kbat

8
Tajuk : Bagaimanakah kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan secara berkesan dalam pembelajaran Matematik khususnya tajuk yang anda pilih di sekolah rendah. Oleh : Amira Hafiza Binti Mohamad Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Untuk itu, langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran disekolah perlu digiatkan supaya dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015. Apa itu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)? Definisi yang dikeluarkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia ialah Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Secara umumnya KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaannya melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta. KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta kognitif.

Upload: amira-hafiza-mohamad

Post on 22-Nov-2015

120 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kbat

TRANSCRIPT

Tajuk : Bagaimanakah kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan secara berkesan dalam pembelajaran Matematik khususnya tajuk yang anda pilih di sekolah rendah.Oleh : Amira Hafiza Binti Mohamad

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Untuk itu, langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran disekolah perlu digiatkan supaya dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiranProgramme for International Student Assessment(PISA) danTrends in International Mathematics and Science Study(TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.Apa itu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)? Definisi yang dikeluarkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia ialah Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Secara umumnya KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaannya melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta. KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas serta mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan, maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat soalan tersebut daripada pelbagai sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran yang berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta dalam kalangan murid.Seterusnya, apa yang ingin difokuskan di sini ialah bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan secara berkesan dalam pembelajaran matematik di sekolah rendah khususnya bagi tajuk yang telah saya pilih iaitu Isipadu Cecair Tahun 2. Kemahiran berfikir aras tinggi ini dapat dikembangkan dengan guru dapat memastikan murid mengaplikasikan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom seperti yang telah dinyatakan tadi iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini bermakna guru perlu merancang soalan, tugasan dan aktiviti yang menuntut murid berfikir, berlatih berfikir secara berterusan serta menilai pemikiran mereka dan pemikiran individu lain.Dalam tajuk isipadu cecair, murid dibimbing untuk mengenal unit milliliter dan liter, menyukat dalam unit milliliter dan liter serta menganggar dalam unit milliliter dan liter. Berdasarkan rancangan pengajaran bagi topik isipadu cecair yang telah saya sediakan, dapat dilihat fokus akiviti-aktiviti pembelajaran yang dirancang adalah berasaskan KBAT. Pada fasa permulaan, saya menyediakan beberapa alat yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair seperti bikar, jag penyukat, silinder penyukat, dan picagari. Tanpa memberitahu murid-murid apa yang akan dipelajari pada hari ini, saya cuba mencungkil pengetahuan sedia ada mereka dengan bertanya sekiranya mereka tahu apakah objek-objek yang saya tunjukkan dihadapan ini dan apakah kegunaannya. Saya menggunakan bahan bantu belajar yang pelbagai sebagai ransangan untuk menjana kemahiran membuat inferens dan penaakulan kritis murid.Ketika murid membuat pemerhatian terhadap objek-objek tersebut berlakunya proses mengaplikasi dalam minda mereka. Aplikasi ialah kebolehan kognitif dalam menggunakan prinsip dan generalisasi tentang sesuatu masalah dalam situasi baharu. Pada peringkat ini murid telah pun mempunyai pengetahuan sedia ada berasaskan pengalaman lepas. Namun murid masih boleh menggunakan pengetahuan tersebut untuk menyelesaikan permasalahan yang baharu. Hal ini kerana sesuatu permasalahan yang baru mengandungi sedikit elemen yang berbeza daripada masalah sebelumnya. Murid-murid memerhati objek-objek tersebut dan menghubungkaitkan dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka untuk menjawab soalan saya. Pelbagai jawapan yang saya terima dari semua murid dan saya biarkan dahulu semua murid memberikan idea mereka. Dari situ saya bimbing mereka dengan memberikan klu satu per satu sehingga akhirnya mereka dapat membuat satu keputusan dan memberikan jawapan yang tepat kepada soalan-soalan saya. Setelah mereka tahu apa objek-objek tersebut dan kegunaannya untuk menyukat isipadu cecair barulah mereka dapat meneka tajuk yang akan dipelajari. Dengan ini sedikit sebanyak saya telah meransang minda dan menyediakan mereka untuk mempelajari tajuk ini serta dapat mendorong mereka untuk mengutarakan apa sahaja pendapat atau idea mereka mengenai tajuk isipadu cecair ini.Pada fasa imaginasi pula, dalam aktiviti satu saya telah meminta murid untuk memadankan kad imbasan unit isipadu cecair iaitu milliliter dan liter dengan kad imbasan simbol unit tersebut iaitu dan . Saya memberi peluang kepada murid menjalankan analisa mengenai unit sukatan dan simbol yang ada supaya mereka dapat memadankannya dengan betul. Analisa ialah murid memisahkan maklumat kepada beberapa bahagian kecil supaya boleh memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas. Setelah mereka menganalisa kedua-duanya barulah mereka dapat memadankan unit dan simbol dengan betul iaitu mililiter dan liter . Begitu juga dalam aktiviti dua di mana beberapa orang murid dipanggil untuk memadankan alat-alat menyukat isipadu cecair mengikut unit liter dan mililiter. Murid-murid perlu menganalisa setiap alatan tersebut bagi mengelaskannya mengikut unit yang betul.Selain itu saya juga telah mengaitkan topik yang dipelajari dengan situasi sebenar dalam kehidupan mereka supaya pemikiran mereka lebih meluas dan tidak hanya dalam ruang lingkup bilik darjah sahaja iaitu dari segi teori. Saya menyoal kepada murid pernahkah mereka melihat atau melakukan sendiri perbuatan menyukat isipadu cecair ini. Murid-murid menjawab dengan teruja, ada yang pernah menyukat isipadu air, isipadu ubat dengan menuang ubat ke dalam penutp botol ubat da nada yang pernah melihat ibu mereka membancuh susu di dalam botol susu. Jawapan yang dikehendaki tidak semestinya mereka perlu menyukat sendiri dengan menggunakan alat-alat seperti bikar, silinder penyukat atau sebagainya tetapi cukup sekadar mereka pernah mengalami pengalaman itu sama ada melakukan sendiri atau melihat orang lain melakukannya. Dengan adanya hubungkait ini, dapat mendorong murid untuk memikirkan aplikasi tajuk ini dalam kehidupan mereka dan seterusnya pemikiran mereka akan lebih mencapah dan menjadi lebih kritis dan berinovasi.Murid-murid juga telah menjalankan proses menganalisis dan mencipta (mensintesis) sewaktu menjalankan aktiviti kumpulan dalam fasa perkembangan. Dalam aktiviti kumpulan tersebut, murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka dikehendaki mengelaskan gambar barang-barang keperluan mengikut unit liter dan mililiter berdasarkan maklumat sukatan isipadu cecair yang terdapat pada gambar-gambar tersebut. Sepertimana yang berlaku di fasa imaginasi, murid-murid menganalisa gambar-gambar tersebut sebelum mereka mengelaskannya. Yang berbeza di sini ialah dalam fasa imaginasi mereka mengelaskan gambar alatan menyukat tetapi di fasa perkembangan ini mereka mengelaskan gambar barang-barang keperluan yang biasa mereka lihat dalam kehidupan harian mereka. Tujuan saya menggunakan gambar-gambar ini adalah supaya mereka dapat mengaitkan tajuk yang dipelajari di bilik darjah ini dengan kehidupan seharian mereka. Selain daripada menganalisa, murid-murid juga menjalankan proses mencipta ataupun mensintesis di maklumat dikumpul dan seterusnya membina struktur baru yang berbeza daripada keadaan yang asal. Murid-murid mensintesis kembali idea-idea yang telah dibincangkan dalam fasa-fasa sebelum ini untuk membantu mereka membuat pengelasan bagi barang-barang keperluan tersebut mengikut unit liter dan mililiter. Bagi menjalankan aktiviti ini, murid perlu tahu dan pasti mengenai unit dan simbol yang terlibat. Kerana itu mereka perlu menjalankan proses mensintesis supaya mereka dapat membina hipotesis bahawa simbol mewakili unit liter manakala simbol mewakili unit mililiter. Dengan ini barulah mereka dapat mengelaskan gambar barang-barang keperluan tersebut.Akhir sekali ialah murid membuat penilaian terhadap topik yang dipelajari sewaktu fasa terakhir iaitu fasa penutup. Menilai ialah kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kriteria yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur,produk dansebagainya. Dalam fasa penutup ini murid diberikan lembaran kerja untuk dijawab bagi mengukuhkan pemahaman mereka terhadap topik yang dipelajari. Soalan-soalan yang diberikan sebenarnya memainkan peranan dalam mendorong murid untuk mengembangkan KBAT dimana soalan juga perlu berunsur KBAT. Selain dari soalan bertulis yang diberikan dalam bentuk lembaran kerja, soalan secara lisan juga diberikan. Soalan yang dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari. Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (higher-order thinking skill)didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat yang baru diperolehi untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Ini bermakna jika murid hanya mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru tanpa mengaitkan dengan pengetahuan baru, berkemungkinan murid tidak akan dapat memberikan hasil yang terbaik. Mengikut Zevin (1995) pula, pada kebiasaanya KBAT merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Soalan-soalan yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan pencetus kepada KBAT. Soalan seperti ini biasanya bersifat lebih terbuka di mana jawapannya lebih pelbagai dan murid-murid bebas mengutarakan idea dan buah fikiran masing-masing. Ini sangat penting untuk melatih mereka berfikir bukan sahaja secara di luar kotak tetapi juga secara mencapah, kereatif dan kritis. Seterusnya guru berbincang dengan murid untuk membuat rumusan mengenai topik yang dipelajari. Ketika inilah murid menilai kembali kesemua yang telah dilaksanakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dan seterusnya membuat kesimpulan mengenai topik isipadu dan cecair. Untuk membuat kesimpulan, murid mencipta pengetahuan baru bagi mereka. Mencipta ialah menyatukan elemen untuk membentuk idea atau struktur yang baharu. Murid menggabungkan input-input yang diterima sebelum kemudiannya membuat generalisasi mengenai topik isipasu cecair. Saya mendengar kesimpulan yang dibuat oleh beberapa orang murid terlebih dahulu dan kemudiannya saya menggabungkan idea mereka menjadi satu kesimpulan yang mudah. Murid akhirnya mendapat pengetahuan baru di mana dalam isipadu cecair, unit yang digunakan ialah liter dan milliliter, simbol bagi keduanya pula ialah dan dan murid dapat mengetahui bahawa unit mililiter digunakan untuk isipadu yang lebih kecil berbanding dengan liter. Kesimpulannya, bagi mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi secara berkesan dalam pembelajaran Matematik di sekolah rendah guru perlu memainkan peranan yang sangat penting. Guru sendiri perlu menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. KBAT ini amat penting kerana ia dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti. Usaha untuk mengembangkan Kemahiran berfikir Aras Tinggi ini dalam kalangan murid terutamanya di sekolah rendah akan membantu menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara dapat besaing di persada dunia. (1670 patah perkataan)