teks khutbah - islam.gov.my · khutbah jumaat suburkan kasih sayang, hindari permusuhan 5 pertama:...

9
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS KHUTBAH Tajuk : SUBURKAN KASIH SAYANG, HINDARI PERMUSUHAN Tarikh Dibaca : 13 MUHARAM 1441H/ 13 SEPTEMBER 2019M Disediakan oleh : Cawangan Khutbah Dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Upload: others

Post on 31-Oct-2019

70 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

SUBURKAN KASIH SAYANG, HINDARI PERMUSUHAN

Tarikh Dibaca :

13 MUHARAM 1441H/

13 SEPTEMBER 2019M

Disediakan oleh :

Cawangan Khutbah Dan Latihan

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Khutbah Jumaat Suburkan Kasih Sayang, Hindari Permusuhan

1

SUBURKAN KASIH SAYANG, HINDARI PERMUSUHAN

13 September 2019M / 13 Muharam 1441H

ه، نحمده ونستعينه مد لل إن الح سنا ومن ونستغفره ونتوب إليه، ونعوذ بالل ه من شرور أنفا مرشدا. سي ئات أعمالنا، من يهد الل ه فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له ولي

أشهد أن لا لا إلا الل ه وحده هم إله لل ورسوله، ا دا عبده يك له، وأشهد أن محم شرد وعلى آله وصحبه ومن دعا بدعوته إلى يوم الد ين. وسل م على نبي نا محم صل

قوا الل ه، أوص ا بعد، فيا عباد الل ه، ات تقوى الل ه وطاعته لعل أم كم تفلوون.يكم ونفسي ب

ڃ ڃ ڃ چ چ

ک ک گ گ گ گ

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Pada hari nyang penuh keberkatan iani, marilah kita memperteguhkan

ketakwaan kepada Alllah SWT dengan menunaikan setiap perintahNya dan

menjauhi segala laranganNya. Sesungguhnya orang yang benar-benar

bertakwa pasti akan memperoleh kebahagiaan hidup di dunia hingga akhirat.

Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka dan dilimpahi

dengan rahmat serta kasih-sayang Allah SWT.

Kasih sayang adalah asas yang paling penting untuk menggapai

keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Justeru,

marilah kita menghayati bicara mimbar pada hari ini yang bertajuk,

Khutbah Jumaat Suburkan Kasih Sayang, Hindari Permusuhan

2

“Suburkan Kasih Sayang, Hindari Permusuhan” bersempena Minggu

Rahmatan Lil ‘Alamin anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sidang Jemaah yang berbahagia,

Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Antara

bentuk rahmat yang dibawa oleh Islam ialah sikap dan perasaan kasih

sayang sesama makhluk. Justeru, semua urusan manusia sama ada

berkaitan hubungan kepada Allah SWT atau sesama manusia, Islam

menuntut umatnya mengamalkan sikap berkasih sayang. Firman Allah SWT

dalam surah al-Qasas, ayat 77:

Bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan

Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah

engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan

berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat

baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah), dan

janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi ini, sesungguhnya

Allah tidak suka kepada orang yang berbuat demikian.”

Menurut Ibn Kathir r.h., ayat ini menganjurkan supaya orang beriman berbuat

baik kepada sesama makhluk Allah SWT sebagai mana Allah SWT telah

berbuat baik kepada mereka. Kasih sayang adalah asas keadilan dan

kesaksamaan dalam hubungan sesama makhluk. Maka dengan sebab itu,

Allah SWT mengaitkan orang yang tidak mempunyai sikap rahmah sebagai

golongan yang melakukan kerosakan dan kefasadan.

Muslimin yang dirahmati Allah sekelian,

Khutbah Jumaat Suburkan Kasih Sayang, Hindari Permusuhan

3

Negara kita telah mencapai kemerdekaannya yang ke-62, seharusnya kita

menerapkan budaya saling berkasih sayang sesama warganegara dalam

usaha memajukan negara. Ini kerana, sikap saling membenci dan

bermusuhan sesama rakyat adalah tidak baik untuk pembangunan negara

dan generasi akan datang. Malah jika tidak dibendung, ia merupakan faktor

utama keruntuhan dan kejatuhan sesebuah negara.

Sebagai warganegara yang setia kepada agama, bangsa dan tanah air, kita

sepatutnya menunjukkan contoh yang mulia dengan membudayakan sikap

kasih sayang dalam kehidupan seharian. Negara kita hendaklah menjadi

contoh rujukan negara lain dengan menunjukkan rakyatnya mengamalkan

kasih sayang dalam masyarakat yang majmuk, berbilang kaum, berbagai

agama dan budaya. Sikap berkasih sayang diterapkan dalam pentadbiran

sehingga tertegaknya keadilan, dalam peniagaan sehingga tidak berlaku

penindasan dan riba, dalam hidup berjiran sehingga tidak berlaku

ketegangan dan pertelingkahan kaum.

Hadirin Muslimin yang dimuliakan,

Di bulan Muharam yang mulia ini, ayuh kita mengambil peluang meraih

semangat hijrah Nabi SAW dan para sahabat Baginda RAnhum untuk

melakukan suatu perubahan yang positif sekali gus memberikan impak yang

besar kepada agama dan umat Islam. Masih belum terlambat untuk mulakan

tahun baru 1441 Hijriah ini dengan azam yang baru iaitu untuk berhijrah ke

arah menjadi hamba Allah yang bersifat pengasih dan penyayang dalam

kehidupan seharian. Ini bertepatan dengan tema sambutan Ma’al Hijrah pada

tahun ini iaitu “Negara Rahmah, Ummah Sejahtera”.

Khutbah Jumaat Suburkan Kasih Sayang, Hindari Permusuhan

4

Menerusi al-Quran, Allah SWT telah menyatakan bahawa orang yang

berhijrah adalah orang yang mengharapkan rahmat dan kasih sayang

daripada Allah SWT. Firman Allah SWT menerusi surah al-Baqarah ayat 218:

ٴۇۈے ۓ ۓ ڭ ڭ ڭ ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ

ۋ ۋ ۅ ۅ

Bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang

yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama

Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan

(ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Para tetamu Allah yang dirahmati,

Memiliki hati yang penuh dengan kasih sayang serta berusaha untuk sentiasa

melakukan kebaikan bukanlah suatu yang mudah. Seseorang itu terpaksa

berjuang untuk mengekang ego dan menundukkan keangkuhan serta

kesombongan diri selain mengelakkan sikap mementingkan diri sendiri. Oleh

kerana itu, amalan dan sikap saling berkasih sayang sesama manusia

mendapat tempat yang mulia di sisi Islam. Imam Abu Dawud r.h dalam

Sunannya telah meriawayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amr RA,

bahawa Nabi SAW bersabda:

ماء حمن ارحموا أهل الأرض يرحمكم من في الس احمون يرحمهم الر الر Bermaksud: “Para penyayang akan dikasihi oleh al-Rahman (Allah).

Hendaklah kamu mengasihi penduduk bumi, (nescaya) kamu akan disayangi

oleh sesiapa yang ada di langit.”

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:

Khutbah Jumaat Suburkan Kasih Sayang, Hindari Permusuhan

5

Pertama: Islam adalah agama yang penuh dengan rahmat dan kasih sayang,

bukan sebaliknya.

Kedua: Kita hendaklah menyemai dan menyuburkan sikap berkasih sayang

dalam kalangan warganegara khususnya sesama Muslim.

Ketiga: Kita hendaklah berusaha menundukkan ego dan menjauhi sikap

pentingkan diri dalam usaha menerapkan kasih sayang sesama makhluk.

Marilah sama-sama kita hayati firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat

1:

ڃ ڃ ڃ چ چ ٹ ٹ

ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ

ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ٹٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٿٺ

Terjemahan: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu

yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang

menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya, Hawa), dan juga

yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan

yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta

dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan

(silaturrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati

(mengawasi) kamu.”

Khutbah Jumaat Suburkan Kasih Sayang, Hindari Permusuhan

6

اكم بما فيه من الآيات والذ كر الح كيم، بارك الل ه لي ول كم بالقرأن العظيم، ونفعني وإي ه هو ل من ي ومنكم تلاوته إن ميع العليم. أقول قولي هذا وأستغفر الل ه اوتقب لعظيم لي الس

المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات ئر ،ول كم ولسا ه هو الغفور حيم. فاستغفروه إن الر

KHUTBAH KEDUA

ين الحمد لل ه م د ،رب العال لام على سي دنا محم والس لاة بي الأمي ن والص ن، وعلى آله الن ين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين. اهر وأصحابه الط

أشهد أن ا إله إلا الل ه دا عبده ورسوله. ل يك له، وأشهد أن سي دنا محم وحده لا شر

ا قوا الل ه أم بعد، فيا عباد الل ه، ات أمركم ، واعلموا أن الل ه أمركم بأمر عظيم حق تقاته

لاة يم بالص ال كر سليم على نبي ه تعالى:والت ڄ ڃ ڄ ڄ ڄ ، فقال الل ه

ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ

د وعلى دنا محم هم صل على سي لل آا براهيم دنا إ يت على سي د كما صل دنا محم ل آ وعلى ل سيد وعلى دنا محم وبارك على سي براهيم دنا إ ا باركت على س آسي د كم دنا محم دنا ل سي ي

براهيم وعلى ين إن ك حميد مجيد.آإ م براهيم في العال دنا إ ل سي

Khutbah Jumaat Suburkan Kasih Sayang, Hindari Permusuhan

7

هم عن الخ اشدين و وارض الل ة لفاء الر حابة أجمعين، عن بقي ابعين واابي و عن الت الص ابعين ا الت ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين وارض عن .ين معهم يا أكرم الأكرم

هم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات.الل

لامة مل ك نا ك باوه دولي يڠ مها م ة والس ح وفيق والهداية والص هم أي د بدوام الت ليا والل الد ين ال مص سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ، السلطان ع ط بد الل ه رعاية

بن سلطان حاج أحمد شاه ال مستعين بالل ه. المرحوم بالل ه شاه ا

ليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، ووكذلك ك باوه دولي يڠ مها مية بنت ال مرحوم ال متوك ل على (Tunku)تونكو حاجه عزيزة أمينة ميمونة إسكندر

اج. الل ه سلطان إسكندر الح

اله ورعاياه من المؤمنين و المؤمنات ب هم احفظ علماءه ووزراءه وقضاته وعم الل حمتك راحمين . يا أرحم الر

لدنا هم اجعل ب يا الل ا، سخاء رخاء، دار عدل وإيمان، وأمن وأمان، ماليز آمنا مطمئن ئر بلاد ال مسلمين. وسا

هم أعز الإسلام والمسلمين ، ود م ر أعداءك أعداء الد ين وانصر من نصر الد ين، الل واخذل من خذل المسلمين، وأعل كلمتك إلى يوم الد ين.

يڠ منديريكن صالة سچارا برجماعه دان منونايكن زكاة ٢يا اهلل، جاديكنله كامي اورڠ

مجليس اڬام إسالم واليه ڤرسكوتوان سرتا رحمتيله ڬولوڠن ماللوءي ڤوست ڤوڠوتن زكاة

Khutbah Jumaat Suburkan Kasih Sayang, Hindari Permusuhan

8

دالم مڠاڬيهكن زكاة دواليه ڤرسكوتوان MAIWPيڠ منونايكن زكاة. جاديكنله اوسها

كميسكينن. بلڠڬوسباڬاي ساتو لڠكه يڠ بركسن باڬي ملڤسكن اصناف دري

نيا حسنة وفي الآخرة نا في الد نا آت ب ار.ر حسنة وقنا عذاب الن

عباد الل ه،

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ

ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ

يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم، واسألوه من فضله يعطكم فاذكروا الل ه العظيم والل ه يعلم ما تصنعون.ولذكر الل ه أكبر،