papan suis.docx

Download papan suis.docx

Post on 30-Nov-2015

289 views

Category:

Documents

13 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

elektrik

TRANSCRIPT

Pelindungan lebihan arus iailah peranti yang ditugaskan untuk melindungi litar, kabel atau kelengkapan daripada penerima arus yang lebih tinggi daripada kadaran yang selamat bagi litar, kabel atau kelengkapan itu ( tidak melebihi kadaran nilai peranti it

21__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )Papan suis dan gear suis ( domestik dan industri )

Pelindungan lebihan arus ialah peranti yang ditugaskan untuk melindungi litar, kabel atau kelengkapan daripada penerima arus yang lebih tinggi daripada kadaran yang selamat bagi litar, kabel atau kelengkapan itu ( tidak melebihi kadaran nilai peranti itu). Peranti ini mungkin fius (memutuskan atau meleburkan dawai fius apabila arus berlebihan mengalir ) atau pemutus litar ( peranti mekanik yang menyambung dan memutuskan litar secara automatic apabila arus melebihi had melaluinya. Arus lebih ini berlaku disebabkan oleh litar pintas, pertambahan beban yang berlebihan kerosakkan alat dan sebagainya.Apabila berlaku kebocoran arus kebumi, pengalir atau bahagian logam pemasangan yang terdedah akan menjadi laluan arus tersebut. Arus ini dikenali sebagai arus bocor kebumi. Arus ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kejutan jika ianya tersentuh. Bagi mengelakkan daripada terkena renjatan alat-alat perlindungan akan digunakan bagi menghentikan bekalan utama ke litar yang mengalami kebocoran. Alat-alat perlindungan yang menggunakan bagi tujuan ini adalah :

Peranti perlindungan arus lebihan dengan syarat galangan bahagian arus bocor dilitar tersebut cukup rendah untuk mengendalikan fius atau pemutus litar pelindung arus.

pemutus litar bocor kebumi kendalian voltan rosak atau kendalian arus baki.

Gambarajah pendawaian jujukan kawalan

Pemutus litar

Pemutus litar adalah peranti suis kendalian mekanikal yang boleh menyambung dan memutuskan litar dalam keadaan biasa dimana arus yang mengalir tidak melebihi kadarnya. Ia boleh dihidupkan atau dimatikan secara mekanik. Apabila berlaku pengaliran arus yang melebihi had kadaranya, ia akan memutuskan litar secara tersendiri. Masa yang diambil untuk ia bertindak adalah lebih pantas daripada fius biasa. Dua jenis pemutus litar yang biasa digunakan di rumah ialah pemutus litar miniatur (dalam kotak agihan pemutus litar ) dan pemutus litar bocor kebumi.

Pengunaan elektrik:

Pengguna elektrik bolehlah di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu:Pengguna kecil arus terus atau arus ulang-alik satu fasa (sistem 2 dawai)Pengguna besar arus terus atau arus ulang alik satu fasa (sistem 3 fasa )Pengguna besar arus ulang alik 3 fasa ( sistem 4 dawai )

Kaedah pemasangan setiap jenis penggunaan adalah berbaza. Begitu juga dengan alat kawalan yang terdapat di setiap sistem bekalan dirumah kediaman biasa. Kebanyakkan rumah kediaman adalah dibawah sistem penggunaan kecil yang menggunakan bekalan arus ulang-alik satu fasa atau dua fasa. Oleh kerana pengguna kecil ini berbeza-beza bilangan dan bentuk bangunan, sistem pengagihan dalam penggunaan itu juga berbeza mengikut penyesuaian dengan beban yang bakal dipasang. Diantaranya ialah :

1. Satu papan agihan mudah untuk rumah biasa.

2. Beberapa papan agihan selari untuk rumah bertingkat persendirian

3. Beberapa papan agihan kawlan berasingan oleh papan agihan utama untuk rumah besar (banglo).

4. Beberapa papan agihan disambung dalam litar gelang.

Unit pengguna:

Unit pengguna sama dengan kotak agihan. Perbezaan unit pengguna dengan kotak agihan adalah unit pengguna mempunyai mempunyai suis utama / pemutus litar arus baki dua kutub yang biasanya berkadaran 60 amp, 80 amp dan 100 amp. Unit pengguna juga mempunyai beberapa litar untuk sambungan keluar melalui fius atau pemutus litar miniatur. Bilangan litar yang keluar itu dipanggil hala. Kesemua litar yang keluar itu dikawal oleh suis utama / pemutus litar arus baki itu.

Pengkalan pengguna.

Apabila bekalan elektrik sampai ke sesebuah bangunan, ia akan disambungkan kepada beberapa alat kawalan seperti fius perkhidmatan, perangkai neautral, meter kilowatt-jam, suis utama atau pemutus litar dan sebagainya. Pengkalan sambungan setiap unit kelengkapan kawalan itu dipanggil pangkalan pengguna.

Papan suis :

Papan suis ini adalah tempat pemasangan suis utama, suis tambahan atau peralatan suis bagi kendalian radas pengatur perlindungan atau sebarang kawalan pemasangan elektrik sama ada bersama alatan atau tidak. Kumpulan suis-suis tempatan dalam litar akhir bukanlah dianggap sebagai papan suis.

Keperluan kawalan pengguna

Pada amnya, bahaya elektrik bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu bahaya arus lebih yang boleh menyebabkan kerosakkan alat, kelengkapan kabel atau kebakaran. Jenis yang kedua ialah bahaya arus bocor ke bumi yang boleh menyebabkan kejutan atau kebakaran. Bahaya ketiga pula ialah kejutan sewaktu membaiki, menyelenggaraan, atau membuat tambahan litar, bahaya merebaknyer kebakaran elektrik atau kebakaran biasa ke litar elektrik yang lain dan bahaya kejutan atau kerosakkan litar yang berpanjangan.

Bagi mengatasi bahaya-bahaya ini setiap litar pengguna mestilah dilengkapi dengan alat alat kawalan. Misalnya, pelindung arus lebihan yang digunakan oleh fius perkhidmatan ialah untuk menghadkan kadaran arus pengguna agar tidak menambah sesuka hati beban atau litar lain dalam pemasangan itu. Penambahan ini boleh menyebabkan permintaan arus bertambah. Keadaan ini merbahaya kerana kabel dan alatan yang dipasangan telah dihadkan kadaran arusnya. Jika arus bertambah bererti kabel dan alatan itu akan rosak. Bahaya arus bocor kebumi boleh diatasi dengan memasang peranti pemutus litar bocor kebumi dimana peranti ini akan memutuskan bekalan elektrik ke pemasangan itu secara automatik apabila berlaku arus bocor ke-bumi.

Apabila kerosakkan dan kejutan elektrik, kebakaran, kerja pemasangan atau kerja baik pulih berlaku disesuatu litar, litar itu dapat dipisahkan dari litar yang elok. Dengan itu bahaya-bahaya tersebut dapat dielakkan daripada merebak ke tempat lain. Tugas ini biasanya dijalankan oleh peranti yang dipanggil oleh pemencilan. Ia berupa suis kendalian mekanik dan mungkin dilengkapkan bersama-sama dengan fius utama. Pemencilan ini mestilah dipasang disetiap permulaan litar bagi memastikan kesemuanya bekalan di pemasangan itu dapat diputuskan apabila berlaku bahaya-bahaya tersebut.

Gambarajah jujukan kawalan pengguna( jenis pelindung keselamatan )

Pelindung arus bocor kebumi.

Arus dalam litar elektrik biasanya mengalir dalam kabel fasa neutral dan bahagian dabn peralatan yang ditugaskan untuk membawa arus. Apabila arus mengalir kebahagian logam terdedah peralatan elektrik yang tidak ditugaskan membawa arus, arus itu dikatakan telah bocor daripada aliran biasanya ( tidak balik ke kabel neutral ). Oleh kerana rangka alat-alat ini terdedah dan mudah tersentuh, kemungkinan besar orang yang menyentuh bahagian logam itu akan mendapat kejutan elektrik di samping haba dari kabel yang boleh menyebabkan kebakaran. Oleh kerana itu alat-alat elektrik dan pemasangannya mestilah dilindungi daripada bahaya ini dengan menyambungkan bahagian logam itu ke bumi ( bahagian-bahagian logam yang terdedah tadi ) bagi mengelakkan arus yang bocor itu. Arus ini akan dialirkan dengan selamat ke bumi tanpa melalui orang yang menyentuhnya kerana bumi dianggapkan berkeupayaan sifar berbanding dengan badan manusia atau haiwan yang mempunyai rintangan.

Cara pembumian terus ini kadangkala tidak berkesan kerana rintangan bumi yang rendah tidak mudah diperolehi terutamanya di kawasan tinggi atau kering dan batuan batuan atau berpasir. Arus bocor tidak mengalir sepenuhnya ke bumi. Sebahagian akan mengalir melalui badan orang yang memegang bahagian logam yang membawa arus bocor kebumi itu. Pemutus litar bocor kebumi digunakan mengatasi masalah ini. Terdapat berbagai-bagai jenis pemutus litar bocor kebumi. Dua daripadanya yang lazim digunakan ialah:

1. Pemutus litar arus baki ( kendalian arus )2. Pemutus litar voltan rosak ( kendalian voltan )

Jika pemutus litar bocor kebumi kendalian arus digunakan untuk sistem bekalan kuasa tn atau tt, hasil darab arus kendalian pemutus litar itu dengan galangan gegelung rosak kebumi mestilah tidak boleh melebihi 50 ( 50 v ). Jika pemutus litar bocor kebumi jenis kendalian voltan rosak digunakan galangan gegelung rosak ke bumi termasuk rintangan elektrik. Bumi mestilah tidak melebihi 500 ohm. Dalam sistem bekalan tt, gegelung rosak bumi ternasuk perintang elektrod kebumi.

Alat pelindung lebiahn arus dan istilah-istilah pelindung lebihan arus voltej rendah.

Pelindung lebihan arus ialah sesuatu alat yang boleh memutuskan litar bekalan dengan sendiri (automatic) apabila berlaku arus yang lebih melebihi kuantiti yang dihadkan bagi sesebuah litar.

Tujuan pelindung lebihan arus dipasang ialah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadar keupayaan maksimum alat itu mengalir di dalam litarnya. Di samping itu, pelindung lebihan arus digunakan untuk melindungi kabel daripada rosak.

Terdapat beberapa istilah yang sering digunakan dalam penerangan untuk perlindungan arus lebih, antaranya :

1) Pelindung lebihan arus kelas halus

Pelindung arus lebih kelas halus bermaksud satu kumpulan peranti pelindung arus lebih yang tidak akan dikendali dalam jangka masa satu jam apabila arus sebanyak 1.2 x arus kadaran peranti itu mengalir melaluinya.

2) Pelindung lebihan arus kelas kasar

Pelindung lebihan arus kelas kasar bererti satu kumpulan peranti pelindung yang akan berkendali dalam masa satu jam apabila arus sebanyak 1.5 x arus peranti itu mengalir melaluinya. Contoh peranti dalam kelas ini ialah pemutus pemutus liotar miniatur.

3) Masa lazim

Masa lazim ialah masa yang dip