titas tamadun melayu dan pribumi malaysia

16
TAMADUN MELAYU DAN PRIBUMI MALAYSIA DR. HASANAH BINTI ABD. KHAFIDZ PUSAT PENGAJIAN UMUM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Upload: hasanah-abd-khafidz

Post on 01-Dec-2014

586 views

Category:

Spiritual


12 download

DESCRIPTION

Ringkasan tentang tamadun Melayu dan Pribumi. Power point ini menjelaskan: - tamadun Melayu - kesan agama Islam ke atas tamadun Melayu - tamadun peribumi termasuk Sabah & Sarawak Tajuk ini merupakan sebahagian daripada bab dalam subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Rujukan: Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Penerbit: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

TRANSCRIPT

Page 1: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia

TAMADUN MELAYU DAN PRIBUMI MALAYSIA DR. HASANAH BINTI ABD. KHAFIDZ

PUSAT PENGAJIAN UMUM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 2: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia

Objektif bahagian ini

u  Membincangkan dan memahami tentang:

u  perkembangan tamadun Melayu

u  budaya dan cara hidup masyarakat Melayu Asli dari etnik Jakun yang mewakili semenanjung Tanah Melayu

u  budaya dan cara hidup etnik yang menjadi pribumi Sabah & Sarawak

Page 3: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia

TAKRIF PRIBUMI

u  Pribumi secara umumnya merujuk kepada kumpulan etnik asal kepada wilayah yang dituntut dan dipertahankan oleh sesebuah negara. Kumpulan etnik ini wujud sebelum terbentuknya negara bangsa (H.M.Dahlan, 1998). Oleh sebab itu pribumi Malaysia adalah penduduk asal negara Malaysia yang terdiri daripada orang-orang;

u   

u  1. Melayu

u  2. Orang Asli

u  3. Pelbagai kumpulan etnik pribumi Sabah Dan Sarawak.

u   

u  Orang-orang Melayu yang merupakan penduduk paling ramai di Malaysia juga terdapat di seluruh pelosok kepulauan Melayu. Bangsa Melayu, seperti bangsa-bangsa lain di dunia ini telah membina tamadunnya sendiri yang berasaskan kepada Islam.

Page 4: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia

BANGSA ORANG MELAYU DAN DEMOGRAFI

u  Malaysia

u  Selatan Siam (Songkla, Narathiwat, Pattani, Satun dan Yala)

u  Indonesia

u  Selatan Filipina

u  Satu pengenalan penting yang mencirikan bangsa-bangsa ini sebagai bangsa Melayu adalah anutan agama mereka adalah agama Islam dan mereka bertutur dalam loghat-loghat Melayu.

u  Sekiranya ciri Islam ini diketepikan, maka bangsa Melayu ini mendiami kawasan yang lebih luas iaitu termasuklah seluruh kepulauan Filipina Selatan Taiwan dan Madagascar. Ciri utamanya ialah bahasa pertuturan mereka ini ialah bahasa Austronasia atau dikenali juga sebagai bahasa Melayu-Polynesia dan juga ciri fizikal mereka.

Page 5: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia

BAHASA MELAYU POLYNESIA (Austronesia)

u  keluarga bahasa yang paling besar di dunia

u  Iaitu dari segi

u  konteks bilangan bahasanya yang dituturkan yang melebihi 500 bahasa

u  kawasan geografi yang merangkumi kawasan yang luas daripada Madagascar di Barat hingga ke Pulau Easter (Rapanui) dan Hawaii di Timur

Page 6: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
Page 7: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
Page 8: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia

BANGSA MELAYU SEBELUM ISLAM

u  menganut agama Hindu, Buddha dan juga kepercayaan animism

u  arkeologi di Candi di Lembah Bujang & Sungai Batu Pahat, di Kedah yang menunjukkan bahawa agama yang menjadi anutan sebahagian daripada masyarakat Melayu ketika itu ialah agama Hindu

u  Kepercayaan seperti ini menyebabkan masyarakat Melayu ketika itu meletakkan martabat raja-raja mereka seperti dewa dan ini telah mencorakkan sistem sosial masyarakat Melayu yang berasaskan kepada kelas. Kepercayaan bahawa raja-raja keturunan dewa-dewa diperkukuhkan lagi dengan sistem kasta yang terdapat dalam agama Hindu telah memperkukuhkan lagi sistem sosial berdasarkan kepada kelas ini

u  Pengaruh agama asal masyarakat Melayu juga wujud dalam beberapa adat yang diamalkan sehingga ke hari ini umpamanya adat bersanding, adat berinai dan permainan wayang kulit. Permainan wayang kulit Jawa walaupun mempunyai jalan cerita yang berdasarkan epik Mahabarata, tetapi ia telah diubah suai oleh ulama-ulama yang menyebarkan Islam di Tanah Jawa

Page 9: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia

KEDATANGAN ISLAM

u  Dua teori yang utama:

u  Islam disebarkan oleh mubaligh daripada India.

u  Islam disebarkan oleh mubaligh Arab dan Parsi.

u  Namun demikian terdapat juga teori yang mengatakan Islam disebarkan oleh mubaligh daripada China dan Champa.

Page 10: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia

SUMBANGAN ISLAM TERHADAP PEMBANGUNAN TAMADUN MELAYU

u  Setelah kedatangan Islam mereka lebih tertumpu kepada bidang-bidang yang berunsurkan rasionalisme dan intelektualisme

u  mereka lebih giat menganjurkan penulisan dan pentafsiran ilmu-ilmu. Sehubungan dengan itu muncul pula ulama-ulama dan penulis-penulis Islam seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin ar-Ranirri, Bukhari al-Jauhari, Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel. Mereka menulis dalam bahasa Melayu dan dengan menggunakan tulisan jawi.

Page 11: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia

PEMBINAAN SISTEM SOSIAL

u  Kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu berjaya melahirkan konsep bangsa Melayu. Sebelum kedatangan Islam, di Kepulauan Melayu hanya wujud suku-suku kaum yang berasaskan kepada identiti sendiri. Dengan kedatangan Islam muncullah bangsa Melayu dengan agama Islam sebagai terasnya.

u  Orang Asli merupakan sebahagian daripada rumpun bangsa Melayu. Di Malaysia, orang-orang Asli terdapat di semua negeri kecuali di Pulau Pinang dan di Perlis. Orang Asli juga tidak terdapat di Sabah atau Sarawak. Orang Asli terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu;

u  Orang Melayu Asli

u  Orang Semang (Negrito)

u  Orang Senoi (Temiar)

Page 12: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia

ORANG MELAYU ASLI

u  Iaitu: kumpulan yang paling hampir kepada orang Melayu dalam serba-serbi termasuk dari segi perawakan, bahasa dan budaya

u  Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar dan Orang Laut

Page 13: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia

PRIBUMI SABAH

u  Penduduk pribumi Sabah tertumpu di persisiran pantai terutamanya di pantai barat dan pantai timur.

u  Kedudukan penempatan mereka menentukan corak ekonomi dan kebudayaan mereka. Keadaan perhubungan yang sukar dan kawasan yang luas memisahkan satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.

u  Oleh sebab itu maka setiap kumpulan membina identiti kumpulan masing-masing

Page 14: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
Page 15: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia

PRIBUMI SARAWAK

u  Kawasan utama ialah pesisir pantai dan berhampiran sungai

u  Etnik utama ialah Iban

Page 16: TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia