impak modenisasi terhadap alam sekitar: penelitian ... · pdf filememberi kesan kepada...

27
Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian Beberapa Buah Novel Penulis Sarawak Maharam Mamat Pengenalan Modenisasi bermaksud kemajuan atau proses untuk menjadi moden. 1 Modenisasi juga merupakan satu konsep dalam ruang lingkup sains sosial yang merujuk kepada proses sesebuah masyarakat melalui proses industrialisasi, urbanisasi dalam pembangunan ekonomi dan beberapa perubahan sosial yang lain yang mengubah kehidupan individu atau sesuatu masyarakat dan negara secara keseluruhannya daripada bentuk lama kepada bentuk moden. Istilah ini digunakan bagi merujuk proses pembangunan masyarakat atau negara-negara yang sedang membangun atau yang dikenali sebagai Negara Dunia ketiga. 2 Modenisasi dilihat sebagai satu proses sosial yang berkait rapat dengan pembangunan ekonomi. Daniel Lerner berpendapat bahawa modenisasi ialah satu proses perubahan sosial dan kompenan ekonominya ialah pembangunan dan urbanisasi atau perbandaran. 3 Proses perubahan sosial tersebut akan menghasilkan satu keadaan yang sesuai untuk meningkatkan pengeluaran. Pemodenan ini bukan sahaja perlu dalam institusi bahkan berlaku dalam diri individu. Eisentadt pula menyamakan modenisasi dengan pembaratan atau westernization. Baginya modenisasi adalah proses perubahan ke arah sistem sosial, ekonomi dan politik. 4 Mengekalkan tradisi untuk kebaikan warisan tradisi dianggap oleh pandangan ini sebagai sesuatu yang menghalang dan mengancam pembangunan dan kemajuan. Pendekatan ini telahpun dikritik hebat, khususnya kerana ia mengaitkan modenisasi dengan pembaratan atau westernization. Modenisasi adalah pembangunan berencana yang berstrukturkan pendekatan ekonomi tertentu. Ia dibezakan dengan pembangunan yang tidak dirancang dan 1 Chuanqi, ‚The Civilization and Modernization‛ dlm. 36 th World Congress of International Institute of Sociology, Beijing, China, Julai 2004. 2 Ensiklopedia Malaysiana jilid 8, (Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd., 1996), p. 412. 3 Daniel Lerner, ‚The Passing of Traditional Society,‛ dlm. J. Timmons Roberts dan Amy Hite, From Modernization to Globalization (Oxford: Blackwell, 2000), p. 120. 4 S. N. Eisenstadt, Modernization: Protest and Change (Englewood Cliffs, N.J., Prentice-Hall, 1966), p. 166. Jurnal Elektronik Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu Jurnal e-Utama, Vol. 2 (2009)

Upload: doandat

Post on 12-Feb-2018

285 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar:

Penelitian Beberapa Buah Novel

Penulis Sarawak

Maharam Mamat

Pengenalan

Modenisasi bermaksud kemajuan atau proses untuk menjadi moden. 1 Modenisasi juga merupakan satu konsep dalam ruang lingkup sains sosial yang merujuk kepada proses sesebuah masyarakat melalui proses industrialisasi, urbanisasi dalam pembangunan ekonomi dan beberapa perubahan sosial yang lain yang mengubah kehidupan individu atau sesuatu masyarakat dan negara secara keseluruhannya daripada bentuk lama kepada bentuk moden. Istilah ini digunakan bagi merujuk proses pembangunan masyarakat atau negara-negara yang sedang membangun atau yang dikenali sebagai Negara Dunia ketiga.2

Modenisasi dilihat sebagai satu proses sosial yang berkait rapat dengan

pembangunan ekonomi. Daniel Lerner berpendapat bahawa modenisasi ialah satu proses perubahan sosial dan kompenan ekonominya ialah pembangunan dan urbanisasi atau perbandaran.3 Proses perubahan sosial tersebut akan menghasilkan satu keadaan yang sesuai untuk meningkatkan pengeluaran. Pemodenan ini bukan sahaja perlu dalam institusi bahkan berlaku dalam diri individu. Eisentadt pula menyamakan modenisasi dengan pembaratan atau westernization. Baginya modenisasi adalah proses perubahan ke arah sistem sosial, ekonomi dan politik.4 Mengekalkan tradisi untuk kebaikan warisan tradisi dianggap oleh pandangan ini sebagai sesuatu yang menghalang dan mengancam pembangunan dan kemajuan. Pendekatan ini telahpun dikritik hebat, khususnya kerana ia mengaitkan modenisasi dengan pembaratan atau westernization.

Modenisasi adalah pembangunan berencana yang berstrukturkan pendekatan

ekonomi tertentu. Ia dibezakan dengan pembangunan yang tidak dirancang dan

1 Chuanqi, ‚The Civilization and Modernization‛ dlm. 36th World Congress of International

Institute of Sociology, Beijing, China, Julai 2004. 2 Ensiklopedia Malaysiana jilid 8, (Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd., 1996), p. 412. 3 Daniel Lerner, ‚The Passing of Traditional Society,‛ dlm. J. Timmons Roberts dan Amy Hite,

From Modernization to Globalization (Oxford: Blackwell, 2000), p. 120. 4 S. N. Eisenstadt, Modernization: Protest and Change (Englewood Cliffs, N.J., Prentice-Hall,

1966), p. 166.

Jurnal Elektronik

Jabatan Bahasa &

Kebudayaan Melayu

Jurnal e-Utama, Vol. 2 (2009)

Page 2: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Maharam Mamat

82

sinonim dengan pembaratan. 5 Masyarakat Barat dan masyarakat bukan Barat, adalah dua bahagian yang terpisah. Masyarakat Barat dikelaskan sebagai masyarakat moden dan mereka telah mengalami perubahan daripada zaman tradisionalnya melalui proses modenisasi. Masyarakat bukan barat pula masih lagi berada pada peringkat tradisional dan perubahan, maka proses modenisasi boleh dicapai dengan berlakunya perubahan dalaman. Proses modenisasi berteraskan kapitalisme barat akan menyebabkan negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi tradisional terpaksa mengorbankan beberapa budaya material, tradisi, teknologi dan pengetahuan tempatan sehingga hilang identiti mereka sendiri. Modenisasi yang dipaksakan terhadap orang asli di Malaysia contohnya, menyebabkan mereka tidak lagi berkebolehan mempraktiskan ilmu dan kemahiran yang mereka warisi sejak berzaman dari nenek moyang seperti amalan dan tradisi kebudayaan serta kemahiran perubatan tradisional. Petempatan dan cara hidup baru yang diperkenalkan kepada mereka telah menjauhkan mereka secara batin dan fizikal dengan ilmu-ilmu tradisional tersebut.

Modenisasi dianggap sebagai anti tradisi. Pemodenan akan cuba meruntuhkan

nilai-nilai atau apa sahaja yang berkaitan dengan sifat tradisional. Tiada nilai-nilai tradisi yang dapat wujud bersama dengan nilai moden. Sesebuah masyarakat yang mahukan kemodenan perlu mengikut paten pemodenan barat yang meninggalkan sama sekali unsur-unsur tradisional. Semua perubahan dalaman ini dianggap kunci perubahan yang penting kerana masyarakat tradisional disaluti oleh ciri-ciri keusangan dan lapuk dalam nilai, kepercayaan, sikap dan perwatakan anggota-anggotanya. Tuntutan sebegini terhadap masyarakat dunia ketiga menyebabkan berlakunya tindak balas yang keterlaluan. Pada dasarnya, kebanyakan teori modenisasi melihat tradisi sebagai penghalang bagi pertumbuhan ekonomi. Modenisasi dianggap akan mengundang keganasan dan perubahan yang radikal bagi masyarakat. Walau bagaimanapun, hal ini dianggap sebagai ‚harga‛ yang patut dibayar untuk sesebuah masyarakat yang ingin memacu kemajuan. 6 Masyarakat yang masih ketinggalan juga berhak untuk menikmati kemajuan yang dibawa oleh pemodenan, walaupun sebenarnya golongan inilah yang tewas oleh derasnya arus tersebut. Hal ini diungkapkan seperti berikut:

"Economic development of an underdeveloped people by themselves is not compatible with the maintenance of their traditional customs and mores. A break with the latter is a prerequisite to economic progress. What is needed is a revolution in the totality of social, cultural and religious institutions and habits, and thus in their psychological attitude, their philosophy and their way of life. What is, therefore, required amounts in reality to social disorganization. Unhappiness and discontentment in the sense of wanting more than is obtainable at any moment is to be generated. The suffering and dislocation that may be caused in the process may be objectionable, but it appears to be the price

5 Ahmad Shukri & Rosman Yusoff, Konsep, Teori, Dimensi & Isu Pembangunan, (Johor: Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia, 2003), p. 52. 6 Mashitah Sulaiman, Ros Aiza Mohd Mokhtar dan Abd Hakim Mohad, ‚Modenisasi Di

Sabah: Kesannya Terhadap Tradisi dan Budaya Masyarakat Bumiputra.‛ Kertas-kerja

Konferensi Antaruniversiti Se Borneo-Kalimantan ke 5, Kota Kinabalu, Jun 2009.

Page 3: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi terhadap Alam Sekitar

83

that has to be paid for economic development; the condition of economic progress.7 Menurut pandangan ini, masyarakat yang mengikut tradisi tidak mempunyai

banyak pilihan kecuali mengadaptasi kemodenan tersebut ataupun menghapuskannya. Proses modenisasi sebenarnya belum sepenuhnya berjaya untuk memenuhi matlamatnya bagi menghasilkan pertumbuhan dan membawa kesejahteraan hidup kepada seluruh penduduk dunia amnya. Faedah pembangunan yang telah terhasil kini tidak diagihkan secara sama rata sama ada antara negara ataupun di dalam negara, antara yang kaya dan yang miskin. Malah, banyak impak alam sekitar berlaku selaras dengan perkembangan ini, namun ianya bagai terpinggir tanpa perhatian. Penebangan hutan tanpa kawalan, pembalakan haram, pencemaran alam sekitar akibat ketidakseimbangan pembangunan, persaingan antara spesis dan sebagainya dianggap sebagai ancaman terhadap kelancaran modenisasi, sedangkan pembangunan mampan menawarkan satu bentuk pembangunan yang seimbang antara peluang pembangunan pada masa kini dengan kelangsungan hidup untuk ganerasi akan datang.

Alam Sekitar dalam Sastera Alam sekitar adalah semua faktor dan keadaan fizikal, sosial dan kebudayaan

yang mempengaruhi kewujudan dan perkembangan organisma. Ahli ekologi berpendapat alam sekitar merupakan kesemua keadaan dan pengaruh luaran yang memberi kesan kepada kehidupan dan perkembangan organisma. Elemen alam sekitar boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan, iaitu:

i. Alam sekitar fizikal: terdiri daripada elemen-elemen air, udara, tanah dan

bahan galian; ii. Alam sekitar biologi: elemen-elemen bernyawa terdiri daripada biotik dan

abiotik yang juga merupakan komponen penting alam sekitar; iii. Alam sekitar sosial; merangkumi keseluruhan sistem sosial seperti

kebudayaan, ekonomi, agama dan kepercayaan serta sistem politik; iv. Alam bina atau alam sekitar buatan manusia: alam yang telah

dibangunkan oleh manusia untuk mencapai tujuan tertentu seperti kawasan perbandaran, kawasan penempatan, kawasan pertanian dan sebagainya.8

James Baldwin mendefinisikan alam sekitar sebagai lingkungan dan

keseluruhan keadaan luaran yang memberi pengaruh serta berinteraksi dengan organisma dalam apa juga peringkat kedudukannya.9 Ia bermakna, alam sekitar perlu dilihat secara keseluruhan tanpa mewujudkan pemisahan antara komponen-komponen di dalamnya. 10 Sekiranya dirujuk kepada ahli ekologi, mereka berpendapat bahawa alam sekitar merupakan semua keadaan dan pengaruh luaran

7 J. L. Sadie, "The Social Anthroplogy of Economic Underdevelopment," The Economic Journal,

70 (1960): 302, dipetik daripada Gérald Berthoud, "Market," in The Development Dictionary, ed.

Wolfgang Sachs (London: Zed Books, 1992), p. 72-73. 8 Abdullah Mohamad Said, Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar (Shah Alam: Institut Teknologi

Mara, 1999), p. 1. 9 Baldwin, J.M (ed.), Encyclopaedia of Philosophy and Psychology (New Delhi: Cosmo Publica-

tions, 1986), vol.II, p. 346. 10 Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali, Etika Alam Sekitar, 2002, p. 22.

Page 4: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Maharam Mamat

84

yang memberi kesan kepada kehidupan dan perkembangan organisma. Kamus Webster menjelaskan maksud alam sekitar sebagai semua faktor dan keadaan fizikal, sosial dan kebudayaan yang mempengaruhi kewujudan dan perkembangan organisma.11 Pelbagai tanggapan dan perbezaan pendapat terhadap maksud alam sekitar yang berlaku bergantung kepada perspektif mana seseorang itu melihat alam sekitar itu sendiri. Apa yang pasti, alam sekitar tidak sahaja merangkumi elemen-elemen fizikal sahaja tetapi juga turut memuatkan aspek sosio-budaya masyarakat.12

Isu alam sekitar merupakan isu sejagat yang menarik perhatian penulis untuk

dikemukakan dalam karya mereka. Di Malaysia, kehadiran elemen-elemen dan isu-isu berkaitan alam sekitar telah lama diterapkan dalam karya sastera. Shahnon Ahmad dalam Ranjau Sepanjang Jalan (1966) telah mengemukakan hubungan yang erat antara manusia dan alam sekitar melalui konflik yang wujud antara keduanya. Konflik kepentingan antara dua spesis ini telah dipersembahkan dengan jayanya dalam novel ini dan diakui oleh para sarjana. Zakaria Ali melalui novel Empangan (1991) pula cuba mengajak pembaca untuk berfikir tentang hubungkaitan antara manusia dan alam sekitar yang memerlukan satu hubungan yang harmoni. Pembinaan empangan mempunyai pelbagai konflik dengan alam sekitar seperti ancaman kepupusan flora fauna dan persekitaran semulajadi walaupun pada masa yang sama mempunyai kesan positif seperti peningkatan taraf ekonomi penduduk dari tenaga yang dihasilkan atau perkembangan industri pelancongan. Kini, isu berkaitan alam sekitar kian mendapat tempat dalam penulisan novel yang boleh dilihat dalam novel-novel seperti Desir Angin di Pergunungan (2007) oleh Mohamad Kholid Hamzah yang menerapkan pembangunan mampan dalam kehidupan dan pembangunan masa kini; Transgenesis (2008) ditulis oleh Amir Husaini berkaitan dengan isu pelanggaran etika bioteknologi, Igau (2008) oleh A. Rahman C.M berkaitan kisah Penan yang berhadapan dengan cabaran semasa masa kini dan sebagainya. Walau bagaimanapun, analisis berkaitan alam sekitar yang dilakukan terhadap novel-novel Melayu tidak dilakukan secara mendalam.13

Perkembangan bidang kesusasteraan di Sarawak berlangsung dalam suasana

yang sederhana berbanding pertumbuhan yang berlaku di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun karya-karya yang dihasilkan oleh penulis di negeri Sarawak agak kurang dibincangkan di peringkat kebangsaan kecuali karya beberapa orang penulis yang biasanya memenangi peraduan tertentu. Nama-nama seperti Jong Chian Lai, AwangKu Merali Pegiran Mohammad, Jais Sahok, Zaini Ozea, Saiee Driss, Jeli Bahari Biha, Awang Rosli Awang Jaya dan beberapa nama lain memang tidak asing lagi kepada pengkritik sastera nasional, namun sebenarnya masih ramai pengarang dari negeri Sarawak yang menghasilkan karya dalam bidang kesusasteraan tetapi gagal mendapat perhatian dan kritikan yang sewajarnya. Dalam penulisan novel, bilangan berkenaan menjadi semakin kecil. Ini antara sebab mengapa novel-novel yang dihasilkan pengarang tempatan Sarawak kurang mendapat kupasan para sarjana berbanding penulis Semenanjung. Pertumbuhan dan perkembangan sastera Melayu di Sarawak kurang mendapat perhatian dan tidak diketahui oleh para peminat sastera, sama ada di Sarawak khasnya ataupun di Malaysia amnya kerana kekurangan usaha penyelidikan yang meluas dan

11 Webster’s New World Dictionary, edisi kedua (Ohio: William Collins and World Publish-

ing, 1976), p. 59. 12 Abdullah, Pengurusan Sumber, p.2. 13 Maharam Mamat, ‚Interaksi Masyarakat Pribumi dan Alam Sekitar: Satu Kajian Etika dalam

Novel Jong Chian Lai.‛ Kertas-kerja Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia, Universitas

Padjadjaran dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandung, Indonesia, November 2009.

Page 5: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi terhadap Alam Sekitar

85

mendalam. Ini menyebabkan timbulnya anggapan yang mengatakan Sarawak tandus daripada pertumbuhan dan perkembangan bakat serta karya sastera, sedangkan hakikat sebenarnya, penulis-penulis di negeri Sarawak juga menghasilkan karya-karya yang besar dan berat gagasannya.14

Negeri Sarawak merupakan sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan

pelbagai adat resam, budaya, kepercayaan dan amalan selain dari keindahan

buminya secara semulajadi. Kepelbagaian ini telah diserapkan ke dalam karya secara

tidak langsung dan diterjemahkan oleh pemikiran pengarang berkenaan berkaitan

persekitaran yang dialaminya. Menyedari hakikat berkenaan, kajian ini akan

menganalisis lima buah novel yang dihasilkan oleh penulis yang berasal dari negeri

Sarawak iaitu novel Pindah (Jong Chian Lai), Suara Dari Rimba (Jong Chian Lai),

Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga (Jong Chian Lai), Ngayau Air (Hamlin Bolhi) dan

Jagung Pulut Pusaka Moyang (Jais Sahok).

Impak Modenisasi dalam Karya Sastera

Modenisasi membawa bukan sekadar pembangunan, pemodenan dan kesejahteraan hidup, namun pada masa yang sama, modenisasi tanpa kawalan atau garis panduan secara wajar akan turut mengheret impak yang perlu ditampung. Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan perubahan kualiti alam sekitar, persaingan antara spesis dan konflik masyarakat pribumi.

Perubahan kualiti alam sekitar

Teori Darwin menjelaskan bahawa kepelbagaian spesis yang wujud di sesuatu

lokasi itu merupakan ekologi yang paling seimbang menerusi suatu hubungan simbiosis setelah mengalami persaingan untuk hidup (survival of the fittest). Jika berlaku anjakan atau perubahan, maka keseimbangan ekosistem turut berubah yang akan mengambil masa puluhan tahun untuk sampai ke tahap keseimbangan yang baru.15 Penulis kreatif sering mengangkat keindahan alam dalam pelbagai genre penulisan seperti puisi, cerpen dan novel. Gambaran keindahan alam semulajadi akan mewujudkan satu suasana tenang, indah, segar, malah mengasyikkan. Tanpa mengira genre, keindahan alam sekitar seakan terlalu akrab dalam penulisan kreatif. Petikan berikut antara gambaran keindahan alam yang dikemukakan dalam novel:

James Rich terus terjun ke dalamnya. Airnya sungguh dingin dan

batunya licin. James Rich cuba untuk bertahan merempuh arus itu kerana dia harus merakam gambar anak jeram yang terbentuk begitu indah di permukaan sungai. Arus air cuba menghanyutkan tubuh gempal itu. Pokok-pokok engsurai membentuk bumbung hijau di tengah-tengah sungai. Dia melihat seekor burung pekaka cicit yang bertenggek di atas dahan yang rebah di muka sungai. Beberapa cabang kecilnya mencecah air; cabang itu dibedal mengikut arus. Dia menanti burung itu terbang untuk memetik kameranya.

14 Maharam, ‚Interaksi Masyarakat Pribumi,‛ 2009. 15 Zaini Ujang, Minda Lestari: Pembangunan Negara dan Pemuliharaan Alam Sekitar (Johor:

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2009), p. 194.

Page 6: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Maharam Mamat

86

Sungai, batu, pokok, burung, serangga, rumput, binatang dan Penan menjadikan rimba itu suatu kewujudan tanda kebesaran Tuhan.

(Suara dari Rimba; 46-47)

Perincian ini menyerlahkan tentang interaksi yang harmoni antara alam semulajadi yang terdiri daripada flora dan fauna selain alam sekitar fizikal. Gambaran awal tentang keindahan kawasan hutan sebelum berlaku pencerobohan hutan dan penyahutanan daripada aktiviti pembalakan menyerlahkan tentang erti keindahan sebelum alam semulajadi ini hilang.

Bagi masyarakat yang berteraskan pertanian, imej dan peranan sungai

terserlah sebagai nadi kehidupan. Sungai menjadi sumber pengairan, minuman, pembersihan dan jalan pengangkutan.16 Berasaskan keperluan yang sangat besar untuk menjaga sumber air dan sungai, hutan dan ekosistemnya yang saling berkaitan itu, pengarang melukiskan keindahan flora, fauna dan alam semulajadi fizikal dengan perincian yang terpenuh keindahan. Hal yang sama dikemukakan untuk menggambarkan kekayaan fauna di belantara Sarawak seperti petikan berikut:

Bising lotong sahut-menyahut mengimbau dari jauh, dari arah hulu

sungai Batang Layar. Di atas, tupai-tupai girang melompat di ranting-ranting, terjun ke cabang pokok embawang. Kemudian pantas berlari berkejaran bila terkejut disergah kedatangan seseorang di bawah. Tupai pun menghilang di dalam rimbunan daun hijau pokok empetir. Terus menikus tidak bunyi-bunyi lagi di sarang di puncak pokok itu. Beberapa ekor monyet lari lintang-pukang melihat gelagat tupai yang lari ketakutan itu. Bising monyet deras membingitkan hutan hijau dan unggas serta mergastua di situ pantas menyorokkan diri pada tempat yang terlindung. Lalu bising itu semakin menjauh. Kemudian hilang ditelan jarak. Cuma burung tiung, ketupong, gagak rimba dan kenyalang melintas cepat di puncak meranti. Ada juga yang berani melintas laju di bawah. Kemudian menghilang di celah-celah pokok mara bara, bertenggek di akar tenggang yang bergayutan dari dahan pokok merbung berjuntai ke bawah, juga di akar basung yang merayap pada perdu pokok mara gantung. Hutan menghijau tidak begitu jelas. Samar-samar.

(Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga; 2) Pembaca dihidangkan dengan suasana meriah fauna yang hidup secara liar

dalam alam semulajadi. Suasana sebegini menggambarkan habitat berkenaan dihuni oleh pelbagai jenis hidupan. Kepelbagaian habitat yang wujud ini juga secara tidak langsung menyatakan bahawa kawasan hutan berkenaan selamat untuk didiami, mempunyai sumber makanan yang mencukupi dan sesuai dengan keperluan hidupan. Situasi ini bersesuaian dengan teori Darwin seperti dinyatakan di atas. Keseimbangan ekosistem yang wujud sangat penting bagi memastikan peningkatan kandungan karbon dioksida yang diserap, kandungan oksigen yang dibebaskan dan pemuliharaan kepelbagaian spesis. Semua ciri ini memenuhi keperluan alam sekitar yang seimbang.

Manusia dan alam sekitar saling berhubungan dan memberi kesan antara satu

sama lain. Alam sekitar mampu mempengaruhi kehidupan manusia, bahkan keseluruhan tamadun manusia dipengaruhi alam sekitar. Ini memberi rangsangan kepada manusia untuk melakukan tindakan dan aktiviti bagi mencapai hasrat

16 Zaini, Minda Lestari, p. 163.

Page 7: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi terhadap Alam Sekitar

87

tersebut sejajar dengan nilai yang dianuti. Tindakan dan aktiviti manusia itu pula sebaliknya mempengaruhi alam sekitar. Keseimbangan alam yang terjejas menyebabkan wujudnya masalah alam sekitar. Ia berkait rapat dengan aktiviti pembangunan. Masalah alam sekitar terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:

i. Masalah alam sekitar akibat daripada tiada atau tidak cukup pembangunan:

dilihat di negara-negara mundur seperti kekurangan infrastruktur, pembangunan yang tidak sempurna, tiada bekalan air bersih, kemiskinan, kebuluran, wabak penyakit dan bencana alam.

ii. Masalah yang diakibatkan daripada kepesatan aktiviti pembangunan: berlaku apabila pembangunan tidak dirancang dan dikawal dengan rapi yang akan menimbulkan kesan sampingan terhadap alam sekitar.17

Perubahan kualiti alam sekitar yang tidak ditangani secara wajar seperti

mengabaikan pembangunan mampan (pendekatan pembangunan yang dilakukan untuk memenuhi keperluan semasa tanpa melenyapkan peluang yang sama untuk dinikmati oleh generasi akan datang), memungkinkan tercetusnya impak terhadap alam akibat transformasi sosial yang tidak seimbang. Gangguan terhadap alam semulajadi ini berlaku ekoran pelanggaran etika alam sekitar dalam satu interaksi yang songsang. Kerakusan aktiviti pembalakan menyebabkan timbul impak terhadap alam sekitar, berbanding interaksi yang diamalkan masyarakat pribumi dengan persekitaran yang mereka diami. Perubahan kualiti alam sekitar melalui pencemaran telah dikemukakan dalam novel-novel kajian.

Bermula dengan pembalakan haram tanpa kawalan, krisis alam sekitar akan

mencetuskan impak yang lebih besar. Balak-balak yang ditebang menyebabkan hutan diterangkan secara berleluasa. Ia bukan sahaja telah mengganggu spesis yang hidup dalam ekosistem hutan tersebut, tetapi turut menyebabkan berlaku pencemaran bunyi, udara dan air, malah pada masa yang sama menyumbang kepada hakisan tanah. Isu perubahan kualiti alam sekitar ini telah digarap dalam novel Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga, Suara dari Rimba dan Ngayau Air. Pembalakan haram yang dilakukan di Nanga Tiga telah menggugat alam sekitar kawasan berkenaan. Kehijauan hutan, keindahan alam dan kesegaran persekitaran di Nanga Tiga turut berubah apabila aktiviti pembalakan dilakukan.

“Tanah kita tu subur menghijau. Sungai masih jernih. Kita buat basuh

pakaian. Basuh itu dan ini. Mandi. Buat minum air. Itu saja ada di situ...sebatang tu aje. Kalaulah batang balak tu ada di situ, airnya keruh, bahaya mengancam, penyakitpun datang dan sungai tu tak boleh kita pakai lagi. Bukan itu aje...” api di hujung rokok Tekaun marak sekejap dikemutnya. Tarat melipat daun sirih yang sudah diisi kapur terus memasukkan ke mulut merahnya.

(Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga; 56)

Pembalakan yang dijalankan dengan rakus telah mengganggu ekosistem hutan.

Gangguan berkenaan menyebabkan berlaku perubahan terhadap alam sekeliling. Sungai yang jernih dan sejuk itu menjadi sumber minuman utama mereka selama ini. Namun, apabila kawasan sekitarnya telah dibalak, sumber air sungai yang mereka gunakan itu telah berubah menjadi keruh. Bukit-bukit yang menghijau telah digondolkan, balak-balak telah ditebang dengan rakus. Penghuni Nanga Tiga bukan sahaja berdepan dengan kemerosotan sumber hutan seperti rotan, gaharu, binatang

17 Abdullah, Pengurusan Sumber, p. 11.

Page 8: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Maharam Mamat

88

buruan dan haiwan lain, tetapi terpaksa berdepan dengan bunyi bising jentera, suhu hutan yang kian meningkat, malah mutu air sungai juga turut berubah.

Perubahan ini bukan sahaja menyebabkan mereka perlu mencari sumber air

minum yang lain, tetapi juga mendatangkan bahaya kerana menjadi punca penyakit. Kehijauan yang mereka nikmati selama ini juga akan hilang secara beransur-ansur. Perubahan mutu kualiti alam sekitar ini tidak berlaku secara terpisah, sebaliknya saling berkaitan antara satu sama lain. Penebangan balak tanpa kawalan menyebabkan hakisan permukaan. Permukaan tanah terdedah ini akan dihakis oleh air hujan atau angin yang akan dimendakkan ke sungai. Mendakan yang dibawa air larian permukaan ini akan menambah kandungan bahan cemar dan terampai di dalam sungai hingga menyebabkan pencemaran air. Mendapan ini pula menjadi kelodak dan menimbus dasar sungai hingga akhirnya sungai menjadi cetek. Sungai yang cetek boleh menyebabkan berlaku limpahan dan banjir apabila hujan lebat. Kekeruhan air sungai pula bukan sahaja mengancam kesihatan manusia melalui pelbagai jenis penyakit bawaan air, malah juga turut mengganggu hidupan sungai yang lain. Gangguan berkenaan boleh menyebabkan hidupan sungai mati dan pupus secara perlahan-lahan. Kesannya tetap berbalik kepada manusia.

Perlu disedari bahawa hutan mempunyai pelbagai kepentingan dan kegunaan

yang ada masanya saling bercanggah. Pembalakan umpamanya, sangat penting sebagai sumber ekonomi negara, namun pada masa yang sama, aktiviti pembalakan bercanggah dengan pengekalan kesemulajadian hutan. Memusnahkan hutan akan melenyapkan kegunaan hutan sebagai sumber penting terhadap industrian perkayuan negara, kegunaan rekreasi, penyelidikan dan perkembangan sains dan teknologi. Pelbagai masalah alam sekitar seperti hakisan tanah, pencemaran, banjir, ketidakseimbangan sistem hidrologi, mengurangkan simpanan air dan memusnahkan tumbuhan serta hidupan liar juga turut berlaku. Pemusnahan hutan disumbangkan melalui pelbagai aktiviti seperti:

i. Pembalakan secara berleluasa untuk memenuhi industri perkayuan, ii. Pembukaan tanah baru untuk pembangunan pertanian secara besar-

besaran, iii. Pembangunan bandar baru, kawasan perindustrian, infrastruktur fizikal

seperti lebuh raya, empangan dan sebagainya, iv. Pertanian pindah, v. Penebangan pokok untuk kegunaan kayu api dan arang, vi. Penggunaan hutan sebagai padang ragut, vii. Kebakaran hutan, viii. Peperangan.18

Sebahagian daripada hutan di Malaysia telah diteroka melalui aktiviti

pembalakan bagi tujuan perkayuan, pembangunan kawasan pertanian dan penempatan, pembangunan infrastruktur dan aktiviti pertanian pindah. Aktiviti pembalakan telah bermula pada kurun ke-19 tetapi menjadi bertambah ketara selepas perang dunia ke dua dan mencapai tahap paling tinggi pada tahun 70-an.19 Selain memperoleh hasil hutan berasaskan kayu, hutan juga menjadi nadi kepada sumber air dan kepelbagaian biologi dan pengimbang suhu daratan. Teras bagi pembangunan hutan ialah pemuliharaan, penggunaan produk hutan dan kawasan tadahan yang diuruskan secara lestari, termasuk membangunkan sumber kekayaan

18 Ibid, p. 66. 19 Ibid, p. 68.

Page 9: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi terhadap Alam Sekitar

89

secara lestari dari produk hutan seperti produk herba dan ubat-ubatan, aktiviti ekopelancongan dan biopenerokaan.20 Novel Suara Dari Rimba telah menjadikan isu pembalakan sebagai pencetus terhadap kualiti alam sekitar. Pembalakan yang dilakukan hingga menceroboh kawasan masyarakat Penan menyebabkan kaum Penan bangkit memberontak. Kesedaran kaum Penan tentang perubahan kualiti alam sekitar telah mendesak mereka untuk melakukan piket. Piket ini berjaya menghalang golongan pembalak daripada mengangkut hasil pembalakan keluar. Kesedaran tentang perubahan kualiti alam sekitar ini tidak membawa apa-apa perubahan kepada kehidupan mereka kerana suara itu hanya bergema di dalam rimba sahaja. Penentangan mereka tidak didengari oleh golongan pentadbir kerajaan dan pemerintah, namun penentangan yang dilakukan ini memaparkan betapa golongan yang terpencil ini mula sedar kehidupan mereka kian tergugat dengan kemerosotan kualiti alam sekitar.

Pengarang karya kreatif menyedari tentang kepentingan fungsi hutan terhadap

kehidupan. Hutan berperanan dalam ekologi alam sebagai pelindung, pengawal dan penghasil kepada alam sekitar. Hutan melindungi tumbuhan dan hidupan liar. Hutan turut mengawal dan mengimbangi kandungan gas di atmosfera seperti kandungan oksigen dan karbon dioksida, mengekalkan kestabilan kitar air seperti mengimbangi kadar pemeluwapan dan kandungan air bawah tanah, mengimbangi suhu harian dan mempengaruhi pergerakan udara. Hutan juga menghasilkan berbagai-bagai jenis kayu, kulit, buah-buahan, daun dan bahan kimia yang sangat penting kepada alam semulajadi dan manusia. 21 Kepentingan hutan terhadap kehidupan masyarakat Penan dipaparkan Jong Chian Lai seperti petikan berikut:

“Hutan ni...rumah kami, stor makanan, stor pelbagai dan hospital

kami. Kalau kami sakit kepala, demam, luka atau dipatuk ular, doktor sentiasa ada dalam hutan ni. Macam di bandar juga. Nyak kapak awak seperti buhau getimang, telikud dan tanan ga. Kalau nak musnahkan hutan ni, baik juga musnahkan hospital dan kedai kamu pada masa yang sama.”

(Suara dari Rimba; 346) ‚Hutan ni...rumah kami, stor makanan, stor pelbagai dan hospital kami‛

hanyalah satu ungkapan yang mudah, namun amat besar maknanya. Berdasar ungkapan ini juga, pembaca didedahkan tentang kebergantungan masyarakat Penan terhadap alam semulajadi dalam seluruh kehidupan mereka. Kebergantungan berkenaan sama seperti masyarakat moden yang sangat bergantung terhadap hospital apabila sakit dan pasaraya yang menjual pelbagai keperluan hidup. Memusnahkan hutan yang mereka diami sama seperti memusnahkan hospital dan pasar yang menjadi nadi kehidupan sesebuah masyarakat. Menurut Zaini, projek-projek pembangunan yang hendak dimajukan di hulu kawasan tadahan air (hulu muka sauk dan loji rawatan air) perlu dinilai bukan sahaja dari segi kesan alam sekitar, bahkan harus juga disusuli dengan kemungkinan risiko kesihatan awam.22

Kemerosotan alam sekitar dalam Suara Dari Rimba juga dibincangkan Jong

Chian Lai melalui kaitan antaranya. Pembaca yang mempunyai pengetahuan tentang punca pencemaran sungai akibat pembalakan dapat memahami perkaitan

20 Zaini, Minda Lestari, p. 45. 21 ibid, p. 64. 22 ibid, p. 160.

Page 10: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Maharam Mamat

90

yang wujud dalam setiap situasi walaupun pengarang menyatakan persoalan berkenaan dengan beberapa perkataan sebagai pembayang seperti petikan di bawah:

“Kau datang dari kem tu...apa yang kau nampak?” Dia mendengar

kata-kata Agan Polisi Jeluan, kemudian suara Busak Elon. “Balak...” “Kau ke sini...melalui sungai...apa yang kau lihat?” soal Agan Polisi

Jeluan. “Sungai keruh...” “Sampai di sini...apa yang kau tengok?” “Ah...ah...Penan dan lamin,” “Apa kau nampak pada Penan ni?” “Macam yang pernah aku lihat pada gambar di pameran,” James Rich

terpinga-pinga untuk menyahut orang tua itu. “Macam mana?” tegasnya lagi. Dia kurang puas hati mendengar

kenyataan itu. “Macam itu juga,” “Macam mana?” “Tak ada kemajuan...”

(Suara dari Rimba; 80) James Rich yang ditugaskan mencari Bruno Mansel di kawasan petempatan

Penan, perlu berdepan dengan masyarakat pribumi ini yang mempersoalkan tentang impak alam sekitar yang perlu mereka depani akibat pembalakan tanpa kawalan. Kemerosotan mutu alam sekitar dalam petikan ini berlaku kerana aktiviti pembalakan. Akibatnya, sungai menjadi keruh. Walaupun kawasan berkenaan telah habis dibalak dan meninggalkan impak akibat kemerosotan alam sekitar, namun masyarakat Penan tetap tidak mendapat apa-apa keuntungan. Kehidupan mereka tetap juga sama; miskin, mundur dan terpinggir.

Masyarakat Penan masih hidup tanpa kemudahan asas dan kediaman yang

selesa walaupun terpaksa ‚menyerahkan keselesaan hidup‛ yang mereka jalani sejak nenek moyang. Bruno Mansel berjaya menghasut kaum Penan agar memperjuangkan kaum pribumi dan alam sekitar, walaupun sebenarnya dia mempunyai agenda tersembunyi iaitu menyebarkan propaganda ke seluruh dunia tentang kerajaan Malaysia yang kononnya mengekploitasi hutan untuk tujuan pembalakan. Tulisan-tulisannya telah disebarkan di luar negara dengan harapan penduduk dunia akan memulaukan hasil balak bermutu tinggi dari Malaysia. Walaupun begitu, akhirnya kaum Penan menyedari bahawa mereka dijadikan boneka sahaja.

Perubahan kualiti alam sekitar turut dialami apabila sungai telah dicemari.

Alam sekitar dianggap tercemar apabila wujud bendasing pada paras tertentu dalam alam sekitar mengakibatkan bahaya dan ketidakselesaan kepada manusia. Pencemaran berpunca daripada pelbagai aktiviti manusia yang memberi kesan sampingan. Pengubahsuaian alam semulajadi akibat pelbagai aktiviti manusia telah mengganggu kestabilan ekosistem. 23 Ketiga-tiga novel ini memaparkan bahawa pencemaran sungai yang terjadi disebabkan pembalakan dan pembangunan. Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga dan Pindah menjadikan pembalakan sebagai punca pencemaran sungai, manakala Ngayau Air pula telah membariskan pelbagai sebab

23 Abdullah, Pengurusan Sumber, p. 12.

Page 11: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi terhadap Alam Sekitar

91

lain seperti perindustrian, pembandaran, pertanian dan bahan buangan yang gagal diuruskan dengan sempurna.

Walaupun pengarang novel-novel yang dianalisis mengangkat hal yang sama,

iaitu pencemaran air, namun dalam novel Pindah, Suara dari Rimba dan Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga, penulis telah menonjolkan perubahan kualiti air melalui rupa fizikalnya seperti perubahan warnanya menjadi keruh, berkelodak dan berlumpur, hilang kesegaran dan tidak sejuk lagi serta kemerosotan hasil tangkapan ikan. Ngayau Air pula mengemukakan impak terhadap pencemaran air dengan memperincikannya melalui perasaan dalaman seekor buaya yang terpaksa berdepan dengan pencemaran air akibat aktiviti manusia. Ini boleh dilihat seperti petikan berikut:

Apapun, aku sempat bertindak balas melawan resapan kuasa ajaib

yang menyelubungi sekujur tubuhku yang dikelilingi air yang dicemari racun buatan manusia. Nah, di situ juga darahku tersirap. Celaka. Akibat kegilaan manusia aku menanggung azab sekali lagi. Dulu, nuuunnn, bermusim lamanya, itu, di perut Batang Lupar aku pernah teraniaya dek ketulahan manusia juga. Berhari-hari aku menderita. Sengsaranya ditimpa azab; seisi perutku mual memulas-mulas-pedih, bisa, sakit bukan kepalang dan badanku terasa gatal, bagai dibakar hangus, sengal, kebas, rasa disiat-siat, dan entah apa lagi. Wah! Terlalu mujarab racunnya. Sampai aku tersadai setengah mati berhari-hari lamanya. Aduuuuhhh, sengsara benar rasanya. Siksa!

(Nganyau Air; 235) Protes dan kekesalan terhadap pencemaran air diluahkan melalui monolog

dalaman buaya berkenaan. Pencemaran air sungai Batang Lupar telah menyebabkan buaya ini perlu berdepan dengan ‚kesengsaraan‛ iaitu, ‚perut mual-memulas-pedih‛, pedih, bisa, kesakitan, seluruh badan terasa gatal, sengal, kebas, ‚rasa disiat-siat‛ seakan kulitnya terbakar. Paparan kesengsaraan sebegini diperincikan pengarang sebagai satu cara untuk memperlihatkan bahawa kualiti air sungai Batang Lupar telah dicemari ekoran pelbagai aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab. Manusia yang mencemarkan alam sekitar sama ada secara sedar atau tidak telah menyebabkan impak yang bukan sedikit terhadap hidupan lain.

Terdapat dua punca utama bahan pencemar air, iaitu aktiviti pembangunan

tanah serta sumber asli dan pembuangan sisa ke dalam sumber air. Aktiviti pembangunan tanah seperti pembukaan kawasan penempatan dan pertanian baru, pembalakan, pembinaan infrastruktur fizikal jalan raya, pembangunan bandar dan perindustrian. Ianya akan menimbulkan masalah hakisan tanah yang mencemarkan air sungai dari segi kandungan terampai, warna, kekeruhan bahan organik dan masalah pemendapan sungai.24 Pencemaran sungai yang berlaku dalam novel ini boleh terdiri daripada salah satu daripada punca ini ataupun kedua-duanya sekali. Aktiviti pembangunan tanah dan sumber asli yang tidak diuruskan secara sempurna boleh menjejaskan kualiti air sungai apabila racun serangga, bahan kimia, dan bahan cemar yang lain dibiarkan mengalir ke punca air sama ada secara sengaja atau tidak. Pembuangan sisa pula boleh terdiri daripada sisa kumbahan, toksik, bahan kimia dari kawasan perkilangan dan sebagainya. Semua bahan cemar ini akan mengalir bersama arus sungai dan mengancam hidupan air seperti dialami buaya ini dalam

24 Ibid, p. 104.

Page 12: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Maharam Mamat

92

novel Nganyau Air. Pengarang mengemukakan pengalaman seekor buaya yang berdepan dengan pencemaran air sehingga hampir meragut nyawanya untuk menyatakan betapa manusia moden pada hari ini tidak lagi menghiraukan kualiti alam sekitar, padahal, alam adalah tempat mereka bergantung untuk mendapatkan sumber protein, air minum dan memenuhi semua keperluan harian yang lain.

Perubahan kualiti alam sekitar juga turut dinyatakan melalui pencemaran

bunyi dan udara. Jentera, (disebut lipan dalam Suara dari Rimba) menggunakan sumber disel untuk digerakkan. Hasilnya, tercetus pencemaran bunyi dan udara. Kawasan hutan yang sebelum ini tenang, sunyi dan dihiasi dengan pelbagai bunyi hidupan telah berubah. Binatang yang takut dengan bunyi bising dan kawasan hutan yang diterangkan telah lari jauh ke dalam hutan menyebabkan aktiviti berburu lebih sukar dilakukan.

Persaingan antara spesis

Persaingan adalah satu proses aktif untuk mendapatkan sesuatu. Persaingan antara spesis merupakan interaksi atau persaingan yang wujud antara dua spesis atau lebih yang menggunakan sumber yang sama. 25 Apabila berlaku persaingan antara spesis atau individu, hanya spesis atau individu yang kuat akan terus bersaing dan kekal, manakala spesis spesis yang lemah akan pupus secara perlahan-lahan. Ianya berlaku apabila sumber yang terhad atau sama diperlukan antara semua spesis yang terlibat. 26 Secara mudah, ia boleh dirumuskan sebagai saling tindakan dua organisma atau lebih yang berebut dan menyingkirkan pesaingnya untuk mendapatkan benda yang sama. 27 Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu persaingan sesama spesis yang dipanggil persaingan interspesis dan persaingan dengan spesis yang berlainan spesis yang digelar persaingan intraspesis.28

Secara umumnya, proses saling tindakan antara organisma dalam ekosistem

ini berlaku mengikut fitrah alam itu sendiri. Populasi setiap spesis organisma akan sentiasa seimbang melalui saling tindakan secara persaingan, komensalisma, parasitisma, simbiotik, safrofitisma dan hubungan mangsa-pemangsa. Keadaan ini berlaku secara berterusan selagi tidak ada gangguan oleh anasir lain dalam sistem tersebut. 29 Gangguan-gangguan ini akan mencetuskan ketidakseimbangan dalam alam sekitar. Berdasarkan analisis, terdapat tiga jenis persaingan antara spesis telah digunakan pengarang dalam novel kajian iaitu, pertama, persaingan antara manusia dan manusia, kedua, persaingan antara manusia dan alam, dan ketiga, persaingan antara manusia dan persaingan antara manusia, pencipta dan roh. Apabila berlaku

25Untuk perbincangan mengenai persaingan sepsis, sila lihat M. L. Cain, et.al, Discover Biology

(New York: Norton, 2007), p. 680; Scott Freeman, Biological Science (San Francisco: Pearson,

2008), p. 1197; dan Wahab Abd. Rahman, Pengenalan Biosfera (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1984), p. 41. 26 D. Neal, Introduction to Population Biology (New York: Cambridge University Press, 2004), p.

289. 27 E. P. Odum, Asas Ekologi Bahagian Satu Konsep Dan Prinsip Ekologi Asas (Kuala Lumpur: De-

wan Bahasa dan Pustaka, 1996), p. 269. 28 Lihat Neal, Introduction to Population Biology, p. 266; Freeman, Biological Science, p. 1198; dan

Cecie Starr, Biology: Concepts And Applications (Victoria, Australia; Thomson, 2006), p. 708. 29Katiman Rostam dan Asmah Ahmad, Penilaian dan Pengurusan Sumber Alam (Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006), p. 43.

Page 13: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi terhadap Alam Sekitar

93

persaingan antara spesis, spesis yang kuat akan menang, manakala spesis yang lemah akan pupus atau disingkirkan.

Persaingan antara Manusia dan Manusia

Persaingan antara manusia dan manusia yang lain merupakan persaingan dari spesis yang sama. Persaingan ini digelar persaingan interspesis. Dalam sesebuah ekosistem, manusia ialah spesis organisma yang dominan ekologi. Sifat ini membolehkan manusia mengubah ekosistem. Tindakan manusia terhadap alam meninggalkan kesan langsung dan tidak langsung terhadap ekosistem. Justeru itu, peranan manusia yang dominan dalam ekosistem dilihat berdasarkan sifat manusia itu sendiri dan kaitannya dengan persekitaran fizikal yang didiami.30 Berdasarkan pelbagai kelebihan yang dimiliki terutama sifat pintar, manusia telah mencipta pelbagai teknologi untuk menguasai spesis organisma yang lain, termasuk manusia dan alam. Ini membolehkan manusia menjadi agen pengubah dalam proses evolusi organik hari ini.

Suara Dari Rimba mengupas tentang persaingan antara kaum Penan yang

semakin tergugat kehidupan mereka akibat modenisasi dengan masyarakat luar (pembalak) yang cuba mengaut keuntungan hasil kekayaan hutan. Kaum Penan yang hidup secara tradisional, sukar untuk menerima pembaharuan dan kemodenan. Mereka tinggal secara semulajadi di dalam hutan dan selesa dengan kehidupan cara itu. Namun begitu, apabila aktiviti pembalakan mula dijalankan dengan giat, masyarakat Penan mula berdepan dengan persaingan dengan manusia yang lain. Syarikat pembalakan hanya mementingkan nilai balak dari sudut ekonomi tanpa mengambil kira impak yang perlu masyarakat Penan hadapi dalam kehidupan mereka.

Masyarakat Penan juga berhadapan dengan persaingan masyarakat yang lebih

moden. Pembangunan, kemodenan dan perubahan taraf hidup menyebabkan masyarakat di bandar telah mengalami perubahan cara hidup yang lebih selesa dengan pelbagai kemudahan pendidikan, infrastruktur, peningkatan sumber ekonomi, cara hidup yang lebih maju dan selesa dan sebagainya. Masyarakat penan pula ketinggalan dalam semua perkara. Jurang yang besar itu menjadikan masyarakat Penan terlalu mundur berbanding masyarakat Malaysia yang lain. Kedatangan Brueno Mansel yang cuba mempengaruhi masyarakat Penan tentang kemodenan, alam sekitar dan pelbagai isu lain telah membuka mata mereka agar turut melakukan perubahan. Keinginan mereka untuk turut mengecapi kemajuan telah diserlahkan seperti petikan berikut:

“Kita tak mahu anak kita hidup dalam hutan ini. Aku mahu mereka pergi ke sekolah, masuk universiti dan hidup seperti bangsa lain yang maju,” Seliman Elon menarik nafas panjang. “Udara hutan ni segar. Berapa lama lagi orang-orang Penan boleh hidup di dalam hutan atau sampai kita pupus? Aku tahu...bangsa lain dahulunya, sebelum ada jalan, kereta, kapal terbang, mereka juga tinggal di dalam hutan. Kalau orang Penan dari dulu-dulu lagi begitu, aku rasa perintah tidak perlu lagi bingung tentang kita,” dahinya beriak-riak membayangkan sukarnya untuk melakukan perubahan dalam kehidupannya.

(Suara dari Rimba; 164)

30 Katiman dan Asmah, Penilaian, p. 44.

Page 14: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Maharam Mamat

94

Kesukaran mereka untuk menjalani kehidupan harian menyebabkan timbul

rasa tidak puas hati dengan orang luar. Masyarakat Penan sangat gusar dengan aktiviti pembalakan yang semakin giat di kawasan mereka. Ketenteraman hidup mereka mula tergugat. Kehidupan seharian mereka semakin terganggu. Keaslian hutan yang diceroboh menyebabkan kualiti hidup mereka juga turut berubah. Masyarakat pribumi yang selama ini banyak mengalah walaupun kawasan mereka diceroboh, akhirnya menyerlahkan penentangan. Penentangan yang berlaku menyerlahkan tentang kesedaran dikalangan mereka untuk mengekalkan alam sekitar semulajadi agar tidak membawa bencana kepada kehidupan mereka semula. Protes tersebut dipaparkan seperti berikut:

“Inilah masanya untuk jadi manusia kasar. Mereka ceroboh hutan,

ranapkan kubur, kotorkan sungai, ikan mati, burung terbang jatuh, binatang lari jauh, jakah, dan uwut tumbang. Mereka harus bertanggungjawab pada segala kemusnahan itu,” Along Sega yang bercakap setelah lama berbincang dengan Brueno Mansel serta beberapa orang yang berkumpul di situ.

(Suara dari Rimba; 390)

Novel Pindah pula memaparkan tentang persaingan yang wujud antara watak

Ungging dan penduduk rumah panjangnya. Kawasan rumah panjang mereka duduki adalah antara kawasan yang akan ditenggelamkan apabila empangan yang sedang dibina telah siap. Pihak kerajaan telah menyediakan rumah panjang yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk mereka, tetapi Ungging tetap dengan pendiriannya untuk tidak berpindah. Ungging tinggal di rumah panjang lama mereka bersama Labang, anjingnya yang setia. Kesukaran mendapatkan makanan menyebabkan Ungging terpaksa korbankan anjingnya sendiri. Akhirnya, Ungging telah dihanyutkan air deras bersama rumah panjang yang cuba dipertahankannya setelah kawasan berkenaan ditenggelamkan. Dalam hal ini, Ungging kalah apabila bersaing sesama manusia untuk mempertahankan rumah panjang mereka. Ungging juga kalah untuk bersaing dengan alam, apabila dia telah dihanyutkan air deras. Kekalahan Ungging mengakibatkan dia mati di dalam empangan. Apa yang berlaku kepada Ungging dalam novel ini merupakan impak yang disumbangkan modenisasi.

Jais Sahok mewujudkan persaingan antara watak Jasi dan Kito dalam novel Jagung Pulut Pusaka Moyang. Jasi, seorang pemuda Selako yang tidak mudah menerima perubahan dan pembaharuan walaupun dicadangkan oleh abangnya sendiri. Walaupun Jasi mendapat peluang mengubah kehidupan mereka apabila memperolehi benih jagung manis bermutu tinggi bagi menggantikan jagung tradisional yang mereka tanam sebelum itu, tetapi dia tidak menggunakan peluang itu sebaiknya. Benih jagung manis tersebut diberikan kepada Kito, musuhnya sendiri. Akhirnya, jagung manis berkenaan mendapat pasaran yang hebat, manakala Jasi pula merasakan dirinya telah tewas. Jasi menjadi lemah dan membawa diri ke kawasan kem pembalakan kerana tidak sanggup berdepan dengan keluarga dan orang kampung.

Persaingan antara Manusia dan Alam

Sumber diperlukan untuk memenuhi kehendak manusia iaitu yang bersifat biologi dan budaya. Keperluan biologi termasuklah kehendak terhadap makanan,

Page 15: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi terhadap Alam Sekitar

95

perlindungan dan keselesaan, manakala kehendak budaya termasuk nilai, kepercayaan dan cita-cita yang terdapat pada kedua-dua peringkat individu dan masyarakat. Manusia menggunakan teknologi untuk membentuk sumber alam walaupun usaha tersebut dihalang keadaan ekologi, iaitu persekitaran fizikal manusia. Walau bagaimanapun, keupayaan teknologi yang sentiasa dipertingkat membolehkan sebahagian kecil halangan alam fizikal ini diatasi, terutamanya untuk memenuhi kehendak budaya.31 Carl Sauer menyatakan bahawa sumber alam adalah suatu penilaian budaya. Sesuatu bahan hanya dianggap sebagai bermanfaat kepada manusia apabila bahan tersebut diketahui kewujudan dan mampu diteroka.32

Manusia mengeksploitasi alam. Alam yang tidak seimbang itu pula

menyerlahkan protesnya melalui impak yang berlaku seperti pencemaran, hakisan tanah, banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Spesis yang kuat akan meneruskan kelangsungan hidup, manakala spesis yang lemah akan dikuasai. Apabila manusia yang dianugerahkan akal berinteraksi dengan spesis lain atau persekitarannya, manusia mampu menguasai alam. Kegiatan menuba ikan umpamanya, menyebabkan semua spesis hidupan air seperti pelbagai jenis ikan, udang, katak, berudu, alga, planton dan hidupan lain turut mati. Ini bermakna manusia sudah mengganggu keseimbangan ekosistem kerana semua spesis terbabit diperlukan untuk keseimbangan eko- sistem berkenaan.

Manusia berjaya meneroka hutan tebal dan mengaut khazanah di dalamnya

berbantukan teknologi. Dalam novel Pindah, manusia membina empangan untuk mendapatkan kuasa elektrik hidro mengakibatkan beribu hektar tanah hutan ditenggelamkan. Ini menyebabkan banyak spesis flora dan fauna musnah. Pembinaan empangan di Ulu Tembeling contohnya, jika tidak dibatalkan akan memusnahkan hutan seluas 3 433 km persegi. Pembinaan empangan seperti Kenyir, Temenggur, Pergau dan Bakun untuk mendapatkan sumber tenaga negara merupakan antara cara untuk memenuhi 93 peratus penggunaan tenaga di seluruh negara. Empangan Kenyir umpamanya, telah menenggelamkan seluas 369 000 hektar kawasan, berkeupayaan menakung 16.5 juta meter air dengan menghasilkan empat ratus megawat tenaga.33 Empangan Bakun pula mampu menakung 15.4 juta meter padu air dalam kawasan seluas 695 km persegi (70 000 hektar persegi atau seluas pulau Singapura). Ia dijangka mampu menjana 2400 megawat tenaga. Manusia bersaing dengan alam untuk memenuhi modenisasi dan keperluan hidup mereka. Walaupun manusia mendapat kemenangan, namun, alam akan menyatakan protesnya melalui pelbagai bencana seperti banjir lumpur, tanah runtuh, kemarau, pencemaran dan sebagainya.

Gugurnya langit Hijau Nanga Tiga dan Suara dari Rimba pula melibatkan

persaingan antara manusia yang cuba mengekploitasi balak. Hasilnya, banyak balak telah ditebang sebagai sumber ekonomi, namun pada masa yang sama telah menekan manusia yang lain (masyarakat Penan). Persaingan antara manusia dan buaya pula boleh dilihat dalam novel Ngayau Air. Walaupun buaya di Batang Lupar terkenal dengan ganas dan berbahaya, namun terdapat segelintir manusia yang menjadikan buaya sebagai hasil buruan. Buaya bukan sahaja diburu kerana ganas dan mengancam nyawa manusia, tetapi juga kerana nilai kulitnya yang mahal di

31 Ibid, p. 64. 32 Carl Sauer, Agricultural Origins and Dispersals, (Cambridge: MIT Press, 1969), p. 2. 33 Ismail Sahid, Masalah Semasa Alam Sekitar Malaysia (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,

1985), p. 40.

Page 16: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Maharam Mamat

96

pasaran kerana permintaan yang tinggi terhadap daging untuk hidangan eksotik. Ini menjadikan buaya sentiasa diburu, malah juga terdapat aktiviti menternak dan memperdagangkan spesis hidupan liar ini secara haram. Akhirnya, spesis reptilia ini perlu bersaing dengan kualiti alam yang kian tercemar dan manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Novel Jagung Pulut Pusaka Moyang pula mengemukakan persaingan antara

manusia dan alam melalui kejuruteraan genetik (jagung manis). Kejuruteraan genetik adalah satu bentuk teknologi yang mengubah dan meniru kod genetik asal. Ia mengambil bahan genetik dari satu spesies hidupan untuk dimasukkan ke dalam spesies lain.34 Ia diperkenalkan sebagai satu usaha untuk menghasilkan satu bentuk tanaman yang kebal menghadapi rintangan terhadap faktor tertentu seperti serangga, penyakit dan tahan lama, lebih enak rasanya, lebih bermutu, lebih besar saiznya dan mengeluarkan hasil dalam tempoh yang lebih singkat. Berdasarkan kelebihan tanaman yang telah mengalami proses pengubahsuaian genetik, Kito mendapat banyak manfaat. Jagung manis berkenaan lebih enak, manis dan sedap berbanding jagung tradisional yang mereka usahakan selama ini. Sambutan yang sangat baik terhadap hasil tanamannya membuatkan Kito berjaya mengubah nasib dan kehidupan keluarganya. Dalam hal ini alam sekitar yang dimanfaatkan membantu kehidupan manusia.

Persaingan antara Manusia, Pencipta dan Roh

Selain menggunakan ekosistem untuk tujuan pemakanan dan domestik, manusia juga menggunakan sumber alam dan ekosistemnya untuk tujuan budaya seperti menggunakan haiwan dan tumbuhan untuk tujuan agama atau budaya. Tumbuhan sering digunakan manusia sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit, haiwan disembelih untuk ibadat korban dan semah, malah haiwan juga dipuja atau disembelih kerana kepercayaan agama. Ada ketikanya, manusia tersepadu dalam alam sekitar yang menjadi habitatnya. Hal ini berlaku di kalangan masyarakat yang mempercayai bahawa unsur alam seperti gunung, sungai, pokok, haiwan, laut dan sebagainya mempunyai kuasa luar biasa atau pengaruh terhadap kehidupan mereka. Misalnya, pokok balak di hutan tidak boleh ditebang kerana dikhuatiri akan menyebabkan kemarahan ‚penunggu‛ pokok tersebut. Begitu juga ikan di tasik yang tidak boleh ditangkap kerana tasik tersebut dianggap berpuaka. Sesetengah budaya dan agama mengharamkan penganutnya memakan haiwan tertentu seperti penganut Islam mengharamkam khinzir, penganut Hindu pula dilarang memakan daging lembu. Ada masyarakat menganggap spesis ikan tertentu berasal daripada manusia, manakala masyarakat yang lain memuja pokok dan gunung sehingga tidak berani mengganggu dan menerokanya. Bagi orang lain, balak, ikan, lembu, khinzir, pokok dan kawasan pergunungan tersebut adalah sumber alam yang amat berharga, namun mereka tidak dapat memanfaatkan sumber alam berkenaan kerana nilai budaya, kepercayaan dan anutan agama ini. Akhirnya, sumber tersebut tidak diteroka. 35 Ini menjelaskan tentang pentingnya pengaruh budaya dan agama terhadap penerokaan dan penggunaan sumber alam. Pada masa yang sama, hal ini menjadi antara sebab yang mendorong manusia tidak mengeksploitasi alam tanpa kawalan.

34 Epstein, R., ‚Redesigning the World: Ethical Questions About Genetic Engineering‛,

dlm. Ethical Issues in Biotechnology, ed. Sherlock, R & Morrey, J.D, (New York: Oxford;

Rowman and Littlefield, 2002) p. 48. 35 Katiman dan Asmah, Penilaian, p. 68.

Page 17: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi terhadap Alam Sekitar

97

Sumber bagi masyarakat primitif hanyalah sebagai tempat untuk berburu,

membina rumah kediaman dan tanahnya menjadi kawasan pertanian pindah. 36 Masyarakat pribumi tinggal di kawasan persekitaran hutan yang masih kuat berpegang kepada nilai dan kepercayaan tentang alam sekitar yang menjadi sumber serta panduan dalam kehidupan mereka. Hutan dan alam semulajadi ini bukan sahaja mempengaruhi cara hidup, tetapi juga mempengaruhi nilai, kepercayaan dan norma. Bagi mereka, hutan bukan sahaja didiami haiwan dan manusia tetapi juga oleh makhluk lain yang dapat mempengaruhi kehidupan mereka.37 Alam pribumi terkandung pelbagai jenis semangat, selain semangat cintakan bumi itu sendiri. Dalam bumi ini sendiri terkandung segala tumbuhan, termasuk pokok-pokok yang menghiasinya beratus tahun. Oleh itu timbul seolah-olah di antara pribumi dan alam terdapat piagam atau kontrak yang termaktub dalam tradisi lisan mereka. Sejak kecil, mereka telah ditanamkan dengan unsur-unsur yang terhimpun sebagai perjanjian dengan alam yang membekalkan rezekinya. Rezeki itu ada pada alam sekelilingnya dan dilihat sebagai sebahagian daripada diri mereka. Perjanjian dengan alam juga melibatkan falsafah yang khusus terhadap fauna. Kesinambungan alam fauna dengan manusia dipertahankan pada peringkat simbolik kerana fauna itu ada menifestasi manusianya. Maka ia tidak wajar dibunuh. Haiwan-haiwan tertentu dibunuh kerana dagingnya diperlukan untuk menyara hidup.38

Suara dari Rimba telah menyatakan falsafah alam yang besar dalam bentuk

perumpamaan. Dari sudut alam sekitar, kepercayaan dan pegangan masyarakat pribumi ini akan mendorong mereka berinteraksi secara harmoni dengan alam semulajadi berasaskan keyakinan bahawa interaksi yang tidak beretika dengan alam akan mengakibatkan kemarahan kuasa tuhan yang mereka sembah. Walaupun alam tidak mampu menyuarakan protes dan penentangan terhadap pelbagai aktiviti manusia yang melampaui had, masyarakat Penan amat percaya bahawa protes alam mempunyai cara yang tersendiri. Ini dijelaskan melalui petikan berikut:

Tanah ni juga dicipta Tuhan dan tak tahu bercakap dengan manusia.

Binatang pun begitu, tak boleh bercakap sesama sendiri dan kami tak faham bahasa binatang itu. Kalau pokok ditumbangkan, ada getah keluar; itu darahnya. Tanah ni macam mak dan bapak kami. Kalau perintah bagi kuasa pada kompeni untuk menceroboh kawasan ni, baik saja kepala kami dipancung. Kalau traktor musnahkan tanah ni, awak nampak darah dan tulang-temulangnya sekalipun ia tak boleh bercakap. Ada kuli yang pecah kepala, patah tulang. Awak tentu faham. Tanah ni yang marah. Ia menjerit, “Jangan bunuh aku!”

(Suara dari Rimba; 343) Masyarakat pribumi menganggap bahawa elemen budaya mereka masih tinggi

walaupun tidak dapat dinafikan mereka menerima budaya material daripada masyarakat arus perdana. Namun anasir budaya bukan kebendaan mereka seperti nilai, norma dan kepercayaan masih lagi tinggi berbanding budaya masyarakat yang

36 Ibid, p. 69. 37 Ma’rof Redzuan dan Zahid Emby, ‚Orang Asli: Pembangunan dan Ekologi Hutan,‛ dlm.

Orang Asli: Isu, Transformasi dan Cabaran, ed. Ma’Rof Redzuan dan Sarjit S. Gill (Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2008), p. 206. 38 Hood Salleh, Dunia Pribumi dan Alam Sekitar: Langkah ke Hadapan (Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia, 2004), p.16-17.

Page 18: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Maharam Mamat

98

lain. Mereka beranggapan kehidupan yang dijalani kini masih lagi bersifat asli seperti masyarakat asal mereka. Elemen budaya mereka masih lagi kukuh, seperti kepercayaan mereka (agama anisme walaupun tidak lagi mengamalkan sepenuhnya seperti yang diamalkan oleh nenek moyang mereka dahulu), memandang tinggi terhadap hubungan kekeluargaan yang erat, saling bantu membantu dan berkerjasama, hormat menghormati, taat kepada ketua dan sebagainya. 39 Mereka memanfaatkan pelbagai jenis flora dan fauna, serta benda-benda bukan hidup dan segala macam unsur alam yang lain seperti bunyi-bunyian hidupan hutan, kilat, guruh dan hujan sebagai simbol yang membawa erti dalam kehidupan seharian mereka.40 Kepelbagaian unsur ini banyak menentukan corak hidup seharian mereka. Tindak tanduk haiwan seperti ‚burung helang yang tiba-tiba terbang dengan riuhnya kerana takutkan sesuatu itu menunjukkan tanda-tanda buruk41 mempunyai makna yang tersendiri seperti dinyatakan dalam petikan-petikan di bawah:

Seekor burung helang terbang cepat dari dahan engkabang. Bunyinya

agak kuat. Burung itu takutkan sesuatu. Dan Jabau merasa itu tanda-tanda yang tidak baik buatnya. Hatinya mula risau. Terasa ada sesuatu berlaku di Nanga Tiga. Tapi dia meneruskan kerjanya juga. Tidak mengendahkan langsung tanda-tanda itu. Tapi tentu ada kebenarannya, fakir Jabau. Darahnya naik gemuruh. Hatinya tidak sedap. Jabau berhenti mengikat rotan pada buluh di atas bumbung. Kemudian dia melingas-lingas ke hujung anak sungai kecil itu. Tidak kelihatan apa-apa yang ganjil.

(Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga; 168) Dan hidungnya mula tercium sesuatu yang kurang sedap. Darah

manusia, fikirnya sambil memerhatikan kelilingnya dengan mata yang tajam. Lagipun burung ketupong belum bersiul dua kali ketika bersama bininya Selalong tadi. Dia tidak mahu melanggar pantang datuk neneknya. Kalau burung ketupong itu tidak bersiul sekali lagi, dia mesti balik ke rumah panjang. Dia tahu siul sekali burung itu membawa sial.

(Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga; 24)

Kepercayaan dan amalan terhadap tanda-tanda yang diperhatikan daripada

alam sekitar seperti ‚kelakuan seekor burung‛ menyebabkan Jabau berada dalam keadaan resah, gelisah dan bimbang. Pada masa yang sama, dia cuba untuk membebaskan diri daripada kepercayaan berkenaan menyebabkan dia hilang fokus dalam pekerjaannya. Kebimbangan tentang ramalan buruk akibat melanggar pantang atau kepercayaan mereka sentiasa menghantuinya sepanjang masa. Ketakutan ini menyerlahkan bahawa persaingan yang wujud antara alam dan manusia dari sudut ini dimenangi oleh alam. Ketakutan terhadap alam tanpa sebab yang munasabah membuatkan kaum pribumi ini sentiasa berhati-hati setiap kali berinteraksi dengan alam. Ini secara langsung mendorong mereka untuk tidak

39 Ma’rof Redzuan dan Abdul Razak Abd. Rahman, ‚Integrasi Orang Asli dalam masyarakat

Arus Perdana‛ dlm. Orang Asli: Isu, Transformasi dan Cabaran, ed. Ma’rof Redzuan & Sarjit S.

Gill (Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2008), p.269. 40 Hanina H. Hamsan dan Asnarulkhadi Abu Samah, ‚Kesihatan dan Perubatan Masyarakat

Orang Asli‛ dlm. Orang Asli: Isu, Transformasi dan Cabaran, ed. Ma’rof Redzuan & Sarjit S. Gill

(Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2008), p. 127. 41 Jong Chian Lai, Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pus-

taka, 1990), p. 168; seterusnya dirujuk dalam makalah sebagai GLHNT.

Page 19: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi terhadap Alam Sekitar

99

mengeksploitasi alam kerana bimbang melanggar pantang larang, amalan dan kepercayaan mereka selama ini.

Masyarakat Penan merasa sangat kecewa, marah dan takut dengan kesan

pembangunan tanpa kawalan. Perasaan berkenaan wujud setelah mereka kehilangan sumber kekayaan daripada persekitaran semulajadi yang pernah dimiliki sebelum ini. Lebih-lebih lagi apabila hasil program yang dilaksanakan tidak boleh dijadikan sebagai ganti kepada kehilangan sumber kekayaan berkenaan. Mereka juga takut kerosakan persekitaran akan menimbulkan kemarahan kuasa supernatural (Tuhan). Sungguhpun mempercayai biodiversiti dari persekitaran semulajadi dijadikan Tuhan untuk kegunaan dan kemudahan manusia, tetapi pada masa yang sama Tuhan melarang penggunaannya secara berlebihan sehingga mengakibatkan kemusnahan. Mereka percaya bahawa manusia yang melanggar larangan akan dicela (dihukum), iaitu mereka akan diturunkan petaka alam seperti ribut, banjir dan mungkin juga penyakit yang begitu menyiksakan dan boleh membawa kematian. Walaupun kesalahan berkenaan dilakukan oleh masyarakat luar, tetapi kebimbangan mereka terhadap petaka yang diturunkan Tuhan turut menimpa kaum mereka. 42 Keengganan Apai Kertau sebagai Tuai rumah panjang menghentikan pembalakan di kawasan mereka dikatakan menjadi punca kemarahan penunggu hutan. Sekalipun upacara miring telah dilakukan agar perkara tersebut tidak berlaku, Atot telah menjadi mangsa apabila dihempap batang balak yang tumbang. Kejadian ini mengembirakan Jabau yang memperjuangkan kehijauan hutan yang mereka diami.43 Kegembiraan Jabau diserlahkan seperti berikut:

“Tulah puncanya hutan hijau nak dibalakkan. Nak cari untung. Nak

lekas kaya. Padan dengan muka kau, Tuai. Rasakan! Penunggu hutan tu dah mengamuk. Dan mayat Atot dah jadi buktinya. Tanah hijau tu tak patut dibotakkan. Tak patut dibalakkan hutan tu. Kalau Tuai sendiri yang jadi mayat baru orang Nanga Tiga mencelikkan mata mereka. Baru sedar dari mimpi,” sindir Jabau sambil menjuih-juihkan mulutnya.

(Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga; 24) Semua keperluan hidup diperolehi dari alam semulajadi, umpamanya, hutan

akan menjadi dispensari yang membekalkan ubat-ubatan kepada mereka. Sumber alam semulajadi yang digunakan sebagai ubat diperolehi daripada daun, akar dan buah-buahan tumbuhan semulajadi. 44 Mereka mempercayai bahawa ‚Hutan ini hantu hutan yang punya. Dan tanah ini hantu tanah yang punya. Bukan hak orang hutan. Kami tak ‘kan tolol serah begitu. Kalau orang hutan ‘ndak sangat, bunuh kami semua dulu‛ (GLHNT; 40). Kesukaran yang dialami di kawasan yang mereka diami berpunca daripada ‚tiada restu‛ daripada dewa menyebabkan ‚tanaman mereka didatangi penyakit sepanjang tahun‛ (GLHNT; 38). Situasi itu disebabkan ‚dewa marah‛ sehingga mereka semua mendapat susah kerana ‚ditegur dewa‛ (GLHNT; 199). Kepercayaan sebegini mendorong mereka berinteraksi secara berhemah dengan persekitaran, tidak merosakkan alam dan menggunakan sumber

42 Ramle Abdullah, ‚Orang Asli dalam Arus Pembangunan Nasional di Terengganu‛ dlm.

Orang Asli: Isu, Transformasi dan Cabaran, ed. Ma’rof Redzuan & Sarjit S. Gill (Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2008), p. 62. 43 Maharam, ‚Interaksi Masyarakat Pribumi,‛ 2009. 44Hanina dan Asnarulkhadi, ‚Kesihatan dan Perubatan,‛ p. 129.

Page 20: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Maharam Mamat

100

alam secara wajar. Ketakutan terhadap kuasa-kuasa alam ini juga mendorong mereka melakukan pelbagai jenis upacara dan amalan tradisional.45

Kepercayaan dan upacara ini berkait rapat dengan hutan dan alam semulajadi

serta makhluk halus yang mereka percayai mendiami kawasan hutan. Mereka tidak meninggalkan kepercayaan lama dan masih berpegang teguh terhadap kepercayaan kuasa ghaib walaupun telah berpindah ke kawasan yang telah dimajukan.46 Mereka juga takut kepada hutan rimba sebagai ruang misteri (kadangkala dipenuhi oleh lambang dan mambang ghaib dan rayip). Mereka takut dan khuatir dengan unsur-unsur di dalam alam tersebut, iaitu takut apakah kononnya yang akan dilakukan kepada manusia yang kurang tahu tentang alam. 47 Rasa takut berkenaan disimbolkan melalui interaksi mereka dengan alam. Ketakutan berkenaan menyebabkan mereka melakukan pelbagai bentuk upacara seperti miring yang bermaksud menjauhi bala dan memohon perlindungan dari roh, dewa atau tuhan. Upucara sebegini dilakukan apabila mereka masuk ke rumah baru, memulakan apa-apa pekerjaan dan memohon keizinan roh atau dewa dalam upacara tolak bala. Upacara miring ini telah dikemukakan pengarang ini secara terperinci dalam GLHNT (hal. 141-154). Novel yang sama juga turut memaparkan tentang beberapa perkara lain yang melibatkan kepercayaan masyarakat pribumi seperti kepercayaan meletakkan patung berupa kepala manusia di tangga rumah dapat menghalau hantu (hal. 45 dan 79) dan menghormati keputusan Tuai Rumah sebagai peneraju adat (hal. 77). Rumah panjang juga perlu didirikan mengikut adat, pantang larang dan dibacakan mentera tertentu semasa proses membinanya bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini48 seperti dinyatakan dalam petikan berikut:

Rumah panjang baru tidak didirikan mengikut adat pantang larang

dan tidak dibacakan mantera atau serapah. Rumah itu telah dibangunkan mengikut kehendak kontraktor memacakkan tiang. Sepatutnya tiang rumah ketua dihunjam dulu, kemudian menyusuli bilik anak buahnya yang lain. Ini tidak. Semuanya dibina sama saja. Adat turun-temurun begitu tidak boleh dihapuskan dari masyarakat. Mereka sudah lupa adat-adat itu mendatangkan kerukunan kepada keluarga di dalam rumah panjang. Atau sengaja mereka singkirkan adat itu.

(Pindah; 29) Cara pembinaan rumah panjang yang tidak mengikut adat resam dan

mematuhi kepercayaan nenek moyang mereka menyebabkan ramai antara masyarakat pribumi enggan menghuni bangunan yang disediakan pihak kerajaan. Dalam novel Pindah, watak Ungging digambarkan enggan berpindah dan menentang pembinaan empangan hidro49 kerana beberapa sebab iaitu:

i. Ungging melihat rumah panjang dan empangan dibina oleh orang Jepun.

Keluarganya sangat sengsara semasa penjajahan Jepun menyebabkan dia sangat berdendam dengan orang-orang Jepun.

ii. Penduduk yang berpindah membudayakan cara hidup baru bertentangan dengan cara hidup lama orang Iban.

45 Maharam, ‚Interaksi Masyarakat Pribumi,‛ 2009. 46 Ma’rof dan Zahid, ‚Orang Asli: Pembangunan,‛ p. 219-220. 47 Hood, Dunia Pribumi, p. 16-17. 48 Maharam, ‚Interaksi Masyarakat Pribumi,‛ 2009. 49 Ibid.

Page 21: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi terhadap Alam Sekitar

101

iii. Tuai Rumah menerima rasuah/tidak jujur ketika urusan pampasan. iv. Dia dituduh gila apabila menentang kemajuan dan kesenangan. v. Ungging disisihkan oleh anak isterinya sendiri. vi. Penduduk boros dan bongkak setelah kehidupan mereka berubah. vii. Berlaku kerosakan budaya yang sebelum ini terkenal dengan sifat mesra

dan harmoni.50 Salah satu perkara yang sangat dihormati dalam masyarakat pribumi adalah

kawasan perkuburan. Apabila kawasan perkuburan nenek moyang diganggu menimbulkan kemarahan mereka. Terdapat beberapa kes di negeri Sarawak yang melibatkan pengambilalihan tanah termasuk tanah perkuburan masyarakat pribumi untuk pelbagai projek pembangunan seperti pertanian dan pembinaan empangan. Kerajaan Sarawak telah keluarkan surat pajak sementara merangkumi tanah-tanah hak adat Masyarakat Dayak Iban Sungai Apun di kawasan Sungai Bong, Teru, Tinjar untuk pembangunan perladangan kelapa sawit. Sebanyak lima perkampungan Iban terjejas melibatkan sejumlah 450 hektar telah diambilalih. Kawasan ini terdiri daripada kawasan pertanian pribumi mengandungi pokok getah dan pokok buah-buahan. Kemusnahan tersebut juga melibatkan kawasan tapak perkuburan nenek moyang mereka. Apabila ladang kelapa sawit telah dibuka hingga melangkaui kawasan pertanian mereka termasuk sumber sungai, semuanya (tanaman-tanaman, sungai, tapak perkuburan dan tanah ladang) telah musnah. Hal yang sama telah berlaku terhadap masyarakat Dayak Bidayuh di Kendaie, Pasir Hilir dan Pasir Hilir Tengah telah lama mendiami kawasan ini. Mereka menandakan kawasan tersebut seperti adat resam mereka, dengan tapak perkuburan, pokok engkabang, pokok buah-buahan dan getah, yang kemudiannya semua tanda-tanda itu telah ditolak oleh jentolak syarikat.51

Meluasnya kejadian pengambilalihan kawasan perkuburan masyarakat

pribumi yang dimusnahkan kerana urusan pemodenan dan pembangunan memberi peluang kepada Jong Chian Lai menyuarakan kebimbangan berkenaan dalam novel Suara dari Rimba. Walaupun dialog ‚Apa guna ambil gambar di sini. Bagus lagi ambil gambar hutan yang musnah, kawasan kubur yang dibuat jalan balak,” katanya selepas Kurau Kusin memberitahunya tentang hajat mereka‛ (hal. 332) hanyalah satu ucapan sinis dari penghuni rimba kepada seorang wartawan berpengaruh seperti James Rich. Hutan tropikal di Malaysia sepatutnya lebih dihargai dan dijaga dengan cermat kerana kepentingannya sebagai sumber air, sumber kepelbagaian biologi dan pengimbang suhu daratan (Maharam Mamat, 2009). Ini termasuklah membangunkan sumber kekayaan yang lestari dari produk hutan seperti produk herba dan ubat-ubatan, aktiviti ekopelancongan dan biopenerokaan. Teras pembangunan hutan ialah pemuliharaan, penggunaan produk hutan dan kawasan tadahan yang diuruskan secara lestari, bukannya melakukan penerokaan tanpa batasan.52 Perkara sebegini yang cuba diketengahkan pengarang dalam karya mereka.

50 Jong Chian Lai, ‚Pengalaman dalam Bidang Penulisan Novel,‛ dlm. Sastera kebangsaan

Wadah Pengucapan Bersama, ed. Hamzah Hamdani (Kuala Lumpur: Gapenaniaga, 2006), p.120. 51 Colchester, Marcus, et al., Tanah Menyara Hidup: Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan

Kelapa Sawit di Sarawak, trans. Yong Ooi Lin, Carol (Forest Peoples Programme dan Perkum-

pulan Sawit Watch. http://www.forestpeoples.org/documents/asia_pacific/sarawak_land_is

_life_nov07_ind.pdf (Diakses pada 25hb. Jun 2009). 52 Zaini, Minda Lestari, p. 45.

Page 22: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Maharam Mamat

102

Konflik Masyarakat Pribumi

Banyak konflik wujud dalam masyarakat pribumi apabila proses modenisasi berlaku. Dilihat dari satu sudut, masyarakat pribumi memerlukan pembangunan dan infrastruktur seperti sekolah, jalan raya, hospital, bekalan air bersih dan sebagainya untuk meningkatkan taraf hidup mereka seiring dengan modenisasi yang melanda. Mereka tidak patut terabai dan jauh daripada arus ini. Keinginan dan kesedaran mereka untuk mengubah cara hidup ini ditanam oleh Brueno Mansel dalam jiwa masyarakat Penan. Ini menimbulkan kesedaran bahawa mereka juga perlu menikmati kemajuan negara seperti masyarakat yang lain.

Sekalipun mereka memerlukan semua bentuk kemodenan itu, namun mereka

tetap berkonflik untuk meninggalkan tradisi dan cara hidup di hutan belantara seperti hidup berpindah randah, berburu, memungut buah-buahan hutan, dan mengamalkan cara hidup baru seperti menetap di rumah panjang, bercucuk tanam, menternak, mendapat pendidikan, malah mengenakan pakaian yang sempurna. Mereka belum bersedia untuk mengubah cara hidup tradisi yang dijalani selama ini, apalagi untuk bersaing dengan komuniti yang lain. Petikan di bawah memaparkan tentang kebimbangan mereka untuk mengubah cara hidup:

“Kau fikir kita boleh maju macam bangsa lain?” tanya Beraok Beluluk yang lebih gemar tinggal dalam hutan daripada di rumah panjang. “Kalau kita maju sikit...kena ikut peraturan. Mahu berak juga ikut peraturan, mesti buat tandas...buat apa tahi tu?” kata-katanya itu mencuit hati Gerawat Megud. “Awak takut nak berak dalam tandas? Semua orang buat macam tu,” tegas Gerawat Megud sambil tersengih. “Yelah..tahi buat apa nak simpan,” “Buat baja...” jelas Seliman Elon.

(Suara dari Rimba; 164)

Ketaksuban terhadap cara hidup tradisi juga menyebabkan mereka tidak dapat

merasionalkan tentang keperluan pelajaran terhadap anak-anak. Mereka masih berpendapat bahawa hutan yang diami selama ini tetap kekal milik mereka selama-lamanya tanpa mengalami apa-apa perubahan. Jadi, bagi mereka, hutan adalah segala-galanya. Hutan adalah kehidupan mereka. Berdasarkan hakikat tersebut, anak-anak mereka perlu menimba ilmu dan pengalaman di hutan sebagai bekalan hidup mereka tanpa menyedari yang pada masa hadapan kaum Penan perlu mengikut arus modenisasi. Petikan berikut menjelaskan tentang pegangan ini:

“Hutan ni sekolah mereka, binatang, pokok, lamin, sungai, gunung, burung dan semua dalam hutan bagi mereka pelajaran,” .... “Ramai yang dah sekolah tapi masih tinggal dalam hutan. Buat apa sekolah?”

(Suara dari Rimba; 350) Dalam novel Pindah, masyarakat pribumi yang mendiami kawasan empangan

dipindahkan ke kawasan lain yang disediakan pelbagai kemudahan. Walaupun proses perubahan telah dilakukan ke arah cara hidup yang lebih baik, namun, konflik tetap timbul. Terdapat segelintir individu dalam masyarakat berkenaan menentang kemodenan hanya kerana tidak mahu menyesuaikan diri dengan

Page 23: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi terhadap Alam Sekitar

103

suasana dan cara hidup baru yang lebih terurus dan moden. Mereka juga terikat dengan kepercayaan dan pantang larang nenek moyang. Ketaksuban terhadap kepercayaan dan amalan ini telah menghalang kemajuan yang mereka nikmati. Jiso dalam Jagung Pulut Pusaka Moyang tidak menanam benih jagung manis yang diberikan abangnya dengan alasan agar tidak dimarahi Jubata. Ini menyebabkan Kito lebih berjaya daripadanya dalam penanaman jagung.

Impak alam sekitar yang dicetuskan telah menjadi konflik yang timbul dalam

masyarakat pribumi menyebabkan mereka menolak kemodenan. Mereka tidak bersedia untuk mengubah cara hidup yang telah dijalani sekian lama. Aktiviti manusia memberikan kesan yang sangat ketara terhadap alam sekitar, sama ada positif atau negatif. Sesetengah aktiviti manusia memberi lebih banyak kesan positif berbanding kesan negatif, namun dalam sesetengah kes yang lain, kesan negatif lebih ketara berbanding kesan positif. Pembinaan empangan memberi manfaat dari segi kawalan banjir, pembangunan pertanian, penjanaan kuasa elektrik hidro, namun pada masa yang sama, projek ini mungkin memberi kesan buruk dari segi ekologi, kepentingan hidupan liar, perhutanan dan sebagainya. Konflik seumpama ini menyebabkan berlaku penentangan terhadap pelaksanaannya. Ungging dalam novel Pindah, sanggup dianggap gila kerana mempertahankan warisan nenek moyang dan kepercayaannya. Dia sanggup menolak bantuan rumah yang lengkap dengan pelbagai infrastruktur dan pampasan berupa wang ringgit hanya kerana sayangkan warisan nenek moyangnya. Apabila air dilepaskan ke dalam empangan, kawasan rumah panjang tradisi yang didiaminya telah musnah, termasuk kawasan hutan tempat dia berburu dan bercucuk tanam.

Konflik antara modenisasi dan alam sekitar tidak sepatutnya berlaku dengan

jurang yang lebar. Pembangunan memang menuntut manusia mengorbankan alam sekitar pada tahap yang tertentu, namun ini tidak bermakna aktiviti pembangunan tidak boleh dilakukan. Pembangunan, kemajuan, modenisasi dan kesejahteraan alam masih lagi boleh dilakukan secara bersama sekiranya ada usaha untuk menggunakan prinsip pembangunan mampan dalam setiap aktiviti yang ingin dilakukan. Pembangunan mampan adalah satu bentuk pembangunan memenuhi kehendak generasi kini tanpa memusnahkan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Ia merangkumi ‛pengawalan mutu persekitaran ekologi,‛ ‛kestabilan dan keadilan sosial‛ di samping `pembangunan ekonomi’ untuk memenuhi keperluan masa hadapan.53 Antara prinsip yang diamalkan dalam pembangunan mampan adalah menggantikan semula sumber semulajadi yang telah digunakan, umpamanya penanaman semula pokok di kawasan pembalakan. Idea ini telah dikemukakan Jong Chian Lai dalam novelnya seperti petikan berikut:

“Datuk...kempen ini amat berguna dan bijak untuk menjaga alam

semulajadi kita. Apakah tidak boleh diperluaskan kepada pembalak-pembalak di negeri kita. Maksud saya setiap kayu yang ditebang, pembalak dikehendaki menanam sebatang pokok atau lebih daripada sebatang untuk menggantikannya,” Datuk Tahir memandang tepat ke mukanya. Dia tersengih.

“Memang di Barat sedang berlaku proses itu, secara globalnya semua mula menyedari kaedah itu patut dilaksanakan, dan saya yakin pada suatu hari nanti di hutan kita boleh dilakukan demikian. Wakil kita pernah

53 WCED, Our Common Future,(Oxford: Oxford University Press, 1987), p. 43.

Page 24: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Maharam Mamat

104

menghadiri kongres hutan sedunia di Rio dan pelaksanaan kaedah itu perlu diluluskan kabinet.”

(Suara dari Rimba; 149-150) Manusia dan alam akan sentiasa berkonflik. Impak akan dirasai sama ada kerana

kerakusan manusia mengeksploitasi alam sekitar tanpa batasan untuk nilai ekonomi ataupun disebabkan manusia yang terpaksa menggunakannya akibat kemunduran hidup. Menguruskan alam sekitar secara bijaksana melalui pembangunan mampan berupaya memanjangkan hayat alam yang didiami bersama ini. Kesimpulan

Modenisasi yang melanda dunia tidak dapat ditolak dengan mudah. Manusia

perlu mendepani kehadiran modenisasi secara bijaksana dengan memanfaatkan sumber alam sekitar sejajar dengan kehendak pembangunan mampan. Modenisasi jelasnya membawa pembangunan, pemodenan dan kesejahteraan hidup kepada masyarakat setempat, namun pada masa yang sama, turut mengheret impak yang perlu ditampung. Penelitian terhadap novel Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga, Pindah, Suara dari Rimba, Ngayau Air dan Jagung Pulut Pusaka Moyang yang dihasilkan penulis tempatan negeri Sarawak menemukan impak yang perlu didepani terhadap alam sekitar ekoran modenisasi ini. Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera yang diteliti merangkumi perubahan kualiti alam sekitar, persaingan antara spesis dan konflik masyarakat pribumi.

Perubahan kualiti alam sekitar meliputi kemerosotan kualiti alam sekitar

semulajadi yang dikesan melalui pencemaran udara, air dan bunyi, kehilangan spesis tertentu dalam sesebuah ekologi dan lain-lain kerana aktiviti pembangunan tanah seperti pertanian, pembangunan kawasan baru, pembinaan empangan, pembalakan, pembinaan infrastruktur dan sebagainya. Setiap proses yang berlaku dalam alam sekitar saling berkait dan mempengaruhi. Aktiviti pembalakan sahaja pun mampu meninggalkan kesan yang besar terhadap alam sekitar seperti pencemaran air, udara, bunyi dan mengakibatkan kemerosotan kandungan tanih. Kawasan tanah yang diteroka pembalak ini seterusnya akan mengalami hakisan setelah kutikel tanah yang terdedah dengan matahari diterbangkan angin ataupun dibawa air larian permukaan apabila hujan. Ia juga akan menyebabkan kelodak yang mendap di dasar sungai. Sungai bukan sahaja menjadi cetek tetapi berubah keruh warnanya dan dipenuhi dengan bahan-bahan terampai. Kandungan bahan asing yang berlebihan mengakibatkan sungai mengalami pencemaran.

Persaingan antara spesis memang tidak dapat dielakkan dalam mana-mana

ekologi dan ekosistem. Spesis yang kuat akan menekan spesis yang lemah. Spesis yang berjaya bersaing mampu meneruskan kelangsungan hidup, manakala spesis yang kalah akan tersingkir, akhirnya tewas. Persaingan antara spesis dalam kajian ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu persaingan antara manusia dan manusia, persaingan yang melibatkan manusia dan alam, dan akhir sekali adalah persaingan antara manusia dengan pencipta dan roh (kuasa spiritual).

Modenisasi memberi satu bentuk kehidupan yang lebih selesa, serba pantas

dan penuh kekuasaan sama ada terhadap alam, manusia, ilmu, nilai atau teknologi. Pada masa yang sama, modenisasi turut menuntut pengorbanan. Menyeimbangkan kedua-dua perkara ini merupakan cabaran yang besar kerana proses modenisasi itu sendiri memerlukan manusia mengorbankan tradisi dan menerima satu bentuk

Page 25: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi terhadap Alam Sekitar

105

kehidupan baru yang berbeza. Situasi ini akan mencetuskan konflik. Pelbagai bentuk konflik akan dialami seperti kesediaan menerima satu cara hidup baru dan melupakan tradisi nenek moyang, seterusnya bersaing agar setanding dengan ahli masyarakat lain. Konflik sebegini sering menghantui masyarakat pribumi. Mereka perlu mengubah tradisi yang mengamalkan cara hidup berpindah randah, memburu dan memetik buah hutan. Tinggal di rumah panjang, bercucuk tanam, menternak binatang, menyekolahkan anak-anak dan tinggal di petempatan tetap adalah satu cara hidup baru yang sukar untuk mereka lakukan walaupun golongan pribumi ini juga menginginkan perubahan.

Meneliti impak yang dibawakan modenisasi bukan bermakna menolak

kemajuan dan menyokong kemunduran. Pengetahuan tentang impak yang diseret bersama modenisasi membekalkan pengetahuan tentang kepincangan yang perlu ditanggung, sekaligus membuka ruang untuk mencari penyelesaian sebelum ianya benar-benar menjadi malapetaka. Pembangunan mampan perlu diketengahkan dalam proses modenisasi semasa untuk menyeimbangkan keperluan fizikal dan keperluan masyarakat melalui prinsipnya ‚pembangunan hari ini tanpa mengabaikan keperluan ganerasi masa hadapan‛. Bibliografi Abdullah Mohamad Said, Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar, Shah Alam: Institut

Teknologi Mara, 1999. Ahmad Shukri Mohd Naim & Rosman Yusoff, Konsep, Teori, Dimansi & isu Pemban-

gunan, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2003.

Baldwin, J.M (ed.), Encyclopaedia of Philosophy and Psychology vol.II, New Delhi: Cos-

mo Publications, 1986. Cain, M.L., et al., Discover Biology, (Third Edition), New York: Norton, 2007. Chuanqi, HE, ‚The Civilization and Modernization‛ dlm. 36th World Congress of In-

ternational Institute of Sociology, Beijing, China, Julai 2004. Colchester, Marcus, et al., Tanah Menyara Hidup: Hak-Hak Tanah dan Pengembangan

Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak, trans. Yong Ooi Lin, Carol, Forest Peoples Programme dan Perkumpulan Sawit Watch. http://www.forestpeoples.org/ documents/asia_pacific/sarawak_land_is_life_nov07_ind.pdf (Diakses pada 25hb. Jun 2009).

Eisenstadt, S.N., Modernization: Protest and Change, Englewood Cliffs, N.J., Prentice-

Hall, 1966. Epstein, R., ‚Redesigning the World: Ethical Questions About gnetic Engineering‛,

dlm. Ethical Issues in Biotechnology, ed. Sherlock, R & Morrey, J.D, New York: Oxford; Rowman and Littlefield, 2002, hal. 47-70.

Ensiklopedia Malaysiana, Jilid 8, Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd., 1996.

Page 26: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Maharam Mamat

106

Freeman, Scott., Biological Science (Third Edition), San Francisco: Pearson, 2008. Hamlin Bolhi, Ngayau Air, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001. Hanina H. Hamsan dan Asnarulkhadi Abu Samah, ‚Kesihatan dan Perubatan

Masyarakat Orang Asli‛ dlm. Orang Asli: Isu, Transformasi dan Cabaran, ed. Ma’rof Redzuan & Sarjit S. Gill, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2008, hal 113-142.

Hood Salleh, Dunia Pribumi dan Alam Sekitar: langkah ke hadapan, Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004. Ismail Sahid, Masalah Semasa Alam Sekitar Malaysia, Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia, 1985. Jais Sahok, Jagung Pulut Pusaka Moyang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

2001. Jong Chian Lai, ‚Pengalaman dalam Bidang Penulisan Novel‛ dlm. Sastera Kebangsaan

Wadah Pengucapan Bersama, ed. Hamzah Hamdani, Kuala Lumpur: Gapenaniaga, 2006, hal. 115-127.

_____________, Pindah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988. _____________, Suara Dari Rimba, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008. _____________. Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1990. Katiman Rostam, Asmah Ahmad, Penilaian dan Pengurusan Sumber Alam, Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006. Lerner, Daniel, ‚The Passing of Traditional Society‛ dlm. Roberts, J. Timmons dan

Hite, Amy. From Modernization to Globalization, Oxford: Blackwell, 2000. Ma’rof Redzuan dan Abdul Razak Abd. Rahman, ‚Integrasi Orang Asli dalam

Masyarakat Arus Perdana‛ dlm. Orang Asli: Isu, Transformasi dan Cabaran, ed. Ma’rof Redzuan & Sarjit S. Gill, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2008, hal 252-283.

Ma’rof Redzuan dan Mohd Taufiq Mahmud, ‚Orang Asli: Ekonomi Pasaran dan

Konsumerisme‛ dlm. Orang Asli: Isu, Transformasi dan Cabaran, ed. Ma’rof Redzuan & Sarjit S. Gill, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2008, hal 222-251.

Ma’rof Redzuan dan Zahid Emby, ‚Orang Asli: Pembangunan dan Ekologi Hutan‛

dlm. Orang Asli: Isu, Transformasi dan Cabaran, ed. Ma’rof Redzuan & Sarjit S. Gill, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2008, hal 204-221.

Maharam Mamat, ‚Interaksi Masyarakat Pribumi dan Alam Sekitar: Satu Kajian

Etika dalam Novel Jong Chian Lai.‛ Kertas-kerja Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia, Universitas Padjadjaran dan Universiti Kebangsaan Malaysia,Bandung, Indonesia, November 2009.

Page 27: Impak Modenisasi Terhadap Alam Sekitar: Penelitian ... · PDF filememberi kesan kepada kehidupan dan ... Impak modenisasi terhadap alam sekitar dalam karya sastera akan diteliti berdasarkan

Impak Modenisasi terhadap Alam Sekitar

107

Mashitah Sulaiman, Ros Aiza Mohd Mokhtar dan Abd Hakim Mohad, ‚Modenisasi

Di Sabah: Kesannya Terhadap Tradisi dan Budaya Masyarakat Bumiputra.‛ Kertas-kerja Konferensi Antaruniversiti Se Borneo-Kalimantan ke-5, Kota Kinabalu: Jun 2009.

Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali, Etika Alam Sekitar daripada Perspektif

Islam, Timur Dan Barat. Kuala Lumpur: PTS Publications, 2002. Neal, D., Introduction to Population Biology, New York: Cambridge University Press,

2004. Odum, E.P., Asas Ekologi Bahagian Satu Konsep Dan Prinsip Ekologi Asas, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996. Ramle Abdullah, ‚Orang Asli dalam Arus Pembangunan Nasional di Terengganu‛

dlm. Orang Asli: Isu, Transformasi dan Cabaran, ed. Ma’rof Redzuan & Sarjit S. Gill, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2008, hal 44-68.

Sadie, J. L., "The Social Anthroplogy of Economic Underdevelopment," The Economic

Journal. 70 (1960):302. Dipetik daripada Gérald Berthoud, "Market," dlm. The Development Dictionary. Ed. Sachs, Wolfgang, London: Zed Books, 1992, hal 70-87.

Starr, Cecie., Biology: Concepts And Applications (Sixth Edition), Victoria, Australia:

Thomson, 2006. Wahab Abd. Rahman, Pengenalan Biosfera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kementerian Pelajaran Malaysia, 1984. Webster’s New World Dictionary, edisi kedua. Ohio: William Collins and World Pub-

lishing, 1976. WCED (World Commission on Environment and Development), Our Common

Future, Oxford: Oxford University Press, 1987. Zaini Ujang, Minda Lestari: Pembangunan Negara dan Pemuliharaan Alam Sekitar, Johor:

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2009.