kata penyambung ayat.docx

8
Kata Penyambung Ayat a)Kata penyambung ayat ialah kata hubung-iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis. b)Kata penyambung ayat terbahagi kepada dua iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. c)Berikut adalah beberapa contoh kata hubung gabungan: dan,atau,tetapi,sambil,lalu,kemudian,serta. dan/serta-digunakan untuk menggabungkan dua ayat yang sama maksud. contoh ayat: i.Alisa dan Anita merupakan mangsa yang terlibat dalam kes penculikan tersebut. ii.Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya. atau-digunakan untuk menunjukkan dua perkara yang berbeza. contoh ayat:Mereka mungkin akan ke Johor atau Melaka. tetapi-digunakan untuk menunjukkan perbezaan dalam dua ayat yang berlainan maksud. contoh ayat:Ahmad lulus ujian itu,tetapi adiknya gagal. sambil-digunakan untuk menunjukkan perlakuan yang dilalukan secara serentak. contoh ayat:Adila berkata-kata sambil merenung wajah temannya. lalu/kemudian-digunakan untuk menunjukkan perlakuan yang dilakukan secara berurutan. contoh ayat: i.Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi.

Upload: nor-rozitaaini-yaacob

Post on 17-Jan-2016

215 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Penyambung Ayat.docx

Kata Penyambung Ayat

a)Kata penyambung ayat ialah kata hubung-iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis.b)Kata penyambung ayat terbahagi kepada dua iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.c)Berikut adalah beberapa contoh kata hubung gabungan: dan,atau,tetapi,sambil,lalu,kemudian,serta.

dan/serta-digunakan untuk menggabungkan dua ayat yang sama maksud.contoh ayat:i.Alisa dan Anita merupakan mangsa yang terlibat dalam kes penculikan tersebut.ii.Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya.

atau-digunakan untuk menunjukkan dua perkara yang berbeza.contoh ayat:Mereka mungkin akan ke Johor atau Melaka.

tetapi-digunakan untuk menunjukkan perbezaan dalam dua ayat yang berlainan maksud.contoh ayat:Ahmad lulus ujian itu,tetapi adiknya gagal.

sambil-digunakan untuk menunjukkan perlakuan yang dilalukan secara serentak.contoh ayat:Adila berkata-kata sambil merenung wajah temannya.

lalu/kemudian-digunakan untuk menunjukkan perlakuan yang dilakukan secara berurutan.contoh ayat:i.Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi.ii.Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkan ke dalam tong sampah.

Page 2: Kata Penyambung Ayat.docx

Kata Hubung

Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat

majmuk.

 

Terdapat tiga jenis iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung

berpasangan.

- Perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama tara seperti atau, sambil, dan, serta dan lalu.

Contoh: Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok

     i)Kata hubung pancangan relatif 

Perkataan ‘yang’ -menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil.

Contoh:  Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.

ii)Kata Hubung Pancangan KomplemenPerkataan ‘bahawa’ dan ‘untuk’

Menghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa utama.

Contoh:Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.

iii)Kata Hubung Pancangan Keterangan 

Page 3: Kata Penyambung Ayat.docx

Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan.

Semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkala

Contoh:Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.

                  

Kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.

Contoh:  

baik…mahupun kian…kian

entah…entah sedangkan…inikan pula

bukan sahaja…bahkan juga

sungguhpun…namun

makin…makin bukan sahaja…tetapi juga

sungguhpun…tetapi sama ada…atau

bagaimana…begitulah daripada…lebih baik

jangankan…pun semakin…semakin

i) Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’.

  *menyatakan maksud sama sahaja.

Ayat contoh:

1. Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Ali

terpaksa turun ke laut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan  laut bergelora

Page 4: Kata Penyambung Ayat.docx

ii)Kata hubung berpasangan ‘bukan sahaja…bahkan juga’.*menyatakan maksud serta atau di samping itu juga.

Ayat contoh:

1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan juga berbudi bahasa.

iii)Kata hubung berpasangan ‘daripada…lebih baik’.*Digunakan untuk menunjukkan pertentangan maklumat.

Ayat contoh:1.Daripada membazir wang lebih baik saya menabung. 

Latih Tubi Kata Tugas

Page 5: Kata Penyambung Ayat.docx

LATIHAN KATA HUBUNG/PENYAMBUNG AYAT

1) Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti ................ dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.

a) danb) lantasc) manakalad) bagaimanapun

2) Pameran pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya .......... mendapat sambutan yang menggalakkan   daripada penduduk.

a) jikab) hinggac) ketikad) sementara

3) Mora masih belum pulang ...... hari sudah lewat senja.

a) walau bagaimanapunb) meskipunc) setelah pund) jikalaupun

4) Perkhimatan pergigian telah lama wujud di sekolah ................... ada segelintir ibu bapa tidak membenarkan anak mereka diberi rawatan.

a) jadib) oleh ituc) dengan demikiand) walau bagaimanapun

5) Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang salah.

a) Nenek ke pasar membeli ikan dan kerangb) Awak hendak beli baju ini atau baju itu?c) Ibu berbual-bual selagi ayah membuat kerjanyad) Emak terkejut apabila mendengar cerita dari saya

Page 6: Kata Penyambung Ayat.docx

Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

1.Dia bersiap-siap lebih awal …………………………………. tidak lewat tiba di sekolah.

2.Encik Raihan memandu keretanya setiap hari …………………………………………………. pejabatnya hanya dua meter dari rumahnya. 

3.Jalil didenda oleh pengetua ……………………………………. berkelahi dengan Osman.

4.Askar itu telah dinaikkan pangkat ………………………… berani menentang musuh. 

5.Bolehkan saya meminjam buku anda ………………………… anda tidak keberatan ? 

6.………………………………………………ayahnya telah meninggal dunia lima tahun lalu, Azman masih terbayang-bayang akan wajahnya. 

7.…………………………………………………………anda hendak berjaya dalam peperiksaan, ulang kajilah pelajaran anda setiap hari. 

8.Penyanyi kesayangan ramai itu ditahan pihak polis ………………………………………… disyaki mengedar dadah. 

9.Dia tetap merayu minta dikasihani ……………………………………………………. dia tahu usahanya itu sia-sia belaka. 

10. Mereka akan meneruskan projek itu seperti yang telah dirancangkan    ……………………………………………………….belum diluluskan pihak pengurusan.