kasih sayang seorang ayah

2
KASIH SAYANG SEORANG AYAH Setelah melihat video tersebut, tidak dapat disangkal lagi bahawa kasih sayang seorang ayah tiada tolok bandingnya. Sejak kecil lagi ayahnya (Mr. Dick) berkorban dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya semata-mata untuk memberikan yang terbaik kepada anaknya (Rick). Ayahnya tidak pernah berputus asa terhadap keadaan anaknya, malah semakin berusaha untuk membantu anaknya agar mendapat kehidupan yang selesa. Walaupun anaknya cacat, si ayah tidak pernah membezakan anaknya dengan anak orang lain. Si ayah ingin memberikan hak yang sama kepada anaknya supaya anaknya berasa dihargai dan disayangi serta diterima oleh masyarakat setempat. Ini dapat dilihat dengan usahanya yang memasukkan anaknya ke sekolah biasa bagi belajar dengan menggunakan alatan komputer yang canggih serta dibantu oleh beberapa tenaga pengajar pakar yang lain. Si ayah dengan sedaya upaya membuat anaknya sebahagian daripada komuniti dengan melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan. Ini telah membuka mata ramai pihak bahawa kecacatan tidak menghalang anda daripada melakukan sebarang aktiviti sukan atau lasak. Si ayah dan anaknya bersama-sama dalam setiap acara marathon, triathlon yang memerlukan peserta berbasikal, berenang dan juga berlari. Sikap kebersamaan yang mereka amalkan sangat menyentuh hati setiap insan yang mengenali mereka dan pernah melihat mereka.

Upload: hilmias-suhail

Post on 17-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kasih sayang ayah

TRANSCRIPT

Page 1: Kasih Sayang Seorang Ayah

KASIH SAYANG SEORANG AYAH

Setelah melihat video tersebut, tidak dapat disangkal lagi bahawa kasih

sayang seorang ayah tiada tolok bandingnya. Sejak kecil lagi ayahnya (Mr. Dick)

berkorban dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya semata-mata untuk

memberikan yang terbaik kepada anaknya (Rick). Ayahnya tidak pernah berputus

asa terhadap keadaan anaknya, malah semakin berusaha untuk membantu anaknya

agar mendapat kehidupan yang selesa.

Walaupun anaknya cacat, si ayah tidak pernah membezakan anaknya

dengan anak orang lain. Si ayah ingin memberikan hak yang sama kepada anaknya

supaya anaknya berasa dihargai dan disayangi serta diterima oleh masyarakat

setempat. Ini dapat dilihat dengan usahanya yang memasukkan anaknya ke sekolah

biasa bagi belajar dengan menggunakan alatan komputer yang canggih serta

dibantu oleh beberapa tenaga pengajar pakar yang lain.

Si ayah dengan sedaya upaya membuat anaknya sebahagian daripada

komuniti dengan melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan. Ini telah membuka

mata ramai pihak bahawa kecacatan tidak menghalang anda daripada melakukan

sebarang aktiviti sukan atau lasak. Si ayah dan anaknya bersama-sama dalam

setiap acara marathon, triathlon yang memerlukan peserta berbasikal, berenang dan

juga berlari. Sikap kebersamaan yang mereka amalkan sangat menyentuh hati

setiap insan yang mengenali mereka dan pernah melihat mereka.

Banyak pengajaran yang dapat kita ambil daripada video tersebut. Antaranya

ialah kita hendaklah bersyukur dengan segala apa yang kita ada. Hargailah dan

manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya. Selain itu, kita juga perlu memberikan

didikan yang sempurna kepada anak-anak kerana itu merupakan hak mereka

sebagai langkah persediaan untuk mereka mencorak dunia mereka bagi kehidupan

generasi yang akan datang. Apa yang paling penting, kasih sayang yang dicurahkan

oleh ayah kepada anaknya tidak ternilai dan sangatlah berharga.