTEM PENYENGGARAAN DAN

KESTABILAN CERUN 42

4.1 Pendahuluan 42

4.2 Kerja – kerja perlindungan cerun 43

4.2.1 Kaedah tanaman litup bumi 44

4.2.1.1 Kaedah rumput vetiver 45

4.2.1.2 Kaedah fibromatting dan hydroseeding 46

4.2.1.3 Kaedah kepingan rumput berkelompok dan rapat 48

4.2.2 Kaedah pitching 49

4.2.3 Kaedah penyemburan mortar dan konkrit 50

4.2.4 Kaedah penghadang konkrit 52

4.3 Kawalan perparitan dan saliran 54

4.3.1 Sistem kawalan perparitan di permukaan cerun 54

4.3.1.1 Sistem parit saliran dan parit pintasan 55

4.3.1.2 Longkang pada teresan 56

4.3.1.3 Longkang bertingkat 56

4.3.1.4 Longkang pada bahu jalan 57

4.3.1.5 Saliran sump 58

4.3.2 Sistem saliran subpermukaan 58

4.3.2.1 Lubang leleh dan paip mendatar 59

Page 14: kegagalan cerun

xii

4.4 Pembinaan tembok penahan 59

4.4.1 Jenis – jenis tembok penahan 60

4.4.1.1 Tembok penahan graviti 60

4.4.1.2 Tembok penahan julur 61

4.4.1.3 Tembok cerucuk keping 62

4.4.1.4 Tembok gabion 64

4.4.2 Jenis sistem penyaliran yang lazim bagi

tembok penahan 65

4.4.2.1 Lubang lelehan 65

4.4.2.2 Salir belakang 66

4.4.2.3 Jalur tegak bahan penuras 67

4.4.2.4 Selimut penyaliran tegak 68

4.4.2.5 Selimut penyaliran mencondong 69

4.4.3 Sebab – sebab kegagalan yang lazim bagi

struktur penahan tanah 70

4.4.3.1 Kegagalan keupayaan galas 70

4.4.3.2 Gelangsaran ke hadapan 71

4.4.3.3 Gelinciran tanah di sekeliling 71

4.4.3.4 Putaran terhadap bahagian atas 72

4.4.3.5 Terbalikan 73

4.4.3.6 Kegagalan struktur 73

4.5 Kesimpulan 73

BAB V ANALISIS DAN KEPUTUSAN 75

5.1 Pengenalan 75

5.2 Pengumpulan data dan analisis teknikal 75

5.3 Pembangunan ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’ 80

Page 15: kegagalan cerun

xiii

5.4 Kajian Kes 83

5.4.1 Laluan ke kolej 16 & 17 83

5.4.2 Laluan Tun Aminah ke Gelang Patah 85

5.5 Keputusan 89

5.5.1 Analisis bagi laluan ke kolej 16 & 17 89

5.5.2 Analisis bagi Laluan Tun Aminah ke Gelang Patah 91

BAB VI KESIMPULAN 93

RUJUKAN 96

LAMPIRAN

Lampiran A - C 98

Page 16: kegagalan cerun

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1

Pengkelasan tanah di luar makmal

12

2.2 Jenis-jenis pergerakan cerun ( Cruden & Varnes

1996 )

16

2.3 Keadaan geologi dan kesan yang mungkin

berlaku pada cerun ( Hunt 1984 )

28

5.1 Lingkungan markah dan kadar risiko yang di

berikan melalui SPRS Rating

76

5.2 Pengiraan markah risiko yang telah di tetapkan

bagi cerun potong

77

5.3 Permarkahan risiko cerun potong 78

5.4 Ringkasan sistem permarkahan 79

Page 17: kegagalan cerun

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1

Bahagian di dalam sampel tanah yang di

korek

5

2.2 Runtuhan tanah dan batuan 17

2.3 Gelinciran putaran ( Varnes, 1978 ) 19

2.4 Gelinciran translasi / peralihan 20

2.5 Kegagalan hamparan 21

2.6 Pengaliran pada cerun ( Varnes, 1978 ) 21

2.7 Komponen yang bertindak secara bersudut

tepat g p, dengan cerun dan komponen yang

bertindak segaris dengan permukaan cerun g t.

22

2.8 Aspek – aspek dalam geometri cerun 25

2.9 Penurunan kadar faktor keselamatan melawan

masa penurunan hujan. Kegagalan cerun akan

berlaku bila faktor keselamatan menurun

melebihi 1.

27

2.10 Analisis tegasan seluruh 31

2.11 Kaedah hirisan Swedish 32

2.12 Analisis tegasan berkesan :- Daya yang

bertindak ke atas hirisan tegak menerusi

tembereng yang menggelangsar

34

Page 18: kegagalan cerun

xvi

4.1 Rumput Vetiver yang tumbuh semulajadi 45

4.2 Penanaman rumput vetiver secara berbaris di

cerun

46

4.3 Semburan yang menggunakan pam bagi

kaedah Hydroseeding

47

4.4 Lapisan rumput yang tumbuh subur

menggunakan kaedah Hydroseeding

48

4.5 Penanaman rumput secara berkelompok dan

rapat

49

4.6 Rubble Pitching 50

4.7 Semburan mortar dan konkrit 51

4.8 Rekabentuk dan cara pembinaan crib wall 53

4.9 Penggunaan crib wall di kawasan cerun 53

4.10 Longkang pada teresan 56

4.11 Longkang bertingkat 57

4.12 Tembok penahan julur 62

4.13 Tindak balas pada tembok cerucuk keping 63

4.14 Penggunaan tembok cerucuk keping sebagai

penahan hakisan

63

4.15 Kaedah penstabilan cerun menggunakan

tembok gabion

64

4.16 Lubang lelehan 66

4.17 Salir belakang 67

4.18 Jalur tegak bahan penuras 68

4.19 Selimut penyaliran tegak 69

4.20 Selimut penyaliran mencondong 69

4.21 Kegagalan keupayaan galas 70

4.22 Gelangsaran ke hadapan 71

4.23 Gelinciran tanah sekeliling 72

4.24 Putaran terhadap bahagian atas 72

Page 19: kegagalan cerun

xvii

5.1

Interface bagi Slope Priority Ranking System

( SPRS )

81

5.2 Borang bagi kemasukan data untuk dianalisis. 81

5.3 Laporan SPRS boleh disusun dan dicetak

mengikut kategori

82

5.4 Kedudukan parsel kawasan kajian kes 2 di

dalam projek pembangunan Mutiara Rini.

87

5.5 Kegagalan yang berlaku pada cerun di

kawasan kajian kes 2

88

Page 20: kegagalan cerun

xviii

SENARAI SINGKATAN

A.A.B - Aras Air Bumi

g p - Komponen yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun

g t - Komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun

BS - British Standard

ø - Sudut geseran dalam

W - Berat sektor.

G - Kedudukan pusat graviti

c - Kekuatan ricih maksimum

r - Jejari arka

θ - Sudut arka

We - Momen gangguan

L1 & L2 - Sempadan tegak

N & T - Magnitud

0 - Pusat putaran

∑ - Jumlah

n - Keratan

W - Berat hirisan

P - Daya normal seluruh yang bertindak di tapak hirisan

T - Daya ricih yang bertindak di tapak hirisan

b - Lebar hirisan

z - Ketinggian hirisan

l - Panjang BC ( di ambil sebagai garis lurus )

α - Sudut antara P dengan garis tegak

Page 21: kegagalan cerun

xix

x - Jarak ufuk dari pusat hirisan ke pusat putaran, 0

P’ - Daya berkesan normal

SPRS - Slope Priority Ranking System

Page 22: kegagalan cerun

xx

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

Analisis cerun di UTM

98

B Peta kawasan kajian 99

C Borang Pemeriksaan Cerun oleh Jabatan Kerja

Raya Malaysia

100

Page 23: kegagalan cerun

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Keadaan bentuk muka bumi yang berbukit – bukau akan menghasilkan cerun -

cerun semulajadi. Cerun semulajadi adalah stabil dan kurang mengalami risiko

kegagalan. Namun, kepesatan ekonomi negara memaksa pembinaan bangunan dan

pembinaan infrastruktur seperti jalanraya kadang – kala terpaksa di lakukan di kawasan

yang berbukit – bukau. Pembinaan yang di jalankan di kawasan yang berbukit – bukau

akan menghasilkan cerun – cerun buatan manusia yang memerlukan pengawalan. Ini

kerana keadaan semulajadinya telah terganggu oleh aktiviti – aktiviti pembinaan.

Masalah kegagalan cerun biasanya wujud apabila berlakunya hujan lebat yang mana ia

akan mengurangkan kekuatan ricih tanah serta menambahkan tegasan dalam tanah

akibat dari pembentukannya sendiri dan keadaan air dalam tanah tersebut. Faktor –

faktor yang mempengaruhi kegagalan cerun ini mestilah di ketahui agar masalah –

masalah yang berkaitan dengannya akan dapat di atasi dengan mudah.

Page 24: kegagalan cerun

2

Masalah kegagalan cerun ini boleh memberikan impak yang besar terhadap

keselamatan nyawa dan harta benda. Ia akan dapat di atasi sekiranya terdapat suatu

sistem pemantauan yang dapat membantu sebelum proses penyenggaraan di lakukan.

Pemantauan yang di lakukan akan dapat memberikan maklumat awal mengenai keadaan

dan tahap kestabilan sesuatu cerun tersebut. Ini sekaligus memberikan amaran awal

sebelum terjadinya kejadian tanah runtuh. Cerun yang berisiko berlakunya tanah runtuh

mestilah di atasi dengan kaedah – kaedah pengukuhan cerun yang sesuai agar ia

selamat. Kaedah pengukuhan cerun tersebut hendaklah mengambil – kira aspek kos dan

keberkesanannya dalam menstabilkan cerun.

1.2 Latar belakang Masalah

Kebanyakan cerun potong terjadi akibat daripada aktiviti pembinaan yang di

jalankan di kawasan tersebut. Ia sebenarnya berasal daripada cerun semulajadi yang

stabil. Gangguan ini mungkin telah menambahkan tegasan ricih dan mengurangkan

kekuatan ricih tanah akibat perubahan pada bentuk asalnya. Selain itu, sistem

penyaliran air permukaan, paras air bumi dan perlindungan pada permukaan cerun juga

telah berubah. Oleh itu, cerun ini mestilah di awasi agar ia selamat daripada risiko

berlakunya tanah runtuh. Terdapat pelbagai analisis kestabilan cerun yang boleh di

lakukan. Tetapi keperluan suatu sistem yang mudah dan ringkas yang dapat

menganggarkan tahap keselamatan pada cerun tersebut juga di perlukan. Sistem

penilaian ini boleh di buat berdasarkan keadaan fizikal cerun potong itu di bina dan

faktor – faktor yang boleh mempengaruhinya.

Page 25: kegagalan cerun

3

1.3 Objektif kajian

Kajian ini di lakukan bertujuan untuk :

i ) Mengenal pasti punca – punca yang boleh menyebabkan berlakunya

tanah runtuh.

ii ) Melakukan penambahbaikan bagi Slope Priority Ranking System (SPRS)

bagi penilaian ke atas cerun berdasarkan data teknik dan garis panduan

yang di guna pakai oleh JKR.

iii ) Menentukan kaedah – kaedah penyenggaraan susulan yang sesuai bagi

menstabilkan sesuatu cerun selepas ianya di analisis.

Di harapkan kajian ini dapat membantu pihak – pihak yang berkaitan dalam

menganggarkan tahap keselamatan cerun berdasarkan keadaan fizikal cerun dan faktor-

faktor yang boleh mempengaruhinya.

1.4 Skop Kajian

Kajian yang di jalankan melibatkan penyiasatan dan pemantauan terhadap

kawasan cerun tanah yang terdiri daripada cerun – cerun potong. Cerun – cerun yang

terlibat akan di analisis untuk mengetahui samada ia berisiko ataupun tidak berisiko

berlakunya kegagalan cerun. Keadaan di sekitar cerun dan kesan dari perubahan

semulajadi yang berlaku juga akan di ambil – kira. Maklumat – maklumat yang di

Page 26: kegagalan cerun

4

perolehi akan dapat memberikan kadar risiko kemungkinan berlakunya kegagalan cerun

melalui analisis menggunakan SPRS yang di guna pakai berdasarkan kadar yang telah

di tentukan oleh JKR. Selain itu, maklumat ini juga boleh di gunakan untuk mencari

kaedah – kaedah penyelesaian yang dapat mengukuhkan lagi kestabilan cerun. Kajian

yang di lakukan ini tertumpu di sekitar kawasan Johor Bharu. Walau bagaimanapun,

analisis ini boleh di guna pakai di semua keadaan cerun tanah di seluruh Malaysia.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian kes ini melibatkan penyiasatan cerun bagi menentukan tahap

keselamatan daripada faktor – faktor semulajadi dan keadaan pembinaan cerun potong

tersebut. Keputusan ini sangat penting dan berguna untuk memberikan gambaran dan

kesan yang mungkin berlaku berdasarkan keadaan semasa dan tanda – tanda hakisan

yang berlaku pada permukaan cerun. Sebarang perubahan bentuk dapat menentukan

tahap kestabilan sesuatu cerun itu. Maklumat yang di peroleh akan dapat membantu

pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan cerun terbabit selamat dan seterusnya

sekiranya perlu, membantu pihak tersebut dalam menyediakan kaedah – kaedah

pengukuhan cerun yang sesuai. Kaedah pengawalan kestabilan cerun boleh di

kategorikan berdasarkan punca dan fungsi pengawalan, ini bagi memudahkan pemilihan

kaedah pengawalan yang berkesan.

Page 27: kegagalan cerun

BAB 1I

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan kepada tanah

Tanah boleh di kategorikan kepada beberapa jenis bahagian iaitu tanah atas,

tanah bawah, datar keras, tanah dan air tanah.

Datar keras

Tanah bawahA.A.B

( aras air bumi )

Tanah

Batuan dasar

Tanah atas

Rajah 2.1 : Bahagian di dalam sampel tanah yang di korek

Page 28: kegagalan cerun

6

2.1.1 Tanah atas

Tanah atas adalah lapisan tanah organik. Kebiasaannya tanah ini mempunyai

ketebalan melebihi 500 mm. Lapisan ini terdiri daripada humus iaitu jirim tumbuhan

yang separuh terurai dan sangat organik.

2.1.2 Tanah bawah

Tanah bawah ialah bahagian kerak bumi terluluhawa yang terletak di antara

tanas atas dengan tanah tak terluluhawa di bawahnya.

2.1.3 Datar keras

Datar keras berlaku apabila asid humik yang terbentuk melalui tindakan air

hujan yang akan menyebabkan penguraian humus. Asid ini akan menguraikan alumina

dan oksida besi ke lapisan bawah iaitu tempat di mana ia akan bertindak sebagai agen

perekatan. Ini bagi membentuk suatu bahan yang keras seperti batuan. Kadangkala,

datar keras ini boleh di temui di sempadan antara tanah atas dengan tanah bawah. Datar

keras bersifat sangat keras. Oleh itu, sekalipun datar keras berada dalam keadaan yang

basah namun ia tidak sesekali akan menjadi lembut. Ini menunjukkan bahawa datar

keras mempunyai rintangan yang tinggi terhadap kaedah penggerudian yang biasa.

Page 29: kegagalan cerun

7

2.1.4 Tanah

Tanah adalah merupakan endapan geologi yang lembut. Ianya terletak di antara

tanah bawah dan batuan dasar. Sesetengah tanah mempunyai sedikit perekatan antara

butirannya. Secara kasarnya, sekiranya perekatan ini menghasilkan bahan sekeras batu

maka ia di kenali sebagai batuan dan sekiranya bahan tersebut dapat di korek

menggunakan tangan maka ia adalah tanah.

2.1.5 Air tanah

Air tanah adalah takungan air bawah tanah. Permukaan bagi atas air ini mungkin

boleh di dapati pada sebarang kedalaman yang di kenali sebagai aras air atau aras air

bumi ( A.A.B. ).

2.2 Definisi kejuruteraan mengenai tanah

Mengikut takrif kejuruteraan, tanah terhasil akibat daripada tindakan fros, suhu,

graviti, angin dan hujan yang sentiasa membentuk zarah batuan yang akhirnya menjadi

tanah. Terdapat tiga jenis tanah yang di klasifikasikan mengikut cara – cara

pembentukannya iaitu tanah organik, tanah terangkut dan tanah sisa.

Page 30: kegagalan cerun

8

2.2.1 Tanah organik

Tanah organik ialah tanah atas contohnya tanah gambut. Kebiasaanya, lapisan

tanah pada bahagian atas aras bumi mengandungi jirim organik. Endapan gambut

( humus ) kadangkala akan di temui. Bagi menjalankan aktiviti – aktiviti pembinaan,

lapisan tanah yang mengandungi humus ini serta lapisan tanah atas iaitu lapisan

permukaan tanah berwarna hitam yang berada 2 meter daripada permukaan tanah perlu

di buang. Lapisan tanah tersebut tidak sesuai di jadikan sebagai tapak untuk pembinaan

di sebabkan kekuatannya untuk menanggung beban adalah rendah. Sekiranya tidak di

buang pelbagai kesulitan akan di hadapi semasa aktiviti – aktiviti pembinaan sedang di

jalankan.

2.2.2 Tanah terangkut

Tanah terangkut pula terdiri daripada batu kelikir, pasir, kelodak dan tanah liat.

Agen – agen yang mengangkut tanah – tanah tersebut ialah seperti air, angin dan ais. Di

Malaysia, kebanyakan tanah di angkut oleh air. Contohnya, aliran air sungai akan

mengangkut tanah tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Apabila aliran air

menjadi perlahan, sebahagian daripada zarah tanah yang di bawanya akan mendap.

Zarah tanah yang lebih besar dan berat akan mendap terlebih dahulu, kemudian barulah

di ikuti dengan zarah – zarah yang lebih kecil. Jika di perhatikan di kawasan aliran

sungai batu kelikir dan pasir akan berada di bahagian tepi sungai, manakala di bahagian

tengah sungai di penuhi dengan kelodak dan tanah liat.

Page 31: kegagalan cerun

9

Di kawasan yang tidak mengalami hujan seperti di padang pasir, angin adalah

merupakan agen pengangkut tanah yang utama. Angin ini akan sentiasa membentuk

timbunan pasir yang berbentuk seperti permatang. Zarah pasir di dalam permatang ini

berbentuk agak bulat, mempunyai saiz yang hampir sama dan boleh bergolek – golek.

Endapan zarah hasil daripada tiupan angin berwarna perang muda dan bersaiz seperti

kelodak ini di kenali sebagai tanah loess.

Ais juga adalah merupakan agen pengangkut yang penting. Seterusnya endapan

besar seperti tanah liat batu tongkol dan morain seringkali di temui.

2.2.3 Tanah sisa

Tanah sisa pula adalah merupakan tanah atas contohnya ialah tanah laterit.

Tanah ini boleh di dapati di permukaan batuan yang datar kerana tindakan unsur – unsur

telah menghasilkan tanah yang mempunyai keupayaan yang kurang untuk bergerak.

Tanah sisa ini juga terjadi apabila kadar pemecahan batuan melebihi kadar pengalihan.

Laterit terbentuk daripada batu kapur yang mengalami tindakan air hujan yang

menguraskan bahan batuan yang dapat larut seterusnya meninggalkan hidroksida besi

dan hidroksida aluminium yang tidak larut.

Page 32: kegagalan cerun

10

2.3 Jenis – jenis tanah yang biasa

Kebiasaannya tanah adalah merupakan campuran, contohnya kelodak berpasir,

tanah liat berkelodak dan sebagainya. Antaranya ialah tanah geluh, timbusan atau tanah

buatan, tanah liat batu tongkol dan morain.

2.3.1 Tanah geluh

Tanah geluh ialah endapan lembut yang mengandungi campuran pasir, kelodak

dan tanah liat dalam kuantiti campuran tanah yang lebih kurang sama.

2.3.2 Timbusan atau tanah buatan

Timbusan atau tanah buatan membawa maksud tanah korekan dan semua

sampah – sarap yang di gunakan untuk memenuhi suatu lembah ataupun untuk tujuan

menaikkan aras tanah.

Page 33: kegagalan cerun

11

2.3.3 Tanah liat batu tongkol

Tanah liat batu tongkol adalah merupakan tanah liat yang tidak berstrata atau

tanah liat berpasir yang berasal daripada glasier. Ia mengandungi taburan batu dengan

pelbagai saiz.

2.3.4 Morain

Morain pula adalah merupakan endapan batu kelikir dan pasir yang berasal

daripada glasier.

2.4 Pengkelasan tanah

Pengkelasan tanah boleh di lakukan di dalam dan di luar makmal. Pengkelasan

tanah di dalam makmal adalah lebih tepat berbanding pengkelasan tanah di luar makmal

yang hanya di lakukan dengan mata kasar. Batu kelikir, pasir dan gambut mudah untuk

di kenalpasti. Namun, kesukaran akan timbul dalam menentukan sama ada tanah adalah

pasir halus ataupun kelodak kasar, atau sama ada tanah adalah kelodak halus atau tanah

liat. Jadul berikut menunjukkan pengkelasan tanah di luar makmal secara umum.

Page 34: kegagalan cerun

12

Jadual 2.1 : Pengkelasan tanah di luar makmal

Pasir halus Kelodak Tanah liat

Setiap zarah dapat di lihat Sesetengah zarah dapat di

lihat

Zarah – zarah tidak dapat

di lihat

Menampakkan

kekembangan

Menampakkan

kekembangan

Tidak menampakkan

kekembangan

Senang di hancurkan

apabila kering

Senang di hancurkan

apabila kering

Sukar di hancurkan apabila

kering

Terasa menggerutu Terasa kasar Terasa licin

Tiada keplastikan Sedikit keplastikan Keplastikan

2.5 Pengenalan bagi cerun

Setelah mengenalpasti ciri pengkelasan dan pengecaman tanah, beralih pula

kepada pengenalan tentang cerun. Serba – sedikit maklumat tentang tanah amatlah

penting untuk di ketahui kerana tanah adalah merupakan bahan untuk membentuk cerun

selain daripada batuan. Selain itu, sesetengah cerun pula melibatkan ketinggian tanah

yang amat tinggi, maka sewajarnya bahagian – bahagian tanah dan jenis - jenis tanah

perlu di ketahui bagi membolehkan sistem pemantauan dan penyenggaraan cerun dapat

di laksanakan dengan lebih berkesan.

Cerun di takrifkan sebagai lereng bukit atau tebing yang curam. Terdapat dua

jenis cerun biasa yang di kenali sebagai cerun batuan dan cerun tanah. Kegagalan cerun

batuan biasanya di sebabkan oleh kekar dan sesar yang berlaku pada cerun batuan

tersebut. Manakala bagi cerun tanah, kegagalan berlaku di sebabkan oleh wujudnya

Page 35: kegagalan cerun

13

resipan dari air permukaan dan daya-daya graviti dalam tanah tersebut. Namun, dalam

kajian kes ini hanya cerun tanah sahaja yang akan di beri penekanan.

2.6 Jenis-jenis cerun

Terdapat beberapa jenis cerun yang boleh di kelaskan ( Chowdhury R.N ). Jenis-

jenis cerun di bahagikan kepada dua iaitu cerun yang semulajadi dan cerun buatan

manusia.

2.6.1 Cerun semulajadi

Cerun semulajadi ialah cerun – cerun yang terdapat di kawasan berbukit - bukau

dan cerun – cerun ini tidak mengalami sebarang kesan gangguan daripada aktiviti

pembinaan di sekitarnya. Cerun semulajadi pada kebiasaannya kukuh dan stabil.

Kegagalan yang berlaku pada jenis cerun ini mungkin di sebabkan oleh proses luluhawa

dan hakisan yang berpanjangan. Proses kegagalan cerun semulajadi di percepatkan lagi

oleh kegiatan manusia seperti penebangan hutan dan pengorekan tanah pada cerun

tersebut.

Page 36: kegagalan cerun

14

2.6.2 Cerun buatan manusia

Cerun buatan manusia boleh di bahagikan kepada tiga jenis berikut :

2.6.2.1 Cerun potong

Cerun potong terjadi melalui pembinaan semula cerun dari keadaan

semulajadinya yang berbukit. Ia melibatkan perubahan pada keadaan geometri pada

cerun tersebut. Ini dapat di lihat dengan pengubahan pada sudut, ketinggian dan

pembinaan lereng pada cerun potong ini.

2.6.2.2 Cerun tambakan

Cerun tambakan terjadi dengan penambakan tanah dari kawasan lain bagi tujuan

pembinaan dan sebagainya. Tanah akan di tambak pada kawasan yang akan di bina

cerun. Kemudian tanah tersebut akan di padatkan sejauh 0.6 meter di kawasan di

hadapan cerun. Seterusnya, barulah cerun di potong mengikut kecondongan yang di

kehendaki seperti di dalam plan.

Page 37: kegagalan cerun

15

2.6.2.3 Cerun empangan tanah

Cerun empangan tanah terjadi apabila tanah di gunakan dan di timbunkan

menjadi empangan tanah untuk di jadikan penahan seperti kawasan takungan air.

2.7 Fenomena kegagalan cerun

Kegagalan cerun merupakan suatu kejadian semulajadi yang boleh berlaku di

mana saja kawasan yang berbukit. Ia lebih di kenali sebagai kejadian tanah runtuh.

Fenomena ini sangat berbahaya dan boleh memberikan kesan kepada alam sekitar dan

keselamatan nyawa dan harta benda. Kejadian ini biasanya berlaku di kawasan cerun

yang curam dan tidak mempunyai sistem penyaliran yang baik.

Kemungkinan untuk berlaku kejadian tanah runtuh ini tinggi apabila berlakunya

hujan yang lebat dan berterusan. Air permukaan akan bertindak menghakis permukaan

cerun. Manakala resapan yang berlaku akan melembutkan struktur tanah yang keras.

Selain itu tekanan pada tanah juga seperti tekanan air, beban binaan, dan lalulintas juga

boleh menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Kegagalan cerun boleh di

kategorikan berdasarkan kepada jenis – jenis pergerakannya. Terdapat beberapa jenis

pergerakan cerun yang telah di kenalpasti.

Page 38: kegagalan cerun

16

2.8 Pergerakan cerun

Kegagalan cerun di klasifikasikan berdasarkan jenis – jenis pergerakannya. Ia

boleh di kategorikan dalam beberapa jenis seperti runtuhan, gelinciran, hamparan, dan

pengaliran. Pergerakan cerun ini banyak di pengaruhi oleh keadaan geometri dan

geologi pada cerun tersebut.

Jadual 2.2 : Jenis-jenis pergerakan cerun ( Cruden & Varnes 1996 )

Klasifikasi bagi kegagalan cerun Jenis Bentuk Definisi

Pergerakan satu ataupun banyak batuan di mana ia runtuh dalam sebarang bahagian cerun.

Runtuhan Runtuhan bebas Roboh Keterbalikan blok batuan pada paksi yang terletak

di bawah pusat graviti. Pergerakan yang agak perlahan pada blok campuran tanah – batuan yang di kenali sebagai kegagalan permukaan bentuk. Pergerakan perlahan seterusnya cepat pada blok batuan ataupun tanah yang di kenali sebagai kegagalan permukaan planar

Gelinciran Putaran Planar Geluncuran blok Pasak Penyerebakan secara lateral Gelongsoran debris

Satu blok bergerak di sepanjang permukaan planar Blok bergerak di sepanjang silangan permukaan Beberapa blok bergerak secara berasingan dengan penganjakan yang berbeza Campuran tanah – batu bergerak di sepanjang permukaan batu planar

Robohan Batu atau debris Pergerakan cepat seterusnya lebih cepat jisim batu ataupun tanah – batu debris di mana pembentukan struktur asal tidak wujud di sepanjang permukaan

Bahan berbutir halus

Debris Pasir Kelodak Lumpur Tanah

Tanah ataupun tanah – batu debris bergerak seperti aliran, selalunya pada jarak yang jauh daripada zon kegagalan yang di sebabkan oleh tekanan liang

Rayapan Pergerakan cerun yang lambat oleh tanah ataupun campuran tanah – batu

Page 39: kegagalan cerun

17

Solifluction Pergerakan bagi cerun dengan kadar yang sederhana kepada perlahan di dalam iklim Aratic kepada sub – Aratic di sepanjang jangkamasa pencairan di permukaan

Komplek Membabitkan gabungan di atas, selalunya berlaku dengan berubah dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain di sepanjang kegagalan.

2.8.1 Runtuhan ( fall )

Kegagalan di sebabkan oleh runtuhan kebiasaannya terjadi pada bahagian atas

permukaan cerun yang sangat curam. Ia terjadi dengan pantas kerana jisim tanah yang

terpisah akan jatuh terus ke bawah kerana tarikan graviti bumi. Kesan gegaran daripada

aktiviti kuari yang menggunakan bahan letupan juga boleh mengakibatkan kejadian

seperti ini berlaku.

Rajah 2.2 : Runtuhan tanah dan batuan

Page 40: kegagalan cerun

18

2.8.2 Gelinciran ( slide )

Gelinciran berlaku apabila wujud suatu satah pemisahan di antara stratum tanah

di bawah dengan jisim tanah di atas satah tersebut. Satah tersebut merupakan zon

berlakunya gelinciran dan ia mempunyai kekuatan ricih maksima menyebabkan

berlakunya anjakan yang ketara. Terdapat dua jenis gelinciran iaitu :

2.8.2.1 Gelinciran putaran

Gelinciran putaran berlaku pada tanah yang homogenus dan berjelekit.

Permukaan kegagalan membentuk suatu lengkung dengan stratum yang gagal dan

menyusut sehingga kawasan kaki cerun. Pergerakan ini boleh terjadi dalam tanah liat

yang lembut ataupun tegar. Gelinciran berbentuk lengkuk bulat biasanya berlaku dalam

tanah yang homogenus dan lengkuk yang tidak bulat pada tanah tidak homogenus.

Page 41: kegagalan cerun

19

Rajah 2.3 : Gelinciran putaran ( Varnes, 1978 )

2.8.2.2 Gelinciran translasi / peralihan

Gelinciran translasi / peralihan biasanya berlaku pada cerun yang mempunyai

pelbagai lapisan dan melandai hingga kebawah. Satah gelinciran ini di pengaruhi oleh

stratum dasar yang lebih kuat berbanding dengan lapisan di atasnya. Perbezaan ini

menyebabkan kurangnya daya lekatan di antara struktur lapisan tersebut. Kedalaman

kegagalan gelinciran ini lebih cetek berbanding dengan gelinciran putaran. Selain itu,

keratan rentasnya juga berbentuk terusan. Gelinciran ini melibatkan kawasan kegagalan

yang lebih besar. Ini kerana satah gelincirannya yang memanjang dalam jarak tertentu.

Page 42: kegagalan cerun

20

Rajah 2.4 : Gelinciran translasi / peralihan

2.8.3 Hamparan ( spread )

Hamparan merupakan pergerakan yang lateral pada semua arah dalam suatu

jisim tanah yang telah retak seperti gelinciran translasi melibatkan timbunan satah atau

zon yang terlalu lemah dan bergerak dengan daya tarikan graviti. Contoh yang

mengakibatkan berlakunya hamparan ialah kesan gegaran dari gempa bumi.

Page 43: kegagalan cerun

21

Rajah 2.5 : Kegagalan hamparan

2.8.4 Pengaliran ( flow )

Pengaliran ( flow ) terjadi daripada pergerakan yang sangat perlahan dan tiba-

tiba menjadi pantas. Ini berlaku di sebabkan oleh aliran lumpur atau salji yang cair.

Mekanisme seperti ini biasanya dapat di lihat di kawasan seperti empangan atau

takungan di atas cerun yang pecah. Ia juga boleh berlaku ketika hujan yang turun

dengan sangat lebat di kawasan cerun yang berisiko.

Rajah 2.6 : Pengaliran pada cerun ( Varnes, 1978 )

Page 44: kegagalan cerun

22

2.9 Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun

Antara faktor – faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun ialah seperti graviti,

pengaruh jenis tanah, keadaan air dalam tanah, geometri cerun, tanaman pada cerun,

kesan alam semulajadi, sistem saliran, geologi dan pengaruh hakisan.

2.9.1 Graviti

Graviti adalah daya yang bertindak di mana saja di atas permukaan bumi. Daya

tarikannya bertindak ke arah tengah bumi. Pada permukaan yang rata daya graviti

bertindak ke bawah. Oleh sebab itu, sesuatu bahan yang berada pada permukaan yang

rata tidak akan bergerak di sebabkan oleh daya tarikan graviti. Pada permukaan yang

bercerun, daya graviti boleh di selesaikan menggunakan dua komponen iaitu komponen

yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun dan komponen yang bertindak

segaris dengan permukaan cerun.

Rajah 2.7 : Komponen yang bertindak secara bersudut tepat g p, dengan cerun dan

komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun g t.

Page 45: kegagalan cerun

23

Komponen yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun, g p, membantu

untuk memegang objek pada permukaan cerun. Manakala, komponen yang bertindak

segaris dengan permukaan cerun, g t, menyebabkan daya geseran berlaku pada cerun

yang menarik objek ke arah bawah cerun. Pada cerun yang curam, daya geseran atau

komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun, g t, akan meningkat dan

komponen yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun, g p, akan berkurang.

Peningkatan nilai g t ini seterusnya menyebabkan berlakunya pergerakan pada cerun.

2.9.2 Pengaruh jenis tanah

Ciri bahan utama yang akan menentukan jenis tanah ialah agihan ( penggredan )

saiz zarah dan keplastikan. Ciri-ciri agihan saiz zarah dan keplastikan boleh di tentukan

samada dengan melakukan ujian makmal atau melalui pemerhatian insani yang mudah.

Ciri-ciri sekunder bahan adalah seperti warna tanah dan bentuk, tekstur dan kandungan

zarah. Perbezaan di antara perihalan dan pengelasan tanah amat penting untuk di

ketahui. Perihalan tanah termasuklah perincian tentang ciri-ciri bahan dan jisim, oleh itu

adalah agak mustahil untuk dua tanah mempunyai perihalan yang serupa. Satu panduan

yang terperinci tentang perihalan tanah di berikan di dalam BS 5930 ( 1.3 ). Mengikut

piawaian ini jenis tanah yang asas ialah batu tongkol, batu bundar, kelikir, pasir,

kelodak dan tanah liat. Kesemuanya jenis tanah ini di takrif berpandukan julat saiz

zarah masing-masing.

Page 46: kegagalan cerun

24

2.9.3 Keadaan air dalam tanah

Kesemua tanah ialah bahan boleh telap, dengan air bebas mengalir melalui

liang-liang yang bersambung di antara zarah – zarah pepejal. Tekanan air liang di ukur

relatif kepada tekanan atmosfera dan aras yang mempunyai tekanan atmosfera ( iaitu

sifar ) yang di takrif sebagai aras air bumi atau permukaan air bumi. Tanah yang berada

di bawah aras air bumi di anggap tepu sepenuhnya walaupun kadangkala darjah

ketepuannya kurang sedikit daripada 100 % kerana terdapat udara yang terperangkap.

Pengukuran tekanan air liang dan paras air bumi perlu. Ini kerana peningkatan paras air

bumi dan seterusnya pertambahan tekanan air liang menyebabkan pertambahan tegasan

ricih dalam tanah. Ini boleh melemahkan daya ikatan pada struktur tanah.

2.9.4 Geometri cerun

Geometri cerun melibatkan keadaan rupabentuk cerun tersebut. Ia merangkumi

ketinggian cerun, ketinggian lereng, lebar setiap lereng dan juga bilangan lereng yang

terdapat pada cerun tersebut. Setiap aspek geometri cerun ini akan mempengaruhi

kestabilan cerun tersebut. Selain itu, sudut cerun juga mestilah di ketahui. Cerun yang

curam amat berisiko untuk mengalami kegagalan.

Page 47: kegagalan cerun

25

Puncak cerun

Tinggi

lereng

tinggi cerun

Lebar lereng

Sudut cerun

Rajah 2.8 : Aspek – aspek dalam geometri cerun

2.9.5 Tanaman pada cerun

Tanaman pada cerun merupakan suatu lapisan penahan yang dapat mengawal

hakisan pada permukaan cerun dan mengukuhkan struktur tanah pada cerun. Ia

bertindak dengan mengikat zarah-zarah tanah dengan mewujudkan struktur perlekatan

di antara sistem akar tumbuhan dengan partikel – partikel tanah. Akar tumbuhan

tersebut akan tumbuh jauh ke dalam tanah dan bertindak seperti penahan yang menahan

tanah pada cerun daripada mengelongsor. Selain itu, tanaman litup bumi seperti rumput

dan pokok-pokok kekacang dapat menyerap momentum jatuhan air hujan daripada jatuh

terus ke permukaan tanah. Ia juga dapat mengawal kuantiti dan aliran air permukaan

kerana aliran tersebut di serap oleh tanaman yang terdapat pada cerun. Kesan daripada

hakisan juga dapat di kurangkan. Berbagai – bagai jenis rumput yang di gunakan

sebagai tanaman litup bumi. Antaranya seperti rumput jenis Vertiveria Zizanoides,

Axonopus Compressus dan sebagainya.

Page 48: kegagalan cerun

26

2.9.6 Kesan alam semulajadi

Kesan daripada kitaran alam semulajadi mempunyai hubungkait dengan

ketidakstabilan pada cerun. Perubahan cuaca panas dan hujan sentiasa berlaku di

negara kita. Keadaan cuaca yang panas dan kering yang berterusan boleh menyebabkan

berlakunya keretakan pada permukaan. Permukaan tanah dan batuan yang retak dan

merekah ini memudahkan agen pengluluhawaan dan hakisan bertindak dengan

memasuki rekahan yang terbentuk.

Kadar curahan hujan tahunan adalah merupakan kriteria yang penting dan perlu

di ambil kira dalam menyediakan cerun yang stabil di sesuatu kawasan. Setiap kawasan

mempunyai taburan keamatan hujan yang berbeza. Sesetengah – tengah kawasan

mengalami taburan hujan yang kecil tetapi berlaku dalam tempoh yang lama dan ada

juga yang mengalami taburan hujan yang banyak tetapi berlaku dalam tempoh yang

singkat. Taburan keamatan hujan yang besar lebih memberikan kesan terhadap cerun

berbanding di kawasan yang mengalami keamatan hujan yang kecil. Ini kerana

ketepuan air dalam tanah bertambah dengan pertambahan peresapan air hujan yang

pesat. Fenomena ini merupakan salah satu faktor kepada kegagalan cerun. Jika gempa

bumi melanda cerun semasa hujan turun, faktor keselamatannya akan lebih berkurang

dan cerun akan lebih tidak stabil.

Gegaran tanah yang kuat akan meningkatkan tegasan ricih dalam tanah. Kesan

daripada frekuensi dan magnitud gempa bumi boleh mengatasi daya lekatan pada tanah

dan struktur penahannya. Pergerakan zarah tanah akan cenderung untuk bergerak ke

bawah. Pada umumnya negara Malaysia bebas dan selamat daripada kawasan lingkaran

gunung berapi pasifik. Oleh itu, ia tidak menjadi faktor yang serius dalam penilaian

tahap keselamatan cerun di negara kita.

Page 49: kegagalan cerun

27

Rajah 2.9 : Penurunan kadar faktor keselamatan melawan masa penurunan hujan.

Kegagalan cerun akan berlaku bila faktor keselamatan menurun melebihi 1.

2.9.7 Sistem saliran

Sistem saliran yang terdapat pada cerun merupakan suatu aspek yang penting

dan perlu di berikan perhatian dalam menilai tahap kestabilan dan keselamatan sesuatu

cerun. Sistem saliran yang baik dapat menyalirkan air permukaan dan subpermukaan

tanah dengan baik. Ianya amat penting semasa musim hujan ataupun di kawasan yang

mempunyai jumlah taburan curahan hujan yang tinggi. Kesan daripada aliran air

permukaan boleh mewujudkan hakisan pada cerun dengan membawa tanah pada

permukaan cerun mengelongsor ke bawah. Sebahagian daripada air permukaan itu tadi

akan meresap ke dalam tanah. Ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan aras air

bumi. Kesan peningkatan air bumi dan seterusnya pertambahan tekanan air liang

menyebabkan pertambahan tegasan ricih dalam tanah. Ini boleh melemahkan daya

ikatan pada struktur tanah di lereng – lereng cerun. Oleh itu, kesan daripada sistem

saliran yang buruk pada cerun boleh menyumbang kepada ketidakstabilan cerun.

Page 50: kegagalan cerun

28

2.9.8 Geologi

Keadaan geologi sesuatu cerun akan memberikan ciri-ciri utama yang

menjadikan cerun tersebut. Ia bermula daripada asal – usul bahan-bahan yang

membentuk cerun tersebut sama ada batuan ataupun tanah. Batuan dan tanah ini juga

terbahagi kepada jenis – jenisnya yang tersendiri. Komposisi setiap mineral seperti

tanah dan batuan pada cerun dan komposisi tekturnya serta struktur dapat di ketahui.

Lapisan – lapisan tanah yang terdapat pada cerun serta formasi pada setiap lapisan yang

berselang – seli akan di ambil kira. Proses luluhawa yang berlaku juga merupakan

sebahagian daripada faktor yang boleh mempengaruhi kestabilan cerun. Proses

luluhawa biasanya memakan masa yang lama dan ia mendorong kepada perubahan

rintangan ricih pada batuan.

Jadual 2.3 : Keadaan geologi dan kesan yang mungkin berlaku pada cerun (Hunt 1984)

Keadaan geologi dan bentuk – bentuk tipikal bagi kegagalan cerun Keadaan geologi Bentuk pergerakan tipikal

Jisim batu umum Runtuhan dan robohan daripada kegagalan penyokong Kegagalan pasak pada penyambung di sepanjang penyambungan, ricih dan lenturan Geluncuran blok di sepanjang penyambung dan ricih Gelongsoran planar di sepanjang penyambung dan ricih Kegagalan multi – planar di sepanjang set penyambungan Aliran batu kering

Batuan metamorphic Gelongsoran di sepanjang lapisan yang nipis

Batuan mendapan Lapisan mendatar Lapisan cerun Batu marine, batu tanah liat

Darjah cuaca mempunyai kesan yang kuat Putaran atau pasak umum melalui penyambung dan di sepanjang lapisan yang rata Planar di sepanjang lapisan penyambungan, geluncuran blok pada lapisan pemisahan penyambungan Putaran, pasak umum atau pergerakan progresif menerusi penyambung dan di sepanjang lipatan

Tanah baki Mendapan tebal

Bergantung kepada ketebalan stratum Pergerakan progresif putaran

Page 51: kegagalan cerun

29

Mendapan nipis pada batu

Gelongsoran debris, planar, runtuhan debris atau aliran

Tanah alluvial Kepaduan Jelekitan Susun lapis

Bergantung pada jenis dan struktur tanah Larian dan aliran Putaran dan pasak planar Putaran, atau pasak, merebak secara lateral dalam tanah berbutir halus

Mendapan aeolian Pasir dan lapisan Loess

Perubahan Larian dan aliran Aliran geluncuran blok di sepanjang gempa bumi

Mendapan glasier Till Susun lapis longgokan Lacustrine Marine

Perubahan Putaran Putaran Putaran menjadi progresif Putaran menjadi progresif, putaran merebak secara lateral, aliran

2.9.9 Pengaruh hakisan

Hakisan juga akan memberikan kesan pada kestabilan cerun. Hakisan yang

berlaku boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada permukaan cerun. Agen – agen

hakisan yang bertindak ialah seperti air larian permukaan, arus sungai, ombak, glasier

dan juga pergerakan cerun itu sendiri. Agen hakisan seperti air larian permukaan

bertindak dengan menghakis permukaaan cerun dengan membawa bersama aliran

lumpur dan tanah. Ia akan menjadi lebih teruk dan berbahaya sekiranya aliran ini terjadi

dalam kuantiti yang besar dan deras. Sebahagian daripada air larian permukaan ini akan

meresap ke dalam struktur tanah dan melemahkan daya lekatan antara partikel - partikel

tanah tersebut. Kesannya, pengaliran lumpur dan tanah akan menjadi lebih banyak. Ini

terjadi kerana pengaliran lumpur dan tanah tersebut akan menghakis dan membawa

sekali tanah yang terurai. Terdapat beberapa bentuk hakisan seperti sheet, rill, gully,

Page 52: kegagalan cerun

30

mass dan fretting. Hakisan pada cerun dapat di kurangkan sekiranya cerun tersebut

mempunyai sistem saliran yang baik dan juga di tutupi dengan tanaman litup bumi

seperti pokok dan rumput yang dapat menahan hakisan daripada terjadi.

2.10 Kestabilan cerun

2.10.1 Kaedah penyiasatan kestabilan cerun

Kaedah penyiasatan kestabilan cerun adalah berdasarkan kepada tiga perkara

utama, iaitu :

i ) Mengandaikan permukaan gelinciran dan pusat ia berputar.

ii ) Mengkaji keseimbangan daya yang bertindak ke atas permukaan itu.

iii ) Mengulangi proses sehingga permukaan gelinciran yang terburuk di

perolehi.

Page 53: kegagalan cerun

31

2.10.2 Analisis tegasan menyeluruh

Analisis ini biasanya di namakan analisis ø = 0. Analisis ini di lakukan bertujuan

untuk memberikan kestabilan sesuatu benteng sebaik sahaja ia siap di bina. Di andaikan

bahawa tanah di dalam benteng tersebut tidak sempat untuk menyalir dan parameter

kekuatan yang di gunakan adalah mewakili kekuatan tak bersalir bagi tanah itu.

Parameter kekuatan itu di perolehi sama ada dari ujian mampatan tak terkurung ataupun

daripada ujian tiga paksi tak bersalir tanpa ukuran tekanan liang.

Rajah 2.10 : Analisis tegasan seluruh

Pertimbangkan suatu sektor tanah yang di potong oleh arka AB dengan jejari r.

Di andaikan :

W = Berat sektor.

G = Kedudukan pusat graviti

Oleh kerana ø = 0, maka kekuatan ricih maksimum = c.

Dengan mengambil kira momen sekitar 0, pusat putaran :

Page 54: kegagalan cerun

32

W.e = c.1.r. = c.rθ.r = cr2θ untuk keseimbangan

Maka,

F = momen rintangan / momen gangguan

= cr2θ / We

2.10.2.1 Analisis melalui kaedah hirisan Swedish

Analisis tegasan berseluruh boleh di ubah suaikan untuk meliputi kes di mana

bagi tanah tepu separa, sampel kekuatan tak bersalir tidak selari dengan paksi tegasan

normal dan tanah mempunyai nilai ø dan c. Ini dapat di lakukan dengan membuat

andaian bahawa kaedah bulatan gelinciran serta membahagikan sektor kepada beberapa

hirisan tegak dengan bilangan yang bersesuaian.

Rajah 2.11 : Kaedah hirisan Swedish

Page 55: kegagalan cerun

33

Dengan mengandaikan bahawa tindak balas sisi ke atas dua sempadan tegak

bagi L1 dan L2 adalah sama, maka beratnya di lukis pada bahagian pangkal hirisan.

Seterusnya, dengan menyempurnakan daya segitiga magnitud N dan T dapat di

tentukan.

Dengan mengambil momen sekitar pusat putaran, 0 :

Momen gangguan = r∑T

Momen rintangan = r ( crθ + ∑N tan ø )

Maka,

F = ( crθ + ∑N tan ø ) / ∑T

2.10.3 Analisis tegasan berkesan melalui kaedah Bishop

Dengan mengandaikan bahawa Ln dan Ln + 1 bersamaan dengan tindak balas sisi

yang masing – masing bertindak ke atas keratan n dan keratan n + 1 dan daya yang

bertindak ke atas hirisan sebagai :

W = Berat hirisan

P = Daya normal seluruh yang bertindak di tapak hirisan

T = Daya ricih yang bertindak di tapak hirisan

b = Lebar hirisan

z = Ketinggian hirisan

l = Panjang BC ( di ambil sebagai garis lurus )

α = Sudut antara P dengan garis tegak

x = Jarak ufuk dari pusat hirisan ke pusat putaran, 0

Page 56: kegagalan cerun

34

Rajah 2.12 : Analisis tegasan berkesan :- Daya yang bertindak ke atas hirisan tegak

menerusi tembereng yang menggelangsar

Dalam sebutan tegasan berkesan, kekuatan ricih yang di gunakan ialah :

τ = [ c’ + ( σ n – u ) tan ø’ ] / F

Tegasan normal seluruh yang bertindak di tapak hirisan, σ n = ( P / l ) iaitu :

τ = ( 1 / F ) { c’ + [ ( P / l ) – u ] tan ø’ }

Daya ricih yang bertindak di tapak hirisan, T = τl

Untuk keseimbangan, momen gangguan = momen rintangan

Maka,

F = [ 1 / ∑W sin α ] ∑ [ c’l + W ( kos α – ru sek α ) tan ø’ ]

Page 57: kegagalan cerun

35

Ini di kenali sebagai kaedah lazim iaitu penentuan F secara tepat apabila terdapat

bulatan gelinciran yang secukupnya, dengan itu nilai yang paling genting dapat di

tentukan.

2.10.3.1 Analisis tegasan berkesan melalui kaedah rapi

Formula yang terhasil dari analisis mengikut kaedah lazim berkemungkinan

menimbulkan ralat bagi nilai F sehingga 15 %. Walau bagaimanapun, ralat ini masih

berada dalam julat yang selamat. Ini kerana ia masih memberikan nilai yang lebih

rendah daripada yang sepatutnya.

Di dalam pembinaan benteng dan empangan tanah yang baru, ralat ini mungkin

akan menyebabkan perbelanjaan yang tinggi. Perkara ini akan lebih ketara dengan

bulatan gelinciran yang dalam, apabila perubahan α di seluruh panjang gelinciran

adalah besar.

Menerusi persamaan :

F = ( R / ∑Wx ) ∑ [ c’l + ( P – ul ) tan ø’ ]

Andaikan daya berkesan normal, ( P – ul ) = P’

Menghuraikan daya pada arah tegak :

Maka,

F = ( 1 / ∑ W sin α ) ∑ { [ c’b + W ( 1 – ru ) tan ø’ ]

[ sek α / ( 1 + ( tan ø’ tan α / F ) ) ] }

Page 58: kegagalan cerun

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Metodologi kajian merupakan susunan cara kerja dalam mencapai matlamat di

dalam sesuatu kajian. Pelbagai kaedah boleh di gunakan contohnya, ia boleh di lakukan

menerusi pengumpulan maklumat melalui pembacaan bahan seperti buku, journal, hasil

kajian yang lepas, laporan dan keratan akhbar. Selain itu, maklumat – maklumat juga

boleh di perolehi dengan melakukan temuramah, soal selidik dan pemerhatian serta

tinjauan di kawasan kajian. Metodologi kajian bermula dari permulaan pembinaan

hipotesis sehinggalah matlamat kajian tersebut di capai.

Page 59: kegagalan cerun

37

3.2 Metodologi kajian

Kaedah pendekatan pertama yang di lakukan untuk mencapai objektif kajian

ialah melalui pengumpulan data – data yang berkaitan dengan faktor-faktor yang boleh

mendorong kepada kegagalan cerun. Kesemua data – data ini akan di gunapakai semasa

pemantauan cerun di lakukan. Proses pengumpulan data ini melibatkan pembacaan dari

rujukan-rujukan seperti buku yang berkaitan, jurnal, artikel, laporan akhbar, kajian –

kajian yang lepas dan sumber – sumber dari Internet. Kesemua data – data yang

berkaitan akan di gunakan di dalam suatu sistem yang di panggil ‘ Slope Priority

Ranking System ( SPRS ) ’. SPRS ini akan melibatkan pemberian markah kepada setiap

maklumat mengikut tahap sesuatu ciri yang terdapat pada cerun.

Selain daripada itu, pemerhatian dan tinjauan juga di lakukan di tapak kajian

bagi mengenalpasti kriteria – kriteria yang mempunyai persamaan yang boleh di kaitkan

di antara satu sama lain. Kriteria ini adalah merupakan ciri – ciri yang terdapat pada

cerun yang mana ciri – ciri tersebut boleh mempengaruhi cerun terbabit. Pengumpulan

kriteria ini seterusnya akan di tentukan dengan pemberian markah mengikut tahap –

tahap setiap kriteria tersebut.

Penentuan kriteria dan klasifikasi setiap kriteria di lakukan merujuk kepada

kajian – kajian yang lepas. Markah yang di berikan akan di bahagikan kepada tiga tahap

bagi setiap kriteria. Tahap yang pertama di berikan kepada kriteria – kriteria yang

mempunyai kesan yang tidak serius terhadap kestabilan cerun. Tahap yang kedua

merupakan kriteria yang memberikan kesan sederhana serius terhadap cerun. Tahap

ketiga merupakan tahap yang serius bagi setiap kriteria yang mana ia mendorong

kepada kejadian kegagalan cerun dengan pertambahan faktor – faktor yang boleh

menggagalkan cerun.

Page 60: kegagalan cerun

38

Seterusnya, setiap kriteria yang telah di klasifikasikan itu akan di bangunkan

dengan menggunakan Microsoft Access 2003. Pembangunan sistem pemantauan

mengunakan Microsoft Access 2003 ini di lakukan kerana ia dapat di jadikan sebagai

pangkalan data. Sistem yang telah siap akan dapat membantu dalam memantau tahap

kestabilan cerun tersebut mengikut rating atau keutamaannya.

Sistem ini akan di analisis dengan membuat perbandingan dengan cerun di

kawasan kajian. Setiap kriteria dan maklumat yang terdapat pada cerun di kawasan

kajian akan di masukkan ke dalam sistem ini bagi menilai kestabilannya. Seterusnya ia

akan dapat memberikan rating bagi setiap cerun dan ini akan mengambarkan tindakan

yang perlu di lakukan pada cerun tersebut.

3.3 Pengenalan kepada perisian Microsoft Access 2003

Sistem pemantauan cerun yang akan di bangunkan adalah dengan mengunakan

perisian Microsoft Access 2003. Microsoft Access 2003 ini merupakan versi yang ke

lapan dan terbaru dalam perisian Access. Perisian ini di gunakan sebagai suatu sistem

pengurusan pangkalan data yang popular dan boleh di gunakan pada sebarang keperluan

pengurusan maklumat. Ia di gunakan daripada susunan alamat yang ringkas sehinggalah

kepada sistem pengurusan yang sukar.

Pangkalan data di gunakan secara meluas bagi menyimpan data dan maklumat.

Ia boleh di bangunkan mengikut kehendak dan keperluan tersendiri. Perkara yang

paling utama ialah ia senang di gunakan, fleksibel dan mesra pengguna. Penggunaannya

boleh melibatkan pengiraan, simpanan data serta cetakan dan seterusnya dapat

Page 61: kegagalan cerun

39

memudahkan pencarian semula dengan membenarkan pengasingan di lakukan mengikut

jenis atau kehendak pengguna.

Ciri asas bagi pangkalan data ialah ia dapat menyediakan penggabungan

simpanan kesemua data tentang sesuatu topik. Siri bagi Word document, lembaran

Excel, teks fail, meseg email dan nota boleh di gabungkan ke dalam satu pangkalan

data. Pangkalan data bukan sahaja boleh menyimpan data sebaliknya mempunyai lebih

banyak kelebihan yang lain. Antara kelebihan Microsoft Access ialah :-

i ) Menyediakan muka depan bagi memasukkan data dengan mudah

ii ) Mencari data – data yang berkaitan dengan cepat

iii ) Menggambarkan data sebagai graf, carta dan laman web

iv ) Menyediakan laporan yang mudah di fahami dan di cetak ataupun di

paparkan di skrin

v ) Menghantar maklumat kepada Microsoft Word atau Microsoft Excel

Selain itu, masalah asas bagi Microsoft Excel ialah perisian ini tidak mempunyai

kemudahan untuk menyemak data. Sekiranya berlaku kesilapan dalam penaipan,

Microsoft Excel tidak dapat memaklumkan seterusnya data yang di kehendaki tidak

dapat di cari. Namun, segala permasalahan ini akan dapat di atasi melalui penggunaan

Microsoft Access. Antara keistimewaan Microsoft Access ialah :-

i ) Access akan menyimpan setiap maklumat data ke dalam satu tempat

sahaja. Kesilapan dalam penaipan tidak akan berlaku kerana penaipan

tidak di lakukan secara berterusan.

ii ) Access boleh mengemukakan beberapa data bagi menyesuaikan dengan

bentuk tertentu. Sebagai contoh, hanya tarikh yang sah sahaja boleh di

Page 62: kegagalan cerun

40

masukkan mengikut susunan tarikh. Prinsip yang sama di aplikasikan

untuk setiap hari.

iii ) Access dengan mudah dapat mengesan suatu set data bagi mengenalpasti

setiap perubahan nilai

iv ) Access dapat membantu untuk menghasilkan user – friendly data entry

interface yang di kenali sebagai form di dalam Access. Selain daripada

menaip nama pelanggan, nama juga boleh di pilih daripada senarai nama

pada skrin.

3.4 Pengenalan kepada ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’

‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’ ialah merupakan suatu sistem yang di

bangunkan bagi mengenalpasti cerun – cerun yang perlu di beri keutamaan untuk di

baikpulih dengan segera bagi menjaga keselamatan pengguna yang menggunakan

jalanraya sebagai laluan untuk ke destinasi – destinasi yang di ingini. Selain itu, SPRS

ini juga dapat membantu kerja – kerja penyenggaraan cerun. Ini dapat di lakukan

dengan memantau kelemahan – kelemahan yang wujud serta faktor – faktor yang

menyumbang kepada fenomena kegagalan sesuatu cerun.

Page 63: kegagalan cerun

41

3.4.1 Prinsip asas dalam ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’

Antara prinsip dan konsep asas dalam ‘Slope Priority Ranking System ( SPRS )’

ialah :

i ) Penilaian akan di buat berdasarkan Borang Pemeriksaan Cerun

[ JKR ( CKC-UKC 1 / 2005 ) ] yang telah di isi berpandukan nota dan

garis panduan pemeriksaan cerun JKR.

ii ) Pemarkahan akan di berikan kepada setiap butir atau maklumat mengikut

tahap sesuatu ciri cerun tersebut.

iii ) Jumlah markah yang terkumpul akan memberikan keputusan keutamaan

cerun untuk tindakan yang selanjutnya.

iv ) Nilai keutamaan yang di perolehi akan dapat membantu JKR dalam

pengurusan cerun – cerun.

Page 64: kegagalan cerun

BAB IV

SISTEM PENYENGGARAAN DAN KESTABILAN CERUN

Setelah analisis sesuatu cerun di lakukan, keadaan cerun tersebut akan dapat di

kenalpasti sama ada berisiko ataupun tidak berisiko berlakunya kegagalan cerun.

Sekiranya cerun terbabit berisiko, maka tindakan drastik perlu di buat bagi

mengenalpasti sistem penyenggaraan dan kestabilan cerun yang sesuai di laksanakan,

dengan mengambil – kira aspek kos dan keberkesanannya dalam menstabilkan cerun.

4.1 Pendahuluan

Penyenggaraan cerun yang di lakukan dengan baik akan dapat memastikan

cerun dalam keadaan selamat dan mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh. Ini

semua perlu di lakukan pada setiap cerun yang boleh memberikan kesan kepada

keselamatan nyawa dan harta benda. Pemeriksaan pada cerun mestilah di lakukan

sekurang – kurangnya sekali setahun. Bagi cerun – cerun yang kritikal hendaklah di

Page 65: kegagalan cerun

43

periksa dengan lebih kerap dalam masa setahun. Pemeriksaan ini akan dapat

memberikan maklumat untuk menentukan jenis penyenggaraan yang sesuai.

Kaedah penyenggaraan dan penstabilan cerun yang sesuai di tentukan

berdasarkan ciri-ciri setempat yang terdapat pada sesuatu cerun tersebut. Antaranya

seperti keadaan geometri, geologi dan kegagalan yang berlaku. Kebiasaannya, sistem

penyenggaraan dan penstabilan cerun boleh di bahagikan kepada empat elemen utama

iaitu :

i. Kerja perlindungan cerun

ii. Kerja perparitan dan saliran

iii. Pembinaan tembok penahan

iv. Kerja – kerja pengukuhan cerun

Setiap kaedah kerja tersebut mempunyai fungsi – fungsinya yang tertentu dalam

membantu menstabilkan cerun. Kaedah penyenggaraan yang ekonomi dan bersesuaian

akan dapat di tentukan jika fungsi kerja di fahami.

4.2 Kerja – kerja perlindungan cerun

Kerja – kerja perlindungan cerun merupakan proses melindungi permukaan

cerun daripada agen-agen hakisan dan luluhawa. Kerja – kerja perlindungan ini akan

dapat mengurangkan kesan hakisan, penyerapan air larian permukaan dan proses

luluhawa yang boleh mengganggu kestabilan cerun. Permukaan cerun yang terdedah

akan di lindungi dengan menggunakan beberapa kaedah mengikut kesesuaian. Antara

Page 66: kegagalan cerun

44

kaedah – kaedah yang terdapat dalam kerja – kerja perlindungan cerun ialah seperti

kawalan hakisan menggunakan tanaman litup bumi, kaedah penyemburan mortar dan

konkrit, kaedah pitching dan krib.

4.2.1 Kaedah tanaman litup bumi

Penggunaan kaedah tanaman litup bumi akan dapat mewujudkan suatu sistem

kawalan hakisan pada permukaan cerun. Penggunaan kaedah ini di gunakan secara

meluas dan kerap. Penggunaan rumput sebagai tanaman litup bumi dapat

mengurangkan kesan momentum jatuhan air hujan pada permukaaan tanah. Selain itu,

air hujan akan tersekat pada rumput dan ia bertindak mengurangkan kuantiti dan

kelajuan air larian permukaan.

Struktur akar pada rumput-rumput tersebut mewujudkan satu struktur pelekatan

di antara partikel tanah dan sistem akar tersebut. Permukaan cerun yang di litupi

sepenuhnya dengan rumput akan lebih stabil kerana akarnya mencengkam tanah pada

cerun dan menggelakkannya daripada menggelongsor. Antara kaedah penanaman

tumbuhan litup bumi ini ialah seperti penggunaan rumput vetiver, kaedah fibromatting

dan hidroseeding dan penanaman kepingan rumput berkelompok dan rapat.

Page 67: kegagalan cerun

45

4.2.1.1 Kaedah rumput vetiver

Rumput vetiver adalah merupakan sejenis rumput yang mempunyai sistem akar

yang panjang dan tumbuh jauh ke dalam tanah. Rumput ini tumbuh subur sehingga

boleh mencapai ketinggian 1 m tinggi. Akarnya yang panjang kuat mencengkam

partikel tanah dan ianya selalu di gunakan sebagai kawalan perlindungan cerun dan juga

hakisan pada tebing sungai. Antara jenis rumput yang biasa di tanam ialah dari jenis

Vertiveria Zizanoides. Ia tumbuh dengan menggunakan tunas dan cepat membesar.

Pertumbuhan dengan kadar yang cepat ini menyebabkan ia memerlukan pemotongan

yang berjadual. Ini kerana rumput yang tumbuh terlalu panjang akan menyukarkan

proses – proses pemerhatian dan penyenggaraan cerun.

Rajah 4.1 : Rumput Vetiver yang tumbuh semulajadi

Page 68: kegagalan cerun

46

Rajah 4.2 : Penanaman rumput vetiver secara berbaris di cerun

4.2.1.2 Kaedah fibromatting dan hydroseeding

Sabut atau serat kelapa dan jut di gunakan sebagai hamparan sebelum benih

rumput di semburkan pada permukaan cerun. Hamparan ini di kenali sebagai fibromat

yang dapat membantu mencegah hakisan dan mempercepatkan pertumbuhan benih

rumput. Fibromat dapat menghalang benih rumput di hanyutkan oleh air larian

permukaan. Ia juga memberikan kelembapan pada biji benih rumput untuk tumbuh dan

mencengkam dengan kuat.

Hydroseeding pula merupakan proses percampuran benih rumput, baja, pulpa

( daripada kertas atau kayu ) dan air. Kebiasaanya ia di lakukan dengan menggunakan

pam dan percampuran biji benih rumput tersebut di semburkan pada lapisan fibromat

yang telah di hamparkan pada permukaan cerun. Kaedah fibromatting dan hydroseeding

Page 69: kegagalan cerun

47

adalah merupakan kaedah yang paling sesuai bagi cerun potong yang memerlukan

kadar penutupan permukaan dengan kadar segera. Penyediaan longkang sementara

pada bahagian atas dan teres di perlukan bagi mengurangkan air larian permukaan yang

boleh mengganggu pertumbuhan dan mengurangkan benih rumput tersebut dari di

hanyutkan ketika hujan. Kaedah ini dapat di lakukan pada kawasan cerun yang luas

dengan kos yang rendah.

Rajah 4.3 : Semburan yang menggunakan pam bagi kaedah Hydroseeding

Page 70: kegagalan cerun

48

Rajah 4.4 : Lapisan rumput yang tumbuh subur menggunakan kaedah Hydroseeding

4.2.1.3 Kaedah kepingan rumput berkelompok dan rapat

Kaedah menggunakan kepingan rumput berkelompok adalah merupakan suatu

teknik menanam rumput dengan segera pada kawasan cerun. Ia di lakukan dengan

menanam rumput secara berkelompok dengan kepingan rumput yang bersaiz lebih

kurang 150 mm diameter dan di tanam dengan jarak 100 mm di antara satu sama lain.

Bekalan air di sediakan dengan secukupnya bagi membolehkan ia terus hidup dan

subur.

Kaedah penanaman rumput secara rapat juga sama seperti penanaman secara

berkelompok tetapi ianya di tanam dengan lebih rapat di antara kelompok – kelompok

rumput tersebut. Ianya akan lebih kelihatan rapat dan hampir menutupi keseluruhan

permukaan cerun. Kedua-dua kaedah penanaman rumput ini sesuai dan berkesan

Page 71: kegagalan cerun

49

sebagai kawalan pada permukaan cerun yang mengalami kesan hakisan yang teruk.

Selain itu, kaedah ini juga sesuai bagi cerun yang mempunyai gradien yang rendah.

Antara jenis rumput yang biasa digunakan ialah jenis Axonopus Compressus. Kaedah

ini walau bagaimanapun hanya sesuai bagi kawasan yang kecil sahaja.

Rajah 4.5 : Penanaman rumput secara berkelompok dan rapat

4.2.2 Kaedah pitching

Kaedah pitching adalah merupakan kaedah yang menggunakan cantuman

daripada blok-blok batuan atau konkrit dan bahan pengikat. Ianya akan dapat

menghalang cerun daripada mengalami hakisan, gelinciran, luluhawa dan kegagalan

kecil dengan menutup permukaan cerun dengan batuan, blok konkrit atau konkrit

pasang siap. Kaedah perlindungan cerun ini mempunyai kos yang tinggi dan

memerlukan peralatan atau penskalaan semula ke atas permukaan cerun.

Page 72: kegagalan cerun

50

Rajah 4.6 : Rubble Pitching

4.2.3 Kaedah penyemburan mortar dan konkrit

Penggunaan mortar dan konkrit sebagai pelindung kepada permukaan cerun

akan dapat menutup ruang – ruang rongga pada yang tanah yang longgar seperti tanah

pasir. Selain itu, penggunaan perlindungan ini akan dapat menghalang air permukaan

dari meresap ke dalam tanah yang seterusnya boleh melemahkan struktur tanah di

kawasan cerun tersebut. Ia amat berkesan mencegah hakisan yang di sebabkan oleh air

larian permukaan yang mempunyai halaju yang tinggi. Penyemburan konkrit lebih

meluas berbanding mortar kerana ia lebih cepat dan ekonomi serta jangka hayat

ketahanan yang lama berbanding penggunaan mortar. Walaubagaimanapun kaedah ini

Page 73: kegagalan cerun

51

tidak di galakkan untuk cerun yang mempunyai tanah atau batuan dengan kadar

penyerapan air yang tinggi.

Kaedah ini adalah sesuai pada cerun yang mengalami kegagalan yang sederhana

untuk menutup permukaan cerun tersebut dengan mortar atau konkrit. Kaedah

penyemburan mortar atau konkrit ini tidak memerlukan proses perataan atau penskalaan

terhadap permukaan cerun. Sebaliknya, penggunaan kaedah ini memerlukan penyediaan

lubang leleh dan saliran mendatar yang mencukupi. Ini bagi membolehkan pengaliran

air bumi dan mengelakkan peningkatan tekanan air liang. Air bumi yang tidak dapat di

salir keluar dengan baik menyebabkan ia terkumpul di belakang lapisan mortar atau

konkrit, seterusnya menyebabkan tekanan air liang bertambah dan boleh mengakibatkan

kegagalan pada struktur cerun tersebut.

Rajah 4.7 : Semburan mortar dan konkrit

Page 74: kegagalan cerun

52

4.2.4 Kaedah penghadang konkrit

Penghadang konkrit merupakan hasil cantuman unit – unit kayu, besi atau

konkrit pra tuang yang di susun dan di isikan pada bahagian dalamnya dengan tanah

peroi atau batu kelikir bagi memudahkan pengaliran air hujan. Proses kerja

membinanya juga adalah mudah dan cepat. Bagi tujuan pemasangan yang bercirikan

alam sekitar, ruang di antara penghadang konkrit boleh di timbus dengan tanah dan di

tanam dengan rumput. Kaedah perlindungan cerun ini akan dapat menanggung jisim

tanah di tepi bukit, tebing pembinaan jalan raya dan lain-lain. Bagi pembinaan struktur

penghadang konkrit ini, had ketinggian yang di benarkan ialah tidak melebihi 6.3 meter.

Pembinaan penghadang konkrit ini akan dapat menghalang kegagalan yang

besar pada cerun. Bagi tembok penghadang konkrit semburan pula, ia di bina dengan

memasang jaring dawai di sepanjang permukaan cerun yang tidak rata dan kemudian

satu bar terkukuh ( reinforcement bar ) di letakkan dan konkrit akan di tuang pada bar

tersebut. Proses penyemburan konkrit boleh di lakukan dengan menggunakan pam. Ia

lebih menjimatkan masa dan mudah kerana ia tidak memerlukan kerja-kerja perataan

pada permukaan cerun.

Page 75: kegagalan cerun

53

Rajah 4.8 : Rekabentuk dan cara pembinaan crib wall

Rajah 4.9 : Penggunaan crib wall di kawasan cerun

Page 76: kegagalan cerun

54

4.3 Kawalan perparitan dan saliran

Masalah pengaliran air pada cerun merupakan suatu perkara yang perlu di

berikan perhatian. Ini kerana tindak balas daripada air akan dapat melemahkan struktur

tanah pada cerun. Tindak balas daripada air ini boleh di pecahkan kepada dua bahagian

iaitu pada permukaan dan subpermukaan cerun. Pengaliran air yang laju pada

permukaan cerun boleh menyebabkan hakisan yang teruk dan ianya boleh menyebabkan

kegagalan pada cerun jika kadar penyerapan air yang melampau masuk ke dalam tanah.

Kawalan pengaliran air menggunakan sistem perparitan dan saliran akan menyediakan

suatu kemudahan secara kekal atau sementara bagi tujuan pengaliran air permukaan dan

air bumi yang terkumpul di bawah permukaan cerun. Sistem ini perlu di reka bentuk

bagi mewujudkan keadaan cerun yang stabil.

4.3.1 Sistem kawalan perparitan di permukaan cerun

Air permukaan mestilah di alirkan dengan baik melalui sistem perparitan

permukaan yang sempurna. Dengan adanya sistem perparitan ini, ia akan dapat

mengalirkan air permukaan terus ke sistem perparitan utama untuk di alirkan ke tempat

lain. Ini dapat mengelakkan air permukaan daripada mengalir ke kawasan cerun yang

tidak stabil ataupun masuk ke dalam struktur tanah cerun yang boleh menyebabkan

kegagalan. Oleh itu, air larian permukaan ini mestilah di kawal dengan baik dan

sempurna supaya ia tidak mempengaruhi kestabilan sesuatu cerun tersebut. Antara

kaedah yang biasa di praktikkan untuk mengawal air permukaan pada cerun ialah :

Page 77: kegagalan cerun

55

i. Membina suatu aras pembentukan terhadap permukaan cerun.

ii. Meminimakan pemusnahan tumbuhan pada kawasan cerun atau

menanam semula rumput litup bumi.

iii. Membina longkang, pembentung atau saluran untuk melencongkan

aliran air ke kawasan yang tidak bermasalah.

iv. Menutup permukaan cerun dengan konkrit, slush grout, asfal atau plastik

bagi mengelakkan penyerapan air yang melampau pada cerun.

4.3.1.1 Sistem parit saliran dan parit pintasan

Rekabentuk parit saliran boleh di bina sama ada secara kekal ataupun sementara.

Ukuran kedalaman dan kelebarannya mestilah bergantung kepada keadaan tapak cerun

tersebut. Ia akan berfungsi sebagai laluan utama untuk mengalirkan air permukaan ke

kawasan cerun yang tidak bermasalah. Pembinaan parit pintasan pula bertindak

memintas air larian permukaan dan di alirkan ke parit saliran. Rekabentuk parit saliran

ini juga boleh di guna bagi mengalirkan air yang berkelodak ke perangkap kelodak.

Bagi tujuan ini, ia tidak memerlukan rekabentuk yang terperinci. Namun ia juga boleh

menyebabkan masalah sekiranya aliran dalam parit saliran tersekat kerana kehadiran

kelodak yang tinggi kesan daripada hujan yang lebat.

Page 78: kegagalan cerun

56

4.3.1.2 Longkang pada teresan

Longkang pada teresan adalah merupakan suatu pembinaan parit saliran konkrit

yang di bina secara mendatar di atas setiap teresan pada suatu kawasan cerun. Longkang

pada teresan ini akan bertindak mengalirkan aliran air yang terkumpul dari permukaan

cerun kepada longkang bertingkat dan seterusnya di bawa kepada longkang utama di

bahagian bawah cerun. Tujuan utama pembinaan ini ialah untuk membahagikan aliran

air kepada unit-unit yang kecil dan mempercepatkan alirannya.

Rajah 4.10 : Longkang pada teresan

4.3.1.3 Longkang bertingkat

Longkang bertingkat ialah longkang yang di bina secara menegak dan bertingkat

pada kawasan cerun yang berteres. Ia di gunakan bagi mengalirkan air permukaan

daripada parit teres atau berm. Rekabentuknya yang bertingkat – tingkat akan dapat

Page 79: kegagalan cerun

57

memperlahankan halaju aliran air yang di bawa ke bahagian bawah cerun yang curam.

Pembinaan longkang bertingkat ini di akukan mengikut kontur secara bertingkat –

tingkat.

Rajah 4.11 : Longkang bertingkat

4.3.1.4 Longkang pada bahu jalan

Longkang pada bahu jalan di bina bagi menerima jumlah aliran air daripada

longkang bertingkat pada cerun dan juga air larian permukaan daripada jalanraya. Ianya

akan bertindak menyalirkan sejumlah kuantiti air tersebut ke bahagian sump dan

seterusnya ke longkang utama.

Page 80: kegagalan cerun

58

4.3.1.5 Saliran sump

Sump adalah merupakan suatu struktur yang menerima keseluruhan aliran air

daripada longkang teresan, longkang bertingkat dan longkang pada bahu jalan. Ia akan

bertindak mengumpul dan juga menapis aliran air sebelum di salirkan ke longkang

utama. Pemeriksaan yang berjadual di perlukan bagi memastikan sump tersebut tidak

tersumbat dengan kelodak, rumput – rumpai dan sampah – sarap. Ini penting agar aliran

air ke longkang utama tidak terganggu. Selain itu, melalui pemeriksaan ini juga dapat

memastikan strukturnya tidak mengalami keretakan ataupun pecah. Jika ini berlaku ia

boleh menyebabkan pengumpulan air pada bahagian kaki cerun dan seterusnya boleh

mengurangkan kestabilan tanah di kaki cerun.

4.3.2 Sistem saliran subpermukaan

Salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan cerun berlaku ialah kerana

kegagalan menyediakan sistem saliran subpermukaan dengan sempurna. Di bahagian

subpermukaan cerun akan wujudnya suatu aras air bumi yang boleh di pengaruhi jika

berlakunya hujan lebat. Kadar penyerapan yang tinggi sewaktu hujan menyebabkan aras

air bumi ini akan meningkat dan jika tidak di kawal ia seterusnya akan menambahkan

tekanan air liang di bawah permukaan cerun. Peningkatan tekanan air liang boleh

mengurangkan tegasan berkesan ( effective stress ) di dalam struktur tanah dan

seterusnya menyebabkan kegagalan. Maka sistem saliran subpermukaan merupakan

kaedah yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Antara kaedah pembinaan yang di

gunakan untuk saliran subpermukaan termasuklah telaga pam, saluran panjang, saluran

batang dan parit. Selain itu, kaedah lain yang biasa di gunakan ialah dengan

menyediakan lubang leleh ( weep holes ) dan juga paip mendatar.

Page 81: kegagalan cerun

59

4.3.2.1 Lubang leleh dan paip mendatar

Penyediaan lubang leleh dan paip mendatar dapat menurunkan aras air bumi dan

tekanan air liang dengan baik. Kaedah ini adalah merupakan kaedah yang paling

ekonomi dan berkesan bagi kawasan cerun yang luas dan kecil. Pemasangan lubang

leleh biasanya condong 5º ke atas daripada satah mendatar.

4.4 Pembinaan tembok penahan

Penggunaan tembok penahan sebagai salah satu kaedah penstabilan cerun di

gunakan secara meluas di negara kita. Ia kerana ketahanannya yang dapat mengekang

kegagalan yang besar daripada berlaku. Tembok penahan banyak di gunakan di dalam

pembinaan di sekitar lebuhraya, jambatan, sistem perparitan, empangan dan juga

berhampiran kawasan pembangunan. Pembinaannya boleh di jadikan sebagai kaedah

kawalan kestabilan cerun yang sementara dan juga kekal.

Terdapat beberapa jenis tembok penahan yang biasa di gunakan, antaranya ialah

tembok penahan graviti, tembok penahan julur, tembok cerucuk keping, tembok gabion

dan sistem tanah bertetulang. Penggunaan setiap kaedah ini akan di terangkan seperti di

bawah.

Page 82: kegagalan cerun

60

4.4.1 Jenis – jenis tembok penahan

4.4.1.1 Tembok penahan graviti

Tembok penahan graviti ialah tembok yang menggunakan beban sendirinya dan

di bantu rintangan pasif yang terhasil di hadapannya untuk menstabilkan cerun. Tembok

jenis ini tidak ekonomi kerana bahan tembok atau konkrit yang di gunakan hanya untuk

beban matinya sahaja. Secara keseluruhannya, tembok penahan mestilah memenuhi dua

keadaan asas iaitu tekanan dasar pada hilir tembok mestilah tidak melebihi tekanan

galas yang di benarkan bagi tanah dan faktor keselamatan terhadap gelangsar di antara

dasar dengan tanah bawah mestilah cukup, iaitu biasanya di tetapkan sekurang-

kurangnya 1.5.

Rekabentuk tembok penahan graviti mestilah di hadkan ketinggiannya iaitu 2

meter bagi tembok tegak dan kurang daripada 3 meter bagi tembok yang di bina dalam

keadaan condong. Selain itu, penyediaan sistem saliran bagi menyalirkan air di

belakang tembok ini juga di perlukan. Ini bagi menggelakkan kegagalan pada tembok

berlaku. Beberapa bentuk tapis dari bahan telap air yang kasar di perlukan di belakang

tembok penahan untuk menghalang peningkatan tekanan air liang. Air yang mengalir

akan melalui lubang leleh ( weep holes ) yang di sediakan pada tembok penahan.

Page 83: kegagalan cerun

61

4.4.1.2 Tembok penahan julur

Tembok penahan julur ialah tembok yang menggunakan beban sendirinya dan

juga beban dari tanah yang di kambus balik untuk terus stabil. Ia di bina daripada

konkrit bertetulang dan berbentuk julur di bahagian bawahnya bagi menerima tekanan

daripada berat tanah. Rekabentuk ini lebih ekonomi berbanding dengan tembok

penahan graviti kerana saiznya yang kecil dan penggunaan bahan konkrit yang kurang.

Tembok penahan julur di bina bagi cerun yang lebih daripada 1 meter dan ketinggian

bagi tembok penahan ini boleh mencapai hingga 6 meter atau lebih jika ia

menggunakan penegang atau sagang ( counterfort ).

Sebelum tembok penahan julur di bina, satu lapisan konkrit yang di kenali

sebagai lean concrete akan di letakkan sebagai tapak bagi struktur berkenaan. Gred

konkrit yang di gunakan adalah gred 15 dan tebal lean concrete adalah sebanyak 50

mm. Fungsi lean concrete ialah untuk memberikan satu aras yang rata untuk struktur

konkrit, membolehkan beban teragih secara sekata ke atas tanah, mengelakkan air

daripada tanah naik ke bahagian struktur konkrit dan mengelakkan daripada air simen

menyerap masuk ke dalam tanah semasa kerja – kerja konkrit untuk struktur tersebut

sedang di jalankan.

Weepholes juga hendaklah di bina bagi tembok penahan ini. Weepholes

memainkan peranan yang amat penting dalam menyalirkan air keluar daripada tanah.

Sekiranya air tersebut tidak di keluarkan, berkemungkinan besar tembok penahan

tersebut akan tumbang. Ini kerana air yang menakung di belakang tembok akan

membuatkan tanah menjadi tidak stabil seterusnya menjadikan struktur tembok penahan

juga tidak stabil.

Page 84: kegagalan cerun

62

Rajah 4.12 : Tembok penahan julur

4.4.1.3 Tembok cerucuk keping

Tembok jenis ini di gunakan hanya apabila tinggi tanah yang di tahan kecil

secara relatifnya. Di dalam keadaan tanah pasir dan kelikir, tembok jenis ini mungkin di

gunakan sebagai struktur tetap, tetapi secara amnya ia di gunakan sebagai sokong

sementara. Strukturnya yang terdiri daripada barisan cerucuk yang saling mengunci

antara satu sama lain membentuk satu tembok yang saling berterusan. Bahan yang di

gunakan sebagai tembok boleh terdiri daripada kayu, konkrit dan juga kepingan keluli.

Kestabilan tembok cerucuk keping ini secara keseluruhannya di sebabkan oleh

rintangan pasif yang terhasil di bawah permukaan tanah yang lebih rendah.

Page 85: kegagalan cerun

63

Penggunaan cerucuk konkrit banyak di gunakan sebagai struktur kekal seperti

tebing perparitan dan juga struktur yang berkaitan dengan air. Manakala penggunaan

cerucuk dari kepingan keluli lebih bersifat struktur sementara.

Rajah 4.13 : Tindak balas pada tembok cerucuk keping

Rajah 4.14 : Penggunaan tembok cerucuk keping sebagai penahan hakisan

Page 86: kegagalan cerun

64

4.4.1.4 Tembok gabion

Tembok gabion ialah binaan yang terdiri daripada dawai besi dan batuan yang

di susun di dalamnya. Ia di rekabentuk seperti sebuah kotak segiempat sama dan di

susun secara bertingkat – tingkat di kaki cerun. Saiz yang biasa di gunakan ialah

1 meter x 1 meter x 1 meter. Kaedah penahan cerun ini sangat mudah di bina dan ianya

hanya memerlukan kos yang rendah. Namun, ia memerlukan kerja – kerja perataan dan

penskalaan semula ke atas permukaan cerun. Pembinaan tembok gabion ini tidak

memerlukan lubang leleh kerana ruang – ruang di antara batuan sudah mencukupi bagi

menyalir keluar air liang yang berada di belakang tembok.

Rajah 4.15 : Kaedah penstabilan cerun menggunakan tembok gabion

Page 87: kegagalan cerun

65

4.4.2 Jenis sistem penyaliran yang lazim bagi tembok penahan

Secara umumnya, sesebuah tembok penahan di rekabentuk untuk menanggung

hanya tekanan sisi yang di kenakan oleh tanah yang di topangnya. Kemungkinan aras

air bumi terjadi di dalam bahan di belakang tembok mestilah di teliti dalam

merekabentuk struktur tersebut. Dari sinilah, sistem penyaliran yang sesuai akan di

pilih.Terdapat lima jenis sistem penyaliran yang lazim bagi tembok penahan iaitu

lubang lelehan, salir belakang, jalur tegak bahan penuras, selimut penyaliran tegak dan

selimut penyaliran mencondong.

4.4.2.1 Lubang lelehan

Bagi timbusan yang berbutir, penyaliran yang di perlukan hanyalah dengan

menyediakan beberapa lubang lelehan yang menembusi tembok. Ianya berjarak lebih

kurang 3 m dari pusat ke pusat pada arah ufuk dan tegak. Garis pusat lubang lelehan

boleh berbeza – beza iaitu antara 75 mm hingga 150 mm. Batu kelikir di letakkan di

dalam timbusan di sebelah belakang tiap – tiap lubang lelehan bagi mengelakkan lubang

lelehan daripada tersumbat.

Page 88: kegagalan cerun

66

Timbusan berbutir

Rongga batu kelikir

Rajah 4.16 : Lubang lelehan

4.4.2.2 Salir belakang

Alternatif lain bagi penyaliran timbusan berbutir adalah dengan menyediakan

salir belakang. Ia terdiri daripada sebuah parit belakang yang membujur selanjar. Ianya

di letakkan di bahagian bawah tembok serta mengandungi paip dengan sendi yang

terbuka. Bahagian di sekelilingnya di padatkan dengan batu kelikir ataupun bahan

penuras yang lain.

Page 89: kegagalan cerun

67

Rajah 4.17 : Salir belakang

4.4.2.3 Jalur tegak bahan pen

Seandainya bahan timb

lebih daripada 5 % zarah pasir

ialah bahan separa telap. Bagi t

sahaja tidak mencukupi untuk p

besar akan tersumbat. Penyalir

Penyaliran tambahan tersebut i

berbentuk jalur menegak beruk

di letakkan di tengah – tengah

bawah iaitu ke jalur membujur

sama dan dengan keratan lintan

Timbusan berbutir

Paip sambungan terbuka

Bahan penuras

uras

usan adalah berupa butiran tetapi ia bercampur dengan

halus, kelodak ataupun tanah liat, maka bahan tersebut

imbusan separuh telap ini, penyediaan lubang lelehan

enyaliran. Ini kerana lubang lelehan berkemungkinan

an tambahan di perlukan bagi mengatasi masalah ini.

alah dengan menempatkan bahan penuras yang

uran kira – kira 0.33 x 0.33 m2 dalam keratan lintang. Ia

antara lubang lelehan. Kemudian, ia akan di salurkan ke

selanjar yang di bentuk daripada bahan penuras yang

g yang sama juga.

Page 90: kegagalan cerun

68

Rajah 4.18 : Jalur tegak bahan penuras

4.4.2.4 Selimut penyaliran tegak

Bagi timbusan bertanah liat pula, parit penghalang dengan bahan penuras yang

sesuai di perlukan dengan ukuran tebalnya kira – kira 0.33 m. Penghalang penyaliran

secara tegak terbukti sesuai jika permukaan tanah yang tertahan dapat di lindungi

dengan satu bentuk tutupan tak boleh telap.

Page 91: kegagalan cerun

69

Rajah 4.19 : Selimut penyaliran tegak

4.4.2.5 Selimut penyaliran mencondong

Apabila hujan lebat, tekanan resipan yang tinggi akan terhasil. Dalam keadaan

ini, penghalang penuras mencondong sesuai di praktikkan bagi mengurangkan tekanan

resipan tersebut.

Rajah 4.20 : Selimut penyaliran mencondong

Page 92: kegagalan cerun

70

4.4.3 Sebab – sebab kegagalan yang lazim bagi struktur penahan tanah

Kebiasannya, kegagalan bagi struktur penahan tanah adalah di sebabkan oleh

kegagalan keupayaan galas, gelangsaran ke hadapan, gelinciran tanah di sekeliling,

putaran terhadap bahagian atas, terbalikan dan kegagalan struktur.

4.4.3.1 Kegagalan keupayaan galas

Momen terbalikan dari tujah tanah akan menyebabkan tekanan galas yang tinggi

pada tapak luar tembok. Nilai ini mestilah di kawal supaya berada dalam had yang

selamat. Kebiasaannya, hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada keupayaan galas

muktamad yang menyangka.

Rajah 4.21 : Kegagalan keupayaan galas

Page 93: kegagalan cerun

71

4.4.3.2 Gelangsaran ke hadapan

Gelangsaran ke hadapan berlaku di sebabkan oleh kurangnya rintangan pasif di

hadapan tembok ataupun kekurangan geseran tapak. Kebiasaannya, tanah ini terdedah

kepada unsur dan kesan luluhawa serta kesan daripada perubahan iklim yang mungkin

berlanjutan ke bawah sehingga kira – kira satu meter. Kewujudan akar dan humus

menjadikan tanah begitu lembut sehingga menyebabkan tembok gagal sebelum

rintangan pasif dapat di hasilkan.

Rajah 4.22 : Gelangsaran ke hadapan

4.4.3.3 Gelinciran tanah di sekeliling

Kesan ini boleh berlaku dalam tanah jelekit. Seterusnya, ia boleh di analisa

sebagai menganalisis masalah kestabilan cerun.

Page 94: kegagalan cerun

72

Rajah 4.23 : Gelinciran tanah sekeliling

4.4.3.4 Putaran terhadap bahagian atas

Kebanyakkannya, kegagalan jenis ini terjadi ke atas tembok cerucuk keping. Ini

berlaku di sebabkan oleh kekurangan penyangga di hadapan tembok. Walau

bagaimanapun, kegagalan ini juga mungkin boleh berlaku ke atas sebarang jenis tembok

yang di tahan di bahagian atas iaitu seperti tembok – landas jambatan.

Rajah 4.24 : Putaran terhadap bahagian atas

Page 95: kegagalan cerun

73

4.4.3.5 Terbalikan

Tujah paduan hendaklah bertindak di dalam lingkungan tapak bagi memastikan

sesebuah tembok dalam keadaan yang stabil. Kebanyakan rekabentuk tembok akan di

reka agar tujah berada dalam lingkungan satu pertiga tengah tapak.

4.4.3.6 Kegagalan struktur

Kegagalan struktur oleh berlaku di sebabkan oleh kesilapan dalam mereka

bentuk, kemerosotan bahan, hasil kerja yang tidak berkualiti dan lain – lain lagi.

4.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, penyenggaraan yang baik mestilah dapat menggelakkan

masalah ketidakstabilan cerun dengan menggunakan pilihan kaedah yang paling

berkesan dan efektif bagi sesuatu keadaan cerun. Ia melibatkan pertimbangan dari segi

kos dan jangka hayat atau ketahanan bagi setiap rekabentuk. Apa yang cuba di tekankan

di sini ialah memahami penggunaan kaedah yang sesuai mengikut keadaan dan punca –

punca kegagalan yang berlaku serta ciri – ciri bagi setiap aspek kaedah pengawalan

yang akan di gunakan.

Page 96: kegagalan cerun

74

Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Contohnya perbandingan penggunaan tembok penahan graviti dan tembok gabion

sebagai sistem kawalan cerun. Penggunaan tembok penahan graviti akan melibatkan

kos yang tinggi dan memerlukan masa namun ia berkesan menghalang kegagalan yang

besar daripada berlaku. Berbeza pula dengan pembinaan tembok gabion yang cepat dan

murah tetapi kurang berkesan jika berlaku kegagalan yang besar dan keadaan tanah

yang tidak stabil. Maka tidak rugi jika penyenggaraan yang bakal di lakukan

menggunakan kaedah penstabilan yang mahal sedikit untuk jangka hayat yang panjang

dan berkesan.

Page 97: kegagalan cerun

BAB V

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

5.1 Pengenalan

Melalui bab ini akan di bincangkan mengenai pengumpulan data dan kaedah

yang di gunakan untuk menganalisis data yang di perolehi ke dalam pangkalan data

untuk mengenalpasti cerun yang mempunyai risiko yang tertinggi. Daripada hasil yang

di perolehi, ia akan dapat memberikan keutamaan penyenggaraan kepada cerun – cerun

yang berisiko terlebih dahulu. Selain daripada itu, tindakan susulan dan penyenggaraan

yang sesuai juga dapat di lihat daripada laporan yang terhasil.

5.2 Pengumpulan data dan analisis teknikal

Pendekatan pelaksanaan SPRS ini telah di gunakan oleh JKR dalam usaha

menjaga kestabilan cerun di sepanjang masa serta menyenaraikan cerun – cerun yang

Page 98: kegagalan cerun

76

berisiko untuk di lakukan pemulihan dan penyenggaraan. Terdapat data teknik serta

jadual yang telah di keluarkan oleh JKR dan ianya telah menjadi sumber rujukan di

dalam kajian ini. Ia melibatkan pengiraan markah risiko yang telah di tetapkan untuk

cerun – cerun potongan dan tambakan. Namun dalam kajian ini hanya melibatkan

analisis terhadap cerun tanah yang di potong sahaja. JKR telah mengklasifikasikan

cerun kepada lima jenis rating yang telah di tentukan bagi menunjukkan tahap

keseriusan pada kestabilan cerun yang terlibat. Pembahagian kadar – kadar risiko

tersebut adalah seperti yang tertera di dalam Jadual 5.1 di bawah.

Jadual 5.1 : Lingkungan markah dan kadar risiko yang di berikan melalui SPRS Rating

Cerun Potong

Markah Risiko Kadar Risiko

76 – 192

56 – 75

36 – 55

16 – 35

0 – 15

Tertinggi

Tinggi

Sederhana

Rendah

Terendah

Page 99: kegagalan cerun

77

Data – data yang akan mempengaruhi cerun di berikan markah risiko mengikut tahap

masing – masing. Pengiraan markah risiko yang telah di tetapkan ini adalah seperti

berikut :

Jadual 5.2 : Pengiraan markah risiko yang telah di tetapkan bagi cerun potong

Markah Penyumbang-penyumbang

risiko

( Hazard )

0

1

2

i. Ketinggian cerun

ii. Sudut cerun

iii. Perlindungan permukaan

cerun

iv. Saliran permukaan

v. Laluan air semulajadi

vi. Resapan

vii. Air bertakung

viii. Hakisan

ix. Kegagalan cerun

x. Pembangunan atas cerun

xi. Jenis tanah

xii. Gred luluhawa

< 12m

< 450

> 20%

Baik

Tiada

Tiada

Tiada

Sedikit

Tiada

Tiada

Pasir / kerikil

i

12m – 24m

450 - 630

< 20%

Tersumbat

-

-

Ada

Sederhana

-

-

Kelodak

ii, iii

> 24m

> 630

-

Perlu dibaiki

Ada

Ada

-

Kritikal

Ada

Ada

Tanah liat

iv, v, vi

Page 100: kegagalan cerun

78

Jadual 5.3 : Permarkahan risiko cerun potong

Markah Akibat kesan

( Consequence ) 0 1 2

i. Bahaya kepada penghuni

bangunan

ii. Bahaya kepada pengguna

kenderaan

iii. Jalan keluar alternatif

iv. By – pass possible

v. Sudut

Tiada

< 200 AADT

Ada

Ada

< 190

-

200 – 1000 AADT

Tiada

Tiada

190 - 270

Ada

> 1000AADT

-

-

>270

Page 101: kegagalan cerun

79

Jadual 5.4 : Ringkasan sistem permarkahan

Cerun Potongan

Ciri-ciri Markah

i. Ketinggian cerun

ii. Sudut cerun

iii. Perlindungan permukaan cerun

iv. Saliran permukaan

v. Laluan air semulajadi

vi. Resapan

vii. Air bertakung

viii. Hakisan

ix. Kegagalan cerun

x. Pembangunan atas cerun

xi. Jenis tanah

xii. Gred luluhawa

2

2

1

2

2

2

1

2

2

2

2

2

Jumlah markah hazard 24

i. Bahaya kepada penghuni bangunan

ii. Bahaya kepada pengguna kenderaan

iii. Jalan keluar alternatif

iv. By – pass possible

v. Sudut

2

2

1

1

2

Jumlah markah consequence 8

Risiko = Hazard x Consequence

Risiko maksimum = Hazard maksimum x Consequence maksimum

= 24 x 8 = 192

Page 102: kegagalan cerun

80

Segala jadual pemarkahan ini akan di majukan dengan membangunkannya

dalam applikasi Microsoft Access 2003. Akhirnya, segala data – data dan sistem yang

telah di bangunkan ini akan di gunakan di kawasan kajian bagi membandingkan kesan

dan tahap keselamatan cerun serta langkah penyenggaraan yang di perlukan.

5.3 Pembangunan ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’

Slope Priority Ranking System ( SPRS ) merupakan suatu pangkalan data yang

di bina bagi memudahkan data di simpan dan di proses. Perkara yang paling penting

ialah keberkesanannya dalam memberikan output serta kemudahan bagi pengguna

menggunakanya. Pembangunan SPRS ini di mulakan dengan interface yang menarik

dan senang di fahami. Pengguna boleh samada melihat sahaja data – data lepas atau

memasukkan data yang baru. Data baru di masukkan ke dalam borang atau form yang

utama. Setelah keseluruhan data di masukkan, barulah analisis boleh di lakukan bagi

mendapatkan kadar risiko bagi setiap cerun. Maklumat yang di perolehi boleh di cetak

sebagai laporan dan seterusnya langkah – kangkah yang perlu di ambil boleh di buat

berdasarkan laporan tersebut.

Page 103: kegagalan cerun

81

Rajah 5.1 : Interface bagi Slope Priority Ranking System ( SPRS )

Page 104: kegagalan cerun

82

Rajah 5.2 : Borang bagi kemasukan data untuk di analisis.

Rajah 5.3 : Laporan SPRS boleh di susun dan di cetak mengikut kategori

Page 105: kegagalan cerun

83

5.4 Kajian Kes

Kajian kes yang tepat adalah bagi mengukuhkan kajian dengan memilih cerun

yang masih belum gagal sepenuhnya maka ia akan dapat memberikan ranking atau

peringkat berdasarkan kadar risiko kegagalan yang di hadapi setiap cerun. Di bawah

adalah merupakan kajian kes tentang cerun yang telah sedia ada mengalami kegagalan.

5.4.1 Laluan ke kolej 16 & 17

Laluan ini di bina bagi menghubungkan Taman Sri Pulai dengan kawasan

kampus dengan melalui 3 buah kolej kediaman iaitu kolej 16 & 17, kolej 14 & 15

sehingga ke kolej 12 & 13. Proses pembinaan laluan ini melibatkan kerja tanah seperti

pemotongan dan penambakan kerana terdapat banyak cerun di sepanjang laluan ini.

Namun sejak dari tempoh pembinaan sehingga sekarang, kejadian kegagalan cerun di

sepanjang laluan ini telah terjadi sebanyak 3 kali bermula dari tahun 2002 sehingga

2005. Menurut rekod yang telah di perolehi, kejadian pada 11 September 2003

merupakan kejadian kedua yang berlaku selepas hujan lebat yang turun menyebabkan

kejadian cerun runtuh di 3 kawasan di sepanjang laluan ini. Cerun runtuh ini berlaku di

kawasan simpang Taman Sri Pulai, pondok jaga dan di jalan masuk utama.

Setelah kejadian tersebut berlaku, satu taklimat dan perbincangan bersama telah

diadakan pada 20 Oktober 2003 di antara UTM dan Syarikat Pelangi Teguh Sdn. Bhd

selaku Project Management Consultant (PMC). Perbincangan tersebut diadakan bagi

mencari jalan penyelesaian untuk proses rekabentuk semula cerun, kriteria rekabentuk,

Page 106: kegagalan cerun

84

cadangan kerja – kerja baikpulih serta mengenalpasti faktor – faktor yang telah

mengakibat kejadian cerun runtuh itu berlaku.

Antara pihak – pihak lain yang juga terlibat ialah Syarikat J.K Bersatu Sdn. Bhd.

selaku jurutera perunding dan proses pembinaan dan pemulihan di laksanakan oleh

kontraktor dari PCB – TM Usahasama Sdn.Bhd. Projek bagi pemulihan dan pembinaan

semula cerun ini telah menelan belanja sebanyak RM 1.08 juta. Kerja – kerja baik pulih

ini di mulakan pada 25 September 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 10 Mei 2004.

Proses baik pulih ini melibatkan pemasangan paip mendatar dan pembinaan sistem

perparitan pada cerun. Selain itu, pencegahan hakisan seperti lapisan plastik sebagai

penahan sementara dan proses turfing juga telah di lakukan.

Menurut pemerhatian dan penyiasatan tapak yang di buat, lokasi cerun runtuh

ini berada di kawasan cerun yang beralun yang mempunyai batuan granit pada keadaan

tanah yang semulajadi. Batuan granit tersebut berada 17m ke bawah dari permukaan

cerun. Bagi penyiasatan tapak yang lebih lengkap 2 ujian lubang jara (borehole test)

telah di lakukan pada Mac 2003. Lubang ujian yang pertama di lakukan di kaki cerun

dan lubang ujian yang kedua di buat 8m ke atas dari kaki cerun. 6 sampel tanah telah di

ambil dari kedalaman 2m sehingga 7m. Melalui ujian terkukuh tak tersalir

( Consolidated Isotropic Undrained ) di dapati nilai C’ dari 2 hingga 10 kN/m

manakala nilai Ф’ dari 26º hingga 36º. Bagi memantau aras air bumi pada cerun

tersebut, dua Piezometer telah di pasang di kedua – dua lubang ujian. Pemantauan yang

di lakukan dari 15 Mac hingga 12 April mendapati aras air bumi hanya berada 0.5m dari

permukaan pada kaki cerun dan pada kedalaman 6m di pertengahan cerun.

Walaupun keputusan dari ujian menunjukkan persamaan dengan keadaan

semasa rekabentuk, namun cerun masih lagi mengalami kegagalan. Ini membuktikan

aras air bumi sebenar semasa kegagalan adalah lebih tinggi dan kekuatan tanah di

Page 107: kegagalan cerun

85

anggarkan lebih rendah jika di bandingkan dengan keputusan dari ujian yang telah di

buat. Faktor utama yang menyebabkan kegagalan cerun ini ialah kerana aras air bumi

yang tinggi di belakang cerun telah melemahkan struktur tanah pada cerun. Kegagalan

pada sistem perparitan untuk berfungsi dengan lebih baik meningkatkan lagi risiko

kegagalan semasa keadaan hujan yang lebat.

5.4.2 Laluan Tun Aminah ke Gelang Patah

Kajian kes yang kedua ini merupakan lokasi cerun yang berada di laluan Tun

Aminah - Mutiara Rini - Gelang Patah. Ia bersebelahan dengan simpang ke Taman

Orkid dan simpang ke Bandar Selesa Jaya. Keseluruhan laluan ini masih di dalam

proses menaik taraf kerana ia merupakan salah satu pembinaan infrastruktur yang mesti

di buat oleh pemaju kerana ia telah di tetapkan oleh JKR akibat daripada kesan

peningkatan penduduk yang akan bertambah di kawasan Mutiara Rini. Maka cerun ini

juga telah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab pemaju iaitu Mutiara Rini Sdn.

Bhd.

Mutiara Rini Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat dengan kumpulan Boustead

Holding Berhad dan merupakan ahli LTAT Group of Companies. Mutiara Rini Sdn.

Bhd. merupakan pemaju kepada RM 2 bilion bandar kecil bersepadu yang di kenali

sebagai Mutiara Rini dengan kawasan pembangunan seluas 1,438 ekar terletak di KM

15 Jalan Johor Bahru – Gelang Patah. Keseluruhan pembangunan mengambil masa

sehingga 15 tahun untuk siap sepenuhnya.

Page 108: kegagalan cerun

86

Di sebelah Utara Mutiara Rini terdapat sebatang jalan yang menghubungkan

Mutiara Rini dengan Taman Universiti dan seterusnya ke Jalan Johor Bahru / Pontian di

mana terletaknya Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ), Taman Sri Pulai dan Bandar

Baru Kangkar Pulai.

Di sebelah Selatan dan Timur Mutiara Rini terletak pusat – pusat pembangunan

yang telah sedia ada seperti pusat bandar Skudai, Taman Nesa, Taman Skudai Bahru,

Taman Ungku Tun Aminah, Taman Selesa Jaya, Taman Damai Jaya, Taman Tan Sri

Yaakob, Taman Perling dan Bukit Indah.

Di sebelah Barat Mutiara Rini pula adalah merupakan bandar Gelang Patah dan

pembangunan mega Nusa Jaya yang hanya terletak lebih kurang 7 kilometer dari

Mutiara Rini. Manakala, Link Kedua ke Singapura hanya terletak lebih kurang 20

kilometer ke selatan Mutiara Rini. Sebatang jalan penghubung baru di antara Mutiara

Rini dengan Lebuhraya Link Kedua berdekatan dengan Pekan Lima Kedai sedang di

rancang dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Kementerian Pertahanan.

Setelah siap sepenuhnya, Mutiara Rini akan mempunyai lebih daripada 11,000

unit rumah kediaman, bangunan perniagaan dan kawasan perniagaan di bantu dengan

kemudahan sosial dan rekreasi yang komprehensif. Ketika itu anggaran penduduk

adalah berjumlah 70,000 orang. Konsep pembangunan untuk keseluruhan kawasan ialah

mencapai kehidupan moden dengan persekitaran yang mesra alam. Lokasi projek

pembangunan Mutiara Rini terdiri daripada 6 parsel. Parsel 1, Parsel 2, Parsel 3 dan

Parsel 4 sedang giat di jalankan pembinaannya manakala Parsel 4 dan Parsel 5 belum di

bangunkan lagi. Kawasan kajian bagi cerun ini terletak di parsel 4 dan termasuk dalam

Projek Menaiktaraf Sebahagian Jalan Gelang Patah.

Page 109: kegagalan cerun

87

Rajah 5.4 : Kedudukan parsel kawasan kajian kes 2 di dalam projek pembangunan

Mutiara Rini.

Kegagalan pada cerun ini telah di kesan pada bulan November 2004 dan ia

semakin merebak akibat daripada keadaan hujan yang sentiasa turun dan lebat.

Akhirnya satu proses perataan semula telah di buat pada 20 Januari sehingga 26 Januari

2005 oleh syarikat kontraktor C.K Chai Construction Sdn. Bhd. Ia melibatkan kerja –

kerja pembersihan permukaan cerun, perataan dan penskalaan semula cerun tersebut.

Antara faktor – faktor utama yang menyebabkan kegagalan cerun tersebut berlaku ialah

kerana ketiadaan parit pintasan ( berm drain ) pada cerun. Resapan dari air larian

permukaan menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan sekaligus telah

meningkatkan aras air bumi di belakang cerun.

Walaupun proses perataan semula telah di lakukan, namun langkah – langkah

pencegahan masih tidak di buat. Tiada proses penanaman semula rumput dan tiada

sistem perparitan yang lebih baik di buat. Ini menyebabkan ia telah runtuh lagi sekali

dan masih kekal tanpa proses pemulihan hingga sekarang. Daripada sumber maklumat

Page 110: kegagalan cerun

88

yang di perolehi dari pemaju Mutiara Rini Sdn. Bhd., cerun tersebut akan di bina

dengan lebih baik dengan langkah – langkah pencegahan yang sesuai seperti pembinaan

tembok gabion pada masa akan datang. Ia akan di lakukan sebelum Projek Menaik taraf

Jalan Gelang Patah tersebut siap sepenuhnya dan di serahkan kepada JKR daerah Johor

Bharu.

Rajah 5.5 : Kegagalan yang berlaku pada cerun di kawasan kajian kes 2

Page 111: kegagalan cerun

89

5.5 Keputusan

Pemerhatian yang di buat pada cerun di kawasan kajian kes ini telah di rekodkan

dan ianya di masukkan ke dalam SPRS bagi mendapatkan kadar risiko yang sebenar

berbanding dengan keadaan yang berlaku. Berikut adalah keputusan yang telah di

perolehi.

5.5.1 Analisis bagi laluan ke kolej 16 & 17

Page 112: kegagalan cerun

90

Rajah di atas menunjukkan data – data bagi cerun di laluan kolej 16 & 17 UTM,

Skudai yang telah di masukkan ke dalam SPRS. Berdasarkan analisis yang terhasil, di

dapati nilai maksimum bagi hazard ialah 17 dan nilai maksimum bagi consequence

ialah 4. Maka skor risiko maksimum bagi cerun ini ialah 68. Dengan merujuk kepada

Jadual 5.1, cerun ini berada dalam kadar risiko yang tinggi untuk berlaku kegagalan

kerana skor berada di antara 56 hingga 75.

Page 113: kegagalan cerun

91

5.5.2 Analisis bagi Laluan Tun Aminah ke Gelang Patah

Page 114: kegagalan cerun

92

Rajah di atas menunjukkan data – data bagi cerun di laluan Tun Aminah ke

Gelang Patah yang telah di masukkan ke dalam SPRS. Berdasarkan analisis yang

terhasil, di dapati nilai maksimum bagi hazard ialah 17 dan nilai maksimum bagi

consequence ialah 4. Maka skor risiko maksimum bagi cerun ini ialah 68. Dengan

merujuk kepada Jadual 5.1, cerun ini berada dalam kadar risiko yang tinggi untuk

berlaku kegagalan kerana skor berada di antara 56 hingga 75.

Page 115: kegagalan cerun

BAB VI

KESIMPULAN

6.1 Kesimpulan

Pembinaan yang di jalankan di kawasan yang berbukit – bukau kebiasaannya

akan menggunakan konsep pemotongan dan penambakan tanah untuk menghasilkan

aras platform yang di kehendaki seperti di dalam pelan bagi tujuan pembinaan

bangunan. Melalui aktiviti pemotongan dan penambakan tanah inilah yang akan

menghasilkan cerun potong dan cerun tambakan.

Sebelum sesuatu fasa pembinaan di jalankan, kesemua pelan bagi projek

pembinaan terbabit akan di sediakan termasuklah pelan bagi rekabentuk kerja tanah.

Kesemua spesifikasi setiap cerun yang akan di hasilkan di kawasan tapak akan di

nyatakan dengan jelas berserta dengan sistem penyenggaraan bagi mengukuhkan

cerun – cerun terbabit. Sewajarnya, pihak – pihak yang menguruskan setiap perjalanan

operasi pembinaan hendaklah memastikan bahawa cerun yang di hasilkan di kawasan

tapak pembinaan adalah stabil dan kukuh. Ini bagi mengelakkan berlakunya kegagalan

cerun pada masa akan datang seterusnya mendatangkan musibah kepada orang awam.

Page 116: kegagalan cerun

94

Menyedari bahawa kegagalan cerun adalah merupakan suatu perkara yang serius

maka suatu sistem pemantauan cerun di perlukan untuk mengenalpasti cerun – cerun

yang berisiko. SPRS adalah merupakan salah satu jalan penyelesaian untuk mengenal

pasti cerun – cerun yang berisiko berlakunya kegagalan cerun atau lebih di kenali

sebagai kejadian tanah runtuh. Selain itu, sistem ini di bangunkan lagi dengan

memperkenalkan langkah – langkah penyenggaraan yang sesuai berdasarkan kadar

bahaya dan risiko yang terhasil.

Setelah kesemua maklumat dan data mengenai cerun di suatu kawasan kajian di

masukkan ke dalam sistem ini, kadar risiko bagi cerun terbabit akan dapat di ketahui

sama ada mempunyai kadar risiko yang tertinggi, tinggi, sederhana, rendah atau

terendah. Suatu keputusan akan dapat di hasilkan dengan cara membuat perbandingan

antara kadar risiko yang terhasil melalui sistem ini dengan keadaan sebenar cerun

terbabit di kawasan kajian. Sekiranya tidak ada percanggahan dalam menilai keadaan

cerun terbabit iaitu sebagai contoh, seandainya kadar risiko yang di perolehi adalah

tertinggi dan sememangnya ada berlaku kegagalan yang teruk pada cerun di kawasan

kajian maka, terbukti bahawa sistem ini boleh di guna pakai di semua keadaan cerun

tanah di seluruh Malaysia.

Setelah pemantauan cerun di lakukan maka tindakan yang berikutnya adalah

untuk menentukan kaedah – kaedah penyenggaraan susulan yang sesuai bagi

menstabilkan sesuatu cerun yang berisiko. Selain daripada sistem penyenggaraan yang

biasa di praktikkan salah satu aspek penting lain yang harus di ambil – kira adalah

mengenai sistem saliran yang terdapat pada cerun terbabit. Parit dan pembentung

hendaklah sentiasa di periksa agar tiada berlakunya sekatan penyaliran dan penyerapan

air ke dalam tanah akibat daripada kebocoran parit. Parit mendatar dan parit sub tanah

juga perlu di sediakan sekiranya terdapat petunjuk bahawa kemungkinan wujudnya aras

air bumi yang tinggi di kawasan cerun berkenaan.

Page 117: kegagalan cerun

95

Melalui sistem ini, penambahbaikan bagi Slope Priority Ranking System

( SPRS ) yang telah sedia ada dengan memperkenalkan langkah – langkah

penyenggaraan yang sesuai berdasarkan kadar bahaya dan risiko yang terhasil, telah

berjaya di hasilkan. Penambahbaikan ini dengan melibatkan jangkaan yang bakal

berlaku dan cadangan bagi proses yang seterusnya. Jangkaan dan cadangan yang akan

terhasil ini merujuk kepada setiap kriteria bagi cerun yang telah di masukkan oleh

pengguna. Ia sekaligus membantu memberikan gambaran bagaimana penyelesaian yang

perlu di lakukan sekiranya cerun tersebut mempunyai kadar risiko yang tinggi dan tidak

stabil.

Walaupun kajian ini telah berjaya untuk mencapai matlamatnya, namun mutu

kajian ini masih boleh di pertingkatkan lagi pada masa akan datang. Antara perkara –

perkara yang perlu di pertingkatkan bagi menghasilkan keputusan yang lebih tepat dan

jitu ialah :

i ) Ketepatan bagi setiap jangkaan yang bakal berlaku.

ii ) Cadangan kaedah penyenggaraan yang terbaru dan bersesuaian.

iii ) Cadangan kaedah pengukuhan cerun yang boleh melibatkan nilai

ekonomi dan estetika.

iv ) Penambahan kriteria – kriteria pada cerun seperti kadar kelembapan,

kadar hujan, tekanan air liang dan juga tegasan ricih pada tanah cerun.

Di harapkan kajian ini dapat di jadikan panduan kepada pihak – pihak yang

terlibat dalam aktiviti – aktiviti pemantauan dan penyenggaraan cerun. Semoga, selepas

ini lebih banyak penyelidikan akan di buat mengenai Slope Priority Ranking System

( SPRS ) seterusnya membuktikan bahawa sistem ini dapat menjamin keputusan yang

sangat tepat dalam proses penilaian keadaan cerun. Sekian.

Page 118: kegagalan cerun

96

RUJUKAN

1. Anthony Young, ( 1972 ), “ Slopes”, Longman Inc. New york.

2. Norio Yagi, Takua Yamagami and Jing Cai Jiang ; ( 1999 ), “ Slope Stability

Engineering”, A.A. Balkema, Rotterdam.

3. Prof. Mario PANIZZA, ( 1996 ), “ Environmental geomorphology ”, Elsevier

Science B.V.

4. Prof. Robin Fell and Mr. Garry R Mostyn, ( 1994 ), “ Slope Stability and

Landslides ”, EEM Advancement Centre Pte.Ltd.

5. R.F Craig, terjemahan Aminaton Marto, Fatimah Mohd Noor dan Fauziah

Kasim; ( 1993 ), “ Mekanik tanah ”, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

6. Kaare Senneset, ( 1996 ), “ Landslides Glissements deterrain ”, A.A. Balkema,

Rotterdam.

7. Cheng Liu, Jack B. Evett; ( 2000 ), “ Soil Properties : Testing, Measurement,

and Evaluation ”, Prentice Hall, Inc.

8. Soong Ngin Kwi, G. Haridas, Yeoh Choon Seng, Tan Peng Hua; ( 1980 ), “ Soil

Erosion And Conservation In Peninsular Malaysia ”, Rubber Research Institute

Of Malaysia.

Page 119: kegagalan cerun

97

9. G. N. Smith, penterjemah Abdul Rahman Mahamood; ( 1990 ), “ Unsur

Mekanik Tanah untuk Jurutera Awam dan Jurutera Lombong ”, Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

10. Robin Fell, Peter Finlay & Garry Mostyn; ( 1996 ), “Framework for Assessing

the Probability of Sliding of Cut Slopes”; School of Civil Engineering, UNSW,

Sydney, N.S.W., Australia.

11. E.C. Leong, B.K. Low & H. Rahardjo; ( 1996 ), “Suction Profiles and Stability

of Residual Soil Slopes”; NTU – PWD Geotechnical Research Centre, Nanyang

Technological University, Singapore.

12. Fei Cai & Keizo Ugai; ( 2004 ), “Numerical Analysis of Rainfall Effects on

Slope Stability”; International Journal of Geomechanics.

13. Chowdhury R.N. (1978), “Slope Analysis”. Elsevier Scientific Publishing

Company, Amsterdam, Oxford, New York.

14. Bromhead, E.N. (1986). “ The Stability Of Slope”. Great Britain: Survey

University Press.

Page 120: kegagalan cerun

98

LAMPIRAN A : ANALISIS CERUN DI UTM

98

Page 121: kegagalan cerun

99

99

LAMPIRAN B : PETA KAWASAN KAJIAN

PETA B1 : Pelan bagi proses penyenggaraan pada cerun runtuh yang berlaku di laluan kolej 13 - kolej 17 utm

Page 122: kegagalan cerun

100

LAMPIRAN C : BORANG PEMERIKSAAN CERUN OLEH JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

Page 123: kegagalan cerun

101

Page 124: kegagalan cerun

102

Page 125: kegagalan cerun

103

Page 126: kegagalan cerun

104

Page 127: kegagalan cerun

105

Page 128: kegagalan cerun

106

Page 129: kegagalan cerun

107