karya ini adalah karya pelajar 1. . · pdf file1.konsep manusia 2.konsep alam sekitar...

33
1 Karya ini adalah karya pelajar 1.0 PENGENALAN. Hidrosfera adalah salah satu daripada subsistem dalam ekosistem yang melibatkan air sebagai kompenan utama sistem tersebut. Air memainkan peranan penting dalam setiap hidupan di muka bumi yang juga merupakan unsur semulajadi bagi hidupan untuk meneruskan kehidupan seharian. Selain itu, air juga berperanan sebagai salah satu daripada agen yang menggalakkan berlakunya proses luluhawa terhadap batuan yang mana ianya penting dalam pembentukan tanah (oleh proses hakisan dan pemendapan). Sebahagian besar permukaan bumi kita dilitupi oleh air iaitu sebanyak 70% manakala 30% lagi dilitupi oleh kawasan daratan. Air di bumi sentiasa berkitar dan jumlahnya sentiasa tetap walaupun melalui pelbagai proses yang berbeza dan mengalami penukaran sama ada kepada bentuk wap, air mahupun pepejal (ais). Bagi manusia, air sangat berperanan sebagai nadi utama dalam sesuatu perkerjaan. Misalannya, dalam bidang pertanian air sangat diperlukan bagi tujuan pengairan tanaman sama ada secara komersial ataupun untuk kegunaan sendiri. Air bukan sahaja digunakan bagi kerja-kerja seharian seperti memasak, mandi, mencuci tetapi juga penting dalam melicinkan segala tugasan dan aktiviti dalam perindustrian termasuk sebagai agen penyejuk kepada mesin-mesin penjana di dalam kilang Namun begitu, menyedari hakikat kepentingan air kepada hidupan, manusia semakin alpha dalam mengejar kemajuan ekonomi dan kemewahan hidup. Pelbagai pembangunan alam di lakukan sehingga menjejaskan sumber dan kualiti air dunia sehinggakan kini kita berdepan dengan pelbagai konflik dan krisis air yang semakin meruncing. Kesan ini dapat dilihat terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun tidak terkecuali juga negara membangun seperti Malaysia sendiri yang kini berdepan dengan krisis air yang semakin membimbangkan. Menyedari hakikat tersebut, pelbagai langkah diambil bagi Comment [N1]: Bincang secara umum apa yang ingi dibincangkan dalam teks. Bincang berkaitan Perubahan Alam sekitar, kesan dan kaitannya dengan manusia Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Upload: dokhanh

Post on 01-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

1

Karya ini adalah karya pelajar

1.0 PENGENALAN.

Hidrosfera adalah salah satu daripada subsistem dalam ekosistem yang

melibatkan air sebagai kompenan utama sistem tersebut. Air memainkan peranan

penting dalam setiap hidupan di muka bumi yang juga merupakan unsur semulajadi

bagi hidupan untuk meneruskan kehidupan seharian. Selain itu, air juga berperanan

sebagai salah satu daripada agen yang menggalakkan berlakunya proses luluhawa

terhadap batuan yang mana ianya penting dalam pembentukan tanah (oleh proses

hakisan dan pemendapan). Sebahagian besar permukaan bumi kita dilitupi oleh air

iaitu sebanyak 70% manakala 30% lagi dilitupi oleh kawasan daratan. Air di bumi

sentiasa berkitar dan jumlahnya sentiasa tetap walaupun melalui pelbagai proses

yang berbeza dan mengalami penukaran sama ada kepada bentuk wap, air

mahupun pepejal (ais).

Bagi manusia, air sangat berperanan sebagai nadi utama dalam sesuatu

perkerjaan. Misalannya, dalam bidang pertanian air sangat diperlukan bagi tujuan

pengairan tanaman sama ada secara komersial ataupun untuk kegunaan sendiri. Air

bukan sahaja digunakan bagi kerja-kerja seharian seperti memasak, mandi, mencuci

tetapi juga penting dalam melicinkan segala tugasan dan aktiviti dalam

perindustrian termasuk sebagai agen penyejuk kepada mesin-mesin penjana di

dalam kilang

Namun begitu, menyedari hakikat kepentingan air kepada hidupan, manusia

semakin alpha dalam mengejar kemajuan ekonomi dan kemewahan hidup. Pelbagai

pembangunan alam di lakukan sehingga menjejaskan sumber dan kualiti air dunia

sehinggakan kini kita berdepan dengan pelbagai konflik dan krisis air yang semakin

meruncing. Kesan ini dapat dilihat terutamanya di negara-negara maju seperti

Amerika Syarikat dan Jepun tidak terkecuali juga negara membangun seperti

Malaysia sendiri yang kini berdepan dengan krisis air yang semakin

membimbangkan. Menyedari hakikat tersebut, pelbagai langkah diambil bagi

Comment [N1]: Bincang secara umum apa yang ingi dibincangkan dalam teks. Bincang berkaitan Perubahan Alam sekitar, kesan dan kaitannya dengan manusia

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 2: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

2

membendung masalah ini daripada terus berlarutan sehingga mendatangkan impak

yang sangat besar kepada manusia dan alam sekitar. Perancangan yang mampan

harus diambil segera sebelum masalah menjadi lebih teruk pada masa akan datang.

2.0 MANUSIA DAN KETERUBAHAN ALAM SEKITAR.

2.1 Manusia Dan Alam Sekitar : Kesepaduan Atau Konflik.

Bumi kini sudah menjadi semakin kecil. Hal ini disebabkan beberapa

tekanan yang dihadapi termasuk faktor utamanya adalah oleh pertambahan

penduduk manusia yang begitu cepat. Masalah yang sukar diatasi sekarang

ialah perubahan iklim, krisis air, pencemaran yang meningkat, penebangan

hutan dan kepupusan spesies. Faktor ini semuanya berkaitan dengan

penambahan penduduk. Dengan pertambahan penduduk dunia dan

kemajuan teknologi yang tinggi serta canggih, manusia telah mengubah

bentuk dunia dengan kadar yang berlebihan.

Jika dahulunya, aktiviti manusia hanya menukarkan kawasan hutan

menjadi kawasan pertanian dan kawasan bandar, tetapi sekarang lebih

dahsyat apabila tidak ada ekosistem yang terlepas daripada ancaman

pencerobohan manusia. Manusia telah menukarkan fungsi dan struktur

suatu ekosistem apabila mengubah suatu kawasan hutan menjadi kawasan

pertanian atau untuk tujuan pembangunan.Walaupun setiap ekosistem

mempunyai daya tekanan yang tersendiri, tetapi ia agak terhad pada tahap

yang tertentu sahaja. Kalau melebihi tahap kritikal, ekosistem tersebut akan

hancur. Sebagai contoh jikalau hutan kita ditebang ataupun menjadi rosak

oleh eksploitasi berlebihan, maka tekanan yang dialami oleh ekosistem

tersebut akan menjadi kronik dan seterusnya akan mengalami kehancuran.

Comment [N2]: Bahagian ini sepatutnya membincangkan 1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam Sekitar – Contoh aktiviti 4.Kedudukan Alam Sekitar pada pandangan Manusia – Contoh Aktiviti 5.Daripada aktiviti 4 dan 5 : Berpadu atau Konflik 6.Jika berpadu, apa yang jadi dan Jika KONFLI, apa yang jadi. Berikan Contoh yang berkaitan dengan isu-isu ekosistam

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 3: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

3

Manusia dan alam sekitar sebenarnya sangat berkait rapat dan saling

bergantung diantara satu dengan yang lain. Alam sekitar pada zaman lalu

dianggap sebagai `makro' kepada manusia dan manusia ialah alam `mikro'

kepada alam sekitar. Kedua-duanya saling menyayangi satu sama lain. Jika

yang satu binasa maka yang satu lagi kehilangan makna. Namun disebabkan

oleh ketamakan manusia mengeksploitasi alam terutamanya hutan secara

tidak terkawal, hubungan diantara manusia dan alam sekitar kini dilihat

menjadi seakan-akan musuh yang sering bertelagah. Kesepaduan yang

dulunya dicapai antara sumber (alam sekitar) dan manusia kini sudah

bertukar menjadi konflik.

Konflik diantara manusia dengan alam dapat dilihat dengan jelas pada

hari ini. Alam ditarah, diterokai, dikerat, diperalatkan tanpa belas kasihan.

Kini sudah tiba masanya alam sekitar pula membalas dendam terhadap

segala tingkah laku terkutuk manusia. Bumi kini seakan mengamuk kepada

golongan manusia yang sebenarnya ditugaskan oleh tuhan untuk menjaga

segala bentuk ciptaan-Nya di dunia ini. Satu demi satu bencana meletus

sehingga mengorbankan jutaan ribu nyawa.

Sebagai contoh, kesemua bukti ini dapat dilihat melalui bencana-

bencana alam yang berlaku

pada awal tahun 2008 ini.

Bermula dengan kes letusan

gunung berapi di Chile pada 2

Mei 2008 yang lalu.

Penduduk-penduduk di

bahagian selatan negara itu

lari bertempiaran

meninggalkan rumah dan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 4: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

4

haiwan peliharaan sebaik saja Gunung Chaiten memuntahkan laharnya. Di

bandar Futaleufu, asap tebal dan abu hitam menutupi kebanyakan kawasan.

Hanya 400 daripada 1,500 penduduk di kawasan itu dibenarkan tinggal di

rumah masing-masing meskipun bekalan air sudah terputus. Sesetengah

pakar ekologi berpendapat, bencana ini meninggalkan kesan perubahan yang

ketara ke atas alam semula jadi seperti hutan pokok sipres dan pain di

samping spesies rusa yang jarang ditemui. Chile merupakan 'rumah' kepada

2,000 gunung berapi, di mana 500 daripadanya masih aktif dan hampir 60

gunung berapi ini telah meletus sejak 450 tahun yang lalu. Chaiten buat

pertama kali meletus dalam tempoh beribu tahun.

Di Myanmar, hampir 30,000 nyawa hilang sebaik Siklon Nargis

melanda pada hari yang sama dengan kekuatan tiupan angin selaju 120 batu

sejam dan ribut taufan. Secara rasminya 33,000 penduduk dipercayai maut

dengan lebih 50,000 masing hilang. Dalam situasi genting sebegini, lebih

daripada dua juta

Penangan Taufan Nargis di Myammar

penduduk memerlukan bantuan segera dari segi makanan, minuman dan pakaian

tetapi usaha untuk mencapai ke kawasan-kawasan luar bandar memang sukar. Di

kawasan yang paling teruk ditimpa malapetaka, Delta Irrawaddy, penduduknya

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 5: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

5

hidup dalam keadaan serba kekurangan dengan beratus-ratus orang mendapatkan

teduhan di dalam biara. Selebihnya mereka cuba mendirikan khemah di luar tanpa

bekalan air bersih kerana telah dicemari najis dan mayat yang bergelimpangan.

Sementara itu, satu gempa bumi yang

kuat menggegarkan bumi China, berdekatan

dengan bandar Sichuan. Bermagnitud 7.8 pada

skala Richter, ia menyebabkan kematian kira-

kira 10,000 orang penduduk dan ramai lagi

yang masih terperangkap di bawah ranapan

bangunan konkrit.

Gempa bumi ini dilaporkan yang terburuk dalam tempoh tiga dekad. Di bandar

Juyuan, sebuah bangunan sekolah bertingkat tiga runtuh lalu memerangkap 900

pelajar hidup-hidup dan 50 lagi terbunuh. Seramai 1,000 lagi pelajar dan guru

dipercayai tertanam atau terbunuh di sekolah menengah yang runtuh di Beichuan.

Selain di wilayah Sichuan, angka korban juga tinggi di Gansu, Yunnan dan

juga Chongqing yang berjiran dengan Sichuan, lapor akhbar harian Xinhua. Pusat

gegaran tertumpu di daerah Wenchuan di Sichuan dan kekuatannya menyebabkan

bangunan-bangunan tinggi di seluruh China bergoyang.Gempa bumi itu yang

berlaku pada pukul 2.28 petang (waktu tempatan), dirasai selama beberapa minit di

Bangkok, Thailand, yang jaraknya kira-kira 3,300 kilometer ke barat daya China.

Bangunan di ibu negara Vietnam, Hanoi, juga dilaporkan bergegar. (

http://kekalkankeindahanbumi.blogspot.com/ )

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 6: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

6

SICHUAN, China: Seorang lelaki menangis selepas

ahli keluarganya menjadi korban gempa.

2.2 Perubahan Systemic Dan Cumulative.

Menurut Turner et al., (1990), terdapat 2 komponen utama dalam perubahan

persekitaran global. Komponen yang pertama adalah perubahan Systemic iaitu

beroperasi dalam skala yang besar dan dalam masa yang sama memberi kesan

kepada kawasan-kawasan yang besar dan luas, contoh yang terbaik adalah

pemanasan global. Komponen yang kedua pula adalah perubahan Cumulative yang

menerangkan jaringan kesan kepada perubahan skala tempatan (local-scale) dalam

kawasan-kawasan berbeza yang mungkin lebih kepada perbezaan alasan tempatan,

contoh yang terbaik adalah peyahutanan.

2.3 Ciri-ciri Perubahan Lembangan Dan Kesan.

Lembangan saliran merujuk kepada suatu kawasan yang meliputi rangkaian

sungai di dalam lingkungan sempadannya yang mengalir dari suatu kawasan tinggi

ke satu poin terendah. Sistem lembangan boleh dibahagikan kepada beberapa

Comment [N3]: Terangkan juga apa, perubahan lembangan ini merujuk kepada perubahan Systemic atau Cumulative

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 7: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

7

subsistem yang utama iaitu subsistem tumbuhan, subsistem permukaan tanah,

subsistem tanih, subsistem zon pengudaraan , subsistem alur sungai, dan subsistem

air bawah tanah dan jauh dalam tanah. Keenam-enam sistem ini saling berkaitan

diantara satu dengan yang lain dan sekiranya salah satu daripadanya terganggu,

subsistemnya yang lain juga akan turut terjejas. Aktiviti-aktiviti manusia pada hari

ini sama ada untuk tujuan pembangunan atau memenuhi permintaan yang semakin

meningkat oleh pertambahan penduduk dunia menyebabkan kawasan lembangan

saliran semakin terancam. Terdapat banyak ciri perubahan lembangan pada hari ini

yang pada akhirnya mendatangkan implikasi negatif pula kepada manusia itu

kembali.

Konflik manusia dan alam sekitar memberi kesan kepada perubahan ke atas

lembangan saliran. Ciri- ciri perubahan lembangan saliran yang diperhatikan

adalah perubahan vegetasi. Perubahan vegetasi merujuk kepada perubahan

terhadap spesis tumbuhan semulajadi yang dilakukan oleh manusia. Perubahan

tersebut disebabkan oleh aktiviti-aktiviti penerokaan hutan untuk pertanian dan

penebangan pokok untuk pembalakan Perubahan vegetasi menyebabkan

perubahan ke atas spesies tumbuhan dan kehilangan sesetengah spesies tumbuhan

hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam kitaran hidrologi

lembangan. Hal ini akan menyebabkan gangguan ke atas proses-proses larian

permukaan, penyusupan, inflitrasi, sejatpeluhan, dan menganggu setiap simpanan

dalam kitaran hidrologi lembangan iaitu simpanan intersepsi, simpanan permukaan,

simpanan lembapan tanih, simpanan air bawah tanah dan simpanan air dalam

tanah. Seterusnya akan menyebabkan perubahan fizikal ke atas lembangan saliran

dan akibatnya berlaku banjir, kemarau, tanah runtuh, hakisan, pemendapan,

pencemaran dan sebagainya.

Ciri-ciri perubahan lembangan juga dapat dilihat melalui perubahan

gunatanah yang melibatkan perubahan fizikal lembangan sungai. Hakisan

merupakan salah satu daripada agen yang menyebabkan perubahan gunatanah

yang mana ianya berlaku apabila litupan tumbuhan mengalami gangguan. Gangguan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 8: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

8

ke atas litupan tumbuhan akan merubah ketelapan permukaan tanah yang akan

meningkatkan aliran permukaan disamping menjejaskan secara negatif imbuhan air

tanah (groundwater recharge). Akibatnya struktur dan komposisi tanah berubah

apabila pokok-pokok yang pada awalnya berperanan sebagai pengcengkam tanah

dimusnahkan dan menyebabkan hakisan serta mendakan sungai. Sebagai

contohnya aktiviti pembangunan sekitar kawasan sungai menyebabkan litupan

tumbuhan yang berada disekitar sungai dimusnahkan bagi tujuan tersebut.

Akibatnya, berlaku perubahan ke atas kualiti air sungai apabila sidment-sidment

tanah dan bahan kimia hasil daripada proses pembangunan menyerap masuk ke

dalam tanah dan seterusnya mengalir ke dalam sungai. Proses yang berterusan akan

menyebabkan sungai tercemar.

Selain daripada itu, ciri-ciri perubahan lembangan yang dapat diperhatikan

adalah perubahan alur sungai. Perubahan alur sungai termasuklah proses

penjajaran alur, pelapisan alur dengan bahan lain dan pengalian alur. Perubahan ini

dilakukan bagi mengelakkan limpahan ke atas dataran banjir. Proses perubahan

alur akan menyebabkan hakisan dan gangguan fizikal seterusnya akan

mengakibatkan kenaikan dan kemasukan sediment ke dalam sungai. Proses ini

berlaku apabila pemusnahan litupan tumbuhan mendedahkan permukaan tanah

kepada agen hakisan dan menyebabkan struktur tanah turut berubah. Akhirnya

sediment dan bahan-bahan toksik tidak dapat diperangkap oleh tumbuhan lalu

mengalir ke dalam sungai apabila hujan turun. Proses yang berlarutan akan

menyebabkan pemendapan sungai dan boleh mengakibatkan banjir berlaku.

Contohnya, Brookes (1987), menjumpai kenaikan kemasukan sediment ke dalam

alur hilir sungai sebanyak 40%. Sementara Sear et al. (1998) menganggarkan

kenaikan adalah 150% melalui projek pemulihan hilir sungai yang dijalankan.

Walau bagaimana pun, nisbah bagi jumlah sidement yang berlebihan adalah hasil

daripada pemendapan hilir sungai.

3.0 KESAN PERUBAHAN.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 9: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

9

3.1 Kesan Perubahan Litupan Tumbuhan.

Kerosakan hutan (kawasan tadahan air) akitbat aktiviti manusia seperti

kegiatan pembalakan boleh mengakibatkan hakisan tanah dan degradasi alam

sekitar yang serius seperti tanah runtuh, peningkatan pengaliran air terus di

permukaan bumi (“increase water runoff”) dan peningkatan kadar kelajuan

pemendapan sungai.

Malangnya kerosakan hutan bukan sahaja berlaku di tebing-tebing bukit,

malah hutan yang menjadi kawasan tadahan air di mana terdapat tumbuh-

tumbuhan dan pelbagai spesis haiwan. Habitat hutan amat mudah terancam kerana

kadar pemulihan semula hutan memakan masa yang lama. Oleh itu, pemusnahan

kawasan ini akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada kita dan fungsi

hutan itu sendiri.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 10: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

10

Sumber : www.sabah.gov

Penyahutanan.

Penyahutanan adalah proses pemindahan litupan tumbuhan hutan

yang asal (hutan dara). Penyahutanan atau pemusnahan hutan ini boleh

berlaku sama ada secara disengajakan ataupun semulajadi. Pembukaan

jumlah terbesar kawasan hutan ini kebanyakannya adalah bagi tujuan

pembukaan kawasan perladangan (kelapa sawit, getah, koko), kawasan

perumahan (perbandaran) atau aktiviti pembalakan. Namun kadang kala

berlaku juga pemusnahan hutan oleh kejadian alam seperti petir dan

kemarau yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran hutan dalam

skala yang besar.

Kesan utama penyahutanan adalah meningkatkan jumlah keseluruhan

larian air permukaan (Bosch & Hewlett, 1982). Pemusnahan pokok-

pokok hutan mengurangkan jumlah intersepsi air dan jumlah

pemeluwapan kembali kepada atmosfera serta ketersampaian air pada

permukaan tanah lebih cepat. Kesan penyahutanan bergantung kepada 3

faktor utama iaitu kawasan pemusnahan hutan tersebut (keluasan), jenis

hutan (kon atau tebal) dan iklim (sejuk,luruh,panas,bunga). Hal ini dapat

dilihat daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh

Stednick, 1996 mengumpul keputusan daripada kajan lembangan di

Amerika Syarikat , dan mendapati kesan penyahutanan boleh diketahui

pada kawasan Pergunungan Rocky yang mana lebih daripada 15%

daripada kawasan tadahan itu sudah diterokai (dibersihkan), namun

lebih daripada 50% daripada kawasan tadahan perlu dibersihkan bagi

membolehkan pengenalpastian perubahan ke atas Great Plains (padang

datar yang luas). hal ini dibangunkan sebahagiannya disebabkan oleh

perbezaan percampuran pokok-pokok di dua kawasan berbeza, namun

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 11: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

11

sebahagiannya lagi disebabkan oleh perbezaan iklim. Kebanyakan

kandungan air di kawasan Pergunungan Rocky ini jatuh pada musim

sejuk sebagai salji dan timbunan salji. Keadaan ini lebih cenderung

meningkat jika hutan dibersihkan (Troendle & Reuss, 1997),

membuktikan bahawa penyahutanan telah memberi kesan yang besar

keatas larian air permukaan. Perbezaan dari segi iklim ini menyukarkan

perbandingan kesan pemusnahan hutan dalam jenis hutan yang berbeza.

Both Bosch & Hewlett and Sahin & Hall (1996) menyampaikan

pengetahuan mengenai hubungan diantara jumlah pembersihan kawasan

hutan dan peningkatan dalam larian air permukaan. Didapati bahawa,

berlaku peningkatan ke atas larian air permukaan dalam pengurangan

10% litupan tumbuhan. Namun peningkatan larian air permukaan pada

pemusnahan kawasan hutan konifer (pokok kon) tidak lah begitu tiggi

jika dibandingkan dengan hutan yang mempunyai jenis pokok berdaun

lebat dan pelbagai saiz. Hal ini kerana hutan jenis konifer sememangnya

mempunyai kadar pintasan hujan yang sedikit oleh saiz pokok dan

daunnya yang kecil serta mempunyai kadar larian air permukaan yang

lebih banyak berbanding hutan jenis tropika (pokok besar, pelbagai

siaiz,padat).

Kesan penyahutanan kepada keseluruhan larian air permukaan

adalah tidak tetap, yang mana ianya juga turut bergantung kepada kaedah

yang digunakan untuk membersihkan hutan. Semakin banyak bilangan

campur tangan peralatan mesin dan kaedah pemusnahan hutan yang

sangat ‘kejam’, semakin meningkat larian air permukaan di kawasan

tersebut.

Penyahutanan meningkatkan aliran puncak bukit iaitu juga

keseluruhan bilangan larian air permukaan, yang mana banjir kecil lebih

mempengaruhinya berbanding banjir besar. Hal ini kerana lebih kecil

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 12: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

12

bilangan keseluruhan simpanan pintasan dalam lembangan relatif kepada

jumlah keseluruhan curahan hujan, lebih kurang kesan simpanan

pintasan tersebut ke atas jumlah air yang sampai ke permukaan tanah.

Banjir kecil boleh menjadi besar dengan adanya penyahutanan dan banjir

baru mungkin boleh terhasil oleh jatuhan hujan yang sebelum ini tidak

pernah menghasilkan maklum balas hidrologikal.

Penyahutanan turut memberi kesan terhadap kelajuan aliran air

permukaan. Hal ini kerana penyahutanan telah memusnahkan fungsi

utama popok-pokok sebagai pemintas kepada jatuhan hujan daripada

jatuh terus kepada permukaan lantai hutan. Halajua air hujan ini

diperlahankan oleh aliran daun ke daun, daun ke ranting, ranting ke

batang dan akhirnya jatuh ke lantai hutan. Kehilangan pokok oleh

penyahutanan menyebabkan air hujan jatuh terus ke permukaan dengan

kadar yang laju dan hanya menyusup sedikit ke dalam tanah dan

selebihnya mengalir sebagai larian air permukaan yang mempunyai

kadar halaju yang tinggi serta terus mengalir masuk ke dalam sungai. Hal

ini menyebabkan aliran air sungai menjadi semakin deras.

Proses penyahutanan bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap

kuantiti dan halaju air yang mengalir namun turut mempengaruhi tahap

kualiti air tersebut. Proses penyahutanan melepaskan nutrien kepada

sungai. Peningkatan jumlah nutrien seperti natrium nitrat, kalium dan

bromin adalah disesabkan oleh beberapa faktor termasuk proses

pereputan tumbuhan yang dipotong, pemecahan kitaran nutrien dan

peningkatan dalam kandungan mineral bahan organik (Neal et al.,1997).

Pembersihan litupan hutan turut menyebabkan peningkatan suhu tanah

dan air yang mana ianya menggalakkan lagi proses pereputan bahan

organik.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 13: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

13

Kuantiti sediment turut meningkat selepas proses penyahutanan yang

mana permukaan tanah berisiko tinggi terdedah kepada jatuhan hujan

dan terganggu. Aliran air hujan membawa sisa sedimen ini masuk ke

dalam sungai dan mengakibatkan peningkatan jumlah kelodak di dalam

sungai yang menyebabkan air sungai menjadi keruh. Peningkatan

berterusan kandungan sediment ke dalam sungai boleh menyebabkan

paras dasar sungai menjadi semakin tinggi dan secara tidak langsung

sungai menjadi cetek. Namun, jumlah sediment yang diangkut tidak

semestinya jatuh terus ke dalam outlet lembangan. Ianya bergantung juga

kepada jumlah yang mampu diangkut oleh aliran air permukaan dan

sudut kecondongannya yang mana kadar angkutan sediment pada

kawasan tanah pama lebih sedikit.

Akhir sekali, penyahutanan di kawasan tanah kering dengan

kandungan garam yang tinggi seperti di Australia telah meningkatkan

konsentrasi garam dalam tanah (Smith, 1998). Hal ini berlaku kerana

pemusnahan hutan meningkatkan pengecasan semula air yang mana

membenarkan peningkatan paras air bawah tanah. Sekiranya air bawah

tanah ini masin, maka tanah akan turut mengandungi garam dan begitu

juga dengan air yang akan mengalir terus ke sungai.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 14: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

14

Sumber : www.sabah.gov.my

Pertanian.

Tanah telah sekian lama digunakan bagi tujuan kegiatan aktiviti

pertanian. Namun, pada zaman dahulu, aktiviti pertanian ini tidak begitu

mendatangkan impak yang besar terhadap kualiti alam sekitar kerana

ianya dijalankan dengan menggunakan kaedah tradisional.

Terdapat 3 dimensi utama pertanian yang mana mempengaruhi

kuantiti kitaran air simpanan lembangan iaitu jenis litupan tumbuhan,

aktiviti fizikal dan kerja-kerja berkenaan penanaman, dan pemindahan

air bagi tujuan pengairan. Jenis litupan tumbuhan mempunyai dua kesan

yang utama. Pertama, tumbuhan yang berlainan menggunakan

kandungan air yang berbeza melalui jangkawaktu pembesaran yang

berbeza. Kadar transpirasinya juga turut berbeza dan begitu juga dengan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 15: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

15

jangkawaktu keseluruhan proses transpirasi dan evaporasi (penyejatan).

Keduanya, tanah mungkin ditinggalkan kosong dalam beberapa tahun

yang mengakibatkan permukaan tanah terdedah kepada jatuhan hujan.

Pada waktu ini, transpirasi mungkin tidak berlaku langsung dan kapasiti

infiltrasi berkurangan akibat ketiadaan tumbuhan menyebabkan

berlakunya aliran air permukaan.

Aktiviti penanaman turut melibatkan banyak aktiviti fizikal dan

gangguan. Pembajakan struktur tanah, dan pemadatan oleh mesin akan

mengurangkan kapasiti penyerapan dan meningkatkan frenkusi ke atas

aliran air permukaan. Pada kebiasaannya, penyerapan tersebut hanya

berlaku disebabkan oleh gangguan ke atas tanah pertanian terutamanya

pada musim sejuk. Sebagai contohnya, perladangan almond di Sepanyol

Tenggara menunjukkan bagaimana frenkusi perubahan ruang yang

merangkumi struktur dan kepadatan tanah menyebabkan berlaku corak

perubahan dalam penyerapan dan penyejatan. ( van Wesemeal et.al,

2000). Kadar penyerapan air hujan lebih cepat beraku pada kawasan

tanah pertanian yang poros iaitu partikel tanah yang membenarkan

kemasukan air secara menegak menuju kepada air simpanan bawah

tanah. Namun, keadaan tanah pertanian yang dipadatkan oleh peralatan

dan jentera pertanian telah menggalakkan lagi berlaku aliran air

permukaan kerana kadar kebolehpegangan air yang dapat ditangkap

lebih kecil bilangannya.

Aktiviti pertanian juga memberi kesan ke atas kualiti air sama ada

secara langsung ataupun tidak langsung. Pembajakan dan pemadatan

tanah oleh peralatan mesin dan hakisan tanah mampu meningkatkan

frenkunsi aliran tanah. Walaubagaimanapun, bukan semua hakisan dapat

menghakis alur sungai terutama dikawasan cerun bukit dan dataran

banjir. Sebahagian sidement yang terkandung dalam alur sungai terhasil

daripada sidement jalan raya dan tapak pertanian ( hasil kajian di

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 16: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

16

Thailand oleh Ziegler& Giambelluca (1997) atau dari aliran longkang.

Empat aspek kimia yang dinilai bagi melihat tahap kualiti air termasuklah

kandungan nutrien, bahan organik, patologi dan bahan pencemar organik

.

Penggunaan racun serangga meningkat sejak kewujudan sektor

peladangan pada tahun 1970. Pada tahun 1980 dan 1990 dalam satu

kajian kes telah mengesan tahap penggunaan racun serangga yang tinggi

dalam tadahan air bagi tujuan pertanian. Air hujan yang membawa sisa-

sisa racun serangga boleh menyebabkan perubahan yang mendadak ke

atas sungai. Ianya berlaku apabila saluran parit dibina di kawasan sungai.

Akhirnya sungai akan dicemari oleh bahan kimai yang terdapat dalam

racun serangga.

Perbandaran dan pembangunan industri.

Proses perbandaran mengubah ciri-ciri fizikal lembangan dan

sekiranya kawasan perbandaran tersebut cukup besar, ia turut

mempengaruhi iklim setempat (Barry & Chorley, 1998). Aktiviti

pembangunan bagi tujuan perbandaran bukan sahaja memberi kesan

terhadap kuantiti malah kualiti air di hilir. Begitu juga yang berlaku oleh

proses perindustrian, namun impaknya lebih kepada perubahan terhadap

kualiti air.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 17: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

17

Pada dasarnya, perbandaran melibatkan proses menggantikan

kawasan litupan asal tumbuhan hutan dengan kawasan ‘hutan konkrit’.

Jaringan aliran air turut meningkat dan amat berkesan termasuk bukan

sahaja melalui kemasukan pantas air daripada tali-tali air, tetapi juga

jalanraya dan saluran parit bangunan-bangunan serta rumah-rumah.

Kesan hidrologikal terpenting perbandaran adalah larian air hujan

lebih cepat dan banyak berbanding hanya sedikit proses infiltrasi,

pengeluwapan dan pergerakan beransur-ansur menuju air bawah tanah

atau sungai. Litupan tanah mempunyai kesan yang paling kurang

sebagaimana peningkatan dalam magnitud jatuhan hujan kerana jumlah

simpanan tadahan yang sedia ada (contohnya dalam tanah). Perbezaan

diantara perbandaran dan lembangan ‘semulajadi’ ke atas kapasiti

simpanan lembapan tanah sedia ada adalah pada tahap terbaik pada

musim panas semasa kelembapan tanah berkurang pada kadar

maksimum. Kesan perbandaran bergantung kepada tahap semulajadi

kawasan tadahan yang telah dibangunkan.

Hilir sungai kawasan bandar mempunyai aliran puncak yang tinggi

dan aliran bawah yang rendah. Bagaimanapun, persekitaran bandar turut

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 18: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

18

mengandungi jaringan paip perhubungan yang mengangkut air minum

dan sisa buangan kumbahan. Kerap kali berlaku kebocoran pada paip-

paip ini (terutamanya paip yang mengangkut aliran air untuk pengguna

yang mempunyai tekanan tinggi) yang boleh menyumbang kepada aliran

dasar tanah bandar dan pengecasan semula air bawah tanah.

Aktiviti perbandaran dan perindustrian melepaskan pelbagai jenis

bahan pencemar kepada persekitaran. Hidrokarbon dan logam berat yang

dihasilkan oleh kenderaan bermotor disebarkan diatas jalanraya, dan

kadangkala dalam sesetengah kes, garam ditabur diatas jalan raya pada

musim sejuk bagi memperlahankan proses pembekuan salji pada

jalanraya. Bahan-bahan asing diatas jalanraya ini akan di basuh oleh air

hujan yang jatuh dan terus masuk ke jaringan sungai yang akhirnya

menyebabkan tahap kualiti air sungai menjadi tercemar teruk. Bahan-

bahan terampai sama ada di atmosfera atau permukaan jalanraya dan

tanah yang berbahaya (zink, nikel, karbon monoksida, tar, sulfer dioksida,

dan lain-lain lagi) akan dilarutkan oleh air hujan membentuk hujan asid

dan aliran air tercemar yang mana akhirnya akan menyerap masuk

kedalam air bawah tanah dan sungai, mengakibatkan berlakunya

pencemaran air serta merosakkan kualiti tanah secara tidak langsung.

Perlombongan dan pengekstrakan mineral.

Aktiviti perlombongan dan pengekstrakan boleh mendatangkan kesan

yang signifikan keatas kualiti dan kuantiti air dalam pelbagai cara. Ianya

dapat dibezakan diantara perlombongan mineral dalam tanah dan

pengekstrakan mineral di atas permukaan tanah.

Perlombongan mineral bawah tanah memberi kesan terhadap

kuantiti dan kualiti air keatas sungai setempat yang mana sebahagian

besarnya melalui kesan buangan daripada lombong. Semasa aktiviti

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 19: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

19

perlombongan dijalankan, adalah perlu untuk memastikan paras air

rendah dengan cara mengepam air keluar. Hal ini boleh menyebabkan

wujudnya kawasan paras air rendah, memberi kesan kepada

pengurangan air bawah tanah, serta pengepaman keluar (dinyahcas) air

secara langsung ke sungai. Kualiti air yang dipamkan adalah baik kerana

ianya pada asalnya adalah air bawah tanah yang biasa. Namun, apabila

perlombongan tidak lagi dijalankan dan pengepaman air diberhentikan,

paras air bawah tanah akan meningkat semula. Hal ini akan

mengakibatkan penyumbangan air bawah tanah kepada ‛streamflow’ ,

dan kesan yang utama adalah ke atas kualiti air.

Apabila paras air bawah tanah meningkat, air akan mengisi ruang-

ruang yang kosong dan membenarkan bahan mudah larut terlarut

dengan kadar yang lebih cepat, menggalakkan peningkatan konsentrasi

larutan bahan pepejal dalam air, dan potensi tahap ketoksidan

sesetengan bahan dalam air yang disedut keluar daripada lombong.

Namun, ketepatan kesan pemberhentian proses pengepaman ini

bergantung secara singnifikan ke atas kriteria geologi (lapisan batuan)

kawasan lombong tersebut. Jangkawaktu kesan tersebut juga adalah

pelbagai bergantung kepada masa yang diambil oleh paras air bawah

tanah untuk memperolehi dan mencapai bahan mudah larut.

Perlombongan dalam dasar tanah boleh membawa kepada

pengurangan tanah iaitu perubahan permukaan topografi dan rangkaian

saliran, dan bahan-bahan termendap pada permukaan (sediment) ini juga

boleh dibasuh atau dibersihkan semasa kerja-kerja perlombongan

dijalankan (termasuk longgokan hakisan) mengakibatkan penurunan

kualiti air.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 20: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

20

Pengekstrakan mineral pada permukaan tanah (perlombongan yang

tidak jauh sehingga ke dalam dasar tanah) mendatangkan kesan yang

lebih ketara kepada landskap permukaan dan lebih mendatangkan kesan

langsung ke atas aliran sungai, aliran air bawah tanah setempat dan

kualiti air. Pokok-pokok ditebang untuk memudahkan aktiviti

perlombongan dijalankan, tanah terdedah kepada jatuhan hujan secara

terus, dan akhirnya membawa bahan kelodak masuk ke dalam sungai.

Kebanyakan sediment hasil daripada aktiviti perlombongan ini

mencemarkan kualiti air untuk jangka masa yang lama walaupun selepas

aktiviti perlombongan ini sudah lama ditamatkan.

3.2 Kesan Perubahan Kegunaan Air.

Air digunakan oleh manusia untuk pelbagai tujuan yang mana

ianya dipindahkan daripada sungai dan akuifer sama ada untuk

tujuan penggunaan domestik dan perbandaran, industri, serta

pertanian. Air ini akan dipulangkan kembali melalui pelbagai proses

sama ada melalui proses transpirasi, penyaluran semula air terpakai

ke sungai, penyejatan dan sebagainya. Perubahan kegunaan air

merujuk kepada penggunaan untuk tujuan pembandaran dan

domestik, industri, pertanian dan pembinaan takungan air/ reseboir.

Pemindahan domestik dan perbandaran serta pemulangannya

kembali.

Pemindahan domestik dan perbandaran menyediakan air kepada

rumah-rumah, kedai-kedai, perniagaan minuman, mencuci dan

Comment [N4]: Apa kaitan dengan PERUBAHAN LITUPAN TUMBUHAN

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 21: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

21

pengepam tandas. Kesemua air terpakai ini akan dikembalikan ke

sungai semula.

Dalam negara maju, kebanyakan air domestik disediakan melalui

sistem bekalan air awam dimiliki dan dioperasikan oleh autoriti

tempatan atau sektor swasta, walaupun masih ada sesetengah

pengguna domestik di kawasan luar bandar memperolehi air mereka

sendiri daripada perigi dan mata air. Penggunaan air bagi skala

individu tidak mendatangkan impak yang besar keatas kuantiti aliran

sungai atau pengisian semula air bawah tanah kerana jumlahnya

sedikit. Namun penggunaan untuk bekalan air awam mendatangkan

impak hidrologikal yang besar kerana kuantitinya yang besar. Bekalan

air boleh diambil sama ada melalui kolam air, secara terus daripada

sungai atau air bawah tanah yang mana kesemuanya mendatangkan

kesan yang berbeza kepada lembangan.

Pengekstrakan air bawah tanah didapati mampu meningkatkan

pendedahan kepada kemarau semasa musim panas. Ia juga boleh

merendahkan aliran sungai dengan cara mengurangkan pengisian

semula air, disamping memberi kesan kepada aliran dengan

menyediakan paras air bawah tanah yang rendah (sekitar telaga) dan

dengan itu merubah tekanan (naik turun) hadraulik air. Sekiranya

pengekstrakan air lebih banyak daripada pengisian semula (recharge)

air tersebut, maka paras air dalam akuifer secara tidak langsung akan

berkurang.

Air yang dibekalkan untuk kegunaan awam biasanya akan dirawat

terlebih dahulu dengan bahan kimia bagi menyingkirkan kandungan

bahan yang boleh memudaratkan pengguna. Namun penggunaan air

bawah tanah contohnya daripada perigi tidak memerlukan proses

rawatan air ini.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 22: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

22

Penggunaan air untuk tujuan domestik dan perbandaran ini perlu

dikembalikan kepada sistem lembangan dengan berpendapat supaya

tidak berlaku pengurangan punca sumber air. Sisa buangan biasanya

dinyahcas secara terus melalui rangkaian-rangkaian longkang awam

atau sistem perumahan seperti jamban (tandas) dan tangki septik

terus kepada sungai atau laut. Hal ini menyebabkan sungai tercemar

dengan pelbagai sisa buangan manusia (kumbahan), bahan organik,

bahan pencuci, dan segala bentuk bahan kimia yang digunakan sekitar

rumah-rumah , kedai-kedai dan premis-premis perniagaan. Sisa

kumbahan mentah boleh mencapai nilai BOD sekitar 300 mg 1‾ ¹ yang

boleh mengakibatkan sungai tercemar teruk.

Proses menyahcas air terpakai semula ke sungai ini boleh

menambahkan kelajuan aliran air oleh pertambahan isipadu air.

Kesan bahan kumbahan yang dilepaskan kesungai menjadi semakin

teruk pada musim panas disebabkan kekurangan penerimaan hujan

dan sekaligus menambahkan kepekatan bahan pencemar dalam air.

Pemindahan perindustrian dan pemulangannya kembali.

Pemindahan perindustrian termasuk air yang diambil dalam usaha

bagi memenuhi proses-proses industri (contohnya, memproses

makanan, membuat keluli) atau sebagai cecair penyejuk dalam alat

penjana kuasa. Kadar ‘proses’ air yang digunakan adalah berbagai-

bagai begantung kepada proses industri tersebut, dan kadar ‘cecair

penyejuk’ yang digunakan bergantung kepada bagaimana penyejukan

dilakukan. Sistem penyejukan terbuka akan kehilangan air melalui

sejatpeluhan ke atmosfera manakala sistem penyejukan tertutup akan

mengitar semula cecair penyejuk (air) dan kembalikan ia semula ke

sungai dalam suhu yang tinggi (dalam bentuk air panas) yang mana

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 23: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

23

boleh menyebabkan ‘pencemaran termal serta boleh meningkatkan

suhu air sehingga beberapa darjah.

Pertambahan penduduk telah meningkatkan pertumbuhan aktiviti

perindustrian di seluruh dunia. Sumber air digunakan bagi pelbagai

tujuan dan diambil sama ada daripada sungai mahupun sumber air

bawah tanah. Masalah yang kian meningkat dalam kebanyakan

bandar industri lama termasuk London dan Birmingham adalah

peningkatan paras air bawah tanah yang disebabkan oleh

perpindahan dan penutupan kebanyakan kilang-kilang industri yang

suatu ketika dahulu menggunakan air bawah tanah sebagai

sumbernya. Hal ini mendatangkan implikasi terhadap pembinaan

bangunan dan infrastruktur di kawasan bandar, disamping berpotensi

mendatangkan kesan terhadap aliran sungai dan kualiti air .

Pemprosesan kilang industri melepaskan pengaliran keluar

kumbahan kepada sumber air. Mengikut sejarahnya, kebanyakan sisa

kumbahan industri dilepaskan tanpa rawatan terus ke sungai, namun

ianya kini semakin jarang berlaku. Kandungan bahan buangan

industri adalah sangat stabil antara industrinya, namun termasuk juga

logam berat, bahan pencemar semulajadi dan sintatik organik yang

mana akhirnya akan mempengaruhi kualiti air sungai semulajadi.

Pemindahan pertanian dan pemulangannya kembali.

Secara mejoritinya, pemindahan air untuk pengairan adalah

terpeluwap ke udara dan tidak kembali secara langsung ke sungai.

Rancangan pengairan disusun daripada telaga seorang petani kepada

sistem kolam air besar keatas sungai-sungai utama. Pengairan untuk

pertanian mendatangkan impak yang signifikan ke atas aliran sungai

dan paras air bawah tanah di kebanyakan negara. Penggunaan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 24: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

24

berlebihan air bawah tanah sebagai contoh telah membawa kepada

kehilangan kawasan paya (wetland) di Spanyol serta beberapa negara

Mediterranean.

Aktiviti penanaman kapas dan padi yang giat dijalankan sekitar

tahun 1950 hingga 1990 memerlukan sistem pengairan yang cekap

dengan penggunaan kuantiti air yang banyak sehingga menyebabkan

sungai menjadi kering seperti yang berlaku pada sungai Amu Darya

dan Syr Darya (terletak di pertengahan negara Asia – Laut Aral).

Kedua-dua sungai ini mengalir hasil daripada jatuhan dan cairan salji

sebagai punca airnya. Sungai Syr Darya kering sepenuhnya diantara

tahun 1974 dan 1986 dan begitu juga yang berlaku pada Sungai Amu

Darya sekitar tahun 1980-an. Laut Aral yang mendapat air daripada

kedua-dua sungai ini turut menjadi kering sehingga ke hari

ini(Micklin,1988).

Apabila air dipindahkan daripada sungai atau air bawah tanah,

pengairan air diagihkan merentasi permukaan tanah dengan pelbagai

kaedah daripada membanjiri, semburan sehinggalah kepada kaedah

titisan air. Pada kawasan-kawasan kering dan separuh kering kaedah

pengairan air untuk tujuan pertanian boleh mengakibatkan

peningkatan dalam kandungan garam tanah. Keadaan ini pada

awalnya berlaku disebabkan oleh pengairan air yang mengandungi

larutan bahan, yang ditinggalkan semasa air ditransprasikan oleh

tumbuh-tumbuhan. Aplikasi pengairan air dengan paras saliniti

(garam) 500mg 1‾ ¹ boleh bertambah diantara 3 dan 12 tan per

hektar garam setahun (Smith, 1998). Masalahnya ialah percampuran

oleh aplikasi pengairan yang tidak cekap, yang mana memberi kesan

dalam membenarkan infiltrasi air kepada air bawah tanah dan

menyebabkan paras air bawah tanah meningkat (membawa sekali

garam yang berada didalamnya). Bergantung kepada pengaplikasian

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 25: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

25

kaedah yang digunakan, boleh dikatakan 50% daripada kaedah

pengairan air boleh menambahkan isian semula air bawah tanah.

Kandungan garam daripada penyaluran air tanah ini boleh

merosakkan kualiti tanah dengan kandungan garam yang tinggi. Hal

ini bukan sahaja boleh mendatangkan kesan ke atas produktiviti

tanaman tetapi juga kesan keatas sebarang air yang mengalir

daripada aliran air tanah ke sungai. Aliran kembali air ini turut

mengandungi konsentrasi yang tinggi hasil daripada bahan kimia

pertanian dan sediment.

3.3 Kesan Perubahan Fizikal Sungai.

Perubahan fizikal sungai merujuk kepada kerja-kerja pengubahan

jaringan alur. Ia meliputi kerja-kerja dalam alur dan kerja-kerja di

dataran banjir untuk mengelakkan ditenggelami air.

Perubahan alur sungai itu sendiri juga boleh mempengaruhi regim

hidrologikal sesuatu kawasan tersebut. Pengubahsuaian alur termasuk

penyusunan semula alur, pelapisan semula alur dengan bahan lain, dan

penggalian dalam lingkungan kawasan alur tersebut (Sear et al.,2000).

Perubahan-perubahan ke atas alur ini berlaku dalam usaha untuk

mencegah air bah (banjir) pada dataran banjir, meningkatkan potensi

navigasi (perbuatan, pelayaran kapal), pengekstrakan batu kelikir, dan

memulihkan alur-alur sungai dalam keadaannya yang asal. Kesan fizikal

yang utama kepada pengubahsuaian alur sungai termasuk bukan sahaja

pada perubahan ketara kepada alur itu sendiri tetapi juga kepada

pemisahan alur itu daripada dataran banjir.

Pengubahsuaian alur sungai yang menukar bentuk alur adalah

dilakukan untuk mengubah bentuk aliran hidrografi, bertujuan untuk

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 26: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

26

menggerakkan air lebih cepat dan mengelakkan limpahan air dalam

dataran banjir. Kesan pemisahan sungai daripada dataran banjirnya

boleh membawa kepada impak yang besar disebabkan oleh kesan

kekurangan ruang simpanan air pada sungai tersebut. Semakin banyak

perubahan dilakukan ke atas kapasiti pengubahsuaian alur, semakin

banyak mendatangkan kesan keatas magnitud (kadar) banjir.

Proses pengubahsuaian alur menwujudkan peningkatan ke atas

kandungan sediment, dijangka sesetengahnya kepada gangguan fizikal

dan sesetengahnya lagi kepada hakisan oleh pengubahan alur.

Perlindungan banjir ini kadang kala disediakan dengan membina

tetambak (benteng) banjir luar daripada alur sungai dan ini tidak

meninggalkan pengubahsuaian ke atas alur. Oleh itu, ianya tidak

mendatangkan kesan bebanan sediment dan kurang aliran laju (iaitu

tidak menyebabkan simpanan melebihi tahap tampungan banjir), tetapi

memberi kesan kepada aliran yang mana kebiasaannya akan melimpah

pada dataran banjir.

Kedua-dua proses pengubahsuaian alur dan pembinaan benteng

banjir mengaitkan hubungan diantara sungai dan dataran banjirnya.

Mengubah frekuensi air bah (banjir) akan memberi kesan kepada

vegetasi dataran banjir, yang mana boleh mengurangkan tahap air sungai

dan merendahkan aras air bawah tanah (water table) dataran banjir.

Dataran banjir ‘wetlands’ mempunyai banyak fungsi hidrologikal dan

ekologikal termasuk menyediakan simpanan kepada air dan sediment,

berperanan utama keatas kitaran nutrient dan karbon kepada kawasan

lembangan saliran serta sebagai zon penampan (‘buffer’) diantara cerun

bukit dan alur sungai.

4.0 KESAN-AKIBAT PERUBAHAN ALAM SEKITAR.

Comment [N5]: Buat tambahan seperti mana yang dibincangkan oleh Arnell. Bincang bahagian CATCHMENT-SCALE EFFECT dan CONSEQUENSES IN THE CATCHMENT seperti dalam rajah yang di lampirkan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 27: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

27

Manusia pada azalinya sangat bergantung kepada alam sekitar untuk

keperluan asas iaitu udara, air dan makanan. Alam sekitar sangat penting untuk

manusia bagi memastikan manusia mendapatkan keperluan asas yang berterusan

untuk hidup. Bagi memastikan keperluan asas yang berterusan, manusia mula

membangunkan sumber alam. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk tujuan

pembangunan sumber tersebut. Namun begitu, pembangunan sumber alam yang

dijalankan menyebabkan pelbagai sumber alam dieksplotasi tanpa henti. Manusia

membangunkan sumber tersebut tanpa perancangan yang mampan sehingga

menyebabkan perubahan alam sekitar secara besar-besaran dan mendatangkan

kesan serta akibat yang negatif kepada ekologi bumi. Kesan ini dapat dilihat dengan

jelas melaui pendekatan sistem yang mana mengaitkan semua sistem bumi yang

saling bergantung diantara satu dengan yang lain termasuk sistem atmosfera,

biosfera, hidrosfera, pedosfera dan litosfera.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 28: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

28

Pelepasan gas pencemar daripada asap kilang.

Perubahan alam sekitar memberi kesan kepada atmosfera bumi. Atmosfera

ialah satu lapisan gas yang menyelubungi atau merangkumi bumi. Kawasan

trofosfera adalah kawasan dimana berlakunya tiupan angin, hujan dan sajli, ribut

hurikan dan tornado . Di sinilah terhimpunnya pencemaran, sama ada kerana

perbuatan manusia atau fenomena semulajadi. Perubahan alam sekitar termasuklah

pemusnahan hutan untuk tujuan pertanian, pembalakan, perindustrian,

perbandaran dan perternakan menyebabkan pencemaran udara. Pemusnahan

hutan menghalang penyerapan gas karbon dioksida dan menyebabkan perubahan

iklim. Pembuangan karbon dioksida ke dalam udara (sebanyak enam juta setahun)

berkeupayaan mengubah iklim dunia. Ia mengancam keseimbangan oksigen di

dalam udara yang perlu bagi berlakunya proses-proses yang penting bagi

kehidupan di bumi seperti proses fotosintesis dan sebagainya. Akibatnya berlaku

pemanasan global ( global warming) yang mempengaruhi manusia dan alam

sekitar. Sebagainya contoh, peningkatan purata suhu atmosfera bumi akan

mengubah cuaca ( climate change) di bumi. Pemanasan global juga menyebabkan

pencairan ais dan glasier di kawasan Antrik dan Antartika dan menyebabkan

peningkatan dalam aras laut.

Pencemaran air merupakan salah satu daripada kesan perubahan alam

sekitar dalam cabang hidrosfera. Air ialah sumber alam yang utama dan merupakan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 29: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

29

bahan yang terpenting untuk menampung kehidupan di bumi. Pencemaran air

adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti manusia yang menjejaskan kualiti air.

Misalnya aktiviti pertanian melibatkan pemusnahan hutan secara besar-besaran

untuk tujuan pembukaan tapak pertanian. Proses ini mendedahkan permukaaan

bumi kepada hakisan tanah yang seterusnya akan menyebabkan tanah yang

terhakis mengalir ke sungai. Proses yang berterusan akan menyebabkan dasar

sungai menjadi cetek apabila bahan-bahan termendak dan kelodak sungai

mencemari sungai melalui proses susupan dan larian air permukaan. Potensi untuk

berlakunya banjir adalah sangat tinggi. Aktiviti pertanian ini juga melibatkan

penggunaan baja kimia yang tinggi. Penggunaan baja kinia yang terlalu banyak

menimbulkan beberapa banyak masalah kerana baja-baja itu diserap ke dalam

tanah menerusi proses larut serap yang dapat mencemarkan air. Misalnya selepas

hujan lebat, bahan-bahan hasil daripada baja kimia di permukaan tanah

dihanyutkan oleh air hujan ke permukaan bumi dan meresap ke dalam sungai. Hal

ini akan meningkatkan lagi pencemaran air akibat daripada penerimaan baja kimia

yang terlalu banyak. Akibat daripada pencemaran air, manusia berdepan dengan

pelbagai masalah seperti penyakit, kekurangan air bersih untuk tujuan domestik

dan perindustrian, pertanian dan sebagainya.

Biosfera merujuk kepada hidupan di dalam bumi. Gangguan ke atas biosfera

menyebabkan manusia dan alam sekitar berdepan dengan gangguan ekologi. Dalam

ekologi, manusia dan alam sekitar saling berinteraksi di antara satu sama lain bagi

memastikan kitaran rantaian makanan dan siratan makanan sentiasa berkitar

mengikut hukum alam. Hal ini bagi memastikan manusia dan alam sekitar

mendapat bekalan nutrien dan makanan yang secukupnya bagi mengelakkan

berlakunya kepupusan spesies-spesies tertentu. Perubahan alam sekitar pada

dasarnya telah mengubah ekologi manusia. Pembangunan sumber alam yang

dijalankan secara berleluasa mengakibatkan sesetengah spesies haiwan dan

tumbuhan pupus dan hal ini menyebabkan gangguan ke atas sumber makanan.

Akibatnya, berlaku kekurangan bekalan makanan bagi menampung keperluan

setiap benda hidup di bumi. Misalannya,sumber protein iaitu ikan yang terjejas

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 30: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

30

teruk akibat aktiviti pemusnahan hutan yang mana sejumlah besar kelodak tanah

yang dihanyutkan dari kawasan pembalakan memasuki anak sungai dan

menyebabkan paras mendapan sungai yang tinggi dan air sungai menjadi keruh.

Akhirnya akan menghalang kemasukan cahaya matahari ke dalam dasar sungai bagi

proses fotosintesis tumbuhan hijau yang merupakan makanan utama bagi spesies

ikan. Faktor ini juga akan menganggu rantaian makanan dalam ekosistem sungai

yang mempengaruhi keseluruhan ekologi bumi.

Perubahan alam sekitar memberi kesan kepada litosfera dan pedosfera

bumi. Tanih dan tumbuhan berkait rapat dan saling berhubungan di antara satu

sama lain. Jika perlindungan tumbuhan diubah sifat asas dan ciri tanih juga berubah.

Pembukaan hutan untuk pertanian cenderung mendedahkan tanih kepada hakisan

titisan hujan, angin dan juga daya-daya meteorologi yang lain. Kesannya akan

menyebabkan perubahan kepada struktur tanih dan kandungan nutrien dalam

tanah. Sebagai contoh, pada abad ke 18 di China Selatan petani-petani telah

menanam jagung dan ubi kentang di cerun-cerun bukit (Chan Ngai Weng et.al

1993). Hal ini telah menyebabkan kadar hakisan yang teruk yang memusnahkan

bukan sahaja tanih di cerun tetapi juga tanih di kawasan dataran. Di Amerika

Syarikat pula, penyalahgunaan tanih pada tahun 1930-an telah mengakibatkan

fenomena ’mangkuk debu’ menyebabkan tumbuhan Steppe dimusnahkan dan

digantikan oleh gurun. Tanih subur juga menjadi tandus akibat layangan angin

(Chan Ngai Weng et.al 1993) . Akibatnya, manusia berdepan dengan pelbagai

bencana alam seperti banjir. Banjir berlaku apabila air hujan tidak dapat diserap ke

dalam tanah akibat daripada kehilangan litupan tumbuhan yang menghalang air

hujan menyusup ke dalam tanah. Hal ini akan menghasilkan air larian permukaan

yang berlebihan dan menyebabkan banjir apabila sungai tidak dapat menampung

lebihan air hujan yang mengalir ke dalam sungai tersebut. Faktor tanah yang

terdedah dengan agen-agen hakisan juga menyebabkan keadaan banjir apabila

struktur dan komposisi tanah tidak dapat menahan air hujan yang turun dan

menyebabkan tanah runtuh. Akibatnya sungai akan dicemari oleh kelodak dan

mendorong kepada keadaan banjir yang berterusan.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 31: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

31

5.0 KESIMPULAN.

Secara kesimpulannya, manusia telah banyak mengubah alam semulajadi

ciptaan tuhan. Kesejahteraan alam yang dahulunya boleh dicapai tidak lagi dapat

dinikmati oleh dunia pada hari ini. Kealpaan kita menjaga alam sekitar termasuk

yang hidup (biotik) dan yang bukan hidup (abiotik) menjadikan bumi kini berada

dalam keadaan yang tidak stabil. Pelbagai konflik timbul diantara manusia dengan

alam termasuk kewujudan pelbagai fenomena alam seperti banjir, ribut taufan,

gempa bumi, hujan batu, dan sebagainya menjadi pengajaran kepada manusia untuk

kembali sedar akan tanggungjawab mereka menjaga alam.

Perataan hutan bagi memberi laluan kepada aktiviti pembangunan negara

termasuk pertanian, perindustrian, pembalakan, pembinaan kawasan perumahan,

dan sebagainya telah mengganggu fungsi semulajadi hutan. Hutan yang penting

sebagai kawasan tadahan air hujan, penyerap suhu dan bahan pencemar, serta

berfungsi memperlahankan aliran hujan melalui proses infiltrasi dimusnahkan

tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung oleh manusia kelak. Segala

pembagunan ini telah memyebabkan lembangan saliran mengalami beberapa ciri

perubahan dan akhinya mendatangkan kesan kepada perubahan litupan tumbuhan,

kegunaan air dan fizikal sungai. Perubahan-perubahan yang berlaku ini seterusnya

mendatangkan kesan dan akibat pula kepada alam sekitar secara keseluruhannya.

6.0 BIBLIOGRAFI.

6.1 Sumber buku.

Chan Ngai Weng et al, 1993. Pengantar Geografi. Selangor. Pencetakan Dewan

Bahasa

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 32: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

32

dan Pustaka.

Nigel Arnel. 2002. Hydrology And Global Environmental Change. Kuala Lumpur.

Prentice Hall.

[Senarai rujukan yang digunakan daripada buku ini ] ;

à Barry, R.G and Chorley. Atmosphere, Weather and Climate. 7th edition

Routledge,London

à Bosch,J.M. and Hewlett,J.D., 1982. A review of catchment experiments to

determine the effects of vegetation changes in the water yield and

evapotranspiration. Journal of hydrology.

à Micklin,P.P., 1988.Desiccation of the Aral Sea- a water management disaster in

the Soviet Union. Science.

à Neal, C.et al., 1997b. The hydrochemistry of the headwater of the River Severn,

Plynlimon. Hydrology and Earth System Sciences.

à Sahin, V. and Hall, M.J.,1996. The effect of afforestation on water yields. Journal Of

hydrology.

à Sear, D.A,. Wilcock, D.,Robinson , M.and Fisher ,K.,2000.River channel

modification in the UK. In : M.Acreman (ed.), The Hydrlogy of he UK: A Study of

Change. Routledge,London,

à Smith, D.I.,1998. Water in Australia: Resources and Management. Oxford

University Press, Melbourne.

Newson, M. 1995. Land, Water and Development River Basin System And Their

Sustainable Management. London : Routledge. (Bab 3 dan bab 4).

Zuraina Majid, 1989. Ekologi Manusia. Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

6.2 Sumber internet.

www.pkukmweb.ukm.my

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 33: Karya ini adalah karya pelajar 1. . · PDF file1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam ... hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam

33

www.efka.utm.my

www.sabah.gov.my

http://kekalkankeindahanbumi.blogspot.com/

www.sciencedirect.com

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.