kayu n papan lapis

Upload: hunney-swetty

Post on 22-Jul-2015

674 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

2.3

Jenis Bahan dan Pengikat

2.3.1 Jenis Kayu Kayu 1. Kayu ialah bahan semulajadi daripada pokok. Ia dipotong kepada saiz yang berlainan supaya sesuai untuk pembinaan projek. 2. Saiz kayu ditentukan oleh lebar, tebal, dan panjangnya. 3. Kelebihan kayu adalah seperi berikut : a) Mempunyai urat dan ira kayu yang menarik. b) Didapati dalam pelbagai saiz seperti papan tebal, papan nipis, kayu beroti dan kayu jerjak. c) Mudah dicantum dan disambung. d) Lebih kuat jika dibanding dengan papan lapis dan MDF. e) Lebih tahan lasak, sesuai untuk projek di luar bangunan. 4. Kelemahan kayu adalah seperti berikut: a) Mudah mengecut dan meleding. b) Bahagian hujung mudah retak apabila dipaku. c) Mudah diserang oleh serangga perosak. d) Kurang sesuai digunakan untuk membuat permukaan yang luas dan lebar. 5. Beberapa kecacatan yang biasa berlaku pada kayu : retakan bulat retakan jantung retakan bintang buku atau pusar berpiuh atau berpintal melengkung berspring

6. Jenis kayu dan saiznya yang biasa didapati di pasaran adalah seperti yang berikut:

Jenis Tebal : Lebar : Panjang : Tebal : Papan nipis Lebar : Panjang : Tebal : Kayu beroti Lebar : Panjang : Tebal : Kayu jerjak Lebar : Panjang : Jenis dan saiz kayu di pasaran Papan tebal

Saiz 38mm 100mm 150mm dan lebih 3m 6m 10mm 38mm 76mm dan lebih 3m 6m 38mm 100mm 75mm 150mm 3m 4m 20mm - 38mm 25mm 76mm 3m 6m

Papan Lapis

1. Papan lapis dihasilkan daripada beberapa lapisan kayu nipis yang diglu bersama. 2. Saiz papan lapis yang biasa didapati dalam pasaran ialah 1220mm dan 2440mm. Ketebalan papan lapis ialah antara 3mm hingga 32mm. 3. Papan lapis boleh didapati dalam dua bentuk seperti berikut: a) Jenis kalis air b) Jenis tidak kalis air 4. Papan lapis banyak digunakan untuk membuat perabot, dinding bilik, pintu, rak dan kotak. 5. Kelebihan papan lapis adalah seperti yang berikut : a) Ringan dan mudah digunakan b) Permukaan yang lebar dan rata. c) Tidak mudah mengecut dan meleding. d) Tidak mudah pecah apabila dipaku atau diskru. 6. Kelemahan papan lapis adalah seperti yang berikut : a) Lapisan kayu mudah menggelupas apabila terkena air. b) Tiada saiz yang kecil dan kurang ekonomik jika hanya memerlukan ukuran yang kecil. 7. Papan lapis yang permukaannya telah dilapis dengan formika atau lapisan plastik yang bercorak boleh didapati di pasaran.