ke arah menjadi jurutera profesional - tnbr.com.my · pdf fileke arah menjadi jurutera...

1
Ke Arah Menjadi Jurutera Profesional © 2015 TNBR. All rights reserved 2015 EVENTS ARTICLE Bangi, 26 Jun 2015 – Untuk menjadi seorang jurutera profesional, salah satu laluanya adalah dengan mendaftar di IEM (Institution of Engineers Malaysia). Sebagai sebuah institusi penyelidikan yang bercita -cita ke arah menghasilkan lebih ramai jurutera professional serta berkualiti, TNB Research baru -baru ini dengan kerjasama YES UNITEN (Young Engineers Section) menganjurkan satu sesi seminar yang bertemakan “Ke arah menjadi jurutera professional”. Bagi tujuan ini, Ir. Dr. Abu Bakar bin Mahat telah dijemput untuk memberikan ceramah serta berkongsi pengalaman dan galakan kepada jurutera dan penyelidik di TNBR. Beliau merupakan seorang yang dihormati dan bereputasi profesional dalam bidang Mekanikal sebagai Ahli Korporat IEM, Jurutera Profesional yang berdaftar dengan BEM, Ahli Korporat Institusi Jurutera Mekanikal, UK dan Jurutera Bertauliah, United Kingdom. Jurutera dan penyelidik di TNBR, digalakkan untuk berdaftar dengan IEM kerana selain bertindak sebagai pusat komuniti pembelajaran sosial untuk jurutera, IEM turut banyak menjalankan aktiviti dan latihan seperti worksyop, kursus, seminar, serta lawatan teknikal bagi meningkatkan tahap kompetensi dan pemahaman setiap jurutera.

Upload: nguyenkhue

Post on 07-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ke Arah Menjadi Jurutera Profesional - tnbr.com.my · PDF fileKe Arah Menjadi Jurutera Profesional ... pusat komuniti pembelajaran sosial untuk jurutera, IEM turut banyak menjalankan

Ke Arah Menjadi Jurutera Profesional

© 2015 TNBR. All rights reserved

2015 EVENTS ARTICLE

Bangi, 26 Jun 2015 – Untuk menjadi seorang jurutera profesional, salah satu laluanya adalah dengan mendaftar

di IEM (Institution of Engineers Malaysia). Sebagai sebuah institusi penyelidikan yang bercita-cita ke arah

menghasilkan lebih ramai jurutera professional serta berkualiti, TNB Research baru-baru ini dengan kerjasama

YES UNITEN (Young Engineers Section) menganjurkan satu sesi seminar yang bertemakan “Ke arah menjadi

jurutera professional”.

Bagi tujuan ini, Ir. Dr. Abu Bakar bin Mahat telah dijemput untuk memberikan ceramah serta berkongsi

pengalaman dan galakan kepada jurutera dan penyelidik di TNBR. Beliau merupakan seorang yang dihormati

dan bereputasi profesional dalam bidang Mekanikal sebagai Ahli Korporat IEM, Jurutera Profesional yang

berdaftar dengan BEM, Ahli Korporat Institusi Jurutera Mekanikal, UK dan Jurutera Bertauliah, United

Kingdom.

Jurutera dan penyelidik di TNBR, digalakkan untuk berdaftar dengan IEM kerana selain bertindak sebagai

pusat komuniti pembelajaran sosial untuk jurutera, IEM turut banyak menjalankan aktiviti dan latihan seperti

worksyop, kursus, seminar, serta lawatan teknikal bagi meningkatkan tahap kompetensi dan pemahaman setiap

jurutera.