kaunseling dan kepimpinan

10

Click here to load reader

Upload: mohamad-shuhmy-shuib

Post on 30-May-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaunseling Dan Kepimpinan

8/9/2019 Kaunseling Dan Kepimpinan

http://slidepdf.com/reader/full/kaunseling-dan-kepimpinan 1/10

Kaunseling & Kepimpinan

KAUNSELING & KEPIMPINANOleh : Asmawati Baharudin

PERGERTIAN KAUNSELINGKaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yangboleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminyadalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnyasetiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidaklangsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor,

 jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikanmasyarakat.

Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktivitirundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorangmenolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan

hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagikebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsepkaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama,kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Iatumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentangperkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu,ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifikdan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:

• Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan

memberi makna kepada kehidupan masing-masing. • Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan

manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing.Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien,iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupundirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yangpaling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalahdirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akandihadapi oleh klien atas keputusannya itu. 

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri

dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasanmatlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakanyang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuaninteraksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yangmengakibatkan berlaku perubahan pada klien.

Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diridengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar 

 – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan

1

Page 2: Kaunseling Dan Kepimpinan

8/9/2019 Kaunseling Dan Kepimpinan

http://slidepdf.com/reader/full/kaunseling-dan-kepimpinan 2/10

Kaunseling & Kepimpinan

mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yangtidak boleh dilakukannya langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untukmeneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan ataumasalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri

dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akandapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pastibakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini,klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialahperhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesanperhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

TUJUAN KAUNSELING

Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapatyang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua

 jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamatproses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan prosesterus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor danklien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untukmencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting keranasekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya,maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunselingtersebut.

Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunselingdalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atauperkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan

kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri,penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraankendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dantidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkanmerupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna,berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

Lima tujuan kaunseling iaitu:

1. Menolong mengubah tingkah laku klien. 2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri,

terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu

bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya. 

3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saatpenting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuatpemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusantertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dansedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut. 

4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramaiorang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-

2

Page 3: Kaunseling Dan Kepimpinan

8/9/2019 Kaunseling Dan Kepimpinan

http://slidepdf.com/reader/full/kaunseling-dan-kepimpinan 3/10

Kaunseling & Kepimpinan

individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengankonsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkankualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungandalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam

masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutukesejahteraan kehidupan individu. 

5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klienmengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambiltindakan yang sewajarnya.

Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhanperubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasasejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasikepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakanterhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunselingmenolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya

dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan oranglain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman,pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialahtujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proseskaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa kesemasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakanyang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama olehklien dan kaunselor mengikut keperluan klien.

Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolongseorang klien:

Memahami diri dan situasinya; 

• Mengenal pasti keperluannya; • Menerima realiti hidupnya; • Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya; • Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya; • Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya. 

Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannyasehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapatdicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insanyang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklahdapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan

 jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.

Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dansituasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana,mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapatdibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihatdari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam

3

Page 4: Kaunseling Dan Kepimpinan

8/9/2019 Kaunseling Dan Kepimpinan

http://slidepdf.com/reader/full/kaunseling-dan-kepimpinan 4/10

Kaunseling & Kepimpinan

perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian.Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi danketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itusendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai

 jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan

asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku,siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan danseumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.

Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripadapengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proseskaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk

 jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinyaserta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsidan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangansehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat

meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.PRINSIP KAUNSELING

Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapaitujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:

1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah lakusecara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien inginmengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untukmengubah tingkah lakunya. 

2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien.Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan

berautonomi. 3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam

kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yangdipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor. 

4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakanmelalui temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakankaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual. 

5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semuaaktiviti mendengar merupakan kaunseling. 

6. Kaunselor memahami kliennya. 7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di

antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan. 

8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerjadengan klien yang mempunyai masalah psikologi. 

Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:

4

Page 5: Kaunseling Dan Kepimpinan

8/9/2019 Kaunseling Dan Kepimpinan

http://slidepdf.com/reader/full/kaunseling-dan-kepimpinan 5/10

Kaunseling & Kepimpinan

1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri. 2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri

yang lebih tinggi. 3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi,

khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri. 

4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien danbukan keperluan kaunselor. 

Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:

1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedangmenghadapi masalah atau kerunsingan. 

2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaanadalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling. 

3. Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan

dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akanmenimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihanatau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolongklien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi,mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiranyang kabur dan tidak rasional. 

4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannyapaksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama diantara individu yang terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerimakhidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang

lain. 5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu

mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri. 6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan

dan harga diri seseorang. 7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai

peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk mencapai matlamat itu. 

8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik. KETRAMPILAN PEMIMPIN BERWIBAWAMembentuk Kejayaan Diri

• Menganalisa mengenali diri sendiri

• Menyediakan matlamat hidup

• Mempunyai wawasan sendiri

• Mengenalpasti nilai dan prinsip dalam hidup

5

Page 6: Kaunseling Dan Kepimpinan

8/9/2019 Kaunseling Dan Kepimpinan

http://slidepdf.com/reader/full/kaunseling-dan-kepimpinan 6/10

Kaunseling & Kepimpinan

• Sasaran – Perancangan dan matlamat untuk menjayakan sasaran bagimembolehkan berjaya dalam kerjaya

Mengenal diri sendiri

• Anggapan kita mengenal diri sendiri

• Diri kita dari kaca mata orang lain• Diri kita sebenar 

Tiga jenis manusia

• Mereka yang menjadikan sesuatu berlaku

• Mereka yang melihat sahaja apa yang berlaku • Mereka yang bertanya apa yang berlaku

Penilaian diri

• Memahami diri sendiri – kekuatan/kelemahan

Motivasi – kemahuan, semangat membara, keyakinan• Disiplin diri – menggunakan kekuatan diri dalam mengawal diri

• Keimanan – Pedoman dan Pegangan hidup

• Keyakinan – mempercayai kebolehan sendiri

• Daya tarikan – personaliti dan imej diri

• Perasaan – kebolehan mengawal perasaan

• Sikap – Positif atau Negatif 

• Tenaga- tenaga yang berterusan

• Semangat, kecergasan, kesungguhan

• Berfikir kreatif – idea/strategi baru

• Sasaran – sasaran dan standart diri sendiri

• Matlamat – Matlamat dan perancangan sebagai kompas ke arahkejayaan

• Pengurusan masa – Keupayaan membezakan antara keutamaan ,segera, kepentingan, tidak penting segera. 

Jenis-jenis matlamat

• Matlamat jangka panjangMatlamat yang memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk dicapai 

• Matlamat jangka pendekMatlamat jangka pendek yang membawa kepada implementasimatlamat jangka panjang 

Matlamat : Pendekatan "Smarter"

S

M

- -

Specific Measuarable

Spesifik Boleh diukur 

6

Page 7: Kaunseling Dan Kepimpinan

8/9/2019 Kaunseling Dan Kepimpinan

http://slidepdf.com/reader/full/kaunseling-dan-kepimpinan 7/10

Kaunseling & Kepimpinan

A

R

T

E

R

-

-

-

-

-

Attainable

Reasonable

Time bound

Exciting

Rewarding

Boleh dicapai

Berpatutan

Jangkamasa

Seronok / mengembirakan

Ganjaran

Prinsip pembentukan matlamat

• Matlamat mestilah matlamat anda sendiri • Matlamat mestilah positif  • Matlamat mestilah boleh di capai dan nyata • Matlamat mestilah ditulis • Matlamat mestilah specifik 

Mengapa tidak mempunyai matlamat

• Boleh dijangkakan

• Telah ditetapkan

• Takut kehilangan / kekalahan

• Takut kemenangan

• Pengharapan yang terlalu tinggi

9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda

1. Kuasai masa anda"Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"

2. Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalanganda."Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya adaseorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya".

3. Hapuskan ketakutan."Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takutuntuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".

4. Praktikan sikap positif 

5. Gambaran minda"Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu

gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".6. Bina imej diri positif 

7. Capai sebarang peluang yang mendatang"Peluang hanya datang sekali"

8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu

9. Ambil tindakan sekarang – Jangan cakap-cakap kosong sahaja."Action speak louder than words"

7

Page 8: Kaunseling Dan Kepimpinan

8/9/2019 Kaunseling Dan Kepimpinan

http://slidepdf.com/reader/full/kaunseling-dan-kepimpinan 8/10

Kaunseling & Kepimpinan

"1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasilusaha"

Keputusan ditangan anda, jangan biarkan sesiapa menghalang anda

Langkah 1

• Jelaskan kenapa anda membuat keputusan tersebut. • Fikirkan berapa banyak masa yang anda ada. • Tuliskan matlamat anda dan bila ia patut dicapai. 

Langkah 2

• Fikirkan tindakan yang akan diambil • Cari maklumat yang berkaitan dengan situasi tersebut • Senaraikan pilihan yang terbuka untuk anda 

Langkah 3

Senaraikan implikasi dan akibat dari setiap pilihan• Hapuskan pilihan yang tidak munasabah atau tidak anda perlukan 

Langkah 4

• Ikut setiap pilihan sampai tamat • Anda boleh mengikut lebih dari satu pilihan • Jangan membuang masa jika anda menamui jalan buntu. 

Langkah 5

• Tambah pilihan atau matlamat baru didalam tindakan anda Langkah 6

• Bila anda telah mencapai matlamat anda tuliskan matlamat baru danhad masa baru. Ikut langkah 2. 

Langkah 7

• Bila anda telah mencapai matlamat yang terakhir, anda juga adalahkearah mencapai kejayaan yang jitu. 

Hilangkan ketakutan

Bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri.

Fasa 1 Kenalpasti diri anda

Langkah 1 : Bina fail kejayaan anda

Langkah 2 : Mempunyai sikap optimistik

Langkah 3 : Tukar sikap anda terhadap kegagalan

Langkah 4 : Berhenti dari menganggap kegagalan dimana-mana

 Fasa 2 Ketegasan diri anda

8

Page 9: Kaunseling Dan Kepimpinan

8/9/2019 Kaunseling Dan Kepimpinan

http://slidepdf.com/reader/full/kaunseling-dan-kepimpinan 9/10

Kaunseling & Kepimpinan

Langkah 1 : Belajar menyatakan "TIDAK"

Langkah 2 : Bertanya

 Bersikap positif 

Apa itu SIKAP

• Sikap adalah tingkahlaku yang lahir dari emosi. Ia adalah kumpulanketerlaluan/perangagi yang ditunjukan oleh seseorang terhadap oranglain. 

• Ia merupakan komponen emosi dan salah satu perkara yang sukar difahami dan diurus. 

Bagaimana Sikap di Perlihatkan

Perkataan yangdigunakan

- "Boleh saya tolong…….""Maaf,……"

Air muka - senyum

Budi bahasa - Bersopan santunKurang sopan

Nada bahasa - Lembut, marah

Pembawaan diri (Imej) - Kemas, bersih

Pakaian - Kotor, bersih

Cara berjalan - Bertenaga, tak bermaya

Posture - Tegap, Bongkok

Sikap dan perhubungan manusia

Apa fungsi sikap terhadap persekitaran?

Sikap positif akan menghasilkan 3 matlamat:

• Ia akan melahirkan emosi yang positif/baik terhadap kerja dan rakan-

rakan di sekitar anda • Ia menambahkan sifat kreatif bagi menambah produktiviti anda • Ia memperbaiki personaliti anda dalam berhubung dengan persekitaran • Sikap dan sifat positif dalam pembentukan seseorang. Anda adalah apa

yang anda fikirkan. Jika anda positif kerja di anggap mustahil bolehberjaya. 

9

Page 10: Kaunseling Dan Kepimpinan

8/9/2019 Kaunseling Dan Kepimpinan

http://slidepdf.com/reader/full/kaunseling-dan-kepimpinan 10/10

Kaunseling & Kepimpinan

Kaedah mengubah sikap

• Tentukan dahulu samada sesuatu masalah itu berpunca dari sikap ataufaktor persekitaran. Jika berpunca dari faktor lain, usaha mengubahsikap tidak perlu dilakukan. 

Apakah diri sendiri orang yang paling sesuai untuk melakukannya danapakah pengaruh yang membawa kepada perubahan?Apakah keranapengaruh ganjaran, kepakaran, paksaan, tauladan atau simpati? 

• Nilai diri apakah komponen yang paling mempengaruhi sikap untukberubah? Apakah dengan mengubah persekitaran, pemikiran,pandangan dunia, perasaan, sistem nilai, tingkah laku, dan persekitaranuntuk bertindak? 

• Tentukan pendekatan yang diperlukan untuk mengubah diri samadadengan secara langsung negatif; mengancam; mengkritik; menghina;mengenakan dendaan dan paksaan atau secara tidak langsung;menunjukkan tauladan silaturrahim dan perlakuan. 

• Mengenal pasti rintangan rintangan yang mungkin dihadapi serta caramengatasinya, menentukan cara pengukuhan setelah berlakuperubahan; galakan atau dorongan dan mengubah suai pendekatanberasaskan kejayaan atau kegagalan. 

17. Sikap

Sikap orang yang berjaya

• Mengubah kelakuan sendiri • Bekerja keras dan punya masa • Tahu bila mahu bersikap tegas dan

mengalah • Menghormati orang lain dan

sanggup belajar dari orang lain • Menggunakan masa untuk maju • Penekanan terhadap kemungkinan /

(peluang)

• Menerima pendapat orang lain 

Sikap orang yang gagal

• Cuba mengubah kelakuan oranglain 

• Terlalu sibuk membuat apa yang

patut • Mengalah bila disoal dan

mempertahankan perkara yangtidak penting 

• Tidak mahu melihat kelebihanorang lain cuma terhadapkelemahan mereka 

• Gunakan masa untukmengelakkan kritikan 

• Penekanan terhadap masalah • Tidak mahu menerima pendapat

orang lain 

10