kbkk

7
1. 0Pengenalan - setiap orang berfikir - tidak perlu diajar seperti berjalan - mengapa perlu belajar/mengajar berfikir ? tidak berfikir seperti mana yg sepatutnya tidak membuat keputusan yang baik dan selesaikan masalah - Dalam Falsafah Pendidikan Negara : perkembangan daya intelek individu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani. - memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah - Dalam KBSR : antara objektif- membolehkan pelajar menguasai KB, dan mengembangkan bakat serta kreativiti - Dalam KBSM : mengembang dan meningkatkan daya intelek, serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif. - Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan dilaksanakan oleh KPM, antaranya Sekolah Bestari - KB adalah elemen utama dalam kurikulum SB - diajar merentasi kurikulum - dengan harapan : kualiti pemikiran murid meningkat membuat keputusan dengan tepat menghasilkan idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yg kritis dan kreatif dapat membeza baik dan buruk menghadapi cabaran terkini 2.0 Definisi Pemikiran " Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "

Upload: norafiqah

Post on 08-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kbkk

TRANSCRIPT

1. 0Pengenalan

- setiap orang berfikir

- tidak perlu diajar seperti berjalan

- mengapa perlu belajar/mengajar berfikir ?

tidak berfikir seperti mana yg sepatutnyatidak membuat keputusan yang baik dan selesaikan masalah- Dalam Falsafah Pendidikan Negara :

perkembangan daya intelek individu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani.- memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah

- Dalam KBSR :

antara objektif- membolehkan pelajar menguasai KB, dan mengembangkan bakat serta kreativiti- Dalam KBSM :

mengembang dan meningkatkan daya intelek, serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif.- Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan dilaksanakan oleh KPM, antaranya Sekolah Bestari

- KB adalah elemen utama dalam kurikulum SB

- diajar merentasi kurikulum

- dengan harapan :

kualiti pemikiran murid meningkatmembuat keputusan dengan tepatmenghasilkan idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yg kritis dan kreatifdapat membeza baik dan burukmenghadapi cabaran terkini

2.0 Definisi Pemikiran

" Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "

3. 0Tujuan KBKK

mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijakmengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolahmenghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatifmengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempitmeningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek merekabersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

4.0 Kesilapan Dalam Berfikir

i. Berfikir secara terburu-buru

beri masa untuk berfikirii.Fikiran yang sempit

aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaranlatihan menggunakan penyusun grafik banding bezaiii. Fikiran yang kabur

latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisanlatih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu objek/perkaramembuat kerangka karanganiv. Fikiran yang bercelaru

Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan penulisanmenyusun isi-isi penting untuk karangancarta aliran

5.0 Perbezaan Antara Otak Dan Minda

otak = organ yang terletak pada bahagian kepala yang mempunyai sistem-sistem tertentuminda = kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaanotak ---> pisau , minda ---> ketajaman mata pisaupisau perlu sentiasa diasah agar penggunaannya berkesanhemesfera otak kiri (HOKI) ---> kritishemesfera otak kanan (HOKA) ---> kreatifkedua-duanya perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan dan aktiviti berfikir dalam p & p.

6.0 Jenis Kemahiran Berfikir

- pelbagai jenis kemahiran berfikir

analitikal, logikal, kritikal, objektif, sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif, projektif, kreatif, perspektif, lateral, emotif dsb.

- secara amnya KB dibahagikan kepada 2 domain utama:

KB secara kritisKB secara kreatifKB secara kritis = " kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah "

contoh KB kritis :

banding bezamembuat kategoriteliti bahagian kecil dan keseluruhanmembuat sekuensmenerang sebabmembuat ramalanusul periksa andaianmembuat inferensmengesahkan sumber maklumat

KB secara kreatif = " kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan "

contoh KB kreatif :

menjana dan menghasilkan idea yang pelbagaimencipta analogimencipta metafora- kemahiran-kemahiran lain:

kemahiran membuat keputusankemahiran menyelesaikan masalah

7.0 Jenis Bahan Yang Digunakan

- Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan suasana berfikir dikalangan pelajar

- Bahan boleh berbentuk :

i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, berita

ii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik lagu

iii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun

- Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:

i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya imaginasi yang memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-bagai

" bagaimana jari anda ada 5 "

ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar. Bahan ini datang dari dunia orang dewasa.

" Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang motor dengan laju "

iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami dan gemari.

" Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin tanpa membayarnya. Apa yang kamu akan lakukan ? "

iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan remaja.

" Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu menentang. Apa yang patut kamu buat ? "

- Bahan ini hendaklah digunakan mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB yang hendak diajar

8.0 Bagaimana KBKK Diajar

- KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono merancang satu sukatan khas untuk KBKK )

- Ia diajar secara penyebatian

- Penyebatian = strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata pelajaran yang diajar.

- 2 kaedah penyebatian :

i. Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara :

a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan KBKK

b) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai serta bahan

ii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai

- unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuian

- penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah mengikut penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang lepas.

- Proses berfikir berlaku dalam dua tahap :

i. apabila minda membuat persepsi

ii. dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal

- mengajar berfikir juga beerti mengajar pelajar membuat persepsi, i.e menajam dan mendalamkan daya persepsi

- kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat

- KB hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka cipta

- apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan

- reka cipta :

- konkrit - teknikal spt membina sesuatu model

- abstrak - spt merancang/merangka strategi, taktik

9.0 Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak/Baik

cekal melaksanakan tugasmendengar secara aktif/pendengar yang baikbekerjasama dengan orang lainjujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain )peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan sekuen yang digunakanmahir dalam menyoaldapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainansifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggikesediaan mengambil risiko dan cabaran

_