kaedah belah koloni kelulut...

12
AIKNM/2018/DOA/PPAG/KBKK 1 KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT (KBKK)

Upload: others

Post on 06-Nov-2019

36 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT (KBKK)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2488-kaedah-belah-koloni... · menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini secara khususnya dan sekaligus

AIKNM/2018/DOA/PPAG/KBKK

1

KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT

(KBKK)

Page 2: KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT (KBKK)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2488-kaedah-belah-koloni... · menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini secara khususnya dan sekaligus

AIKNM/2018/DOA/PPAG/KBKK

2

RINGKASAN EKSEKUTIF

Sebelum ini, kaedah lama pecah koloni cara biasa menyebabkan makanan tidak

mencukupi dan makanan rosak apabila proses pemecahan koloni dilakukan.

Kedudukan telur akan terganggu kerana ia menghadapi proses pemotongan dan

perpindahan ke kotak haif (hive) serta banyak propolis terpaksa dipotong dan dibuang.

Selain itu juga, ia amat sukar untuk mengenalpasti telur ratu disebabkan kadang-

kadang ia dibuat di dalam ceper sebelah dalam dan sukar untuk dilihat. Dengan

merekacipta idea baru kaedah belah ianya mampu memastikan makanan untuk

generasi baru mencukupi dan tidak banyak yang rosak atau terganggu. Telur dan

propolis juga akan mengalami gangguan minima semasa proses belah dilakukan dan

akan memudahkan koloni sedia ada melakukan kerja-kerja baikpulih dengan begitu

cepat.

Mengenalpasti telur ratu juga amat mudah dilakukan dengan kaedah ini,

walaupun ia memerlukan kepakaran yang tinggi. Ciri-ciri telur ratu seperti kematangan,

warna dan bilangan ratu akan dapat dilihat dengan jelas setiap koloni. Dengan

merekacipta idea baru kaedah belah ini, koloni sedia ada akan dapat digandakan dari

satu menjadi dua dalam tempoh 3 hingga 4 bulan. Kejayaan kaedah ini juga mampu

dikenalpasti seawal 1 bulan dan ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Selain itu,

ianya adalah mesra pengguna di mana senang, mudah dan ringan untuk dibawa ke

mana sahaja dan amat sesuai juga dijadikan hiasan dinding di rumah.

Pecah koloni merupakan satu teknik menggandakan koloni kelulut dengan cara

memecahkan koloni tersebut menjadi dua. Secara konsepnya teknik ini membolehkan

kita mendapatkan lebih banyak koloni tanpa perlu menebang pokok dan tanpa perlu

membeli bongkah kayu (log) yang mahal.

Pemecahan koloni dilakukan dengan membahagikan sel telur dan pekerja

menjadi dua. Sel telur yang mengandungi calon telur ratu akan diletakkan di kotak baru

bersama-sama pekerja manakala ratu asal dibiarkan dalam kotak lama bersama

sebahagian pekerja. Kaedah ini akan memperlihatkan kejayaan atau kegagalan dalam

Page 3: KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT (KBKK)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2488-kaedah-belah-koloni... · menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini secara khususnya dan sekaligus

AIKNM/2018/DOA/PPAG/KBKK

3

tempoh 4-6 bulan berikutnya. Indikasi kejayaan dapat dilihat apabila kelulut mampu

bertahan sekurang-kurangnya 5 bulan.

Secara semulajadinya, calon telur ratu dilaporkan menetas lebih lama

berbanding telur biasa. Ratu pada kotak asal akan menghadapi masalah jurang

ketiadaan pekerja yang ramai apabila pemecahan koloni dilakukan. Hal ini

menyebabkan koloni makin lemah dan berakhir dengan kepupusan atau ratu lari

meninggalkan sarang bersama sisa pekerja yang ada. Tetapi dengan kaedah inovasi ini

masalah ini dapat diatasi.

Biasanya tempoh 3 bulan selepas pemecahan, kejayaan atau kegagalan sudah

dapat dilihat. Jika berjaya koloni akan terus bertambah dan berkembang sihat tetapi jika

gagal dapat dikesan dengan pengecilan corong masuk dan kematian pekerja. Kelulut

yang masih sihat akan mengheret keluar kelulut yang sudah mati.

Page 4: KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT (KBKK)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2488-kaedah-belah-koloni... · menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini secara khususnya dan sekaligus

AIKNM/2018/DOA/PPAG/KBKK

4

PERINCIAN PROJEK

1. Signifikan Pemilihan Projek

Inovasi ini tercipta hasil daripada masalah yang dihadapi oleh pengusaha

kelulut dalam memperbanyakkan koloni lebah kelulut. Melalui pengalaman petani

yang mengusahakan ternakan lebah kelulut ini mendapati kemampuan untuk

mendapatkan koloni baru itu sukar dan peratusan kejayaan rendah. Selain

memerlukan kemahiran yang tinggi, kadar kejayaan dan keberkesanan kaedah

memecahkan koloni juga bergantung kepada pengalaman seseorang. Justeru

itu, melalui inovasi kaedah belah ini, peratusan kejayaannya adalah lebih tinggi

lagi berbanding kaedah biasa.

2. Tindakan Penyelesaian

Berikut merupakan langkah-langkah dalam membuat pecah koloni lebah kelulut

kaedah belah.

a. Memilih koloni kelulut yang sesuai dan aktif untuk dipecahkan (Visual

inspection). Koloni yang dipilih hendaklah benar – benar stabil dan kuat.

Kaedah biasa untuk mengetahui koloni yang dipilih adalah sesuai adalah

dengan memerhatikan keadaan muncung yang segar, askar-askar di

muncung banyak dan aktif keluar masuk koloni (Gambar 1 & 2).

i. Bilangan askar yang menjaga pintu masuk adalah banyak,

kebiasaannya bilangannya melebihi 15 ekor.

ii. Koloni telah mula mengumpulkan makanan di bahagian topping, ini

bermaksud ruang-ruang permakanan di bahagian bawah telah

penuh.

iii. Pastikan keadaan sekeliling iaitu sumber makanan mencukupi.

Page 5: KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT (KBKK)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2488-kaedah-belah-koloni... · menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini secara khususnya dan sekaligus

AIKNM/2018/DOA/PPAG/KBKK

5

Gambar 1 & 2 : Koloni kelulut yang stabil dan kuat dipilih

b. Angkat zink dan bata kemudian tanggalkan kotak topping dan letakkan di

tempat bersih dan selamat. Pastikan penutup plastik tidak terbuka dan

lubang topping perlu ditutup menggunakan plastik atau kertas surat

khabar.

c. Beberapa perkara penting yang perlu dipastikan adalah;

i. Kehadiran telur pada kotak belah tersebut.

ii. Saiz ketinggiannya mencukupi (8-12 ceper) dan memastikan

kehadiran ratu yang aktif bertelur (melihat pada kehadiran telur-telur

baru).

iii. Makanan di sekeliling telur pastikan ada (madu dan pollen).

Page 6: KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT (KBKK)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2488-kaedah-belah-koloni... · menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini secara khususnya dan sekaligus

AIKNM/2018/DOA/PPAG/KBKK

6

d. Cuba pilih pecahan yang bersesuaian untuk membuat potongan

(potongan belah dua sama rata adalah yang terbaik) dan perlu dilakukan

dengan secara berhati-hati (Gambar 3 & 4).

Gambar 3 & 4 : Koloni kelulut dibelah secara sama rata

e. Pisahkan kedua-dua belah bahagian yang dipotong dan cuba perhatikan

kedudukan telur ratu dan ratu (Gambar 5). Catatkan maklumat bilangan

ceper, telur ratu dan keadaan ratu semasa pemerhatian. Bagi setiap kotak

belahan yang telah dibelah, lekapkan semula dengan kotak belahan yang

kosong iaitu yang baru. (Pastikan untuk bahagian ada lubang keluar

masuk kotak belah yang baru adalah yang tiada lubang keluar masuk

begitu juga sebaliknya)(Gambar 6 hingga 8).

Pasangkan lapisan plastik di atas bahagian atas kotak belah yang telah

dicantumkan ini dan tutup dengan penutupnya.

Page 7: KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT (KBKK)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2488-kaedah-belah-koloni... · menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini secara khususnya dan sekaligus

AIKNM/2018/DOA/PPAG/KBKK

7

Gambar 5 : Perhatikan kedudukan telur ratu dan ratu

Gambar 6 hingga 8 : Lekapkan kotak belahan dengan kotak

kosong yang baru

Page 8: KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT (KBKK)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2488-kaedah-belah-koloni... · menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini secara khususnya dan sekaligus

AIKNM/2018/DOA/PPAG/KBKK

8

f. Semua bahagian penyambungan diletakkan pita pelekat untuk

mengelakkan musuh. Letak kotak yang siap dipasang tadi di atas bangku

dan bangku tersebut mesti dialas mangkuk yang dituangkan sedikit

minyak bagi mengelakkan kena serangan semut. Tempatkan ia di tempat

yang stabil dan diikat dengan dawai. Ia dibiarkan stabil dalam masa satu

atau ke tiga bulan. Setelah ianya didapati stabil bolehlah diletakkan kotak

topping di atasnya untuk mengutip hasil.

CARTA ALIR KERJA

Page 9: KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT (KBKK)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2488-kaedah-belah-koloni... · menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini secara khususnya dan sekaligus

AIKNM/2018/DOA/PPAG/KBKK

9

3. Keberhasilan Projek

Melalui inovasi ini ia mampu kelebihan kepada pengusaha lebah kelulut.

Antara kelebihan pecah koloni lebah kelulut kaedah belah ini adalah :

• Kaedah paling minima berlaku kerosakan pada telur, makanan dan

pembuangan propolis.

• Pengusaha dapat melihat ceper telur dengan jelas

• Pengusaha dapat melihat telur ratu dan mengetahui bilangannya

• Pengusaha juga dapat melihat ratu sedia ada

• Kaedah yang mudah, senang dan mesra pengguna

Dengan menggunakan kaedah biasa, kadar kejayaan pemecahan koloni

lebah kelulut adalah sebanyak 50:50 bergantung kepada kemahiran dan

ketelitian seorang pengusaha melakukannya. Sekiranya mereka daripada yang

kurang berkemahiran dan berpengalaman, berkemungkinan kadar kejayaan

pemecahan koloni lebah kelulut adalah lebih rendah dan kebanyakannya

berakhir dengan kegagalan.

Namun begitu, dengan menggunakan kaedah pecah koloni lebah kelulut

kaedah kotak belah, ianya boleh dilakukan oleh semua peringkat pengguna

sama ada mahir ataupun tidak mahir kerana ia berkonsepkan mesra pengguna

yang begitu mudah dan senang diadaptasikan. Kejayaan kaedah ini adalah lebih

tinggi lagi disebabkan ciri-ciri fizikalnya seperti telur, makanan dan rantaian

propolis tidak banyak yang rosak semasa proses pemecahan koloni dilakukan

Antara kelebihan lain yang begitu signifikan ialah masa yang diambil untuk

melihat kejayaan bagi sesuatu belahan ini lebih singkat berbanding kaedah

biasa. Seawal bulan pertama atau kedua kita akan melihat hasil kejayaannya

melalui penetasan ratu baru dan proses pemantapan serta pembinaan telur baru

mula berlaku.

Page 10: KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT (KBKK)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2488-kaedah-belah-koloni... · menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini secara khususnya dan sekaligus

AIKNM/2018/DOA/PPAG/KBKK

10

Disamping itu, penjimatan kos yang ketara juga dapat dilihat kerana

kaedah ini tidak memerlukan mesin-mesin yang berat dan tidak semua orang

berkemahiran menggunakan peralatan ini. Selain itu, kaedah belah ini juga.

tidak melibatkan kerosakan yang teruk kepada telur, kantung madu, kantung

pollen dan propolis. Kelebihan dapat melihat keseluruhan lapisan ceper telur dan

ciri-ciri fizikal yang lain sudah pasti akan menjadi tarikan dan keutamaan bagi

mereka yang benar-benar berminat dalam ternakan lebah kelulut ini.

Page 11: KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT (KBKK)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2488-kaedah-belah-koloni... · menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini secara khususnya dan sekaligus

AIKNM/2018/DOA/PPAG/KBKK

11

Jadual di bawah merupakan ringkasan kepada perbezaan antara kaedah

lama dan kaedah belah :

PERKARA KAEDAH LAMA KAEDAH BELAH

Kadar kejayaan 50 : 50 >50%

Kehadiran ratu dan telur Sukar untuk

dipastikan

Dapat dilihat dengan

jelas

Kerosakan makanan Maksima Minima

Masa yang diambil melihat

keberkesanan kaedah

pemecehan koloni

3 – 4 bulan Seawal bulan pertama

atau kedua

Kemahiran Memerlukan

kemahiran yang

tinggi

Tidak memerlukan

kemahiran yang tinggi.

Ianya mudah, senang

dan mesra pengguna

Kos Penggunaan mesin

berat seperti chainsaw

untuk penyediaan

kotak haif dan topping

RM 100.00 (satu) yang

melibatkan penyediaan

kotak haif dan topping

Ekonomi Tiada Impak tinggi dan boleh

dikomersilkan

Page 12: KAEDAH BELAH KOLONI KELULUT (KBKK)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2488-kaedah-belah-koloni... · menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini secara khususnya dan sekaligus

AIKNM/2018/DOA/PPAG/KBKK

12

30 4. Potensi Pengembangan Projek

Kaedah belah ini diperkenalkan adalah merupakan inovasi yang baru,

yang mana belum dihasilkan secara sempurna daripada mana-mana

pihak. Kaedah belah ini akan membantu pengusaha kelulut mengembangkan

lagi projek lebah kelulut yang sedia ada dengan mudah dan cepat. Selain itu,

setiap orang yang berminat dalam bidang penternakan lebah kelulut ini mampu

memiliki haif ini dengan mudah tanpa mencari dari sumber luar atau sumber dari

dalam hutan yang melibatkan isu keselamatan dan kesukaran mendapatkannya.

Hal ini sekaligus menyumbang kepada peningkatan pendapatan usahawan yang

menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini secara khususnya dan sekaligus

meningkatkan pendapatan negara secara amnya.

Sehingga kini sebanyak 40 replikasi unit kotak telah berjaya dihasilkan

menggunakan kaedah ini selama 2 tahun. Daripada tempoh itu, didapati kaedah

belah ini sangat praktikal dan mudah untuk diaplikasikan dengan peratusan

kejayaan yang tinggi. Kaedah ini boleh diaplikasikan oleh semua orang dan

bahan serta peralatan mudah didapati. Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri

Melaka khususnya Pejabat Pertanian Daerah Alor Gajah memberikan sokongan

yang penuh kepada inovasi ini.

5. Penutup

Inovasi kaedah belah ini bukan sahaja mudah dilakukan tetapi memberi banyak

manfaat kepada pengusaha dan penternak lebah kelulut. Kotak belah yang dihasilkan

juga mudah dijaga dan direplikasikan sekiranya sudah cukup matang. Hal ini akan

meningkatkan lagi koloni kelulut sedia ada sekaligus menambahkan lagi pengeluaran

madu kelulut dan menyumbangkan pertambahan pendapatan pengusaha madu kelulut

yang ada di Malaysia. Hal ini secara tidak langsung boleh mengembangkan lagi industri

madu kelulut di Malaysia sama ada dijadikan sumber makanan atau suplemen dan

penghasilan produk hiliran dan kosmetik daripada madu kelulut ini.