taha husayn: satu kajian bibliografi terpilih dan anotasi

59
PPPY1282 KAEDAH PENYELIDIKAN SEMESTER 1 2017/2018 JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM PENSYARAH: EN. EZAD AZRAAI BIN JAMSARI

Upload: ezad-azraai-jamsari

Post on 23-Jan-2018

63 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

PPPY1282

KAEDAH PENYELIDIKANSEMESTER 1 2017/2018

JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM

PENSYARAH: EN. EZAD AZRAAI BIN JAMSARI

Page 2: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

NURSHUHADAH BINTI ZUHAIDIA157308

NURUL SYAZWANI BINTI MOHD ZAINURIN

A157741

SITI NUR DIANA BINTI IBRAHIM

A157689

AHMAD NABIL AFIF BIN JA'AFAR

A157253

Page 3: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

AHLI KUMPULAN:

NABILAH BINTI MD AKIN A157709

NURUL IZZATI BINTI AHMAD RADZI

A157811

SUFI AINABINTI SADRI

A160584

MA NURUL SHAFIQAH BINTI MUHAMAD FADZLI

A158986

Page 4: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 5: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

ULASAN JURNAL

Page 6: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 7: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 8: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 9: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Secara rangkumannya, dapatlah dirumuskan bahawa penulis artikel ini telah pun menerangkan tentang kaitan yang terdapat antara Mesir dan Perancis menurut pandangan Taha Husayn. Jelas dan nyata sekali seperti yang dihuraikan oleh Attar, S (2006) kehidupan rakyat Mesir dan Peranics itu mempunyai kaitan antara satu sama lain meskipun terdapat perbezaan politik dan kehidupan.

Page 10: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 11: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Sorotan Kajian

Page 12: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Kesimpulan

• Walaupun Taha Hussein merupakan seorang yang buta, tapi beliau tidak menjadikan ianya sebagai suatu halangan, malahan beliau menggunakan segala keupayaan menghasilkan sebuah kitab menarik yang menceritakan penceritaan khusus berdasarkan pengalaman yang diperoleh semasa kehidupannya.

Page 13: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Ø Galal, A.F.

Ø 1993.

Ø Taha Hussein (1889-1973).

Ø Jurnal Prospects: The Quarterly Review of Comparative

Education

Ø 23(3/4): 687-710.

ULASAN JURNAL

Page 14: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SOROTAN KAJIAN

Page 15: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 16: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 17: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 18: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 19: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

KESIMPULAN...

Page 20: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Ø al-Jundi, Anwar. Ø 1977. Ø Taha Husayn: Hayatuhu wa

Fikruhu fi Dawc al-Islam. Ø al-Qahirah.Ø Dar al-Ictisam.

Page 21: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SOROTAN KAJIAN

Berdasarkan penulisan al-Jundi, Anwar (1977) dalam kitab yang berjudul Taha Husayn: Hayatuhu wa Fikruhu fi Dawc al-Islam, beliau telah membahagikan penulisan kepada tiga bab utama. Dalam bab yang pertama, penulis telah membincangkan tentang perjalanan kehidupan Taha Husayn bermula dari kelahiran dan permulaan perjalanan hidupnya sebelum bergelar seorang sasterawan Arab moden. Bab kedua pula menceritakan tentang p e r j a l a n a n h i d u p n y a s e m a s a z a m a n r e m a j a d a n z a m a n kegemilangannya.Manakala dalam bab yang ketiga dalam kitab ini, mengupas tentang pandangan Taha Husayn dan konflik yang dihadapinya bersama generasi yang sezaman dengannya.

Page 22: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Masuk ke kuttab dan telah menghafal al-Quran pada usia 11 tahun.

Masuk ke Universiti al-Azhar pada tahun 1902 sehingga 1908.

Kemudian berpindah ke Universiti Cairo, Mesir pada tahun 1908-1914.

KEHIDUPAN TAHA HUSAYN

Mendapat PhD pertama diUnivers i t i Ca i ro , Mes i r dengan disertasi Dhikra Abi al- Acla.

Dihantar ke Perancis pada tahun 1914 ke Universiti Sorbonne dan mendapat PhD yang kedua di sana.

Meneruskan penga j i an d e n g a n m e n g a m b i l Diploma Post Graduate da lam Undang-Undang Romani pada 1919.

Berkahwin dengan Suzan semasa berada di Perancis dan mempunyai dua orang anak.

1

2

3

4

5

6

7

8

Page 23: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

1 Setelah pulang dari Perancis, beliau dilantik menjadi pensyarah Sejarah Greek dan Roman di Universiti Cairo.

2Tahun 1925, be l iau d i tugaskan untuk mengajar kesusasteraan Arab di Fakulti Sastera, Universiti Cairo.

3 Tahun 1928, beliau dilantik menjadi Dekan Fakulti Sastera di universiti yang sama tetapi jawatannya dilucutkan oleh pemerintah pada ketika itu yang tidak berpuas hati dengannya

4 Tahun 1938-1939, Taha Husayn sekali lagi menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Sastera di universiti tersebut.

5 Tahun 1942, beliau dilantik menjadi Penasihat di Kementerian Pelanjaran merangkap Naib Canselor Universiti Iskandariah.

6Tahun 1950, Taha Husayn dilantik sebagai Menteri Pelajaran sehingga tahun 1952.

Page 24: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

PANDANGAN TAHA HUSAYN DAN KONFLIK BERSAMA GENERASI SEZAMAN

PANDANGAN TAHA HUSAYN

SASTERA ARAB HISTORIOGRAFI

NEGARA PENDIDIKAN

Taha Husayn membuat satu teori bahawa bukan semua syair yang ditulis pada zaman Pra Islam merupakan syair zaman jahiliyah tetapi syair-syair tersebut merupakan syair-syair yang telah ditulis oleh penyair-penyair sebelum mereka lagi dan hanya disandarkan kepada penyair Pra Islam.

T a h a H u s a y n m e n g g u n a k a n k a e d a h penyelidikan kritis ala Perancis moden terhadap kesusasteraan Arab dan kaedah keraguan falsafah (philosophic doubt). Sehinggakan beliau mengeluarkan satu kenyataan bahawa Taurat dan al-Quran ada mengisahkan tentang Ibrahim dan Ismail tetapi penyebutan nama-nama di dalam Taurat dan al-Quran sahaja tidak cukup untuk dijadikan bukti sejarah.

• Taha Husayn berpegang kepada fahaman nasionalisme Mesir.

• Sentimen nasional sangat penting.• Hak rakyat adalah lagi penting

daripada negara akan tetapi dalam kalangan rakyat dan masyarakat, negara yang paling tinggi.

• Agama merupakan tunjang kepada idea nasionalisme ini.

• Sistem pendidikan di Mesir memerlukan kepada reformasi pendidikan.

• Tujuan utama pendidikan ialah peradaban dan ilmu pengetahuan (sains).

• P e n d i d i k a n d a s a r s e b a g a i d a s a r kehidupan yang demokratik harus bersifat universal dan diwajibkan di semua peringkat pendidikan.

Page 25: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Teori Taha Husayn berkenaan sastera Arab telah mendapat kecaman yang sangat hebat daripada semua pihak terutama daripada Mustafa Sadiq al-Rafice dan golongan al-Azhar.

Fahaman dan pandangan Taha Husayn yang bercirikan Barat itu seringkali dikecam oleh masyarakat pada ketika itu. Namun hakikatnya Taha Husayn tidak m e n e r a p k a n s e k u l a r i s m e t e t a p i mengambil konsep tersebut dengan memasukkan n i la i -n i la i I s lam ke dalamnya.

Karyanya yang berjudul fi al-Syicri al-Jahili yang diterbitkan pada tahun 1924 terpaksa dihentikan pengeluarannya dan ditarik balik daripada pasaran.

Pada tahun 1932, jawatan Taha Husayn sebagai Dekan Fakul t i Sas te ra d i Universiti Cairo juga turut dilucutkan oleh Sidqi Pash.

T a ha H usa yn j uga t u r u t d i t udu h menyebarkan fahaman sekularisme apabila membuat kenyataan bahawa kenyataan daripada al- Quran dan Taurat t idak cukup untuk dijadikan bukti kepada peristiwa sejarah.

Page 26: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

• Karim, S.

• 1997.

• Maza Yubqa min

Taha Husayn.

• Bayrut.

• Dar al-Qalam.

BUKU MASDAR ( BAHASA ARAB )

Page 27: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

§ Berdasarkan penulisan Karim, S. (1997) dalam kitabnya yang berjudul

Maza Yubqa min Taha Husayn, beliau telah membahagikan buku ini

terkepada dua bahagian tentang Taha Husayn. Bahagian pertama

menceritakan tentang kehidupan Taha Husayn bermula dari zaman kanak-

kanak sehingga zaman kegemilangannya. Bahagian kedua menceritakan

tentang penulisan Taha Husayn dan penulis turut menonjolkan tentang

ciri-ciri penulisan Taha Husayn cenderung dalam bidang kesusasteraan,

kritikan, buku-buku cerita, novel, sejarah Islam dan pemikiran sosial.

SOROTAN KAJIAN

Page 28: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

ULASAN

KEHIDUPAN TAHA HUSAYN§ Taha Husayn membesar seperti kanak-kanak lain tetapi ketika

umurnya meningkat kepada 6 tahun, ia telah diserang penyakit

radang mata.

§ Pada tahun 1895, beliau telah hilang penglihatan selama-lamanya

disebabkan penyakit tersebut pada usia kanak-kanak.

§ Taha Husayn telah menjauhkan dirinya daripada bermain dan

budak-budak sebayanya tetapi lebih cenderung mendengar lagu-

lagu penyair, perdebatan, perbincangan dan majlis-majlis dewasa.

§ Taha Husayn mula menghafaz al-Quran ketika umurnya 9 tahun.

Page 29: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

KEHIDUPAN TAHA HUSAYN§ Taha Husayn meningkat dewasa dan memulakan fasa baru di Kaherah

pada tahun 1903 untuk menuntut ilmu di Azhar.

§ Bermula kehidupannya sebagai seorang penulis, penghafaz al-Quran

dan qadi di Mahkamah Syariah.

§ Sebaik Universiti Mesir ditubuhkan pada tahun 1908, Taha Husayn

telah menghadiri beberapa kelas bersama pelajar-pelajar Azhar.

§ Di universiti tersebut, Taha Husayn telah bertemu dengan ulama-ulama

terkenal dalam ilmu sastera, sains dan falsafah.

ULASAN

Page 30: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

KEHIDUPAN TAHA HUSAYN§ Selepas mendapat PhD daripada Universiti Mesir pada 2 Ogos 1914,

pihak universiti memutuskan untuk menghantar Taha Husayn ke

Perancis pada bulan November ke Bandar Montpellier.

§ Selepas datang ke Perancis, Taha Husayn belajar ilmu psikologi, bahasa

perancis, ilmu hadis dengan ulama-ulama yang berbeza dan berkhawin

dengan Suzan pada 18 Mei 1915.

§ Taha Husayn kembali ke negara asal iaitu Mesir selepas tamat

pengajian dan meninggalkan isterinya, Suzan seperti yang dilakukan

oleh kebanyakkan pelajar oriental apabila berkahwin dengan gadis

asing.

ULASAN

Page 31: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

PENULISAN TAHA HUSAYN§ Taha Husayn telah menulis 60 buah buku dan menterjemahkan sejumlah

besar daripada buku-buku penulis lain.

§ Taha Husayn telah menawarkan gaya baru dalam penulisan kesusasteraan

dan kritikan dalam penulisannya yang pertama iaitu Dhikra Abu al-Acla,

kemudian dalam penulisan Hadith al-Arbiac.

§ Taha Husayn kembali ke Jerman bagi mengenalpasti kesusasteraan dalam

bidang penulisan di Jabatan Sejarah Kesusasteraan.

§ Malah kajian daripada orientalis tentang kesusasteraan Arab memberi

manfaat kepada Taha Husayn dalam bidang penulisan.

§ Taha Husayn bukanlah orang yang pertama menulis buku cerita dan novel-

novel Mesir tetapi beliau adalah seorang penulis yang menyatakan secara

terbuka berkaitan Mesir dalam penulisannya dan diterima pakai.

ULASAN

Page 32: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

PENULISAN TAHA HUSAYN§ Seperti Shajarat al-Bucs, al-Hub al-Daci dan al-Shicri al-Jahili dan ini

adalah sebahagian daripada karya-karya terbaik Taha Husayn dalam

bidang buku cerita dan novel.

§ Selain itu, Taha Husayn juga cenderung kepada penulisan tentang

sejarah-sejarah Islam berkaitan tentang kehidupan budaya dan sosial.

§ Tujuan penulisan Taha Husayn untuk membawa biografi bidang

sejarah melalui kaedah penyederhanaan.

§ Seperti buku al-Fitnatul Kubra berkaitan tentang perselisihan

pertama dalam Islam yang mengakibatkan pembahagian negeri-

negeri Islam.

§ Kedua dalam buku al-Shaykhan, yang berkaitan tentang dua

pemerintah iaitu Abu Bakr dan cUmar tentang pengenalan dan

keperibadian mereka.

ULASAN

Page 33: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

• Mohamed, B.G. • 1980. • Taha Husayn, A study of his six

with historical content on Islam.• Tesis Sarjana. • Institute of Islamic Studies.• McGill University, Montreal.

Page 34: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Mohamed, B.G. (1980) yang bertajuk Taha Husayn, A study of his six with historical content on Islam, beliau telah membuat kupasan berkenaan enam karya Taha Husayn yang meliputi pelbagai aspek seperti politik, agama, sastera dan kebudayaan serta sosial. Penulis juga telah membuat analisis dengan lebih terperinci ke atas setiap satu daripada karya tersebut. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa Taha Husayn banyak menyumbang dalam bidang sastera Arab serta aspek sosial iaitu yang paling ketara terhadap revolusi pendidikan yang dibawa oleh Taha Husayn.

Page 35: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

• Taha Husayn dilahirkan di sebuah kampung yang terletak di hulu Mesir pada tahun 1889.• Bapanya bernama Husayn cAli Salamah, seorang yang warak dan memiliki tiga belas orang anak.• Taha Husayn mengalami cacat penglihatan ketika beliau masih kecil sekitar umur 6 tahun.• Beliau memulakan pelajarannya di sebuah sekolah rendah untuk mempelajari bacaan, tulisan dan

menghafaz al-quran.• Pada tahun 1902, beliau meneruskan pelajarannya di Al-Azhar.• Ahmad Lutfi al-Sayyid & Shaykh Jawish banyak menginspirasi beliau untuk belajar di Eropah.• Pada tahun 1908, beliau menjadi batch yang pertama memasuki Universiti Mesir (sekarang dikenali

Universiti Cairo).• Pada tahun 1914, Taha Husayn berjaya menghasilkan tesis yang bertajuk Dhikra Abu al-Acla al-Macari.• Beliau menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di University of Montpiller & the Sorbonne,

Perancis pada tahun 1915.• Penulisannya terdiri dari pelbagai genre: sejarah, falsafah, sosial, sastera, novel, drama, cerita pendek,

jurnal dan artikel. Sebahagian besar karya beliau ialah karya asli manakala selebihnya ialah karya terjemahan.

Page 36: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

• Diterbitkan pada tahun 1926• Membincangkan tentang teori baru

berhubung dengan puisi lama arab.• Berdasarkan teor i i tu , be l iau

menyatakan puis i -puis i Arab dalam zaman pra-Islam bukan dicipta oleh penyair zaman tersebut, tetapi dicipta oleh penyair zaman kebelakangan (zaman Islam).

• Buku tersebut pernah di ta r ik pengeluarannya ekoran mendapat kecaman hebat.

• Namun, diterbitkan semula dengan judul fi al-Adab al-Jahili

• Diterbitkan antara tahun 1933 hingga 1945.

• B u k u i n i d i t u l i s b e r t u j u a n u n t u k menghidupkan semula warisan Arab-Islam.

• Serta bertujuan merangsang minat pembaca berkenaan sirah.

• Taha Husaynberusaha menekankan t e n t a n g p e n g a r u h a g a m a k e a t a s manusia dan masalah –masalah revolusi yang tercetus.

• Buku ini berada di dalam kategor i penulisan kreatif beliau yang ditulis hasil daripada bayangan dan imaginasi kreatif beliau sendiri.

• Diterbitkan antara tahun 1947 hingga 1953.

• Taha Husayn menganalisis peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Islam.

• Buku yang berkisarkan sejarah politik dan kekuasan Islam pada zaman Nabi, pemerintahan Uthman dan Ali.

• Beliau menyebut tempoh masa ini sebagai fitnah terbesar (al-Fitnah al-Kubra). Buku ini terdiri daripada dua bahagian.

• Bahagian 1: Memaparkan tempoh p e m e r i n t a h a n k h a l i f a h U t h m a n , pelantikan Uthman, kemelut sehingga terbunuhnya Uthman.

• B a h a g i a n 2 : M e m a p a r k a n m a s a p e m e r i n t a h a n A l i , l a h i r n y a pemberontak dan rangkaian yang mencetuskan peperangan.

1- fi al-Shicri al-Jahili 2- cAla Hamish al-Sirah 3- al-Fitnah al-Kubra

Page 37: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

• Diterbitkan pada tahun 1950.• Karya ini merupakan pemikiran beliau berkaitan alam dan asal usul

Islam.• C u b a m en e k a n k a n b u d a y a A r a b - I s l a m b e r b a n d i n g b u d a y a

Mediterranean.• Berbeza dengan karya yang lain, penulisan ditulis dalam bentuk kajian ilmiah.

4) al-Wacd al-Haq

• Diterbitkan pada tahun 1959.• Di dalam buku ini beliau menghuraikan berkaitan tentang budaya Islam.• Beliau membatasi peranan islam kepada aspek rohani dan peribadi kehidupan

manusia• Beliau (Taha Husayn) membuat kesimpulan bahawa Islam yang diamalkan oleh

muslim hari ini tidak berlandaskan al-Quran.• Kitab ini dikategorikan sebagai topik dalam penulisan kerja-kerja ilmiah beliau.

5) Mircat al-Islam

• Diterbitkan pada tahun 1960.• Beliau menulis topik berkaitan politik di dalam buku ini.• Topik yang dibincangkan di dalam al-Shaykhan kebanyakannya terkandung di dalam

karyanya al-Fitnah al-Kubra.• Beliau menegaskan semula ketidakpuasan hatinya terhadap sistem tradisional

khususnya dalam pendidikan. • Beliau tidak memperincikn kaedah atau metod yang diguna dalam penghasilan karya

ini.

6) al-Shaykhan

Page 38: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Ø Mowafy, W.M.A. Ø 1999. Ø Modern Arabic literary biography: a study of

character portrayal in the works of Egyptian biographers of the first half of the twentieth century, with special reference to literary biography.

Ø Tesis Dr. Falsafah. Ø The Department of Arabic and Middle Eastern

Studies: The University of Leeds.

Page 39: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SOROTAN KAJIAN

Tesis yang ditulis oleh Mowafy, W.M.A (1999) yang bertajuk Modern Arabic literary biography: a study of character portrayal in the works of Egyptian biographers of the first half of the twentieth century, with special reference to literary biography, membincangkan mengenai biografi beberapa orang sasterawan bahasa arab moden dan juga satu kajian gambaran sasterawan bahasa arab moden iaitu Taha Husayn terhadap watak dalam karya-karya biografi Mesir pada separuh pertama abad ke-2.

Page 40: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Biografi Ringkas Taha Husayn

Beliau menghasilkan banyak biografi pendek dari banyak penyair Arab klasik atau sasterawan Perancis, selebriti sastera Perancis.

Esei biografi pertamanya adalah bahagian yang beliau tulis mengenai Abu al-Acla pada tahun 1909 dan yang terakhir adalah mengenai Ahmad Shawqi pada tahun 1968.

Sebilangan besar biografi pendeknya didedikasikan kepada penyair Arab klasik dari zaman pra Islam, Umayyah atau cAbbasiyyah.

Page 41: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

al-Macari

Abu Nuwas

Bashar b. Burd

Hafiz Ibrahim

Ahmad Shawqi

Ibn al-Rumi

al- Mutanabbi

B e l i a u g a g a l untuk mencapai k e m a s y h u r a n yang beliau layak d e n g a n k e c e r d a s a n n y a yang tajam kerana kecelakaan yang m e n i m p a n y a , k e h i l a n g a n b a p a n y a d a n i b u n y a , s e r t a kemisk inannya yang buruk dan m e n d a p a t p e n g a n i a y a a n dar ipada orang lain.

Seorang penya i r y a n g s o m b o n g , tidak senonoh dan bebas menikmati segala nafsu dan bermegah dengan kesenangan duniawi. B e l i a u s u n g g u h bodoh , dun i awi , murung dan sesat.

B e l i a u dianugerahi bakat artistik yang kuat dan keheba t an berpuitis. Tidak dinafikan, beliau j u g a s e o r a n g y a n g b i j a k . B e l i a u j u g a s e o r a n g y a n g pengecut, penipu, sangat munafik, ateis dan berahi

Beliau tidak stabil, suka me l ak u k a n pembaziran, suka b e r l e b i h a n , d a n b e r t e n t a n g a n dengan puisi yang m e l a n k o l i k n y a . Dalam kehidupan sosial, beliau tidak m e m p u n y a i h a k i s t i m e w a d i mahkamah Sultan. Beliau hanya akan mengarang puis i apabila beliau sedih.

Beliau mempunyai status sosial yang i s t i m e w a y a n g m e m b o l e h k a n beliau memperoleh pengetahuan yang luas dalam bahasa asing, seperti Turki dan Perancis. Beliau m e m p u n y a i d u a w a t a k , s e o r a n g pertapa di satu pihak, dan seorang sinis liberal.

B e l i a u t i d a k disukai oleh orang-orang yang juga d i l e c e h k a n d a n d i b e n c i . D i s e b a b k a n i n i b e l i a u s a n g a t marah, terganggu, bimbang, neurotik, a g r e s i f . I n i se terusnya akan m e r o s a k k a n reputas inya dan m e n j a n a l e b i h banyak kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Beliau tidak dapat m e n e n t u k a n k e t u r u n a n n y a , akh i rnya be l i au m e m e l u k Qarmatism. Beliau s e o r a n g y a n g bersifat antithetis terhadap tingkah l a k u s o s i a l n y a yang merosakkan, s u k a m e n g e j e k orang lain , suka terhadap kekayaan, p a n g k a t d a n kekuasaan sosial.

Page 42: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Taha Husayn merupakan seorang sasterawan Arab yang ulung dalam dunia kesusasteraan Arab Moden, khususnya di negara Mesir dan umumnya diseluruh dunia Arab. Terdapat banyak perbezaan watak dalam karya-karya biografi Mesir pada separuh pertama abad kedua mengikut peredaran masa dari segi politik, keadaan ekonomi dan sosial.

Page 43: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Muhammad Bukhari Lubis.

1987. Pujangga Arab.

Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

BUKU

Page 44: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Berdasarkan penulisan Muhammad Bukhari Lubis (1987)

dalam buku yang berjudul Pujangga, beliau telah menulis

tentang biografi Taha Husayn, perjalanan keilmuannya serta

karya-karya yang telah ditulis oleh Taha Husayn. Secara

rangkumannya boleh dikatakan bahawa penulisan Muhammad

Bukhari Lubis ini telah dapat memberi gambaran secara

keseluruhan tentang kehidupan Taha Husayn bermula dari

kelahiran sehingga beliau meninggal dunia.

Page 45: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

• Taha Husayn merupakan seorang yang berfikiran sekularisme dan mempunyai aliran tersendiri dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Arab.

• Beliau juga dikenali sebagai pengkritik, novelis, cerpenis, ahli falsafah, pengarang buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang.

• Kebanggaan Mesir ini merupakan anak yang ke lapan daripada sebelas adik beradik hasil daripada isteri kedua ayahnya Husayn Ibn cAli Ibn Salamah.

• Keistimewaan Taha Husayn adalah beliau seorang yang buta sejak kecil lagi.

• Pada 1896, Taha Husayn telah menghafal 30 juzuc al-Quran, kemudian beliau membuat persediaan memasuki Jamic al-Azhar dengan menghafal beberapa buku dan syair.

• 1902, beliau mula belajar ilmu agama dan bahasa serta kesusasteraan klasik dan pembendaharaan arab lama di Jamic al-Azhar pada usia 13 tahun.

ULASAN

Page 46: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

• Di al-Azhar. beliau dan beberapa orang rakannya telah melakukan penentangan terhadap guru-gurunya dari segi kaedah pembelajaran yang mundur dan menyusahkan pelajar, menuntut perubahan dan pembaharuan.

• Kemudian, Taha Husayn telah melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana, tetapi disebabkan berlakunya penentangan dengan gurunya dan tidak mempunyai hubungan yang baik, maka beliau telah gagal.

• 1908, beliau telah berpindah ke universiti swasta yang baru dibuka di Mesir, dan di situ, beliau belajar mengenai Timur Kuno, Sejarah Falsafah Sastera Arab dengan menggunankan pendekatan yang baru seperti kaji selidik dan sebagainya.

• 1911, Taha mula menulis beberapa kritikan sastera, antaranya beliau pernah mengkritik buku seorang penulis terkenal Jurji Zaydan yang bertajuk Adabi al-Lughati al- cArabiyyah.

• 1914, beliau merupakan seorang sarjana pertama yang dianugerahkan Doktor Falsafah, disertasinya yang membicarakan hal Abu al-Acla al-Macarri, dan mendapat pangkat Jayyid Jiddan, kemudian dalam Ilmu Alam Arab dan Jiwa Keagamaan Puak Khawarij mendapat darjah Faciq.

• Pada tahun yang sama juga, Taha Husayn telah mendapat anugerah tokoh siswa Universiti Mesir berupa hadiah tahunan bernilai sepuluh pound (Mesir).

• Disertasi beliau dicetak dengan tajuk Dhikra Abu al-Acla al-Macari’, yang mana disertasi ini mempunyai lima bab.

ULASAN

Page 47: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

• 1915, Beliau ditaja oleh universiti Mesir untuk melanjutkan pelajarannya ke Paris, dan beliau mengikuti kuliah daripada sejarawan dan sasterawan di Universiti Sorbonne dan College de Francais dan pelbagai lagi.

• 1918, Taha telah Berjaya menerima ijazah Doktor Falsafahnya yang kedua, disertasinya bertajuk Falsafah Ibn Khaldun al-Ijtimaciyyah, dan diberi gelaran Doktor Sastera Bidang Sejarah.

• Jun 1919, beliau menyiapkan sebuah tesis yang berhubung dengan undang-undang sivil Roman dan dikurniakan Diploma Pengajian Tertinggi dengan darjah Mumtaz.

• Kemudian, Taha Husayn kembali ke Mesir dan memberikan kuliah di universiti bagi mata pelajaran sejarah dan kesusasteraan Yunani.

• Selain itu, Taha juga telah banyak menghasilkan buku, antara yang awal ialah al-Zahiratul al-Diniyyah cInda al-Yunan Wa Tatawwuru al-Alihah wa Atharuha fi al-Madaniyyah dan Suhufun Mukhtarah mina al-Syicri’al-Tamthili cInda al-Yunan

• Beliau juga terlibat menjadi pengarang bagi ruangan sasteranya dalam akhbar al-Siyasah, yang mana pada setiap hari Ahad beliau akan menulis tentang sastera Perancis, dan pada hari Rabu tentang pembahasaan sekitar syair-syair Arab.

• 1922, beliau menterjemahkan sebuah buku psikologi pendidikan karangan Le Bon yang dikenali sebagai Ruhu al-Tarbiyyah.

ULASAN

Page 48: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

• Selain menulis buku serta berkarya, beliau juga diceritakan telah memegang beberapa jawatan seperti Dekan Fakulti Sastera, Professor Fakulti Sastera, Penasihat di Kementerian Pelajaran, Naib Cancelor Universiti Iskandariah, dan Menteri Pelajaran.

• Taha juga telah menjadi pengarang akhbar al-Katib al-Misri serta seorang penterjemah, dan beliau berjaya menterjemahkan Odeb oleh Andrew Geid.

• Setiap hari kehidupan Taha Husayn penuh dengan berbagai-bagai bentuk perjuangan, penentangan serta cabaran yang perlu dihadapinya.

• Lantaran sumbangannya yang banyak ini terhadap Mesir, kerajaan Mesir telah memberinya anugerah sebagai penghargaan terhadap jasaya dalam bidang kesusasteraan.

• Selain itu, beliau juga turut mendapat anugerah Doktor Kehormat dari universiti-universiti Barat seperti Lyon, Montpellier, Rome, Oxford, Madrid dan Athene.

• Pada 29 Oktober 1973 ketika usia 84 tahun, Taha telah dijemput Ilahi, beliau meninggal dua bulan sebelum dikurniakan pingat 'Hadiah Nobel' oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

• Sejurus itu, Taha telah meninggalkan seorang balu dan dua orang anaknya iaitu Dr. Mucnis yang bertugas di pejabat UNESCO Paris dan Aminah merupakan isteri bekas Menteri Luar Negeri Mesir, Dr. Muhammad Hasan al-Zayyat.

• Akhirnya, buku ini juga menceritakan tentang karya yang terulung Taha Husayn, ialah Al-Ayyam yang menceritakan biografi serta kehidupan sehariannya, dan buku ini merupakan karya yang paling baik dan bermutu di antara karya-karyanya yang lain.

ULASAN

Page 49: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 50: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Sorotan Kajian

Page 51: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Sambungan Sorotan Kajian

Page 52: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Sambungan Sorotan Kajian

Page 53: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Kesimpulan

Page 54: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Starkey, P.

2000.

Taha Husayn’s education: from the Azhar to

the Sorbonne by Abdelrashid Mahmoudi; The

Days: his autobiography in three parts by

Taha Hussein, E.H Paxton, Hilary Wayment,

Kenneth Cragg. British Journal of Middle

Eastern Studies 27(1): 107- 109.

Page 55: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Sorotan Kajian

Page 56: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Sambungan Sorotan Kajian

Page 57: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Kesimpulan

Page 58: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Page 59: Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi