ibn tufayl: satu kajian bibliografi terpilih dan anotasi

66
Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi dan Anotasi

Upload: ezad-azraai-jamsari

Post on 23-Jan-2018

84 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Ibn Tufayl: Satu Kajian

Bibliografi dan Anotasi

Page 2: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM

Ustaz Ezad Azraai bin Jamsari

Page 3: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

*MUHAMMAD ALIFFITRI BIN ABDUL HALIM [A157221]

SYAHMI BIN ABDUL SANI [A161163]

NAJIHATULHUDA BINTI MOHD

NORDIN [A158063]

NOOR NAJIBAH BINTI MD

KAMARULHIZAM [A157530]

Page 4: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

NUR ADILA BINTI

MOHAMAD

(A157979)

NORANIZAH BINTI

ABD KADIR

(A158065)

NURHANANI BINTI

MD RAHIM

(A157562)

Page 5: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

ARTIKEL JURNAL

6

BUKU 3

TESIS 1

Page 6: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

*

Altrocchi, R.

1938.

Dante and Tufail. Italica

15(3): 125-128.

Page 7: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Altrocchi, R. (1938) yang

bertajuk Dante and Tufail, penulis telah menjelaskan tentang

perkaitan antara Dante dan Ibn Tufayl. Selain itu, kajian ini

juga menyatakan tentang persamaan antara novel Hayy Ibn

Yaqzan karangan Ibn Tufayl dan buku Divine Comedy yang

ditulis oleh Dante.

Page 8: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

ARISTOTLE

IBN RUSHD

ALBERTUS MAGNUS

SAINT THOMAS

DANTE

turut dipengaruhi AL-FARABI

IBN BAJJAH

IBN TUFAYL

Page 9: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Menggunakan teori generasi

spontan melalui watak Hayy

dalam novel Hayy Ibn Yaqzan

manakala dalam penulisan

Dante menggunakan teori

tersebut melalui fenomena

pokok di Terrestrial Paradis .

Kedua-dua buku membuat

kesimpulan lebih daripada satu

berdasarkan beberapa kejadian

yang berlaku.

Ibn Tufayl menggunakan

analogi al-Quran dalam

novelnya manakala Dante

menggunakan analogi Bible

dalam bukunya.

Page 10: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Secara umumnya, melalui kajian yang

dilakukan, jelaslah terdapat persamaan

antara Ibn Tufayl dan Dante. Hal ini telah

dibuktikan oleh penulis di dalam artikel

melalui pengaruh yang diterima oleh

keduanya serta melalui penulisan dan

pemikiran mereka.

Page 11: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Hashim, R. & Qadous, A.I.H.

2014.

The inductive research in early Islamic

tradition based on Ibn Tufayl’s work – Hayy

Ibn Yaqzan. Revelation And Science 4(2): 41-

47.

Page 12: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Hashim, R. & Qadous,

A.I.H. (2014) yang bertajuk The Inductive Research in Early

Islamic Tradition Based on Ibn Tufayl’s Work – Hayy Ibn

Yaqzan, penulis telah menfokuskan kajian ini dalam

membincangkan ciri-ciri kaedah penyelidikan induktif yang

dikemukakan dalam novel Hayy Ibn Yaqzan. Selain itu, artikel ini

menyatakan bahawa ahli-ahli sains Islam menyedari ciri-ciri

berkaitan dengan kaedah penyelidikan induktif dan

penggunaanya terbukti dalam karya seperti yang ditunjukkan

dalam karya mereka seperti yang ditunjukkan Ibn Tufayl.

Page 13: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Dalam sejarah penulisan teks

sains, Francis Bacon (1561-

1626), seorang sarjana Barat,

diisytiharkan sebagai orang

pertama yang

memperkenalkan kaedah

penyelidikan induktif.

Walau bagaimanapun,

terdapat bukti yang

menunjukkan bahawa kaedah

ini telah berkembang dan

digunakan oleh sarjana Islam

kira-kira 500 tahun lebih awal

sebelumnya.

Ibn Tufayl (1100-1185)

seorang tokoh sarjana Islam

menunjukkan beberapa

komponen kaedah

penyelidikan induktif yang

digunakan dalam novel yang

bertajuk Hayy Ibn Yaqzan.

Page 14: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

KAEDAH PENYELIDIKAN

INDUKTIF

Penggunaan kuasa minda

dengan memerhatikan

peristiwa tertentu bagi

menghasilkan sesuatu

kesimpulan/rumus.

Pendekatan induktif

dimulakan dengan sesuatu

sebab atau contoh dan

menuju ke arah sesuatu

generalisasi.

Melibatkan satu proses

pertimbangan yang tinggi

kerana melibatkan aktiviti

mengumpul dan mentafsir

maklumat-maklumat,

generalisasi dan kesimpulan.

Page 15: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

KAEDAH PENYELIDIKAN INDUKTIF DALAM HAYY IBN

YAQZAN

Dalam karya Hayy Ibn Yaqzan, Ibn

Tufayl telah menonjolkan satu bentuk

kaedah berfikir secara induktif

melalui watak Hayy melalui dua

situasi.

Situasi Pertama:

• Apabila rusa (ibunya)

mati, Hayy berusaha untuk

mengetahui dan mencari

sebab mengapa ibunya

mati.

Situasi Kedua:

• Hayy telah berfikir

tentang kejadian api untuk

memahami alam. Dia juga

cuba untuk mencari kesan

api terhadap bahan atau

benda lain. Dia menguji

kuasa api dengan

membaling benda

kedalamnya untuk melihat

kesan api tersebut.

Page 16: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Secara umumnya, melalui kisah yang diceritakan

mengenai kehidupan Hayy dalam karya yang ditulis

oleh Ibn Tufayl, maka jelaslah bahawa kaedah

penyelidikan induktif telah lama diaplikasikan oleh

sarjana Islam ketika Zaman Keemasan dalam

sejarah Islam ketika negara Eropah berada dalam

Zaman Kegelapan.

Page 17: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

*

Deniz, G.

2008.

Hayy Ibn Yaqzan and its Qur’anic

references. Journal of Islamic

Research 1(2): 33-50.

Page 18: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SOROTAN KAJIAN

• Berdasarkan jurnal yang berjudul Hayy Ibn Yaqzan and its Qur’anic references yang ditulis

oleh Deniz, G (2008) mengupas tentang watak Hayy Ibn Yaqzan dengan menyatakan

pandangan keagamaan dan falsafahnya dalam novel yang bertajuk Hayy Ibn Yaqzan seperti

kisah rekaan adalah bahawa ia dianggap sukar untuk difahami disebabkan oleh penggunaan

perkataan yang mengandungi makna-makna metafizik yang tinggi.

• Oleh sebab itu, Ibn Tufayl menggunakan kaedah penceritaan novel Hayy Ibn Yaqzan seperti

kaedah penceritaan al-Quran. Jadi, Ibn Tufaly menggunakan kaedah simbol bahasa dalam

menjelaskan isu-isu metafizik dan dia menggunakan kaedah itu dengan mahir.

Page 19: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

CARA KEWUJUDAN MANUSIA

Dalam kepercayaan Islam, terdapat tiga cara yang didasarkan dalam al-Quran mengenai

kewujudan manusia namun Ibn Tufayl hanya mengambil cara pertama dan ketiga sahaja di

dalam penulisannya.

Nabi Adam

• Kewujudan Nabi Adam yang ketiadaan ibu bapa terbentukmelalui tanah liat dalam bentuk tertentu kemudianditiupkan roh oleh tuhan ke dalam struktur yang dibentuk.

Nabi Isa

• Kewujudan Nabi Isa melalui rahim ibunya Maryamdengan pernafasan roh dengan pengantaraan MalaikatJibril.

Manusiabiasa

• Konsep biologi dengan cara persenyawaan antara ibu bapa

Page 20: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

TINGKATAN MANUSIA MENURUT IBN

TUFAYL

Ahli Falsafah: Mereka menyatakan apa yang berlainan dengan

pengetahuan

Ahli Sufi: Mereka mengalami apa yang ada di dalam alam

Ahli Hukum: Mereka memahami dan menerangkan agama dan

membentuk kehidupan individu dan masyarakat mengikut makna

luarannya.

Ahli Biasa: Masyarakat umum membentuk tingkatan terbawah yang

mendapatkan faedah untuk diri mereka

Page 21: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

KESIMPULAN

• Kajian Ibn Tufayl di dalam novel Hayy Ibn Yaqzan

kebanyakan menfokuskan kepada aspek falsafah, mistik dan

saintifik. Sebaliknya kita menyangkal fakta bahawa kedua-dua

struktur tematik keseluruhan cerita dan idea-idea yang

diletakkan di dalamnya mempunyai al-Quran sebagai sumber.

• Ibn Tufayl menonjolkan wujudnya hubungan semula jadi

antara Tuhan, manusia dan alam seperti mana yang dipercayai

oleh orang-orang Yahudi dan Kristian.

Page 22: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

*

Hawi, S.S.

1976.

Ibn Tufayl’s appraisal of his predecessors

and their influence of his thought.

International Journal of Middle East Studies

7(1): 89-121.

Page 23: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SOROTAN KAJIAN

Jurnal ini membincangkan kajian mengenai

pengaruh ahli-ahli falsafah sebelum Ibn Tufayl

terhadap pemikiran falsafah beliau. Pengaruh

tersebut dapat dikenalpasti melalui unsur-unsur

kefalsafahan yang terkandung di dalam karya

agung Ibn Tufayl, Hayy Ibn Yaqzan. Antara

tokoh falsafah yang dikaitkan dengan Ibn Tufayl

ialah al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazali dan Ibn

Bajjah.

Page 24: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Terbahagi kepada

PandanganIbn Tufaylterhadapal-Farabi

PandanganIbn TufaylterhadapIbn Sina

PandanganIbn Tufaylterhadap

al-Ghazali

PandanganIbn Tufaylterhadap

Ibn Bajjah

Page 25: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

PANDANGAN IBN TUFAYL TERHADAP AL-FARABI

Mengatakan karya-karya al-Farabi banyak

yang bermasalah.

Mengatakan bahawaal-Farabi tidak percaya

kepada Tuhan.

Karya-karya al-Farabimendorong kepada

kekufuran danmenyebabkan

kekeliruan pemikiran.

Page 26: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Pandangan Ibn Tufayl terhadap IbnSina

Mengatakan bahawaIbn Sina bukan seorangahli ‘ahl al-Arif’ tetapi

‘ahl al-Nazar’.

Page 27: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

PANDANGAN IBN TUFAYL TERHADAP

AL-GHAZALI

Pelabelan al-Ghazaliterhadap ahli falsafahsebagai orang kafir.

Tiga sebab penentangan al-Ghazaliterhadap ahli falsafah: percaya bahawa

alam itu kekal, pengetahuan Tuhan tentangperkara-perkara yang umum dan penafian

bahawa jasad akan binasa.

Page 28: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

PANDANGAN IBN TUFAYL TERHADAP

IBN BAJJAH

Ibn Bajjah tidak menunaikan janjinya untukmenceritakan tentang pemahamannya tentanghakikat kebahagiaan yang beliau dakwa berbezadaripada pandangan ahli sufi.

Menurut Ibn Tufayl, kehidupan sebenar IbnBajjah tidak mencerminkan ajaran yangdibawanya.

Ibn Tufayl masih lagi tetap menghormati IbnBajjah.

Page 29: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

KESIMPULAN

• Artikel jurnal ini memberikanfokus kepada pengaruh ahli-ahli falsafah terdahulusebelum Ibn Tufayl.

• Pengaruh tersebutditumpukan kepada karya IbnTufayl yang terkenal, HayyIbn Yaqzan.

Page 30: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

*

Hourani, G.F.

1956.

The principal subject of Ibnu Tufayl’s

Hayy Ibn Yaqzan. Journal of Near Eastern

Studies 15(1): 40-60.

Page 31: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SOROTAN KAJIAN

Berdasarkan artikel yang ditulis Hourani, G.F. (1956)

yang bertajuk The principal subject of Ibnu Tufayl’s

Hayy Ibn Yaqzan telah membuat kritikan kepada kajian

yang dilakukan Leon Gauthier ke atas karya Ibn Tufayl

iaitu Hayy Ibn Yaqzan. Setelah dikritik, penulis telah

menerangkan tentang subjek utama karya Hayy Ibn

Yaqzan yang telah ditulis oleh Ibn Tufayl.

Page 32: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

KRITIKAN KEPADA LEON

GAUTHIER

Kebanyakkan pengkaji

atau ahli falsafah yang

membuat kajian terhadap

karya Hayy Ibn Yaqzan

banyak memberikan

penekanan terhadap

keseluruhan penceritaan

dan mesej sebenar yang

ingin disampaikan oleh Ibn

Tufayl.

Leon Gauthier hanya

menekankan tentang

falsafah Hayy ,agama

Asal dan juga agama

yang sesuai untuk

semua majoriti

masyarakat tanpa

menyatakan subjek atau

mesej utama yang ingin

disampaikan oleh Ibn

Tufayl.

Pandangan Gauthier

telah ditolak oleh E.

Garcia Gomez dan G. E.

von Grunebaum tetapi

tanpa memberikan

sebarang hujah.

Page 33: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SUBJEK UTAMA HAYY IBN

YAQZAN

Ibn Tufayl telah menerangkan

dengan jelas bahawa karyanya

Hayy Ibn Yaqzan memberi

keutamaan kepada sains yang

tersembunyi dan amat berkait

dengan pengalaman mistik.

Mesej yang ingin ditonjolkan Ibn

Tufayl adalah tentang kewujudan

Tuhan berdasarkan pengalaman

yang dilalui sepanjang hidup

Hayy.

Page 34: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, penulis telah menjelaskan

tentang punca atau subjek utama karya Hayy Ibn

Yaqzan yang ingin dibawa oleh Ibn Tufayl. Pada masa

yang sama, beberapa contoh telah ditonjolkan dalam

artikel yang ditulis bagi mengukuhkan lagi punca atau

subjek yang ingin ditonjolkan.

Page 35: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

*

Hawi, S.S.

1975.

Ibn Tufayl: On the existence of God and

his attributes. Journal of The American

Oriental Society 95(1): 58-67.

Page 36: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SOROTAN KAJIAN

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Hawi, S.S.

yang bertajuk Ibn Tufayl: On the existence of

God and his attributes, penulis telah

menerangkan tentang falsafah Ibn Tufayl dalam

karyanya iaitu Hayy Ibn Yaqzan. Selain itu juga,

penulis menekankan dua aspek utama iaitu bukti

kewujudan Tuhan dan sifat-sifat-Nya yang

ditonjolkan oleh Ibn Tufayl dalam karyanya.

Page 37: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Kesukaran yang dihadapi dalam kajian falsafah

yang terdapat dalam jurnal ialah :

‘Kaedah

penyembunyian’

Ibn Tufayl.

‘Persefahaman Hayy’.

Pertelingkahan

disebabkan risalah itu

ialah penjelasan

daripada ‘Skim

Avicennean’.

Page 38: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Sifat Tuhan

1) Membincangkan isu kewujudan Tuhan dan sifat-sifat-Nya.

2) Dia menegaskan bahawa sebelum mengenali siapa itu Tuhan,

seseorang itu mestilah mengenali dirinya sendiri terlebih dahulu.

Page 39: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

BUKTI KEWUJUDAN TUHAN OLEH IBN TUFAYL

Kosmologi (alam semesta)

Bukti ini berdasarkan pemerhatian

Hayy.

Hayy memerhatikan kejadian alam

dan menyimpulkan bahawa segala

yang berlaku mesti mempunyai sebab .

Hujah daripada Sebab dan Musabab

Ibn Tufayl menceritakan tentang

sebab musabab dalam hal kejadian

alam.

Hujah daripada Penciptaan

Ibn Tufayl percaya bahawa dunia ini kekal.

Ibn Tufayl menunjukkan disini bahawa, sama ada

kita memikirkan dunia sebagai ciptaan atau sebagai

punca utama kepada semua fenomena.

Kosmologi (Alam Semesta)

Bukti ini berdasarkan pemerhatian

Hayy.

Hayy memerhatikan kejadian alam

dan menyimpulkan bahawa segala

yang berlaku mesti mempunyai sebab.

Page 40: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

KESIMPULAN

Kesimpulannya, artikel ini menceritakan falsafah

Ibn Tufayl dengan lebih mendalam. Selain itu juga,

penulis banyak memberikan tumpuan kepada bukti

kewujudan Tuhan dan sifat-sifatNya berdasarkan

kepada karya Ibn Tufayl iaitu Hayy Ibn Yaqzan.

Page 41: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

*

cAridah, Shaykh Kamil Muhammad

Muhammad.

1993.

Ibn Tufayl Filasuf al-Islam fi al-cUsur al-

Wusta.

Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Page 42: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Biografi

Abu BakarMuhammad bin Abdul Malik bin Muhammad bin Muhammad bin

Tufayl.

BerketurunanArab Qais.

Dilahirkan di Wadi Asyar yang merupakan satu

kawasan di WadiKhushaib tidak

jauh dari Granada.

Page 43: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Tarikhkelahirannya tidakdiketahui dengantepat namun adayang mengatakanpada tahun 506H.

Tidak didapatisebarang

maklumat tentangzaman muda dan

zaman beliaumenuntut ilmu. Ada yang

berpendapat bahawabeliau merupakananak murid kepadaIbn Rushd namun,

beliau tidak adamenyebutkantentangnya.

Ada juga yang mengatakan

bahawa beliaumurid kepada Ibn Bajah, namun iadinafikan sendiri

oleh beliau.

Nama beliau muladikenali di era

pemerintahan KerajaanMuwahhidun di mana beliau telah menjadirakan kepada Abu

Ya’qub Yusuf sehinggadilantik menjadi doktor

peribadi danmenterinya.

Page 44: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Kitab Asrar al-Hikmah al-

Musyraqiyyah.

Rasail fi al-Nafs.

Hayy IbnYaqzan.

KARYA

Page 45: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

TENTANG HAYY IBN YAQZAN

Sebuah novel berunsur falsafah (metafizik).

Kisah Hayy yang berusaha mencari Tuhanmenggunakan akal fikirannya dengan cara merenungdan berfikir tentang alam.

Kisah ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin, Inggeris, Belanda dan German.

Idea yang terkandung dalam karya ini telahmempengaruhi penghasilan sebuah novel berjudul

Robinson Crusoe oleh Daniel Defoe pada tahun 1716.

Page 46: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

IDEA FALSAFAH IBN TUFAYL DALAM

HAYY IBN YAQZAN.

Pembahagian alam kepada duamenurut falsafah Aristotle iaitualam yang terletak di atas bulan danalam yang terletak di bawah bulan.

Beliau mengkritik mereka yangmengatakan alam ini sediakala danmereka yang mengatakan alam inibaharu. Namun beliau cenderungkepada pendapat yang pertama.

Page 47: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Menekankan kaedahpemerhatian terhadap

makhluk untuk mengetahuikeagungan pencipta.

Membawa idea kepadapenyatuan antara falsafah

dan agama.

Page 48: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

• Buku ini menceritakan biografi Ibn Tufayl

secara lebih terperinci.

• Memberikan tumpuan kepada karya beliau

Hayy Ibn Yaqzan dan unsur-unsur falsafah

yang ada di dalamnya.

Page 49: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

*

• al-Mucayitah, MuhammadcAbdul cAziz.

• 2008.

• al-Falsafah al-Islamiyyah.

• Urdun: Dar al- Hamid.

Page 50: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SOROTAN KAJIAN

• Kitab al-Falsafah al-Islamiyyah karya al-

Mucayitah, Muhammad cAbdul cAziz ini

mengupas mengenai pandangan-pandangan ahli

falsafah terhadap karya Ibn Tufayl iaitu Hayy Ibn

Yaqzan. Di samping itu juga, kitab ini

menceritakan mengenai peranan Ibn Tufayl

dalam penulisan-penulisan beliau. Kitab ini turut

memperjelaskan mengenai keistimewaan nilai

karya beliau yang terkenal iaitu Hayy Ibn

Yaqzan.

Page 51: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

AHLI FALSAFAH YANG BERKARYA

1• Ibn Tufayl lebih banyak memikir dari mengarang kerana

kesibukan dalam kerjaya.

2• Karya penulisan beliau merangkumi bidang sastera, politik,

kedoktoran dan bidang falsafah itu sendiri.

3• Kebanyakan karya penulisan beliau telah hilang disebabkan

faktor peredaran zaman melainkan Hayy Ibn Yaqzan.

Page 52: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

4

• Karya Ibn Tufayl iaitu Hayy Ibn Yaqzan banyak dikaji olehorientalis barat dan pengkaji-pengkaji arab itu sendiri sertaditerjemahkan kepada pelbagai bahasa iaitu bahasa Latin,Perancis, Sepanyol dan Inggeris.

5

• Penyampaian Ibn Tufayl dalam penulisan karyanya banyakdipengaruhi oleh ahli-ahli falsafah yang terdahulu seperti IbnSina,al-Farabi dan Ibn Bajjah.

6

• Penulisan beliau dalam karya Hayy Ibn Yaqzan turutmenyatakan pendirian dan pemikiran ahli-ahli falsafahterhadap umat Islam.

Page 53: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

• Secara umumnya, penulisan kitab al-Falsafah

al-Islamiyyah turut menyumbang idea dalam

bidang penulisan yang digunakan oleh para

ilmuan terdahulu. Malah kitab ini turut

menyampaikan kepada kita mengenai

pendirian dan pemikiran ahli-ahli falsafah

Islam.

Page 54: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

*

Ramadan, Insaf.

2004.

at-Tafkir al-Falsafiyyi al-Islamiyyi.

Bayrut: Dar al-Qutaybah.

Page 55: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

SOROTAN KAJIANBerdasarkan buku yang ditulis oleh Ramadan, Insaf (2004: 220-232) dalam

at-Tafkir al-Falsafiyyi al-Islamiyyi menjelaskan mengenai kehidupan dan

keperibadian mahupun ciri-ciri personaliti seorang penulis yang bernama Ibn

Tufayl. Selain itu, terdapat juga penjelasan mengenai mesej atau kisah asal

Hayy Ibn Yaqzan yang ditulis Ibn Tufayl dan beberapa peringkat kehidupan

yang digabungkan dalam pemikiran kehidupan Hayy Ibn Yaqzan.

Selanjutnya, dalam buku ini difokuskan juga mengapa atau sebab Ibn Tufayl

menulis karyanya Hayy Ibn Yaqzan.

Page 56: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

KEPERIBADIAN DAN CIRI-CIRI PERSONALITI IBN

TUFAYL

Ibn Tufayl

merupakan

seorang sarjana

dan sasterawan

yang terkenal.

Beliau seorang

yang berilmu dan

berpengetahuan

luas terutama

dalam bidang ilmu

Akidah.

Ibn Tufayl amat kagum

dengan kebijaksanaan

Ibn Khaldun dan juga Ibn

Bajjah sehingga beliau

berhasrat untuk mencipta

sistem falsafah yang

boleh menyaingi mereka

selangkah demi

selangkah.

Page 57: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

NOVEL HAYY IBN YAQZAN

• Dalam novel Hayy Ibn Yaqzan, Ibn Tufayl cuba

memperelokkan dilema ahli falsafah Islam.

Antaranya ialah tentang hubungan manusia

dengan akal terhadap pencipta.

• Beliau cuba menceritakan tentang seorang

individu yang tidak diketahui asal usulnya.

Kemudian diceritakan pula bagaimana orang

tersebut berusaha menggunakan akalnya untuk

mula mengenali alam sekelilingnya daripada

yang sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-

besarnya darjat yang mana boleh sampai

kepadanya.

• Dan kisah yang sebenarnya tidak ada kaitan

dengan kehidupan seseorang. Akan tetapi,

ianya menunjukkan kepada perkembangan

manusia yang mempunyai pelbagai peringkat.

• Kisah ini ditulis adalah kerana ingin menjawab

kembali permintaan sahabatnya yang ingin

mengetahui tentang hikmah ketimuran (al-

Hikmah al-Masyriqiyyat) yang disebut oleh Ibn

Sina dalam mendedahkan fakta-fakta

kewujudan yang boleh dilihat oleh manusia.

• Untuk mendedahkan mengenai falsafah

melalui jalan cerita agar ramai orang dapat

menerima dan memahaminya.

Dalam kisah yang ditulis dapat dilihat pendirian

Ibn Tufayl tentang hubungan manusia dengan

Allah, manusia dengan manusia, manusia

dengan alam sekitarnya, dan hubungan antara

akal dan agama.

Sebab Menulis Novel Hayy Ibn Yaqzan

Page 58: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Kisah Hayy Ibn Yaqzan

• Ibn Tufayl menulis kisah seorang manusia

yang dilahirkan ke dunia tanpa ibu dan

bapa di Kepulauan India yang beriklim

sederhana dan terletak di garisan

Khatulistiwa.

• Hayy Ibn Yaqzan adalah anak alam. Ibn

Tufayl menceritakan bahawa Hayy Ibn

Yaqzan berasal dari tanah liat yang besar

dan terdapat padanya campuran empat

unsur seperti panas, sejuk, lembap dan

kering dari perut bumi, kemudian diproses

menjadi seorang bayi yang ditiup roh

daripada Allah.

Fasa pertama: Hayy dipelihara oleh seekor Rusa.

Beliau dapat belajar tindak tanduk dan bahasa haiwan.

Beliau juga belajar bagaimana untuk menutupi

tubuhnya, membuat tempat untuk berteduh dan cara

melindungi dirinya.

Fasa kedua: Rusa yang memeliharanya itu mati. Hayy

berusaha mengetahui sebab kematian Rusa itu. Dia

membuat kesimpulan bahawa terdapat yang menjadi

akar dan bersifat bukan material. Pada tahap ini juga,

dia mengetahui akan fungsi setiap anggota badan dan

daya yang menggerakkannya.

Fasa ketiga: Dia mengetahui unsur di dalam api

berdasarkan pemerhatiannya dan secara

kesimpulannya adanya keteraturan alam dan

sebabnya.

Fasa keempat: Dia mengetahui akan kesatuan dan

keseragaman pada jasad dan jiwa yang diamatinya.

Pada tahap ini, ia akhirnya sampai kepada generalisasi

dan klasifikasi berdasarkan kesatuan dan keseragaman

itu.

Fasa Kehidupan Hayy Ibn

Yaqzan

Page 59: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Fasa kelima: Beliau memerhatikan kejadian langit serta

keteraturan perkara itu, sehingga dia mengetahui tentang astronomi

dan menyimpulkan bahawa adanya penggerak tertentu yang sama

untuk semuanya.

Fasa Keenam: Selain itu, beliau menemui kepastian terhadap

adanya penggerak yang disebut wajib kepada wujud. Menurutnya,

asal alam itu haruslah bukan material dan mesti ‘al-Wujud’.

Fasa Ketujuh: Pada usia 50 tahun, Hayy menyimpulkan bahawa

Tuhan itu pasti Pemurah dan Maha Bijaksana, sempurna, penuh

rahmat dan menjadi tujuan kepada wujudnya manusia. Hal ini

kerana ia merupakan puncak kebahagiaan yang hanya boleh dicapai

apabila selalu berhubungan dengan-Nya tanpa henti dan

melepaskan diri dari dunia material. Sehingga itu juga, manusia

dapat sampai kepada tahap pengetahuan yang tinggi, iaitu wajib

kepada ‘al-Wujud’.

Fasa Kehidupan Hayy Ibn Yaqzan (samb.)

Page 60: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Ibn Tufayl merupakan seorang yang pakar dalam ilmu hukum dan seorang

yang berpegang kepada logik dalam mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia.

Menerusi bukunya itu, dapat disimpulkan bahawa Ibn Tufayl berusaha menerangkan

bagaimana manusia mempunyai potensi untuk mengenali Allah dengan membuat penelitian

terhadap alam sekitar dan sekelilingnya. Di dalam buku Hayy Ibn Yaqzan juga, Ibn Tufayl

telah cuba merangka satu sistem falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran yang ada

pada diri manusia serta berusaha mengungkap persoalan hubungan antara manusia, akal dan

Tuhan. Jelaslah bahawa buku ini penuh mengandungi pengamatan Ibn Tufayl mengenai

ilmu metafizik, matematik, fizik, dan sebagainya.

Page 61: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

*

Ichsan Muhammad Yusuf Abbas.

2016.

Studi analisis pemikiran ekonomi Islam

Ibnu Tufail pada kisah: Hayy Bin Yaqzan.

Tesis Sarjana, Program Studi Ekonomi

Islam, UIN Sumatera Utara Medan.

Page 62: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Tesis ini membincangkan kajian idea Ibn Tufayl

dalam karya beliau iaitu Hayy Ibn Yaqzan

mengenai pemikiran ekonomi Islam. Selain itu,

tesis ini membincangkan juga mengenai

penciptaan Hayy Ibn Yaqzan yang selari dengan

kisah dalam al-Quran.

Page 63: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

PEMIKIRAN ASPEK EKONOMI DALAM NOVEL HAYY IBN

YAQZAN

Menunjukkanbagaimana Hayy

meneruskankehidupannya

dalam memenuhikeperluan hidup.

Menjelaskanbagaimana Hayy

melakukaninovasi sebagaipenyelesaian

terhadap sesuatumasalah.

Mengajarbagaimana

menguruskanharta yang

banyakterutamanyadalam urusan

jual beli.

Page 64: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Berikut yang diatas dapat difahami bahawa terdapat persamaan pada kisah Hayy dengan kisah-

kisah dalam al-Quran yang mana bukan sahaja pada kandungan isi cerita malah gaya

penyampaian juga berdasarkan gaya bahasa al-Quran.

PENCARIAN DALAM MENCARI HAKIKAT PENCIPTAAN ALAM

Hayy mengamati hidupan alam disekelilingnya.

Kisah yang sama di mana Nabi Ibrahimmengalami proses yang sama dalammencari hakikat ketuhanan.

RENTETAN KISAH NABI MUSA A.S

Anak kepada sang Puteri yang dibuanguntuk merahsiakan daripada pengetahuan siRaja.

Kisah Nabi Musa yang dihanyutkan kesungai Nil oleh ibunya untuk menghindaridari dibunuh dan pemburuan Firaun.

AWAL PENCIPTAAN MANUSIA

Kelahiran Hayy tanpa ibu dan ayah. Penciptaan Adam A.S tanpa ibu dan ayah.

Page 65: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Idea yang diterapkan dalam penulisan Ibn

Tufayl merangkumi pelbagai bidang ilmu yang

dapat dimanfaatkan oleh seluruh lapisan

masyarakat. Jelaslah bahawa Ibn Tufayl

seorang yang mahir dalam mendalami ilmu

bahasa Arab kerana dapat mengaitkan rentetan

kisah kehidupan Hayy di dalam karya Hayy

Ibn Yaqzan dengan kisah-kisah dalam al-

Quran.

Page 66: Ibn Tufayl: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi

Al-Mucayitah, Muhammad cAbdul cAziz. 2008. al-Falsafah al-Islamiyyah. Urdun: Dar al- Hamid.

Altrocchi, R. 1938. Dante and Tufail. Italica 15(3): 125-128.

cAridah, Shaykh Kamil Muhammad Muhammad. 1993. Ibn Tufayl Filasuf al-Islam fi al-cUsur al-Wusta. Beirut: Dar al-

Kutub al-cIlmiyyah.

Deniz, G. 2008. Hayy Ibn Yaqzan and its Qur’anic references. Journal of Islamic Research 1(2): 33-50.

Hashim, R. & Qadous, A.I.H. 2014. The inductive research in early Islamic tradition based on Ibn Tufayl’s work – Hayy Ibn

Yaqzan. Revelation And Science 4(2): 41-47.

Hawi, S.S. 1975. Ibn Tufayl: On the existence of God and his attributes. Journal of The American Oriental Society 95(1):

58-67.

Hawi, S.S. 1976. Ibn Tufayl’s appraisal of his predecessors and their influence of his thought. International Journal of

Middle East Studies 7(1): 89-121.

Hourani, G.F. 1956. The principal subject of Ibn Tufayl’s Hayy Ibn Yaqzan. Journal of Near Eastern Studies 15(1): 40-60.

Ichsan Muhammad Yusuf Abbas. 2016. Studi analisis pemikiran ekonomi Islam Ibnu Tufail pada kisah: Hayy Bin Yaqzan.

Tesis Sarjana, Program Studi Ekonomi Islam, UIN Sumatera Utara Medan.

Ramadan, Insaf. 2004. at-Tafkir al-Falsafiyyi al-Islamiyyi. Bayrut: Dar al-Qutaybah.