kata ganda berentak (maksud)

14
KATA GANDA MAKSUD Adai-badai tudung saji yg bersulam Alai-belai bujukan, cumbuan Alang-kepalang Alai-balai a) kacau-bilau, kusut (tidak ketahuan); b) tidak terpelihara (terselenggara, terbela, dll), terlantar, terbiar; Anak-pinak Anak beranak Anggup-anggip bergerak-gerak turun naik (mengangguk-angguk, terkulai-kulai); ~ bagai rumput tengah jalan prb kehidupan yg melarat (sakit, miskin, dll). Aram-temaram kabur, suram (bulan dll) Awan-kemawan awan yg berkepul-kepul Awan-gemawan berbagai-bagai rupa awan Awang-gemawang ruang antara langit dan bumi, udara, angkasa Ayun-temayun bergantung dan berbuai-buai Basa-basi adat istiadat, sopan santun: sukar mencari seorang perempuan yg indah ~nya spt Khatijah Batu-batan Bantah-bentah bermacam-macam pertengkaran; Becang-becok bunyi bising dan hingar-bingar. Bedil-bedal bermacam-macam bedil Belat-belit putar-belit Beli-belah membeli berbagai-bagai jenis barang Belu-belai a) berleter; b) pujuk, cumbu. Benggal-benggil bengkak-bengkak, bincul-bincul, bincut-bincut Bengkang-bengkok bengkok-bengkok Bolak-balik 1. ulang-alik, pergi balik 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit Bongkar-bangkir kacau-bilau, cerai-berai

Upload: cekgu-syida

Post on 25-Jul-2015

11.907 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: KATA GANDA Berentak (Maksud)

KATA GANDA MAKSUDAdai-badai tudung saji yg bersulam

Alai-belai bujukan, cumbuan

Alang-kepalang

Alai-balai a) kacau-bilau, kusut (tidak ketahuan); b) tidak terpelihara (terselenggara, terbela, dll), terlantar, terbiar;

Anak-pinak Anak beranak

Anggup-anggip bergerak-gerak turun naik (mengangguk-angguk, terkulai-kulai); ~ bagai rumput tengah jalan prb kehidupan yg melarat (sakit, miskin, dll).

Aram-temaram kabur, suram (bulan dll)

Awan-kemawan awan yg berkepul-kepulAwan-gemawan berbagai-bagai rupa awan

Awang-gemawang ruang antara langit dan bumi, udara, angkasa

Ayun-temayun bergantung dan berbuai-buai

Basa-basi adat istiadat, sopan santun: sukar mencari seorang perempuan yg indah ~nya spt Khatijah

Batu-batan

Bantah-bentah bermacam-macam pertengkaran;

Becang-becok bunyi bising dan hingar-bingar.

Bedil-bedal bermacam-macam bedil

Belat-belit putar-belitBeli-belah membeli berbagai-bagai jenis barang

Belu-belai a) berleter; b) pujuk, cumbu.

Benggal-benggil bengkak-bengkak, bincul-bincul, bincut-bincut

Bengkang-bengkok bengkok-bengkok

Bolak-balik 1. ulang-alik, pergi balik 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit

Bongkar-bangkir kacau-bilau, cerai-berai

Bukit-bukau bukit dan lembah

Bulang-baling baling-baling

Page 2: KATA GANDA Berentak (Maksud)

Caca-marba mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian

Calar-balar banyak garis yg tidak keruan, penuh dgn calar

Carut-marut berbagai-bagai perkataan yg keji dan kotor

Cebar-cebur bunyi cebur-cebur di air (berulang-ulang kali)

Celam-celum keluar masuk (rumah dll), sebentar ke sana sebentar ke sini (bebas saja ke sana sini), celas-celus.

Celengkak-celengkok berbelok-belok

Celorong-celoreng (bkn baju askar) yg coraknya berupa palitan berbagai-bagai warna yg kehijau-hijauan.

Celus-celas keluar masuk

Cengkok-beledok bengkang-bengkok

Cengkung- mengkung sangat cengkungCengkung-cengking bermacam-macam bunyi (spt bunyi anjing), dengkung-dengking.

Centang-perenang tidak bersusun (beraturan), lintang-pukang

Cerai-berai 1. berpisah-pisah (berselerak, berpecah-pecah) ke sana sini (dgn tidak tentu arah), porak-peranda; 2. berpisah drpd bersatu sbg suami isteri, putus pertalian sbg suami isteri;

Ceruk-meruk bermacam-macam ceruk

Cirit-birit sakit terberak-berak;

Cobak-cabik cabik-cabik, koyak-koyak, robak-robak

Cola-cala omong (cakap) kosong, borak.

Comot-momot sangat kotor

Compang-camping koyak-koyak (bkn kain, baju, dll), cabik-cabik, cobak-cabik

Condak-candik tidak teratur (tersusun), congkah-cangkih

Congak-cangit mendongak dan menundukkan muka berkali-kaliConget-cakdung

Conggang-congget turun naik (punggung dll) sewaktu berjalan dll

Congkah-congkih tidak teratur (spt mencuar ke sana sini, tinggi rendah, dll), tidak keruan, tidak tentu hala

Congkah-mangkih tidak teratur (spt mencuar ke sana sini, tinggi rendah, dll), tidak keruan, tidak tentu hala

Conggak-bongkak

Page 3: KATA GANDA Berentak (Maksud)

Congkar-cangkir tidak keruan, congkah-cangkih

Copak-capik (berjalan) pincang

Corat-coret gambar yg dilukis secara kasar dgn garis-garis, gambar yg jangan tidak sahaja rupanya (spt karikatur, sketsa, peta lakar, dll);

Coret-moret

Coreng-moreng penuh dgn coreng

Cucu-cicit keturunan

Culang-caling tidak keruan, tidak teratur

Cungap-cangip cungapan terngap-ngap, terengah-engah

Curu-bura bercura-cura mengeluarkan kata-kata keji

Daga-dagi berbagai-bagai perbuatan menentang perintah

Dakwa-dakwi berbagai-bagai aduan (tuntutan, tuduhan)

Dansa-dansi menari-nari cara Barat, menari berbagai-bagai jenis tarian Barat

Dayung-mayung berbagai-bagai jenis dayung

Decuh-decah bunyi air (cecair) berkocak

Debak-debuk bunyi debak berkali-kali (spt orang bertumbuk, buah-buahan atau barang-barang jatuh dsb)

Degap-degup bunyi degap berulang kali

Dekak-dekuk berbunyi spt bunyi orang berjalan memakai terompah

Dekuk-dekah

Dengkang-dengkol bengkang-bengkok (tangan, pokok, dll).

Dentam-dentum bunyi dentam yg berulang-ulang

Derak-derik bunyi derak berulang kali

Deram-derum bunyi deram yg berulang kali

Desas-desus suara orang berbisik-bisik: dr lorong yg gelap itu terdengar ~ dua orang berbisik-bisik; 2. khabar angin, cakap-cakap orang (yg belum sah): kedua-duanya sudah sepasang, sejodoh, demikian ~ orang;

Desus-desis

Dolak-dalik (cakap atau pendirian yg) tidak tetap atau selalu bertukar-tukar, cakap berbalik-balik;

Page 4: KATA GANDA Berentak (Maksud)

Engkap-engkip turun naik (spt rumput dipijak); ~ bagai rumput di tengah jalan prb hidup merana kerana sakit atau miskin.

Erang-erot tidak lurus, herot-berot, bengkang-bengkok

Gedak-geduk bunyi gendang, tong berantukan

Gedebak-gedebur bunyi spt buah-buahan gugur (kaki dihentak ke tanah, jantung yg berdenyut keras)

Gedebang-gedebung bunyi spt bunyi orang memukul (menghentam) dinding dll.

Gelap-gelita sangat gelap

Geli-geleman jijik

Geliang-geliut gerakan berkelok-kelok spt belut dipegang kepalanya

Gembar-gembur bersorak-sorak, berseru-seru

Genjang-genjot erang-erot, menyerong-nyerong; 2. segi empat selari

Gerak-geri a) bermacam-macam gerak (badan)

Gerbang-gersul kusut tidak keruan

Gerbas-gerbus bunyi desas-desus, debas-debus

Gilang-gemilang gemilang (cemerlang) a) bercahaya sangat terang: disuluh oleh bulan purnama yg ~ -gemilang; b) sl teramat elok atau cantik (bkn rupa): ~ -gemilang cahaya muka Awang Sulung Merah Muda; c) paling baik: harapan yg ~-gemilang; hasil yg ~-gemilang.

Girap-gemirap berdebar-debar (hati).

Golak-galik berbalik-balik (yg atas ke bawah dan yg bawah ke atas, berguling-guling, tunggang balik, berputar balik

Golang-golek berbuai-buai, berayun (spt perahu, buah jam, dll)

Gopoh-gapah cepat-cepat, lekas-lekas (mengerjakan sesuatu)

Gotong-royong tolong-menolong (bantu-membantu), kerja bersama-sama:

Gual-guil mudah lepas atau tanggal (gigi dll), goyah, goyang

Guling-gantang tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; bantal ~ bantal panjang yg bulat (bantal golek);

Gulung-gemulung bergulung-gulung

Gundah-gulana duka dan lesu, duka lara

Gunung-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung

Guruh-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar

Page 5: KATA GANDA Berentak (Maksud)

Hal-ehwal berbagai-bagai hal (keadaan, perkara, dll); ada ~ ada sesuatu (yg terjadi, yg akan dibicarakan, dll); ambil ~ mempedulikan; membawa ~ (masing-masing) dgn urusan sendiri-sendiri; tidak jadi ~ tidak apa-apa (tidak keberatan dll)

Halai-balai a) kacau-bilau, kusut (tidak ketahuan); b) tidak terpelihara (terselenggara, terbela, dll), terlantar, terbiar

hancur-mumur

hanyur-penyur terlalu hanyir

haru-biru haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan

herot-benyot terlalu herot

herot-berot terlalu herot

hina-dina orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata;

hingar-bingar sangat bising, riuh-rendah, hiruk-pikuk;

hiru-biru kebisingan, kekacauan, kerusuhan

hiruk-pikuk keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara

hulu-hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal;

huru-hara 1. dlm keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yg aman akan ~ akibat hasutan drpd anasir-anasir komunis; 2. dlm keadaan kelam-kabut (tidak keruan dsb): dia bimbang kalau diisytiharkan pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dgn tidak tentu tujuan: janganlah ~ ke sana ke mari dgn kawan-kawan pd waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dlm tahun 1990-an;

huyung-hayang bergerak-gerak (bergoyang-goyang dsb) ke kiri dan ke kanan (spt orang mabuk dsb): petinju itu ~ apabila kena tumbukan yg kuat drpd lawannya; berjalan ~ berjalan (tetapi) spt hendak rebah (tidak tegak tubuh).

Inca-binca kacau-bilau, tidak tentu hala.

Incang-incut tidak lurus, bengkang-bengkok, tempang (kerana tidak sama panjang kaki pd kerusi, meja, dll): kerana dia baru belajar menggunakan mesin jahit, jahitannya ~-incut dan tidak senonoh rupanya

Inggang-inggung bergoyang, bergoncang.

Ipar-duai saudara pupu kpd suami atau isteri;

Ipar-lamai saudara pupu kpd suami atau isteri;

Jangkih-mangkih tidak teratur, tidak keruan, jongkang-jangking.

Page 6: KATA GANDA Berentak (Maksud)

Jari-jemariJelur-jelir menjelir berkali-kali.

Jendal-jendul bengkak-bengkil, berbenggil-benggil, berbencol-bencol.

Jenggar-jenggur cepat besar (anak, binatang, tumbuhan), terlampau besar.

Jengkang-jengkot berjalan tempang, capik;

Jerah-jerih sangat jerih

Jongkang-jongking berceranggah, congkah-cangkih

Jongkang-jongket a) turun naik (papan, lantai rumah, dll) apabila dipijak; b) = permainan ~-jongket sj permainan kanak-kanak (terdiri drpd papan panjang bergandar di tengah dan kedua-dua hujungnya boleh turun naik);

Jongkar-jongkir jongkang-jangking, conggah-canggih;

Julur-jalar keluar masuk, pergi balik

Jungkat-jungkit bergerak turun naik

Kacau-bilau sangat kacau, kacau-becah, kacau-bicau, kacau-birau, kacau-balau;

Kahwin-mawin a) segala urusan kahwin; b) pertalian keluarga kerana pernikahan;

Kalang-kabut a)kelam-kabut; b) tidak tentu fikiran (binggung).

Kalut-malut kacau-bilau (kelam-kabut), kalut-marut

Karut-marut a) sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala; b) terlalu bohong atau dusta (bkn kata-kata dsb);

Kasak-kasik (kusut) bisik-bisik, desas-desus

Kaya-raya kaya sekali (besar), sangat kaya

Kayu-kayan serba jenis kayu, bermacam-macam jenis kayu;

Kebas-kebus bunyi kain dll dikibas (dikibar keras-keras);

Kebat-kebit tidak pernah diam (selalu bergerak, bekerja, dll).

Kecah-becah kacau-bilau, halai-balai;

Kecuh-kecah sangat sibuk (ketika melakukan sesuatu), terburu-buru, tergesa-gesa, terkocoh-kocoh

Kelak-keluk a) keluk-keluk; b) ki selok-belok.

Kelak-kelik Kelip-kelipKelam-kabut tidak keruan, kacau, tidak tentu arah

Page 7: KATA GANDA Berentak (Maksud)

Keluh-kesah 1. kata-kata dsb yg melahirkan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan;

Kelusuh-kelesah sangat gelisah.

Kelut-melut kalut, kacau-bilau, kusut, tidak keruan

Kembang-kempis turun naik (dada seseorang) ketika bernafas, berdebar-debar, terengah-engah

Kenduri-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri;

Kenyat-kenyut berdenyut-denyut, kemut-kemut

Kerak-kerik / Kerak-keruk bunyi spt bunyi mengeruk-ngeruk periuk (kuali dll).

Keras-makas/ Keras-mangkas

terlalu keras (bkn buah-buahan

Kercap-kercip bunyi orang mengecap masakan (makanan).

Kerdam-kerdum bunyi kuat yg bergema (spt bunyi barang berat terhempas

Keriang-keriut bunyi spt bunyi pintu buruk (atau yg ketat engselnya) dibuka dan ditutup, berbunyi ‘kiat-kiut’.

Kering-kontang kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll);

Kerobak-kerobek a) cabik-cabik, koyak-koyak; b) berparut-parut, bopeng

Keropas-kerapis a) bermacam-macam barang kecil yg tidak ada nilainya; b) membuat kerja-kerja kecil (yg tidak berapa berguna).

Kerung-kerang bunyi spt bunyi pinggan mangkuk berhantukan dgn kuat atau barang keras digoncangkan di dlm tin.

Kesap-kesip kedip-kedip, kelip-kelip (mata).

Ketuk-ketak

Kibang-kibut kelibang-kelibut, berlarian (bergerak) dgn tidak berketentuan arah.

Kicak-bicau bunyi burung murai;

Kilau-kemilau bercahaya gemerlap, bercahaya berkilap

Kobar-kabir suka mengata-ngata atau mempercakapkan hal orang dll.

Kocah-kacih selalu sahaja membuat berbagai-bagai kerja, sangat sibuk.

Kolang-kaling a) (bergerak) ke atas ke bawah (turun naik); b) ulang-alik, berbalik-balik

Kontang-kanting terbuai-buai, terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang)

Kopak-kapik sangat buruk (kerana banyak bahagiannya yg rosak, pecah, kemik, dll):

Page 8: KATA GANDA Berentak (Maksud)

Koreng-moreng bertanda dgn berbagai-bagai coreng; 2. kudis;

Kosak-kasik a) bunyi benda dll yg bergeseran (bergerak-gerak, berengsot-engsot, dll); b) kerap bergerak-gerak (bergeser-geser dll).

Kuih-muih bermacam-macam jenis kuih;

Kumat-kamit bergerak-gerak bibir (spt orang membaca doa dgn tidak bersuara, bercakap sendirian

Kusut-masai / Kusut-musut

sangat kusut

Lalu-lalang Berulang-alik

Lambat-laun lama-kelamaan, akhir-akhirnya

Lauk-pauk bermacam-macam lauk; 2. Br ikan hidup

Lekak-lekuk tidak rata dan tidak lurus, tinggi rendah dan bengkang-bengkok

Lekuh-lekah bunyi orang batuk (nafas yg kencang dsb).

Legam-legum bunyi spt bunyi tembakan meriam dll, degum-degam.

Lempang-pukang tidak menentu atau bersusun (letak sesuatu benda dll).

Lentam-lentum bunyi spt bunyi meriam, bunyi yg kuat, dentam-dentum

Lentang-lentung bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulang-ulang, bunyi berdentang-dentang.

Lentang-lentok terkulai lemah, tidak tegak, melentok.

Liang-liuk berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dll):

Licin-licau licin sekali

Lintang-pukang ) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang;

Lintang-kedak tidak teratur (le_Dtak sesuatu dll);

Lopak-lapik tidak tetap, kacau, kelam-kabut.

Luntang-lanting terbuai-buai ke sana sini

Luntang-lantung merayau, berjalan ke merata tempat, menganggur (tidak bekerja);

Mandi-manda . berenang-renang di laut utk bersuka-suka:

Masak-mangsai membuat lauk-pauk (kuih-muih dll)

Merang-merang tangkai padi yg sudah kering.

Page 9: KATA GANDA Berentak (Maksud)

Mercak-mercik memercik-mercik.

morat-morit tidak teratur, kucar-kacir, kacau-bilau, tidak keruan.

muda-mudi belum tua (orang dll), masih remaja:

mundar-mandir pergi balik, berulang-alik, hilir mudik

musuh-masah berbagai-bagai musuh

Olak-alik berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll);

Olang-aling terayun-ayun atau tergoyang-goyang;

Onyah-anyih tidak lekas-lekas membuat kerja, malu-malu, segan-segan.

Orak-arik kacau-bilau.

Penat-lelah jerih penat;

Piat-piut anak cucu atau keturunan yg sudah terlalu jauh.

Pincang-pincung tidak teratur (perjalanannya);

Pindah-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll);

Piuh-pilin putar balik (percakapan dll), tipu helah;

Piut-miut keturunan yg sudah jauh;

Polang-paling berpusing-pusing dan berubah-ubah arahnya (bkn angin).

Pontang-panting bertaburan di sana sini, berselerak, kucar-kacir; 2. berlari tunggang-langgang (lintang-pukang); 3. berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, bangun tergesa-gesa;

Porak-peranda kacau-bilau, kucar-kacir, morat-marit

Porak-parit cerai-berai, berserak;

Punah-ranah binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah:

Raba-rabu tergesa-gesa (ke sana ke mari).

Remeh-temeh tidak mustahak, tidak penting, tidak berharga:

Rempah-pawabRempah-piahRempah-ratus

berbagai-bagai macam rempah

Rempang-rempong luka-luka (badan), koyak-rabak (pakaian).

Page 10: KATA GANDA Berentak (Maksud)

Remuk-rendam hancur (pecah) menjadi kecil-kecil, hancur luluh (larut), hancur berkecai-kecai

Riuh-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk;

Robak-rabik koyak-koyak, sangat robek (tikar, permaidani, dll).

Robat-rabit robak-rabik;

Ropak-rapik berserak-serak, berantakan, bongkar-bangkir.

Rumput-rampai berbagai-bagai jenis rumput, banyak jenis rumput;

Runggu-rangga berhujung-hujung tajam (tanduk rusa dll), bercerancang.

Safan-safa habis licin sama sekali, melawas:

Saki-baki (segala) sisa.

Sambur-limbur bercampur baur (kerana terlalu ramai dll).

Sara-bara kacau-bilau, kelam-kabut, tidak keruan

Saudara-mara orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak

Sayur-mayur bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur

Sebab-musabab berbagai-bagai sebab

Sedu-sedan suara yg terputus-putus atau timbul tenggelam (kerana lama menangis dll)

Segar-bugar nyaman dan sihat (badan), tidak berpenyakit, cergas

Selang-seli saling berganti, berganti-ganti, lepas satu yg lain pula

Senda-gurau kelakar, jenaka, olok-olok, seloroh

Senget-benget tinggi rendah, tidak sama (permukaan)

Semak-samun tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar

Serak-serik bunyi spt bunyi orang menggosok lantai dll.

Serak-seruk bunyi spt bunyi orang menggosok lantai dll.

Serba-serbi segala macam, segala-galanya

Serbah-serbih tidak kemas (pakaian dll).

Serembah-serembih berlebihan atau bercucuran (air mata):

Serta-merta sebaik sahaja

Page 11: KATA GANDA Berentak (Maksud)

Seruh-serah bunyi spt bunyi orang berjalan dgn mengheretkan kakinya.

Sidik-midik siasatan (pemeriksaan yg teliti sekali);

Silang-pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang

Silang-siur bersimpang-siur (jalan raya dll), simpang-menyimpang, saling merintangi; 2. hilir mudik (kenderaan dll), bersimpang-siur;

Simpang-siur terlalu banyak dan silang-menyilang (jalan raya, kawat telefon, dll); 2. terlalu banyak liku-likunya (jalan), berliku-liku

Sinar-seminar mengeluarkan cahaya yg gilang-gemilang, memancar-mancar;

Sinau-seminau bersinau-sinau bersinar-sinar (cahaya), berkilau-kilau.

Sorak-sorai bunyi teriak dan pekik orang ramai (kerana gembira, mengejek, dll):

Suku-sakat sama asal keturunannya, sama sukunya, seketurunan

Sulat-sulit tidak tersusun rapi (gigi), jerongkah.

Susup-sasap menyorok (masuk) ke sana ke mari

Susur-galur salasilah keturunan, asal usul (seseorang atau sesuatu);

Suling-daling tunggang-langgang, tunggang-balik;

Taking-takik toreh yg agak dalam pd pokok (kulit pokok dll), takuk, gubang:

Takuh-takah berbagai-bagai takik, tidak rata;

Tali-temali bermacam-macam tali di kapal (perahu); ~ tudung a) tali yg diikatkan ke dagu; b) jambang yg nipis sampai ke bawah dagu;

Tanah-tanih segala macam tanah;

Taram-temaram tidak berapa terang, suram (bulan, bintang, muka), agak redup:

Tayum-temayum masa matahari terbenam.

Teka-teki menebak, menduga, mengagak

Tengung-tenging lalai akan kewajipan (tanggungjawab dll), pangling.

Terang-benderang terang sekali

Tetek-bengek segala perkara yg kurang penting atau tidak berguna.

Tikai-pangkai selisih, beza:

Tindak-tanduk segala tingkah laku (perbuatan, kelakuan);

Tiris-miris bocor (atap, perahu, bekas air, dll)

Page 12: KATA GANDA Berentak (Maksud)

Tulang-temulang seluruh tulang dlm tubuh;

Tumpah-ruah tumpah banyak-banyak;

Tunggang-langgang berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang;

Tunggang-tenggang berlari pontang-panting (lintang-pukang);

Tungkus-lumus asyik atau teruk mengerjakan sesuatu

Turun-temurun berpindah-pindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya, drpd nenek moyang turun kpd anak cucu dll

Ulang-alik kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir

Ulang-aling bolak-balik, mundar-mandir, ulang-alik; b) tidak tetap letaknya (perahu dipukul gelombang dll), terumbang-ambing;

Umbang-ambing menggerak-gerakkan turun naik (kapal dibuai ombak dll), mengapung-apungkan turun naik; 2. ki menjadikan tidak tenang (fikiran dll), menjadikan bergelora (perasaan)

Unggang-unggit bergerak-gerak (tergoyang-goyang) turun naik, jungkat-jungkit.

Unggat-unggii bergerak-gerak turun naik, jungkat-jungkit.

Ungkang-ungkit unggang-unggit.

Warna-warni berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan warna-warna lain):