kata ganti nama

19
KATA GANTI NAMA DIRI Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut: a) Kata ganti nama diri pertama b) Kata ganti nama diri kedua c) Kata ganti nama diri ketiga A Kata Ganti Nama Diri Pertama Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain. Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua, iaitu: i) Bentuk tunggal ii) Bentuk jamak Bentuk Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama Tunggal aku, beta, daku, hamba, patik, saya Jamak kami, kita Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri pertama di bawah ini. Kata Ganti Nama Diri Pertama Penerangan Ayat contoh aku Untuk menggantikan/merujuk diri sendiri apabila: a) Bercakap dengan orang/kenalan yang sangat rapat serta mesra dan sedarjat/setaraf. b) Apabila berdoa kepada Tuhan. 1. Kata Mahmud kepada rakan karibnya, “Petang nanti aku ingin mengajak engkau datang ke rumahku.” 2. Ya Allah, aku memohon keampunan dan keredhaan-Mu. beta Digunakan oleh raja, sultan, dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat 1. “Beta tidak menyangka bahawa orang kaya tergamak menganiaya beta,” titah Sultan Samad. 2. Titah Sultan Ali, © Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu 1

Upload: sazmani

Post on 14-Jun-2015

7.183 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KATA GANTI NAMA

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:

a) Kata ganti nama diri pertamab) Kata ganti nama diri keduac) Kata ganti nama diri ketiga

A Kata Ganti Nama Diri PertamaKata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua, iaitu:

i) Bentuk tunggalii) Bentuk jamak

Bentuk Contoh Kata Ganti Nama Diri PertamaTunggal aku, beta, daku, hamba, patik, sayaJamak kami, kita

Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri pertama di bawah ini.

Kata Ganti Nama Diri Pertama

Penerangan Ayat contoh

aku Untuk menggantikan/merujuk diri sendiri apabila:a) Bercakap dengan orang/kenalan yang sangat rapat serta mesra dan sedarjat/setaraf.b) Apabila berdoa kepada Tuhan.

1. Kata Mahmud kepada rakan karibnya, “Petang nanti aku ingin mengajak engkau datang ke rumahku.”2. Ya Allah, aku memohon keampunan dan keredhaan-Mu.

beta Digunakan oleh raja, sultan, dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat

1. “Beta tidak menyangka bahawa orang kaya tergamak menganiaya beta,” titah Sultan Samad.2. Titah Sultan Ali, “Beta datang ke mari membawa hajat yang besar.”

daku Sebagai objek kepada kata kerja transitif yang ejaannya berakhir dengan huruf ‘n’.

1. Kakak Milah membelikan daku seutas rantai emas.2. Hamidah berkakak dengan daku.

hamba Untuk merujuk diri orang yang bercakap atau diri sendiri pada zaman dahulu.

1. “Hamba sungguh kecewa dengan sikap tuan hamba,” kata Panglima Hitam kepada pesuruh raja itu.2. Kata Datuk Maharaja Lela, “Hamba sama sekali tidak menyangka begini akan jadinya.”

kita Untuk merujuk diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap.

1. “Mari kita membantu ibu di dapur,” kata Ani kepada kakaknya.2. “Rumah kita ini perlu dicat semula, ayah,” kata Zubir.

kami Untuk merujuk diri orang yang bercakap serta anggota kumpulannya apabila bercakap dengan orang kedua yang tidak termasuk dalam kumpulan mereka.

1. “Ibu bapa kami jarang ada di rumah pada waktu siang,” kata Mary dan Rita kepada Nita.2. “Kereta kami ini berjenama Proton,” kata Siti dan Wan kepada Suzana.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu1

Page 2: KATA GANTI NAMA

patik Digunakan oleh rakyat untuk merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan raja, sultan dan kerabat diraja.

1. “Pertanyaan patik tadi belum tuanku jawab,” kata Bendahara Melaka kepada baginda Sultan.2. “Keluarga patik masih berada di Majapahit, tuanku,” sambung Daeng Lebar Daun.

saya Untuk merujuk diri sendiri apabila bercakap dalam suasana rasmi, dengan orang yang baru dikenali, dengan orang yang dihormati, dengan orang yang lebih tua umurnya dan dengan orang lain pada umumnya.

1. “Tangan saya berasa kebas, tuan doktor,” kata pesakit itu.2. “Kamu jangan cuba mempermainkan saya,” kata Zaiton kepada Maya.

B Kata Ganti Nama Diri KeduaKata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap.Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:

i) Bentuk tunggalii) Bentuk jamak

Bentuk Contoh Kata Ganti Nama Diri KeduaTunggal anda, awak, dikau, engkau, tuanku, kamuJamak anda, kalian, kamu

Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri pertama di bawah ini.

Kata Ganti Nama Diri Kedua

Penerangan Ayat Contoh

anda (tunggal dan jamak)

Merujuk diri orang yang kedua/orang yang dilawan bercakap apabila tiada berhadapan dengan kita. Contohnya dalam siaran radio, televisyen, dalam urusan surat-menyurat dan apabila bercakap dengan orang yang sebaya dengan kita.

1 Kata juruhebah radio itu, “Anda perlu berhati-hati supaya tidak terbeli barang tiruan.”2 Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?

awak(tunggal)

Merujuk diri orang yang kedua yang rapat hubungannya dengan kita, digunakan oleh orang atasan apabila bercakap dengan orang bawahan dan digunakan oleh suami dan isteri tatkala bercakap.

1 “Awak tinggal di mana, Karim?” tanya Sabri.2 Hutang awak masih tinggal seratus ringgit sahaja,” kata Saadiah kepada suaminya.

dikau(tunggal)

Digunakan dalam tulisan sebagai objek kepada kata sendi dan kata kerja transitif yang ejaannya berakhir dengan huruf ‘n’.

1 Kassim benci akan dikau, Manan,” kata Bacik.2 “Keengganan dikau melamarnya, membuatkan Yati kecewa, Din,” kata Dol.

engkau(tunggal)

Merujuk diri orang yang kedua atau orang yang dilawan bercakap yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan apabila berdoa.

1 “Kawan-kawan engkau sedang menunggu di kantin sana,” kata Rahim kepada rakannya See Yan.2 Ya Tuhanku, kepada Engkau aku memohon kemaafan!

kalian(jamak)

Merujuk diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap yang bilangannya melebihi

1 “Kalian beredar dahulu,” kata Majid kepada rakan-rakannya.2 Kalau kalian sudah bersedia, mari

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu2

Page 3: KATA GANTI NAMA

seorang/bilangan banyak. kita bergerak sekarang,” kata Bedul kepada adik-adiknya.

kamu 1. Untuk menggantikan diri orang yang dilawan bercakap yang rapat hubungannya dengan kita.2. Digunakan oleh orang dewasa apabila bercakap dengan orang yang lebih muda.

1 “Bilakah kamu akan berangkat ke Australia, Man?” tanya Mumtaz.2 “Dengan siapakah kamu akan menjalankan perniagaan ini, nanti?” tanya Swee King kepada Ah Chye.

C Kata Ganti Nama Diri KetigaKata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.Contoh:

baginda, beliau, dia, ia, dan mereka

Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri ketiga di bawah ini.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Penerangan Ayat Contoh

baginda Untuk menggantikan nama sultan/raja/kerabat diraja yang diperkatakan

1 Baginda sedang beradu di bilik peraduan.2 Putera baginda Sultan yang akan menaiki takhta kerajaan itu.

beliau Untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan yang dianggap mulia, berjasa dan tidak melakukan perbuatan keji.

1 Beliau berasal dari Kedah.2 Saudara beliau banyak yang menetap di sini.

dia/ia Untuk menggantikan nama diri orang yang diceritakan/dicakapkan.

1 Dia anak seorang ahli perniagaan.2 Dia banyak membantu menyelesaikan masalah kami di sini.

mereka Untuk menggantikan nama diri orang ketiga yang dicakapkan yang bilangannya melebihi seorang.

1 Mereka jarang berbual dengan kami.2 Ibu mereka telah lama meninggal dunia.

Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri seperti berikut:1. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri untuk binatang, benda, tempat dan benda

abstrak dalam binaan ayat. Contoh:

1.a) Bajunya koyak. Ia perlu dijahit. (X)b) Bajunya koyak. Bajunya perlu dijahit. (√)

2.a) Anjing itu menyalak. Ia kelaparan. (X) b) Anjing itu menyalak. Anjing itu kelaparan. (√)

2. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri beliau untuk menggantikan nama kanak- kanak, penjenayah, penagih dadah atau orang yang dianggap rendah moral atau akhlaknya. Contoh:

1.a) Penagih dadah itu ditangkap oleh polis ketika beliau sedang dalam keadaan khayal. (X)b) Penagih dadah itu ditangkap oleh polis ketika dia sedang dalam keadaan khayal. (√)

2.a) Kanak-kanak itu menangis. Beliau kehilangan ibunya. (X) b) Kanak-kanak itu menangis. Dia kehilangan ibunya. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu3

Page 4: KATA GANTI NAMA

3. Kesalahan menggabungkan kata ganti nama diri ia dan nya menjadi ianya. Contoh:

1.a) Jika gagal menjelaskan yuran peperiksaan, ianya tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan. (X) b) Jika gagal menjelaskan yuran peperiksaan, ia tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan. (√)2.a) Jika melawan, ianya akan dikenakan hukuman yang lebih berat. (X) b) Jika melawan, ia akan dikenakan hukuman yang lebih berat. (√)

4. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif.

Contoh1.a) Kami tidak suka berkawan dengan ia. (X) b) Kami tidak suka berkawan dengan dia/nya. (√)2.a) Sudah lama saya menunggu ia datang. (X) b) Sudah lama saya menunggunya/dia datang. (X)

5. Kesalahan tidak dapat membezakan kata ganti nama diri untuk Tuhan dan manusia. Contoh:

1.a) Tuhan amat menyayangi hambanya. (X) b) Tuhan amat menyayangi hamba-Nya. (√)2.a) Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini. (X) b) Ya Allah, ampunilah dosa hamba-Mu ini. (√)

6. Kesalahan tidak dapat membezakan penggunaan kata ganti nama diri kami dan kita. Contoh:

1.a) “Kita tinggal tidak jauh dari sini,” kata Abu dan Ali kepada Lim. (X) b) “Kami tinggal tidak jauh dari sini,” kata Abu dan Ali kepada Lim. (√)2.a) “Kita anak orang miskin, pak cik,” kata John dan Johnny. (X) b) “Kami anak orang miskin, pak cik,” kata John dan Johnny. (√)

7. Kesalahan menggandakan kata ganti nama diri ketiga mereka menjadi mereka- mereka.

Contoh:1.a) Mereka-mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah di daerah ini. (X) b) Mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah di daerah ini. (√)2.a) Mereka-mereka belajar di kolej swasta. (X) b) Mereka belajar di kolej swasta. (√)

8. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai penerang kepada kata nama. Contoh:

1.a) Adik ia berusia lima tahun. (X) b) Adiknya berusia lima tahun. (√)2.a) Rumah ia beratap rumbia. (X) b) Rumahnya beratap rumbia. (√)

9. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai pelaku dalam ayat pasif diri ketiga. Contoh:

1. a) Baju itu belum dijahit ia. (X) b) Baju itu belum dijahitnya. (√)2. a) Rumah itu sudah dicat ia. (X) b) Rumah itu sudah dicatnya. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu4

Page 5: KATA GANTI NAMA

KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT

Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama diri singkat asalnya ialah kata ganti nama diri penuh yang telah disingkatkan.Dalam Bahasa Melayu baku, kata ganti nama diri singkat ada empat seperti yang berikut:-

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Ganti Nama Diri Singkat

Penerangan Ayat Contoh

kau Kata ganti nama diri singkat kau asalnya daripada kata ganti nama diri penuh engkau yang telah disingkatkan

1 “Amin, pulanglah ke rumah kerana ibu rindukankau,” kata Salamah.2 “Kenapakah kausering menjauhkan diri daripadaku, Salleh?” tanya Maimun.

ku Kata penuh nama diri singkat ku asalnya daripada kata ganti nama diri penuh aku yang telah disingkatkan

1 Aku berharap agar kautidak berkecil hati dengan kata-kataku tadi, Osman,” kata Ali.2 Kata Amran, “Hajat hatiku untuk ke Mekah pada tahun ini.”

mu Kata ganti nama diri singkat mu asalnya daripada kata ganti nama diri penuh kamu yang telah disingkatkan

1 “Keras sekali hatimu, Bidin,” kata Salmiah.2 Kata Malek, “Aku sering teringatkan dirimu, Ziana.”

nya Kata ganti nama diri singkat nya asalnya daripada kata ganti nama diri ketiga dia.

1 Hidungnya berdarah sewaktu terjatuh tadi.2 Tulisannya seperti cakar ayam.

Dalam penulisan atau binaan ayat elakkan daripada melakukan kesalahan seperti berikut:-

1. Kesalahan tidak menulis rapat kata ganti nama diri singkat dengan kata yang menyertainya.

Contoh:1. a) Kata Kamil, “Orang tua ku pernah membawa aku dan adikku datang ke tempat ini.” (X) b) Kata Kamil, “Orang tuaku pernah membawa aku dan adikku datang ke tempat ini.” (√)2. a) Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kau potong rambut engkau itu terlalu pendek, Senah?”.

(X) b) Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kaupotong rambut engkau itu terlalu pendek, Senah?”.

(√)

2. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri singkat sebagai subjek ayat. Contoh:

1. a) “Kau masih marah padaku, Maya?” tanya Faizol. (X) b) “Engkau masih marah padaku, Maya?” tanya Faizol. (√)2. a) “Nya tidak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakannya,” kata Hawa. (X) b) “Dia tidak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakannya,” kata Hawa. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu5

kau, ku, mu, nya

Page 6: KATA GANTI NAMA

3 Kesalahan menulis kata ganti nama diri singkat untuk Tuhan dengan menggunakan huruf kecil pada pangkal katanya.

Contoh:1. a) Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-mu ini! (X) b) Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-Mu ini! (√)2. a) Tuhan amat adil kepada hamba-nya. (X)

b) Tuhan amat adil kepada hamba-Nya. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu6

Page 7: KATA GANTI NAMA

KATA GANTI NAMA TAK TENTU

Kata ganti nama tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menggantikan sesuatu atau seseorang yang tidak tentu/tidak pasti.Contoh:

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Ganti NamaTak Tentu

Penerangan Ayat Contoh

apa-apa Untuk menggantikan nama benda/perkara yang tidak tentu.

1. Dia menerima apa-apa sahaja teguran yang membina.2. Datin Aida tidak tahu apa-apa tentang kegiatan haram suaminya itu.

bila-bila Untuk menggantikan masa/waktu yang tidak tentu.

1. Perang saudara itu akan tercetus pada bila- bila masa sahaja.2. “Bila-bila kamu ada kelapangan ziarahi ibu di kampung,” pesan Ema kepada adiknya, Rima.

mana-mana Untuk menggantikan nama benda atau tempat yang tidak tentu.

1. Kata Siti kepada Sidah, “Kamu usah pergi ke mana-mana, tunggu saya di sini.”2. Pada petang itu, Abu tidak pergi ke mana- mana.

siapa-siapa/sesiapa

Untuk menggantikan nama orang/manusia yang tidak tentu.

1. Tidak siapa-siapa pun dibenarkan merokok di dalam dewan itu.2. Mereka tidak mengenali sesiapa pun di majlis itu.

Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tak tentu seperti yang berikut:

1. Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama tak tentu berdasarkan fungsinya. Contoh:

1.a) “Tidak ada mana-mana yang mengganggu fikiran saya,” kata Suzy. (X) b) “Tidak ada apa-apa yang mengganggu fikiran saya,” kata Suzy. (√)2.a) “Siapa-siapa kamu ada kelapangan, datanglah ke rumah saya, boleh kita berbual-bual,” kata Christine kepada Ani. (X) b) “Bila-bila kamu ada kelapangan, datanglah ke rumah saya, boleh kita berbual-bual,” kata Christine kepada Ani. (√)

2. Kesalahan menyertakan partikel kah kepada kata ganti nama tak tentu dalam ayat. Contoh:

1.a) “Kamu tidak pergi ke mana-manakah petang semalam, Abu?” tanya Munshi. (X) b) “Kamu tidak pergi ke mana-mana petang semalam, Abu?” tanya Munshi. (√)2.a) Siapa-siapakah yang didapati mencerobohi kawasan larangan itu akan didakwa? (X) b) Siapa-siapa yang didapati mencerobohi kawasan larangan itu akan didakwa? (√)

3. Kesalahan menggunakan kata tanya untuk menggantikan tempat kata ganti nama tak tentu dalam ayat. Contoh:

1.a) “Bila masa sahaja cermin tingkap yang retak itu akan pecah,” kata Subra. (X) b) “Bila-bila masa sahaja cermin tingkap yang retak itu akan pecah,” kata Subra. (√)2.a) Kata Cikgu Mansor, “Siapa yang berminat untuk menyertai kem motivasi ini, perlulah

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu7

apa-apa bila-bila mana-mana siapa-siapa/sesiapa

Page 8: KATA GANTI NAMA

mendaftarkan diri kepada ketua pengawas sekolah.” (X) b) Kata Cikgu Mansor, “Siapa-siapa/sesiapa yang berminat untuk menyertai kem motivasi ini, perlulah mendaftarkan diri kepada ketua pengawas sekolah.” (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu8

Page 9: KATA GANTI NAMA

KATA GANTI NAMA TUNJUK

Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.Dalam Bahasa Melayu Baku, kata ganti nama tunjuk ada dua, iaitu ini dan itu.

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata GantiNama Tunjuk

Penerangan Ayat Contoh

ini Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat

1 “Ini kenalan baru saya,” kata Bhagwan.2 “Masalah ini sukar untuk diselesaikan,” kata Firdaus.

itu Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh

1 Itu guru kelas 6 Hijau.2 Sungai itu masih belum tercemar.

Kata ganti nama tunjuk mempunyai dua fungsi atau tugas seperti yang berikut:-

1. Kata ganti nama tunjuk berfungsi sebagai subjek ayat. Contoh:

1. Ini meja tulis saya.2. Kata Razali, “Itu lukisan saya yang pertama.”

2. Kata ganti nama tunjuk berfungsi sebagai penentu. Contoh:

1. “Hari ini ialah hari lahir saya,” kata Badar.2. Istana itu milik Raja Permaisuri Lela Ratna.

Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tunjuk seperti yang berikut.

1. Kesalahan meletakkan kata ganti nama tunjuk yang bertugas sebagai penentu di hadapan frasa nama atau kata nama. Contoh:

1. a) Ini malam, kami bercadang untuk meronda di kawasan tepi pantai,” kata Senik dan Johar. (X)

b) Malam ini kami bercadang untuk meronda di kawasan tepi pantai,” kata Senik dan Johar. (√)

2. a) Itu pegawai polis datang untuk menangkap pencuri yang memecah masuk rumah hartawan itu. (X)

b) Pegawai polis itu datang untuk menangkap pencuri yang memecah masuk rumah hartawan itu. (√)

2. Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama tunjuk di tempat yang betul berdasarkan fungsinya. Contoh:

1. a) Sekolah yang ini baru siap pembinaannya akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia. (X)

b) Sekolah yang baru siap pembinaannya ini akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia. (√)

2. a) Buku ini yang baru sungguh tebal. (X) b) Buku yang baru ini sungguh tebal. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu9

Page 10: KATA GANTI NAMA

KATA GANTI NAMA TEMPAT

Kata ganti nama tempat ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama tempat.Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama tempat ada tiga iaitu, sini, situ, dan sana.

Perhatikan keterangan di bawah ini.

Kata GantiNama Tempat

Penggunaan Ayat Contoh

sini Digunakan untuk menunjukkan tempat yang dekat atau berhampiran dengan orang yang bercakap

1 “Di sini udaranya sungguh nyaman dan menyegarkan,” kata Aidah.2 “Penduduk di sini ramah belaka,”kata Salwa kepada Diana.

situ Digunakan untuk menunjukkan tempat yang agak jauh. Tempat yang dimaksudkan itu masih kelihatan oleh orang yang bercakap

1 Kebanyakan penduduk di situ bekerja sebagai penoreh getah.2 Saya tidak pasti sama ada Amir tinggal di situ lagi atau telah berpindah ke tempat lain.

sana Digunakan untuk menunjukkan tempat yang jauh dan tidak kelihatan oleh orang yang bercakap.

1 Di Indonesia sana, Salimin menjalankan perniagaan menjual kain batik.2 Dua orang pengganas komunis telah dibunuh oleh pasukan tentera di puncak gunung sana.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu10

Page 11: KATA GANTI NAMA

KATA GANTI NAMA TANYA

Kata ganti nama tanya ialah kata yang digunakan untuk menanyakan orang, haiwan, benda, masa, tempat, bilangan, hal atau perkara. Dalam bahasa Melayu Baku, kata ganti nama tanya adalah seperti yang berikut:-

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Tanya Penerangan Ayat Contoh

Adakah Digunakan untuk menanyakan sesuatu soalan yang jawapannya ‘ya’ atau ‘tidak’

1 Adakah ketinggian bangunan FIFA sama dengan ketinggian bangunan ZIZA?2 “Adakah kamu pernah mengalami kesukaran untuk bernafas sebelum ini?” tanya doktor Zaki kepada Amin.

Apa Digunakan untuk menanyakan binatang, hal, perkara,, benda, dan benda abstrak

1 Apa tanda-tanda awal penyakit kusta, doktor?” tanya Mustafa.2 “Tujuan kamu datang berjumpa dengan saya ini untuk apa, Sidek?” tanya Borhan.

Bagaimana Digunakan untuk menanyakan cara dan keadaan

1 “Bagaimanakah keadaan mangsa kemalangan yang kamu bantu tadi, Tim?” tanya Ah Meng.2 “Cara untuk mengikat tali pada dahan pokok ini, bagaimana, cikgu?” tanya Amira kepada Cikgu Jamilah.

Berapa Digunakan untuk menanyakan jumlah atau bilangan dan harga

1 “Berapakah bilangan anggota tentera yang terlibat dalam operasi itu, ayah?” tanya Azeem.2 “Jarak dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru berapa, Malik?” tanya Tan.

Bila Digunakan untuk menanyakan masa, atau waktu

1 Bilakah upacara Sukan SEA yang ke-16 itu akan diadakan?2 “Majlis makan malam kelab sukan itu akan diadakan bila?” tanya Abu kepada Rahim.

Kenapa/mengapa

Digunakan untuk menanyakan sebab atau alasan

1 “Mengapakah kamu suka mengganggu saya ketika saya sedang membaca buku, Roha?” tanya Anita.2 “Banyak orang menuju ke stadium itu, kenapa, Remy?” tanya Johan.

Mana Digunakan untuk menanyakan tempat, benda, orang dan binatang

1 “Di manakah majlis persandingan abang kamu itu akan diadakan, Munah?” tanya Azizan.2 “Kawasan perkelahan itu terletak di negeri mana, Jun?” tanya Zaid.

Siapa Digunakan untuk menanyakan orang atau manusia

1 Siapakah tetamu undangan yang akan menghadiri majlis itu nanti,

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu11

adakah, apa, bagaimana, berapa, bila, kenapa, mana, mengapa, siapa

Page 12: KATA GANTI NAMA

Salmi?” tanya Bakar.2 “Kakak kamu bertunang dengan siapa, Devi?” tanya Kumari.

Dalam penulisan, kata ganti nama tanya mana tidak sama penggunaannya dengan kata ganti nama tanya di mana. Kata ganti nama tanya mana digunakan untuk menanyakan sesuatu soalan yang memerlukan jawapan ini atau itu. Manakala kata ganti nama tanya di mana digunakan untuk menanyakan sesuatu soalan yang memerlukan jawapan di sini, di situ, di sana atau di (nama tempat).

Perhatikan contoh di bawah ini.1. a) Robert : Kasut yang kamu baru beli itu mana?

Nathan: Ini.

2. a) Alice : Di manakah kemalangan itu berlaku?Suzy : Peristiwa itu berlaku di Jalan Mahameru.

Dalam penulisan atau binaan ayat tanya apabila predikat dipentingkan dengan partikal kah, maka predikat itu mestilah dikedepankan letaknya.

Perhatikan contoh di bawah ini.1. a) Pensyarah kanankah dia? (√) b) Dia pensyarah kanankah? (X)

2. a) Di manakah dia? (√) b) Dia di manakah? (X)

Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tanya seperti berikut:-1. Kesalahan tidak menyertakan partikel kah kepada kata tanya yang diletakkan di awal

ayat tanya. Contoh:

1. a) Berapa jumlah pelajar di dalam kelas ini? (X) b) Berapakah jumlah pelajar di dalam kelas ini? (√)

2. Kesalahan meletakkan partikel kah kepada kata tanya yang diletakkan di hujung ayat tanya. Contoh:

1. a) Anggota polis yang dirempuh lori itu siapakah? (X) b) Anggota polis yang dirempuh lori itu siapa? (√)

3. Kesalahan kerana meletakkan partikel kah di hujung ayat tanya tanpa kata tanya. Contoh:

1. a) Buah nangka itu masih mudakah? (X) b) Buah nangka itu masih muda? (√)

4. Kesalahan menggunakan kata tanya dalam ayat yang bukan tergolong dalam jenis ayat tanya. Contoh:

1. a) Khalid terlupa di mana dia meletakkan pennya itu. (X) b) Khalid terlupa tempat dia meletakkan pennya itu (√)

5. Kesalahan menggunakan kata tanya untuk menggantikan tempat kata-kata lain dalam ayat. Contoh:

1. a) Bila wang saya sudah banyak, saya akan membuka perniagaan sendiri,” kata Zainuddin. (X)

b) Apabila wang saya sudah banyak, saya akan membuka perniagaan sendiri,” kata

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu12

Page 13: KATA GANTI NAMA

Zainuddin. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu13