hak istimewa melayu dan pribumi sarawak dan sabah

Upload: siti-rokiah-mohd

Post on 12-Jul-2015

2.528 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )1.0 PENGENALAN Di Malaysia, terdapat beberapa masyarakat yang terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum dan mereka mengamalkan budaya mereka yang tersendiri. Kepelbagaian penduduk yang berbilang kaum ini menyebabkan Malaysia turut dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Menurut Furnivall, masyarakat majmuk yang muncul akibat dasar-dasar penjajah mengikut keperluan ekonomi ini menggalakkan penghijrahan penduduk yang berbilang kaum di Malaysia dan membentuk satu unit politik. Disebabkan penjajahan asing inilah yang menjadikan masyarakat Malaysia terbahagi kepada 2 kategori selepas mencapai kemerdekaan iaitu Bumiputera dan Bukan Bumiputera. Bumiputera atau pribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti di Tanah Melayu, golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut undang-undang adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu, pribumi Sabah, dan pribumi Sarawak. Dalam konteks Malaysia, istilah bumiputera sering digunakan. Kaum Bumiputera dianggap sebagai kaum asal Malaysia, yang merangkumi pelbagai kaum antaranya kaum Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Kadazan Dusun dan lain-lain lagi. Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam. Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di Malaysia ialah seramai 26.64 juta orang. 24.8 juta orang merupakan warganegara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta orang merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum Melayu mewakili 54 % dari populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera (selain daripada Melayu) seramai 2.93 juta orang mewakili 11.8 %. Justeru itu kaum Bumiputera mewakili 65.8 % dari jumlah keseluruhan warganegara. Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah yang dikenali sebagai "Serani" dan Timur Tengah. Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia. No Status Kaum Jumlah (orang) Peratus

1

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )1 2 3 4 5 Bumiputera Bumiputera Bukan Bumiputera Bukan Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah Melayu bukan Melayu Cina India Lain-lain 13.48 juta 2.93 juta 6.22 juta 1.86 juta 318.9 ribu 24.8 juta 54 % 11.8 % 25 % 7.5 % 1.7 % 100 %

Jumlah Penduduk Malaysia pada Tahun 2006

2.0

MAKSUD PRIBUMI DAN HAK ISTIMEWA ORANG ASLI Kamus Dewan memberi takrif pribumi sebagai penduduk asli dan juga bumiputera (DBP, 1964). Definisi yang hampir sama diberikan kamus Longman (edisi kedua, 1997) yang mentaktifkan pribumi sebagai aboriginal iaitu para penduduk asal (aborigines) yang telah wujud di sesuatu negeri sejak awal lagi. Dalam konteks ini, dapat difahami bahawa pribumi merupakan istilah umum yang digunakan bagi merujuk kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai penghuni asal atau terawal di Malaysia. Menurut Hasan Mat Nor (1998), umumnya istilah pribumi digunakan bagi merujuk kepada kumpulan-kumpulan etnik natif kepada sesuatu wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara di mana mereka ini telah datang di wilayah tersebut lama sebelum wilayah itu wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat. Pernyataan ini walau bagaimanapun dilihat masih umum serta kabur untuk digunakan memandangkan semakan lanjut mendapati terdapat beberapa istilah lain yang sering digunakan bagi merujuk kepada masyarakat pribumi iaitu istilah pribumi, bumiputera dan Orang Asli. Manakala, di bawah istilah pribumi ini barulah muncul dua istilah yang lebih spesifik digunakan bagi membezakan status kumpulan-kumpulan para penduduk asal ini iaitu bumiputera dan Orang Asli. Hasan Mat Nor (1998) telah mengemukakan takrifan masyarakat pribumi menurut klasifikasi perundangan di mana terdapat dua kelompok warga pribumi di 2

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )Malaysia iaitu bumiputera dan Orang Asli. Menurut beliau, kumpulan kaum yang diklasifikasikan sebagai bumiputera adalah meliputi Orang Melayu di Semenanjung, Orang Melayu, Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Melanau, Murut serta pendudukpenduduk natif lain di Sarawak, Kadazan, Dusun, Bajau dan penduduk-penduduk natif lain di Sabah. Manakala Orang Asli pula meliputi tiga kelompok etnik utama dikenal sebagai Negrito, Senoi dan Melayu-Proto (Hasan Mat Nor, 1998; Sunaidin, 1997). Pengkaji terkemudian seperti Nicholas (2000) mentakrifkan panggilan Orang Asli bermaksud tulen atau masyarakat pertama yang mendiami Semenanjung Malaysia. Perbezaan maksud istilah bumiputera dan Orang Asli dapat dilihat dengan merujuk kepada definisi di dalam perlembagaan negara dan juga Akta Orang Asli 1954 (Malaysia, 1974). Menurut (fasal) perlembagaan, istilah bumiputera membawa maksud yang lebih luas dan merangkumi keseluruhan Malaysia. Manakala, Akta 134 iaitu akta khusus bagi Orang Asli hanya boleh dikuatkuasakan bagi Semenanjung Malaysia, menetapkan 4 syarat utama bagi mendefinisikan Orang Asli iaitu: a) Mana-mana orang yang bapanya adalah dari rumpun bangsa Orang Asli yang bercakap dalam bahasa Orang Asli yang lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan. Ini termasuklah keturunan Orang Asli itu; mana-mana orang dari apa-apa kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa masih kanak-kanak oleh Orang Asli dan adalah seseorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli. b) Anak dari apa-apa persatuan antara seseorang perempuan Orang Asli dengan seseorang lelaki dari kaum lain dengan syarat bahawa anak itu lazim bercakap dalam bahasa Orang Asli yang adat dan kepercayaan Orang Asli yang masih lagi menjadi seseorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli. c) Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli kerana ia telah masuk sesuatu agama atau oleh kerana apaapa sebab lain, ia masih mengikut cara hidup Orang Asli serta bercakap dalam bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi seseorang Orang Asli semata-mata oleh sebab ia mungkin mengamalkan agama itu. 3

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )d) Apa-apa soal sama ada seseorang adalah Orang Asli atau bukan Orang Asli hendaklah diputuskan oleh Menteri. Dalam Akta 134, telah menggariskan beberapa undang-undang yang berkaitan dengan orang asli. Antara isi kandungan Akta 134 ialah seperti berikut: Rizab Orang Asli 7.(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan yang diduduki hanya oleh orang asli sebagai suatu rizab orang asli: Dengan syarat :( i ) Jika didapati tidak mungkin orang asli akan tinggal kekal di tempat itu, tempat itu tidak boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab orang asli tetapi hendaklah menjadi sebahagian daripada kawasan orang asli; dan ( ii ) suatu rizab orang asli boleh diadakan di dalam suatu kawasan orang asli. (2) Di dalam suatu rizab orang asli :( i ) tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai Rizab Orang Melayu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan Rizab Orang Melayu. ( ii ) tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai tempat perlindungan atau rizab di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan perlindungan binatang dan burung liar. ( iii ) tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai hutan rizab di bawah manamana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan hutan. ( iv ) tiada tanah boleh diberikan hak milik, diberikan, dipajakkan atau selainnya dilupuskan kecuali kepada orang asli daripada masyarakat orang asli yang biasanya bermastautin di dalam rizab itu, dan

4

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )( v ) tiada pendudukan sementara mana-mana tanah boleh dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah. (3) Pihak Berkuasa Negeri boleh dengan cara yang sama membatalkan keseluruhan atau sebahagian atau mengubah mana-mana perisytiharan rizab orang asli yang dibuat di bawah subseksyen ( 1 ). Hak Menduduki 8.(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh memberikan hak menduduki mana-mana tanah yang bukan tanah yang diberikan hakmilik atau tanah yang dipajakkan bagi apa-apa maksud di dalam mana-mana kawasan orang asli atau rizab orang asli. (2) Hak menduduki boleh diberikan :(a) kepada :( i ) mana-mana individu orang asli ( ii ) anggota mana-mana keluarga orang asli ; atau ( iii ) anggota mana-mana masyarakat orang asli. (b) tanpa perlu menbayar sewa atau tertakluk kepada apa-apa sewa yang boleh dikenakan dalam pemberian itu; dan

(c) tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan dengan pemberian itu, Dan hendaklah disifatkan sebagai tidak memberikan mana-mana orang apa-apa hakmilik yang lebih baik daripada hakmilik seorang penyewa atas ihsan. (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang pemberian hakmilik, pemberian atau pemajakan mana-mana tanah daripada kepada mana-mana orang asli. 5

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )Berdasarkan kepada kandungan Akta 134, dapat dilihat bahawa banyak keistimewaan yang diberikan kepada Orang Asli tetapi kebanyakkan keistimewaan itu lebih merujuk kepada tanah. Kini, Orang Asli merupakan kelompok minoriti masyarakat pribumi di

Semenanjung Malaysia (Nicholas, 2000; Sunaidin, 1997). Mereka dianggap minoriti kerana dengan penduduk seramai 132,000 orang pada tahun 2000, mereka hanya membentuk 0.5% dari jumlah keseluruhan penduduk negara (JHEOA, 2003). Walaupun dikelompokkan di bawah satu kaum yang sama serta mengamalkan kegiatan sosioekonomi yang hampir sama, Orang Asli bukanlah kelompok manusia homogemous. Ini kerana masyarakat Orang Asli telah dibahagikan kepada tiga kumpulan sukubangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto (JHEOA, 2003; Nicholas, 2000; Noraini Ali, 1999; Sunaidin 1997).

6

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )Daripada definisi yang dibincangkan di atas, didapati masyarakat Orang Asli merupakan warga pribumi (golongan penduduk asal) Malaysia, namun agak berbeza dengan kelompok penduduk yang diistilahkan sebagai masyarakat bumiputera. Hal ini kerana peruntukan di dalam akta telah jelas bahawa istilah Orang Asli hanya digunakan bagi menjelaskan status penduduk asal di Semenanjung Malaysia, manakala lain-lain kaum asal di Sabah dan Sarawak serta Orang Melayu di Semenanjung diistilahkan sebagai bumiputera. Oleh yang demikian, maksud dan penggunaan istilah Orang Asli di dalam artikel ini hanya akan merujuk kepada 3 kumpulan etnik Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto

3.0

PENGENALAN KEPADA HAK ISTIMEWA MELAYU DAN PENDUDUK PRIBUMI SARAWAK DAN SABAH Sejak merdekanya Persekutuan Tanah Melayu, atau dalam Bahasa Inggerisnya Federation of Malaya, pada 31 Ogos 1957, isu hak dan kedudukan istimewa Melayu sentiasa menjadi topik perbincangan, sama ada menyokong mahupun mengutuk, dibincangkan secara terbuka atau tertutup. Dengan terbentuknya (Persekutuan) Malaysia pada 16 September 1963 melalui penggabungan Sarawak, Sabah dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu, hak istimewa ini telah dikembangkan untuk memasukkan masyarakat pribumi Sarawak dan Sabah. Malahan mengikut Perjanjian Malaysia 1963, ia merupakan antara syarat utama penyertaan Sarawak dan Sabah. Sebelum Hari Malaysia, pelbagai skim dan rancangan telah diadakan dan diwujudkan di atas dasar dan dengan nama hak istimewa ini. Antaranya adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA), Maktab Rendah Sains MARA, program Matrikulasi, skim Amanah Saham Bumiputra, tanah rezab Melayu dan lain-lain. Biarpun perkataan Bumiputera digunakan secara meluas, ia tidak digunakan di dalam Perlembagaan Malaysia (Harding, 229). 3.1 Hak Istimewa Melayu Dan Pribumi Sarawak Dan Sabah Di Dalam Perlembagaan Malaysia 1963 Dan Kedudukan Dari Segi Undang-Undang

7

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )Hak Istimewa Melayu dan Pribumi Sarawak dan Sabah dinyatakan dalam Perkara 89 dan 90 bagi maksud perihal tanah dan Perkara 153 bagi maksud selain daripada perihal tanah. Perkara 89(1) secara dasarnya menyatakan bahawa mana-mana tanah yang telah diisytiharkan sebagai tanah rezab Melayu dibawah Enakmen Rezab Melayu Negeri-Negeri Melayu kekal statusnya kecuali telah ditukar taraf oleh 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan yang hadir dan mengundi dan disokong oleh 2/3 bilangan ahli keseluruhan kedua-dua Dewan Parlimen. Perkara 89(2) membenarkan taraf sesuatu kawasan atau tanah dijadikan tanah rezab Melayu manakala Pekara 89(3) memberi kuasa khusus kepada Kerajaan Negeri berkenaan. Tetapi jika kawasan yang akan diisytihar itu terdapat tanah yang dimiliki oleh pemilik bukan Melayu, haknya ke atas tanahnya tidak berubah sepertimana Perkara 89(4). Perkara 89(5) meliputi pengurusan tanah rezab. Perkara 89(6) memberi takrifan kepada prasa rezab Melayu. Perkara 89(7) memberi keutamaan kepada Perkara 89 secara am dan Perkara 90. Perkara 89(8) melanjutkan peruntukan ini kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Perkara 90 merupakan peruntukan khas untuk tanah rezab dan tanah adat di Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu. Perkara 153 secara amnya memberi perlindungan dan keistimewaan kepada kaum Melayu dan Pribumi Sarawak dan Sabah dari segi pekerjaan di sektor awam, biasiswa, pendidikan, bantuan khas, lesen, permit dan perniagaan yang merangkumi dan melibatkan hak istimewa. Perkara 153(9A) memberi maksud kepada Pribumi Sarawak dan Sabah dengan merujuk kepada Perkara 160. ARTIKEL 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai

8

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )pertahanan legal bagi ketuanan Melayu mereka adalah penduduk asal Malaysia. Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Perkara 153, Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini. (2) Walau apa pun dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri manamana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apaapa pertukangan atau perniagaan, maka tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini daripada permit dan lesen itu. (3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya 9 kepercayaan orang Melayu bahawa

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undangundang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya. (5) (6) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136. Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit 10

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan. (8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut manamana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apaapa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu. (a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau (b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau (c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi

mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum 11

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan. (8A) Walau apa pun dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang diPertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (9A) Dalam Perkara ini ungkapan anak negeri berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.

12

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini. Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan. 3.2 Rasional Dan Objektif Hak Istimewa Melayu Dan Pribumi Sarawak Dan Sabah Dalam bukunya, Andrew Harding menyatakan bahawa tujuan hak ini adalah untuk membetulkan keadaan ekonomik bagi mewujudkan satu keseimbangan di antara masyarakat di Malaysia. Berbeza hak istimewa yang terdapat di Malaysia berbanding negara-negara lain adalah hak ini diberi kepada kelompok majoriti. Di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat, hak istimewa diberi kepada penduduk asal bagi membantu mereka menyaingi masyarakat-masyarakat lain di negara masing-masing. Namun demikian, rasional utama adalah untuk membetulkan penindasan secara langsung yang telah dilakukan terhadap masyarakat asal negara-negara ini. Seteruk kesan penjajah, masyarakat di Malaysia tidak ditindas seteruk kaum pribumi lain. Di Amerika Syarikat, selain merampas tanah asal penduduk Native Americans, tentera Amerika Syarikat telah membunuh beramai-ramai penduduk pribumi. Semasa mengembangkan negara mereka, penduduk pribumi telah dianggap savage dan bukannya manusia. Contoh di Australia di mana masyarakat pribumi atau aborigines hanya diberi perhatian selepas Sukan Olympic 2000 di Sydney di mana ratu pecut negara itu merupakan penduduk asal. Sebelum itu, penindasan terhadap mereka adalah lebih teruk. 3.3 Kebaikan Dan Keburukan Hak Istimewa Melayu Dan Pribumi Sarawak Dan Sabah Ciptaan manusia semuanya mempunyai kebaikan dan keburukan. Tiada satu ciptaan manusia yang mempunyai kebaikan mutlak (absolute good) 13

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )mahupun keburukan mutlak (absolute evil). Sebagai contoh, kereta. Antara manfaat kereta adalah ia mengurangkan tenaga dan masa yang digunakan untuk sampai ke satu-satu destinasi. Pemilik kereta mempunyai pilihan untuk memilih jalan yang ingin dilalui. Pemandu dan penumpang tidak perlu risau akan cuaca. Adakah ini bermaksud kereta itu bagus? Di Malaysia, dianggarkan setiap tahun ribuan nyawa telah dirampas oleh kereta. Ciri-ciri keselamatan kereta juga tidak semuanya bagus melainkan kereta-kereta yang berjenama dan mahal. Setiap tahun, harga minyak akan tambahan pula kereta perlu dihantar ke kedai untuk diperiksa. Ini menambahkan perbelanjaan seseorang pemilik. Adakah kereta itu sekarang dianggap buruk? Sungguhpun begitu, jika sesuatu itu membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, cara paling senang adalah untuk menghapuskannya sama ada berperingkat-peringkat atau secara keseluruhan. Salah satu kebaikan hak istimewa ini adalah ia dapat membuka peluang kepada masyarakat Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah dari segi pendidikan, perniagaan dan tanah. Masyarakat Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah tidak perlu risau tentang masalah tiada peluang kerana ia telah dihidangkan di atas dulang emas bertatahkan intan dihadapan mereka dan ditambah dengan pengawal-pengawal bagi melindungi peluang itu. Mereka tidak perlu bersusah payah mencari dan meredah bagi menaikkan taraf hidup mereka. Dengan tersedianya peluang ini, terdapat dua keadaan yang telah dan sedang berlaku iaitu hak tidak digunakan dan hak disalahgunakan. Secara dasarnya hak istimewa dan peluang ini tidak digunakan. Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah. Ini dapat dilihat dalam bilangan syarikat Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan Forbes, jumlah pegangan ekuiti Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah, dan bilangan usahawan Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah. Keadaan yang kedua dimana hak istimewa dan peluang disalah gunakan adalah seperti kontraktor ali baba, projek terbengkalai atau monopoli mutlak perusahaan kawasan-kawasan tertentu. Memandangkan peluang telah sedia di depan mata, masyarakat Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah tidak mempelajari kemahiran-kemahiran mencari dan menggunakan peluang untuk jangka masa panjang dan di luar 14

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )negara. Ini menyebabkan mereka menjadi katak di bawah tempurung dan juara kampung, berbanding dengan masyarakat yang lain seperti masyarakat Cina dan India. Seluruh dunia, termasuk di Israel dan negara-negara Afrika, terdapat Chinatown dan Little India. Pada peringkat antarabangsa, ramai individu yang menjadi ahli politik, perniagaan dan pakar berbangsa Cina dan India. Kaum ini berjaya meneroka, mencari dan mengembangkan peluang sehingga mencapai kejayaan yang dinikmati sekarang. Setelah tersedianya peluang, perlindungan dan bantuan daripada pihak kerajaan disediakan bagi membantu pelajar, pengusaha dan peniaga. Contohnya dari segi pendidikan, kuota, pinjaman dan biasiswa, Maktab Rendah Sains MARA, Yayasan MARA, Kolej-Kolej Matrkulasi, Universiti Teknologi MARA, Unviersiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Politeknik, Sekolah-Sekolah teknik, institut latihan perindustrian dan seterusnya telah disediakan. Dari segi perniagaan dan kewangan pula, Majlis Amanah Rakyat, Bank Islam, Takaful Nasional, Takaful Malaysia, taraf perintis, kuota jawatan di sektor swasta, skim pinjaman perusahaan industri kecil dan sederhana dan banyak lagi kelebihan yang diberikan. Selepas setiap perhimpunan agung parti dan persatuan Melayu, akan sentiasa ada insentif dan bantuan yang difikirkan dan disediakan pihak kerajaan. Bantuan-bantuan ini, berbeza dengan bantuan lain dan diwujudkan untuk membantu masyarakat Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah sebelum dibuka (secara terhad) kepada kaum lain. Masyarakat Melayu diberi keutamaan setiap kali mereka memohon berbanding kaum lain, termasuk pribumi Sarawak dan Sabah. Dengan sentiasa tersedianya kemudahan-kemudahan dalam bentuk bantuan ini, masyarakat Melayu akan sentiasa berada dalam confort zone atau zon selesa. Tanggapan yang mereka akan sentiasa mendapat bantuan kerajaan menyebabkan kebanyakan daripada mereka tidak dapat berusaha dengan sendiri serta berfikir untuk diri sendiri untuk mencari jalan keluar dengan menggunakan apa yang ada di sekeliling. Keburukan ini akan diungkit sekali lagi semasa perbincangan tentang releven nanti. Keburukan yang lahir secara tidak langsung daripada peluang ini adalah pemikiran masyarakat Melayu tidak akan berkembang kerana bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan. Ini juga menyebabkan menyokong ahli politik biarpun dalam keadaan-keadaan tertentu tindakan mereka hanya membawa padah dan kerugian jangka masa panjang. 15

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )Tanggapan kesetian telah menjadi kesetiaan membuta tuli dan bukannya kesetiaan kerana cinta dan sayang kepada negara, bangsa dan agama. Kritikan membina tidak diterima dan dibenarkan kerana ia dianggap khianat dan tidak berterima kasih. 3.4 Cabaran Yang Perlu Ditempuhi Perubahan sistem ekonomi dan keadaan politik antarabangsa

menyebabkan terdapat cabaran baru yang perlu ditempuh. Cabaran ini mungkin telah dijangka oleh Suruhanjaya Reid ketika merangka rang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Bahagian ini tidak akan memberi fokus kepada Hak Istimewa Masyarakat Melayu dan Pribumi Sarawak dan Sabah tetapi hanya membincangkan cabaran yang dihadapi Masyarakat Melayu dan Pribumi Sarawak dan Sabah jika mereka gagal menerima perubahan yang iminent. Jika masyarakat Melayu dan Pribumi Sarawak dan Sabah tidak keluar dari confort zone mereka, mereka tidak akan dapat survive dalam era globalisasi. Ini kerana hak dan keistimewaan yang mereka nikmati sejak 1957 bagi penduduk Melayu Semenanjung Malaysia dan sejak 1963 bagi pribumi Sarawak dan Sabah merupakan ciptaan zaman perindustrian. Pada zaman globalisasi dan informasi, seseorang hanya akan berjaya jika dia boleh menerima dan menguasai maklumat dan kemahiran dan dia sedar bahawa setiap dua tahun, maklumat dan kemahirannya telah menjadi obsolete(Kiyosaki). Masyarakat Melayu perlu sedar bahawa negara China dan India sedang mengorak langkah menjadi kuasa besar dunia dari segi politik, tentera, teknologi dan, paling penting, ekonomi. Dua daripada tiga masyarakat majmuk di Semenanjung Malaysia merupakan kaum Cina dan India. Jika Malaysia hendak membangun dan mencapai Wawasan 2020, maka rakyat perlu bersatu padu tanpa mengira kaum, bangsa dan agama bagi memastikan kita tidak tenggelam apablia China dan India naik. Cabaran seterusnya boleh dilihat di dalam prinsip dan pola sejarah yang sentiasa berulang. Merujuk kepada Revolusi Perancis yang berlaku pada abad ke-18 dan pembersihan etnik di Yugoslavia. Revolusi Perancis tercetus bukan semata-mata kerana penindasan dan ketidakupayaan Raja Louis XVI dan menteri-menterinya mentadbir tetapi merupakan perang antara yang mempunyai dan yang tidak mempunyai (the haves against the 16

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )have-nots) dan merupakan class war. Di Perancis sebelum revolusi berkenaan, golongan bangsawan dan gereja mempunyai kuasa dan hak-hak istimewa manakala golongan petani dan kebanyakan tidak mempunyai hak. Namun, dari segi ekonomi, orang kebanyakan telah memberi sumbangan yang banyak berbanding golongan gereja dan bangsawan. Di Yugoslavia, pembersihan etnik dan perang adalah disebabkan toleransi antara kaum yang semakin lama semakin kurang dan akhirnya sampai ke breaking point. Rentetan daripada itu, teori evolusi telah disangkalkan, namun prinsipnya tetap sah dan boleh digunapakai dalam konteks masyarakat dan negara pada era kini: survival of the fittest. Biarpun hak keistimewaan telah menyumbangkan kepada pembangunan negara, telah tiba masanya masyarakat Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah berdiri di atas kaki sendiri dan belajar bagi memastikan kesinambungan negara Malaysia.

4.0

ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN HAK ISTIMEWA BUMIPUTERA 4.1 Ketuanan Melayu Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu atau kini digelar Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British). Hal ini disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan 17

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini. Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940 apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan orang asal Malaysia, iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia. Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP (Singapura). Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia oleh PAP:Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parlimen, dan menyeru satu Malaysian Malaysia. Mempersoalkan kontrak sosial, Lee telah menyatakan: Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato Syed 18

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )Jaafar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun. 4.2 Politik Dan Ekonomi November 2000, kita dikejutkan sekali lagi dengan isu hak keistimewaan dan ketuanan Melayu oleh Timbalan Pengerusi Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN 11) Dato David Chua yang meminta Hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan dibawah dasar penyusunan semula masyarakat telah mencetuskan kontoversi dan polimIk mengenai suatu perkara yang dianggap amat sensitif didalam negara ini. Para pemimpin UMNO telah meluahkan rasa tidak senang mereka terhadap kenyataan David yang dianggap akan menggugat kedudukan orang Melayu dan akan mencetuskan perbalahan kaum. Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, di dalam satu kenyataan menyatakan bahawa kerajaan tidak akan berundur walaupun satu langkah dalam mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu di negara ini. Hak keistimewaan tersebut termasuk bantuan bantuan, subsidi dan sistem koata yang diperuntukkan kepada orang Melayu. Hak keistimewaan ini merupakan intipati kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun DEB telah tamat pada tahun 1996 tetapi hak keistimewaan orang Melayu dipertahankan sebagai entiti utama pembangunan negara dan didalam usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera. Walau bagaimanapun, pengekalan Hak Keistimewaan orang Melayu ini tidak bermakna rakyat bukan Melayu perlu dilayan seperti warganegara kelas kedua dengan menafikan hak-hak yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Golongan bukan bumiputera juga diberikan peluang yang sama rata kerana tidak semua diantara mereka hidup di dalam keadaan mewah. Masih ramai lagi yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak kurang juga yang berada dibawah garis kemiskinan. Permintaan dan tuntutan supaya hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan mungkin disebabkan wujudnya anggapan di kalangan masyarakat bukan Melayu bahawa kerajaan berlaku tidak adil dan melakukan diskriminasi terhadap golongan yang bukan bumiputera. Mereka tidak mempersoalkan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada oarang Melayu. Yang mereka 19

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )mahu ialah bantuan yang dihulurkan dibuat secara menyeluruh merangkumi golongan bukan Melayu yang hidup di dalam serba kekurangan. Sebagai rakyat negara ini golongan bukan bumiputera menuntut diberikan layanan yang membolehkan mereka memberikan sumbangan ke arah pembangunan serta memakmurkan ekonomi negara. Salah satu tuntutan 17 perkara yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) yang mahukan perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera dihapuskan di dalam segala bidang sama ada ekonomi ataupun pendidikan sebenarnya hanya mengulangi tuntutan yang pernah dibuat oleh beberapa orang pemimpin Cina pada pertengan tahun 1980an. Malaysia merupakan salah satu negara yang boleh dijadikan contoh bagaimana perbezaan identiti, pengenalan kaum dan kerencaman budaya tidak menjadi penghalang kepada rakyatnya untuk bersifat pluralistik hidup di dalam keadaan yang amat damai dan setiap orang boleh bekerja dan menjalani kehidupan tanpa menghadapi sebarang gangguan dari mana-mana pihak. Jadi persoalan bumiputera atau bukan bumiputera harus dihapuskan tidak timbul lagi. Perkara yang penting ialah setiap pihak harus berpegang kepada perjanjian dan semangat setia kawan yang telah tersedia termaktub didalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan penduduk peribumi yang lain sebagai golongan bumiputera perlu diakui. Hak golongan bukan bumiputera dijamin dan dipelihara oleh tidak perlembagaan. Sebarang dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sepatutnya bercanggah

dengan peruntukkan yang terkandung di dalam

perlembagaan. Oleh sebab itu, tidak ada sebab kenapa perkara ini perlu dijadikan isu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Jadi isu hak keistimewaan orang Melayu ini tidak harus dipolitikkan ataupun dijadikan sebagai isu politik oleh mana mana pihak. Persoalan yang penting ialah mewujudkan persefahaman dan sikap saling hormat-menghormati diantara satu dengan yang lain dengan memastikan hak setiap pihak dipelihara dan perhatian yang sewajarnya. Barangkali itulah seharusnya dilakukan oleh semua pihak yang bertelagah dengan pihak tertentu dan membiarkan diri mereka hilang rasional kerana dikuasai oleh emosi. 20

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )4.3 Tanah Milik Orang Asli (i) Kes Sagong Tasi , Mahkamah Rayuan mempersoalkan pengabaian

tanggungjawab JHEOA di dalam memperlindungi kepentingan Masyarakat Orang Asli Temuan yang mengalami masaalah pengambilan tanah Di Bukit Tampoi, Dengkil. Tanah Adat Orang Asli masih belum diiktirafkan. Sebanyak 31,000 ekar (sebahagian tanah adat Orang Asli yang dituntut ) yang diluluskan untuk penggazettan tetapi belum digazetkan lagi dan sebanyak 80,000 ekar masih hanya di dalam proses kajian untuk pengezatan tetapi media arus perdana sentiasa menyampaikan berita pengazetan tanah adat Orang Asli seolah-olah memberi gambaran bahawa tanah adat Orang Asli selamat. Tetapi hakikatnya tanah adat Orang Asli jauh daripada selamat. Orang Asli setiap hari diancam dengan pengambilan tanah tanah adat mereka tanpa pengetahuan mereka dan JHEOA menutup mata terhadap beban kesengsaraan yang dipikul oleh Masyarakat ini yang terus tertindas dan dipencilkan. Perbincangan secara konsultasi dengan persetujuan Free Prior and Informed Consent jarang dipraktikkan. Sebahagian tanah tanah adat Orang Asli diagihkan kepada kepada gergasi gergasi komersial dan predator predator korporat serta pembalak pembalak tanpa segan silu oleh Kerajaan Negeri dimana ianya tidaklah di dalam pengetahuan Orang Asli sekaligus memberi kesan serious kepada sumber sumber keperluan harian dan cara hidup mereka. 1. 2. 3. 4. 5. Sungai-sungai dicemari . Alam semulajadi dimusnahkan Sumber-sumber keperluan dilenyapkan Tanah-tanah keramat dan suci dihapuskan. Tradisi dan Adat dipupuskan. Alasan kerajaan negeri adalah penglibatan gergasi-gergasi komersial serta pembalak-pembalak meningkatkan peti dana untuk pengurusan serta pentadbiran negeri. Jikapun ada tanah-tanah adat yang belum ataupun tidak diagihkan kepada yang berkepentingan komersial maka tanah tanah adat ini diwartakan sebagai rizab hutan dengan sewenang wenangnya dan sekaligus 21

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )merampas dan mengharamkan sumber sumber hutan yang sekian lama menjadi pendapatan sara hidup Orang Asli. Kita mesti ingat setiap kereta resmi serta bilik hawa dingin serta lain-lain keistimewaan yang dinikmati oleh pentadbir kerajaan adalah hasil daripada penginiayaan dan pencabulan hak asasi manusia yang asas seperti yang termaktub di dalam piawaian antarabangsa UNDRIP (United Nation Declaration On the Rights Of The Indigenous People yang di persetujui oleh Malaysia dan di adopkan (adopted) pada UN General Assembly Resolusi 62/295 of 2007.

( ii )

Kes tanah Orang Asli Jahut di Kuala Krau.Tanah-tanah adat dan

perkampunggan kami tidak diiktiraf oleh kerajaan sebagai milik kami secara hitam putih. Malah sehingga saat ini kebanyakan masyarakat Orang Asli tidak tahu apakah status tanah yang sedang kami duduki (gazet/geran/rezab/kawasan simpan) disebabkan perkara ini. Ketiadaan perlindungan ke atas tanah kami telah membawa banyak kemudaratan kepada kami. Kami sering kehilangan tanah kepada pihak lain, termasuk yang berkepentingan peribadi tetapi menggunakan alasan demi negara. Apabila tanah kami diambil, kami bukan sahaja kehilangan tanah tetapi segala usaha yang telah kami jalankan ke atas tanah tersebut. Akibatnya kami kehilangan punca saraan hidup, justeru memudaratkan lagi kedudukan kami yang rata-rata sememangnya daif jika dibandingkan masyarakat perdana di Negara ini. Selain itu, tanah-tanah adat dan perkampungan Orang Asli sering bertukar status, samada dipindah milik atau dijual berbagai pihak berkepentingan tanpa sebarang makluman, perbincangan atau perundingan dengan kami terlebih dahulu seperti yang terjadi dalam kes tanah di Kampung Terbol, Kampung Pian, Kampung Lubuk Wong dan Kampung Pasu. Kehilangan tanah juga menjejaskan adat resam serta budaya kami kerana aspek kehidupan kami ini amat berkait rapat dengan tanah kami. Ketiadaan status tanah juga menjejaskan usaha membangunkan tanah kami bagi tujuan mempertingkatkan kedudukan ekonomi kami. Akibatnya, kami terus berdepan dengan masalah kemiskinan. Segala tindakan sedemikian menggambarkan bahawa pihak-pihak

22

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )berkenaan tidak pernah memikirkan atau perihatin terhadap keperluan dan kesusahan masyarakat Orang Asli secara ikhlas dan serius. Masyarakat Orang Asli sering dinafikan hak asasi sebagai rakyat Malaysia untuk mendapat pembelaan sewajarnya. Antaranya hak untuk mendapat pengagihan sumber ekonomi secara adil. Taraf ekonomi masyarakat Orang Asli masih jauh ketinggalan berbanding masyarakat perdana yang lain. Rata-rata pendapatan bulanan masyarakat adalah dibawah RM350. Ini bermakna sumber ekonomi MOA masih dikategorikan dalam kelompok miskin tegar. Jesteru, kami masyarakat Orang Asli Jahut di Kuala Krau membantah tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengemukan saman terhadap Esah Bte Wek (KP 610630-06-5083) dengan No. saman 87-585 tahun 2008 yang beralamat di Kampong Pasu, Kuala Krau dalam daerah Temerloh. Mengikut pertuduhan kes, bahawa beliau pada tarikh 30.08.2007 jam 3.00 petang didapati menanam getah di dalam kawasan Rizab Krau. Dengan itu, beliau dituduh menyalahi undang-undang masuk ke kawasan rizab hidupan liar tanpa permit dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76 tahun 1972 (seksyen 82). Kami membantah tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan bawah: (i) Beliau ialah seorang keturunan Orang Asli suku kaum Jahut. Jesteru Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengemukan saman mahkamah terhadap Esah Bte Wek di atas rasional yang munasabah seperti di

beliau adalah dibawah perlindungan Akta 134, 1954, Akta Orang Asli. Dalam fasal 14 Akta 134 Orang Asli, Kawasan Orang Asli adalah kawasan larangan bagi orang luar termasuk pihak PERHILITAN. Disamping itu, Akta 134, 1954 wujud lebih awal daripada Akta Perlidungan Hidupan Liar 1972. Ini bermakna Orang Asli Jahut tidak menyedari tentang kewujudan Akta Perlindungan Hidupan Liar ini wujud dalam kawasan Kampung Pasu ini. (ii) Disamping itu, dalam Akta 134, 1954 fasal 8(1) menyentuh tentang hak

menduduki kawasan Orang Asli. Kandungan ini menyatakan Orang asli bebas daripada membayar sewa atau tertakluk kepada apa-apa sewa yang dikenakan. Ini bermakna saman mahkamah terhadap beliau yang dituduh adalah tidak 23

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )berasas. Juga dalam Akta 134, 1954 fasal 8(3) mengizinkan tanah diberi secara peribadi kepada Orang Asli dengan syarat tidak seorang Orang Asli boleh memindah milik, memajak, menggadai, menjual, memindah hak, menyerah hak, menggadai janji atau dengan cara yang lain melepas tanah kecuali dengan persetujuan Pesuruh Jaya Orang Asli. Sebarang transaksi yang dibuat tanpa persetujuan pesuruh jaya adalah tidak sah. Ini bermakna beliau yang dituduh tidak bersalah kerana menggunakan tanah bukan untuk tujuan menjualnya kepada pihak orang lain tetapi menggunakan tanah adat tersebut untuk keperluan diri sendiri. (iii) Selain daripada Akta 134, 1954, Orang Asli juga mempunyai hak

terhadap tanah adat turun temurun. Dimana dalam hal ini, sebelum kewujudan Akta Perlidungan Hidupan Liar 1972, Orang Asli terlebih dahulu meneroka tanah tersebut untuk tujuan menaman padi (sara diri) dan seterusnya menanam tanaman kekal seperti getah (swidden). Ini bermakna beliau tidak menceroboh atau memasuki kawasan Rizab Krau kerana kawasan perlidungan ini wujud tanpa persetujuan dan pengetahuan masyarakat Orang Asli Jahut keseluruhannya.(grassroot). (iv) Masyarakat umum mengetahui 80% daripada masyarakat Orang Asli

masih berada di bawah paras kemiskinan tegar. Jesteru dalam kes ini beliau yang dituduh mempunyai hak untuk mengusahakan tanah adat mereka tanpa halangan daripada pihak tertentu termasuk Akta Perlidungan Hidupan Liar 1972 (PERHILITAN). Beliau mengusahakan tanah untuk ikhtiar hidup (survival) untuk keperluan diri dan keluarga beliau. Hal ini berasas kerana tanah di Kampung Pasu semakin terhad berpunca Projek TSK Risda kelapa sawit yang telah dibangunkan. Akibat daripda Projek TSK Risda, Orang Asli bertambah miskin kerana kehilangan pendapatan bulanan mereka. Projek TSK ini tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian penduduk kerana sistem saham yang memberi komisen sebanyak RM 1000 LEBIH setiap tahun langsung tidak membasmi kemiskinan tegar Orang Asli. RM1000 SETAHUN BUKAN RM 1000 SEBULAN. Nilai RM 1OOO setahun ini adalah tidak mencukupi untuk masyarakat Orang Asli mendapatkan keperluan mereka. Kesimpulannya, mereka masih memerlukan tanah adat di seberang Sungai Krau untuk menampung keperluan hidup mereka. 24

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )

4.4

Rizab Melayu Rizab Tanah Melayu merupakan salah satu keistimewaan yang diwujudkan bagi melindungi hak keistimewaan orang melayu di Malaysia. Hal yang sedemikian mewujudkan enakmen rizab melayu. Undang-undang Tanah Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Rizab Melayu (ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Enakmen Rizab Melayu 1913 ini telah dimansuhkan mulai daripada 15.12.1933 dan digantikan dengan ERM 1933. Pada tahun 1935 ERM 1933 ini telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan hingga kehari ini. Negeri-negeri lain kemudiannya turut mengwujudkan ERM mereka masing-masing iaitu ERM Kelantan 1930, ERM Kedah 1931, ERM Perlis 1935, ERM Johor 1936 dan ERM Terengganu 1941. British tidak mengadakan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Terdapat dua objektif utama, yang pertama ialah Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu. Keduanya ialah Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu. Enakmen Rizab Melayu ini bermatlamat supaya dengan dua objektif itu adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman. Kuasa pengistiharan Rizab Melayu dilakukan di Negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di mana ERM (NMB Bab 142) dipakai, kuasa untuk membuat pengisytiharan terletak pada Menteri Besar dengan kelulusan Raja Dalam Mesyuarat (RDM). Di Johor, PTG dengan kelulusan RDM manakala di lain-lain negeri, RDM. Antara tujuan pengistiharan tersebut adalah kerana yang pertama untuk mewujudkan satu kawasan Rizab Melayu. Kedunya ialah untuk membatalkan kawasan Rizab Melayu dan yang ketiga untuk meminda had atau sempadan 25

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )mana-mana Rizab Melayu. Tanah-tanah yang boleh diisytiharkan sebagai rezab melayu ialah tanah kerajaan, tanah hutan simpan, tanah rizab awam dan tanah milik. Syarat-syarat pengisytiharan di dalam Enakmen Rizab Melayu yang pertama ialah tanah yang belum dimajukan (not developed) atau dicucuk tanam (cultivated) sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu. [Perkara 89(2) Perlembagan Persekutuan]. Yang kedua ialah jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain yang belum dimajukan atau dicucuktanam seluas 100 hektar juga hendaklah disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk Melayu. [Perkara 89(2)Perlembagan Persekutuan]. Yang ketiga jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]. Keempatnya ialah mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentingan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Rujuk Perkara 89(4) Perelembagan Persekutuan. Kelima ialah bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah bandar atau tanah yang termasuk dalam kawasan Sanitary Board tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu [Sek.3(1)ERM Kedah] dan yang terakhir ialah dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau tanah pekan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Lihat tafsiran (d) Malay Holding]. Terdapat kes yang menyentuh Enakmen Rizab Melayu pernah dilaporkan iaitu kes penjualann tanah rezab melayu oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada sebuah syarikat di singapura. Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura, tetapi beliau didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya. Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya. Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut 26

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat

keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura. Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu. Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford. Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri. Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan begitu pantas, dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta. Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi begitu tamak. Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya. Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh mendatanganinya bila-bila masa. AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa masa semakin singkat. Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor. Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambilalih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah. Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan peruntukan akta itu untuk mengambilalih 27

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )6,544.4172 ekar tanah di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan itu. Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta. Dalam kempen pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menuduh Muhyiddin mengkhianati hak orang Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor dan mengetuai Umno negeri itu. Baru-baru ini Muhyiddin dilaporkan kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi Menteri Besar Johor.

4.5

Isu berkaitan kouta biasiswa kepada bumiputera Kouta biasiswa telah diperuntukkan kepada bumiputera adalah lebih daripada kaum bukan bumiputera sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Penganugerahan biasiswa perlu mengambil kira bukan sahaja soal merit pencapaian, tetapi juga persoalan merit sosioekonomi rakyat agar pembukaan ruang untuk memperolehi pendidikan lebih tinggi menjurus kepada kumpulan sasar yang tepat dalam masyarakat Malaysia. Isu mengenai hak pemberian biasiswa ini mulai timbul apabila pihak kerajaan ingin memberikan 45 peratus kouta biasiswa kepada bukan bumiputera. Perkara ini telah mendapat bantahan ramai pihak khususnya golongan bumiputera yang berpendapat ini akan menggugat hak istimewa orang melayu. Hal ini kerana, pemberian kouta 45 peratus biasiswa kepada bukan bumiputera hamper menyamai peratusan kouta yang diberikan kepada bumiputera, sedangkan kaum bumiputera adalah golongan majority negara ini. Antara pihak yang keras membantah pemberian kouta 45 peratus ini ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang menyeru kerajaan mengkaji semula langkah memberi 45 peratus peruntukan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada bukan bumiputera. Isu ini telah menimbulkan kebimbangan kepada beberapa organisasi bumiputera semenjak cadangan ini mulai diusulkan oleh pihak kerajaan.

28

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )Presiden GPMS Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, GPMS mahu keputusan tersebut wajar diteliti semula secara menyeluruh. Hal ini adalah kerana, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum bumiputera kerana hak istemewa mereka semakin terhakis. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula menyifatkan langkah itu tidak akan memberikan "keadilan sosial" dan bercanggahan pula dengan semangat hak keistimewaan Melayu dan kaum bumiputera sabah dan Sarawak. Langkah menaikkan peluang tersebut, yang asalnya dengan peratusan 10 bukan bumiputera dan 90 untuk bumiputera, adalah tidak tepat dan tersasar daripada matlamat dalam Perlembagaan Persekutuan. Mengambil kira tiga faktor, sudah pasti menaikkan peratusan pembahagian biasiswa untuk bukan bumiputera kepada 45 peratus, iaitu peratusan hampir sama dengan bumiputera, sama sekali tidak mencerminkan sebuah dasar yang dilaksanakan ke arah mewujudkan keadilan sosial di negara ini. Faktor-faktor tersebut, tambahnya, jumlah penduduk bumiputera lebih tinggi, kadar kemiskinan dalam kalangan bumiputera juga tinggi, dan mereka khususnya di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dalam bidang professional. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula membantah keputusan menaikkan kuota untuk bukan bumiputera dengan mencadangkan peruntukan biasiswa diberikan kepada semua. Menurut presidennya Mohd Hilmi Ramli, PKPIM bertegas bahawa kuota 45 peratus harus dihapuska. Hal ini kerana, beliau tidak bersetuju kerajaan menggunakan isu kuota untuk menangani tuntutan biasiswa dalam kalangan bukan bumiputera. Namum, cadangan kouta biasiswa 45 peratus ini masih diteruskan oleh pihak kerajaan. Namun, pemberian biasiswa kepada kaum bumiputera adalah 56 peratus, manakala selebihnya iaitu 44 peratus diberikan kepada kaum bukan bumiputera. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kaum bumiputera mendapat 843 biasiswa termasuk dari Sabah dan Sarawak dibawah program ijazah luar negara. Namun, kaum bukan bumiputera tidak terpinggir daripada mendapat biasiswa kerajaan apabila 657 pelajar bukan bumiputera mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

29

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )Keseluruhan 1,500 biasiswa JPA itu agihkan kepada pelajar-pelajar cemerlang berdasarkan empat kategori iaitu merit, kaum, bumiputera Sabah dan Sarawak serta kurang bernasib baik. aripada jumlah 300 biasiswa kategori merit, 59 atau 20 peratus diagihkan kepada pelajar bumiputera manakala 241 biasiswa atau 80 peratus kepada pelajar bukan bumiputera. Daripada jumlah itu, kaum Cina mendapat 209 (70 peratus), India 30 (10 peratus) dan lain-lain dua (0.7 peratus). Bagi kategori kuota kaum, pelajar bumiputera memperoleh 557 biasiswa (61.8 peratus) dan 343 biasiswa (38.1 peratus) diberikan kepada kaum bukan bumiputera. Sebanyak 150 biasiswa pula diagihkan sama banyak antara kaum di Sabah dan Sarawak manakala 150 biasiswa lagi diperuntukkan kepada golongan kurang bernasib baik. Namun, hak istimewa bumiputera kian terhakis dari hari ke sehari. Jika kita lihat dalam peningkatan kouta biasiswa yang diberikan kepada bumiputera daripada 10 peratus kepada 44 peratus pada hari ini. Jika sebelumnya kita lihat, bumiputera memperolehi 90 peratus biasiswa namun sekarang hanya 56 peratus biasiswa diberikan kepada bumiputera. Ini jelas telah menggugat dan menghakis hak istimewa orang melayu mahupun hak orang bumiputera Sabah dan Sarawak. Kerajaan haruslah memandang serius perkara ini agar tidak berlaku berbalahan antara kaum dan sentiasa memelihara hak istimewa orang melayu, bukannya menggugat hak keistimewaan yang diberikan kepada orang melayu. Pemberian kouta biasiswa kepada bukan bumiputera bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi memperkembangkan pembangunan pendidikan negara. Hal ini demikian kerana, peratusan kouta akan meningkat dan menurun pada bila-bila masa. Persoalan mula timbul sekiranya jumlah kaum bukan bumiputra yang layak diberikan biasiswa menjangkaui 45 peratus? Adakah kuota ini akan dinaikkan sehingga 50 peratus atau mencecah 60 peratus yang melebihi kaum bumiputera? Dengan peningkatan 35 peratus kouta biasiswa kepada bukan bumiputera bukanlah satu penyelesaian terbaik yang boleh diambil oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan seharusnya mengambil kira isu-isu sampingan yang melibatkan sensitiviti penduduk peribumi dalam negara.

30

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )Sepertimana kita sedia maklum, biasiswa pendidikan ini adalah merupakan hak penuh pelajar melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang memperuntukan di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Ia menggariskan bahawa Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet, berkuasa menyelamatkan atau menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan menentukan kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan kerajaan termasukpermit atau lesen perniagaan. Daripada peruntukan ini jelas bahawa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas. Ini jelas merupakan hak, harta dan pusaka yang haruslah kita pertahankan dengan nyawa dan kekuatan yang ada ada pada kita. Dan jangan sekali-sekali kita membiarkan ia di cairkan atau diluted oleh mana-mana pihak atas apa-apa asas atau sebab pun oleh kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi tujuan pendidikan, kerajaan seharusnya menyalurkan biasiswa penuh kepada seluruh mahasiswa bumiputera memandangkan perkara tersebut adalah salah satu hak yang dijamin oleh undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan. Biasiswa adalah salah satu keistimewaan orang Melayu yang dijamin di dalam Perlembagaan (Perkara 153). Jumlah biasiswa pelajar bukan bumiputera yang dinaikkan daripada 10% kepada 45% mulai tahun 2008 telah menyebabkan pelajar bumiputra mengalami kerugian dan ini bertentangan dengan peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu. Isu biasiswa ini bukan sesuatu yang boleh diguna sebagai justifikasi politik. Ia adalah hak yang telah diperlembagakan.

4.6

Pertikaian Pekara 153 Perlembagaan Malaysia 31

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )Utusan Malaysia pada 22 September 2010 melaporkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak dan keistimewaan orang Melayu barubaru ini. Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 tengah hari ditemani peguamnya, Latheefa Koya yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nurul Izzah ketika ditemui pemberita berkata, beliau tampil hari ini untuk memberi keterangan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dalam portal blognya berjudul 'The ultimate Malaysia debate: Malaysia or Malaysaja?' yang disiarkan pada 31 Ogos lalu. Nurul izzah anwar menyatakan di dalam Utusan Malaysia bahawa polis memanggilnya untuk hadir beri keterangan hari ini dan dia cuba memberi kerjasama yang baik kepada mereka untuk menyiasat. selepas memberi keterangan selama lebih sejam di pekarangan IPD itu hari ini. Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 1 September lalu membuat laporan polis berhubung kenyataan Nurul Izzah yang mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak dan keistimewaan orang Melayu. Kedua-dua laporan tersebut dibuat di IPD Dang Wangi. Utusan Malaysia pada 1 September 2010 menyatakan Anwar yang mempersoalkan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan 153 orang Perlembagaan Melayu. Persekutuan Majlis (NGO) Melayu menyelar tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Perkara berhubung hak keistimewaan Penasihat

Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, Nurul Izzah tidak memahami apa itu Perlembagaan Persekutuan dan kepentingan untuk melindungi hak kaum sendiri apabila bertindak demikian. Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah di dalam sebuah portal propembangkang yang mendakwa Perkara 153 hanya menyebut 'kedudukan istimewa' dan bukannya 'hak keistimewaan' orang Melayu seperti yang digembar-gemburkan. Ahmad Zaki berkata, Nurul Izzah sepatutnya mendapatkan pandangan pakar berhubung Perlembagaan Persekutuan sekiranya tidak faham mengenainya dan bukannya membuat kenyataan atau pandangan yang menimbulkan kontroversi. Sebagai contoh, katanya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini juga hanya menetapkan sasaran yang sedikit bagi memajukan kaum bumiputera sedangkan 32

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )kaum lain mendapat nikmat yang lebih banyak. Katanya, kenyataan Nurul Izzah itu sebenarnya membuka ruang bagi orang lain untuk memijak kepala orang Melayu sendiri. Manakala Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, tindakan Nurul Izzah itu sebenarnya telah mengkhianati bangsa sendiri dan juga apa yang telah diperjuangkan pemimpin terdahulu. Katanya, pihak yang berterusan mempersoalkan mengenai Perkara 153 itu sebenarnya tidak faham sepenuhnya mengenai Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata, ada yang sanggup mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan kerana mempunyai kepentingan tertentu demi mengejar kuasa dan kedudukan politik. Dalam pada itu Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Lembah Pantai, M. Sazali Kamilan yang turut membidas tindakan Nurul Izzah itu berkata, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sewajarnya diambil tindakan undang-undang kerana bertindak mempersoalkan Perkara 153. Katanya, pihaknya sendiri berasa malu kerana masih ada orang Melayu yang mempertikaikan hak kaum sendiri. M. Sazali berkata, tindakan Nurul Izzah itu juga dilihat seperti mahu mengalihkan isu dan kemelut yang berlaku di dalam PKR sendiri dan juga yang dihadapi oleh bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

4.7

Isu buka kouta UiTM kepada bukan melayu Sebagaimana yang kita tahu sebelum ini, UiTM adalah sebuah institusi yang hanya menerima pelajar bumiputera sahaja. Namun, kouta ini telah dibuka kepada bukan melayu serta pelajar asing sebanyak 10 peratus. Rasionalnya cadangan ini adalah agar pelajar - pelajar institusi pengajian tinggi itu lebih berdaya saing sesama mereka dan meningkatkan kualiti pendidikan. Cadangan itu telah dibuat oleh menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera. Beliau menyifatkan saranan tersebut sebagai populis dan bertujuan memancing sokongan bukan 33

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )Melayu, beliau berkata, cadangan berkenaan juga satu penghinaan kepada orang Melayu, bumiputera dan institusi pengajian itu sendiri. Hal ini kerana, hak istimewa orang melayu semakin tergugat sekiranya kouta ini dibuka kepada bukan melayu. Menurut beliau, beliau tidak bersetuju sama sekali mengenai cadangan membuka kouta kepada orang bukan melayu. Hal ini kerana, beliau menganggap bahawa persaingan antara pelajar UiTM sedia ada sudah cukup sengit. Persoalan yang ditimbulkan oleh beliau, adalah orang melayu, tidak boleh bersaing sesama orang bukan melayu? Adakah perlu memasukkan orang bukan melayu seperti cina dan india, barulah orang melayu tahu untuk bersaing? UiTM yang menghimpunkan mahasiswa bumiputera telah membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat menurut Tan Sri Abdul Khalid. Pendapat ini diselar oleh Datuk Seri Khaled Nordin kerana perpaduan kaum bermula di peringkat sekolah rendah lagi, bukannya bermula di UiTM. Khaled menegaskan, cadangan yang diutarakan oleh Abdul Khalid itu hanya satu politik murahan yang sanggup menggadai perkara yang diwujudkan untuk memelihara kedudukan dan kepentingan Melayu serta bumiputera. Dalam aspek ini, beliau memberi jaminan kerajaan akan terus melindungi hak-hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesekali tunduk kepada desakan populis itu. Isu ini hangat diperdebatkan suatu ketika dahulu kerana ia telah mencabar hak istimewa orang melayu dan kaum bumiputera. Ini kerana dalam perkara 153 (8) (8A) yang memperuntukkan Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu 34

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. 4.8 Isu Sistem Meritokrasi Bertentangan Dengan Perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu Tan Sri Musa Mohamad Menteri Pendidikan ketika itu telah

memperkenalkan sistem meritokrasi dengan menghapuskan Sistem Kuota untuk anak-anak bumiputera masuk ke IPTA di negara ini. Berikut adalah statistik yang berkaitan dengan kesan sistem meritokrasi yang menggantikan sistem kuota dimana sistem kuota memperuntukkan 55% untuk Bumiputera: 35% Cina: 10% India yang telah dilaksanakan di Universiti Malaya untuk kemasukan pelajar pada sessi 2002/2003.

PELAJAR KE UNIVERSITI MALAYA BERDASARKAN SISTEM MERITOKRASI BAGI PENGAMBILAN PELAJAR SESSI 2002/2003 FAKULTI BUMIPUTRA SISTEM KUOTA BUMIPUTRA SISTEM MERITOKRASI BUKAN BUMIPUTRA SISTEM KUOTA PERUBATAN EKONOMI PERAKAUANAN UNDANG 2 PERNIAGAAN SAINS FARMASI KEJURUTERAAN ELETRIK 35 103 88 99 57 88 551 28 63 78 29 80 10 4 481 16 31 51 56 50 29 56 351 14 32 82 114 82 63 150 455 29 74 BUKAN BUMIPUTRA SISTEM MERITOKRASI

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )KEJURUTERAAN KIMIA KEJURUTERAAN MEKANIK SUMBER : UNIVERSITI MALAYA 63 37 32 61 44 23 22 50

Dengan menjadikan Universiti Malaya sebagai tanda aras

bagi trend

kemasukan pelajar bukan bumiputra yang bertambah akibat sistem meritokrasi maka jumlah pelajar bumiputra yang memasuki semua IPTA bagi bidang kritikal IPTA adalah rendah berbanding kaum lain. Trend ini terus berlaku untuk tempoh hampir 8 tahun dan ini telah mengakibatkan pelajar Melayu berkurangan di dalam bidang- bidang kritikal di semua IPTA. Setelah hampir 8 tahun sistem meritrokrasi dilaksanakan, tiba-tiba bekas Tun Dr. Mahathir Mohamad mula rasa bimbang dengan jumlah kemasukan pelajar Melayu ke IPTA terutama di dalam bidang kritikal yang didapati semakin berkurangan berbanding kaum lain. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009). Kebimbangan ini berasas apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin mengakui jumlah pelajar Melayu dalam bidang kritikal di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) agak rendah berbanding kaum lain di negara ini. Bagaimanapun, katanya, bilangan pelajar Melayu semakin meningkat di IPTA tetapi kebanyakannya tertumpu dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009). Sehubungan dengan itu, Perkasa Negeri Pahang mendesak kerajaan agar mengembalikan sistem kouta sebagai dasar bagi kemasukan ke semua IPTA yang mana memperuntukkan 55% untuk Bumiputera: 35% Cina: 10% India. Ini adalah kerana sistem meritokrasi bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Isu ini mula timbul setelah mendapati statistik kaum 36

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )bumiputera kurang memasuki IPTA setelah sistem meritokrasi dilaksanakan. Ini akan menyebabkan kaum bumiputera akan terus tercicir berbanding kaum lain seperti Cina dan India.

5.0

KESIMPULAN Semakin hari Hak Keistimewaan Bumiputera semakin tergugat. Hal ini disebabkan oleh campur tangan daripada beberapa pihak yang sering mempertikaikan tentang hak-hak yang telah diberikan oleh Perlembagaan dan Undang-undang. Hak-hak ini telah dicatatkan dan diperuntukkan di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Sebagai penduduk asal negara ini, golongan Bumiputera telah diberikan hak keistimewaan dan perlindungan oleh kerajaan. Perkara 153 secara amnya memberi perlindungan dan keistimewaan kepada kaum Melayu dan Pribumi Sarawak dan Sabah dari segi pekerjaan di sektor awam, biasiswa, pendidikan, bantuan khas, lesen, permit dan perniagaan yang merangkumi dan melibatkan hak istimewa. Bagi Orang Asli pula, hak-hak mereka dilindungi melalui Akta 134. Walau bagaimanapun hak-hak Orang Asli banyak tertumpu dalam aspek tanah. Rentetan daripada kelebihan yang telah diberikan kepada golongan Bumiputera ini, banyak pihak yang tidak berpuas hati telah mengecam ketenteraman awam dengan menimbulkan spekulasi-spekulasi yang sekaligus telah menggugat kedudukan istimewa yang telah diberikan kepada Bumiputera. Pelbagai masalah ditimbulkan yang berkait rapat dengan hak istimewa golongan Bumiputera terutamanya yang berkaitan dengan isu tanah, biasiswa dan pendidikan. Keadaan ini secara tidak langsung telah mencetuskan masalah politik dan perkauman.

37

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA ( LNK 2023 )Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang telah mencapai 50 tahun kemerdekaan, kita seharusnya berfikir seiring dengan perubahan masa yang berlaku. Isu Hak Keistimewaan Bumiputera ini merupakan isu yang sensitif. Sehubungan itu, janganlah kita mempertikaian perlembagaan yang telah dibuat untuk keadilan semua pihak. Jika dahulu, isu-isu berkaitan hak Bumiputera ini tidak pernah disuarakan, tetapi kini isu ini dibangkit dan sengaja diperbesarkan. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, kemungkinan berulangnya Peristiwa 13 Mei adalah tinggi. Oleh itu, sebagai golongan cendekia dan bakal mendidik anak bangsa, kita seharusnya berfikir di luar kotak dan bekerjasama sebagai usaha untuk menjaga perpaduan dalam negara. Hak Keistimewaan yang diberikan mestilah dikekalkan untuk mengelakkan sebarang perselisihan.

38