masrita binti mamat - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat...

22
KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENGENAI TAJUK PERSAMAAN KIMIA MASRITA BINTI MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

MENGENAI TAJUK PERSAMAAN

KIMIA

MASRITA BINTI MAMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 2: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENGENAI TAJUK

PERSAMAAN KIMIA

SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya MASRITA BINTI MAMAT (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/SARJANA/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________ ___________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PT 320 KAMPUNG TUNJONG, PM. DR. MOHAMMAD YUSOF ARSHAD BATU 5 JALAN KUALA KRAI, Nama Penyelia 16010 KOTA BHARU, KELANTAN Tarikh: 8 Mac 2004 Tarikh: 8 Mac 2004

Page 3: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

i

KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENGENAI TAJUK PERSAMAAN

KIMIA

MASRITA BINTI MAMAT

LAPORAN TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH

SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (KIMIA)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 4: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

ii

“Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………….

Nama Penyelia: PM. DR. MOHAMMAD YUSOF ARSHAD

Tarikh : 8 Mac 2004

* Sila penuhkan jika berkaitan.

Page 5: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .............................................

Nama Penulis : Masrita Binti Mamat

Tarikh : 8 Mac 2004

Page 6: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

iv

syukur ke hadratMu…….

tanpa izinMu diriku tiada di sini

tanpa hidayahMu diriku takkan dapat rahmatMu

diriku kan sentiasa berdoa

moga diriku tergolong

sebagai hambaMu yang beriman

berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah

bawakanlah diriku menuju jalan yang lurus

yakni jalan orang-orang yang Kau redhai

moga matiku dalam tauhidMu yang benar

buat yang bakal tersayang……

ma dan abah tercinta…..

kakak, abang dan adik-adik yang dikasihi…

terima kasih segala-galanya

curahan kasih sayang kalian

amat kuharapkan

sokongan dan dorongan kalian

amat kuperlukan

ku kan berusaha dan berdoa pada Ilahi

kita kan bersama di dunia dan akhirat

bahagia di singgahsana

di bawah naunganNya

itulah harapanku

Ketahuilah

Orang Yang Bijak

Adalah Orang Yang Selalu Ingat

Akan Mati

Dialah yang satu

dan Dialah yang kekal abadi

moga matiku dalam RahmatMu…

amin…………

Page 7: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

v

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim…………..

Syukur Alhamdulillah saya panjatkan pada Ilahi kerana dengan izin dan

limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan projek sarjana muda ini dalam tempoh

yang telah ditetapkan dengan baik. Selawat dan salam saya ucapkan buat junjungan

besar nabi kita Muhammad saw, keluarga baginda, para salafus soleh, para khalaf,

muslimin muslimat wa mukminin mukminat yang di Rahmati Allah sekalian.

Sekalung budi buat penyelia tesis PM Dr Mohammad Yusof Bin Arshad

selaku Ketua Jabatan Sains Dan Matematik yang sudi memberi dorongan dan

sokongan serta tunjuk ajar kepada saya di sepanjang penyelidikan tesis ini

berlangsung. Curahan pendapat dan idea dari penyelia banyak membantu saya dalam

melaksanakan projek ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan.

Ribuan terima kasih diucapkan buat Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong dan juga Penolong Akademik Sekolah

Menengah Kebangsaan Kota yang telah membenarkan kajian dibuat terhadap warga

tingkatan empat di sekolah tersebut. Tidak lupa juga terima kasih kepada Jabatan

Pendidikan Negeri Kelantan kerana telah meluluskan kajian dibuat di sekolah-

sekolah terbabit.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 8: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

vi

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengkaji kefahaman pelajar tingkatan empat

mengenai tajuk persamaan kimia. Untuk menjawab soal selidik ini, 117 pelajar dari

dua buah sekolah di sekitar daerah Kota Bharu terlibat. Instrumen kajian yang

digunakan terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A mengenai latar belakang

responden manakala Bahagian B terdiri daripada item-item yang berkaitan dengan

persamaan kimia. Data-data dianalisis secara manual iaitu menggunakan “Concept

Profile Inventory (CPI)” (Erickson,1979). Didapati masih ramai pelajar yang sukar

memahami persamaan kimia dimana idea pelajar tidak selari dengan idea saintifik.

Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian ini guru hendaklah meningkatkan pemahaman

konsep pelajar.

Page 9: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

vii

ABSTRACT

The purpose of study was to investigate Form Four pupils’ understanding of

chemical equations. In an attempt to answer this question, 117 students’ of two

schools in the district of Kota Bharu were involved. The research instrument

consisted of two sections: sections A was focused a respondents’ background and

section B consisted of several questions in the area of chemical equations. The data

were analyzed using a “Concept Profile Inventory (CPI)” (Erickson,1979). The

findings show that most pupils have difficulties in understanding of chemical

equations which are not parallel to scientific views. So, teachers should take these

findings to enhance pupils understanding the above concept.

Page 10: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

TAJUK i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN x

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Rasional Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Terminologi 11

Page 11: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

ix

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kesukaran Pelajar Dalam Membezakan

Antara Subskrip Dan Pekali 13

2.3 Pengetahuan Asas Kimia Dan Matematik 15

2.4 Kajian Tentang Persamaan Kimia 17

2.5 Kajian Luar Negara Mengenai Kefahaman

Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kimia 18

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Reka bentuk Kajian 21

3.3 Tempat Kajian 21

3.4 Sampel Kajian 21

3.5 Teknik Pengutipan Data 22

3.6 Instrumen Kajian 22

3.7 Kajian Sebenar 23

3.8 Analisis Data 24

BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 25

4.2 Analisis Keputusan Peperiksaan Responden

Pada Bahagian A 27

4.3 Keputusan Dan Analisis Data Pada Bahagian B 28

4.3.1 Analisis Responden Dalam Menulis Cas Ion 28

4.3.2 Analisis Responden Dalam Menulis Simbol Ion 30

4.3.3 Analisis Responden Dalam Membentuk Formula

Kimia 32

Page 12: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

x

4.3.4 Analisis Responden Dalam Menukarkan

Persamaan Kimia Ke Bentuk Persamaan Kimia

bersimbol 34

4.3.5 Analisis Responden Dalam Melukis Gambarajah

Molekul Atau Sebatian 37

4.3.6 Analisis Responden Dalam Mengenal pasti

Antara Subskrip Dan Pekali (Jadual 4.7) 41

4.3.7 Analisis Responden Dalam Mengenal pasti

Antara Subskrip Dan Pekali (Jadual 4.8) 43

4.3.8 Analisis Responden Dalam menyeimbangkan

Persamaan Kimia 45

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 47

5.2 Perbincangan 47

5.3 Kesimpulan 53

5.4 Cadangan 53

5.4.1 Berkaitan Bab Persamaan Kimia 54

5.4.2 Kaedah Pengajaran Guru 54

5.4.3 Sikap Pelajar 55

RUJUKAN 56

LAMPIRAN 59

Page 13: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

4.1 Taburan Responden Dalam Keputusan

Pertengahan Tahun Dalam Mata pelajaran Kimia 27

4.2 Taburan Responden Dalam Menulis Cas Ion 28

4.3 Taburan Responden Dalam Menulis Simbol Ion 30

4.4 Taburan Responden Dalam Menulis Formula Kimia 32

4.5 Taburan Responden Dalam Menukarkan Persamaan

Kimia Ke Bentuk Persamaan Kimia bersimbol 34

4.6 Taburan Responden Dalam Melukis Gambarajah Molekul 37

4.7 Taburan Responden Dalam Mengenal pasti Antara

Subskrip Dan Pekali (Jadual 4.7) 41

4.8 Taburan Responden Dalam Mengenal pasti Antara

Subskrip Dan Pekali (Jadual 4.8) 43

4.9 Taburan Responden Dalam menyeimbangkan

Persamaan Kimia 45

Page 14: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Soal Selidik Untuk Responden 60

B Surat Kebenaran Untuk Menjalankan

Kajian Di Sekolah-sekolah Oleh KPM 66

C Surat Kebenaran Untuk Menjalankan

Kajian Di Sekolah-sekolah Oleh JPN 68

Page 15: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid sekolah rendah dan

sekolah menengah dan digubal berlandaskan kepada keperluan negara dan ciri sejagat

sains. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan

hasil pembelajaran. Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat

mata pelajaran elektif. Mata pelajaran teras adalah sains untuk sekolah rendah dan sains

untuk sekolah menengah. Mata pelajaran elektif hanya ditawarkan di sekolah menengah

atas iaitu mata pelajaran Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan. Mata pelajaran Sains

untuk sekolah rendah dan sekolah menengah rendah direka bentuk untuk memberi

pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu

mengikuti sains di peringkat menengah atas. Matlamat pengajaran di sekolah menengah

atas pula di samping menghasilkan murid yang celik sains dan inovatif, ia juga

menyediakan murid untuk menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi yang lebih

umum. Manakala mata pelajaran sains elektif bertujuan untuk menyediakan murid yang

lebih cenderung, minat dan berupaya dalam bidang sains untuk menceburkan diri dalam

kerjaya bidang sains dan teknologi yang khusus dan profesional. Golongan murid ini

Page 16: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan

peranan penting dalam pembangunan negara.

(sumber; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000, 2001).

Kepentingan pendidikan sains dalam meningkatkan perkembangan sosioekonomi dan

taraf hidup masyarakat di negara ini telah tercatat dalam Penyata Jawatankuasa

Perancangan Pelajaran Tinggi 1966 (para 100):

“Pentingnya ilmu sains dan teknologi dalam memajukan kedua-dua sumber

(tenaga manusia dan alam) ini tidak boleh diperingankan. Satu asas yang kukuh dalam

mata pelajaran Sains dengan kadar tenaga manusia secukupnya membuat pengkhususan

dalam berbagai-bagai lapangan sains adalah penting bukan sahaja untuk penyelidikan

tetapi juga untuk pembangunan.”

Usaha membangkitkan kesedaran dan memperkenalkan sains dan teknologi mesti

dimulakan di peringkat sekolah lagi. ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Pelajar

hendaklah ‘dijinakkan’ kepada bidang sains dan teknologi sejak dari awal lagi. Semua

pelajar seharusnya peka dengan perkembangan sains dan berusaha mempelajari mata

pelajaran sains di peringkat sekolah lagi. Hal ini adalah bersesuaian sekali dengan

Falsafah Pendidikan Negara.

“Education in Malaysia is an on-going effort towards further developing the potential of

individuals in a holistic and integrated manner, so as to produce individuals who are

intellectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonious, based on

a firm belief in and devotion to God. Such an effort is designed to produce Malaysians

citizens who are knowledgeable and competent, who possess high moral standards, and

who are responsible and capable of achieving a high level of personal well being as well

as being able to contribute to the betterment of the society and the nation at large.

Page 17: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

(Sumber; Ministry of Education, Malaysia (1989)

Apabila merujuk pula ucapan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr.

Mahathir Mohamad, pada 28 Februari 1991, dalam ucapannya di Persidangan Pertama

Majlis Perdagangan Malaysia telah mengemukakan pandangan mengenai WAWASAN

2020, iaitu ingin menjadikan Malaysia negara perindustrian sekaligus negara maju.

Dalam ucapan tersebut telah menjelaskan bahawa menjelang tahun 2020,"Malaysia boleh

menjadi negara bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral

dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat demokratik, liberal dan bertolak ansur,

penyayang, dan adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan

mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing secara dinamik, giat

dan kental" (Dewan Masyarakat, Julai 1991). Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan

Negara dan ucapan Perdana Menteri Malaysia jelaslah menunjukkan bahawa bagi

mencapai tujuan tersebut, negara memerlukan ekonomi yang kukuh dan lebih ramai

tenaga mahir di bidang sains dan teknologi. Justeru itu, perkembangan teknologi yang

pesat dan penguasaan kemahiran sains yang meningkat dan terkini amatlah penting.

Hasrat kerajaan yang bercita-cita untuk melahirkan komuniti sekolah yang celik

sains akan memastikan pembentukan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang

mempunyai daya perubahan yang tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja

menjadi pengguna teknologi, tetapi juga merupakan penyumbang kepada tamadun

saintifik dan teknologi masa depan. Komuniti sekolah yang celik sains akan diperoleh

dengan memberi peluang kepada pelajar menyiasat tentang sains dan teknologi sepanjang

masa. Namun begitu, mata pelajaran ini masih merupakan mata pelajaran yang

bermasalah dan membosankan, (Aziz Nordin, 1992). Oleh itu penanaman minat terhadap

pengetahuan sains dan teknologi perlu dipupuk daripada peringkat sekolah rendah dan

menengah lagi. Mempelajari sains dalam suasana seronok akan mengubah sikap yang

mengatakan sains itu sukar dan membosankan.

Page 18: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

1.2 Latar belakang Masalah

Merujuk kepada kandungan sukatan pelajaran kimia KBSM 2001, Kandungan

Kimia telah diolah dalam empat tema seperti berikut:

A. Memperkenalkan Kimia

B. Jirim di sekeliling kita

C. Interaksi antara bahan kimia

D. Penghasilan dan pengurusan bahan kimia

Pendekatan bertema ini dapat mewujudkan perkaitan antara pelbagai pengetahuan

dalam bidang kimia. Tema-tema ini merangkumi ilmu kimia yang diperlukan dalam

Pendidikan Kimia di peringkat menengah atas. Di samping itu, pendekatan ini juga

menyepadukan pemerolehan dan aplikasi pengetahuan, penguasaan kemahiran berfikir

dan saintifik, penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Kesepaduan ini memberi

kefahaman yang lebih bermakna dalam pembelajaran kimia. Di bawah menunjukkan

kedudukan tajuk bagi persamaan kimia yang telah dipilih oleh penyelidik dalam kajian

pada kali ini. Persamaan kimia terletak pada tema yang kedua iaitu jirim di sekeliling

kita. Dalam tema ini, pelajar diperkenalkan kepada bidang kimia sebagai satu bidang

yang mengkaji tentang jirim. Tema ini mengandungi konsep yang asas dalam kimia.

Konsep ini merupakan prasyarat untuk mempelajari kimia seterusnya. Penguasaan

konsep yang dikemukakan melalui tema ini amat penting untuk memastikan pemahaman

tentang bidang kimia. Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut:

Formula Dan Persamaan Kimia

-Jisim atom relatif dan Jisim molekul relatif.

-Konsep mol.

-Formula kimia

Page 19: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

-Formula empirik dan formula molekul.

-Persamaan kimia yang seimbang

Apabila merujuk pula kepada Johnstone (1991), dapatlah diperhatikan kedudukan

bagi tajuk persamaan kimia di dalam salah satu peringkat yang dikenali sebagai ‘Segitiga

Kimia’ yang telah dikemukakan oleh beliau. Mata pelajaran Kimia terdiri daripada tiga

peringkat yang dapat diketahui iaitu makroskopik, mikroskopik dan simbol. Peringkat

makroskopik adalah peringkat konkrit yang sama dengan mencerap objek, tentang

sifatnya dan tempoh yang diguna untuk menjelaskan. Peringkat mikroskopik pula

melibatkan konsep, teori dan prinsip yang memerlukan penerangan tentang apa yang

dapat diperhatikan pada peringkat makroskopik. Manakala peringkat simbol melibatkan

formula dan pengiraan matematik. Para saintis dan guru sains menjalankan ketiga-ketiga

peringkat ini dengan agak mudah dan mengubah dari satu gaya pemikiran ke gaya

pemikiran yang lain tanpa masalah. Kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar amat sukar

dengan peringkat mikroskopik dan menghadapi banyak salah konsep sains (Garnet et al,

1995; Nakhleh, 1992). Pada peringkat mikroskopik sudah pasti di luar daripada

pengalaman dan hanya boleh didekati melalui penggunaan model konkrit, analogi dan

grafik (gabel, 1986; Johnstone, 1991).

(Diskriptif ( memerihalkan))

makroskopik

mikroskopik (tafsiran) Simbol (gambaran)

Jadual 1: Segitiga Kimia

Page 20: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

Merujuk kepada peringkat yang telah dikemukakan jelaslah menunjukkan bahawa

persamaan kimia terletak pada peringkat mikroskopik yakni peringkat yang paling sukar

untuk difahami oleh pelajar iaitu berkaitan dengan konsep. Apabila disebut tentang

konsep, kajian dalam pendidikan sains pada tiga dekad yang lepas menyatakan bahawa

pelajar mempunyai banyak idea yang berbeza-beza dengan idea sains. Salah konsep ini

digunakan untuk menerangkan pelbagai konsep di mana ia berbeza atau tidak selari

dengan apa yang diterima oleh ahli sains. Berdasarkan kajian Abdul Rashid (1999) telah

menjalankan satu kajian tinjauan mengenai tanggapan salah konsep terhadap beberapa

asas kimia iaitu stoikiometri, keseimbangan kimia dan ikatan kovalen di kalangan pelajar

sains sesi 1996/1997 di UKM. Beliau mendapati bahawa pelajar tersebut mempunyai

tanggapan salah yang sangat meluas dan kekal. Contohnya dalam keseimbangan kimia,

pelajar hendaklah boleh memahami keseimbangan pada makroskopik dan kepada

peluasan isi iaitu pada peringkat molekul. Kebanyakan pelajar gagal dan amat sukar

untuk memahami konsep keseimbangan kimia dengan betul. Ini menyebabkan timbulnya

salah konsep di kalangan mereka. Kesan salah konsep di kalangan pelajar menyebabkan

pelajar susah untuk memahami keseimbangan kimia dengan baik. Ini menunjukkan

pembelajaran bermakna tidak dapat diperolehi oleh pelajar. Beberapa kajian telah

menunjukkan pelajar sudah membentuk konsepsi alternatif iaitu idea-idea yang

bercanggah dengan konsepsi atau penerangan saintifik sebelum guru mula mengajar.

Salah konsep yang dipegang oleh pelajar seringkali bercanggah dengan konsep sains dan

ia manghambat proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Apakah yang dimaksudkan dengan kimia? Itulah persoalan yang pertama yang

akan diungkapkan apabila menyebut tentang kimia. Kimia adalah satu disiplin dalam

sains yang mengkaji tentang jirim secara makroskopik dan secara mikroskopik, interaksi

antara bahan dan penghasilan serta penggunaan bahan (sumber: sukatan Pelajaran Kimia

Page 21: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

KBSM, 2001). Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai

pengetahuan dalam bidang kimia, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta

mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan

nilai murni.

Persamaan kimia adalah salah satu subtopik yang terkandung di dalam Sukatan

Pelajaran Kimia KBSM. Menulis persamaan kimia yang seimbang dan betul adalah

perkara asas yang sangat penting bagi pelajar dalam mempelajari mata pelajaran kimia

KBSM. Kemahiran menulis persamaan kimia yang seimbang adalah menjadi satu

kewajipan dalam menjawab soalan kimia SPM. Ramai pelajar beranggapan bahawa

menulis persamaan kimia yang seimbang adalah satu perkara yang sukar difahami (Pajuzi

Awang, 1999). Persamaan kimia perlu mematuhi peraturan-peraturan berasaskan Hukum

Keabadian Jisim yang menyatakan bilangan atom sebelum tindak balas adalah sama

dengan bilangan atom selepas tindak balas. Menurut kajian Nor Jihan Mohamad (2003)

berdasarkan penyelidikan di kalangan guru-guru di sekolah yang berpengalaman

menanda kertas-kertas ujian kimia pelajar peringkat sekolah, beliau mendapati ramai

pelajar tidak mahir menulis persamaan kimia. Menurut beliau lagi, kebolehan menulis

persamaan kimia sangat penting kerana ia merupakan satu kriteria soalan dalam semua

topik kimia.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kefahaman pelajar tingkatan 4

dalam Persamaan Kimia. Kajian yang dibuat memberi penekanan kepada:

1) Mengenal pasti kefahaman pelajar dalam pembentukan formula kimia.

Page 22: MASRITA BINTI MAMAT - fp.utm.my · terima kasih segala-galanya curahan kasih sayang kalian amat kuharapkan sokongan dan dorongan kalian amat kuperlukan ku kan berusaha dan berdoa

2) Mengenal pasti keupayaan pelajar dalam mengenal pasti reaktan dan hasil

tindak balas, simbol (+) dengan simbol (,) dan simbol (=) dengan simbol

( ).

3) Menyatakan perbezaan antara subskrip dengan pekali.

4) Keupayaan pelajar menulis persamaan kimia seimbang.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini adalah merangkumi beberapa

aspek seperti yang berikut:

1) Adakah pelajar dapat memahami pembentukan formula kimia dengan baik?

2) Adakah pelajar dapat mengenal pasti perbezaan antara reaktan dan hasil

tindak balas, simbol (+) dengan simbol (,) dan simbol (=) dengan simbol

( ) baik?

3) Adakah pelajar dapat menyatakan perbezaan antara subskrip dan pekali dengan

betul?

4) Adakah pelajar dapat menulis persamaan kimia seimbang dengan baik?