katarak dan pengurusannya
DESCRIPTION
menerangkan tentang pengurusan pesakit katarak dan perkaitan penyakit berkaitan dengan masalah mata ini iaitu katarak.TRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
0.0 ISI KANDUNGAN…………………………………………..1
1.0 KATARAK…………………………………………………….2
1.1 SIMPTOMS KATARAK…………………………..3
1.2 PUNCA-PUNCA KATARAK……………………..4
1.3 JENIS-JENIS KATARAK………………………….5
2.0 APHAKIA……………………………………………………..6
2.1 RAWATAN UNTUK APHAKIA………………….7
2.1.1 KACA MATA………………………………….7
2.1.2 KANTA SENTUH…………………………….8
2.1.3 KANTA INTRAOKULAR………………….9
3.0 PSEUDOAPHAKIA………………………………………….11
4.0 PERBEZAAN ANTARA PHAKIC,APHAKIA DAN
PSEUDOAPHAKIA………………………………………….12
5.0 KONKLUSI…………………………………………………….13
6.0 RUJUKAN………………………………………………………14
7.0 LAMPIRAN……………………………………………………15
1
1.0 KATARAK
Katarak merupakan salah satu masalah pada mata amat biasa berlaku dalam kalangan
rakyat Malaysia. Apabila membincangkan tentang masalah ini, terdapat banyak definisi
tentang penyakit ini. Menurut sumber-sumber rujukan saya, katarak adalah satu masalah mata
yang melibatkan kanta kristalin pada mata seseorang itu tidak lagi menjadi lut sinar yang boleh
menyebabkan gangguan pada penglihatan.
Gambarajah 1.10 menunjukkan perbezaan antara kanta kristalin normal dan katarak
Katarak dikatakan berlaku kerana adanya pertumbuhan protein pada kanta kristalin yang
menyebabkan ianya kelihatan kabur ataupun tidak lagi lutsinar. Perkara ini menyebabkan
cahaya tidak dapat melalui kanta kristalin seperti normal. Perkara ini menyebabkan pesakit
katarak tidak dapat melihat objek sekeliling dengan terang lagi dan sesetengah pesakit
mungkin mengalami kehilangan daya penglihatan. Keadaan ini menyebabkan pesakit biasanya
akan mengalami penglihatan yang amat kabur dan kadangkala mereka juga akan mengalami
masalah besar apabila berada di kawasan mempunyai banyak pencahayaan kerana mereka
cukup sensitif terhadap silau.
2
Kanta kristalin normal
Kanta kristalin pada katarak
1.10 SIMPTOM KATARAK
Simptom atau tanda-tanda yang dialami oleh pesakit adalah dirasai perlahan-lahan
dan bukannya timbul secara sekali gus. Antara simptomnya adalah:
Penglihatan kabur, berganda, berkabus, berasap dan sebagainya.
Menjadi rabun jauh secara tiba-tiba
Merasai perbezaan apabila melihat warna terutamanya warna kuning
Gangguan apabila memandu di waktu malam kerana pancaran lampu kereta
hadapan yang berlawanan arus.
Masalah dengan silau.
Penglihatan berganda.
Peningkatan secara tiba-tiba apabila melihat objek yang dekat.
Gambarajah 1.20 menunjukkan perubahan ketara objek yang dilihat oleh seseorang yang normal
dan bagi seseorang penghidap katarak.
Penglihatan normal Penglihatan pada pesakit katarak
3
1.20 PUNCA-PUNCA KATARAK
Punca bagi masalah ini masih tidak dapat diketahui secara khusus lagi. Tetapi
penyakit memang diakui berkait rapat dengan faktor seperti berikut :
Peningkatan umur
Terdedah secara berlebihan pada sinaran radiasi seperti sinaran
ultralembayung (UV)
Penghidap diabetes
Penyalit lain pada mata seperti glaukoma,uveitis dan penanggalan retina.
Penggunaan ubat steroid yang terlalu lama
Rawatan radiasi ataupun X-ray yang terlalu kerap pada bahagian kepala
Sejarah keluarga ataupun genetik
Virektomi pada mata dan kederaan pada mata
Gambarajah 1.30 menunjukkan pertumbuhan protein yang membawa kepada katarak.
4
1.30 JENIS-JENIS KATARAK
Terdapat beberapa jenis subpenyakit bagi masalah ini iaitu:
Gambarajah 1.40 menunjukkan jebis-jenis ataupun klasifikasi bagi masalah katarak
Jenis-jenis katarak
Katarak pada nuklear kanta kristalin
Katarak selepas katarak
Katarak kortikol
Katarak matang
Katarak posterior kanta kristalin
Katarak pada usia lanjut
Katarak pada sublkapsul kanta kristalin
Katarak keturunan atau sejak lahir
Katarak sekunder
Katarak traumatik
5
2.0 APHAKIA
Aphakia adalah merujuk kepada ketidak hadiran kanta kristalin dalam mata akibat
daripada pembuangan secara pembedahan, lubang akibat luka, dan keadaan abnormalan sejak
kelahiran. Keadaan ini menyebabkan mata kehilangan keupayaan untuk berakomodasi,
hiperopia dan mempunyai kamar anterior yang dalam. Antara masalah yang mungkin dihadapi
oleh pesakit ini adalah risiko mengalami penanggalan retina ataupun vitreous dan juga
glaukoma. Kebanyakkan pesakit mempunyai kebolehan untuk melihat cahaya ultralembayung
yang berada di sekeliling kerana pada individu yang normal cahaya ultralembayung ini adalah
diserap oleh kanta kristalin. Keadaan ini akan menyebabkan pesakit aphakia mengalami
masalah dalam persepsi warna.
Gambarajah 2.10 menunjukkan cahaya ultralembayung yang diserap oleh kanta kristalin.
Gambarajah 2.20 menunjukkan pesakit mengalami masalah dalam persepsi warna.
6
Cahaya ultralembayung
2.10 RAWATAN UNTUK APHAKIA
Gambarajah 2.30 menunjukkan jenis rawatan kepada pesakit aphakia ini.
Rawatan yang biasa digunakan adalah bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi
dan peringkat umur dan juga termasuk faktor kosmetik.
1.1.1 Kaca mata
Kaca mata yang digunakan adalah menggunakan kanta tebal. Biasanya kaca
mata dank anta sentuh diberi kepada pesakit yang menghadapi aphakia tetapi tidak
pernah menjalani pembedahan. Tetapi bagi pesakit yang memakai kaca mata ini adalah
bagi mereka yang mempunyai aphakia pada kedua-dua belah matanya atau lebih
dikenali sebagai bilateral aphakia.
Kaca mata yang dipaki ini mesti digunakan atas dua sebab iaitu kanta tebal ini
dapat berfungsi sebagai salah satu anggota badan yang bagi menggantikan kanta mata
yang telah tiada. Kedua, kanta ini mesti dipakai atas faktor kesihatan. Ini kerana kanta
ini digunakan untuk memfokuskan nimej yang dihasilkan mata yang mempunyai
amblyopia.
RAWATAN UNTUK PESAKIT APHAKIA
GLASSESKACA MATA
CONTACT LENSESKANTA SENTUH
IMPLANT OF ARTIFICIAL LENSKANTA MATA PALSU
7
1.1.2 Kanta sentuh
Kanta sentuh yang digunakan oleh pesakit aphakia ini biasanya adalah kanta
yang mempunyai kuasa kanta positif yang tiggi dan sangat tinggi ketebalan tengah
secara relatifnya adalah tinggi.
Kanta sentuh untuk pesakit aphakia adalah pelbagai. Antaranya kanta sentuh
jenis lembut nahupun kanta sentu yang telap udara (RGP). Tetapi bagi pesakit ini,
biasanya optometri akan mengesyorkan pesakit untuk menggunakan kanta sentuh telap
udara kerana lebih banyak oksigen yang akan masuk ke dalam mata berbanding kanta
sentuh yang lembut.
Namun bagi kanta sentuh telap udara ini, satu proses masa adaptasi adalah lama.
Ini menyebabkan kanta ini adalah sangat tidak sesuai kepada pesakit terutamanya yang
peringkat umur kanak-kanak. Mereka biasanya lebih mudah untuk dipakaikan dengan
kanta sentuh lembut. Bagi kanta sentuh pediatrik ini, para ibu bapa dan penjaga
haruslah di beri perhatian terutamanya penjagaan tentang mata anak-anak dan mereka
seharusnya diajar tentang cara mengendalikan kanata sentuh ini dengan betul. Ini amat
penting untuk mengelakkan sebarang jangkitan pada mata kanak-kanak aphakia
daripada kanta sentuh yang tercemar.
Gambarajah 2.40 menunjukkan kanta sentuh lembut yang digunakan oleh aphakia
8
1.1.3 Kanta intraokular
Kanta intraokular merupakan alternative lain bagi mengatasi masalah
penglihatan dalam kalangan pesakit aphakia ini. Kanta intraocular atau lebih dikenali sebagai
kanta IOL ini adalah merupakan kanta palsu yang dimasukkan ke dalam mata seseorang
pesakit itu untuk meggantukan kanta kristalin yang sedia ada yang telah dikeluarkan akibat
penyakit seperti katarak. Ada beberapa jenis kanta intraokular ini termasuklah:
Biasanya kanta ini akan diberi mengikut keperluan pesakit samada mengikut imur dan
sebagainya. Contohnya bagi pesakit yang ingin melihat objek yang jauh maka mereka akan
diberikan dengan kanta monofokal. Bagi pesakit yang mempunyai penglihatan pada focus yang
berlainan iaitu melihat objek jauh dan jarak membaca maka kanta multifokal akan disyorkan.
Manakala bagi pesakit yang mempunyai ketidakbolehan untuk berakomodasi dengan jarak
penglihatan yang terhad, maka kanta visual akomodasi terhad akan dicadangkan oleh
optometri.
Gambarajah 2.50 menunjukkan kanta intraocular yang akan dimasukkan ke dalam mata
Jenis kanta intraokular Jenis kanta intraokular
Kanta Monofokal Kanta Monofokal
Kanta multifokal Kanta multifokal
Kanta visual akomodasi terhadKanta visual akomodasi terhad
9
Terdapat beberapa risiko bagi pesakit yang memakai kanta jenis ini termasuklah:
Jangkitan pada mata dan terdapat inflamasi
Kanta palsu ini akan menjadi longgar dan berpusing
Kejadian halo pada waktu malam
Gambarajah 2.60 menunjukkan kanta intraocular yang telah berubah lokasi sebenar.
Tetapi bagi pesakit aphakia memang disyorkan untuk memakai kanta ini sebagai
rawatan utama kerana ini penting untuk membantu seseorang pesakit itu untuk melihat
kembali.
Gambarajah 2.70 menunjukkan mata yang mengalami katarak dan kanta kristalin telah
dikeluarkan.
10
3.0 PSEUDOPHAKIA
Pseudoaphakia adalah keadaan di mana kanta kristalin yang asal telah dimasukkan
dengan kanta sintetik seperti kanta pseudoaphakic IOL yang digunakan selepas pembedahan
kataarak. Ada sesetengah pseudoaphakica juga mengalami sekatan pada pupillarinya. Ini
semestinya membawa kepada inflamasi yang berlebihan,dan terus akan menyebabkan sekatan
pada jaringan trebecular. Ini akan membawa kepada peningkatan peluang untuk mendapatkan
glaucoma.
Gambarajah 3.10 menunjukkan mata seorang pesakit yang telah dimasukkan kanta intraocular
selepas pembedahan katarak.
Gambarajah 3.20 menunjukkan kanta IOL pada pesakit pseudoaphakia
11
4.0 PERBEZAAN ANTARA PHAKIC, APHAKIA DAN PSEUDOAPHAKIA
Terdapat banyak perbezaan antara pesakit seperti nama berikut iaitu dapat dilihat dalam
jadual di bawah:
Nama Definisi
Phakic Ketidakhadiran kanta kristalin secara semulajadi
Aphakia Ketidakhadiran kanta kristalin secara semulajadi, samaada sebab
semulajadi atau sebkan dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu.
Pseudoaphakia Pseudoaphakia adalah keadaan di mana kanta kristalin yang asal telah
dimasukkan dengan kanta sintetik seperti kanta pseudoaphakic IOL yang
digunakan selepas pembedahan katarak.
12
5.0 KONKLUSI
Phakic merupakan ketidakhadiran kanta kristalin secara semulajadi. Aphakia pula
merupakan ketidakhadiran kanta kristalin secara semulajadi, samaada sebab semulajadi atau
sebkan dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu. Pseudoaphakia adalah keadaan di mana kanta
kristalin yang asal telah dimasukkan dengan kanta sintetik seperti kanta pseudoaphakic IOL
yang digunakan selepas pembedahan katarak.
Dan setiap masalah diatas ini adalah dapat diatasi dengan pelbagi cara temasuklah kaca
mata, kanta sentuh dank anta kristalin palsu bagi menggantikan kanta kristalin asli yang telah
dikeluarkan dari pesakit katarak. Hargailah anugerah mata yang dikurniakan.
13
6.0 RUJUKAN
6.1 INTERNET6.1.1 http://www.aapos.org/displaycommon.cfm6.1.2 http://emedicine.medscape.com/article6.1.3 http://www.webmd.com/eye-health/cataracts6.1.4 http://www.webmd.com/eye-health/cataracts/cataracts-what-happens6.1.5 http://emedicine.medscape.com/article6.1.6 http://en.wikipedia.org/wiki/Intraocular_lens6.1.7 http://bjo.bmj.com/cgi/content/abstract/90/9/1103
6.2 BUKU 6.2.1 Jack J Kanski; Brads Bowling. Ophthalmology in focus. Elsevier
Churchill Livingstone, 2005.6.2.2 Theodore Grosvenor; Primary Care Optometry. Butterworth Heinemann
Elsevier, 5th edition
6.3 JURNAL6.3.1 Contact Lenses in the Correction Of Childhood Aphakia Zeynep Özbek,
M.D., I˙smet Durak, M.D., and Tülin A. Berk, M.D.6.3.2 Glaucoma, Aphakic And Pseudophakic, Robert H Graham, MD, Feb 11,
20096.3.3 Management of Pediatric Aphakia with Silsoft Contact Lenses Nancy
MacDougall - BSc OD
14
15