kawalan motor dan kemahiran motor

Upload: naimuddin-manaf

Post on 03-Apr-2018

281 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    1/14

    Kawalan motor dan kemahiran motor

    4.1 Kawalan motor

    Menurut Thelen (2000) dalam Gallahue dan Ozmum (2006) menyatakan bahawa

    kawalan motor muncul daripada interaksi yang berterusan dan rapat antara

    sistem saraf dan penglihatan,anggota badan dan bahagian badan.Hal ini

    menerangkan bahawa pergerakan antara badan berkait rapat dengan sistem

    saraf yang membawa maklumat.Di samping itu,kawalan motor oleh saraf akan

    mengawal pergerakan otot-otot bagi menghasilkan suatu pergerakan.Kawalan

    motor ini bertindak sebagai mengkaji postur dan pergerakan manusia serta

    mekanisma yang mengawal kedua-duanya. Kawalan pergerakan yang mencapai

    menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem

    biologi dimana ia dikawal oleh otak dan sistem saraf.

    4.2 Lakuan motor

    Lakuan motor terhasil daripada pergerakan yang melibatkan pelbagai jenis otot

    badan. Lakuan motor adalah penting dalam setiap permainan yang ingin diceburi

    oleh kanak-kanak supaya setiap apa aktiviti yang dilakukan tidak mendatangkan

    masalah kepada pergerakan dan kecederaan.Selain itu,kemampuan ataukebolehan biomotor melibatkan kekuatan,kelajuan,daya tahan dan koordinasi.

    Kemampuan motor dapat membantu keseluruhan (total fitness).

    Latihan yang mengandungi aktiviti untuk memperkayakan perlakuan motor

    seperti berlari,lompat selang,senaman yang dikerjakan secara berterusan dapat

    melahirkan tubuh badan yang kuat dan sihat.Tingkah laku kanak-kanak

    merupakan unsur yang penting bagi pergerakan.Hal ini demikian kerana

    pergerakan amat penting untuk memenuji keperluan hidup yang sempurna.Di

    samping itu,jika tiada perlakuan motor maka pergerakan tidak dapat dihasilkan

    dengan baik dan sempurna.Pergerakan ini juga berkait rapat dengan kemahiran

    motor.

    4.3 Kemahiran motor

    http://kanakkanakumpamakainputih.blogspot.com/2010/03/kawalan-motor-dan-kemahiran-motor.htmlhttp://kanakkanakumpamakainputih.blogspot.com/2010/03/kawalan-motor-dan-kemahiran-motor.html
  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    2/14

    Kemahiran adalah satu tindakan,tugas atau corak tindak balas tertentu serta

    kebolehan dan kesanggupan yang diperkembangkan.Hal ini adalah kerana satu

    sifat am yang bergantung kepada faktor-faktor keturunan,persekitaran dan

    pembelajaran.Menurut Maier (1980) dalam Arosoo (1989),kemahiran motor ialah

    kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubungan

    dengan persekitaran tertentu.Di samping itu,kemahiran motor juga merupakan

    pergerakan yang melibatkan otot-otot pada badan.Menurut Singer (1972),beliau

    telah menghuraikan domain psikomotor mengikut kemampuan motor (motor

    abilities),ciri-ciri afektif dan kemampuan kognitif.

    Menurut Fartel (1960),kemahiran motor terbahagi kepada 3 bahagian iaitu cyclic,acylic

    dan gabungan acylic.

    4.3.1 Cyclic

    Kemahiran cyclic adalah kemahiran yang melibatkan sukan seperti jalan

    kaki,berenang,lumba basikal dan lain-lain.Ciri-ciri utama dalam penglibatan

    pergerakan motor yang berulang-ulang.Apabila pusingan pergerakan motor

    dipelajari atau dikuasai akan membolehkan pergerakan tersebut dilakukan dalam

    jangka masa yang lama.Walaupun setiap pusingan pergerakan adalah hasil

    daripada beberapa fasa pergerakan yang menjadikannya satu pusingan

    pergerakan yang lengkap.Contoh kemahiran cyclic seperti seperti jalan

    kaki,berlari,berenang,lumba basikal dan lain-lain.

    4.3.2 Acylic

    Kemahiran ini adalah kemahiran gabungan dari kesempurnaan yang dilakukan melalui

    satu aksi.Contoh kemahiran bagi kemahiran acylic adalah badminton di mana

    adalah hasil gabungan pergerakan hayunan,transisi,pusingan,pukul dan langkahsemuanya dilakukan melalui satu aksi sahaja.

    4.3.3 Gabungan acylic

  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    3/14

    Kemahiran gabungan acylic adalah gabungan cyclic dan diikuti oleh pergerakan

    acylic.Kemahiran ini melibatkan semua jenis lompatan,bagi acara padang dan

    balapan.

    Terdapat dua faktor yang mengawal kemahiran motor.Ianya bolehlah dikatakan sikap

    atau persekitaran dan faktor genetik,termasuklah perkembangan sistem saraf

    dan fungsi neurologikal.Menurut Vasuderan (1989) dan tambahnya lagi

    kemahiran motor yang rendah pada sesetengah kanak-kanak adalah disebabkan

    oleh kombinasi faktor yang disebutkan.

    4.4 Aspek perlakuan motor dan kemahiran motor

    Perlakuan motor dan kemahiran mempunyai hubung kait dan persamaan.Hal ini

    demikian kerana,dengan perlakuan motor maka terhasilnya kemahiran serta

    pergerakan.Terdapat beberapa komponen dalam aspek ini.Komponen ini terdiri

    daripada koordinasi,imbangan,ketangkasan,kuasa,masa tindak balas dan

    kepantasan.

    Koordinasi ialah ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam

    pergerakan tubuh badan seseorang kanak-kanak.Koordinasi ini melibatkan

    penyelarasan kesemua anggota badan.Hal ini demikian,koordinasi amat penting

    dalam melakukan pergerakan dan kemahiran kerana jika koordinasi tidak dapat

    dilaksanakan dengan baik,maka ini akan menyebabkan pemasalahan dalam

    melakukan pergerakan.

    Imbangan pula merujuk kepada kebolehan untuk mengekalkan

    keseimbangan apabila pusat graviti seseorang kanak-kanak dan dasar (tapak)

    menyokongnya diubahkan.Di samping itu,imbangan juga membawa maksud

    kebolehan mengekalkan kedudukan teguh semasa melakukan pergerakan ataukeadaan diam sebagai contoh bayi yang berusia antara 4-6 bulan belajar untuk

    duduk dan dia memerlukan keseimbagan badan untuk duduk atau pun bayi yang

    baharu belajar untuk berjalan.

  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    4/14

    Kuasa pula merujuk kepada kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Ianya

    adalah kebolehan kanak-kanak dalam melakukan sesuatu pergerakan pantas

    (mengejutkan/explosive) yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan

    kekuatan yang tinggi.

    Ini adalah hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangka masa yang singkat

    ianya gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot.

    Ketangkasan pula ialah kebolehan seseorang kanak-kanak melakukan

    pergerakan berurutan ke sesuatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas

    yang boleh.Kebolehan menukar kedudukan di ruang tamu tertentu secara kemas

    dan mudah.

    Masa tindak balas ialah merujuk kepada sesuatu jangka masa yang

    diambil untuk bergerak selepas menerima rangsangan untuk berbuat

    demikian.Kelajuan pula ia berkait rapat dengan masa.Kelajuan ditentukan hasil

    jarak langkah dan kekerapan melangkah.Contohnya kepantasan kanak-kanak

    semasa berlari atau berjalan.Kecergasan pula merujuk kepada mempunyai

    keupayaan untuk melakukan kerja seharian tanpa kelesuan dengan penggunaan

    tenaga yang minimum serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan dimasa

    kesengganan dan ketika dalam kecemasan.Hal ini demikian kerana,kanak-kanak

    tidak pernah berasa letih dalam bermain kerana bermain adalah aktiviti bagi

    mereka.

  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    5/14

    INI ADALAH UNTUK PENGETAHUAN TENTANG MOTOR KASAR DAN MOTOR

    HALUS MENGIKUT USIA

    UMUR AKTIVITI MOTOR KASAR

    AKTIVITI MOTOR HALUS

    2-3 Tahun Melompat dan berlari ulang-alik Suka

    menconteng mendiskriminasi objek tetapi

    Menunjukkan tahap aktiviti paling tinggi. tidak pandai

    melukis objek.

    3-5 Tahun Memanjat, menendang bola dan menunggang Memegang

    gelas dengan sebelah tangan. Mengutip

    basikal kecil. objek, menyusun

    blok secara menegak, membuka tali

    kasut, makan

    dengan menggunakan sudu, menuang

    air dari bekas dan

    boleh meniru bulatan serta melukis

    garis lurus.

    4-5 Tahun Melakukan aktiviti fizikal yang lebih mencabar dan Melukis

    bentuk yang mudah, menulis huruf yang besar

    lasak seperti memanjat tangga dengan sebelah dan

    menggunakan guntig untuk memotong.

    kaki. Menunjukkan kebolehan luar biasa di taman

    permainan dan melakukan aksi gimnastik yang

    mudah.

    5 Tahun ke atas Berlari dengan lebih laju dan suka berlumba lari Menarik zip,

    membutang baju, membina rumah dengan

    dengan rakan. Boleh melompat sejauh 3 kaki blok atau lego,

  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    6/14

    mengikat tali kasut, melukis atau menyalin

    dan setiggi 1 kaki. Boleh melompat dengan sebelah bentuk seperti

    segi empat tetapi tidak boleh melukis

    kaki dan melakukukan gerak kaki seperti bermula, bentuk

    diamond kerana tidak simetri.

    berpusing dan berhenti dengan berkesan. Boleh

    berjalan di atas palang, melontar dan menangkap

    bola.

    Kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak

    otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya.

    Perkembangan kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak, ke-

    seimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata-tangan kanak-kanak. Kanak-

    kanak yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran mengalami masalah

    menyeimbangkan badan.

    Perkembangan motor seorang kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh: Latihan Peniruan

    Genetik Perkembangan otak Budaya Kemahiran Menyambut dan Membaling Bola

    Membaling dan menyambut bola adalah satu kemahiran motor yang agak kompleks

    pada peringkat perkembangan kanak-kanak.

    Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak semakin matang mengikut

    peringkat umur: 2 tahun - Menggunakan tangan tetapi pergerakan badan tiada. 3 tahun

    - Gunakan tangan dengan pergerakan badan tetapi kaki tidak bergerak. 5-6 tahun -

    Menggerakkan kaki serta pergerakan semakin meningkat. Kemahiran kanak-kanak

    menyambut bola semakin meningkat pada peringkat awal. Kanak-kanak dapat

    menyambut bola dengan me-letakkan tangan di hadapan pada umur 4 tahun. Pada

    umur 5 tahun, mereka dapat menyesuaikan pergerakan tangan bagi menyambut bola

    dengan lebih cepat.

  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    7/14

    Kemahiran Motor Halus Kemahiran motor halus menggunakan otot-otot yang kecil

    seperti jari dan tangan. Walaupun kanak-kanak dapat menggunakan jari tangan

    mereka, tetapi memakan masa yang lama supaya menjadi lebih mahir.

    Kemahiran meng-gunakan jari dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak

    yang mengalami masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka.

    Kanak-kanak ini lebih cenderung menggunakan tangan. Kemahiran menggunakan

    motor halus mengalami peningkatan selari dengan meningkatnya umur mereka: 2 tahun

    - Menyelak muka surat di buku dan membentuk menara daripada blok-blok mainan

    sehingga 8 blok. 3 tahun - Menggunakan sudu untuk makan, meniru bulatan. 4 tahun -

    Dapat memakai baju sendiri, melukis bentuk tangan manusia dan menggunakan

    gunting. 5 tahun - Membutangkan baju, membuka zip. Pemakanan dan Kesihatan

    Kanak-kanak Perkembangan kanak-kanak banyak bergantung pada cara pemakanan

    dan tahap kesihatan mereka. Ini kerana perkembangan kanak-kanak tidak sekerap

    perkembangan semasa mereka masih bayi.

  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    8/14

    Pengenalan

    Pembelajaran Motor adalah berteraskan kepada pergerakan. Mengikut Cratty (1975),

    Pembelajaran Motor adalah perubahan tahap kemahairan yang stabil hasil dari

    percubaan yang berulang-ulang.

    Definisi lain yang diberikan oleh Drowatzky (1981) penyesuaian yang melibatkan

    pergerakan dan tindakbalas otot. Kesimpulannya, Pembelajaran Motor melibatkan

    pemikiran dan tubuh badan.

    Kemahiran Motor

    Kemahiran motor diguna dalam konteks yang berbeza:

    1. Sebagai tugasan atau perlakuan

    - mempunyai matlamat yang khusus untuk dicapai memerlukan pergerakan anggota

    badan

    - ada tujuan

    - secara sukarela

    - memerlukan pergerakan anggota badan.

    2. Sebagai indikator prestasi berkualiti

    - kemahiran dinilai dengan prestasi yang produktif

    contoh: 60% -70% servis pertama dalam permainan tenis dikira dengan lakuan

    yang betul dan tepat

    - prestasi individu yang tipikal ( characteristic performance) seperti prestasi yang

    konsiten, mengguna tanda-tanda yang bermakna.

    Klasifikasi Kemahiran

  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    9/14

    Kemahiran boleh diklasifikasikan dengan sifat-sifat yang berbeza.

    1. Kemahiran-Kemahiran Terasing, Berterusan, Bersiri.

    Kemahiran Terasing

    - permulaan daan akhiiran lakuan aadalah jelas.

    Contoh: -tendangan/pukulan penalti dalam permainan hoki

    -lontar peluru

    Kemahiran Berterusan

    - tidak ada permulaan dan akhiran masa yang jelas dan ianya berterusan .

    Contoh: -mengelecek bola dalam permainan bola sepak/hoki

    -berenang, berkayak

    Kemahiran Bersiri

    - gabungan kemahiran-kemahiran terasing dalam satu masa perlakuan

    Contoh: -bermaain piano, latihan lantai dalam gimnastik, melakukan pukulan-

    pukulan sambil bergerak dalam permainan tenis

    Kemahiran-Kemahiran Motor Halus dan Kasar

    Klasifikasi yang berasaskan kepada pergerakan dan daya yang digunakan dalam

    sesuatu kemahiran

    Kemahiran Motor Kasar

    - kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kasar/besar atau melibatkan

    banyak anggota.Contoh: menendang bola, berenang, berjalan

    Kemahiran Motor Halus

  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    10/14

    - kemahiran yang melibatkan kumpulan ottot-otot kecil/ halus dan sukar dilihat

    Contoh: menulis, melukis

    Terdapat kesukaran dalam mengklasifikasikan sesetengah kemahiran bagi

    menentukan kumpulan otot kasar atau halus.

    Contoh: mengimbang di atas palang imbangan dengan sebelah kaki

    Kemahiran-Kemahiran Tertutup Dan Terbuka

    Klasifikasi kemahiran ini dicadangkan oleh Poulton (1957) dan Knapp (1964).Kemahiran ini berasaskan kepada penyesuaian dengan persekitaran.

    Kemahiran Terbuka

    - perubahan persekitaran yang sukar diduga dan ianya tidak stabil.

    Contoh: pukulan rali dalam tenis, menembak pada sasaran yang bergerak

    Kemahiran Tertutup

    - persekitaran tetap dan stabil.

    Contoh: bowling, menaiki tangga, menembak pada sasaran yang tetap

    Prinsip Pemindahan Pembelajaran

    Proses ppembelajaran motor seseorang individu banyak dipengaruhi oleh pemindahan

    pembelajaran. Magill (1985) menyatakan pemindahan pembelajaran adalah pengaruh

    kemahairan yang baru.

    Definisi lain:

    Singer (1980): ..penggunaan pengalaman lepas dalam mempelajari kemahiran

  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    11/14

    baru

    pada situasi yang berlainan.

    Sage (1977) : ...kesan pembelajaran lepas kepada penerimaan pembelajaran

    yang

    baru.

    Pemindahan Pembelajaran Berkonsepkan

    Pengalaman, Kemahiran + Pengetahuan Lalu

    + = Disesuaikan dengan

    situasi

    baru

    Pembelajaran Kemahiran Baru

    Jenis-Jenis Pemindahan Pembelajaran

    1. Pemindahan Positif : pengalaman, pengetahuan dan kemahiran lepas membantu

    pembelajaran tugasan baru.

    2 Pemindahan Negatif : pengalaman, pengetahuan dan kemahiran lepas menghalang

    pembelajaran tugasan baru.

    3.Pemindahan Nuteral : pengalaman, pengetahuan dan kemahiran lepas tidak memberi

    kesan kepada pembelajaran tugasan baru.

    Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemindahan Pembelajaran

    a. pengalaman lepas

    b. sifat tugasan

    c. elemen yang berpindah

  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    12/14

    d. tumpuan

    e. pengetahuan tentang prinsip pembelajaran

    f. tumpuan.

    Perbezaan Individu

    Prestasi di antara seseorang individu dengan individu yang lain adalah berbeza.

    Perbezaan yang sangat nyata adalah pada umur dan jantina.

    Contoh: - golongan lelaki boleh melakukan sesuatu aktiviti lebih baik daripada golongan

    wanita dan sebaliknya.

    - keupayaan memproses maklumat, menyimpan dan mengingat adalah rendah di

    kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

    Perbezaaan lain yang membezakan prestasi individu adalah:

    a. Perbezaan kebolehan yang melibatkan kebolehan fizikal seperti kordinasi,

    keseimbangan, kinestesis dan masa tindakan.

    - kebolehan mental seperti tumpuan, persepsi, membuaat keputusan dan kepintaran.

    b. Baka.

    c. Ciri-ciri fizikal, antaranya:

    - tinggi - rasa

    - berat - susuk tubuh

    - kekuatan - pendengaran

    - kelembutan

    d. Kestabilan emosi.

    - prestasi terjejas dengan tahap tekanan dan kebimbangan yang tinggi.

  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    13/14

    e. Kematangan dan Pertumbuhan.

    - kematangan adalah pada kadar yang berbeza samada fizikal atau mental seseorang.

    Umur kronologi tidak menunjukan kematangan seseorang.

    f. Pembelajaran dan Pengalaman Lepas.

    - pelajar baru mempunyai tahap prestasi yang rendah berbanding pelajar lama.

    g. Motivasi.

    - setiap individu mempunyai tahap motivasi dan pendorong yang berbeza terhadap

    sesuatu aktiviti.

    h. Keadaan Persekitaran.

    - persekitaran mempengaruhi pengalaman seseorang seperti alatan, bentuk arahan

    dan keadaan cuaca.

    i. Pengaruh Sosiobudaya.

    - keadaan sosial

    - pengaruh budaya seperti latar belakang keluarga, ekonomi dan tradisi kebangsaan

    contoh: kurang perenang dan pemain tenis Amerika dari orang-orang berkulit

    hitam.

  • 7/29/2019 Kawalan Motor Dan Kemahiran Motor

    14/14

    PERKEMBANGAN MOTOR HALUS

    -kanak

    yang melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata dan tangan. Pergerakan motor

    halus mempunyai hubungan yang rapat dengan lain-lain perkembangan kanak-kanak.

    -otot tangan dan jari Membina koordinasi mata, jari

    dan tangan Mengoyak kertas dan menampal pada kertas yang disediakan Bermain

    dengan bongkah atau blok binaan Mewarna bentuk, corak dan objek Melakukan

    aktiviti permainan air dan permainan pasir

    membina koordinasi di antara mata dan tangan Menggunakan otot -otot untuk

    membina sesuatu objek Menggunakan otot-otot untuk menguasai kemahiran yang

    boleh digunakan dalam kehidupan harian mengezip, membutang Dapat

    menggunakan peralatan melukis dan menulis dengan betul

    seseorang individu untuk bergerak di sekelilingnya. Contoh: - merangkak - berdiri -

    berjalan - melompat - mengensot

    -otot kaki Membina otot-otot tangan Membina

    koordinasi yang melibatkan mata dan kaki Membina koordinasi mata dan tangan

    Membina koordinasi tangan dan kaki Membina otot pada bahagian leher dan kepala

    Membina koordinasi otot-otot pada keseluruhan anggota badan

    keyakinan Berjalan menaik dan menurun tangga Berlari dengan mengawal arah dan

    kelajuan Melompat ke atas dan ke bawah tanpa jatuh Menggunakan otot dengan

    seimbang Menangkap bola atau pundi kacang Melontar objek dengan arah tertentu

    Mengimbangi badan semasa mengayuh basikal