modul al-fiqh al-islami i

Upload: khairiah-sharif

Post on 20-Jul-2015

1.330 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

HIS3063Al-FIQH Al-ISLAMI I

PUSAT PENDIDIKAN LUAR2012

al-Fiqh al-Islami I | i

MODUL HIS3063 AL-FIQH AL-ISLAMI I

Penyelaras Penulis

: :

Dr. Zanariah Noor Dr. Mohd Noor Daud Dr. Zanariah Noor En. Muhamad Rozaimi Ramle

al-Fiqh al-Islami I | ii

ISI KANDUNGANPANDUAN KURSUS UNIT 1 TAHARAH Apakah yang dimaksudkan dengan taharah dalam fiqh Islam? Apakah hikmah disyariatkan bersuci? Jenis-jenis bersuci Apa itu najis mengikut hukum fiqh? Benda-benda najis Jenis-jenis bangkai Pembahagian najis serta cara menyucikannya mengikut hukum fiqh Kaedah menyucikan kulit bangkai selain anjing dan babi Pembahagian air mengikut klasifikasi hukum penggunaannya Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri Rujukan x-xiv 1 2 3 4 4 5 6 10 13 15 21 22 22 24

UNIT 2

SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHAN MUWAFIQ DAN MASBUQ Pengenalan Konsep solat berjemaah Bilangan jemaah Hukum solat berjemaah Syarat-syarat sah mengikut imam Pengertian makmum muwafiq

25 25 26 26 27 28 31

al-Fiqh al-Islami I | iii

Kewajipan seorang makmum muwafiq

32

Beberapa keuzuran yang mengharuskan makmum muwafiq terkemudian 33 daripada imam dengan tiga rukun yang panjang Pengertian makmum masbuq Syarat-syarat makmum masbuq mendapat rakaat Kewajipan makmum masbuq Apakah yang patut dilakukan oleh makmum masbuq? Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan 36 36 37 37 39 40 40 41

UNIT 3

SOLAT QASAR BAGI MUSAFIR Pengertian solat qasar Syarat-syarat sah solat qasar Perbahasan ulama mengenai solat qasar Beberapa permasalahan solat qasar Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan

42 43 44 46 49 50 51 51 52

al-Fiqh al-Islami I | iv

UNIT 4

PENGERTIAN ZAKAT, JENIS-JENIS HARTA DIWAJIBKAN ZAKAT, NISAB ZAKAT DAN ISU-ISU BERKAITAN Pengertian zakat Siapakah orang yang diwajibkan membayar zakat? Adakah akal menjadi asas taklifan zakat ? Sifat-sifat harta yang diwajibkan dikenakan zakat Bentuk harta yang disepakati kewajipannya oleh ulama Apakah yang dimaksudkan dengan nisab dan kadar zakat? Apakah kesan zakat terhadap individu dan masyarakat? Isu-isu perbincangan dalam zakat Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan

53 54 56 56 57 59 62 67 68 69 69 69 71

UNIT 5

ASNAF DAN PENGAGIHAN ZAKAT Pengertian asnaf zakat Kategori asnaf zakat Pengagihan zakat Pengagihan zakat berasaskan keperluan asnaf untuk meneruskan kehidupan Pengagihan zakat berasaskan usaha memperkasa agama dan syariat Islam

72 73 73 76 77 81

Pengagihan zakat berasaskan insentif menguruskan zakat dengan secara 83 berkesan Isu-isu perbincangan dalam pengagihan zakat Rumusan 83 85

al-Fiqh al-Islami I | v

Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan

85 85 87

UNIT 6

PUASA Pengertian puasa Kedudukan puasa dalam Islam Hukum meninggalkan puasa Hikmah berpuasa Penetapan bulan Ramadan Siapa yang diwajibkan berpuasa? Rukhsah berbuka puasa Rukun-rukun puasa Perkara-perkara yang membatalkan puasa Adab-adab puasa Perkara yang makruh sewaktu berpuasa Qada puasa Ramadan, fidyah dan kaffarah

89 90 91 91 92 92 93 94 95 96 99 101 101

Siapakah orang yang wajib qada puasa sahaja dan yang wajib qada 101 disertakan dengan fidyah? Kaffarah berbuka pada bulan Ramadan Puasa sunat, makruh dan haram Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri 102 103 106 106 107

al-Fiqh al-Islami I | vi

Rujukan

108

UNIT 7

HAJI Pengenalan Konsep haji menurut fiqh Islam Hikmah pensyariatan ibadah haji Syarat wajib haji Syarat khas haji bagi wanita Syarat sah haji Apakah yang dimaksudkan dengan ihram? Cara berihram Amalan wajib haji Rukun haji Sunat-sunat haji Bertahallul Dam dan Sebab-Sebabnya Cara-cara melakukan haji Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan

109 109 110 110 110 112 112 113 114 119 120 121 124 124 127 129 130 130 132

al-Fiqh al-Islami I | vii

UNIT 8

UMRAH Konsep umrah menurut fiqh Islam Hikmah pensyariatan ibadah umrah Hukum umrah Cara mengerjakan umrah Syarat wajib umrah Rukun umrah Tempat berihram paling afdal bagi orang yang berada di Mekah Berulang-ulang melakukan umrah Hukum meninggalkan rukun umrah Bilakah umrah terbatal? Hukum melakukan umrah untuk orang lain Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan

133 133 134 134 136 136 136 139 139 140 140 141 141 142 142 143

UNIT 9

KORBAN DAN AKIKAH Konsep korban menurut fiqh Islam Hikmah pensyariatan ibadah korban Hukum korban Syarat wajib/sunat korban Syarat sah korban Sunat-sunat korban

144 145 145 145 146 147 148

al-Fiqh al-Islami I | viii

Hukum berkenaan daging korban Hukum melakukan korban untuk si mati Konsep akikah menurut fiqh Islam Hikmah pensyariatan ibadah akikah Hukum akikah Syarat akikah Hukum berkongsi bahagian akikah Bilangan binatang yang disembelih Hukum memecahkan tulang akikah Menggabungkan antara korban dan akikah Siapa yang patut mengeluarkan belanja akikah? Waktu menyembelih akikah Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan

149 151 152 152 153 155 155 156 157 158 158 159 161 163 163 165

UNIT 10

SEMBELIHAN DAN BURUAN Konsep sembelihan menurut fiqh Islam Hukum sembelihan Hikmah pensyariatan sembelihan Jenis-jenis Sembelihan Rukun sembelihan Sembelihan janin haiwan Sunat-sunat Sembelihan

166 167 167 167 168 168 172 172

al-Fiqh al-Islami I | ix

Konsep memburu menurut fiqh Islam Hikmah pensyariatan pemburuan Hukum memburu menurut fiqh Islam Syarat-syarat Memburu

173 173 174 175

Hukum haiwan buruan terlindung dari pandangan setelah terkena anak 180 panah/peluru Haiwan buruan terjatuh dalam air atau jatuh dari tempat tinggi Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan 180 181 182 182 200

al-Fiqh al-Islami I | x

PENGENALANPanduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang. Kursus HIS3063 al-Fiqh al-Islami I merupakan kursus yang menggabungkan 10 unit yang membincangkan tajuktajuk besar dalam fiqh iaitu taharah, solah jemaah dan permasalahan masbuq dan muafiq, solat qasar bagi musafir, zakat, puasa, haji dan umrah, akikah, korban, sembelihan dan perburuan. Kursus HIS 3063 mendedahkan kepada pelajar hukum-hakam yang berkaitan dengan tajuk-tajuk di atas dengan sokongan dalil-dalil. Pandangan ulama yang pelbagai juga dikemukakan dalam topik-topik tertentu sebagai pendedahan awal kepada latihan ilmiah dan bagi mewujudkan pembelajaran berbentuk perbandingan. Hal ini penting kerana para pelajar akan lebih bersikap terbuka dan menerima kepelbagaian pendapat dalam masalah fiqh.

KUMPULAN SASARANKursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah) di UPSI. Walau bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARANMengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam waktu pembelajaran. Oleh itu bagi setiap kursus ini pelajar perlu memperuntukkan 240 jam waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi HIS 3063 adalah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran (3 jam kredit) Aktiviti Pembelajaran Membaca modul, ulangkaji, menyiap tugasan Tutorial di Pusat Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui BigBlueButton, Skype, dll.) Forum (E-Learning melalui MyGuru2) Video P&P melalui MyGuru2 Kuiz dalam talian melalui MyGuru2 Jumlah Masa Pembelajaran Jam Pembelajaran Bersemuka Tidak Bersemuka 40 10 32 28 10 42 78

120

al-Fiqh al-Islami I | xi

HURAIAN HIS3063 AL-FIQH AL-ISLAMI IHASIL PEMBELAJARAN KURSUSDi akhir kursus, pelajar akan dapat;

1. mengusai permasalahan yang berkaitan dengan ibadat umum dan khusus berdasarkan pendekatan 2. mempamerkan kemahiran membuat amali dalam bidang ibadat secara teori dan praktikal. 3. menunjukkan sikap, nilai dan tingkahlaku beretika sebagai seorang Muslim kesan dari penghayatan ibadah. 4. mempamerkan ciri-ciri akauntabiliti sosial sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan patuhterhadap ajaran Islam dan undang-undang negara. mazhab Shafie dengan mengambilkira perbezaan yang wujud antara mazhab-mazhab yang lain.

SINOPSIS KURSUSKursus ini memperkenalkan konsep ibadah umum dan khusus di dalam Islam dengan memberikan penekanan kepada ibadat asas dalam syariat Islam. Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan ialah; Konsep Ibadat, tujuan dan objektifnya, toharah (bersuci), solat, zakat, puasa, haji dan umrah, akikah, korban, sembelihan serta syaratsyarat dan hikmat perlaksanaannya. Fokus perbincangan topik-topik di atas berdasarkan pendekatan mazhab Shafie, tanpa mengenepikan pendekatan mazhab-mazhab yang lain.

ISI KANDUNGAN KURSUS

UNIT 1

TAJUK TAHARAH Unit ini membincangkan konsep bersuci yang merangkumi definisi bersuci, jenis-jenis bersuci, bahagian-bahagian najis dan kaedah menyucikan najis.

2

SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHAN MUWAFIQ DAN MASBUQ Unit ini membincangkan menerangkan maksud solat jemaah, maksud muafiq dan masbuq,membezakan antara muafiq dan masbuq dan mengenalpasti kepentingan memahami tajuk ini dalam kehidupan seharian.

3

SOLAT QASAR BAGI MUSAFIRUnit ini menghuraikan maksud menerangkan maksud solat qasar, membincangkan pandangan ulama Islam tentang hukum solat qasar bagi musafir dan mengenalpasti

al-Fiqh al-Islami I | xii kepentingan memahami tajuk ini dalam kehidupan seharian.

4

PENGERTIAN ZAKAT, JENIS-JENIS HARTA DIWAJIBKAN ZAKAT, NISAB ZAKAT DAN ISU-ISU BERKAITANUnit ini menerangkan pengertian zakat serta syarat-syarat wajib zakat mengikut pandangan ahl al-sunnah wa al-jamaah, membincangkan bentuk-bentuk harta yang diwajibkan zakat mengikut pandangan mazhab fiqh dan pelaksanaannya dalam konteks Malaysia, membincangkan bentuk-bentuk harta yang ikhtilaf dalam kalangan ulama tentang kewajipannya dan membincangkan isu-isu semasa dalam fiqh al-zakat.

5

ASNAF DAN PENGAGIHAN ZAKAT Unit ini menerangkan maksud sebenar sembelihan dan buruan, membincangkan rukun dansyarat sembelihan dan buruan dan mengenalpasti kepentingan memahami tajuk ini dalam kehidupan seharian.

6

PUASA Unit ini menerangkan maksud puasa dari segi bahasa dan istilah, rukun serta syarat puasa.Juga menerangkan r perkara-perkara yang membatalkan puasa mengikut pandangan mazhab ahli al-sunnah wa al-jamaah. Ia juga turut membincangkan kesan puasa terhadap individu dan masyarakat dan isu-isu fiqh semasa berkenaan dengan puasa.

7

HAJIUnit ini menerangkan maksud sebenar haji, membincangkan jenis-jenis haji, syarat, rukun dan wajib haji dan mengenalpasti kepentingan memahami tajuk ini dalam kehidupan seharian.

8

UMRAH Unit ini menerangkan maksud sebenar umrah, membincangkan jenis-jenis umrah, syarat, rukun dan wajib umrah dan mengenalpasti kepentingan memahami tajuk ini dalam kehidupan seharian.

9

KORBAN DAN AKIKAH Unit ini menerangkan maksud sebenar korban dan akikah, membincangkan rukun dan syarat korban dan akikah, isu-isu semasa berkaitan korban dan akikah dan

al-Fiqh al-Islami I | xiii

mengenalpasti kepentingan memahami tajuk ini dalam kehidupan seharian. 10 SEMBELIHAN DAN BURUAN Unit ini menerangkan maksud sebenar sembelihan dan buruan, membincangkan rukun dan syarat sembelihan dan buruan, isu-isu semasa yang berkaitan tajuk sembelihan dan perburuan dan mengenalpasti kepentingan memahami tajuk ini dalam kehidupan seharian.

PENAKSIRANTugasan 2 Kuiz Tugasan Kursus berkumpulan I (tiga atau empat orang satu kumpulan) Tugasan Kursus berkumpulan II (tiga atau empat orang satu kumpulan) Forum % Wajaran 25 25 25 Kaedah dan Hasil Tugasan Dalam talian menggunakan MyGuru2 Bercetak dan dijilid beserta salinan CD Bercetak dan dijilid beserta salinan CD Dalam talian menggunakan MyGuru2

Jumlah

25 100

al-Fiqh al-Islami I | xiv

HURAIAN IKON YANG DIGUNAKANSituasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya. Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain. Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Persembahan mikro- dan makropengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Tugasan yang perlu disempurnakan yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi konsep yang dibincangkan. Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas

A

al-Fiqh al-Islami I | 1

UNIT 1 TAHARAHHASIL PEMBELAJARANPada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. menerangkan maksud am jenis-jenis air, najis dan hadas. 2. membincangkan jenis-jenis air, najis dan hadas menurut klasifikasi hukum. 3. membezakan antara jenis-jenis air, najis dan hadas. 4. mengenalpasti kepentingan memahami tajuk ini dalam kehidupan seharian.

PENGENALAN

Sumber-sumber air

al-Fiqh al-Islami I | 2

Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, saya yakin dan percaya anda telah melihat sumber-sumber air di dalam rajah 1.1 di atas. Pada pendapat anda, apakah sumber-sumber air lain yang boleh digunakan sebagai bahan bersuci? Adakah anda sedar bahawa kehidupan seharian kita tidak terlepas daripada melakukan proses bersuci sama ada daripada najis atau hadas. Namun, adakah anda yakin proses bersuci yang anda lakukan itu bertepatan dengan kehendak syarak. Adakah anda tahu bukan semua jenis air boleh digunakan untuk bersuci dan bukan air sahaja bahan untuk bersuci? Adakah anda tahu antara najis dan hadas itu terdapat banyak perbezaan di samping persamaannya? Adakah anda tahu najis-najis itu terdapat kategorikategorinya?

ISI KANDUNGANApakah yang dimaksudkan dengan taharah dalam fiqh Islam?Dari sudut bahasa, taharah bermaksud bersih dan terhindar daripada segala kotoran sama ada berbentuk hissi (najis) atau maknawi (sifat-sifat keji). Sementara dari sudut istilah ialah perbuatan yang apabila dilakukan akan mengharuskan solat dilaksanakan atau yang seumpama solat (dari sudut hukum yang perlu kepada bersuci). Contoh perbuatan itu ialah berwuduk, mandi wajib atau tayammum untuk bersuci. Jika bersuci dari najis haruslah menghilangkan kotoran yang ada di badan, pakaian dan tempat yang berkaitan.

Tahukah anda Islam mengambil berat kebersihan dan bersuci? Islam mengambil berat bersuci dan dapat dilihat melalui perkara berikut: 1. Perintah berwuduk beberapa kali setiap hari untuk mendirikan solat. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah: 6:

) ( Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai ke kedua mata kaki.

al-Fiqh al-Islami I | 3

2. Gesaan supaya mandi pada keadaan tertentu antaranya ketika berjunub sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah: 6 : (

) dan sabda Nabi Muhammad s.a.w: ( : )1( : .

Maksudnya: Dari Aisyah Ummul Mukminin r.a: (Apabila bertemu dua khitan, maka wajib mandi.), Kata Muhammad: Kami berpegang dengan hadis ini dan ia merupakan pendapat Abu Hanifah. Dalam Hadis lain, diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda::-

: )1( .

Maksudnya: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, maka dia telah melakukan sesuatu yang baik, sesiapa yang tidak mandi, itu pun tidak mengapa. Kata Muhammad: Kami berpegang dengan hadis ini dan ia merupakan pendapat Abu Hanifah. 3. Perintah supaya memotong kuku, membersih gigi dan pakain. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

)" : . [ " ] 4 / Maksudnya: Perkara fitrah itu ada lima atau lima perkara fitrah: Khitan, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai. (al-Bukhari dan Muslim).

Apakah hikmah disyariatkan bersuci? Bersuci merupakan suatu tuntutan fitrah. Manusia difitrahkan suka kepada kebersihan dan tidak suka kepada kekotoran. Menjaga kemuliaan atau izzah terutama sebagai sebagai orang Islam. Menjaga kebersihan, sebab dengannya banyak penyakit dapat dielakkan. Berdiri di hadapan Allah s.w.t. dalam keadaan suci dan bersih.

al-Fiqh al-Islami I | 4

Jenis-jenis bersuciBersuci terbahagi kepada dua: i) iaitu bersuci daripada najis dan ii) bersuci daripada hadas.

BERSUCI

Bersuci daripada najis

Bersuci daripada hadas

Rajah 1.2: hadas dan najis dan kaedah menyuci

Apa itu najis mengikut hukum fiqh? Dari sudut bahasa: semua benda kotor. Dari sudut istilah: benda kotor (darah dan air kencing) yang menghalang daripada sahnya solat.

Bolehkah anda fikirkan apakah benda-benda yang dihukum najis? Adakah anda mampu menyebutkan sekarang?

al-Fiqh al-Islami I | 5

Benda-benda najis1) Arak dan semua cecair yang memabukkan: Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah ayat 90:

} .(90/ {) Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman!, sesungguhnya (meminum) khamr, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

} { . Maksudnya: Dari Ibn Umar r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Setiap yang memabukkan adalah arak, dan setiap yang memabukkan adalah haram. (Muslim) 2) Bangkai (:) Dalil pengharaman bangkai adalah berdasarkan firman Allah s.w.t.dalam surah al-Maidah ayat 3:

Maksudnya: Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.

al-Fiqh al-Islami I | 6

Bolehkah anda fikirkan jenis-jenis bangkai? Adakah anda mampu menyebutkannya sekarang? Adakah belalang termasuk dalam kategori bangkai? Adakah ikan dan belalang yang mati dikategorikan sebagai bangkai?

Jenis-Jenis Bangkaii) al-Munkhaniqah ()

ii) al-Mauquuzah ()

iii) al-Mutaraddiyah ()

iv) al-Natihah ()

v) Ma akala al-Sabuu (

) - -

Pada akhir ayat itu disebutkan

. :

al-Fiqh al-Islami I | 7

Maksudnya: melainkan apa-apa yang kamu sembelih iaitu mana-mana haiwan yang ditemui dalam keadaan masih ada hayat mustaqirrah, lalu kamu menyembelihnya, ertinya: kamu menghalalkannya dengan sembelihan dan seumpamanya.

Tahukah anda terdapat jenis-jenis bangkai yang tidak dihukum najis?Terdapat 3 bangkai yang tidak dihukum sebagai najis: Mayat manusia. i) Dalil al-Quran berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Isra' ayat 70 :

Maksud kemuliaan di sini ialah suci sama ada ketika hidup atau mati.

ii)

Dalil juga berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:

() Maksudnya: Maha suci Allah, sesungguhnya seorang muslim itu tidak najis. Menurut sahabat Ibn Abbas r.a: Seorang Muslim tidak najis sama ada semasa hidup ataupun mati. Ikan Belalang Ini dapat dirujuk dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w:

Maksudnya:Dihalalkan bagi kami dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Bangkai yang dimaksudkan ialah ikan dan belalang. Manakala dua jenis darah ialah hati dan limpa. (Ibn Majah)

al-Fiqh al-Islami I | 8

3)

Anjing dan babi Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w:

Maksudnya: Suci bekas seseorang kamu itu apabila dijilat anjing ialah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan menggunakan tanah. (Daraqutni) Bukti anjing ini najis ialah bekas yang dijilatnya hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali. Sedangkan untuk membasuh najis-najis lain hanya sekadar menghilangkan najis tersebut. Ini menunjukkan bahawa anjing termasuklah jilatannya termasuk dalam kategori najis. 4) Darah yang mengalir dan nanah: Dalilnya firman Allah s.w.t.dalam surah al-An'am ayat 145.

Maksudnya: atau darah yang mengalir atau daging babi - karena sesungguhnya semua itu kotor. 5) Kencing dan tahi manusia dan binatang. Dalil: hadis al-Arabi.

: . : Maksudnya: Dari Abi Hurairah r.a. katanya: Seorang Badwi telah bangun lalu kencing di dalam masjid. Kemudian para sahabat pergi menghalangnya, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Biarkan dia, dan tuangkan di atas air kencing itu sebaldi air. Sesungguhnya kamu dibangkitkan untuk menpermudahkan dan bukan menyusahkan. Cara berhujah: perintah supaya menjiruskan air ke atas kencing menunjukkan bahawa kencing adalah najis.

al-Fiqh al-Islami I | 9

6)

Setiap bahagian yang terpisah daripada binatang hidup kecuali rambut dan bulu binatang yang halal dagingnya. Dalilnya ialah sabda Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana dimuatkan dalam kitab Sunan alDarimi, al-Mustadrak dan Syarh Mushkilatul Athar:

.

. .: Maksudnya: Apa-apa yang terpotong dari haiwan (yang hidup) , maka ia adalah bangkai. Atau apa-apa yang terpotong dari haiwan yang hidup, maka ia adalah bangkai. Hadis ini sahih mengikut syarat Bukahri dan Muslim tetapi mereka tidak mentakrijkannya. Manakala dalil yang menunjukkan rambut dan bulu binatang yang halal dimakan tidak najis ialah firman Allah s.w.t.dalam surah al-Nahl: 80:-

Maksudnya: dan (dijadikan-Nya pula) dari bulu domba, bulu unta dan bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan (yang kamu pakai) sampai waktu (tertentu). 7. Susu binatang yang dagingnya tidak halal dimakan. Contohnya susu keldai.

Apakah jenis-jenis najis?Tahukah anda terdapat berapa pembahagian najis? Ada yang dikategorikan mengikut kewujudan najis ataupun tidak (dengan erti masih ada atau sudah hilang) dan ada yang melihat kepada ringan beratnya najis. Berat ringannya najis dibuat berdasarkan cara atau kaedah penyucian najis itu sendiri.

al-Fiqh al-Islami I | 10

Pembahagian Najis Serta Cara Menyucikannya Mengikut Hukum Fiqh (A) Pembahagian najis mengikut ada ataupun tidak adaJENIS-JENIS NAJIS BERDASARKAN ADA ATAU TIADA

NAJIS AINI

NAJIS HUKMI

Najis Aini: Semua jenis najis yang berjirim yang dapat dilihat atau mempunyai sifat yang zahir iaitu warna atau bau. Contohnya tahi, kencing dan darah.

Najis hukmi: Semua najis yang telah kering dan kesannya telah dihilang. Dengan kata lain, kesan warna atau bau najis tersebut tidak ada lagi. Sebagai contoh, baju yang terkena kencing kemudian ia kering dan kesannya tidak zahir lagi atau najis hukmi (maknawi/batin) dengan maksud najis dari sudut aqidah. Sebagaimana firman Allah s.w.t .dalam surah al-Taubah ayat 28: (

)

(B)

Pembahagian najis mengikut ringan dan berat

Najis (dari segi ringan dan berat)

Mughallazah

Mutawassitah

Mukhaffafah

al-Fiqh al-Islami I | 11

(i)

Najis mughallazah : Mughallazah bermaksud berat Iaitu najis anjing dan babi. Bukti menunjukkan ia berat ialah cara membasuhnya tidak memadai dengan sekali basuh menggunakan air sebaliknya hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali dan salah satu basuhan dengan menggunakan air tanah. Kenajisan khinzir diqiyaskan kepada anjing.

(ii)

Najis mutawassitah : Najis pertengahan, iaitu najis selain anjing dan babi dan selain kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur dua tahun yang tidak makan dan minum selain susu ibunya.(najis mukfaffafah) Maksud pertengahan ialah dari sudut cara menyucikannya.

(iii)

Najis mukhaffafah : Najis ringan, iaitu kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur dua tahun dan hanya minum susu ibu sahaja. Bukti yang menunjukkan kencing tersebut najis ringan ialah memadai membersihkannya dengan hanya merenjiskan air dan meratakannya ke semua tempat najis tersebut walaupun tanpa mengalirkannya.

Jenis-jenis najis, contohnya dan kaedah penyucian.

al-Fiqh al-Islami I | 12

Tahukah anda cara menyucikan najis-najis ini?Cara menyucikan najis adalah mengikut kategorinya iaitu: Najis Mughallazah: dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali dan satu daripada basuhannya adalah dengan air tanah sama ada najis aini atau hukmi sama ada terkena badan, pakaian atau tempat solat Dalilnya sabda Nabi Muhammad s.a.w :

: ( ) ( Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Suci bekas seseorang kamu apabila dijilat anjing ialah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan tanah. (riwayat Muslim) dalam riwayat lain (salah satunya menggunakan batha'). Maksud al-Batha ialah air yang bercampur tanah.(Daraqutni)

Adakah anda tahu kaedah menyamak, cuba fikirkan? Pernahkan anda melakukan proses penyamakan?

Gambar contoh kasut dari kulit babi. Pernahkah anda melihat bintik-bintik begini pada kasut? Najis Mutawassitah: mengalirkan air ke atasnya dan menghilangkan kesan-kesannya hingga hilang ain najis serta sifat-sifatnya iaitu; i) warna ii) bau dan iii) rasa (sama ada terkena pakaian, badan dan tempat). Namun, dimaafkan, jika warnanya masih kekal disebabkan susah untuk menghilangkannya seperti warna darah

al-Fiqh al-Islami I | 13

Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w:

: Maksudnya: Dari Anas r.a. katanya: Apabila Nabi s.a.w. keluar (ke kawasan lapang) untuk menunaikan hajatnya (membuang air), aku bawakan padanya air, lalu baginda membasuh dengannya. (al-Bukhari) Najis mukhaffafah: Merenjiskan air sehingga rata ke tempat najis tersebut sama ada najis aini, hukmi (sama ada terkena pada pakaian, tempat atau badan).

Kaedah menyucikan kulit bangkai selain anjing dan babiKulit itu disucikan dengan cara samak. Samak ialah membuang segala lendir pada kulit yang boleh merosakkannya jika dibiarkan dengan menggunakan bahan 1) yang panas dan 2) tajam, sehingga tidak lagi berbau busuk dan rosak sekiranya direndam di dalam air. Dalilnya sabda Rasulullah s.a.w: (

)

Maksudnya: Apabila kulit disamak, maka ia telah suci. (Muslim). Selepas disamak kulit tersebut wajib dibasuh semula dengan air disebabkan bahan-bahan yang najis yang digunakan atau bahan-bahan yang menjadi najis disebabkan terjena kulit yang belum disamak. Cara untuk membersihkan kulit haiwan:1. 2. 3. 4. Dengan cara menyamak iaitu menghilangkan segala lendiran dan kelembapan yang terdapat pada kulit yang akan menyebabkan kerosakan pada kulit tersebut. Dengan menggunakan bahan yang kesat seperti daun akasia (qarazh), manjakani (afsh), kulit delima (qusyur al-rumman), tawas (al-syabb) dan sebagainya. Bahan yang digunakan dapat mengeringkan kelembapan kulit, menghilangkan kotoran dan menghilangkan baunya walaupun bahan yang digunakan bukan benda yang suci seperti najis merpati. Menggunakan kaedah dengan hanya menjemur kulit tersebut dibawah terik matahari dan melumur dengan tanah adalah tidak memadai kerana cara tersebut tidak mampu membuang segala kotoran. Ini dibuktikan sekiranya kulit tadi direndam di dalam air, ia akan menjadi bau busuk semula.

al-Fiqh al-Islami I | 14

Sabun untuk menyamak

Tahukah anda terdapat najis-najis yang dimaafkan dengan maksud jika terkena pada pakaian, badan dan tempat solat maka ia dimaafkan.

al-Fiqh al-Islami I | 15

Pembahagian Air Mengikut Klasifikasi Hukum Penggunaannya

Pembahagian Air

Suci dan Menyucikan

Suci dan Menyucikan tetapi Makruh

Suci tetapi tidak menyucikan

Tidak suci dan tidak menyucikan

1. Air yang suci lagi menyucikan

Contohnya ialah air mutlak iaitu air yang kekal dengan sifat kejadiannya yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Air masih dihukum air mutlak jika berubah dengan sebab-sebab berikut: (i) (ii) (iii) (iv) lama ditinggalkan dalam satu-satu bekas. disebabkan tanah. disebabkan lumut (.) bekas atau tempat yang mengalir. Sebagai contoh, air yang berada dalam tanah yang mempunyai belerang atau ia mengalir di atas tanah tersebut kerana sukar dielak daripada perkara-perkara berikut.

Apakah yang dimaksudkan suci dan menyucikan? suci bermaksud air itu adalah suci dengan erti boleh digunakan untuk memasak, minum dan lain-lain. Menyucikan bermaksud: air yg suci dan ia boleh menyucikan benda-benda lain. Dengan kata lain ia boleh digunakan untuk tujuan bersuci sama ada wuduk, mandi, membasuh dan sebagainya. Bukti air mutlak bersifat suci?

al-Fiqh al-Islami I | 16

Firman Allah s.w.t: 48/ {)

}

Maksudnya: Dia lah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa kabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih. Bukti air mutlak suci dan menyucikan. Firman Allah s.w.t:

(11: ) Maksudnya: .. dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu. (al-Bukhari)

: . - Maksudnya:Seorang Badwi telah berdiri lalu kencing dalam masjid. Kemudian para sahabat pergi untuk menghalangnya, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Biarkan dia, dan tuangkan di atas air kencingnya sebaldi air. Sesungguhnya kamu dibangkitkan untuk mempermudahkan dan bukan menyusahkan. Cara berdalil/cara mengeluarkan hukum: Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menuangkan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yg menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.

2. Air yang suci dan menyucikan tetapi makruh: air musyammas. Ia bermaksud air yang panas disebabkan cahaya matahari. Ia dihukum makruh jika memenuhi 3 syarat:(i) (ii) (iii) ia berlaku di negeri yang panas. ia diletakkan di dalam bekas yang ditempa daripada selain emas dan perak. Contohnya ialah besi, tembaga semua galian yang boleh ditempa (berkarat). ia digunakan pada manusia walaupun mayat dan juga haiwan.

al-Fiqh al-Islami I | 17

Dalil air ini dihukumkan makruh Imam Syafie meriwayatkan daripada Umar r.a.: Bahawa beliau (Umar) tidak suka mandi dengan air tersebut dan dia berkata: aku tidak suka mandi dengan air tersebut disebabkan masalah kesihatan, kemudian Imam Syafie meriwayatkan bahawa ia boleh menyebabkan penyakit sopak (terdapat hadis riwayat Baihaqi yang berstatus daif). Apabila Aisyah hendak memanaskan air dengan mendedahkan kepada cahaya matahari, Baginda bersabda:(

). Maksudnya: (Jangan kamu lakukan wahai Aishah, sesungguhnya ia

menyebabkan penyakit baras). Hadis ini walaupun berstatus daif tetapi dikuatkan oleh hadis Umar di atas.

3. Air yang suci tetapi tidak menyucikan

Air yang sedikit yang telah digunakan untuk taharah wajib. Contoh untuk mandi wajib.

Air yang suci tetapi tidak menyucikan

Air mutlak yang bercampur dengan sesuatu yang suci dan air mutlak itu:a) tidak berhajat kepadanya. b) tidak boleh dipisahkan. c) berlaku perubahan yang merubah namanya. Contohnya air teh

Dalil yang menunjukkan air tersebut suci Hadis Bukhari dan Muslim daripada Jabir bin Abdillah, katanya:

al-Fiqh al-Islami I | 18

Maksudnya:Rasulullah s.a.w. datang menziarahiku ketika aku sakit dan tidak sedar. baginda berwuduk dan mencurahkan air wuduknya ke atas aku. Cara berhujah: Jika air wuduk itu tidak suci, baginda tidak akan mencurahkannya ke atas Jabir. Manakala dalil ia tidak menyucikan pula ialah: Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah:

: - - : Maksudnya:Janganlah seseorang kamu mandi dalam air yang bertakung, iaitu yang tenang dan tidak bergerak, sedang dia dalam keadaan junub. Lalu sabahat bertanya kepada Abu Hurairah: Wahai Abu Hurairah!, Bagaimana dia hendak lakukan? Jawab Abu Hurairah: Mengambil air itu dari luar dan dibasuhnya di luar. Cara berhujah: Hadis ini menunjukkan bahawa mandi dalam air tersebut menjadikan ia tidak menyucikan lagi. Sekiranya ia tidak memberi makna tersebut, sudah tentu Rasulullah tidak melarang daripada berbuat demikian. Apabila ditanya bagaimana cara yang betul, Abu Hurairah menjawab dengan cara mencebok. Hadis ini juga difahami untuk air yg sedikit berdasarkan dalil yang lain.

4. Air yang tidak suci dan tidak menyucikan Air mutanajjis iaitu air yang yang terjatuh najis ke dalamnya. Ia ada 2 bahagian:(i) Air yang sedikit iaitu kurang dua kolah. air ini menjadi najis dengan hanya terjatuh najis walaupun sedikit dan tidak merubah sifat-sifatnya. Air yang banyak iaitu yang sampai dua kolah dan lebih. Air ini tidak menjadi najis dengan semata-mata jatuh najis, tetapi ia menjadi najis apabila berubah salah satu sifat air.

(ii)

al-Fiqh al-Islami I | 19

Dalilnya: Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang riwayatkan dari Abu Daud: (

) ( )

Maksudnya: Jika air tersebut sebanyak dua kolah, ia tidak menanggung kekotoran atau apabila air sampai dua kolah, maka ia tidak menjadi najis. (

)

Maksudnya: Air tidak boleh dinajiskan oleh sesuatu melainkan jika mengalahkan rasanya atau warnanya atau baunya. Dalil lain yang boleh digunakan adalah ijmak: Ibn Munzir berkata: ulama sepakat bahawa air yang sedikit atau banyak, apabila jatuh ke dalamnya najis dan berubah rasa atau warna atau bau, maka air itu menjadi najis. Kadar 2 kolah iaitu air yang banyak ialah: Ukuran 2 kolah ialah:(i) (ii) (iii) (iv) (v) 500 kati Baghdad 192.857 kg Tempat 4 persegi: 1 hasta tinggi, lebar dan dalam. Tempat bulat, luas muka 1 hasta dan 2 hasta dalam, lilitan bulatnya 3 1/7 hasta Tempat 3 persegi: 1 hasta lebar dan panjang dan 2 hasta dalam.

Contoh kolah empat persegi:1 hasta

al-Fiqh al-Islami I | 20

Contoh kolah bulat Muka 1 hasta, dalam 2 dan lilitan 3 1/7

Adakah kolah di masjid, surau atau rumah anda mengikut spesifikasi yang betul? Contoh kolah 3 segi 1 hasta lebar dan panjang 2 hasta dalam

Untuk lebih memahami perbezaan antara najis dan hadas, item-item berikut mungkin boleh membantu anda. Anda kemudian boleh menghuraikan perbezaan antara najis dan hadas berdasarkan item yang diberi. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam dua kolum. Item-item yang boleh digunakan ialah definisi, jenis, cara menyucikan, tempat berlaku. ITEM Definisi NAJIS benda kotor (darah dan air kencing) yang menghalang daripada sahnya solat. HADAS Perkara I'tibari (yang hanya wujud atau ada pada anggapan syarak sahaja) pada anggota-anggota manusia yang menghalang sahnya solat dan lain-lain yang sama hukumnya Perkara yang membatalkan wuduk atau mewajibkan mandi hadas ada 2 bahagian

Jenis Kesan

najis ada 3 bahagian

Najis tidak membatalkan wuduk hadas boleh membatalkan wuduk dan menghalang tetapi menghalang sahnya solat sahnya solat

al-Fiqh al-Islami I | 21

Cara Basuh najis itu menyucikan Tempat Mana-mana bahagian berlaku terkena Tempat pada tempat terkena najis menyucikan Ada atau Najis ada ain tiada ain

Mengambil wuduk dan mandi yang Empat anggota wuduk atau seluruh tubuh Berwuduk pada empat bahagian anggota wuduk dan mandi seluruh anggota badan hadas tiada ain.

Perbezaan antara najis dan hadas

Anda mungkin mempunyai alasan tersendiri membahagikan air kepada najis dan hadas. Mampukah anda memikirkan pembahagiannya?

Dapatkan maklumat dari buku-buku rujukan, artikel, jurnal dan laman web bagi mendapatkan maklumat mengenai air, najis dan hadas dengan lebih lanjut bagi memantapkan lagi kefahaman anda mengenai perkara-perkara tersebut. Usaha anda sangat diperlukan bagi meluaskan lagi maklumat anda sendiri. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

RUMUSAN Taharah dari segi bahasa bermaksud bersih dan terhindar daripada segala kotoran sama ada berbentuk hissi (najis) maknawi (sifat-sifat keji). Taharah dari segi istilah ialah perbuatan yang apabila dilakukan akan mengharuskan solat dilaksanakan atau yang seumpama solat (dari sudut hukum yang perlu kepada bersuci) Air terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu air yang suci dan menyucikan, suci dan menyucikan tetapi makruh, suci tetapi tidak menyucikan dan tidak suci dan tidak menyucikan. Bersuci terbahagi kepada dua iaitu bersuci daripada najis dan bersuci daripada hadas. Cara mengangkat hadas adalah melalui wuduk dan mandi, manakala cara bersuci adalah melalui istinjak dan membasuh.

al-Fiqh al-Islami I | 22

Pembahagian najis mengikut masih ada ataupun tidak ada najis itu terbahagi kepada najis hukmi dan najis aini. Pembahagian najis mengikut kaedah menyucikannya terbahagi kepada mughallazah, mutawassitah dan mukhaffafah.

KATA KUNCI1. Bersuci

2. air 3. najis 4. hadas 5. kaedah bersuci

PENILAIAN KENDIRI1.

Apakah jenis-jenis air, najis dan hadas?

2.

Bagaimanakah anda mengkategori pelbagai jenis air, najis dan hadas? Bolehkah anda namakan beberapa jenis air mengikut klasifikasi air?

3.

Adakah semua jenis air boleh digunakan untuk bersuci?

.............................................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................................

4.

Terangkan perbezaan antara najis dan hadas?

.......................................................................

al-Fiqh al-Islami I | 23

5.

Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan air suci menyucikan, air suci menyucikan tetapi makruh, suci tetapi tidak menyucikan dan tidak suci dan tidak menyucikan?............................................................................................................................................................................ ............................................................................................................................................................................ ..........................................................................................................................................................................

6.

Air yang manakah boleh digunakan untuk bersuci?

............................................................................................................................................................................ ............................................................................................................................................................................ ..........................................................................................................................................................................

7.

Berapakah kadar air yang mencapai dua kolah?

............................................................................................................................................................................ ............................................................................................................................................................................ ..........................................................................................................................................................................

8.

Huraikan perbezaan antara najis dan hadas?

Bagi memantapkan lagi maklumat anda mengenai tajuk ini, diharapkan anda semua mencari maklumatmaklumat mengenai perkara yang disebutkan di bawah. Di antara rujukan yang boleh anda rujuk ialah buku al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu karangan Prof Dr. Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh ala Mazahib al-Arbaah karya al-Jazairi, Fiqh al-Sunah oleh al-Sayid Sabiq dan lain-lain. 1) 2) 3) 4) Tayamum menurut pandangan ulama empat mazhab. Menyapu khuf menurut pandangan ulama empat mazhab Wuduk menurut pandangan ulama empat mazhab Perkara-perkara yang mewajibkan mandi menurut pandangan ulama.

al-Fiqh al-Islami I | 24

Anda semua dikehendaki memilih satu daripada tajuk-tajuk berikut sebagai tugasan. Markah kerja kursus akan diambil dari tugasan ini. 1) Bincangkan maksud " 2) Jelaskan pandangan ulama mengenai cara mandi dan berwuduk bagi mereka yang memakai Jabirah dan 'Asaib. 3) Jelaskan pandangan ulama tentang cara mandi dan berwuduk bagi mereka yang terpotong kaki, tangan dan bahagian-bahagian lain.

"menurut pandangan ulama.

RUJUKANMustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & Ali al-Sharbaji (1996). Fiqh al-Manhaji ala mazhab al-Shafiiy. Damsyik. Dar al-Qalam. Al-Sayyid Sabiq (2000). Fiqh al-Sunah. Beirut: Dar al-Fikr. Wahbah al-Zuhayli (2000). al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. Beirut: Dar al-Fikr. Abd al-Rahman al-Jaziri (1999). Fiqh ala mazahib al-arbaah. Dar Fikr. al-Khatib al-Syarbini (1377H/1958M). Mughni al-Muhtaj. Misr: al-Halabi.

al-Fiqh al-Islami I | 25

UNIT 2SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHAN MUWAFIQ DAN MASBUQ HASIL PEMBELAJARANPada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. menerangkan maksud solat jemaah. 2. menerangkan maksud muwafiq dan masbuq. 3. membezakan antara muwafiq dan masbuq. 4. mengenalpasti kepentingan memahami tajuk ini dalam kehidupan seharian.

PENGENALANNabi Muhammad s.a.w. mendirikan solat secara berjemaah selepas berhijrah ke Madinah. Ketika di Mekah selama 13 tahun, baginda tidak melaksanakan solat berjemaah kerana para sahabat dalam keadaan ditekan dengan tekanan yang cukup hebat. Dalam solat berjemaah ada dua jenis makmum iaitu makmum masbuq dan muwafiq. Masbuq dan muwafiq akan berlaku kepada seseorang makmum pada mana-mana sahaja rakaat dalam solatnya. Oleh itu, setiap makmum wajib mengetahui dan memahami tentang kedudukan makmum muwafiq dan masbuq supaya dapat menjaga hukum-hukum dan syarat-syarat untuk menjamin solat itu sah atau terbatal.

al-Fiqh al-Islami I | 26

ISI KANDUNGAN

Bolehkah anda fikirkan jenis-jenis makmum? Adakah anda mampu menyebutkannya sekarang? Adakah anda tahu status anda ketika melaksanakan solat berjemaah? Adakah tindakan anda betul ketika anda lambat mengikut imam dalam solat berjemaah?

Konsep Solat BerjemaahSolat berjemaah disyariatkan dan sangat dituntut di dalam Islam. Dalil pensyariatannya berdasarkan kepada Firman Allah s.w.t.

Maksudnya: Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (dari kalangan sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (bersolat) bersamamu. (al-Nisa:102) Ayat ini berkaitan dengan solat dalam keadaan takut. Sekiranya terdapat perintah supaya solat secara berjemaah walaupun dalam keadaan takut, maka pelaksanaan solat berjemaah dalam keadaan aman adalah lebih utama. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya: Solat yang berjemaah melebihi solat seorang diri dengan dua puluh darjat. (al-Bukhari dan Muslim)

Bilangan JemaahSekurang-kurang bilangan jemaah ialah dua orang iaitu seorang imam dan seorang makmum. Ini berdasarkan hadis:

Maksudnya: Daripada Malik bin al-Huwairith daripada Nabi s.a.w., sabdanya: Apabila tiba waktu solat, maka kamu berdua azanlah, dan kamu berdua iqamatlah kemudian yang lebih tua dari kamu berdua hendaklah menjadi imam. (al-Bukhari)

al-Fiqh al-Islami I | 27

Dalam hadis lain diriwayatkan:

: Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Dua orang atau lebih dikira jemaah. Mengikut ulama hadis dan juga Syaikh al-Albani hadis ini adalah daif.

Hukum Solat BerjemaahTerdapat dua pendapat umum dalam menentukan hukum solat berjemaah:1) Fardu Ain: Ini berdasarkan Abi Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:

. Maksudnya: Demi diriku di tangannya, sesungguhnya aku telah berazam supaya aku menyuruh didirikan solat, kemudian aku perintahkan seorang lelaki untuk mengimami orang ramai, kemudian dia pergi bersamaku dengan orang-orang lelaki yang berserta mereka itu seberkas kayu api kepada kaum yang tidak mengerjakan solat secara berjemaah supaya aku bakar rumah-rumah mereka dengan api. (Muttafaq alaih) Cara berhujah: Hadis ini menunjukkan bahawa mereka yang tidak menunaikan solat secara berjemaah berhak disiksa atau dihukum. Hukuman tidak akan dikenakan melainkan apabila meninggalkan perkara yang wajib atau melakukan perkara yang haram. Justeru solat berjemaah itu dihukum wajib. 2) Pendapat kedua: hukum solat berjemaah kecuali solat jumaat adalah fardhu kifayah. Kefardhuan itu tidak akan terlepas daripada penduduk sesebuah pekan melainkan setelah ia didirikan dengan jelas. Sekiranya ia tidak didirikan sama sekali atau didirikan dalam keadaan bersembunyi, maka semua penduduk tersebut berdosa dan pemerintah wajib memerangi mereka. Ini merupakan pendapat sahih dalam mazhab Syafie.

al-Fiqh al-Islami I | 28

Maksudnya: Tidak ada tiga orang dalam satu kampung ataupun dalam satu desa yang tidak didirikan padanya jemaah melainkan mempermainkan atas mereka itu oleh syaitan. Hendaklah kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala akan memakan kambing yang keseorangan. Solat di masjid selain daripada perempuan adalah lebih afdal. Sabda Nabi Muhammad s.a.w:(

)

Maksudnya: Solatlah kamu wahai manusia di rumah kamu kerana seafdhal-afdhal solat ialah solat seseorang di rumahnya kecuali solat fardhu. (Muttafaq alaih) Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

Maksudnya: Janganlah kamu melarang perempuan-perempuan (isteri-isteri kamu) pergi ke masjid dan rumah mereka adalah lebih baik untuk mereka. (Riwayat Abu Daud, Hadis disahkan oleh alHakim mengikut syarat Syaikhaini) Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

Maksudnya: Apabila meminta izin akan kamu oleh isteri-isteri kamu di malam hari untuk datang ke masjid, maka hendaklah kamu izinkan mereka. (Muttafaq alaihi) Adakah anda tahu syarat-syarat sah mengikut imam?.

Syarat-syarat sah mengikut imamTerdapat beberapa syarat sah mengikut imam, antaranya: 1) hendaklah berniat mengikut imam (menjadi makmum) kerana mengikut itu suatu amalan, oleh sebab itu ia perlu kepada niat. Sedangkan imam tidak disyaratkan berniat menjadi imam melainkan solat Jumaat. Cuma dia disunatkan berniat menjadi imam supaya mendapat fadhilat jemaah. Jika dia tidak berniat, maka dia tidak akan mendapat pahala jemaah kerana seseorang itu hanya mendapat apa yang diniatkan. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a..w:

al-Fiqh al-Islami I | 29

Maksudnya: Tiap-tiap amalan itu berdasarkan niat. Bagi tiap-tiap orang itu akan mendapat apa yang diniatkan. (al-Bukhari dan Muslim). 2) mengikut imam dalam semua perbuatan. Ertinya dia tidak mendahului imam dalam semua amalannya bermula takbiratulihram dan lain-lain.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

: : : . Maksudnya: Sesungguhnya dijadikan imam itu adalah untuk diikuti, apabila ia bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir. Apabila dia rukuk, maka hendaklah kamu rukuk. Apabila dia dia bangkit, maka kamu bangkitkan kepala kamu. Apabila dia menyebut: ( kamu kata: (

,) maka

sujud sebelum dia sujud. Apabila dia mengangkatkan kepalanya, maka kamu angkatkanlah kepala kamu dan jangan kamu angkatkan kepala kamu sebelum dia mengangkatnya. (al-Bukhari dan Muslim, Ahmad dan Abu Daud) Hadis ini menerangkan bahawa makmum tidak boleh takbir melainkan setelah sempurna takbir imamnya. Begitu juga rukuk dan bangun dari rukuk dan lain-lain. Hadis riwayat Abi Hurairah r.a.:

. ) Apabila dia sujud, maka kamu ikutlah sujud dan janganlah kamu

( :

Maksudnya: Nabi s.a.w. bersabda: Tidakkah seseorang kamu itu takut atau bimbang, iaitu apabila dia mengangkat akan kepalanya dahulu daripada imamnya, nanti kelak akan ditukarkan Allah s.w.t. kepalanya kepala himar (al-Bukhari dan Muslim). Sesiapa menyalahi peraturan, maka dia berdosa. Walaubagaimanapun, solatnya tetap sah kerana Nabi Muhammad s.a.w. hanya memaklumkan bahawa kepalanya akan ditukar menjadi kepala himar dan baginda tidak pula memerintahkan dia melakukan qada. Sesetengah ulama berpendapat solat orang itu dihukum batal kerana terdapat larangan yang jelas dari Nabi Muhamma s.a.w., sedangkan kaedah berbunyi: (tegahan dalam perkara ibadah membawa kepada batal.

)

Maksudnya:

al-Fiqh al-Islami I | 30

3) mengetahui pergerakan imam sama ada melihat imam, melihat saf atau mendengar suara imam atau mendengar suara mubaligh ia boleh mengikuti imam. 4) tidak mendahului imam pada tempat solat seperti tumit imam bagi mereka yang solat berdiri, dua papan punggung kepada mereka yang solat duduk, bahagian rusuk bagi mereka yang solat mengiring dan kepalanya kepada mereka yang solat melentang. Oleh itu, jika makmum dan imam dalam kedudukan yang sama, maka hukumnya makruh dan luput kelebihan jemaah. Justeru, disunatkan makmum ke belakang sedikit dari imam dengan kadar tiga hasta atau kurang. Jika lebih tiga hasta luputlah kelebihan berjemaah. 5) kaum perempuan tidak boleh menjadi imam bagi kaum lelaki. 6) aturan solat makmum muafakat (semacam) dengan aturan solat imam pada perbuatan-perbuatan zahir. Tidak sah jika berlainan aturan solat kedua-duanya seperti solat fardu di belakang orang yang solat jenazah atau sebaliknya. Tidak mengapa jika berlainan niat seperti orang yang solat fardhu mengikut orang yang solat sunat, orang yang solat tunai (ada') di belakang orang yang solat qadha, solat yang panjang di belakang orang yang solat pendek seperti solat asar di belakang solat subuh atau maghrib. Begitu juga sebaliknya jika orang yang solat pendek di belakang orang yang solat panjang. 7) solat imam itu sah menurut keyakinan atau anggapan makmum. 8) solat imam itu tidak wajib diulangi. Sebagai contoh, orang yang pakaiannya terkena najis, sedangkan waktu solat akan berakhir. 9) tidak boleh berimam dengan orang yang sedang menjadi makmum. 10) Janganlah imam itu "ummi" iaitu mereka yang cacat bacaan fatihahnya dengan satu huruf atau satu tasydid sedangkan makmumnya seorang yang 'qari' iaitu mereka yang baik bacaannya. 11) Jarak tempat makmum dan imam itu tidak terlalu jauh. Ini sekiranya kedua-duanya solat di luar masjid. Jika solat didirikan di dalam masjid, maka ikutan makmum itu sah walau sejauh mana sekalipun jarak antara kedua-duanya atau dihalang oleh binaan-binaan yang terbuka. Jika kedua-duanya bersolat di luar masjid atau imam dalam masjid sedangkan makmum di luarnya, maka disyaratkan jarak antara kedua-duanya tidak terlalu jauh. Huraiannya: a) Sekiranya imam dan makmum berada di kawasan lapang seperti padang yang luas, maka disyaratkan jarak antara keduanya itu tidak melebihi 300 hasta hashimi atau lebih kurang 150 meter. b) Jika kedua-duanya berada dalam dua binaan yang berasingan seperti dalam dua buah rumah, maka saf antara salah satu daripada dua binaan tersebut wajib bersambung dengan yang lain. Ini sekiranya binaan imam itu membelok ke kanan atau ke kiri daripada tempat berdirinya makmum.

al-Fiqh al-Islami I | 31

c) Jika imam berada dalam masjid dan sesetengah makmum berada di luarnya, maka disyaratkan jarak antara hujung masjid dengan makmum pertama yang berdiri di luar masjid (yang berdiri di saf hadapan), tidak melebihi 300 hasta hashimi atau 150 meter.

Pengertian Makmum MuwafiqTerdapat beberapa definis yang diutarakan oleh ulama mengenai makmum muwafiq antaranya: Mengikut penulis kitab Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj:

) ( . Maksudnya: Makmum muwafiq ialah makmum yang mendapat tempoh yang cukup ketika imam qiyam (berdiri), untuk membaca al-fatihah dengan nisbah bacaan yang muktadil, bukan diukur dengan bacaan imam dan bukan diukur dengan bacaannya sendiri mengikut pendapat yang lebih kuat. Mengikut Haji Engku Ali bin Engku Endut dalam bukunya Fiqh Solat, Memahami Ibadat Solat makmum muwafiq ialah makmum yang sempat mendapat masa yang cukup untuk menghabiskan bacaan fatihahnya dengan bacaan yang sederhana ketika qiyam imam sebelum imam itu rukuk. Mengikut Haji Mohd Saleh Haji Ahmad dalam bukunya Solat Berjamaah Satu Huraian Menurut Mazhab Syafie muwafiq ialah mereka yang sempat berdiri bersama-sama imam dalam satu tempoh masa yang memuatkan bacaan fatihah berdasarkan bacaan yang sederhana (tidak cepat atau lambat itu bukan diukur dengan bacaan dirinya atau imamnya) atau makmum yang dapat masa yang cukup untuk membaca fatihahnya dalam masa imam qiyam dan bacaan yang dimaksudkan itu ialah bacaan pertengahan yang tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Muwafiq juga boleh didifenisikan sebagai makmum yang mengangkat takbir selepas imam mengucapkan takbiratul ihram dan ianya memperoleh waktu sekadar membaca al-fatihah. Orang yang sempat mengikut imam seperti ini dikira memperolehi jemaah secara sempurna dan tidak perlu lagi menambahi rakaat solatnya selepas imam memberi salam.

Kewajipan Seorang Makmum Muwafiq

al-Fiqh al-Islami I | 32

1.

Wajib membaca al-fatihah dengan sempurna dan tidak harus meninggalkan sebahagian pun dari ayat-ayat fatihah dan tidak harus terkemudian daripada imam dengan dua rukun fili tanpa uzur. Jika terkemudian daripada imam dengan sebab keuzuran tertentu, hukumnya dimaafkan sehingga tiga rukun yang panjang dengan tujuan membaca fatihah atau menyempurnakannya. Maksud tiga rukun yang panjang itu ialah rukuk, sujud pertama dan sujud kedua. Ini tidak termasuk itidal dan duduk di antara dua sujud kerana keduanya rukun yang pendek. Sekiranya makmum itu selesai daripada membaca al-fatihahnya,sedangkan imam sedang berada dalam sujud kedua, hendaklah dia rukuk dan lakukan solat mengikut tertib solat itu kerana belum lagi mencapai tiga rukun yang panjang. Kemudian setelah selesai makmum itu daripada sujudnya yang kedua dan bangun berdiri untuk membaca fatihah. Sekiranya didapati ketika itu imam masih dalam rukuk hendaklah dia rukuk bersama imam dan gugurlah daripadanya membaca al-fatihah kerana dia dianggap masbuq pada rakaat itu. Sekiranya dia mendapat tamaninah dalam rukuk bersama imam sebelum imam mengangkat kepalanya daripada had iaitu sekurangkurangnya memadai pada rukuk maka beliau telah dikira mendapat rakaat kedua. Sebaliknya jika dia tidak dapat melakukan tamaninah dalam rukuk bersama imam, maka luputlah rakaat itu dan hendaklah beliau menambah satu rakaat lagi selepas imam memberi salam.

2.

3.

4.

5.

Jika makmum yang sudah selesai daripada sujud yang kedua itu bangun dan mendapati imam masih dalam qiyam (belum rukuk), sekiranya dia sempat berdiri bersama imam dalam kadar masa dapat membaca al-fatihah dengan bacaan yang sederhana maka dia dianggap muwafiq yang wajib menghabiskan bacaan al-fatihah dan dibenarkan ketinggalan daripada imam dengan tiga rukun yang panjang. Sebaliknya sekiranya dia tidak sempat berdiri bersama imam pada kadar masa tersebut, maka dia dianggap masbuq yang wajib membaca al-fatihah sekadar yang dapat sahaja dan apabila imam rukuk, wajiblah dia rukuk dan mesti mengabaikan bacaan yang baki tersebut.

6.

Jika makmum yang sudah selesai daripada sujud yang kedua itu bangun berdiri sedangkan imam sudah berada pada rukun selepas rukuk, dia wajib turut bersama imam pada perbuatannya ketika itu dan hendaklah menambah satu rakaat lagi setelah imam memberi salam.

al-Fiqh al-Islami I | 33

Apakah yang akan berlaku jika makmum terkemudian daripada imam melebihi tiga rukun panjang? Adakah keadaan ini akan memberikan kesan kepada solat seseorang itu? Cuba fikirkan persoalan-persoalan tersebut?

Terkemudian Makmum Daripada Imam Melebihi Tiga Rukun Yang Panjang Sekiranya makmum yang muwafiq itu terkemudian daripada imam melebihi tiga rukun yang tersebut seperti imam sudah berdiri pada rakaat yang kedua sedangkan makmum itu belum selesai daripada alfatihahnya, hendaklah beliau berniat mufaraqah. Sekiranya beliau tidak mahu berniat mufaraqah dan mahu menghabiskan bacaan al-fatihahnya, hendaklah beliau menambah satu rakaat selepas imam memberi salam. Sekiranya dia masih juga belum menghabiskan bacaan al-fatihahnya sedangkan imam hendak turun rukuk pada rakaat yang kedua, dia wajib berniat mufaraqah, sekiranya tidak, solatnya akan terbatal. Namun sekiranya imam berada dalam tasyahhud, dia hendaklah meninggalkan bacaan al-fatihah dan terus ikut imam duduk dan menambahkan rakaat selepas imam memberi salam. Sekiranya dia tidak mahu duduk tasyahhud bersama imam tetapi telah berniat mufaraqah, maka dia perlu menyudahkan solatnya itu dengan sendirinya.

Beberapa Keuzuran Yang Mengharuskan Makmum Muwafiq Terkemudian Daripada Imam Dengan Tiga Rukun Yang Panjang 1. Makmum yang lambat bacaan al-fatihahnya kerana kelemahan semulajadi seperti lidahnya berat atau lambat kerana bacaan tartilnya sedangkan bacaan imam adalah sederhana. Jika bacaannya lambat kerana was-was maka ianya tidak dimaafkan dan sekiranya imamnya telah rukuk sedangkan beliau belum selesai membacanya, wajiblah meneruskan bacaan fatihahnya dengan sempurna dan tidak akan gugur bacaan al-fatihahnya walaupun satu kalimah. Kelewatannya daripada imam tidak menjejaskan solatnya selagi tidak melebihi dari dua rukun fili walaupun pendek. Sekiranya imamnya hampir melakukan sujud sedangkan dia belum lagi selesai membaca al-fatihah, dia wajib berniat mufaraqah. Sekiranya tidak berbuar begitu, sedangkan dia tahu hukumnya, maka solatnya adalah terbatal. Menurut Ibn Hajar al-Haithami, sesiapa yang perlakuan was-wasnya sudah menjadi tabiat sehingga sukar untuk dihilangkan, maka wajarlah dia dikenakan hukum seperti makmum muwafiq yang lambat bacaannya iaitu wajib meneruskan bacaan al-fatihahnya dengan sempurna dan dimaafkan kelewatan daripada imam dengan tidak melebihi rukun yang panjang.

al-Fiqh al-Islami I | 34

2.

Mereka yang syak sebelum rukuknya dan selepas rukuk imamnya, adakah dia telah membaca alfatihah atau belum, dia wajib terkemudian daripada imam dan dimaafkan ketinggalan daripada imam tiga rukun yang panjang. Sekiranya jika syaknya itu selepas rukuknya bersama-sama imam atau teringat semasa rukuk, tidak dibenarkan lagi beliau kembali kepada qiyam untuk membaca al-fatihah. Bahkan, dia wajib turut bersama imam pada perbuatan yang berikutnya dan kemudian perlu menambah satu rakaat lagi selepas imam memberi salam.

3. 4.

Mereka yang terlupa dirinya dalam solat dan tidak membaca al-fatihahnya sehingga imam rukuk baru disedarinya, wajiblah dia membaca al-fatihah dan dimaafkan terkemudian daripada imam. Makmum yang lalai membaca al-fatihah sehingga imam rukuk dan kemudian barulah disedari kelupaan tersebut, dia wajib menghabiskan bacaan al-fatihah itu dan dimaafkan terkemudian daripada imam dengan tiga rukun yang panjang. Tetapi sekiranya dia teringat kembali selepas rukuk bersama imam, dia tidak perlu kembali qiyam tetapi wajib mengikut imam dan hendaklah menambahkan satu rakaat selepas imam memberi salam.

5.

Makmum yang tidak membaca al-fatihah sedangkan beliau membaca perkara-perkara sunat seperti doa iftitah atau taawwuz sedangkan dia menyangka sempat membaca al-fatihah sebelum imam rukuk. Maka hendaklah dia menyudahkan bacaan al-fatihah dengan sempurna dan dimaafkan ketinggalan daripada imam dengan tiga rukun yang panjang. Tetapi sekiranya dia yakin bacaan al-fatihahnya tidak dapat dihabiskan sebelum imam rukuk sedangkan ketika itu dia masih meneruskan bacaan sunat, maka dia tidak dibenarkan ketinggalan daripada imam dan sekiranya imam telah mendahuluinya dengan rukun fili yang pendek dan ketika itu dia tidak berniat mufaraqah,maka batal solatnya.

6.

Makmum yang menunggu selesai imam membaca al-fatihah dengan bertujuan akan membaca alfatihah selepasnya, tiba-tiba imam terus rukuk, maka dia diwajibkan membaca al-fatihah dan dimaafkan ketinggalan daripada imam tiga rukun yang panjang. Seseorang makmum yang sedang membaca al-fatihah tiba-tiba beliau terdengar suara takbir dan dia menyangka itu takbir imam yang turun ke rukuk lalu dia meninggalkan baki bacaan alfatihahnya dan terus rukuk, kemudian baru dia sedar imam masih qiyam maka dia wajib kembali kepada qiyam dan menyempurnakan al-fatihahnya dan dimaafkan ketinggalan daripada imam tiga rukun yang panjang. Bagi mereka yang bernazar membaca surah-surah yang tertentu selepas al-fatihah tetapi imamnya telah rukuk sebelum beliau sempat membaca surah tersebut, maka diharuskan ketinggalan untuk meneruskan bacaan dan dimaafkan ketinggalan tersebut.

7.

8.

al-Fiqh al-Islami I | 35

9. 10.

Mereka yang syak bacaan beberapa huruf al-fatihahnya selepas imam rukuk, maka hendaklah membaca huruf yang disyaknya itu dan dibenarkan ketinggalan daripada imam. Menurut pendapat Imam Ramli, apabila seseorang imam yang membaca tasyahhud awal dengan cepat lalu bangun meninggalkan makmumnya yang sedang membaca tasyahhud tadi, apabila makmum tersebut berdiri untuk bersama imam tetapi tidak sempat menyudahkan bacaan alfatihahnya kerana imam tadi rukuk, makmum tadi wajib menyudahkan bacaan al-fatihahnya dan dimaafkan ketinggalan dengan tiga rukun yang panjang. Tetapi menurut pendapat Ibn Hajar pula, makmum tadi telah dianggap muwafiq tanpa uzur,sekiranya dia dapat menghabiskan bacaan al-fatihahnya sebelum imam sujud maka dapatlah rakaat itu sebaliknya jika tidak sempat, hendaklah beliau berniat mufaraqah, jika tidak solatnya batal.

11.

Makmum yang tertidur sewaktu tasyahhud awal dalam keadaan tidak membatalkan wudu dalam solatnya, setelah terjaga lantas bangun untuk bersama imam tetapi tidak sempat dalam kadar masa mencukupi bacaan al-fatihah, menurut Imam Ramli, wajiblah beliau membaca al-fatihahnya dengan sempurna dan dimaafkan ketinggalan. Manakala menurut Ibn Hajar, makmum itu dianggap sebagai masbuq dan wajib beliau membaca al-fatihah sekadar yang dapat sahaja.

12.

Apabila imam mengangkat kepalanya daripada sujud kedua pada rakaat kedua sambil bertakbir yang mana makmum telah menyangka takbir itu adalah imam duduk tasyahhud awal lalu dia duduk tetapi ternyata imam berdiri, maka menurut Imam Ramli, makmum tersebut hendaklah bangun segera dan membaca al-fatihah serta dimaafkan ketinggalan daripada imam. Manakala menurut Ibn Hajar, makmum tersebut adalah masbuq yang hanya wajib membaca alfatihahnya sekadar yang dapat sahaja.

13.

Makmum yang berada dalam sujud dan terlupa bahawa beliau mengikut imam sehinggalah imam rukuk, maka wajiblah dia bangun dan membaca al-fatihah dengan sempurna dan dimaafkan ketinggalan. Ini mengikut Imam Ramli. Manakala mengikut Ibn Hajar,makmum itu adalah masbuq. Makmum yang syak kadar masa yang sempat berdiri bersama imam, adakah sempat menyudahkan bacaan al-fatihahnya atau tidak. Menurut Imam Ramli makmum itu dihukum muwafiq.Tetapi mengikut Ibn Hajar dalam kitabnya Tuhfah ; makmum itu mesti mengambil cara yang lebih selamat iaitu menganggap ketinggalan daripada imam dengan tujuan untuk menyempurnakan bacaan al-fatihahnya, dia tidak dapat rakaat melainkan dengan bersama imam dalam rukuk. Sekiranya dia dapat menyempurnakan al-fatihahnya sewaktu imam turun sujud, maka wajiblah dia mengikut imam sujud tanpa rukuk dan itidal dan hendaklah menggantikan satu rakaat selepas imam memberi salam. Sebaliknya sekiranya dia tidak dapat menghabiskan bacaan al-fatihahnya sehingga imam sudah sujud, wajiblah dia berniat mufaraqah.

14.

al-Fiqh al-Islami I | 36

Semua hal keuzuran dalam 14 masalah yang tersebut tadi adalah dimaafkan kepada makmum muwafiq ketinggalan daripada imam dengan tidak melebihi tiga rukun fili yang panjang melainkan masalah yang ke 10 hingga ke 14 yang mengambil kira dua pendapat tokoh mazhab Syafie. Bergantung kepada seseorang untuk memilih mana-mana pendapat yang difikirkan mudah untuk dilaksanakan.

Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan makmum masbuq? Apakah kewajipan makmum masbuq?

Pengertian makmum masbuqHaji Mohd Saleh Haji Ahmad dalam bukunya Solat Jamaah,Satu Huraian Menurut Mazhab Syafie mendefinisikan makmum masbuq ini ialah mereka yang tidak sempat berdiri bersama imam dalam suatu tempoh masa bacaan al-fatihah dengan kadar masa yang sederhana. Manakala menurut Haji Engku Ali bin Engku Endut dalam bukunya Fadhilat Solat,Memahami Ibadat Solat mendefinisikan makmum yang tidak sempat mendapat masa yang cukup untuk menghabiskan bacaan alfatihahnya dengan bacaan yang sederhana dalam qiyam imamnya. Manakala dalam kitab Mughni al-Muhtaj disebutkan: Masbuq ialah orang yang mengikut imam tetapi dia tidak sempat membaca keseluruhan al-fatihah atau tidak dapat membaca walaupun sebahagian dari surah al-fatihah kerana imam telah rukuk.

Syarat-syarat makmum masbuq mendapat rakaatAda 3 syarat makmum masbuq mendapat rakaat:1. 2. 3.

apabila dia mendapat rukuk bersama imam yang suci daripada hadas dan najis. apabila dia rukuk bersama imam dalam rukuk yang dikira (bukan rukuk tambahan yang imam lupa). apabila dia yakin mendapat tomaninah bersama imam sebelum daripada bangkit imamnya sekurang-kurangnya had rukuk.

Kewajipan makmum masbuq

al-Fiqh al-Islami I | 37

1.

Wajib membaca al-fatihah sekadar yang dapat sahaja dan menghentikan bacaan alfatihah itu apabila mendapati imam rukuk dengan syarat dia tidak membaca bacaan sunat atau diam kerana terlupa atau kerana mendengar bacaan imam. Baki bacaan alfatihahnya akan ditanggung oleh imam. Makmum yang mahu meneruskan bacaan al-fatihahnya sedangkan dia tahu akan ketinggalan sekiranya tidak sempat rukuk bersama imam sekadar tamaninah sebelum imam bangun sekadar rukuk, rakaat itu dikira luput. Maka hendaklah dia bersama imam di mana rukun beliau berada ketika itu. Jika beliau meneruskan maka batal solatnya. Sekiranya makmum masbuq membaca bacaan sunat seperti doa iftitah, taawwuz atau diam, dia wajib meneruskan bacaannya atau diam dan tidak harus rukuk sebelum selesai membacanya. Sekiranya dia sengaja rukuk dan tahu hukumnya maka batal solatnya, tetapi jika beliau rukuk disebabkan terlupa atau jahil, rukuknya itu tidak dikira dan hendaklah menambah satu rakaat selepas imam memberi salam. Sekiranya masih lagi belum selesai membaca al-fatihahnya sedangkan imam hendak sujud, wajiblah dia berniat mufaraqah kerana wajib baginya menghabiskan bacaan alfatihah tersebut.

2.

3.

4.

Apakah yang patut dilakukan oleh makmum masbuq?1.

Sunat bagi makmum masbuq tidak leka daripada membaca sesuatu bacaan yang sunat selepas takbiratul ihram melainkan dia pasti dapat menghabiskan bacaan sunat tersebut. Sebaliknya dia hendaklah terus membaca al-fatihah. Jika seorang masbuq datang lalu mendapati imam sedang membaca al-fatihah, maka dalam keadaan ini ada dua kemungkinan: (i) Sekiranya dia bimbang imam akan rukuk sebelum dia selesai membaca al-fatihah, maka janganlah dia membaca walaupun sebahagian dari doa al-iftitah dan alta'awwuz, malah hendaklah dia terus membaca al-fatihah sahaja. Sekiranya dia berkeyakinan jika dia membaca doa al-iftitah dan al-ta'awwuz dahulu, dia masih sempat membaca al-fatihah, maka mustahab (sunat) dia membaca dua doa di atas.

2.

(ii)

3.

Sekiranya imam rukuk sedangkan makmum masbuq itu masih belum habis membaca al-fatihah, maka menurut pendapat yang asah, kembali kepada kedua-dua keadaan tadi: (i) Sekiranya dia belum membaca sedikit pun dari doa al-iftitah atau doa al-ta'awwuz, maka dia hendaklah terus rukuk dan janganlah dia menghabiskan bacaan al-fatihah. Dalam situasi ini, dia dikira telah mendapat satu rakaat. Dalam keadaan ini, jika dia tidak turun rukuk, sebaliknya tetap meneruskan bacaan al-fatihah, maka ia dikira orang yang terluput atau ketinggalan tanpa keuzuran. Implikasinya, sekiranya imam

al-Fiqh al-Islami I | 38

mendahuluinya dengan bangkit berdiri untuk I'tidal dan dia hanya dapat menyelesaikan al-fatihah ketika imam sedang i'tidal, maka dia dikira tidak mendapat rakaat itu. Persoalannya ialah, adakah solatnya batal? Menurut Imam al-Haramain, pendapat yang paling asah ialah, jika masbuq tertinggal satu rukun, maka perkara itu tidak membatalkan solatnya kerana dia sama seperti bukan masbuq. Namun, dia tidak dibenarkan rukuk kerana rukuk tidak dikira untuknya, tetapi hendaklah dia terus mengikuti imam menuju sujud. Dengan itu, dia menjadi seperti masbuq yang mendapat imam ketika imam sedang sujud. (ii) Sekiranya dia membaca doa al-iftitah atau doa al-ta'awwuz, tasbih atau diam dalam tempoh yang panjang atau lama, maka ulama sependapat menghukumkan dia adalah orang yang cuai. Oleh itu, tuntutan menghabiskan bacaan al-fatihah tidak terlepas sebagaimana yang disebutkan secara jelas oleh Imam al-Haramain. Ini kerana dia telah menyibukkan dirinya dengan sesuatu yang sunat berbanding al-fatihah yang merupakan rukun. Dalam situasi ini, sekiranya dia tertinggal, maka dia dibenarkan terlewat atau terlambat kerana keuzuran. Oleh itu, dia diharuskan meneruskan solatnya menurut cara sendiri dengan terus menyelesaikan al-fatihah, rukuk, iktidal dan sujud sehinggalah dia dapat mengejar imam. Dia dibenarkan terlewat sekadar tempoh melakukan tiga rukun yang panjang sahaja dan dikira mendapat satu rakaat. Sekiranya dia tidak meneruskan bacaan al-fatihah, bahkan terus rukuk dengan sengaja, sedangkan dia mengetahui kewajipan menyempurnakan al-fatihah, maka solatnya terbatal mengikut pendapat yang asah.4.

Sekiranya masbuq mendapati imam sedang rukuk, maka dia hendaklah terus takbiratulihram dalam kedaan berdiri tegak. Kemudian barulah dia bertakbir intiqal (takbir pindah rukun) untuk rukuk pula. Sekiranya pergerakan ke arah rukuk sudah dimulai, sedangkan takbirratulihram belum selesai, maka solatnya itu dihukum tidak sah sama ada pada solat fardu atau solat sunat. Selepas dia bertakbirratulihram hendaklah dia segera rukuk sambil takbir intiqal tanpa menunggu terlebih dahulu untuk membaca al-fatihah. Begitu juga halnya jika dia mendapati imam sedang berdiri tetapi setelah dia bertakbiratulihram, imam terus rukuk, maka tidak perlu dia membaca walaupun sebahagian daripada al-fatihah. Sunat bagi makmum masbuq muafakat (turut serta) bersama imam membaca zikir, segala bacaan wajib dan yang sunat. Jika dia sempat bersama imam ketika itidal, hendaklah dia bertakbir ketika hendak sujud serta rukun-rukun yang lain.Tetapi sekiranya dia mendapati imam telah pun sujud, maka selepas takbiratulihram, tidak disunatkan bertakbir untuk sujud (hukum zikir dan bacaan). Manakala hukum bagi perbuatan, wajib makmum muafakat bersama imam pada mana-mana rukun perbuatan imam, walaupun perbuatan itu tidak dikira bagi makmum.

5.

6.

al-Fiqh al-Islami I | 39 7.

Apabila makmum masbuq hendak bangun berdiri bagi menyambung rakaatnya setelah imam memberi salam dan ketika itu beliau bertasyahhud awal, disunatkan bertakbir ketika hendak berdiri dan mengangkat kedua-dua tangan seperti takbiratulihram. Dia tidak wajib segera berdiri. Namun, sekiranya bukan ketika bertasyahhud awal,wajiblah dia segera berdiri dan tidak disunatkan mengangkat kedua tangannya dan haram duduk selepas imam memberi salamnya yang kedua dan batal solatnya jika dia sengaja duduk walaupun lebih sedikit sahaja daripada kadar duduk istirahah sedangkan beliau tahu hukumnya haram. Sekiranya dia tidak tahu atau tidak sengaja, tidaklah batal tetapi disunatkan sujud sahwi sebelum salam.

8.

Makmum masbuq disunatkan menunggu sehingga imam memberi salamnya yang kedua, kerana dia adalah sebahagian daripada perkara berhubung dengan solat. Sebaliknya jika itu salam yang pertama, maka dia wajib menunggu sehingga imam memberi salam dan jika dia bangun sebelum imam memberi salam yang sempurna iaitu pada huruf tanpa niat mufaraqah, solatnya batal sekiranya dia sengaja dan tahu hukumnya. Tetapi jika dia jahil atau terlupa, maka tidaklah dikira perbuatan itu (membatalkan solat), sehinggalah dia duduk semula walaupun imam telah memberi salam dan sehinggalah dia bangun semula selepas salam imam. Jika dia tahu dan tidak duduk semula, solatnya terbatal kerana tidak melakukan perkara yang wajib, iaitu duduk semula.

pada

9.

Sesuatu yang diperolehi oleh makmum masbuq bersama imamnya, itulah dikira permulaan solatnya dan segala yang dilakukan selepas salam imamnya, itulah akhir solatnya. Oleh itu, hendaklah diulang bacaan qunut pada solat Subuh pada rakaat penambahannya (kedua) atau tasyahhud awal pada solat maghrib. Manakala dalam solat Maghrib dan Isyak, sekiranya makmum masbuq mendapat rakaat kedua, janganlah dinyaringkan bacaan pada rakaat yang berbaki tetapi sekiranya dia mendapat satu rakaat, hendaklah dinyaringkan bacaan pada rakaat berbaki.

RUMUSAN Solat berjemaah disyariatkan dan sangat dituntut di dalam Islam. Sekurang-kurang bilangan jemaah ialah dua orang iaitu seorang imam dan seorang makmum. Hukum solat berjemaah terbahagi kepada dua iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Terdapat dua jenis makmum dalam solat jemaah iaitu makmum masbuq dan makmum muwafiq.

al-Fiqh al-Islami I | 40

KATA KUNCI1) Solat jemaah 2) Makmum muwafiq 3) Makmum masbuq

PENILAIAN KENDIRI1) Apabila sampai ke masjid, Muhammad mendapati imam sudah rukuk. Lalu beliau segera rukuk selepas mengangkat takbiratulihram. Soalannya adakah solat beliau sah? Adakah beliau seorang masbuq atau muwafiq. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 2) Apakah yang patut anda lakukan jika anda tidak sempat menghabiskan bacaan al-fatihah sedangkan anda seorang makmum muwafiq. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 3) Jika makmum bersama imam dalam tasyahhud akhir bagi imam, tetapi tasyahhud awal bagi makmum, bolehkah makmum menghabiskan bacaan tasyahhudnya selepas imam memberi salam? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 4) Apakah hukum jika seseorang berimamkan kepada seorang makmum. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 5) Ketika sujud makmum baru teringat yang dia belum membaca al-fatihah. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

al-Fiqh al-Islami I | 41

Bagi memantapkan lagi maklumat anda mengenai tajuk ini, diharapkan anda semua mencari maklumat-maklumat mengenai perkara yang disebutkan di bawah. 1. 2. 3. 4. Solat Jumaat menurut pandangan ulama empat mazhab. Solat sunat qabliyyah Jumaat menurut pandangan ulama empat mazhab. Solat sunat sebelum Maghrib menurut pandangan ulama empat mazhab. Solat hajat menurut pandangan ulama empat mazhab.

Anda semua dikehendaki memilih satu daripada tajuk-tajuk berikut sebagai tugasan. Markah kerja kursus akan diambil dari tugasan ini. 1. Bincangkan hukum menunaikan solat Jumaat bagi musafir menurut pandangan ulama. 2. Huraikan pandangan ulama mengenai bilangan jemaah yang menjadi syarat sah Jumaat. 3. Jelaskan pandangan ulama tentang hukum solat berjemaah.

RUJUKANAbdul Halim Hakim (1953). Pelajaran Fikah al-Mu'in al-Mubin. (Terj: Syarif Zaini Daud). Thailand: Matba'ah Ibn Halabi. al-Sayid Sabiq (t.th). Fiqh al-Sunnah. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi. Haji Engku Ali bin Eangku Endut (2005). Fadhilat Solat Memahami Ibadat Solat. Kuala Lumpur : Prospecta Printers Sdn Bhd. Haji Mohd Saleh Haji Ahmad (2003). Solat Jamaah Satu Huraian Menurut Mazhab Syafie. Selangor : Intel Multimedia and Publication. Mohd Khidir bin Hussin bin Ayub (2007). Hukum-hakam Solat Berjemaah Serta Panduan Imam dan Makmum. t.p: t.t.p. Muhammad Huzaifah (2005). Panduan Solat Jama'ah. Kuala Lumpur: Pustaka al-Shafa.

al-Fiqh al-Islami I | 42

UNIT 3 SOLAT QASAR BAGI MUSAFIRHASIL PEMBELAJARANPada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. menerangkan maksud solat qasar. 2. membincangkan pandangan ulama Islam tentang hukum solat qasar bagi musafir. 3. mengenalpasti kepentingan memahami tajuk ini dalam kehidupan seharian.

PENGENALANIslam merupakan agama yang indah dan mudah. Ini selaras dengan misi Islam sebagai agama rahmat kepada sekalian alam. Segala urusan di dalam agama Islam adalah mudah, fleksibel dan juga tidak membebankan umatnya. Kemudahan dan juga keringanan yang Allah s.w.t. berikan tidak akan dapat dilihat jika kita bersifat jahil dan tidak mahu mengambil tahu. Solat lima waktu adalah suatu anugerah yang dikurniakan Allah s.w.t. dan ia satu-satunya perintah yang diturunkan tanpa melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s tetapi disampaikan kpada baginda Rasulullah sendiri. Ini menunjukkan suatu perintah yang sangat bernilai yang perlu dijaga dan ditunaikan dengan sebaiknya. Allah s.w.t.telah memberi keringanan dalam beribadat terutamanya solat ini bagi mereka yang ingin bermusafir. Rukhsah atau keringanan inilah dikatakan kunci keindahan Islam itu sendiri. Walaupun dinyatakan solat itu adalah kemestian yang perlu dilaksanakan, namun Allah s.w.t. memberikan suatu ruang keringanan kepada hambaNya terutamanya ketika bermusafir. Apabila seseorang itu bermusafir, maka dia berhak mendapat rukhsah Allah s.w.t. untuk mengqasarkan dan menghimpunkan solat yang dikerjakan dalam satu waktu.

al-Fiqh al-Islami I | 43

ISI KANDUNGAN Pengertian Solat QasarSolat qasar menurut istilah ilmu fikah ialah memendekkan solat iaitu solat empat rakaat dipendekkan menjadi dua rakaat sahaja. Solat yang boleh diqasarkan itu ialah solat Zohor, solat Asar dan solat Isyak, manakala solat yang tiga dan dua rakaat iaitu solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan. Dalil Pensyariatan Solat Qasar Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nisa ayat 101:

.(101/{)Maksudnya:

"Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu" (Al-Nisa:101). Menerusi hadis pula, Imam Muslim dan lainnya meriwayatkan daripada Yaala bin Umaiyyah dia berkata: "Aku berkata kepada Umar Al-Khattab r.a: Allah s.w.t. berfirman : Maka tidaklah menganggap kamu mengqasarkan dari solat kamu jika kamu takut berlaku fitnah (diserang) oleh orang-orang kafir. (Maksud surah al--Nisa 101), sedang manusia telah berada dalam keadaan aman? Jawab Saidina Umar: Aku juga merasa hairan sebagaimana yang telah engkau rasai, lalu aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. berkenaan dengannya. Rasulullah s.a.w. menjawab: Ia merupakan satu sedekah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada kamu, maka terimalah sedekahnya itu. Maksudnya, Hadis ini menunjukkan bahawa solat qasar bukan hanya khusus ketika di dalam ketakutan atau tidak aman.

Bukan semua orang boleh melakukan qasar. Terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan seseorang itu melakukan solat qasar. Adakah anda tahu syarat-syarat itu.? Adakah anda memahami syarat-syarat itu?

al-Fiqh al-Islami I | 44

Syarat-Syarat Sah Solat QasarTerdapat beberapa syarat sah solat qasar menurut mazhab Syafie dalam kitab feqah Mazhab Syafie iaitu: 1) menunaikan solat berlaku ketika musafir dan hendaklah ditunaikan ketika musafir. Syarat ini bermaksud solat yang telah masuk waktunya sebelum seseorang itu bermusafir, kemudian dia bermusafir sebelum menunaikannya, maka solat tersebut tidak harus diqasarkan. Ini kerana dia belum bermusafir ketika solat itu mula menjadi wajib ke atasnya. Syarat ini juga memberi makna solat yang masuk waktu ketika bermusafir tetapi dia tidak menunaikannya sehinggalah dia sampai ke pekannya, maka solat tersebut juga tidak harus diqasarkan. Ini kerana ketika solat hendak didirikan dia tidak lagi berada dalam keadaan musafir sedangkan solat qasar diharuskan kepada orang yang musafir sahaja. Hendaklah orang yang musafir telah melepasi sempadan pekan yang hendak ditinggalkan atau melepasi bangunan-bangunan di pekan tersebut sekiranya tidak ada sempadan. Orang yang masih berada dalam kawasan sempadan, belum lagi dianggap sebagai orang yang bermusafir. Dengan kata lain musafir bermula setelah melepasi sempadan tersebut sebagaimana ia akan berakhir setelah kembali dan sampai ke kawasan tersebut. Oleh itu, solat tidak boleh diqasarkan melainkan waktunya masuk ketika dalam musafir (keluar bermusafir sebelum masuk waktu solat) dan dia menunaikannya ketika dalam musafir. Hujah ini diperkuatkan lagi dengan hadis al-Bukhari dan Muslim yang meriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa dia berkata : Aku solat Zohor empat rakaat bersamasama Nabi s.a.w. di Madinah dan bersolat Asar dua rakaat di Zul Hulaifah. Kedudukan Zul Hulaifah adalah di luar bangunan di Madinah. Orang yang bermusafir tidak berniat untuk tinggal di tempat tujunya selama empat hari tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Apabila dia berniat demikian, maka pekan yang dituju itu dianggap sebagai tempat tinggalnya (dia telah menjadi orang yang bermukim). Oleh itu dia tidak harus mengqasarkan solat apabila sampai ke tempat tersebut dan solat boleh diqasarkan ketika dalam perjalanan sahaja. Sekiranya dia berniat untuk tinggal kurang daripada empat hari atau dia tidak tahu dari tempoh untuk dia tinggal di sesuatu tempat, disebabkan kerja yang dilakukan tidak diketahui bila dapat disempurnakan, maka solat qasar boleh dilakukan dalam masalah pertama (tinggal kurang dari empat hari) sehinggalah dia pulang dan sampai ke sempadan pekannya semula. Dalam masalah kedua (tidak diketahui tempoh tinggalnya) maka dia boleh menunaikan solat qasar ditempat tersebut 18 hari tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Abu Daud meriwayatkan daripada Imran bin Husain, katanya: "Aku telah berperang bersama-sama Rasulullah s.a.w. Aku telah berperang bersamanya pada hari pembukaan Makkah. Baginda telah tinggal di sana selama 18 hari dalam keadaan tidak menunaikan solat kecuali dengan dua rakaat (qasar)." Ini kerana Rasulullah s.a.w. telah mengqasarkan solat selama tempoh tersebut (18 hari) ketika tinggal di Makkah. Kewujudan Rasulullah s.a.w. di Makkah adalah bertujuan memerangi Kabilah Hawazin dan Baginda tidak mengetahui sampai bilakah baginda terpaksa tinggal di situ.

2)

al-Fiqh al-Islami I | 45

3)

Orang yang musafir tidak menjadi makmum kepada orang yang bermukim Sekiranya dia mengikut imam yang bermukim, solat wajib ditunaikan dengan tamam, iaitu bilangan rakaat yang sempurna dan tidak harus diqasarkan. Jika berlaku sebaliknya (orang yang bermusafir menjadi imam kepada orang yang bermukim), maka solat boleh diqasarkan dan dia disunatkan supaya segera memberitahu para makmum sebaik sahaja selesai solat qasar dua rakaat bahawa dia adalah orang yang bermusafir. Dalilnya adalah apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang sahih daripada Ibn Abbas r.a.: Ibn Abbas telah ditanya: Kenapa orang yang bermusafir apabila berseorangan, dia menunaikan solat dengan dua rakaat dan ketika menjadi makmum kepada orang yang bermukim dia menunaikannya dengan empat rakaat. Jawab Ibnu Abbas: Itulah yang ditunjukkan oleh al-Sunnah. Dalam hadis yang lain disebutkan: Wahai penduduk negeri ini! Solatlah kamu dengan empat rakaat. Sesungguhnya kami bermusafir.

4)

Perjalanan itu bukan bermaksud atau bertujuan maksiat seperti untuk berjudi, berzina, melakukan rompakan atau membawa barang perniagaan yang haram seperti arak. Perjalanan yang bukan maksiat ialah perjalanan untuk menunaikan haji, berniaga, menziarahi saudara-mara, berehat-rehat dan melihat negeri orang atau menghadiri majlis perkahwinan. Dalam perjalanan seperti ini diharuskan solat secara qasar dengan syarat berikut: (i) (ii) (iii) (iv) Perjalanan itu jauhnya tidak kurang dari dua marhalah iaitu perjalanan dua hari atau dua malam atau semalam menurut perjalanan kaki atau menaiki kenderaan. Hendaklah perjalanan itu diketahui destinasinya atau tempat yang dituju. Tidak harus qasar bagi musafir kelana yang mengembara tanpa hala tuju walaupun pengembaraannya jauh. Solat yang diqasarkan itu ialah solat yang empat rakaat iaitu Zohor, Asar dan Isyak. Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat tunai yang di dalam perjalanan itu atau solat tunai yang terluput di dalam perjalanan itu atau perjalanan yang lain maka diharuskan qasar sekiranya dia masih dalam perjalanan, tetapi sekiranya dia telah sampai ke negerinya maka dia wajib ganti (qada) dengan tamam. Begitu juga tidak harus qasar bagi solat qada yang terluput dalam negeri. Qasar itu hendaklah diniatkan di dalam takbiratulihram. Seseorang yang hendak qasar itu hendaklah mengetahui bahawa qasar itu harus, kalau tidak batal solat qasarnya.

(v)

al-Fiqh al-Islami I | 46

Perbahasan Ulama Mengenai Solat QasarPara imam telah ijma (sepakat) bahawa orang yang bermusafir boleh mengqasar solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Akan tetapi, mereka berbeza pendapat mengenai hukum qasar itu.

Solat Qasar Dalam Mazhab Syafie Imam Syafie berpendapat bahawa qasar solat bukan wajib ain melainkan hanya rukhsah (keringanan). Dalam hal ini mukallaf dapat memilih (tentang menggugurkan fardu itu) antara keutamaan menyempurnakan empat rakaat atau rukhsah qasar. Pendapat ini juga disepakati oleh dua orang lagi imam iaitu Imam Malik dan Imam Hanbali tetapi ketiga-tiganya berbeza pendapat mengenai hukum rukhsah itu sendiri. Imam Syafie berkata: Ia adalah pilihan antara mengerjakan solat dalam musafir itu dua rakaat dan dengan mengerjakan solat empat rakaat secara sempurna. Maka gugurlah kewajipan (mengqasar) itu darinya, dan mengqasar solat (ketika musafir) itu lebih utama.

Solat Qasar Dalam Mazhab Maliki Menurut Imam Malik juga berpendapat bahawa qasar solat itu bukan wajib ain melainkan rukhsah iaitu keringanan. Tetapi ulama Malikiyyah menghukumkan solat qasar ini sebagai sunat muakkadah. Oleh kerana itu, jika ditinggalkan secara sengaja maka wajib bagi mukallaf qasar iadah pada waktunya dan jika tertinggal kerana lupa wajib sujud sahwi.

Solat Qasar Dalam Mazhab Hanbali Mazhab Hanbali juga menerima pendapat Ulama Maliki dan Syafie iaitu mengqasar solat bukanlah wajib ain melainkan keringanan dan ulama Hanbali ini mengatakan bahawa hukum rukhsah bagi solat qasar di mana qasar itu lebih utama dilaksanakan sedangkan menyempurnakannya tidaklah makruh. Pendapat ini jugalah yang masyhur dari mazhab Syafie apabila perjalanan itu 3 hari. Jika perjalanan itu kurang dari tiga hari, menyempurnakan adalah lebih utama. Ulama ini berkata, hal ini adalah untuk keluar dari ikhtilaf Imam Abu Hanifah dan orang yang sependapat dengannya. Apabila menyempurnakan itu menjadi sebab lebih utama menurut Ulama Syafie jika perjalanan kurang daripada 3 hari adalah agak keluar dari ikhtilaf para ulama, asal mazhab adalah keutamaan rukhsah. Inilah pendapat mazhab Hanbali. Bagi ketiga-tiga Imam iaitu Imam Syafie, Imam Hanbal, dam Imam Malik mereka mengambil dalil dengan nas al-Quran, Hadis dan Qiyas sebagaimana berikut:

al-Fiqh al-Islami I | 47

1) Dalil al-Quran. Firman Allah s.w.t:

.(101/{)Maksudnya:Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. (alNisa:101). Dengan mengambil dalil bahawa Allah s.w.t. menafikan junah dalam mengqasar solat ketika musafir dan itu tidak berdosa. Imam Syafie mengatakan tidak digunakan la junaha kecuali yang mubah. 2) Dalil daripada Hadis Menerusi hadis yang telah diriwayatkan dari Yala bin Umayyah, dia berkata Saya bertanya kepada Umar bin Khattab tentang firman Allah s.w.t:

.(101/{)Sedangkan manusia sekarang telah aman. Lalu Umar menjawab, Saya dulu juga pernah hairan seperti engkau sekarang. Lalu saya bertanya kepada Rasulullah s.a.