julai - disember 2014 - · pdf filedan bergelora, dan gunung ... dan kubur-nya yang kosong...

6
“Dia yang menyediakan benih bagi penabur, dan roti untuk dimakan, Dia juga yang akan menyediakan benih bagi kamu dan melipatgandakannya dan menumbuhkan buah-buah kebenaranmu.”(2 Kor 9:10) Wawasan Penabur akan berusia 7 tahun di Januari 2015! Benih mula-mula sekali ditabur pada tahun 2008, apabila sekumpulan individu yang prihatin berkumpul untuk membincangkan tentang pelayanan penerbitan untuk gereja-gereja BM di Malaysia. Tujuh orang terlibat dalam penubuhan Wawasan Penabur pada bulan Januari 2009, dan sejak itu kami telah melihat kebaikan dan kesetiaan Allah dalam pelayanan ini. Daripada hanya berfungsi sebagai sebuah pelayanan penerbitan buku, Tuhan telah memberikan kami satu strategi untuk bekerja rapat dengan gereja-gereja di Malaysia. Di sepanjang pertumbuhan kami, ramai orang telah terlibat dalam membajak tanah, menyiram benih, memberi baja dan memperhatikan pelayanan itu berkembang. Kini Wawasan Penabur telah berkembang lebih daripada hanya menerbit dan mengedar bahan sumber. Kami telah melancarkan beberapa kempen dan inisiatif, menganjur beberapa seminar kesedaran dan bengkel penulisan, dan melawat gereja- gereja di kawasan pedalaman. Melangkah ke hadapan, Dia telah melebarkan khemah kami untuk menjadi jambatan antara gereja BM dengan gereja bukan BM. Cabaran- cabaran di hadapan kita sangat besar, tetapi Dia yang menjanjikan damai sejahtera yang melampaui segala akal manusia (Filipi4: 7) akan terus setia menjaga dan memimpin kita. Sesungguhnya, Dia adalah pelindung dan kubu kita di tengah-tengah semua ribut badai. Semoga Tuhan akan memberkati kita dengan damai daripada-Nya untuk tahun 2015 ini. [email protected] www.wawasanpenabur.org Julai - Disember 2014 Damai Di Tengah Badai “Semuanya itu Ku katakan kepadamu, supaya kamu beroleh damai sejahtera dalam Aku. Dalam dunia kamu menderita penganiayaan, tetapi kuatkanlah hatimu, Aku telah mengalahkan dunia.”(Yoh 16:33) Suatu ketika dulu sebuah galeri seni di Amerika Syarikat telah mengadakan satu pertandingan melukis dengan tajuk, “Damai”. Keputusan pemenang pertandingan itu sangat mengejutkan. Lukisannya ialah tentang laut yang bergelora dilanda angin badai yang dahsyat. Langitnya gelap, kilat sabung-menyabung, dan ombak menghempas tebing cenuman pantai. Di manakah damai itu? Orang harus melihat dua kali untuk memahami apa yang sedang berlaku. Nun di pertengahan tebing, adalah sebuah sarang burung di lubang kecil di dalam batu. Seekor burung sedang duduk di sarang dengan anak-anaknya yang sedang tidur lena di bawah kepak sayap ibunya! Itu adalah damai. Jadi, damai bukanlah ketiadaan ribut tetapi dapat berehat tenang di tengah-tengah badai. Bagi orang Kristian di Malaysia, 2014 merupakan tahun yang penuh dengan pertempuran ke atas Kitab Suci kita. Rampasan Alkitab, Bup Kudus dan buku-buku Kristian, termasuklah buku hymnal Kristian di Johor, ditambah dengan ancaman gila untuk membakar Alkitab, telah membawa kita tidak sampai ke mana- mana dalam penyelesaian isu Allah. Keadaan menjadi semakin buruk apabila dilaporkan polis telah mengganggu dan mengarah berhenti perjalanan kebaktian sebuah gereja di Bangi pada 2 Disember. Kebanyakan jemaat adalah orang Indonesia. Tidak diketahui adakah masalah itu terkait dengan penggunaan kata “Allah” tetapi kebaktian memang dijalankan dalam Bahasa. Apa yang membingungkan ialah pelaksanaan tugas dilakukan oleh polis, bukan majlis bandaraya setempat. Dikatakan isunya adalah tahap bunyi yang bising dan penggunaan rumah kedai sebagai gereja. Alkitab dan Bup Kudus Iban yang disita akhirnya dikembalikan pada 14 November. Walau bagai- manapun, semua buku telah dicap dengan amaran mereka tidak boleh diterbitkan dan digunakan di mana-mana bahagian di dalam Negeri Selangor. Secara teknikal, Alkitab telah diharamkan di Selangor. Banyak orang Kristan yang berbahasa-Malaysia merasa dianiaya. Majoriti daripada mereka adalah dari Sabah dan Sarawak. Pada masa yang sama, golongan pelampau pula bersemangat memusnahkan sepanduk Natal dan mengharamkan ucapan mudah seperti “Merry Christmas.” Walaupun setiap masyarakat mempunyai isu-isu suku, kaum dan agama, keadaan di Malaysia adalah berbeza kerana ia seolah-olah direstui oleh pihak berkuasa yang bahkan menimbulkan ketegangan untuk tujuan politik. JAKIM telah mengarahkan masjid di seluruh Malaysia untuk menyatakan (tanpa memetik apa- apa bukti) bahawa Islam “kini terancam,” bahawa orang Kristian dan Yahudi adalah “musuh-musuh Islam,” dan orang Kristian bertanggungjawab membatu- apikan umat Islam serta memperdayakan mereka agar mereka kehilangan hak. Pada masa yang sama, tidak ada siasatan dibuat bagi banyak aduan polis mengenai pengislaman dan diskriminasi di sekolah-sekolah serta rumah-rumah panjang di Sabah dan Sarawak. Malah mandan PM kita juga menegaskan bahawa orang Kristian tidak mempunyai “hak” untuk menggunakan perkataan “Allah”. Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia

Upload: trankiet

Post on 09-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Julai - Disember 2014 - · PDF filedan bergelora, dan gunung ... dan kubur-Nya yang kosong menjanjikan kebangkitan kita. ... yang dibebani dengan kebimbangan dan ketakutan, marilah

“Dia yang menyediakan benih bagi penabur, dan roti untuk dimakan, Dia juga yang akan

menyediakan benih bagi kamu dan melipatgandakannya dan menumbuhkan

buah-buah kebenaranmu.”(2 Kor 9:10)

Wawasan Penabur akan berusia 7 tahun di Januari 2015! Benih mula-mula sekali ditabur pada tahun 2008, apabila sekumpulan individu yang prihatin berkumpul untuk membincangkan tentang pelayanan penerbitan untuk gereja-gereja BM di Malaysia. Tujuh orang terlibat dalam penubuhan Wawasan Penabur pada bulan Januari 2009, dan sejak itu kami telah melihat kebaikan dan kesetiaan Allah dalam pelayanan ini. Daripada hanya berfungsi sebagai sebuah pelayanan penerbitan buku, Tuhan telah memberikan kami satu strategi untuk bekerja rapat dengan gereja-gereja di Malaysia. Di sepanjang pertumbuhan kami, ramai orang telah terlibat dalam membajak tanah, menyiram benih, memberi baja dan memperhatikan pelayanan itu berkembang. Kini Wawasan Penabur telah berkembang lebih daripada hanya menerbit dan mengedar bahan sumber. Kami telah melancarkan beberapa kempen dan inisiatif, menganjur beberapa seminar kesedaran dan bengkel penulisan, dan melawat gereja-gereja di kawasan pedalaman. Melangkah ke hadapan, Dia telah melebarkan khemah kami untuk menjadi jambatan antara gereja BM dengan gereja bukan BM. Cabaran-cabaran di hadapan kita sangat besar, tetapi Dia yang menjanjikan damai sejahtera yang melampaui segala akal manusia (Filipi4: 7) akan terus setia menjaga dan memimpin kita. Sesungguhnya, Dia adalah pelindung dan kubu kita di tengah-tengah semua ribut badai. Semoga Tuhan akan memberkati kita dengan damai daripada-Nya untuk tahun 2015 ini.

[email protected]

www.wawasanpenabur.org

Julai - Disember 2014

Damai Di Tengah Badai

“Semuanya itu Ku katakan kepadamu, supaya kamu beroleh damai sejahtera dalam Aku. Dalam dunia kamu menderita penganiayaan, tetapi kuatkanlah

hatimu, Aku telah mengalahkan dunia.”(Yoh 16:33) Suatu ketika dulu sebuah galeri seni di Amerika Syarikat telah mengadakan satu pertandingan melukis dengan tajuk, “Damai”. Keputusan pemenang pertandingan itu sangat mengejutkan. Lukisannya ialah tentang laut yang bergelora dilanda angin badai yang dahsyat. Langitnya gelap, kilat sabung-menyabung, dan ombak menghempas tebing cenuman pantai. Di manakah damai itu? Orang harus melihat dua kali untuk memahami apa yang sedang berlaku. Nun di pertengahan tebing, adalah sebuah sarang burung di lubang kecil di dalam batu. Seekor burung sedang duduk di sarang dengan anak-anaknya yang sedang tidur lena di bawah kepak sayap ibunya! Itu adalah damai.

Jadi, damai bukanlah ketiadaan ribut tetapi dapat berehat tenang di tengah-tengah badai. Bagi orang Kristian di Malaysia, 2014 merupakan tahun yang penuh dengan pertempuran ke atas Kitab Suci kita. Rampasan Alkitab, Bup Kudus dan buku-buku Kristian, termasuklah buku hymnal Kristian di Johor, ditambah dengan ancaman gila untuk membakar Alkitab, telah membawa kita tidak sampai ke mana-mana dalam penyelesaian isu Allah. Keadaan menjadi semakin buruk apabila dilaporkan polis telah mengganggu dan mengarah berhenti

perjalanan kebaktian sebuah gereja di Bangi pada 2 Disember. Kebanyakan jemaat adalah orang Indonesia. Tidak diketahui adakah masalah itu terkait dengan penggunaan kata “Allah” tetapi kebaktian memang dijalankan dalam Bahasa. Apa yang membingungkan ialah pelaksanaan tugas dilakukan oleh polis, bukan majlis bandaraya setempat. Dikatakan isunya adalah tahap bunyi yang bising dan penggunaan rumah kedai sebagai gereja. Alkitab dan Bup Kudus Iban yang disita akhirnya dikembalikan pada 14 November. Walau bagai-manapun, semua buku telah dicap dengan amaran mereka tidak boleh diterbitkan dan digunakan di mana-mana bahagian di dalam Negeri Selangor. Secara teknikal, Alkitab telah diharamkan di Selangor. Banyak orang Kristan yang berbahasa-Malaysia merasa dianiaya. Majoriti daripada mereka adalah dari Sabah dan Sarawak. Pada masa yang sama, golongan pelampau pula bersemangat memusnahkan sepanduk Natal dan mengharamkan ucapan mudah seperti “Merry Christmas.”

Walaupun setiap masyarakat mempunyai isu-isu suku, kaum dan agama, keadaan di Malaysia adalah berbeza kerana ia seolah-olah direstui oleh pihak berkuasa yang bahkan menimbulkan ketegangan untuk tujuan politik. JAKIM telah mengarahkan masjid di seluruh Malaysia untuk menyatakan (tanpa memetik apa-apa bukti) bahawa Islam “kini terancam,” bahawa orang Kristian dan Yahudi adalah “musuh-musuh Islam,” dan orang Kristian bertanggungjawab membatu-apikan umat Islam serta memperdayakan mereka agar mereka kehilangan hak. Pada masa yang sama, tidak ada siasatan dibuat bagi banyak aduan polis mengenai pengislaman dan diskriminasi di sekolah-sekolah serta rumah-rumah panjang di Sabah dan Sarawak. Malah mandan PM kita juga menegaskan bahawa orang Kristian tidak mempunyai “hak” untuk menggunakan perkataan “Allah”.

Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia

Page 2: Julai - Disember 2014 - · PDF filedan bergelora, dan gunung ... dan kubur-Nya yang kosong menjanjikan kebangkitan kita. ... yang dibebani dengan kebimbangan dan ketakutan, marilah

“Allah perlindungan dan kekuatan kita; Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.” Lebih sukar sesuatu keadaan, lebih besarlah kehadiran-Nya. Pemazmur mengatakan, “Oleh itu, kita tidak akan takut, walaupun bumi gempa dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut; walaupun laut mengamuk dan bergelora, dan gunung bergoncang dengan kuatnya.” Banyak perkara boleh runtuh, bahkan perkara-perkara yang sentiasa ada bagi kita. Tetapi janganlah takut kerana “Allah adalah perlindungan dan kekuatan kita.”

“Ada sebatang sungai yang menggembirakan Kota Allah, tempat kediaman Allah Yang Maha Tinggi.” (ayat 5). Tuhan hidup di dalam mereka yang menjadi umat-Nya melalui iman di dalam Yesus. “Allah tinggal di situ … Dia akan datang menolongnya. Bangsa-bangsa ketakutan, kerajaan-kerajaan gentar… TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita, Allah Yakub melindungi kita.” (ayat 6-8). Walaupun segala-galanya seolah-olah akan mencair, Tuhan berkata, “Diamlah dan ketahuilah bahawa Aku ini Allah.” Kita perlu belajar untuk meletakkan harapan kita kepada Tuhan, bukan manusia. Menurut Baru Bian, seorang peguam kanan dari Sarawak, keputusan mahkamah mengenai isu kontroversi Allah melampaui The Herald. Ia sebenarnya meliputi Sabah dan Sarawak, walaupun adanya “jaminan” daripada Kerajaan Persekutuan. Implikasi daripada keputusan Mahkamah Persekutuan itu secara tidak langsung telah menyatakan Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa kata “Allah” hanya untuk orang Islam. Perlembagaan itu adalah undang-undang tertinggi di negara ini dan ia meliputi kepada semua; termasuk Sabah dan Sarawak. Tidak ada seorang pun, bahkan Parlimen sendiri, apatah lagi Kerajaan, mempunyai kuasa untuk menyekat perlembagaan. Keputusan Mahkamah Tinggi mengenai isu Allah itu mungkin tidak betul. Tetapi ini adalah undang-undang yang sebagaimana adanya. Sehinggalah atau melainkan mahkamah menterbalikkan keputusan yang telah dibuat, ini adalah undang-undang yang mengawal isu tersebut. Dalam menghadapi undang-undang ini, penyelesaian dasar eksekutif 10-Perkara tidak mempunyai apa-apa nilai. Undang-undang “Allah” itu terpakai di seluruh Malaysia dan tidak ada apa-apa yang Kerajaan boleh lakukan. Dan ada implikasi lain kepada masalah ini: orang Kristian dari Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung sudah biasa berdoa mengikut cara yang mereka lakukan di Sabah dan Sarawak. Tambahan pula ada ramai orang Kristian yang berasal dari Indonesia. Kesemua mereka, termasuk yang bukan berwarganegara Malaysia, mempunyai hak kebebasan beragama seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan. Tetapi keputusan mahkamah telah menyempitkan hal ini. Dari perspektif tertentu, mahkamah telah pun meniadakan hak itu, iaitu sesuatu yang menurut Borneo Evangelical Mission Sarawak, adalah “perkara yang paling penting dalam kehidupan kami”. Tetapi masa yang mencabar juga adalah masa yang paling mengujakan. Kembali kepada lukisan tadi, sama seperti burung kecil mendapat tempat persembunyian di celah tebing batu itu, kita juga mempunyai tempat perlindungan di dalam Yesus Kristus, Gunung Batu kita. Salib-Nya adalah suatu korban untuk dosa-dosa kita, dan kubur-Nya yang kosong menjanjikan kebangkitan kita. Namun kita tidak dijanjikan suatu hidup tanpa badai. Malah kita tahu bahawa kejahatan sentiasa hadir di dunia ini, seperti yang diwakili oleh imej yang ngeri dalam lukisan itu. Kita boleh menjadi pemenang melalui salib itu, kerana “Roh yang ada di dalam kamu, lebih besar daripada roh yang ada di dalam dunia” (1 Yoh 4: 4). Hanya dalam Kristus, kita boleh mempunyai damai ketenangan di tengah badai.

Wawasan Penabur juga mempunyai cabarannya tersendiri. Aduan kepada KDN oleh seorang lelaki Melayu mengenai Alkitab Kanak-Kanak kami menyebabkan aktiviti kami terpaksa dihentikan seketika kerana pegawai KDN mahu memeriksa premis kami. Tuhan menyelamatkan kami pada hari itu kerana semua staf berada di Kuching apabila 5 pegawai KDN datang ke pejabat kami. Isu itu “selesai’ selepas pertemuan dengan mereka untuk menerangkan bahawa Alkitab Kanak-Kanak (yang menggunakan perkataan “Allah”) adalah untuk umat Kristian di Sabah dan Sarawak, tidak untuk diedarkan kepada orang Melayu. Pada masa yang sama, satu banjir kilat di KK telah memusnahkan stok kami, dan kebocoran air dari paip lama dalam gudang memusnahkan ribuan naskah buku kami. Semua ini berlaku dalam tempoh seminggu di bulan Ogos!

Sebagai sebuah bangsa, apa yang boleh kita jangkakan pada 2015?

Ketika kita mendoakan golongan sederhana untuk bangkit, ramai yang percaya 2015 akan terus menjadi suatu masa yang mencabar bagi orang Kristian di Malaysia. Golongan minoriti terutamanya Kristian, akan terus menjadi sasaran kumpulan pejuang hak-hak orang Melayu seperti PERKASA dan ISMA. Kesan daripada isu “Allah”akan berterusan, walaupun jaminan oleh pihak berkuasa bahawa keputusan mahkamah adalah terhad kepada akhbar The Herald sahaja. Hak perlembagaan yang menjamin kebebasan beragama diabaikan, bahkan oleh mereka yang sepatutnya mempertahankan hak-hak tersebut. Agama akan terus dijadikan alat dalam usaha untuk terus berkuasa di Malaysia. Bagaimana kita harus bergerak pada tahun 2015? Di kala tajuk-tajuk berita utama terus dipenuhi dengan cabaran baru dan banyak hati yang dibebani dengan kebimbangan dan ketakutan, marilah kita mempertimbangkan damai yang luar biasa yang ditawarkan di dalam Mazmur 46. Empat kali dalam mazmur pendek ini yang mengingatkan kita bahawa Allah menyertai kita walaupun di masa yang terburuk. Tuhan mahu menyediakan kita untuk menghadapi taufan yang akan datang, dan mengingatkan kita bahawa Dia ada di tengah-tengah badai.

2 Allah perlindungan dan kekuatan kita; Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan. 3 Oleh itu, kita tidak akan takut, walaupun bumi gempa dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut; 4 walaupun laut mengamuk dan bergelora, dan gunung bergoncang dengan kuatnya. 5 Ada sebatang sungai yang menggembirakank Kota Allah, tempat kediaman Allah Yang Maha Tinggi. 6 Allah tinggal di situ, kota yang tidak akan dimusnahkan, ketika masih subuh, Dia akan datang menolongnya. 7 Bangsa-bangsa ketakutan, kerajaan-kerajaan gentar; ketika Allah menguntur, bumi pun lebur. 8 TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita, Allah Yakub melindungi kita. 9 Mari, lihatlah apa yang dilakukan TUHAN. Lihatlah, perbuatan Allah di bumi sangat menakjubkan. 10 Dia menghentikan perang di seluruh dunia; Dia mematahkan busur, memusnahkan lembing, dan membakar perisai. 11 Dia berfirman, “Diamlah dan ketahuilah bahawa Aku ini Allah, yang agung antara bangsa-bangsa dan di seluruh bumi.” 12 TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita. Allah Yakub melindungi kita. (Berita Baik)

Page 3: Julai - Disember 2014 - · PDF filedan bergelora, dan gunung ... dan kubur-Nya yang kosong menjanjikan kebangkitan kita. ... yang dibebani dengan kebimbangan dan ketakutan, marilah

Ada satu tradisi budaya yang telah diwariskan sejak sekolah ini dibina. Setiap pelajar akan diangkat oleh masyarakat tempatan sewaktu mereka belajar disekolah Alkitab. Keluarga angkat akan memastikan keperluan mereka dipenuhi, terutama sekali kehangatan kekeluargaan apabila pelajar datang tinggal bersama mereka di akhir pekan setiap dua minggu. Sekolah ini juga mampu diri kerana pelajar juga menanam tanaman dan sayur-sayuran, menternak ikan dan menyediakan makanan mereka sendiri. Ini adalah sebahagian daripada latihan untuk mereka menjadi pastor kawasan pedalaman yang mampu diri di mana sahaja mereka dihantar. Pengetua STP Buduk Aru,

Guru Paul Jalong, pernah melayani 3 tahun di Baram. Oleh kerana masyarakat Penan masih kerap berpindah-randah, dia terpaksa bergerak dengan mereka. Oleh itu, seseorang mesti belajar bagaimana untuk menjadi mampu diri dalam usaha untuk melayani umat Tuhan seperti itu. Kami berharap melalui “Inisiatif TITUS 2: 7”, Alkitab Edisi Studi akan dapat membantu para pastor, pemimpin gereja dan pelapis gereja BM (pelajar sekolah Alkitab dan pemimpin belia) untuk mengajar Firman Tuhan dengan lebih berkesan,

serta membekalkan mereka untuk menggembala umat Tuhan yang di bawah jagaan mereka (2 Tim 3: 16,17). Tiada orang asing di Ba'Kelalan. Kami sentiasa disambut dengan senyuman. Suku Lun Bawang telah mengalami kebangunan dan pemulihan rohani di tahun-tahun 1930-an, 1970-an dan 1980-an. Tetapi kebangunan rohani di Ba'Kelalan telah lama berlalu. Kami menemu-bual ramai saksi mata kebangunan rohani tersebut. Ibu Bulan, balu kepada mendiang Pak Agung Bangau, berkata suami-nya pernah bernubuat tentang jalan raya yang akan datang ke tanah tinggi itu (pada masa itu Ba'kelalan hanya boleh dicapai dengan berjalan kaki atau melalui udara), dan memberi amaran yang kuat bahawa “masalah baru akan muncul, oleh itu, jagalah anak-anak dan belia kita.”

Hari ini, penyeludupan dadah, kereta curi dan barangan lain telah menukarkan Ba 'Kelalan daripada “Syurga Tanah Tinggi Borneo” kepada “Mexico Borneo”. Ketika aktiviti penyeludupan meningkat, trek motosikal yang menyambungkan Ba 'Kelalan ke Long Midang di Indonesia telah berubah menjadi jalan yang cukup besar untuk kenderaan beroda empat. Siang dan malam pedagang dari Lawas menggunakan kenderaan 4WD untuk membekalkan barangan dan dadah di Long Bawan, pekan sempadan di Indonesia, yang hanya satu jam perjalanan dari Buduk Nur.

Seorang penduduk tempatan menganggarkan lebih daripada 200 buah kereta curi telah dibawa masuk merentasi sempadan sejak jalan dinaik-tarafkan. Jalan berbatu dan berdebu yang dahulunya digunakan sebagai “tikus jalan”, kini merupakan “jalan raja” yang rasmi bagi para pencuri kereta, yang hanya perlu menunjukkan kad pengenalan mereka untuk menyeberangi sempadan. Dikatakan orang-orang yang mempunyai “hubungan yang tepat” boleh memandu masuk tanpa perlu menunjukkan kad pengenalan mereka.

Perjalanan “Long” Yang Panjang

Jalan di hadapan seperti tidak ada hentinya. Hujan di sebelah pagi membuat jalan balak itu licin. Seolah-olah lekukan secara tiba-tiba dan sudut tajam tidak cukup mengerikan, setiap kali treler besar yang melintasi tipis daripada pacuan empat roda kami, debaran jantung kami bertambah kencang. Sebahagian daripada perjalanan 5 jam itu adalah kering dan berdebu. Di antara rintikan hujan yang berhenti dan debu kering yang mengendap, adalah waktu-waktu kami dapat melihat sekilas landskap di sekeliling kami. Sekali-sekala garis biru gunung-ganang ditandai dengan balutan kabus yang sangat mempersonakan.

Ini adalah Borneo, dan keempat kami sedang menggembara di tanah tinggi utara ke Ba'Kelalan. Kami datang dari Lawas, bandar tanah rendah yang terdekat. Perjalanan “Long” kami merentasi komuniti-komuniti kecil Long Luping, Long Beluyu, Long Tanid, Long Sukang dan Long Semadoh, sebelum kita sampai di Ba'Kelalan. Ba'Kelalan adalah sekumpulan 9 kampung di Tanah Tinggi Bario Sarawak, 3,000 kaki (910 m) di atas paras laut dan hanya 4 km dari sempadan Kalimantan. Kampung-kampung tersebut adalah Buduk Nur, Long Langai, Long Lemumut, Long Ritan, Long Rusu, Pa Tawing, Buduk Bui, Buduk Aru dan Long Rangat. Suku Lun Bawang menduduki kawasan ini.

Ba'Kelalan terletak kira-kira 152km dari Lawas. Perjalanannya yang sukar dan berliku menjadi kering dan berdebu semasa musim kemarau dari bulan April hingga September, dan berlumpur dan berbahaya semasa musim tengkujuh dari bulan Oktober hingga Mac.

Misi kami adalah untuk membawa Alkitab Edisi Studi ke STP Buduk Aru, dan menyeberang sempadan untuk melawat Sekolah Tinggi Teologi Willfinger di Kampung Baru, Krayan, Indonesia. STP Buduk Aru adalah sekolah Alkitab yang keenam di Sabah dan Sarawak yang kami lawati sejak “Inisiatif TITUS 2: 7” dilancarkan pada bulan Mac 2014. STP adalah akronim kepada Sekolah Teologi Pertama yang menawarkan sijil pendidikan teologi. Kelayakan untuk memasuki sekolah ini adalah sijil PMR atau yang setaraf. Tetapi kami diberitahu sekolah juga menerima calon yang mempunyai kelayakan lebih rendah asalkan mereka tahu membaca dan menulis, serta sangat yakin akan panggilan Tuhan dalam hidup mereka.

STP Buduk Aru ditubuhkan pada tahun 1961. Sekolah ini mempunyai 30 orang pelajar dari pelbagai suku: Lun Bawang, Kenyah, Kayan, Penan, Berawan, Beketan, Murut Tagal, Dusun dan sebagainya. Bahkan ada 4 Orang Asli dari Pahang. Perkara pertama yang menarik perhatian kami ialah tulisan-tulisan ayat-ayat Alkitab di bangunan sekolah. Firman Tuhan yang ditulis di setiap sudut dinding dan batu mengingatkan kita tentang kebesaran, kebaikan dan kesetiaan Tuhan. Tempat itu

memang menyediakan persekitaran yang baik untuk pengajian teologi.

Lun Bawang di tahun 1940-an

Page 4: Julai - Disember 2014 - · PDF filedan bergelora, dan gunung ... dan kubur-Nya yang kosong menjanjikan kebangkitan kita. ... yang dibebani dengan kebimbangan dan ketakutan, marilah

Bunyi Bising Dari Banyak Suara

Apabila ditanya siapakah Willfinger, kakitangan Sekolah Tinggi Teologi Willfinger (STTW) di Kampung Baru di Krayan menjawab, “Orang ini telah mati untuk bangsa kami”. 98% daripada penduduk di Krayan adalah Lun Dayeh Kristian. Pada asalnya mereka dipanggil sebagai Murut. Kemudian mereka dinamakan Lun Bawang di Sarawak, dan suku Lun Dayeh di Sabah dan Indonesia.

Bagi penduduk tempatan, sejarah gereja Kristian sangat berkait rapat dengan seorang lelaki yang bernama John Francis Willfinger, yang dengan sukarela memberikan nyawanya kepada orang-orang yang dia kasihi.

John Francis Willfinger (1910-1942) adalah seorang mubaligh Amerika yang datang ke

Borneo pada tahun 1938. Apabila Charles Hudson Southwell, pengasas Borneo Evangelical Mission, melayani di Sarawak, Willfinger melayani di kalangan suku Murut dan suku Dayak yang lain di Timur Laut Kalimantan. Dia telah menulis di dalam diarinya tentang “bunyi bising dari banyak suara” yang bergema di hutan rimba Borneo apabila dia mula-mula tiba di sebuah kampung Dayak yang terpencil. Masa itu ialah Paskah tahun 1939. Sekumpulan orang Dayak menyambut kedatangan mubaligh baru itu untuk perayaan Paskah dalam nyanyian! Willfinger beribadah bersama 700 orang Kristian Dayak dalam perayaan Paskah tersebut, dan membaptis 108 orang yang baru percaya. Dia menulis bahawa orang –orang itu telah “mendapat tempat di hatiku...tiada yang terlalu sukar untuk membawa mereka lebih dekat kepada Kristus.” Dia seorang terpelajar yang cekap dalam bahasa. Dia mempe-lajari bahasa Melayu dan Murut dan memperoleh kepercayaan dari orang Dayak. Ini membolehkannya untuk berkhotbah kepada jumlah jemaah yang besar. Dia mencurahkan seluruh jiwa dan raganya supaya orang dapat mengetahui damai dan sukacita dalam Kristus. Dia kemudiannya bekerja keras untuk menterjemah Kitab Suci ke dalam bahasa tempatan. Kebangunan rohani terjadi, diikuti dengan kerja-kerja mukjizat yang melanda rumah-rumah panjang serta kampung-kampung di Meratang dan Krayan.

Di tahun-tahun berikutnya Willfinger melayani tanpa mengenal penat lelah. Bahkan ketika menyeberangi laluan lasak untuk mencapai kampung-kampung baru, dia membawa bersamanya mesin taip untuk menterjemah Kitab Suci dan puji-pujian ke dalam bahasa Murut. Dengan rasa terdesak yang hebat, Willfinger menterjemahkan Injil Matius dan Markus. Kedua-dua Injil Murut ini kemudian diterbitkan oleh British and Foreign Bible Society.

Tetapi perubahan berlaku pada 8 Mac, 1942. Selepas Jepun menakluki Borneo, mereka mengarahkan semua mubaligh untuk keluar dari kawasan pedalaman untuk menyerah diri. Perintah itu ditam-bah dengan “sesiapa yang cuba membantu [para mubaligh ini] akan dihukum.” Ini bermakna ramai kawan yang cuba menyembunyikan Willfinger juga akan dihukum. Menyembunyikan dia akan

Dadah terutamanya “syabu”, disembunyikan di antara bermacam-macam barangan untuk mengelak daripada dikesan di pusat pemeriksaan Indonesia. Sejak Ogos 2013, sembilan orang dari Ba'Kelalan dan Lawas telah pun ditangkap oleh penguatkuasa undang-undang Indonesia kerana jenayah menyeludup dadah. Apa yang membimbangkan penduduk kampung adalah sesetengah belia tempatan kini menjadi penagih “syabu”. Satu gram syabu yang dibungkus dalam kira-kira satu sentimeter panjang peyedut minuman dijual dengan harga RM50. Selain daripada dadah, penyeludupan pelbagai barangan keperluan seharian juga menjejaskan pedagang berlesen di Ba’Kelalan. Barangan dari Sarawak mempunyai permintaan yang tinggi kerana harga barangan adalah 3 kali lebih murah berbanding dengan barangan yang diterbangkan ke Long Bawan dari Nunukan, di mana peniaga-peniaga Indonesia perlu membayar kos pengangkutan sebanyak RM8 sekilogram.

Perjalanan panjang “Long” telah membuka mata kami kepada cabaran-cabaran dalam memuridkan pemimpin masa depan kita, iaitu kanak-kanak dan belia gereja BM. Majoriti (jika tidak semua) remaja kita adalah generasi Kristian yang kedua, ketiga atau keempat. Ramai daripada mereka tidak lagi berminat dalam hal-hal rohani. Hari ini boleh dilihat dari banyak keciciran dari gereja, hanya kerana iman mereka adalah iman second hand. Mereka tidak mempunyai iman tangan pertama dan hubungan peribadi dengan Kristus. Teruslah berdoau untuk kanak-kanak dan belia gereja BM kita. Ia adalah satu perjalanan yang panjang untuk mereka kerana ancaman besar dari pengislaman dan pemodenan. Jika kita tidak berminat dengan mereka, Islam dan dunia sangat berminat untuk memenangi mereka!

Bengkel Penulisan Bersama Dr Miriam Adeney

Tarikh : 2-6 March 2015 Tempat: Sabah Theological Seminary, KK Yuran : RM 150 (termasuk tempat tinggal,

makan dan nota kuliah)

Pra-syarat: Tulisan dan nota-nota (dari temuramah) tentang pahlawan iman lokal yang hendak ditulis.

Bengkel Penulisan selama 5 hari ini (maksimum 15 peserta) diadakan khusus untuk penulis dari gereja BM yang akan menulis cerita-cerita (80-120 mukasurat) tentang pahlawan iman tempatan bagi mendorong para pembaca di gereja BM.

Semua tulisan akan diterbitkan oleh Wawasan Penabur untuk Siri Pahlawan Iman.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Randy ([email protected])

Page 5: Julai - Disember 2014 - · PDF filedan bergelora, dan gunung ... dan kubur-Nya yang kosong menjanjikan kebangkitan kita. ... yang dibebani dengan kebimbangan dan ketakutan, marilah

membuat mereka berbohong kepada tentera Jepun. Dia berkata, “Saya datang ke sini bukan untuk 'menyeret orang ke dalam dosa' dengan berdusta.” Dia tidak akan berbuat demikian walaupun nyawanya terancam! Dia pun menyerahkan dirinya kepada Jepun dan diseksa selama 2 bulan. Pada malam Krismas 1942, ketika dia baru berusia 32 tahun, dia dibawa keluar dari khemah tahanan dan dipancung 4 hari kemudian. Hati orang yang belum percaya juga telah tersentuh oleh perbuatan mubaligh Amerika ini yang sanggup memberikan nyawanya demi untuk menyelamatkan mereka. Ini membuka hati mereka untuk memahami pengorbanan Yesus sendiri. Meratang dan Krayan kemudian menjadi kubu kuat Kerajaan Syurga. Kisah hidup John Willfinger ini benar-benar bermula dengan kematiannya. Dua tahun selepas dia dibunuh, di penghujung Perang Dunia Kedua, sekumpulan juruterbang Amerika telah ditembak jatuh di kawasan hutan di Borneo. Mereka jatuh di dalam hutan “para pemotong kepala”, salah satu tempat yang paling ditakuti oleh orang luar ketika itu. Tetapi satu perkara yang aneh berlaku. Apabila suku Dayak memburu dan menemukan mereka di dalam hutan, mereka ternampak lencana bendera Amerika yang dijahit pada pakaian juruterbang tersebut. Mereka segera mengetahui bahawa orang-orang ini adalah dari negara yang sama dengan Willfinger, yang telah memberikan hidupnya kepada suku mereka tidak lama yang lalu. Anda boleh membaca cerita ini dari buku Judith Heimann, The Airmen and Headhunters, atau menonton dokumentari itu di Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=FSvGzOHolcU).

Selepas Perang Dunia Kedua, gereja terus berkembang selama bertahun-tahun di Kalimantan dan Sarawak, dengan sedikit atau tidak ada pengaruh dari mubaligh barat. Ketika gereja berkembang, orang Kristian tempatan mula melakukan kerja-kerja penginjilan dan pengajaran seperti yang pernah dilakukan oleh mubaligh asing. Sebuah sekolah Alkitab pedalaman telah dilahirkan di Kampung Baru, yang berdedikasi untuk mengajar dan melatih anak-anak muda dari seluruh pulau sebagai pastor, pemimpin gereja dan penginjil, supaya mereka boleh membawa Injil kepada suku-suku yang tinggal di kawasan pedalaman di Indonesia. Sekolah Alkitab yang juga berfunsi sebagai sekolah menegah untuk pendidikan Kristian itu dinamakan sempena John Francis Willfinger.

Sehingga hari ini, ramai orang Kristian yang beriman teguh dalam masyarakat dan di seluruh kawasan itu mengaitkan contoh iman Willfinger sebagai permulaan sejarah gereja Kristian di utara Kalimantan. Mereka begitu bersemangat untuk bercakap tentang impak signifikan kehidupan dan kematian Willfinger dalam masyarakat mereka hingga ke hari ini. Tujuh puluh dua tahun kemudian, kisah ini masih belum selesai. Ia ditulis dengan “dakwat yang kelihatan” di kehidupan jiwa-jiwa yang telah diselamatkan dan “dakwat yang tidak kelihatan” di puluhan ribu jiwa yang telah ditebuskan. Walaupun suara John Willfinger telah disenyapkan, “bunyi bising dari banyak suara” masih bergema di hutan belantara Borneo. Lagu pujian yang telah diterjemahkan olehnya masih dinyanyikan dan terus menyentuh banyak jiwa dalam kebanguan rohani yang masih berterusan. Dia akan terus diingati oleh suku Lun Dayeh/Lun Bawang ketika mereka menyembah Tuhan, menyanyikan lagu pujian yang diterjemahkannya.

1. Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Aktiviti misionaris Jerman di kalangan suku Rungus di Kudat, Sabah, bermula pada awal abad-20 yang membawa kepada penubuhan Protestant Church in Sabah (PCS) pada tahun 1952 oleh Basel Mission. PCS mempunyai sebuah sekolah Alkitab di Bavangazo, yang dikenali sebagai Pusat Pendidikan Teologi (PPT). PPT menawarkan kursus 4 tahun untuk pastor dan kursus pendek 2 tahun di peringkat sijil. Baru-baru ini Wawasan Penabur mengumpul dana sebanyak RM 6,330.00 untuk membantu PPT membeli buku-buku teologi dan rujukan bagi perpustakaan mereka. Lebih daripada 600 buah buku telah dibeli dalam tempoh 2 bulan lepas, sempat sebelum tahun pengajian baru bermula. Ada peningkatan dalam pengambilan PPT untuk 2015. Kami bercadang mengumpul sehingga RM 10,000 untuk dana buku perpustakaan mereka. Hubungi kami jika anda merasa terpanggil untuk memberkati.

Banguan pejabat and perpustakaan, rumah pensyarah, bilik darjah

2. Menjambatani Komuniti Kristian

Ada banyak keperluan di kalangan pelajar Sekolah Alkitab yang majoritinya adalah pastor dari pedalaman, yang mengambil masa beberapa tahun untuk menimba ilmu. Di kebanyakan kes, mereka dihantar oleh kampung/paroki mereka dengan komitmen untuk kembali melayani komuniti mereka setelah tamat pengajian. Wawasan Penabur telah menjambatani sebuah sel grup dari sebuah gereja berbahasa Inggeris di PJ untuk mendukung seorang pelajar (seorang pastor) berserta keluarganya sejak March 2014. Ada ramai lagi yang seperti pastor tersebut yang memerlukan bantuan daripada kita semua.

Page 6: Julai - Disember 2014 - · PDF filedan bergelora, dan gunung ... dan kubur-Nya yang kosong menjanjikan kebangkitan kita. ... yang dibebani dengan kebimbangan dan ketakutan, marilah

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Ada banyak cara kita boleh bekerjasama dalam pelayanan menabur, menanam dan menyebar bahan sumber yang terbaik

kepada gereja-gereja BM.

Membangun kesedaran dan menggalang dana. Saya

percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang. Saya

ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif ini

supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan gereja

BM melalui tenaga, dana dan doa.

Terlibat dalam projek penulisan dan

penterjemahan. Saya ingin menyumbang dalam

pengembangan sumber BM dengan para penulis,

penterjemah dan penerbit yang lain.

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur*: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat : ___________________________________________________________________________

Nombor Telefon : _______________________ (rumah) ____________________________ (pejabat)

_______________________ (telefon bimbit) ________________________ (fax)

Cek: atas nama “Wawasan Penabur Sdn Bhd”

Bank-in : Public Bank no akaun: 3127674507

CIMB Bank no akaun: 800 2648457

May Bank no akaun: 5623 6663 2813

* Sila fax/kirim/email bank-in-slip kepada kami.

Wawasan Penabur Sdn Bhd, P.O.Box No: 8327, Kelana Jaya Post Office, 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Tel/Fax: +603-5888 4987 Email: [email protected]

Menyumbang kepada “Kempen Satu Anak Satu

Alkitab” untuk Gereja BM Orang Asli, Sabah dan Sarawak.

Saya percaya dengan pemberian saya, umat Kristian

berbahasa Malaysia di negara ini akan dapat diberkati.

Peluang Melayani Bersama Wawasan Penabur

Wawasan Penabur mencari orang Kristian yang telah lahir semula yang mahu melayani Tuhan secara penuh masa dengan bergabung dengan team kami di Subang Jaya:

1. Eksekutif Administrasi dan Akaun

Beliau akan mentadbir operasional pejabat, mengambil dan memproses pesanan, menyimpan kira rekod transaksi kewangan dan membuat laporan kewangan. Kapasiti separuh waktu juga akan dipertimbangkan.

2. Pelatih Penyelidikan dan Pelatihan Terbuka kepada graduan baru asal Sabah & Sarawak (mana-mana bidang). Mampu bekerja secara independen, mahir dalam bekerja dengan orang dari latar belakang personaliti dan budaya yang berbeza, mampu menjalankan penyelidikan, mempunyai asas alkitabiah yang baik, dan pendedahan dalam pelayanan gereja dan misi.

3. Pemimpin Digital

Bertanggungjawab dalam keseluruhan strategi media digital untuk Wawasan Penabur yang meliputi laman web, buku digital (e-book), elemen-elemen TV dan media sosial. Beliau akan bertanggungjawab dalam penambahbaikan laman web; penyediaan, pengeluaran dan pengedaran buku digital (e-book); bekerja dengan pelbagai organisasi dan individu untuk mengembangkan pelbagai kandungan aliran media termasuk video dan media sosial. Kapasiti separuh waktu juga akan dipertimbangkan.

Yang berminat: Sila hantarkan melalui e-mel permohonan anda bersertakan resume lengkap, gambar terkini berukuran passport serta salinan imbas sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan kepada [email protected]

Menyumbang kepada “Inisiatif TITUS 2:7” Wawasan Penabur supaya para pastor, pemimpin dan pelajar

sekolah Alkitab Orang Asli, Sabah dan Sarawak yang berbahasa Malaysia dapat diberkati.