pengurusan dan kepimpinan

Upload: fawzika-baniamin

Post on 04-Apr-2018

276 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    1/33

    1. Melalui pembacaan anda, jelaskan erti kepemimpinan. Bagaimanakah

    kepimpinan mempengaruhi kejayaan sesorang pemimpin membuat keputusan.

    Merujuk kepada sesuatu program yang telah selesai dilaksanakan oleh istitusi

    pendidikan tempat anda bertugas, jelaskan bagaimana aspek-aspek kepimpinan

    ketua mempengaruhi tahap pencapaian pelaksanaan program ini.

    1.1 Pendahuluan

    1.2 Pengenalan Kepemimpinan

    Kepemimpinan yang utuh dan mapan adalah satu isu yang sentiasa dibincangkan

    oleh ahli akademik. Kepemimpinan yang unggul mempunyai ciri-ciri yang istimewa yang

    dibawa masuk oleh seorang pemimpin ke dalam organisasi disamping persediaan

    organisasi itu sendiri yang membolehkan ia bertindak dengan cemerlang.

    Kepemimpinan telah diterima sebagai faktor utama yang membezakan antara

    organisasi berkesan dan organisasi tidak berkesan. Kepemimpinan bukan ruang dan

    peluang untuk bertindak sesuka hati tetapi wadah untuk memberikan perkhidmatandengan penuh kesabaran. Ia bukan satu keistemewaan tetapi satu tanggungjawab. Ia juga

    bukan satu kemudahan tetapi satu pengorbanan. Kepemimpinan berlaku apabila

    seseorang itu berupaya menolong, menunjuk dan mepengaruhi orang lain untuk berusaha

    ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu.

    Kepemimpinan yang dilambangkan dalam Islam bukan sahaja dalam amalan

    rohani malahan mencakupi alam sejagat yang akhirnya melahirkan umat yang kukuh dan

    kuat dengan asas kepemimpinan yang dipupuk dan diberi bimbingan sejak kecil lagi bagi

    menyedia dan membina pemimpin yang effektif dan bertanggungjawab. Pembentukan

    kepemimpinan dengan kaedah kepemimpinan secara tersusun dan terancang akan dapat

    mengesan kebolehan memimpin yang dimiliki dan membantunya untuk mengenali diri

    mereka dan kemampuan menjadi pemimpin.

    1

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    2/33

    1.3 Definisi Kepemimpinan .

    Definisi yang biasa diterima pakai adalah bahawa kepemimpinan ialah sejenis

    tingkahlaku yang bertujuan mempengaruhi dan mendorong individu-individu lain supaya

    mereka sanggup melakukan apa yang dikehendaki oleh individu yang memimpin dengan

    relahati, mengubah sikap dan tindakan ahli ke arah mencapai tujuan dan matlamat

    kumpulan itu melalui proses-proses yang ditetapkan..

    Saranan dari Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-sekolah

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1982) menyatakan:

    Peranan utama kepimpinan pengetua atau guru besar sekolah mestilah cekap dan

    banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah-sekolah.

    Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai

    pakar runding, penasihat dna coordinator bagi program-program pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah, dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-

    aktiviti professional guru dan pelajar dan jangan hanya semata-mata sebagai pentadbir

    yang berkurung di bilik mengeluarkan arahan dan surat-surat arahan dan surat-surat

    siaran.

    Saranan ini memperlihatkan dengan jelas aliran pengurusan sekolah itu ialah

    daripada pentadbir kepada pengurus dan seterusnya kepada pemimpin.

    Muhamad Zabri bin Min (2003) pula menyatakan kepimpinan juga merupakan

    satu seni kemahiran yang diidamkan oleh kebanyakan orang untuk mengubah manusia

    mencapai sesuatu objektif. Kemahiran memimpin secara baru adalah berdasarkan

    andaian, kepercayaan, keperluan pelanggan dan kemahuan yang ada dalam organisasi itu

    sendiri yang lebih praktikal dan menepati kehendak masa. Enam kemahiran memimpin

    terkini adalah :

    Kemahiran berfikir secara sistematik dan memimpin sistem.

    2

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    3/33

    Kemahiran memahami kepelbagaian kerja.

    Kemahiran belajar dalanm organisasi

    Kemahiran memahami pelakuan manusia.

    Kebergantungan antara sistem, variasi, pembelajaran dan pelakuan manusia. Kemahiran menetapkan visi, pengarahan dan fokus organisasi.

    Kenneth Blanchard seorang pengarang terkenal dunia , menurut Michael Yeoh

    (2003), menyarankan perkara utama dalam kepimpinan ialah wawasan dan nilai yang

    menentukan perkara yang wajar dilakukan, diikuti oleh pelaksanaan yang sebenar.

    Matlamat utama kepemimpinan beretika ialah meningkatkan taraf hidup pekerja dan

    kualiti organisasinya. Beliau mengemukakan methodologi 5P iaitu Purpose (Tujuan),

    Pride (kebanggaan). Patience (Kesabaran), Persistence (Kecekalan) dan Perspective

    (Perspektif) dan menyatakan bahawa dalam melaksanakan kepemimpinan beretika

    sesorang itu mestilah mempunyai misi dan tujuan yang jelas.

    Menurut Warren Bennis, Presiden Universiti Cincinnati di Simposiun Universiti

    Maryland pada 21Januari 1998, menyatakan mengenai kepemimpinan iaitu:

    The first job of a leader is to define a vision for the organization. Leadership is the

    capacity to translate vision into reality.Leadership is focused much more on the

    individual capability of the leader. Leadership is a function of knowing yourself, having

    a vision that is well communicated, building trust among colleagues, and taking effective

    action to realize your own leadership potential.

    Tugas utama pemimpin ialah mendefinisikan visi organisasinya. Kepemimpinan

    ialah keupayaan merealisasikan visi kepada kenyataan. Kepemimpinan difokuskan

    kepada kebolehan pemimpin yang berfungsi mengenali diri sendiri, mempunyai visi yangdihayati ramai, membina kepercayaan antara ahli dan mengambil tindakan yang efektif

    mengenali potensi dalam dirinya.

    3

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    4/33

    Kenneth Boulding dalam The Image: Knowledge in Life and Society

    menyatakan:

    Leadership is a process by which a person influences others to accomplish an

    objective and directs the organization in a way that makes it more cohesive andcoherent. Leaders carry out this process by applying their leadership attributes, such as

    beliefs,values, ethics, character, knowledge, andskills.

    Kepemimpinan ialah satu proses yang melibatkan seseorang mempengaruhi orang

    lain ke arah mencapai matlamat dan menerajui organisasi dengan lebih berkesan.

    Pemimpin menjalani proses ini dengan dengan mengaplikasikan nilai-nilai kepercayaan,

    etika, tingkahlaku, pengetahuan dan kemahiran.

    Kepemimpinan menurut Thomas Gordan (2005) pula:

    Kepemimpinan dapat dilihat sebagai proses interaksi diantara individu dengan

    kumpulan atau secara khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli yang

    menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dalam proses interaksi ini boleh di anggap

    memegang watak-watak tertentu yang berbeza di antara satu sama lain. Asas yang

    membezakan pemimpin ialah dapat mempengaruhi dan pengikut akur mematuhi.

    Memimpin boleh diertikan sebagai :

    Memberansangkan orang-orang bawahan bekerja ke arah sesuatu matlamat

    Mempengaruhi kegiatan sesorang atau sesuatu kumpulan untuk mencapai

    sesuatu matlamat

    Mempengaruhi orang dalam sesebuah organisasi untuk bekerja keras dengan

    sukarela bagi mencapai matlamat organisasi

    Dua unsur penting dalam kepimpinan ialah pergerakan dan pencapaian

    matlamat .

    4

    http://www.nwlink.com/~donclark/performance/beliefs.htmlhttp://www.nwlink.com/~donclark/performance/values.htmlhttp://www.nwlink.com/~donclark/leader/leadchr.htmlhttp://www.nwlink.com/~donclark/knowledge/knowledge.htmlhttp://www.nwlink.com/~donclark/performance/skills.htmlhttp://www.nwlink.com/~donclark/performance/beliefs.htmlhttp://www.nwlink.com/~donclark/performance/values.htmlhttp://www.nwlink.com/~donclark/leader/leadchr.htmlhttp://www.nwlink.com/~donclark/knowledge/knowledge.htmlhttp://www.nwlink.com/~donclark/performance/skills.html
  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    5/33

    Kepimpinan menurut Bass, B & Stogdill, R (1990), boleh disimpulkan sebagai

    satu proses di mana individu mempengaruhi ahli kumpulannya bagi mencapai matlamat

    kumpulan atau matlamat organisasi dari satu keadaan kepada keadaan yang lain dengan

    kemahiran dan pengetahuan yang tinggi yang ada padanya. Pemimpin biasanya bertumpu

    ke arah pengeluaran atau ke arah pengagihan tugas. Beliau perlu mempunyai kuasa,

    personaliti, tingkahlaku dan tindakbalas yang proaktif untuk membawa perubahan kepada

    organisasinya kerana pemimpin yang berkesan didapati tinggi dari segi keinginan untuk

    pencapaian, lurus dan boleh dipercayai, mempunyai motivasi kepemimpinan tinggi, yakin

    diri dan juga boleh berubah-ubah gaya apabila menghadapi situasi-situasi berlainan.

    1.4 Konsep kepemimpinan

    Manusia dicipta atas konsep kepimpinan dan pengurusan. Tugas utama manusia

    ialah memimpin dan mengurus apa saja denga adil dan saksama. Konsep kepemimpinan

    dalam Islam meliputi seluruh bentuk dimensi kepemimpinan. Kepemimpinan bermula

    daripada konsep kepemimpinan individu dengan individu dan kepemimpinan individu

    dengan masyarakat yang akhirnya mebina masyarat dan negara. Kepemimpinan Islam

    berdasarkan syarak, keadilan, kesederhanaan, kebebasan bersuara, pembela kebenaran

    dan keselamatan ummah.

    Menurut Yakob Md Som (1997) kepemimpinan yang berkualiti menurut Islam ialah:

    Penghayatan budaza ilmu.

    Pemilikan sahsiah yang mulia

    Sifat berani dan bersedia menanggung risiko

    Keterbukaan

    Motivator

    Dinamis iaitu bergerak sehaluan dengan matlamat kreatif dalam mengatur

    strategi. Inovatif lagi kreatif dalam mengatur langkah-langkah untuk

    menggerakkan dan memajukan tugas dan tanggungjawab.

    5

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    6/33

    Tegas iaitu tidak berkompromi pada prinsip tetapi terbuka dalam perkara

    cabangan dan ijtihad.

    Kesanggupan berkorban dan tidak ada kepentingan diri.

    Sentiasa berzikir.

    Konsep kepemimpinan di zaman globalisasi dan teknologi ini telah jauh berbeza

    dari konsep kepemimpinan yang dikemukakan oleh Max Weber (1947) yang

    menggariskan beberapa ciri dalam birokrasi yang dapat mencerminkan keberkesanan

    sesebuah organisasi atau Frederick Taylor di awal abad ke 20 kerana pemimpin

    bukannya lahir terjelma. (Leaders are not born but bred). Konsep kepemimpinan baru

    adalah hasil daripada program pembangunan staf yang dirancang dalam iklim dan situasi

    organisasi yang kondusif untuk kemahiran mereka bentuk kepelbagaian pemikiran.

    1.5 Teori Kepemimpinan

    Di masa hadapan sedikit sebanyak integrasi teori-teori kepemimpinan masa kini boleh

    diharapkan , dikembangkan dengan beberapa pendekatan baru .

    Menurut Bass (1989 & 1990) dalam teori kepemimpinannya menyatakan:

    theory of leadership states that there are three basic ways to explain how people

    become leaders. The first two explain the leadership development for a small number of

    people. These theories are:

    Some personality traits may lead people naturally into leadership roles. This is

    the Trait Theory.

    A crisis or important event may cause a person to rise to the occasion, which

    brings out extraordinary leadership qualities in an ordinary person. This is the

    Great Events Theory.

    6

    http://www.nwlink.com/~donclark/leader/leadcon.html#onehttp://www.nwlink.com/~donclark/leader/leadcon.html#one
  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    7/33

    People can choose to become leaders. People can learn leadership skills. This is

    the Transformational Leadership Theory. It is the most widely accepted theory

    today and the premise on which this guide is based.

    Menurut Bass, di dalam teori kepemimpinan ada tiga pendekatan bagaimana

    seseorang itu boleh dikatakan seorang pemimpin. Pertama tingkahlaku kepemimpinan

    sesaorang itu yang datang semulajadi memainkan peranan dalam Teori Tingkahlaku.

    Kedua, dalam keadaan genting atau terdesak kualiti kepemimpinan sesaorang itu menjadi

    luarbiasa di luar dugaan dalam Great Event Theory. Ketiga, pemimpin boleh dipilih dan

    belajar kemahiran memimpin seperti dalam Teori Kepemimpinan Trasformasi yang telah

    diterima pakai pada masa ini.

    Teori Kontigensi Fiedler (1967) pula menumpukan perhatian kepada faktor-faktor

    dalam situasi yang berkesan dinamakan pendekatan kontegensi terhadap kepemimpinan.

    Fiedler berpendapat sumbangan pemimpin terhadap kejayaan prestasi kumpulannya

    ditentukan oleh kedua-dua sifat pemimpin dengan berbagai-bagai ciri situasi yang

    dihadapinya. Sifat pemimpin menjadi teras dalam kepepimpinan yang berasaskan

    interaksi antara personaliti dan keadaan.

    Teori Situasi terhadap kepemimpinan pula menyarankan bahawa gaya

    kepemimpinan hendaklah berbeza mengikut kematangan orang bawahan. Hubungan

    orang bawahan-pengurus bergerak melalui empat fasa iaitu apabila orang bawahan

    meningkatkan dorongan pencapaian dan pengalaman mereka. Sesuatu gaya

    kepemimpinan yang berlainan adalah bersesuaian untuk setiap fasa.

    Pendekatan Sifat terhadap Kepemimpinan yang digunakan oleh Kirkpatrick dan

    Locke (1991) mendapati bahawa terdapat sifat tertentu yang boleh digunakan untuk

    mengenalpasti pemimpin yang berjaya. Sifat seperti kebolehan kognitif, menjelaskan

    bahawa pemimpin yang berkesan harus bijak dan boleh menginteraksi dan menterjemah

    maklumat yang banyak.

    7

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    8/33

    Pendekatan Kelakuan terhadap pemimpin pula ialah fungsi kepemimpinan dan

    gaya kepemimpinan yang mengkaji dua aspek kelakuan pemimpin. Fungsi

    kepemimpinan berkaitan dengan tugas dan penyelesaian masalah dan berkaitan dengan

    fungsi sosial seperti penyelenggaraan kumpulan. Manakala dua jenis gaya adalah gaya

    yang berorientasikan tugas dan pekerja. Walaupun gaya kepemimpinan di pengaruhi oleh

    latar belakang seseorang tetapi ciri-ciri orang bawahannya akan memberi kesan ke atas

    gaya yang dipilih.

    ....a theory which states that the groups performance will be contigent upon the

    appropriate matching of leadership style and the degree of favourbleness of the group

    situation for the leader with influence over his group members. The model suggests that

    group performance can be improved either by modifying the leaders style or by the

    group- task situations (m.s 262)

    1.6 Kesimpulan

    Kauzes & Posner (1987) menyatakan proses ke arah kepemimpinan yang berjaya

    ialah :

    Challenge the process - First, find a process that you believe needs to beimproved the most.

    Inspire a shared vision - Next, share you vision in words that can be understood

    by your followers.

    Enable others to act- Give them the tools and methods to solve the problem.

    Model the way - When the process gets tough, get your hands dirty. A boss tells

    others what to do...a leader shows that it can be done.

    Encourage the heart- Share the glory with your followers' heart, while keeping

    the pains within your own.

    Prestasi sesebuah organisasi adalah tanggungjawab pemimpin .Pemimpin yang

    hebat adalah pemimpin yang dapat menyempurnakan tanggungjawabnya meransang dan

    mengembeling tenaga manusia di bawah kawalannya dengan halatuju dan matlamat yang

    jelas serta mendapat restu dan sokongan anggota. Kemampuan pemimpin menjalankan

    8

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    9/33

    tanggungjawabnya melalui proses mengikut keadaan dilihat melalui kepemimpinan yang

    cekap , komunikasi berkesan, pembangunan tenaga sumber manusia yang mantap serta

    perancangan yang strategik. Pemimpin tidak boleh terlalu terkongkong dengan

    tanggungjawab rutin dan konvensional kerana kejayaan juga disebabkan oleh sokongan

    para pengikut.

    Budaya dan etika kepemimpinan perlu bukan sahaja selepas digelar guru besar

    tetapi tuntutan itu meminta kita menghayai falsafah kepemimpinan dalam kehidupan

    seharian dengan menganalisis segala bentuk ilmu kepemimpinan supaya dapat

    menguasai seni kepemimpinan sehingga dapat menyentuh hati naluri orang-orang

    sekeliling.

    9

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    10/33

    2. Bagaimanakah kepimpinan mempengaruhi kejayaan seorang pemimpin

    membuat keputusan.

    2.1 Pendahuluan

    Membuat keputusan adalah satu tindakan yang perlu diambil oleh setiap

    pemimpin walaupun terpaksa menghadapi risiko yang tinggi. Pemimpin melakukan satu

    kesilapan yang besar sekiranya tidak dapat membuat keputusan. Berfikiran secara terbuka

    merupakan aspek penting untuk membuat keputusan. Hasil keputusan yang dibuat perlu

    diawasi dan diubahsuai apabila diperlukan. Pemilihan pelbagai alternatif dalam membuat

    keputusan merupakan satu proses yang dinamik. Hasil yang diinginkan daripada sesuatu

    keputusan ialah tindakan dan amalan orang yang terlibat.

    Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pemimpin membuat keputusan

    ialah seperti:

    Keperibadian, pengalaman lalu dan jangkaan

    Jangkaan dan perilaku ketua

    Keperluan tugas

    Jangkaan dan perilaku rakan-rakan sejawat

    Ciri-ciri jangkaan, dan perilaku para subordinat

    Kebudayaan dan polisi polisi organisasi

    2.2 Proses Membuat Keputusan

    Elemen-elemen terpenting dalam membuat keputusan ialah mendefinisikan

    masalah, menentukan samada sesuatu keputusan perlu dibuat dan apakah keputusan yang

    perlu dibuat. Proses memahami situasi yang sedang dihadapi dengan mengetahui segala

    10

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    11/33

    alternatif yang ada penting dalam membuat keputusan yang berkesan. Proses membuat

    keputusan yang biasa digunakan adalah yang meliputi proses-proses berikut:

    Mengenalpasti dan mendefinisikan masalah atau isu dalam segala tindakan

    organisasi yang tidak mencapai standard yang ditetapkan.

    Menganalisis kesukaran masalah dalam situasi semasa dengan mengambil kira

    data, kekangan masa, prosedur serta struktur yang sedia ada..

    Mewujudkan kriteria untuk penyelesaian dengan menyenaraikan kriteria-kriteria

    dari yang paling minimum supaya boleh memenuhi kepuasan kehendak pembuat

    keputusan.

    Membuat perancangan atau strategi untuk tindakan yang melibatkan alternatif-

    alternatif penyelesaian, meramal akibat dan tindakbalasnya dan memilih alternatif

    untuk tindakan. Keputusan yang diambil harus mengambilkira nilai-nilai kendiri

    individu, konteks budaya, kepentingan situasi semasa, tekanan ke atas pembuat

    keputusan dan juga matlamat yang hendak dicapai.

    Melaksanakan rancangan tindakan dengan membuat program , berkomunikasi,

    pengawasan dan penilaian.

    2.3 Sumber-Sumber Yang Mempengaruhi Pemimpin Membuat Keputusan.

    Proses pengaruh adalah timbal balik para pemimpin dan para anggota kumpulan

    mempengaruhi satu sama lain dan mempengaruhi juga keberkesanan kumpulan secara

    keseluruhannya.

    11

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    12/33

    Stail sesuatu kepemimpinan itu adalah hasil daripada gerak kuasa yang perlu

    dipertimbangkan oleh pemimpin-pemimpin untuk memastikan mereka memilih stail yang

    tepat dan bersesuaian untuk mempengaruhi kejayaan membuat keputusan. John French

    dan Bert Raven (1960) membahagikan kuasa kepada beberapa bahagian diantaranya:

    2.3.1 Kuasa Sah

    Kuasa ini merujuk lepada pengikut yang menetapkan bahawa pemimpin

    mempunyai hak yang sah untuk mempengaruhinya dan dia sendiri atas obligasi untuk

    menerima pengaruh itu atas sebab-sebab status atau jawatannya yang dilantik secara sah

    oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi.

    2.3.2 Kuasa Ganjaran

    Kuasa ini adalah keupayaan pemimpin memberi ganjaran lepada pengikutnya.

    Pengikut akan patuh kepada pemimpinnya yang memberi ganjaran dan akan

    memotivasikannya untuk meningkatkan mutu kerjanya.

    2.3.3 Kuasa Paksaan

    Kuasa ini membabitkan sesorang pemimpin mengenakan paksaan ke atas

    pengikutnya yang gagal akur kepada pemimpin dan menyebabkan pengikutnya

    mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan yang berupa hukuman atau denda.

    2.3.4 Kuasa Pakar

    Kuasa ini menunjukkan kebolehan dan kepakaran pemimpin dalam satu bidang

    tertentu hingga menyebabkan orang bawahannya patuh kerana percaya bahawa

    pemimpinnya mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran konseptual,

    perhubungan manusia dan teknikal. Kuasa ini berkesan jika pengikutnya memerlukan

    kepakarannya.

    12

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    13/33

    2.3.5 Kuasa Rujukan

    Kuasa ini diasaskan kepada perasaan diantara pemimpin dan pengikutnya. Kalau

    pemimpin menjadi role model kepada pengikutnya dia akan dapat menarik pengikutnya

    melakukan sesuatu kerana hormat, tertarik, kagum, juga supaya dia diterima oleh

    pemimpin berkenaan.

    2.4 Kesan penggunaan kuasa ke atas pengikut

    Kuasa yang digunakan Kepuasan Kerja Prestasi Kerja

    Kuasa Rujukan Tinggi TinggiKuasa Pakar Tinggi Tinggi

    Kuasa Ganjaran Dari sederhana ke rendah Dari tinggi ke rendah

    Kuasa Sah Dari sederhana ke rendah Tiada perbezaan

    Kuasa Paksaan Rendah Tiada perbezaan

    Rajah di atas jelas menunjukkan seseorang pemimpin tidak boleh menggunakan

    satu jenis kuasa sahaja ke atas pengikutnya untuk meningkatkan prestasi pengikut dan

    organisasinya. Kuasa yang digunakan perlulah di gabungkan mengikut situasi danpengikutnya. Kuasa yang boleh diterima oleh pengikutnya untuk bekerja dengan relahati

    adalah kuasa rujukan dan kuasa pakar. Kuasa pakar perlu ada pada pemimpin supaya

    pengikut akan lebih yakin dengannya untuk melakukan tugas dan kuasa rujukan adalah

    yang berasaskan perasaan akan mendatangkan suasana yang harmoni dikalangan

    pengikut dan pekerja.

    Gerak kuasa ini bertindak dan berinteraksi serentak membentuk stail

    kepemimpinan yang menjadi pilihan mengikut kewajaran tempat, suasana dan keperluan.

    Pemimpin bukan semestinya seratus peratus autoratik dengan kuasa paksaan atau terlalu

    demokratik dengan kuasa ganjaran tetapi menggabungkan kedua-duanya mengikut

    kesusuaian.

    13

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    14/33

    Seperti kata Shetty (1976),

    Stail kepemimpinan seseorang pemimpin adalah hasil gabungan berbagai-bagai gerak

    kuasa dalam diri pemimpin, dalam diri orang bawahan, dalam sistem organisasi dan

    suasana dinamik sesuatu masyarakat itu. Stail kepemimpinan terbentuk melalui proses

    interaksi yang dinamik dan kompleks diantara sub-sistem ini.

    Oleh itu seseorang pemimpin perlulah memahami dan mendiagnosis gerak kuasa

    yang ada padanya, dalam diri pekerja bawahannya, dalam sistem organisasinya dan

    dalam suasana yang releven dengan gelagat-gelagat tertentu. Jadi pemimpin yang

    berkesan ialah seseorang yang dapat mengenalpasti batas kebebasan yang patut diberikan

    kepada pekerja bawahannya dan dengan masa yang bersesuaian untuk berbuat demikian.

    2.4.1 Kepemimpinan Transfomasional

    Berasaskan andaian tersebut maka timbullah teori kepimpinan transformasional

    (Bass 1985). Teori ini mengandaikan bahawa apabila keperluan di peringkat tinggi dapat

    dipenuhi, orang bawahan akan melaksanakan kerja dengan penuh kegembiraan dan

    kepuasan. Apabila seseorang dapat bekerja dengan penuh kepuasan, keberkesanan

    hasilnya lebih ketara berbanding dengan orang yang bekerja kerana keperluan fisiologi

    dan keselamatan. Pemimpin yang berjaya mengenalpasti keperluan peringkat tinggi orang

    bawahan dan berusaha memenuhkannya akan dapat melakukan perubahan sikap seta

    tingkah laku orang bawahan hingga menjadikan orang bawahan menggemari

    kepimpinannya.

    Menurut Ishak bin Sin (2002), dalam usaha untuk mempengaruh kejayaan

    seorang pemimpin membuat keputusan pemimpin tidak harus takut meniru amalan gaya

    transformasioanl kerana :

    14

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    15/33

    Pemimpin transformasional mempunyai timbangrasa secara individu, meransang

    intelektual, mencetus dan membangkit motivasi serta gaya karismatik iaitu

    gabungan sifat dan tingkahlaku yang unggul.

    Pemimpin yang mempunyai sifat ini juga menunjukkan tingkahlaku yang

    berdedikasi dan boleh diteladani kerana sanggup menanggung risiko, demi

    menyelamatkan orang bawahannya.

    Pemimpin transformasional juga adalah peransang intelektual dengan

    memberikan bukti-bukti yang konkrit menjana pemikiran orang bawahannya ke

    arah menjelaskan misi dan visi organisasi yang dibawanya.

    Pemimpin ini juga sering meyakinkan orang bawahannya tentang betapa perlunya

    orang-orang bawahannya bekerja sebagai satu pasukan dan bukan secara individu

    untuk mencapai matlamat organisasi.

    Pemimpin transformasional memahami perbezaan orang-orang bawahannya , oleh

    itu beliau bersedia bertindak sebagai mentor mendengar dan menyelesaikan

    masalah apabila orang bawahan memerlukannya.

    2.5 Taktik taktik mempengaruhi orang bawahan

    Kauzes dan Posner (2002) juga menyatakan bahawa kepimpinan transformasional

    adalah yang paling digemari oleh orang ramai. Orang bawahan menggemari

    kepemimpinan ini kerana salah satu sifat penting yang dimiliki pemimpin

    transformasional ialah jujur. Oleh itu seorang pemimpin seharusnya mempunyai taktik

    yang boleh mempengaruhi orang bawahan ke arah kejayaan iaitu dengan :

    2.5.1 Taktik Pujukan Rasional di mana pemimpin menggunakan hujah-hujah yang lojik

    dan bukti-bukti nyata untuk memujuk orang bawahan supaya matlamat yang

    15

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    16/33

    ditetapkannya tercapai. Pemimpin haruslah mempunyai sifat amanah, jujur dan

    mempunyai kemahiran berucap.

    2.5.2 Taktik Daya Tarikan yang memberikan inspirasi dengan membangkitkan

    semangat dan emosi orang bawahan. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran

    komunikasi yang tinggi, daya imaginasi yang tinggi, suara yang menarik serta

    gerak geri yang menawan.

    2.5.3 Taktik Perundingan digunakan dengan mengajak orang bawahan memberi

    pendapat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

    2.5.4 Taktik Berbuat Baik membuat sesorang itu berasa dihargai dan apabila seseorang

    itu percaya kepada kejujuran pemimpinnya taktik ini akan menjadi berkesan.

    2.5.5 Taktik Daya Tarikan Peribadi merujuk kepada pemimpin yang meminta orang

    bawahannya melaksanakan sesuatu atas sifat setiakawan atau ketaatan kepada

    pemimpin mereka.

    2.5.6 Taktik Pertukaran ialah dengan membuat pertukaran sesuatu ganjaran dengan

    tugasan yang diminta oleh pemimpin membuatnya. Taktik ini berkesan jika orang

    bawahan percaya pemimpin mempunyai kuasa untuk memberi ganjaran dan orang

    bawahan memerlukan ganjaran.

    2.5.7 Taktik Gabungan ialah menggunakan orang lain seperti rakan sejawat untuk

    mempengaruhi orang bawahan.

    2.5.8 Taktik Sah merujuk kepada pemimpin menggunakan aktiviti, polisi, peraturan.

    program dan tradisi yang perlu dipatuhi semua.

    2.5.9 Taktik Tekanan adalah penggunaan amaran dan tingkahlaku seruan seperti

    membuat semakan dan permintaan yang kerap. Kaedah ini digunakan sebagai

    tindakan akhir setelah cara-cara lain gagal.

    16

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    17/33

    2.6 Kesimpulan

    Sesuatu perancangan tidak akan wujud jika keputusan-keputusan tidak dapat

    dilakukan. Membuat keputusan untuk mencapai kejayaan memerlukan pemimpin yang

    benar-benar berkeupayaan. Matlamat utama dalam membuat keputusan ialah meredakan

    konflik yang timbul di antara keperluan organisasi dengan keperluan-keperluan individu

    dalam organisasi dan juga menentukan halatuju organisasi.

    3. Merujuk kepada sesuatu program yang telah selesai dilakanakan oleh institusi

    pendidikan tempat anda bertugas, jelaskan bagaimanakah aspek-aspek

    kepemimpinan mempengaruhi tahap pencapaian pelaksanaan program ini.

    3.1 Definisi Pemimpin

    17

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    18/33

    Para pemimpin pula adalah individu-individu yang mencipta perubahan, mencipta

    budaya baru dan mencipta nilai-nilai baru. Untuk tujuan itu mereka menentukan arah dan

    tujuan yang perlu dicapai oleh organisasi yang mereka pimpin, manakala pada waktu

    yang sama mereka membenarkan setiap individu memikirkan dengan sendiri bagaimana

    mereka boleh mencapainya.

    Menurut John Adair pula keberkesanan kepimpinan seseorang itu diukur dari

    sudut penyempurnaan tanggungjawab pemimpin dan subordinate, membina pasukan

    kerja yang padu dan menggilap kekuatan individu dalam organisasi .

    3.2 Aspek kepemimpinan

    Tugas utama seorang pemimpin ialah untuk menyelenggara arah matlamat bagi

    membawa pengikutnya ke jalan yang betul dan mencapai matlamat. Kemudian

    menyediakan cara bagi mencapai matlamat dengan menggunakan strategi serta sumber-

    sumber yang diperlukan. Seterusnya menyedia dan menyelenggara struktur kumpulan

    pengikut secara berkesan dan baik dengan memudahkan tindakan kumpulan serta

    interaksi mereka dalam mewujudkan keeratan kumpulan dan kepuasan ahli.Akhirnya

    pemimpin perlu menyokong pengikut, iaitu sokongan yang boleh menentukan kejayaan

    ahli.

    Untuk menjadi pemimpin yang dihormati, disanjung dan dikagumi oleh ramai

    orang pemimpin perlu memahami bidang tanggungjawabnya untuk meningkatkan

    prestasi organisasinya dalam proses-proses yang boleh dibahagikan kepada beberapa

    fungsi pemimpin mengikut Henry Fayol (1919) seperti berikut:

    Merancang

    Mengelola

    Mengarah

    Mengkordinasi

    18

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    19/33

    Mengawal

    3.3 Latar Belakang Program Jejak Bahasa Sekolah Kebangsaan Kampong

    Raja, Pagoh.

    3.3.1 Modul Pelan Tindakan Program.

    3.3.2 Isu Strategik 36% murid Sekolah Kebangsaan belum menguasai

    Bahasa Melayu Penulisan.

    3.3.3 Matlamat Strategik Meningkatkan penguasaan penulisan Bahasa

    Melayu ke 100% .

    3.3.4 Indikator prestasi Kelulusan 100% lulus Bahasa Melayu Penulisan

    UPSR mulai 2005 berterusan.

    3.3.5 Tajuk Program Jejak Bahasa

    3.3.6 Objektif

    Mengkaji dan menentukan tahap penguasaan penulisan karangan di

    kalangan murid-murid secara keseluruhan.

    Mengumpul data aspek kesilapan bahasa yang kerap dilakukan oleh

    murid-murid.

    Merancang dan melaksanakan pelbagai strategi meningkatkan peratus

    pencapaian penulisan Bahasa Melayu.

    Mengkaji pencapaian murid setelah diberi latihan-latihan penulisan

    Bahasa Melayu.

    Membandingkan perbezaan pencapaian Ujian Pra dan ujian Pos

    Bahasa Melayu Penulisan.

    Meningkatkan tahap berkomunikasi dalam BMMeningkatkan tahap berkomunikasi dalam BM

    19

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    20/33

    Melibatkan ibubapa dalam program meningkatkan prestasi BahasaMelibatkan ibubapa dalam program meningkatkan prestasi Bahasa

    MelayuMelayu

    Meningkatkan kesedaran dikalangan ibu bapa dan warga sekolahMeningkatkan kesedaran dikalangan ibu bapa dan warga sekolah

    dengan bacaandengan bacaan tambahan.

    3.3.7 Sasaran Semua murid, guru dan ibubapa.

    3.3.8 Kos RM500.00

    3.3.9 Jawatankuasa

    Pengerusi Guru Besar ( Pn Fawziah bt Kassim)

    Naib Pengerusi PGB 1 (Cik Hjh Ramlah bt Ithnin)

    Setiausaha S/U Kurikulum (Pn Halimah bt Maeraj)

    AJK

    PGB (HEM) Pn Hjh Azah bt Naman

    PGB (Koko) En Abbas b Kamsari

    Pengerusi BM Pn Ramlah bt Hassan

    Guru-guru BM Pn Norhayati bt Moen

    Pn Sahila bt Hassan

    Pn Norhayati bt Moen

    Pn Halimah bt Maeraj

    3.4 Modul Pelaksanaan Program Jejak Bahasa

    20

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    21/33

    3.4.1 Fasa 1

    3.4.1.1 Ibubapa di panggil untuk taklimat dan Motivasi Keibubapaan bersempena dengan

    Pelancaran Program.

    3.4.1.2 Murid memilih sekurang-kurangnya 10 thema dan membina 5 ayat setiap tema

    yang dipilih bersama keluarga . Contoh tema seperti berikut:

    Musim buah-buahan.

    Membantu Ibubapa.

    Pergi ke Pasar Malam.

    Pemimpin Negara Kita.

    Menziarahi Keluarga.

    Hari Terbuka Sekolah.

    Menyambut Perayaan.

    Kereta Buatan Malaysia.

    Pergi ke Majlis Perkahwinan

    Keluarga Saya

    3.3.2.1.3. Gambar disertakan mengikut kreativiti keluarga samada dengan dilukis,

    guntingan keratan akhbar/majalah atau gambar foto boleh di sertakan.

    3.4.2 Fasa 2

    3.4.2.1 Ujian Pos dijalankan.

    3.4.2.2 Markah Ujian Pos dan Hasil kerja Fasa 1 yang tertinggi setiap kelas adalah

    pemenang Program Jejak Bahasa.

    21

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    22/33

    3.4.2.3 Perbandingan prestasi Ujian Pra (Ujian Setengah Tahun) dan Ujian Pos untuk

    menilai keberkesanan program.

    3.4.2.4 :Post moterm program yang telah dijalankan.

    3.4.2.5 Perulangan dan penambahbaikan program jika program tidak berkesan .

    3.4.2.6 Anugerah kepada murid yang cemerlang dalam Program Jejak Bahasa dan

    cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

    3.5 Contoh Hasil Kerja Murid

    22

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    23/33

    Tema : Kereta buatan Malaysia.

    1. Kereta buatan Malaysia banyak kelihatan di jalanraya.

    2. Kereta buatan Malaysia diberi nama seperti Kancil dan

    Myvi.

    3. Bapa saya ada sebuah kereta kancil berwarna hijau.

    4. Saya selalu membantu bapa saya membasuh keretanya.

    5. Kita patut merasa bangga dengan kereta buatan negara

    kita sendiri.

    3.6 Indikator Kejayaan Pelaksanaan Program

    23

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    24/33

    Indikator kejayaan bagi ansurmaju program dibuat dalam enam peringkat adalah

    mengikut seperti perancangan pelaksanaan. Aspek-aspek kepemimpinan ketua

    mempengaruhi tahap pencapaian pelaksanaan program ini .

    3.6.1 Peringkat I

    Mengumpul data dan analisis keputusan keperiksaan Bahasa Melayu setengah

    tahun.

    Penubuhan Jawatankuasa Induk memperkasakan penguasaan penulisan Bahasa

    Melayu dan membuat kajian keperluan.

    Penubuhan Jawatankuasa Kerja dan mengagihkan tugas.

    Merancang menentukan aliran tindakan bagaimana hendak mencapai matlamat

    dalam meningkatkan prestasi Bahasa Melayu Penulisan dengan mengenalpasti isu,

    analisis masalah, membuat perancangan strategik dan melaksanakan rancangan tindakan.

    Guru Besar, PGB, Pengerusi Panitia dan Panitia Bahasa Melayu berfungsi sepenuhnya

    dan faham akan tugas dan peranan masing-masing

    Pemimpin bertanggungjawab menjaga standard prestasi tinggi organisasinya.

    Beliau berupaya untuk menentukan keperluan tenaga manusia dengan melatih dan

    memilih jawatankuasa yang berpotensi . Selain dari itu adalah menjadi tugasnya untuk

    mengurus dan membangunkan sumber manusia dengan menjalin hubungan yang baik

    dengan individu-individu di bawah kawalannya, di sepanjang proses mengurus sumber

    manusia. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin mengambil kira aspek-aspek yang

    tersirat yang perlu ditekankan dalam pengurusannya dari segi attitud, persepsi, norma

    organisasi tersebut, interaksi yang tidak formal dengan individu-individu di bawahnyaserta menangani konflik antara individu dan kumpulan dalam organisasinya.

    Pemimpin telah mengamalkan prinsip pengurusan kurikulum melalui

    pembangunan kurikulum berterusan yang secara semulajadinya bersifat penyertaan

    semua pihak dalam pasukannya. Mengurus kurikulum dengan pengetahuan yang tinggi

    24

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    25/33

    yang ada padanya supaya kejayaan boleh dicapai , terkini dan bermakna untuk membantu

    meningkatkan prestasi melalui penilaian data yang dilakukan secara kerap.

    3.6.2 Peringkat II

    Pra Perancangan Program dengan menganalisis keputusan, menyemak

    tahap kesediaan sekolah, guru, pendekatan dan menetapkan jadual kerja

    pelaksanaan.

    Menghayati definisi halatuju sekolah, misi, visi, piagam pelanggan, motto

    dan slogan sekolah dan memberi taklimat dan motivasi kepada semua staf

    sebagai persediaan minda.

    Tugas utama pemimpin ialah menetapkan arah dan hala tuju yang betul kepada

    organisasinya. Oleh itu pemimpin mengenal pasti status terkini organisasinya dengan

    mengkaji , meneroka dan memahami persekitaran . Dalam menghayati visi, misi dan

    objektif organisasinya pemimpin juga meramal situasi yang akan datang dan

    menentukan tindakan dan keperluan sumber sebelum menilai perancangan yang di buat.

    Kegagalan menitikberatkan aspek ini akan menyebabkan organisasi tidak dapat

    beroperasi dengan jayanya.

    Perkongsian visi dan misi sekolah dihayati bersama. Matlamat pencapaian

    sekolah dalam UPSR ditekankan dalam menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi

    kurikulum. Pemimpin memainkan peranan dengan menyemak keberkesanan

    jawatankuasa untuk menentukan perancangan program akan berjalan dengan licin dan

    teratur.

    Pemimpin menjelaskan piawaian prestasi yang ditentukan supaya dapat di fahami

    oleh pengikutnya untuk mempamerkan komitmen yang tinggi dan dapat mewujudkan

    hubungan baik dua hala. Kaedah melakukan motivasi terhadap orang-orang bawahan ke

    arah pencapaian matlamat bersama adalah pengukur utama bagi menentukan kejayaan

    seorang pemimpin.

    25

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    26/33

    3.6.3 Peringkat III

    Membuat analisis persekitaran pada kekuatan, kelemahan, peluang dan

    ancaman yang ada pada guru, murid, pentadbir, ibubapa danstakeholder.

    Hari Terbuka diadakan dengan taklimat dan perbincangan untuk

    membincangkan masalah pelajaran murid dengan ibubapa.

    Mengelola dengan membahagikan tugas dan menyusun serta menghubungkan

    kepada satu unit operasi yang berpadu dengan menentukan rangkakerja, kumpulan-

    kumpulan kerja, prosedur dan pemilihan jawatankuasa. Menetapkan target pelajar dari

    analisis Peperiksaan Setengah Tahun berasaskan Head count dan membuat program

    berkaitan.

    Pemimpin berpengetahuan dalam bidang teknikal supaya dapat menjalankan

    tugasnya mengenal pasti dan menjelaskan tugas, tanggungjawab dan peranan ahlinya

    mengikut kedudukan dan jawatan dan berupaya membuat pecahan tugas supaya boleh

    diuruskan hingga kepada aktiviti-aktiviti yang kecil.

    Beliau juga bertanggungjawab membuat keputusan yang tepat seperti keputusan

    yang melibatkan kewangan, individu, strategi dan idea-idea baru melalui rundingan untuk

    mendapat sokongan dan kerjasama individu-individu di bawahnya.

    Pemimpin menggunakan pendekatan pengurusan berkualiti untuk memastikan

    dasar kualiti sekolah difahami dan dipatuhi dengan menetapkan kuasa personel membuat

    analisis persekitaran mengkaji kehendak pelanggan dan stakeholders dengan mengkaji

    prosedur yang sedia ada. Salah satu kaedah adalah dengan mengadakan Hari Terbuka

    yang bukan sahaja untuk mendapatkan maklumbalas tetapi juga untuk mendekatkan

    ibubapa supaya mesra sekolah.

    26

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    27/33

    3.6.4. Peringkat IV

    Pembinaan plan strategi, tektikal dan operasi.

    Menetapkan objektif.

    Pembinaan strategik utama dalam Program Jejak Bahasa.

    Memimpin ke arah hala tuju sasaran dengan menentukan kos, jangka waktu,

    arahan-arahan, panduan, dorongan dan ransangan serta memberi bimbingan , latihan,

    teguran dan tunjuk ajar dalam mencapai kejayaan. Mengembangkan potensi guru dengan

    membuat penyeliaan dan pencerapan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,

    menggalakkan penggunaan komputer dan media pengajaran dalam pengajaran dan

    pembelajaran serta memberi bimbingan dan ganjaran kepada murid dan guru.

    Pemimpin menyusun plan strategi, tektikal dan operasi dan mengaitkan tugas ke

    arah pencapaian objektif dengan program yang spesifik dan realistik mengandungi

    perincian pelan yang dipilih. Setiap individu mesti jelas dengan peranan yang dimainkan

    oleh mereka sendiri dan peranan orang lain supaya ada hubungan dan kerjasama diantara

    satu sama lain.

    3.6.5 Peringkat V

    Melaksanakan program memperkasakan Bahasa Melayu.

    Majlis Pelancaran Program Jejak Bahasa oleh Profesor Madya Dr

    Sapon bin Ibrahim.

    27

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    28/33

    Majlis Pelancaran Program Jejak Bahasa.

    Pemimpin bertanggungjawab memastikan semua aktiviti berjalan lancar seperti

    yang dirancangkan supaya setiap unit dalam organisasinya menunjukkan prestasi yang

    cemerlang selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan. Kawalan dan jaminan mutu

    wajar dilaksanakan, diselia, disemak dan diubahsuai di semua peringkat kerja .

    Pemimpin membuat pengesanan awal untuk mendapatkan sokongan ibubapa

    dalam program dibuat untuk memastikan ibubapa akan datang ke sekolah pada Majlis

    Pelancaran Program Jejak Bahasa seperti berikut

    Surat edaran jemputan diedarkan melalui murid.

    Notis jemputan ditampal di surau dan balai raya.

    Pengumuman dibuat didalam mesyuarat JKKK oleh Ketua Kampong.

    Pengumuman telah dibuat dalam Mesyuarat Perkumpulan Wanita .

    Pemeriksaan mata berkomputer percuma diadakan untuk menarik ibubapa

    datang ke sekolah..

    Hubungan di antara pihak sekolah dan ibubapa adalah sangat penting dan perlu

    mendapat kerjasama yang lebih luas. Sekolah akan dapat memaksimakan aktivitinya

    sekiranya ia mendapat sumber manusia dan kewangan daripada pihak awam. Murid-

    28

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    29/33

    murid akan mendapat manafaat yang besar melalui hubungan erat pihak-pihak tersebut.

    Oleh itu kehadiran ibubapa adalah petanda yang baik kerana sekolah cemerlang biasanya

    mempunyai hubungan istimewa diantara ibubapa dan komuniti setempat.

    3.6.6. Peringkat VI

    Ujian Pos dan analisis ujian dijalankan. Perbandingan Ujian Pra

    dan Pos dibuat untuk mengukur keberkesanan program.

    Post Moterm program dan tindakan susulan penambahbaikan

    untuk proses yang berterusan sehingga beroleh kejayaan dijalankan.

    Membuat laporan lengkap program yang telah dijalankan.

    Mengawal tugas dalam menentukan apa yang dirancang seperti membuat

    penyeliaan, pemerhatian, penilaian prestasi, laporan kemajuan, membetulkan kesalahan

    dan membuat penilaian peringkat-peringkat pelaksanaan perancangan. Mengawal selia

    melalui pemantauan bilik darjah, pemeriksaan buku latihan Bahasa Melayu murid serta

    perjumpaan dengan ibubapa murid.

    Laporan Pencapaian Murid dalam Ujian Pra dan Pos

    Markah Gred Ujian Pra Ujian Pos

    Bilangan Peratus Bilangan Peratus

    80-100 A 26 16 48 30

    60-79 B 34 21 28 18

    40-59 C 45 28 67 42

    Menguasai 105 65.2 142 88.8

    20-39 D 29 18 10 6

    0-19 E 52 32 7 4

    Belum Menguasai 56 34.8 17 10.6

    Jumlah Murid 161 100 160 100

    Berdasarkan jadual di atas analisis data menunjukkan pencapaian murid dalam

    Ujian Pra dan Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Peratus murid yang

    mendapat gred A dalam Ujian Pra meningkat dari 16 peratus ke 30 peratus pada Ujian

    29

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    30/33

    Pos dan seterusnya menambah peratus murid sudah menguasai penulisan Bahasa Melayu

    dari 65.2 peratus ke 88.8 peratus. Murid yang belum menguasai kemahiran penulisan

    Bahasa Melayu sekolah ini menurun dari 34.8 peratus ke 10.6 peratus.

    3.7 Rumusan

    Pencapaian yang tinggi dalam akademik merupakan harapan dan ekspektasi ibubapa

    yang utama untuk dicapai oleh anak-anak mereka.

    Pemimpin memainkan peranan sebagai pemimpin instructional dengan mengawal

    selia proses pengajaran dan pengajaran dan membuat laporan penilaian prestasi. Post

    moterm program dijalankan dan penambahbaikan dijalankan sehingga beroleh kejayaan

    dengan :

    3.7.1 Menggalakkan perkembangan akademik setiap murid dengan memberi

    perhatian kepada kualiti pengajaran dan pengajaran di dalam kelas.

    3.7.2 Sering memantau dan menilai pengajaran guru serta berusaha menyediakankemudahan untuk mereka.

    3.7.3 Mengikuti kemajuan dan pencapaian akademik murid-murid serta meminta

    kerjasama ibubapa untuk turut menyokong dan membantu anak-anak mereka

    3.7.4 Berusaha meningkatkan tahap profesionalisme guru melalui bantuan

    kepakaran dalaman dan dari luar sekolah.

    RUJUKAN

    30

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    31/33

    Ayob Jantan (2004). Pengetua sekolah yang effektif. Bentong, Pahang: Utusan

    Publications & Distributions. m.s 22-24.

    Bass, Bernard (1990).From transactional to transformational leadership: learning to

    share the vision. Organizational Dynamics, Vol. 18, Issue 3, Winter, 1990, m.s.

    19-31.

    Bass, B & Stogdill, R (1990). Handbook of leadership theory, research and

    managerial applications (3rd ed). New York: The Free Press.m.s. 11-31.

    Boulding, K (1997) The image: Knowledge in life and society.

    http://www.nwlink.com/~donclark/leader/leadcon.html.retrieved 12 Aug

    2006.

    Buku panduan pengurusan professional sekolah menengah (1993). Kuala Lumpur:

    Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan.

    Fiedler, F.E.,(1978). Contigency model and the leadership process., dalam Berkowitz

    (ed.),Advances in experimental social psychology. New York: Academic Press.

    II.

    Fiedler, F. E.,(1967). A Theory of Leadership Effectiveness. New York: McGraw Hill

    Inc. m.s.34.

    Gordon, T.(1955). Centred leadership. New York: Houghton Mifflin.

    Gordon, T.(2005).Leaders effectiveness training (LET)..

    http://wik.ed.uiuc.edu/index.php/Thomas_Gordon retrieved 21 July 2006

    John, R. & French, P. & Raven (1960). The basic of social power. Group dynamic:

    Research and theory. Cartwright, D. & Evanston, Z ed. Illinois: Harper & Row.

    31

    http://www.sciencedirect.com/science?_ob=IssueURL&_tockey=%23TOC%236606%231990%23999819996%23473052%23FLP%23Volume_18,_Issue_3,_Pages_2-79_(Winter_1990)&_auth=y&view=c&_acct=C000050221&_version=1&_urlVersion=0&_userid=10&mdhttp://www.sciencedirect.com/science?_ob=IssueURL&_tockey=%23TOC%236606%231990%23999819996%23473052%23FLP%23Volume_18,_Issue_3,_Pages_2-79_(Winter_1990)&_auth=y&view=c&_acct=C000050221&_version=1&_urlVersion=0&_userid=10&mdhttp://www.sciencedirect.com/science?_ob=IssueURL&_tockey=%23TOC%236606%231990%23999819996%23473052%23FLP%23Volume_18,_Issue_3,_Pages_2-79_(Winter_1990)&_auth=y&view=c&_acct=C000050221&_version=1&_urlVersion=0&_userid=10&mdhttp://www.nwlink.com/~donclark/leader/leadcon.html.retrievedhttp://wik.ed.uiuc.edu/index.php/Thomas_Gordonhttp://www.sciencedirect.com/science?_ob=IssueURL&_tockey=%23TOC%236606%231990%23999819996%23473052%23FLP%23Volume_18,_Issue_3,_Pages_2-79_(Winter_1990)&_auth=y&view=c&_acct=C000050221&_version=1&_urlVersion=0&_userid=10&mdhttp://www.sciencedirect.com/science?_ob=IssueURL&_tockey=%23TOC%236606%231990%23999819996%23473052%23FLP%23Volume_18,_Issue_3,_Pages_2-79_(Winter_1990)&_auth=y&view=c&_acct=C000050221&_version=1&_urlVersion=0&_userid=10&mdhttp://www.nwlink.com/~donclark/leader/leadcon.html.retrievedhttp://wik.ed.uiuc.edu/index.php/Thomas_Gordon
  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    32/33

    Hamzah Rahman bin Soriat (1996). Pendidikan kepimpinan. Jurnal guru ke arah

    pembinaan budaya ilmu. Ampang, Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pengelola

    Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.m.s 526-527.

    Ishak bin Sin (2002). Gaya kepemimpinan yang digemari: Satu kajian kes hipotetikal.

    Prosiding seminar nasional pengurusan dan kepemimpinan pendidikan ke

    11/2002. Genting Highland, Pahang: Institut Aminuddin Baki. M.s. 28-29.

    Kickpatrick, S.A dan Locke, E.A., (1991). Leadership: Do traits matter?.Academy of

    management excutive.5(2).m.s. 48-50.

    Kouzers, J. M. & Posner, B. Z. (2002). The leadership challenge. San Francisco :

    Jossey-Bass Publishers.

    Michael Yeoh (2003). Wawasan dan kepimpinan. Nilai dan strategi ke arah 2020.

    Petaling Jaya, Selangor: Pelanduk Publications. M.s.92-93.

    Muhamad Zabri bin Min (2003). Kemahiran memimpin. Kuala Lumpur: Utusan

    Publications & Distributors .m.s. 5-9.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di

    sekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembang Kurikulum KPM. M.s.3.

    Razali Mat Zin (1990). Kepimpinan dalam pengurusan. Kuala Lumpur: Percetakan

    CS.m.s. 56-58.

    Shetty, Y.K (1976).Leadership and organizational structure dlm Henry L. Reading

    in management: Contigencies, structure and process. Chicago: St Glair Press.

    32

  • 7/30/2019 pengurusan dan kepimpinan

    33/33

    Yakop Md Som (1997). Mengenali pengurusan dan kepimpinan. Berita Pengurusan

    dan kepimpinan. Genting Highlands, Pahang: Institut Aminuddin Baki. 3

    Zainal Ariffin Ahmad (1998). Perlakuan organisasi. Shah Alam, Selangor: Fajar

    Bakti Sdn. Bhd. m.s. 127-129.

    33