karya klasik batu belah batu bertangkup
DESCRIPTION
falsafah dan logika melayukarya klasik batu belah batu bertangkupMOHAMAD ADAM BIN MAHAT JEA080035TRANSCRIPT
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
JXEA 1104
TAJUK : KUPASAN FALSAFAH DALAM PETIKAN
BATU BELAH BATU BERTANGKUP
PENSYARAH : PROF. DR. AMRAN MUHAMADNAMA : MOHAMAD ADAM BIN MAHATNO. MATRIK : JEA 080035
SEMESTER 1, SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR
Falsafah merupakan pegangan, panduan, serta amalan hidup seseorang.
Seseorang manusia ataupun insan yang tidak mempunyai falsafah hidup akan
sentiasa hidup di dalam kesulitan ataupun huru-hara. Selain itu, jika seseorang itu
tidak mempunyai falsafah di dalam jati dirinya daya pemikiran ataupun daya
penta’kulannya tidak akan berkembang kerana jika seseorang itu mempunyai
falsafah di dalam jati dirinya dia akan sentiasa menggunakan daya pemikiran dan
daya penta’kulannya dengan lebih kerap dan secara tidak langsung daya
pemikiran dan daya penta’kulannya akan lebih berkembang dari semasa ke
semasa. Itu juga akan lebih memberikan banyak manfaat kepada seseorang insan
itu.
Karya Batu Belah Batu Bertangkup menjadi pilihan saya untuk membuat
kupasan melalui sudut falsafah. Kaedah fenomenologi merupakan suatu kaedah
yang akan digunakan oleh saya di dalam kupasan tersebut. Fenomenologi berasal
daripada perkataan fenomena iaitu kejadiaan. Fenomenologi pula dapat
didefinisikan sebagai suatu kaedah yang mengeluarkan ataupun menceritakan
kejadian di dalam petikan Batu Belah Batu Bertangkup tersebut. Di samping
menghujahkan falsafah-falsafah yang dilontarkan oleh penulis karya tersebut.
Melalui petikan karya Batu Belah Batu Bertangkup tersebut, sinopsis ataupun
rumusan yang boleh dibuat ialah ianya menceritakan kisah sepasang suami isteri
iaitu Si Kantan dan Si Tanjung yang sudah lama berkahwin tetapi masih belum
mendapat anak lagi. Namun mereka akhirnya dikurniakan seorang anak
perempuan dan sebelum mereka mendapat anak tersebut, pelbagai cabaran dan
rintangan serta dugaan telah dihadapi oleh suami Si Tanjung iaitu Si Kantan.
Dimana semasa Si Tanjung mula-mula mengandung, dia mengidamkan pelbagai
makanan yang sukar dicari oleh suaminya Si Kantan. Namun demikian, suaminya
Si Kantan dengan tidak mudah putus asa dan dengan tahap kesabaran yang tinggi
serta dengan perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap isterinya itu, dia
berjaya menuruti segala permintaan dan kemahuan isterinya itu. Tidak pernah
terlintas langsung di benak fikirannya hendak berputus asa ataupun mengeluh
dengan permintaan dan kemahuan isterinya itu. Melalui berkat kesabaran yang
tinggi dan tidak mudah putus asa Si Kantan, dia telah mendapat seorang anak
perempuan yang cantik.
Selepas kelahiran anak perempuannya yang diberi nama Si Melur, hidup
mereka sekeluarga semakin mewah dengan rezeki yang melimpah ruah yang
diberikan oleh Allah S.W.T. hasil daripada berkat kesabaran dan tidak bersikap
sombong dan bongkak selepas kehidupan mereka menjadi semakin mewah. Mereka
banyak menolong orang-orang kampung dengan memberikan mereka pekerjaan di
kawasan ladang miliknya. Pekerja-pekerjanya itu dilayan dengan layanan yang
baik tanpa dilayan seperti hamba. Hidup mereka lebih disegani dan dihormati di
kawasan kampung tersebut. Rezeki mereka tidak putus-putus, semakin hari hidup
mereka semakin senang dan mewah. Mereka sudah jarang turun ke ladang kerana
mereka sudahpun mempunyai pekerja-pekerja yang ramai dan terdiri daripada
penduduk-penduduk kampung tersebut. Keluarga mereka sentiasa bahagia dan
dipandang tinggi oleh masyarakat setempat.
Melalui sinopsis ataupun rumusan daripada petikan tersebut, falsafah yang
dapat diambil ialah falsafah pegangan hidup mereka tidak mudah putus asa serta
tahap kesabaran yang tinggi dan sikap suami yang terlalu mendalam perasaan
kasih sayangnya terhadap isterinya. Melalui falsafah hidup mereka itu mereka
telah memperolehi kehidupan yang senang di kemudian harinya.
Sikap tidak mudah putus asa serta tahap kesabaran yang tinggi bermaksud
tabah menghadapi apa jua keadaan yang berlaku serta tidak disegani oleh
seseorang manusia itu serta rela menyerah diri kepada Allah S.W.T. dan tidak
pernah mengenal erti berputus asa. Contohnya Si Kantan iaitu suami Si Tanjung
sanggup berusaha dan bersusah-payah mendapatkan buah pala yang diidam-
idamkan oleh isterinya Si Tanjung. Si Kantan terpaksa menaiki perahu
menyeberangi sungai untuk mendapatkan buah pala tersebut yang berada di
Pengkalan Batu dan dari Pengkalan Batu tersebut Si Kantan terpaksa pergi ke
Bukit Pala.
Apabila tiba sahaja di Bukit Pala tersebut, dengan tidak membuang masa Si
Kantan terus memanjat pokok tersebut bagi mendapatkan buah pala tersebut,
sedangkan pada masa itu musim buah pala sudah berada di penghujung musim dan
itu menyebabkan usaha untuk mendapatkan buah pala tersebut semakin sukar.
Namun Si Kantan tidak sesekali berputus asa dan terus berusaha mendapatkan
buah pala tersebut. Sudah banyak pokok yang sudah dipanjat oleh Si Kantan untuk
mendapatkan buah pala tersebut namun masih tidak berjaya mendapatkannya
kerana semua pokok-pokok tersebut tidak mempunyai buah.
Si Kantan tetap bersabar dan terus berusaha mendapatkan buah pala iaitu
buah yang diidam-idamkan oleh isterinya Si Tanjung kerana Si Kantan sangat
menyayangi isterinya itu dan sanggup melakukan apa sahaja demi isterinya itu.
Sikap Si Kantan yang sangat menyayangi Si Tanjung menyebabkan Si Tanjung
rasa lebih dihargai. Setelah banyak pokok di panjatnya akhirnya Si Kantan berjaya
juga mendapatkan buah pala iaitu buah yang sangat diidam-idamkan isterinya Si
Tanjung dan secara tidak langsung telah berjaya menyempurnakan hajat isterinya
Si Tanjung yang telah mula mengandung itu. Selepas itu, Si Kantan terpaksa
menaiki perahu semula untuk pulang ke rumahnya. Si Kantan merasa penat
lelahnya untuk mendapatkan buah pala untuk isteri kesayangannya itu sangat
bermakna kerana Si Kantan sangat menyayangi isterinya itu.
Seterusnya, Si Tanjung mengidamkan pula buah-buahan yang masam-masam
seperti asam paya, buah binjai, mempelam dan kundang. Berdasarkan kejadian
tersebut, Si Kantan merasa lebih gembira kerana Si Kantan sudah dapat
merasakan bahawa dia akan mendapat cahaya mata tidak lama lagi kerana
isterinya Si Tanjung sedang hamil dan masih dalam peringkat awal. Si Kantan
dapat merasakan isterinya sedang hamil apabila isterinya mengidamkan hendak
makan buah-buahan yang masam, dimana seseorang yang sedang hamil suka
makan buah-buahan yang masam. Tanpa berlengah lagi Si Kantan terus keluar
rumah untuk pergi mendapatkan buah-buahan yang masam untuk isterinya itu
walaupun terpaksa bersusah-payah demi isterinya yang tercinta itu. Si Kantan
berjaya mendapatkan buah-buahan yang masam tersebut dan secara tidak
langsung dapat memenuhi permintaan dan keinginan isterinya itu.
Selain itu, seseorang itu hendaklah mengamalkan sikap kesabaran yang tinggi
agar kehidupan mereka lebih berjaya kelak. Sikap kesabaran yang tinggi akan
dapat mewujudkan masyarakat yang bertakwa, beriman dan beramal soleh kepada
Allah S.W.T. Masyarakat yang dihormati dan disegani oleh bangsa lain juga akan
dapat dilahirkan. Sikap kesabaran yang tinggi juga dapat mewujudkan semangat
persaudaraan dan perpaduan yang erat dalam masayarakat. Secara tidak langsung
akan melahirkan masyarakat yang aman dan makmur kerana adanya manusia
yang sentiasa bertolak-ansur antara satu sama lain.
Putus asa akan menghampiri kita di saat kita menempuh perjalanan yang
panjang atau mendapat kegagalan dari perjalanan-perjalanan yang telah kita
tempuhi. Namun kita boleh mengelakkan daripada berputus asa iaitu dengan
mengibaratkan perjalanan hidup yang panjang dan berliku-liku seperti kita
mengikuti acara larian marathon. Dimana apa yang dapat kita rasakan ketik kita
sedang berlari dalam jarak yang jauh ialah keinginan kita hendak segera berhenti,
minum dan beristirahat. Lalu mengapa kita tidak berhenti? Jika anda berlari atas
keinginan sendiri, kemungkinan anda berhenti akan lebih tinggi berbanding
dengan seorang atlit yang sedang berlumba. Kerana kesimpulan yang akan dapat
disimpulkan adalah lebih menarik dan lebih jelas. Kalau atlit itu tidak sampai,
bukan hanya tidak dapat menjadi juara, tetapi juga akan mendapat malu. Jadi
agar tidak putus asa kita haruslah memiliki tujuan yang sangat
memberangsangkan dan jelas.
Mungkin sahaja semasa kita berlari, kita tidak ingin untuk berhenti. Namun
akhirnya berhenti juga kerana kita sangat keletihan. Melalui kata lain, kita sudah
kehabisan tenaga. Seorang atlit tidak akan mudah keletihan kerana dia memiliki
tenaga yang cukup. Tenaga yang tentu sahaja diperolehi daripada latihan yang
cukup dan makanan yang diambilnya. Begitu juga jika kita tidak ingin cepat putus
asa maka kita harus memiliki tenaga yang cukup, baik dari tenaga luaran mahupun
tenaga dari sudut motivasi dan displin yang telah kita perolehi.
Selain itu, jika jalan yang anda ketahui sedikit, maka anda akan cepat berhenti
kerana tidak ada jalan yang anda tempuhi. Namun jika anda mengetahui banyak
jalan, maka anda mencuba jalan yang lain sehingga menjumpai jalan yang
sebenarnya. Semakin banyak jalan yang anda ketahui dan tenaga anda yang masih
cukup maka kemungkinan untuk bergerak terus akan lebih kukuh dan pasti. Jalan
yang dimaksudkan disini adalah idea. Saat anda gagal dengan satu idea, maka anda
boleh mencuba pula idea yang lain. Idea tersebut juga boleh anda perolehi melalui
idea sendiri ataupun daripada idea orang lain. Kreativiti diperlukan bagi
menghasilkan idea sendiri. Sementara untuk mengetahui idea daripada orang lain
adalah dengan cara menuntut ilmu dan janganlah sesekali berputus asa.
Oleh yang demikian, secara tuntasnya falsafah pegangan hidup memainkan
peranan yang sangat penting di dalam hidup seseorang. Falsafah dapat membentuk
nilai jati diri yang tinggi seseorang. Selain itu, falsafah yang terdapat di dalam
petikan karya Batu Belah Batu Bertangkup tersebut perlulah dihayati dan perlu
ada dalam jati diri setiap insan supaya hidup ini menjadi lebih sempurna dan lebih
bermakna dari semasa ke semasa. Sikap saling sayang-menyayangi antara satu
sama lain juga sangat penting dalam hidup. Dengan adanya perasaan kasih sayang
tersebut, hidup seseorang itu akan rasa lebih dihargai dan bermakna. Tanpa
falsafah pegangan hidup, hidup seseorang itu tidak akan sempurna dan tidak
bermakna apa-apa. Falsafah juga merupakan sebagai pelengkap ataupun penentu
hidup seseorang insan itu.
BATU BELAH BATU BERTANGKUP
BAB 3
TUAH MENDATANG
Beberapa bulan berlalu. Si Kantan dan Si Tanjung membuat pekerjaan sehari-hari seperti
biasa di ladang dan di sawah dengun tekun dan sabar.
Pada suatu hari, ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang dari ladang, Si
Tanjung berkata, “ Bang Atan, ingin benar tekak saya nak makan buah pala. Boleh tak
Bang Atan tolong carikan barang sebiji dua.”
“Baiklah, nanti bila saya pergi ke Bukit Pala, bolehlah saya carikan seberapa
yang dapat,” jawab Si Kantan, tersenyum-senyum sambil mengerling kepada isterinya.
Si Kantan tahu maksud percakapan isterinya itu. Ya, perkataan itu
membayangkan saat bertuah akan tiba. Apa yang diingininya semenjak bertahun-tahun
berkahwin itu akhirnya akan berhasil.
Waktu air sedang naik pasang pada petang itu Si Kantan pun turunlah ke perahu
untuk memenuhi hajat isterinya. Dia berkayuh menuju Pengkalan Batu. Dari sana dia
akan ke Bukit Pala kerana di sanalah banayak terdapat pokok pala.
Apabila tiba di Bukit Pala Si Kantan pun mulalah memanjat dari sepokok ke
sepokok buah pala. Malangnya pada ketika itu musim buah pala berbuah sudah sampai
menghujung dan amat sukar Si Kantan hendak mencari buah yang dihajati oleh isterinya.
“ Aku mesti cari sampai dapat,” kata Si Kantan sendirian. “ Aku tak mau
menghampakan harapan isteriku,”
Lalu dia terus juga berusaha dengan bersusah-payah mencari buah itu. Apabila
tidak berhasil Si Kantan memanjat sepohon yang lain pula. Begitulah dilakukannya
dengan sabar hingga beberapa lama. Akhirnya dapatlah juga dibawa balik beberapa biji
buah pala.
“ Ah, dapatlah aku menyempurnakan hajat isteriku yang telah mula mengandung
itu,” kata hati Si Kantan sambil berkayuh balik.
“ Dapatkah buah pala yang saya pesan itu, Bang Atan?” tanya Si Tanjung seperti
tidak sabar lagi, sebaik-baik sahaja suaminya tiba di rumah.
“ Dapat juga, tapi Cuma dua tiga biji,” jawab Si Kantan sambil memberikan buah
itu kepada isterinya.” Puas saya mencari, Cuma inilah saja yang dapat.”
Si Tanjung segera menyambut buah itu dengan perasaan yang amat gembira.
Lalu dengan tidak bertangguh-tangguh lagi dimakannya hingga habis dengan tidak payah
membuang kulitnya lagi.
Pada besok paginya, apabila bangun dari tidur badan Si Tanjung berasa letih dan
lesu, seolah-olah seperti tidak berdaya lagi hendak dia bangun. Dan dari itu dia sudah
mula berkehendakkan makan buah-buahan yang masam-masam seperti asam paya, buah
binjai, mempelam dan kundang. Ini menambahkan lagi kegembiraan hati Si Kantan. Dia
faham, orang yang sedang mengandung sememangnya suka makan benda-benda yang
masam. Oleh itu apa-apa sahaja yang diingini oleh isterinya itu, dicarikan juga
walaupun dia terpaksa bersusah-payah.
Dalam masa mengandung selama lebih sembilan bulan itu Si Tanjung
menanggung berbagai azab dan sengsara. Apa yang dibuatnya serba tak kena belaka;
makan tak sedap, tidur tak lena, duduk salah, berdiripun salah. Akhirnya, apabila telah
masuk ke bilangan bulan yang kesepuluh, pada suatu malam bulan purnama empatbelas
haribulan, Si Tanjung pun melahirkan seorang anak perempuan yang comel.
“ Bersyukur kita kepada Tuhan kerana sudah bertahun-tahun kita berkahwin
akhirnya dikurniakan juga kita seorang anak,” kata Si Kantan sambil menatang anak yang
baharu dilahirkan itu. Wajahnya membayangkan rasa yang amat gembira.
“ Apa nama yang elok kita berikan kepada anka kita tu, Bang Atan?” tanya Si
Tanjung. Walaupun dia masih sakit kerana baharu bersalin tetapi dia tersenyum gembira
kerana hajatnya dan hajat suaminya selama ini telah dimakbulkan Tuhan.
“ Kita namakan saja Bunga Melur,” jawab Si Kantan. “ Bagaimana,
bersetujukah?”
“ Elok juga nama tu, Bang Atan. Sesuai dengan anak kita yang comel itu.”
Sesungguhnya Si Bunga Melur telah mendatangkan tuah kepada kehidupan Si
Kantan suami isteri. Kehidupan mereka semakin lama semakin senang dan mewah.
Perhumaan dan tanam-tanaman mereka hidup dengan subur, sedikitpun tidak dirosakkan
oleh musuh-musuh tanaman seperti burung, tikus, dan ulat. Binatang-bintang ternakan
mereka seperti ayam, itik, dan kambing bertambah biak. Apabila Si Kantan pergi
menangguk atau menjala ke sungai, tidak pernah dia pulang dengan tangan kosong.
Adalah sahaja ikan atau udang yang dibawanya. Pendek kata pada ketika itu Tuhan
mengurniakan rezeki yang murah kepada Si Kantan suami isteri.
Kira-kira setahun selepas Si Melur dilahirkan, Si Kantan suami isteri dipandang
oleh penduduk kampung daerah Bukit Berapit sebagai orang yang berharta. Mereka
tidak lagi dipanggil Si Kantan dan Si Tanjung sebagaimana panggilan bagi orang-orang
kebanyakan. Encik Kantan dan Cik Tanjung, begitulah panggilan yang diberikan kepada
mereka berdua sekarang. Itulah panggilan bagi orang-orang yang dihormati di situ pada
ketika itu.
Sekarang Encik Kantan dan Cik Tanjung jarang-jarang ke sawah, ke ladang atau
ke sungai kerana kehidupan mereka sudah mewah. Pekerjaan itu kini dilakukan oleh
orang-orang yang tidak putus-putus datang bekerja mengambil upah. Orang-orang yang
datang itu diterima dengan senang hati.
Bibliografi
Abdul Samad Bin Ahmad. 1976 .(Batu belah batu bertangkup).
Hashim Bin Hají Musa . 2001 . ( Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan
Etika Melayu Suatu Pengenalan)Akademi Pengajian Melayu.
Ramat. 2007 . (Agar Tidak Putus Asa, Motivasi Islam).
Sheikh Othman B. Sheikh Salim. 2005 . (Kamus Dewan Edisi
Keempat) Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.