kecergasan fizikal berasaskan kesihatan 2

4
KECERGASAN FIZIKAL 1. KECERGASAN BERLANDASKAN KESIHATAN a. DAYATAHAN KARDIOVASKULAR b. DAYATAHAN OTOT C. KEKUATAN OTOT D. KOMPOSISI BADAN E. KELEMBUTAN 2. KECERGASAN BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR a. KOORDINASI b. IMBANGAN c. KETANGKASAN d. KUASA e. MASA TINDAK BALAS f. KEPANTASAN Kelembutan/Kelenturan Kelembutan adalah julat pergerakan yang mungkin dalam satu siri sendi (de Vries & Housh, 1994). Kelembutan juga telah didefinisikan sebagai kebolehan menggerakkan badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pergerakan tanpa rintangan (strain) kepada artikulasi dan lekatan otot (Johnson & Nelson, 1986). Ini menunjukkan bahawa kelembutan adalah spesifik kepada sesuatu sendi tertentu. Faktor keaktifan individu, jantina, umur, suhu dan iskemia mempengaruhi kelenturan (de Vries & Housh, 1986). Individu yang kurang

Upload: wellie-david

Post on 05-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan 2

KECERGASAN FIZIKAL

1. KECERGASAN BERLANDASKAN KESIHATAN

a. DAYATAHAN KARDIOVASKULAR

b. DAYATAHAN OTOT

C. KEKUATAN OTOT

D. KOMPOSISI BADAN

E. KELEMBUTAN

2. KECERGASAN BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR

a. KOORDINASI

b. IMBANGAN

c. KETANGKASAN

d. KUASA

e. MASA TINDAK BALAS

f. KEPANTASAN

Kelembutan/Kelenturan

Kelembutan adalah julat pergerakan yang mungkin dalam satu siri sendi (de Vries &

Housh, 1994). Kelembutan juga telah didefinisikan sebagai kebolehan

menggerakkan badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pergerakan

tanpa rintangan (strain) kepada artikulasi dan lekatan otot (Johnson & Nelson,

1986). Ini menunjukkan bahawa kelembutan adalah spesifik kepada sesuatu sendi

tertentu.

Faktor keaktifan individu, jantina, umur, suhu dan iskemia mempengaruhi

kelenturan (de Vries & Housh, 1986). Individu yang kurang aktif mempunyai

kelenturan yang kurang dibandingkan dengan yang aktif. Wanita didapati

mempunyai kelenturan yang lebih berbanding dengan lelaki. Kelenturan

berkurangan dengan peningkatan umur. Peningkatan suhu badan didapati dapat

meningkatkan kelenturan. Iskemia, iaitu pengurangan aliran darah, mengurangkan

kelenturan.

Page 2: Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan 2

Beberapa struktur dan bahagian anatomi juga mempengaruhi kelembutan. Julat

pergerakan ditentukan oleh struktur tulang sendi. Contohnya kelenturan siku

dilimitasikan oleh tulang humerus, radial dan ulna yang membentuk sendi engsel.

Lemak yang terkumpul juga menghalang pergerakan melalui satu julat. Individu

yang mempunyai lemak yang banyak di bahagian abdomen akan menghadapi

kesukaran untuk melakukan fleksi pinggul. Lemak yang terkumpul akan

menghalang pergerakan ini. Kulit yang tercedara akan meninggalkan parut yang

kurang anjal. Tisu pengikat dan otot juga mempengaruhi kelenturan. Kesemua

faktor ini melainkan struktur tulang diatasi dengan kaedah fizikal untuk

meningkatkan kelembutan.

Keperluan kelembutan dalam sukan berubah mengikut jenis sukan. Komponen

kecergasan ini merupakan satu ciri yang penting. Seorang atlit lari berpagar

memerlukan kelenturan pinggul sebaik yang mungkin untuk melakukan pergerakan

dalam acara olahraga ini. Perenang memerlukan kelembutan sendi bahu dan buku

lali yang baik untuk menghasilkan daya yang maksimum.

Kelembutan merupakan satu komponen kecergasan berlandaskan kesihatan yang

penting dalam kehidupan seharian. Berlari, berjalan serta pergerakan seharian yang

lain memerlukan kelenturan agar pergerakan dapat dilakukan tanpa rintangan atau

kecederaan ke atas sendi-sendi. Pengekalan mobiliti sendi akan mengurangkan kesakitan

pada sendi disebabkan oleh peningkatan umur (de Vies & Housh, 1994).

Kelembutan dibincangkan dengan istilah-istilah seperti; fleksi iaitu pergerakan yang

mengurangkan sudut antara badan dan anggota dan ekstensi iaitu peningkatan sudut

antara badan dan artikulasi melalui pergerakan. Hipertekstensi adalah peningkatan sudut

pergerakan melampaui julat pergerakan normal. “Double-Jointedness” adalah istilah yang

digunakan untuk memperihalkan individu yang mempunyai julat pergerakan yang luar

biasa. “Muscle Boundness” adalah istilah yang digunakan untuk memperihalkan individu

yang mempunyai perkembangan otot yang baik tetapi kelenturan yang kurang baik.

Kelembutan boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu kelenturan statik dan kelenturan

dinamik. Kelembutan statik adalah keupayaan sendi untuk meregang atau memanjangkan

(extend) sejauh mungkin. Kelembutan statik merupakan komponen yang biasa diukur.

Kelembutan dinamik didefinisikan sebagai rintangan sendi pergerakan (Fox, Bowers & Foss,

1998). Dalam ertikata lain, kelembutan dinamik menitikberatkan daya yang merintangi julat

pergerakan dan bukan julat pergerakan itu sendiri. Kelembutan ini lebih sukar diukur dan

jarang diberi perhatian dalam Pendidikan Jasmani dan penyelidikan sukan.

Pengukuran kelembutan dilakukan dalam dua cara iaitu Pengukuran Relatif dan Pengukuran

Page 3: Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan 2

Kelembutan Mutlak (absolute) (Johnson & Nelson, 1986). Pengukuran Kelembutan Relatif

adalah pengukuran kelembutan yang relatif kepada panjang atau lebar bahagian badan

yang spesifik. Pengukuran jenis ini bukan hanya mengukur pergerakan tetapi meliputi

ukuran bahagian badan yang mempengaruhi pergerakan ini. Contohnya, ujian ekstensi

belakang merupakan salah satu ujian yang mengukur kelembutan relatif. Pengukuran

Kelembutan Mutlak pula merupakan pengukuran pergerakan berhubung dengan matlamat

prestasi yang mutlak. Contohnya, ujian ‘split’ di mana jarak pengukuran antara lantai dan

punggung diukur sebagai pencapaian subjek.

Skor kelembutan dilaporkan dalam bentuk pengukuran linear atau pengukuran bersudut.

Pengukuran linear dilaporkan dalam inci dan milimeter atau ukuran panjang yang lain yang

dihasilkan oleh pita pengukur atau jangka flekso. Pengukuran bersudut menghasilkan

pengukuran dalam bentuk darjah ( ° ) yang terhasil daripada jangka sudut, goniometer atau

jangka flekso.

Tajuk: UJIAN KELENTURAN ( FLEXSIBILITY TEST )

Definisi kelenturan

Menurut Safrit dan Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan

sesuatu sendi; pergerakan dari fleksi ke ekstensi atau pergerakan ekstensi ke fleksi.

Manakala Johnson dan Nelson (1986), pula menyatakan kebolehan anggota dan sendi

bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian ‘artikulasi’

dan penyambung otot. 

Sejarah

Pengukuran kelenturan telah bermula secara rasminya padata tahun 1941. Cureton

memperkenalkan bateri ujian berorentasikan ‘Practical Performance’. Pada tahun yang sama

juga, ujian kelenturan untuk pergelangan kaki diperkenalkan. Pada tahun 1942, Jack

Leighton memperkenalkan ‘flexometer’ untuk mengukur pelbagai pergerakan sendi. Pada

tahun 1952, Katherine Wells dan Evelyn Dillion telah memperkenalkan ‘Sit and Reach Test’.

Pada tahun 1966, B.L. Johnson telah mengubah suai ujian Wells & Dillon daripada segi skor

bacaan. Mereka juga telah memperkenalkan ujian kelenturan untuk 4 sukan dan tarian.

Pada tahun 1972, B.L. Johnson telah memperkenalkan alat ‘flexomeasure’. Pada tahun 1975,

Myers mengubah suai ‘Sit and Reach Test’ dan menerbitkan ke dalam YMCA. Pada tahun

1976, Goodin ; Pollock telah memperkenalkan ‘Trunk Flexion Test’ ke dalam YMCA.