kbm 2 fiqh islami

18
KBM 2 FIQH ISLAMI BAB 7: HARI-HARI YANG DISUNATKAN PADANYA BERPUASA Andalus Corporation Pte Ltd

Upload: kaiyo

Post on 04-Jan-2016

51 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 2 FIQH ISLAMI. BAB 7: HARI-HARI YANG DISUNATKAN PADANYA BERPUASA. MAKSUD HADIS. Selain puasa yang fardu, puasa sunat juga boleh dilakukan di luar bulan Ramadan. Ibadah puasa dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah s.w.t. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: KBM 2 FIQH ISLAMI

KBM 2 FIQH ISLAMI

BAB 7: HARI-HARI YANG DISUNATKAN PADANYA BERPUASA

Andalus Corporation Pte Ltd

Page 2: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 2

MAKSUD HADIS

• Selain puasa yang fardu, puasa sunat juga boleh dilakukan di luar bulan Ramadan.

• Ibadah puasa dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah s.w.t.

• Allah s.w.t. mengasihi para hamba-Nya yang berusaha mendekati Allah s.w.t. dengan amalan sunat.

Page 3: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 3

HARI-HARI YANG DISUNATKAN PADANYA BERPUASA

• Puasa sunat ialah puasa tambahan dari puasa wajib.

• Dikerjakan mengikut kemampuan.• Dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t• Allah s.w.t akan lebih mengasihi hamba-Nya

yang rajin menunaikan ibadah sunaat.• Dilakukan diluar bulan Ramadan.

Page 4: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 4

DI ANTARA PUASA-PUASA YANG DISUNATKAN

• Puasa Isnin dan Khamis• Puasa enam hari pada bulan Syawal• Puasa hari Asyura• Puasa hari Tasu’a• Puasa hari Arafah• Puasa hari-hari putih• Puasa pada sebahagian besar bulan

Sya’aban

Page 5: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 5

PUASA ISNIN DAN KHAMIS

• Kita dianjurkan untuk melakukan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu.

• Nabi s.a.w. selalu berpuasa pada Isnin dan Khamis kerana baginda menjelaskan bahawa amalan manusia selama di dunia akan dihadapkan kepada Allah s.w.t pada hari tersebut.

Page 6: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 6

PUASA ISNIN DAN KHAMIS

Sabda nabi

“ Amal perbuatan manusia akan ditunjukkan kepada Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka saya lebih suka amalan saya ditunjukkan kepada Allah sedang saya berpuasa.” ( HR. Tirmidzi )

Page 7: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 7

PUASA ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL

• Puasa enam dalam bulan Syawal adalah sunat.

• Rasulullah s.a.w. bersabda

“Sesiapa melakukan puasa Ramadhan kemudian dituruti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ianya seumpama puasa sepanjang tahun.” (HR. Muslim)

Page 8: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 8

PUASA ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL

• Puasa enam dalam bulan Syawal adalah sunat.

• Rasulullah s.a.w. bersabda

“Sesiapa melakukan puasa Ramadhan kemudian dituruti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ianya seumpama puasa sepanjang tahun.” (HR. Muslim)

Page 9: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 9

PUASA HARI ASYURA

• Hari Asyura ialah pada 10 Muharram.

• Disunatkan berpuasa kerana merupakan puasa yang diutamakan setelah puasa fardu bulan Ramadan.

Page 10: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 10

PUASA HARI ASYURA

• Sabda Nabi

“Ditanyakan orang kepada Rasulullah s.a.w.,”…Puasa manakah yang lebih utama setelah puasa Ramadan?” Jawab Nabi,” Puasa pada bulan Allah yang kamu namakan bulan Muharram.” ( HR. Ahmad, Muslim dan Abu Daud )

Page 11: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 11

PUASA HARI ASYURA

• Keutamaan berpuasa pada hari Asyura ialah keampunan dosa pada tahun yang lalu.

• Seperti sabda nabi:

“Puasa itu menutup dosa pada tahun yang lalu.” ( HR. Muslim )

Page 12: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 12

PUASA HARI TASU’A

• Puasa Hari Tasu’a ialah puasa pada 9 Muharram, iaitu satu hari sebelum Hari Asyura.

• Ini untuk membezakan dari puasa yang dilakukan orang Yahudi kerana pada 10 Muharram ( Hari Asyura ) ialah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi.

Page 13: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 13

PUASA HARI ARAFAH

• Dilakukan pada 9 Zulhijjah.

• Dinamakan puasa Hari Arafah kerana pada hari ini, umat Islam yang mengerjakan ibadah haji sedang berkumpul di padang Arafah.

Page 14: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 14

PUASA HARI ARAFAH

• Hukumnya sunat kecuali mereka yang sedang melakukan ibadah haji dan berada di padang Arafah ketika itu.

• Keutamaannya ialah keampunan dosa selama dua tahun, iaitu dosa pada tahun yang lalu dan pada tahun yang akan datang.

Page 15: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 15

PUASA HARI PUTIH

• Tiga hari putih iaitu tiga hari (tanggal 13, 14 dan 15hb) pada setiap bulan.

• Dipanggil hari putih kerana malam hari-hari tersebut diterangi dengan bulan purnama.

• Keutamaannya ialah sama seperti puasa setahun lamanya.

Page 16: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 16

PUASA SEBAHAGIAN BULAN SYA’ABAN

• Rasulullah biasa berpuasa pada sebahagian besar bulan Sya’aban menurut Aisyah r.a:

“Saya tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa dalam waktu sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan tidak ada satu bulan pun yang Nabi banyak berpuasa pada hari-harinya selain pada bulan Sya’aban.” (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)

Page 17: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 17

NIAT BAGI ORANG YANG BERPUASA SUNAT

• Bagi puasa sunat, boleh meniatkan puasa pada waktu siang, asalkan dia belum lagi makan dan minum sejak fajar shadiq.

Page 18: KBM 2 FIQH ISLAMI

2008 KBM 2 FIQH BAB 7 18

BERBUKA BAGI ORANG YANG PUASA SUNAT

• Apabila kita berpuasa sunat pada siang hari selain bulan Ramadan, kita dibenarkan berbuka dengan sengaja jika kita mahu.