keberkesanan-kbsr-new.pptx

Upload: yiisiengling

Post on 03-Mar-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)Tahukah anda tentang sejarah pembentukan KBSR?Untuk pengetahuan anda, pada tahun 1982, KBSR telah dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah di seluruh Malaysia. Kemudian pada tahun berikutnya (1983), pelaksanaan penuh dikuatkuasa di semua sekolah rendah.

Jawatankuasa Kabinet telah memberi perhatian serius kepada pembangunan kemanusiaan. Tindakan untuk menterjemahkan perkara tersebut telah menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah seperti yang ternyata dalam huraian matlamat pendidikan sekolah rendah di bawah:

matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika sosial. (Kurikulum Baru Sekolah Rendah, 1991:5)

Objektif pendidikan peringkat rendah juga merangkumi aspek-aspek berikut:Menguasai Bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita;Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah berkenaan;Menguasai kemahiran asas mengira dan menggunakannya dalam kehidupan harian;Kuasai kemahiran berfikir dan belajar dan kemahiran saintifik dan teknikal;Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;Menimba pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya;

Menjaga kesihatan dan kecergasan diri;Bentukkan daya kepimpinan dan keyakinan diri;Memahami dan peka terhadap manusia dan persekitaran;Kembangkan bakat dan kreativiti;Memupuk semangat patriotisme;Menikmati dan sertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

Dengan itu, maka pada akhir persekolahan rendah nanti, adalah diharapkan agar murid-murid dapat menggunakan kemahiran bahasa dan matematik untuk berfikir, berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.Selain itu, mereka juga akan dapat berfikir secara logik serta memahami isu-isu kemasyarakatan dan negara.Peluang-peluang juga disediakan untuk murid-murid mengembangkan potensi, bakat, minat dan daya kreatif mereka melalui muzik, lukisan dan penulisan.

Perubahan dalam KBSRNamun pada tahun 1988, KBSR yang dahulunya dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

a.KurikulumBerikut adalah perubahan-perubahan yang terdapat dari segi kurikulum:

1)3 mata pelajaran baru telah diperkenalkan, iaituKemahiran Hidup menggantikan Amalan Perdagangan pada tahun 1984;Sains; danKajianTempatan menggantikan Alam dan Manusia pada tahun 1994.Ini bertujuan untuk membekalkan murid-murid sekolah rendah dengan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai tertentu.Dan menyedari mereka mengenai kepentingan bidang keusahawanan, kemanusiaan, alam sekitar dan sains.2)Mata pelajaran sedia ada juga mengalami pembaharuan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa hadapan:

Bahasa kemahiran-kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa ditegaskan bagi memudahkan penguasaan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran belajar dan kemahiran berfikir.

Pendidikan Moral Empat nilai murni ditambah kepada jumlah asal menjadikannya 16.Tujuan berbuat demikian adalah untuk menyelaraskan sukatan pelajaran Pendidikan Moral di peringkat rendah dan menengah;

Pendidikan Jasmani Menyedari kepentingan unsur kesihatan dan kecergasan bagi mencapai kualiti hidup, maka mata pelajaran Pendidikan Jasmani diperkenalkan.

Perubahan dalam KBSRb.Budaya Sekolah1.Suasana Sekolahyang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran diwujudkan bagi tujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI);

2.Unsur Patriotismediserap dalam semua mata pelajaran merentasi kurikulum bertujuan melahirkan warga negara yang cintakan negara dan bangga menjadi rakyat negara ini;

3.Unsur Kesepaduan yang telah dilaksanakan sejak Kurikulum Baru Sekolah Rendah melalui unsur penggabungjalinan dan penyerapan ditegaskan lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui nilai, bahasa, sains dan teknologi merentasi kurikulum.

PROSES PELAKSANAAN KBSRBerfokuskan kepada prinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan, strategi pnp dan penilaian.PRINSIPKBSRPendidikan yang Sama untukSemua muridPendekatan bersepaduPendidikan seumur hidupPerkembanganIndividuSecara menyeluruh8Prinsip 1:Pendekatan Bersepadu

Pendekatan bersepadu merupakan pendekatan di mana unsur-unsurpengetahuan, kemahiran dan nilai digabung agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Secara ringkas, konsep bersepadu berlaku melalui empat cara, iaitu peggabungjalinan kemahiran, penyerapan, kesepaduan antara unsur dan unsur merentasi kurikulum.

1.Penggabungjalinan kemahiran:Dalam satu mata pelajaran.Misalnya: empat kemahiran utama bagi mata pelajaran bahasa ialah bertutur, mendengar, membaca dan menulis.Bagi satu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), hanya dua kemahiran (mendengar dan bertutur, atau mendengar dan menulis) digabungjalinkan;Antara mata pelajaran.Misalnya: aktiviti menyanyi digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

2.PenyerapanPelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran.Misalnya: unsur Matematik diserapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni;Nilai dalam mata pelajaran.Misalnya: aspek kerjasama dan hormat-menghormati ditegaskan dlaam kerja kumpulan atau projek;

3.Kesepaduan antara dua unsur sama ada:Kurikulum dan kokurikulum.Misalnya: aktiviti kokurikulum (badan beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan) menjadi pelengkap kepada aktiviti kurikulum dalam bilik darjah;Pengetahuan dan amalan.Misalnya: ilmu yang diperoleh dalam bilik darjah boleh diaplikasikan dalam situasi kehidupan seharian di rumah, masyarakat dan sebagainya.Pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.

4.Unsur merentasi kurikulumBahasa merentasi kurikulum;Alam sekitar merentasi kurikulum;Sains merentasi kurikulum;Kemahiran berfikir merentasi kurikulum; dan sebagainya.

Prinsip 2:Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

Melalui semua mata pelajaran yang memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) murid.

Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan.Dengan kata lain, ini bermakna setiap potensi memang mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain.

Sebagai contoh, seorang murid yang berpotensi menjadi pemain bola sepak yang handal bukan sahaja perlu mengembangkan ilmu (cth; cara-cara bermain yang berkesan) dan kemahiran (cth: cekap dan tangkas) mengenai permainan tersebut, malahan murid ini juga perlu dipupuk sifat kerjasama, mematuhi peraturan, berdisplin, berbakti untuk sekolah dan negara dan sebagainya.

Prinsip 3:Pendidikan Seumur Hidup

proses pembelajaran berlaku secara berterusan dan tidak ada had dari segi jangka waktu.Secara am, sekolah mempunyai dua peranan, iaitu:

i.Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas.Sehubungan itu, maka KBSR membina asas bagi setiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka menghadapi situasi dalam kehidupan seharian.

ii.sekolah juga boleh memupuk minat murid untuk terus mencari ilmu dan seterusnya member sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.Usaha mencari ilmu memerlukan tabiat mahu mencari dan tahu mencari ilmu.Prinsip 4:Pendidikan Yang Sama Untuk Semua Murid

semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambil kira jenis aliran persekolahan, yang berbeza adalah bahasa pengantar sahaja.B.Struktur KBSRMURIDBidang KOMUNIKASI(Kemahiran Asas-(Membaca,Menulis, mengira)PERKEMBANGAN INDIVIDUSeni,Muzik,Lukisan,P.JasmaniMANUSIA & PERSEKITARANPend Agama dan Moral,Nilai dan SikapBidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik.

Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.

Ciri Utama Proses Pelaksanaan KBSRFasa I (Tahun 1 hingga Tahun 3)Kemahiran membaca, menulis dan mengiraMendengar ,menyebut dan mengenalpasti simbol-simbol nombor serta abjad

Fasa II (Tahun 4 hingga Tahun 6)Pengukuhan kemahiran asas.Penggunaan kemahiran untuk pemikiran dan penaakulan logik.Lain-lain m/p-Matematik, sains, P.Moral, Lukisan, K.Hidup, Muzik, P.J, Kajian Tempatan dan Ko Kurikulum PERANAN GURU DALAM KBSRSebagai fasilitatorMembuat bimbingan pendidikan yang berkesan.Mensimulasikan aktiviti kemahiran berfikir.Mengajar murid mencari maklumat sendiri.Mengajar murid menyelesai masalah Keberkesanan KBSR

Laporan Fasa I menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama.

Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat .

Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan

Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan.

Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran.

Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individu serta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan berterusan.

Ini adalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta.

Program pemulihan dan pengayaan dijalankan untuk mengambil kira bahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan kebolehan.

KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu.

Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform.

Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya.

Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.

Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR

Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.

Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. - program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar.

Dari segi strategi pengajaran, pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.

Dari segi bentuk dan kemudahan, ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran.

bahan pengajaran dan hasil pembelajaran juga diletakkan di ruang tersebut. -menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran

Ciri-ciri Bilik Darjah KBSRKerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulanPelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiriMenggalakkan penglibatan pelajar secara aktifMenggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajarKerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajarHasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasana pembelajaran yang kondusifPelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Aspek Pengujian Dan Penilaian KBSRUjian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, tahun 6.

Jenis Ujian Lain Penilaian Menengah Rendah(PMR) Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM).

Aspek penilaian dalam KBSR menekankan penguasaan tiga kemahiran:kemahiran lisankemahiran membacakemahiran menulis

Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.Kurikulum ini juga memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan.

Bentuk Penilaian Penilaian sumatif penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu mata pelajaran seperti ujian akhir tahun dan ujian bulanan. Penilaian formatif penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab.Perbezaan Antara KBSR dan KSSR