modul pembugaran kendiri - philosophia … · web view* ungkapan menarik : peribahasa, pantun,...

26
SEMINAR Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 Sijil Pelajaran Malaysia Prawacana Item Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Peruntukan masa 45 minit 90 minit Bilangan perkataan 200 hingga 250 pp Lebih 350 pp Bilangan muka surat 2 halaman 4 halaman Bilangan Perenggan 5 perenggan 7 perenggan Bilangan isi 3 isi 5 isi Jumlah markah 30 markah 100 markah Kriteria Penskoran Karangan Bahagian A PERINGKAT MARKAH KRITERIA Cemerlang 26 – 30 (28 – 30) (26 – 27) Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat serta sesuai. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik dan tepat serta sesuai. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. Kepujian 20 – 25 (23 - 25) (20 – 22) Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas. 1

Upload: truongnguyet

Post on 09-Apr-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

SEMINARBahasa Melayu Kertas 1 dan 2

Sijil Pelajaran Malaysia

PrawacanaItem Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B

Peruntukan masa 45 minit 90 minitBilangan perkataan 200 hingga 250 pp Lebih 350 ppBilangan muka surat 2 halaman 4 halamanBilangan Perenggan 5 perenggan 7 perengganBilangan isi 3 isi 5 isiJumlah markah 30 markah 100 markah

Kriteria Penskoran Karangan Bahagian APERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang 26 – 30

(28 – 30)

(26 – 27)

Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan

tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat serta sesuai.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik dan tepat serta sesuai.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.

Kepujian 20 – 25

(23 - 25)

(20 – 22)

Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan

tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

Memuaskan 15 – 19

(17 - 19)

(15 – 16)

Karangan masih menepati tema bahan rangsangan. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.

Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum.

Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.

Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.

KurangMemuaskan

10 – 14

(12 - 14)

Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan. Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.

Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih

1

Page 2: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

(10 – 11)mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad (Ayat yang pendek)

Wacananya kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.

Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas.

Pencapaianminimum

01 – 09

(06 - 09)

(01 – 05)

Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.

Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat. Idea kurang menepati tema bahan rangsangan.

SKRIP CONTOH 1:

Mafhum daripada sepotong hadith Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud,”Jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit.” Hadith ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan. Kesihatan merupakan kurniaan Allah yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita mengurus kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Justeru itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Asas kepada kehidupan yang sihat bermula daripada pemakanan. Oleh itu, untuk menjalani kehidupan yang sihat, pemakanan seimbang perlu diamalkan. Pematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan serta mengurangkan pengambilan gula, lemak dan makanan ringan. Sebaik-baiknya, makan di restoran atau kedai makan perlu dielakkan. Hal ini kerana, kandungan yang terdapat dalam makanan tersebut tidak pasti asal usulnya. Berkemungkinan juga makanan tersebut datang daripada sumber yang kotor seterusnya meninggalkan impak yang tidak sihat kepada tubuh badan.

Tubuh yang sihat juga mampu dizahirkan melalui aktiviti bersenam dan bersukan. Sebaik-baiknya, aktiviti bersukan dan bersenam dilakukan pada setiap petang. Namun jika tuntutan kerja tidak membenarkan bersukan pada setiap petang, apalah salahnya bersenam empat kali dalam seminggu. Janganlah kerja yang membukit dijadikan alasan. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Selain itu, ahli keluarga boleh dijadikan nukleus untuk bersama-sama melakukan senaman. Banyak jenis senaman yang boleh dilakukan termasuklah berlari, tai-chi dan aerobik. Namun begitu, menanam pokok bunga juga merupakan senaman yang menyihatkan. Jika berkesempatan, senaman boleh dilakukan di taman atau gimnasium. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, hubungan kekeluargaan turut dipereratkan.

Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan untuk melengkapkan grafik penjagaan kesihatan seharian. “Meminta pada yang ada, bertanya pada yang tahu”. Oleh itu, doktor boleh dijadikan medium yang penting bagi mendapatkan tahap kesihatan semasa diri. Dalam pada itu, kehadiran kita ke klinik atau hospital membolehkan kita menambah pengetahuan yang sedia ada. Apa tidaknya? Berjuta-juta maklumat yang terdapat di hospital. Terdapat juga papan tanda yang bermaklumat dan berwarna-warni dihidangkan tanpa sedikit bayaran pun yang dikenakan untuk mendapatkan maklumat. Justeru itu, mengapakah wujud sikap malas untuk bertemu doktor? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.

2

Page 3: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

Kesimpulannya, kesihatan merupakan elemen terpenting dalam kehidupan. Tanpa kesihatan yang baik, tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah kesihatan seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada satu pun barang di dunia ini boleh menandungi nikmat kesihatan pemberian Allah. Jadilah manusia yang bersyukur ke atas kurniaan Allah. Kita boleh menjadikan mafhum sepotong hadith yang menyatakan bahawa “Kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam.” Hadith ini boleh menggambarkan bahawa kesihatan manusia memainkan perana penting dalam kehidupan. Jika tiada kesihatan yang baik, maka tempanglah kehidupan. Berdoalah kepada Allah supaya dikurniakan kesihatan yang baik.

SKRIP CONTOH 2

“Badan cergas , otak cerdas.” Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat di media massa seperti majalah-majalah kesihatan, radio dan juga di institusi-institusi perubatan seperti hospital dan klinik. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.

Terdapat pelbagai cara untuk kita mengaplikasikan amalan gaya hidup sihat dalam rutin harian kita nataranya menjalani pemeriksaan kesihatan yang berkala di institusi perubatan seperti hospital. Perkara ini penting bagi menyedarkan kita tetang tahap kesihatan diri. Sekiranya kita menghidap penyakit seperti demam, selesema dan lain-lain segeralah mencari penawarnya dan pergilah ke hospital untuk mendapat rawatan. Hal ini penting bagi mengelakkan penyakit tersebut merebak kepada masyarakat yang lain. Kesimpulannya, amalan menjalani pemeriksaan secara berkala penting bagi menyedarkan kita tentang tahap kesihatan diri.

Tidur dan rehat yang mencukupi juga merupakan salah satu prakarsa bagi melestarikan amalan gaya hidup sihat. Dengan tidur serta rehat yang mencukupi secara tidak langsung akan memberikan impak yang positif kepada tubuh badan kita. Hal ini berkata demikian kerana , tubuh dan anggota badan kita akan menjadi lebih segar dan bertenaga selepas menjalani ‘ubat’ yang secukupnya. Sebagai contoh, pelajar yang tidur sekurang-kurangnya 6 jam akan mendapati badannya akan lebih segar dan ini memberikan semangat kepada pelajar tersebut ketika di sekolah. Tegasnya, tidur dan rehat yang mencukupi penting bagi seorang pelkajar kerana melalui perkara tersebutlah lahirnya pelajar yang cemerlang.

Amalan pengambilan makanan seimbang juga penting di samping bersenam dan bersukan untuk membentuk masyarakat yang sihat. Melalui pengambilan makanan yang seimbang seperti mengikut jadual piramid makanan dan diet seimbang, kita dapat menghindarkan diri daripada menghidap penyakit obesiti yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Situasi ini, perlulah ditangani dengan segera bak kata bidalan ‘mencegah lebih baik daripada merubati’. Kita perlulah mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan kita tenaga yang secukupnya seperti nasi dan roti. Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan protein juga penting kerana protein membekalkan kandungan kalsium yang tinggi untuk tumbesaran anak-anak dan juga kekuatan tulang. Konklusinya, amalan makanan secara seimbang merupakan langkah yang bijak bagi mengatasi gejala obesiti dan melahirkan masyarakat yang sihat.

3

Page 4: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

Deduksinya, amalan gaya hidup sihat ini merupakan sesuatu yang signifikan bagi melahirkan masyarakat yan bebas daripada penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kegagalan buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Perkara ini penting bagi memanifestasikan masyarakat yang sihat serta remaja yang proaktif untuk menerajui legasi kepimpinan negara agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara metropolitan yang lain. Tegasnya, tanpa amalan gaya hidup sihat ini sudah semestinya masyarakat dan remaja kita mudah dihidapi penyakit yang akan merencatkan visi dan misi negara.

Kriteria Penskoran Karangan Bahagian BPERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang 80 – 100

(90 – 100)

(80 – 89)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang sangat luas dan tepat.

Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata sangat luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan

jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Ada penegasan isi.

Pengolahan sangat menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.

Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

Penggunaan unsur bahasa bervariasi.

4

Page 5: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

Kepujian 66 – 79

(73 - 79)

(66 – 72)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis

tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan

jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai. Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan

sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang

jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata

Baik 51 – 65

(58 - 65)

(51 – 57)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. Penggunaan ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat

kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca masih betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata masih tepat. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih

jelas dan contoh masih sesuai.. Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih

sesuai. Wacana masih lengkap. Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa

dan penggunaan ungkapan masih berkesan.

Memuaskan 36 – 50

(43 - 50)

(36 – 42)

Penggunaan pelbagai jenis kata masih/kurang tepat. Ayat masih/kurang gramatis. Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang

minimum. Laras bahasa masih/kurang sesuai. Penggunaan kosa kata umum. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang

jelas dan contoh kurang sesuai.. Pengolahan kurang menarik. Wacana masih/kurang lengkap. Penggunaan unsur bahasa masih/kurang bervariasi. Gaya bahasa masih/kurang menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.

KurangMemuaskan

21 – 35 Penggunaan kata kurang tepat. Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

5

Page 6: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

(28 - 35)

(21 – 27)

Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.

Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak

seimbang. Unsur bahasa tidak bervariasi. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan

ungkapan lemah.

PencapaianMinimum

01 – 20

(11 - 20)

(01 – 10)

Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.

Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak

berkembang dan contoh tidak sesuai. Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak

seimbang dan tidak sesuai. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan

ungkapan lemah dan tidak menarik. Keseluruhan karangan sukar/tidak difahami.

* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat Al-Quran dan lain-lain.

SKRIP CONTOH

“Disiplin mengana keperibadian diri seseorang”. Disiplinlah yang menjadi indikator dalam melahirkan generasi muda yang berjaya di dunia dan di akhirat. Saya, sebagai seorang pengawas di sekolah perlulah bersama-sama dengan para guru beradu tenaga dan segala kudrat yang ada bagi merealisasikan impian pihak sekolah malah pihak kerajaan dalam membentuk murid yang berdisiplin tinggi. Impian akan tingla impian, kenangan akan terus menjadi kenangan sekiranya tiada langkah yang diimplementasikan untuk meningkatkan tahap disiplin diri dalam pelajar. Instituís pendidikan iaitu sekolah merupakan sebuah platform malah médium yang utuh bagi mendidik para pelajar kerana di sekolahlah segala-galanya bermuda. Bukan mudah untuk membentuk seorang insan yang berdisiplin kerana segala-galanya terletak pada hati individu itu. Tetapi usa haruslah dilakukan Sejas mereka kecil lagi iaitu ketika di bangku sekolah lagi. Pepatah ada menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sebagai seorang pengawas sekolah, saya akan menjadikan diri saya sebagai suri teladan kepada semua pelajar. Saya haruslah menunjukkan imej yang baik dan bersih agar mereka akan mengikut jejak langkah saya. Hal ini bukannya sesuatu yang mustahil kerana saya percaya dengan cara pendekatan ini sedikit demi sedikit perubahan dapat dilakukan. Saya juga seharusnya mematuhi segala peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Personaliti diri juga mencerminkan diri saya yang sebenar. Oleh itu, saya haruslah menjaga penampilan saya supaya sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas malah sopan. Semua aspek fizikal haruslah kelihatan sempurna untuk menjadi seorang suri teladan kepada para pelajar yang lain. Dengan cara ini, mereka akan lebih menghormati saya dan saya haruslah membimbing mereka sedaya upaya yang mungkin. Ada hadis pernah menyebut “untuk rasa dihormati, kita haruslah belajar menghormati orang lain”. Kata-kata ini telah

6

Page 7: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

mengajar saya untuk menanamkan sikap positif dalam diri saya. Angkuh, sombong, riak dan takbur, ini merupakan sikap-sikap yang sewajarnya dibendung daripada diri saya. Belajar menghormati para pelajar lain adalah sesuatu yang mudah dilaksanakan oleh saya dengan adanya sifat keprihatinan terhadap para pelajar yang lain. Oleh itu, tanggungjawab sebagai seorang pengawas adalah sangat berat dan tidak boleh dipandang remeh. Saya perlu menjadikan diri saya seorang pemimpin yang cemerlang. Saya dipimpin oleh para guru untuk memimpin rakan-rakan saya yang lain.

Tambahan pula, dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pengawas saya haruslah bersikap adil dan saksama. Saya tidak boleh menjadi seorang yang pemecah amanah sesungguhnya itulah golongan munafik yang dilaknati oleh Tuhan. Saya haruslah mempunyai pegangan yang kuat serta tegas dalam melaksanakan tanggungjawab saya itu. Contohnya, sekiranya terdapat pelajar yang melanggar peraturan sekolah seperti datang lewat ke sekolah ataupun terlibat dalam apa-apa pergaduhan yang serius, saya tidak bersubahat dengan mereka. Sekiranya mereka mengugut saya untuk mendiamkan diri agar tidak memberitahu guru tentang hal tersebut dengan cara memberikan wang ataupun merekas memeras ugut saya, itu tidak akan menjadi penghalang untuk saya terus melakukan tugas saya dengan penuh berdedikasi. Saya juga perlu bersikap adil dengan cara tidak menutup kesalahan yang telah dilakukan oleh teman-teman rapat saya. Mereka harus faham tugas saya sebagai seorang pengawas sekolah adalah sangat sukar dan memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.

Di samping itu, sekolah juga merupakan pentas utama yang mempunyai para guru yang menunjangi ilmu pendidikan dalam diri para pelajar. Maka, hubungan kerjasama antara guru dan para pelajar adalah sangat penting dalam memberikan impak yang besar kepada mereka. Ini jelas memperlihatkan bahawa sebagai seorang pengawas saya harus mempunyai hubungan yang baik dengan para guru. Nilai kerjasama perlu wujud antara kami. Ini dapat dilihat dengan cara saya perlu memberikan kerjasama yang total kepada para guru dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Saya haruslah memberikan laporan segera kepada guru disiplin tentang kes-kes salah laku pelajar yang boleh menyebabkan nama baik sekolah tercemar. Saya tidak boleh membiarkan hal itu begitu sahaja. Kes-kes berat seperti membuli, merokok dan mencuri harta benda sekolah haruslah dikenakan tindakan yang tegas kepada pelajar yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan adalah sebagai pengajaran dan amaran agar para pelajar tidak akan sama sekali ulangi kesalahan mereka. Jika hal ini dibiarkan ini akan menjadi suatu aktiviti yang merupakan kelakuan yang sudah sebati dalam sanubari mereka. Oleh itu, kerjasama kedua-dua belah pihak adalah penting. Sesuatu itu tidak akan berjaya dicapai sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang bertepuk tangan. Saya dan para guru haruslah bersikap bagai aur dengan tebing agar hal ini dapat dibendung dengan kadar yang segera. Hal ini akan memberikan impak yang besar kepada para pelajar untuk tidak mengulangi perbuatan mereka itu.

Selain itu, sebagai seorang pengawas juga saya mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan. “Soft skills” adalah sesuatu perkara yang amat penting. Menegur kesalahan orang lain adalah suatu tugas yang amat berat kerana saya bimbang kalau-kalau saya juga yang melakukan kesalahan yang sama tanpa menyedarinya. Oleh itu, kemahiran komunikasi adalah penting sebagai seorang pemimpin pelajar. Cara saya bertutur akan menjadi daya penarik kepada rakan-rakan saya yang lain. Saya juga tidak boleh bertutur dengan mereka secara kasar, hal ini demikian kerana ini akan menggoreskan hati mereka malah menimbulkan sifat benci dalam diri mereka. Pendekatan melalui komunikasi merupakan cara yang paling proaktif kerana manusia saling berhubung antara satu sama lain. Ini dapat memudahkan lagi proses pembentukan sahsiah diri para pelajar dengan baik dan berkesan.

7

Page 8: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

Konklusinya, disiplin merupakan sesuatu asas kecemerlangan dalam diri setiap individu. Tanpa disiplin yang tinggi kejayaan tidak dapat dikecapi dalam hidup. Pelajar yang cemerlang lahir daripada disiplin yang begitu teguh dalam jiwa dan sanubari mereka. Saya akan terus-menerus membantu pihak sekolah dalam meneruskan lagi agenda ini. Setiap pelajar haruslah bangun daripada igauan mimpi mereka dan berpijak pada bumi yang nyata bahawa tanpa disiplin mereka tidak akan dipandang tinggi oleh sesiapapun. Mereka merupakan generasi muda yang bakal memimpin negara kita, Malaysia pada suatu hari nanti. Modal insan yang cemerlang adalah peneraju utama negara kita kelak. Disiplin juga mencerminkan diri kita. Disiplin merupakan kayu pengukur seseorang individu itu. Marilah kita bersama-sama menggembleng segala kudrat untuk melahirkan para pelajar yang berdisiplin yang bakal membawa nama baik Malaysia dijulang di seantero dunia. Sesungguhnya, disiplin asas kejayaan hidup.

CONTOH HURAIAN PERENGGAN:

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk. bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk = TUGASAN Contoh Perenggan 4 Unsur Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja . Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja. Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga = ISI UTAMA elemen = KOSA KATA MENARIK

8

Page 9: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

Sehubungan itu = PENANDA WACANA ibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIK Selain itu = PENANDA WACANA rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIK Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja = AYAT CONTOH Sejajar dengan itu = PENANDA WACANA Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja. = AYAT PENEGAS

PANDUAN MENJAWAB BAHASA MELAYUKERTAS 2

SOALAN 1: RUMUSAN• Markah penuh 30 dibahagikan kepada:

Isi - 20 markahBahasa - 10 markah

Panduan mengira perkataan

• Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:- nama khas (Kota Bharu)- perkataan berulang/kata ganda (cara-cara)- penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas)- tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran (Yang Amat Berhormat)

• Jawapan calon akan diperiksa setakat 120 perkataan sahaja, yang selebihnya tidak akan diperiksa.

• Isi yang tepat dan lengkap sahaja akan diberi markah.

1. MULAKAN RUMUSAN DENGAN Petikan membincangkan…2. JANGAN ADA PERKATAAN tentang SELEPAS Petikan membincangkan…3. Sinonim perkataan selepas tentang dalam soalan

Contoh sinonim:• kesan/akibat/implikasi• langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha/strategi• masalah/halangan/kekangan• faedah/kepentingan/manfaat/• kebaikan/keistimewaan• Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab• Tujuan/matlamat/objektif

9

Page 10: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

• Ciri-ciri/kriteria

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Rumus:Subjek + sinonim + tema + sasaran + lokasi

Subjek : Petikan membincangkanSinonim : langkah-langkah menanganiTema : masalah disiplinSasaran : dalam kalangan muridLokasi : di sekolah

Contoh Pendahuluan:Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah disiplin dalam

kalangan murid di sekolah.

Kaedah Penandaan Isi Tersurat:

Pada masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah.

Untuk menangani masalah ini, kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin. Sehingga penghujung tahun 2004, sebanyak 250 pendapat awam diterima di samping ratusan aduan yang dikategorikan dalam masalah salah laku murid. Tindakan lain yang diambil oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Dengan cara ini, Kementerian Pelajaran akan mendapat maklumat tentang masalah disiplin dengan lebih tepat. Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid . Selain itu, maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab.

Bagi menangani masalah disiplin yang berat, pihak sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis. Sekiranya perlu, pihak polis dibenarkan untuk menahan murid yang berada di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan . Kementerian Pelajaran telah mengingatkan pihak sekolah bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib jika menyembunyikan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing. Hal ini demikian kerana Kementerian Pelajaran menerima laporan bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah terutamanya sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka.

Sebenarnya masalah disiplin yang berlaku ini boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada seperti mengenakan hukuman rotan, denda, gantung sekolah dan buang sekolah. Namun demikian, sebelum hukuman dikenakan, setiap kes itu mestilah disiasat puncanya terlebih dahulu. Tindakan ini diambil supaya kita dapat berlaku adil kepada murid tersebut kerana ada

10

Page 11: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

murid yang melakukan kesalahan disiplin semata-mata kerana ingin akan perhatian dan mereka sebenarnya bukan penjenayah. Kita akui bahawa masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem pendidikan. Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan Kementerian Pelajaran melaksanakan peranan masing-masing. Dengan itu, akan tercapailah hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Contoh Penulisan Isi Tersurat:

Antaranya ialah Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin (S1). Kementerian Pelajaran juga membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah (S2). Seterusnya Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid (S3). Maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab (S4). Sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis (S5). Masalah disiplin boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada. (S8)

Kaedah Menulis Isi Tersirat:

Rujuk Tugasan Soalan Bahagian 2:Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Kesan masalah itu kepada negara ialah...

T1 Pelaburan negara dalam bidang pendidikan tidak setimpal dengan hasil yang diperoleh

T2 Menjejaskan matlamat negara untuk melahirkan warganegara yang baikT3 Guru mengambil masa yang banyak untuk mengendalikan masalah disiplinT4 Kejadian jenayah meningkatT5 Imej negara terjejas di mata duniaT6 Pembangunan negara tidak seimbangT7 Amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat

Contoh Isi Tersurat:

Kesan masalah itu kepada negara ialah kejadian jenayah akan semakin meningkat (T4) dan imej negara pula akan terjejas di mata dunia (T5). Selain itu pembangunan negara menjadi tidak seimbang (T6) dan amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat (T7).

[Anda boleh menyenaraikan 4 isi tersirat seperti yang di atas asalkan jumlah perkataan keseluruhan tidak melebihi 120 patah perkataan]

Panduan Menulis Kesimpulan:

11

Page 12: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

{Saranan] + [Harapan]

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani masalah disiplin supaya kita dapat mewujudkan sebuah negara yang sejahtera.

Contoh Rumusan Yang Lengkap

Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah.

Antaranya ialah Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin. Kementerian juga membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Seterusnya Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid. Maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab. Sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis. Masalah disiplin boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada

Kesan masalah itu kepada negara ialah kejadian jenayah akan semakin meningkat dan imej negara pula akan terjejas di mata dunia. Selain itu pembangunan negara menjadi tidak seimbang dan amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat.

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani masalah disiplin agar kita dapat mewujudkan sebuah negara yang sejahtera.

(120 patah perkataan)

Soalan 2: PEMAHAMAN

Jenis Soalan : Maksud Rangkai Kata

(i) Berikan maksud rangkai kata sekolah yang berstatus elit. [2 markah]

Rujuk kepada petikan:Hal ini demikian kerana Kementerian Pelajaran menerima laporan bahawa terdapat

pihak pentadbir sekolah terutamanya sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka.

Skema:- Sekolah-sekolah ternama/sekolah yang dikhususkan kepada pelajar-pelajar pintar- Sekolah hebat

Contoh jawapan:Maksud rangkai kata tersebut ialah sekolah yang ternama

12

Page 13: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

Jenis Soalan : Analisis Petikan

(ii) Apakah peranan pendidikan di negara kita? [3 markah]

Rujuk kepada petikan:Pada masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan

pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah.

Skema:- Menentukan hala tuju negara- Melahirkan pemimpin yang berwibawa- Melahirkan pemimpin yang kental jati diri- Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

Antara peranan pendidikan di negara kita ialah dapat menentukan hala tuju negara. Seterusnya, pendidikan berperanan dalam melahirkan pemimpin yang berwibawa. Selain itu, pendidikan juga berperanan dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber dan kental jati diri.

Jenis Soalan : KBKK

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah? [4 markah]

Skema:- Mewujudkan hubungan baik- Pelajar rasa dihargai- Pelajar mendapat perhatian- Maklumat pelajar dirahsiakan- Pelajar ada tempat mengadu- Pelajar dibantu untuk menyelesaikan masalah

Pada pendapat saya, pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah kerana melalui kaunseling hubungan baik dalam kalangan pelajar dapat diwujudkan. Selain itu, pelajar akan berapa diri mereka dihargai kerana masalah mereka mendapat perhatian daripada guru. Seterusnya pendekatan kaunseling juga membolehkan guru-guru membantu menyelesaikan masalah pelajar berkenaan secara rasional. Tambahan pula, pelajar akan rasa dihargai dan ini dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah.

13

Page 14: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Soalan 3 (a) : Membina AyatPeringatan:1. 1 markah setiap ayat yang betul2. Memberi makna dan tepat maknanya, 1 markah3. Kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca tolak ½ markah bagi keseluruhan soalan.4. Perkataan berkenaan diguna sebagai peribahasa atau nama khas, 0 markah.5. Sengaja meninggalkan/ menambah imbuhan,0 markah6. Ayat yang dibina seperti satu ayat, tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.7. Jika semua perkataan diguna dalam satu ayat, dipertimbangkan sebagai satu ayat.8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah setiap ayat

Soalan 3 (b)

Bentuk 1:Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kanak-kanak berumur lima tahun itu sungguh petah bercakap.(ii) Masyarakat kita terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa.(iii) Sektor hartanah mencatatkan perkembangan positif setelah mendapat

galakan daripada kerajaan.[6 markah]

Bentuk 2:Kenal pasti jenis-jenis ayat yang berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seru

(i) Istana di atas bukit itu cantik?(ii) Wah, hebatnya nyanyian awak malam ini!(iii) Tengoklah barang-barang antik yang baru kami beli.(iv) Para pemain bola sepak itu sedang beraksi di padang.(v) Sekarang jugakah ayah hendak membaca akhbar semalam?(vi) Dana PNB dijangka mencecahRM100 bilion tiga tahun lagi.

6 markah

14

Page 15: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

Bentuk 3:(b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.

Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan isu vandalisme.Vandalisme ialah kegiatan merosakkan harta benda awam. Perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu. Strategi itu membuahkan hasil. Strategi itu mengambil masa yang lama. Kini, timbul satu masalah baru dalam kalangan remaja. Masalah yang dimaksudkan ialah gengsterisme.

[6 markah]

Bentuk 4:Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Sakinah memberitahu Mariam bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus usahawan muda yang dianjurkan oleh kerajaan. Mariam menyokong rancangan Sakinah itu. Seterusnya, Mariam menyatakan bahawa Sakinah akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu. Sakinah melahirkan hasratnya untuk menjadi usahawan yang terkenal pada suatu hari nanti. Mariam menyatakan keyakinannya bahawa Sakinah mampu untuk mencapai cita-citanya dan mendoakan kejayaannya. Sakinah mengucapkan terima kasih kepada Mariam.

[6 markah]Bentuk 5:Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Tugas mengisi kemerdekaan akan kita pikul bersama-sama.(ii) Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di

kawasan kediaman semakin meningkat.(iii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada

minggu lepas.[6 markah]

Bentuk 6:Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i) Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya?(ii) Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.(iii) Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

[6 markah]

Bentuk 7:Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006.

(ii) Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.(iii) Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.

[6 markah]Bentuk 8:

15

Page 16: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS)

(i) Baju sutera ini untuk ibu(ii) Kuda putih itu berlari pantas.(iii) Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.(iv) Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.(v) Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.(vi) Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.

SOALAN 3 (c)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Pengguna kad pintar adalah bagi membolehkan pelajar mengakses bilik-bilik tertentu sahaja, sekaligus menjamin keselamatan kampus.

ii. Naskah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara untuk dijadikan rujukan para pengkaji.

iii. Pertandingan kaligerafi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah disertakan oleh murid-murid dari seluruh negara.

[6 markah]Teknik Menjawab:Soalan 3 (c)

(i) Sekaligus - sekali gusPengguna - penggunaan

(ii) Naskah - naskhahbertulisan - bertulis

(iii) Kaligerafi - kaligrafidisertakan - disertai

SOALAN 3 (d)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk menyediakan berbagai kemudahan di universiti-universiti tempatan.

ii. Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi untuk membolehkannya bersaing pada peringkat antarabangsa.

16

Page 17: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

iii. Penghawa dingin yang dipasang di makmal komputer sekolah itu tidak berjalan dengan baik.

[6 markah]

Teknik Menjawab:Soalan 3 (d)

(i) Menghabiskan - membelanjakanberbagai - pelbagai

(ii) Kemajuan - kemampuandemi untuk - demi

(iii) Penghawa dingin - pendingin hawaberjalan - berfungsi

SOALAN 3 (e)Peringatan

1. Peribahasa mesti lengkap dan tidak ditokok tambah.2. Kesalahan ejaan atau bahasa ditolak ½ markah daripada keseluruhan.

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

i. Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangkaii. Bertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yang betuliii. Apabila menyedari bahawa kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan

berusaha untuk membetulkannya[6 markah]

Teknik Menjawab:Soalan 3 (e)

(i) Durian runtuh(ii) Berani kerana benar, takut kerana salah(ii) Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

SOALAN 4 : NOVELSoalan 4(a)

- Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari.- Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap- Berikan 2 markah untuk 1 peristiwa yang lengkap/jelas- Berikan 1 markah untuk 1 peristiwa yang kurang lengkap/kurang jelas- Markah isi maksimum 4 markah

17

Page 18: Modul Pembugaran Kendiri - PHILOSOPHIA … · Web view* Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat

- Markah bahasa maksimum 3 markah- Markah bahasa diberikan secara impression

Baik = 3 markahSederhana = 2 markahLemah = 1 markah

- Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa- Calon tidak menjawab 0 markah

Soalan 4(b)- Jawapan berdasarkan dua daripada novel yang dipelajari.- Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap- Berikan 1 markah untuk 1 konflik setiap watak dalam setiap novel- Berikan 2 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang dihuraikan dengan lengkap

dalam setiap novel- Berikan 1 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang tidak dihuraikan dengan

lengkap dalam setiap novel- Huraian tanpa menyatakan konflik berikan 0 markah- Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel)- Markah bahasa maksimum 2 markah- Markah bahasa diberikan secara impression

Baik = 2 markahLemah = 1 markah

- Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa- Calon tidak menjawab 0 markah

18