karangan terbaik 2

9
9. PERANAN KELUARGA MENANGANI MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat Malaysia isu kebejatan moral dan keruntuhan akhlak para remaja harapan bangsa yang semakin meruncing. Sering terpampang di dada akhbar, berita-berita yang menguris hati melibatkan remaja seperti pergaulan bebas, merokok, melepak dan membuang anak. Masyarakat menuding jari sesama sendiri menyalahkan orang lain. Masakan pokok bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya. Oleh itu pasti terdapat faktor-faktor yang menyebabkan hal ini terus membarah dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Namun, ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri apabila ada yang ingin menyalahkan remaja yang baru berumur setahun jagung setampuk pinang. Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Maka, jawapan yang dicari-cari untuk permasalahan ini ialah keluarga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah yang semakin hari semakin parah ini. Antara peranan keluarga dalam menangani polemik ini termasuklah memperkukuh institusi keluarga. Institusi keluarga sebagai institusi tertua di dunia seyogianya mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana nilai-nilai murni adalah vital kepada seseorang agar tidak terjebak dengan perkara atau unsur-unsur yang negatifnya. Misalnya, seorang remaja yang berbudi bahasa dan jujur pasti tidak akan merokok kerana kejujurannya dan janjinya terhadap ibu bapa. Dengan sifat amanah, remaja itu pasti tidak akan terikut-ikut dengan anasir negatif kerana berpegang pada amanatnya kepada nusa dan bangsa untuk menjadi pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja yang mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan pasti menyedari tanggungjawabnya dalam mendukung dan seterusnya melestarikan Wawasan 2020. Tokoh ilmuwan, Hamka pernah mengatakan bahawa, kekayaan seseorang itu terletak pada tingginya akhlak dan budi bahasanya bukan pada harta dan pakaiannya. Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa nilai- nilai murni merupakan elemen penting dalam diri setiap insan yang wajar dipupuk dari kecil oleh institusi keluarga kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nilai-nilai murni dapat menjadi benteng ampuh dan utuh sekukuh Tembok Besar China daripada sebarang anasir-anasir luar yang menerjah. Selain itu, ahli keluarga terutamanya ibu bapa berperanan menunjukkan contoh dan teladan yang baik. Hal ini demikian kerana, ibu bapa seyogianya membetulkan kekhilafan diri sebelum membetulkan anak-anak agar tidak seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget. Bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan jika alur di hulunya bersih, pasti air di muaranya bersih. Hal ini secara eksplisitnya menunjukkan bahawa jika ibu bapanya baik maka anak-anaknya juga baik, kerana bapa borek anak rintik. Oleh itu, Hak Cipta Cikgu Hasrul 19

Upload: ayulashrul

Post on 26-Jul-2015

415 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: karangan terbaik 2

9. PERANAN KELUARGA MENANGANI MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat Malaysia isu kebejatan moral dan keruntuhan akhlak para remaja harapan bangsa yang semakin meruncing. Sering terpampang di dada akhbar, berita-berita yang menguris hati melibatkan remaja seperti pergaulan bebas, merokok, melepak dan membuang anak. Masyarakat menuding jari sesama sendiri menyalahkan orang lain. Masakan pokok bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya. Oleh itu pasti terdapat faktor-faktor yang menyebabkan hal ini terus membarah dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Namun, ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri apabila ada yang ingin menyalahkan remaja yang baru berumur setahun jagung setampuk pinang. Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Maka, jawapan yang dicari-cari untuk permasalahan ini ialah keluarga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah yang semakin hari semakin parah ini.

Antara peranan keluarga dalam menangani polemik ini termasuklah memperkukuh institusi keluarga. Institusi keluarga sebagai institusi tertua di dunia seyogianya mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana nilai-nilai murni adalah vital kepada seseorang agar tidak terjebak dengan perkara atau unsur-unsur yang negatifnya. Misalnya, seorang remaja yang berbudi bahasa dan jujur pasti tidak akan merokok kerana kejujurannya dan janjinya terhadap ibu bapa. Dengan sifat amanah, remaja itu pasti tidak akan terikut-ikut dengan anasir negatif kerana berpegang pada amanatnya kepada nusa dan bangsa untuk menjadi pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja yang mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan pasti menyedari tanggungjawabnya dalam mendukung dan seterusnya melestarikan Wawasan 2020. Tokoh ilmuwan, Hamka pernah mengatakan bahawa, kekayaan seseorang itu terletak pada tingginya akhlak dan budi bahasanya bukan pada harta dan pakaiannya. Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa nilai-nilai murni merupakan elemen penting dalam diri setiap insan yang wajar dipupuk dari kecil oleh institusi keluarga kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nilai-nilai murni dapat menjadi benteng ampuh dan utuh sekukuh Tembok Besar China daripada sebarang anasir-anasir luar yang menerjah.

Selain itu, ahli keluarga terutamanya ibu bapa berperanan menunjukkan contoh dan teladan yang baik. Hal ini demikian kerana, ibu bapa seyogianya membetulkan kekhilafan diri sebelum membetulkan anak-anak agar tidak seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget. Bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan jika alur di hulunya bersih, pasti air di muaranya bersih. Hal ini secara eksplisitnya menunjukkan bahawa jika ibu bapanya baik maka anak-anaknya juga baik, kerana bapa borek anak rintik. Oleh itu, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain wajar menunjukkan contoh dan teladan yang wajar diikuti dan mampu dibanggakan. Selain itu, seorang ayah tidak wajar menegur anaknya yang merokok jika mereka sendiri yang menunjukkan contoh sedemikian. Masakan anaknya mendengar nasihat yang boleh ditujukan semula kepada bapanya. Namun, itulah realitinya, ayah dan anak sama-sama pula merokok di luar rumah. Oleh hal demikian, ibu bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawabnya sebagai suri teladan yang unggul dengan menunjukkan contoh yang berhemah dan berwibawa .

Seterusnya, peranan keluarga bagi menangani masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja yang kian membarah dalam masyarakat ialah memberikan kasih sayang yang secukupnya. Dalam era globalisasi ini, ibu bapa berlumba-lumba mencari kekayaan duniawi sehingga mengabaikan tugasnya sebagai pendidik kepada anak-anak mereka yang belum mengenal yang mana intan, yang mana kaca. Selain itu, mereka menyangka dapat membeli kasih sayang anak-anak dengan material yang mewah seperti Ipad, Iphone, komputer riba dan telefon mudah alih yang tidak tergambar kecanggihannya. Anak-anak yang hidup dalam bayang-bayang arus pemodenan yang rancak berlari berasa terabai dan tidak disayangi, lalu mencari alternatif lain yang boleh mengundang bahaya dan derita. Sebagai tamsilan, membuli orang untuk melepaskan geram dan mencari perhatian, rentetan kurangnya kasih sayang yang diperlukan untuk mengharungi hidup yang penuh mencabar pada era langit terbuka ini. Dengan kasih sayang ibu bapa yang bagaikan menatang minyak yang penuh, hidup remaja akan lebih ceria tanpa mencari alternatif yang lain bagi merawat dan menampal lubang-lubang kosong di hati anak-anak. Oleh hal

Hak Cipta Cikgu Hasrul 19

Page 2: karangan terbaik 2

yang demikian, kasih sayang merupakan eleman yang penting dalam diri anak-anak agar tidak berasa diabaikan dan tidak disayangi, sesungguhnya, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya dan menentukan sama ada ingin menjadikan anak-anak mereka Majusi mahupun Yahudi. Ibu bapa tidak sewajarnya membiarkan anak-anak mereka seperti layang-layang terputus talinya. Berdampinglah dan lakukan perubahan bersama-sama dengan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak yang sentiasa dahagakan perhatian daripada orang tua mereka.

Dalam pada itu, ibu bapa juga berperanan mengawal perilaku anak-anak di samping mengetahui pergaulan anak bersama-sama rakannya. Hal ini demikian kerana rakan merupakan orang yang sangat berpengaruh dalam diri remaja. Setiap kata rakan-rakannya menjadi ubat yang mujarab serta azimat penting. Begitulah yang dapat digambarkan betapa besarnya pengaruh insan yang bernama rakan. Pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan si pembuat besi, maka kita akan terasa bahang api kepanasannya manakala jika berkawan dengan penjual minyak wangi, maka akan melekat bau kewangiannya kepada diri kita secara tidak langsung. Eksplisitnya, hal ini menunjukkan bahawa jika kita berkawan dengan rakan yang baik akhlaknya, dia juga akan turut bersahsiah baik tetapi sebaliknya jika tersalah pilih rakan maka akan terjebaklah ia ke kancah yang hina. Gurindam Melayu ada menyebut, carilah olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan ubat, cari olehmu kawan, pilih segala orang setia kawan. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam mengawal pergaulan anak-anak dengan rakannya kerana menurut seorang cendekiawan, pengaruh rakan sebaya dalam hidup seseorang remaja ialah 90 peratus, suatu angka yang besar dan dominan. Cegahlah sebelum terlambat kerana mencegah lebih baik daripada merawat kerana mantan Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawa bahayanya dadah bukan kepada penagihnya, tetapi kepada orang di sekitarnya.

Selain itu, ahli keluarga perlu memberikan didikan agama yang cukup untuk menangani masalah kebejatan moral dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku demikian kerana agama merupakan benteng yang ampuh dan jitu dan nescaya dapat menghalang kemasukan anasir-anasir jahat. Selain itu, agama adalah perisai yang kuat agar remaja tidak terdengarkan bisikan syaitan durjana. Sesungguhnya, dengan agama akan melahirkan jati diri yang kukuh dan akhlak yang mulia jauh daripada perlakuan negatif dan tidak bermoral. Sebagai contoh, seorang remaja yang mempunyai moral yang tinggi tidak akan tergengaruh dengan panggilan-panggilan ke arah kejahatan kerana keyakinannya yang tinggi terhadap balasan perbuatan yang jahat dan balasan bagi yang berbuat kebaikan. Sesungguhnya, dengan iman yang tinggi dapat dijadikan benteng landaan ombak besar pengaruh Barat yang banyak membawa unsur negatif seperti keganasan, pergaulan bebas, minum arak dan lain-lain. Oleh itu, ibu bapa seyogianya memberikan didikan agama yang sempurna sama ada secara formal ataupun tidak formal seperti menghantar anak mereka ke kelas agama agar tidak terjebak ke dalam kancah yang penuh kemaksiatan.

Peranan keluarga dalam menangani masalah ini juga ialah dari aspek penyediaan persekitaran yang harmonis. Hal ini demikian kerana tokoh dari China, Mao Tzu pernah mengatakan bahawa kejadian asal seseorang itu ialah baik dan suci dan akan berubah disebabkan persekitarannya. Dapatlah diambil iktibar di sini, persekitaran yang selamat atau tidak selamat memberikan impak kepada anak-anak. Ibu bapa seyogianya memilih kawasan perumahan yang selamat daripada masyarakat yang mengambil enteng isu negatif seperti pergaulan bebas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sewajarnya memilih persekitarannya yang kondusif untuk kepentingan seluruh ahli keluarga.

Natijahnya, semua pihak terutama keluarga memainkan peranan yang signifikan dalam mendepani masalah dalam dunia yang mencabar ini. Semua pihak harus bersatu padu bagai aur dengan tebing agar tidak terhantuk baru tengadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum harapan menjadi kabur, semua pihak harus menyedari dan membuat anjakan paradigma untuk melahirkan remaja pascamerdeka yang berkualiti ke arah Wawasan 2020. Sasterawan Negara Dato' Dr Usman Awang ada menyebut, kalau ingin hidup merdeka, tidak tercapai dengan hanya berkata-kata tetapi ke hadapan

Hak Cipta Cikgu Hasrul 20

Page 3: karangan terbaik 2

maju sekata, maju bersama. Marilah bersama-sama bergabung tenaga melahirkan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara yang disegani dan bersahsiah tinggi.

KAMUS KOSA KATA

Bil Perkataan Maksud1. Dasawarsa ini Sejak 10 kebelakangan ini2. Terpampang Terpapar/tertulis3. Masakan Mana boleh/ tidak mungkin4. Membarah Menjadi lebih teruk5. Polemik Perbahasan atau topik yang sering dibincangkan6. Vital Perkara yang sangat penting7. Anasir Pengaruh luar8. Elemen sesuatu yg menjadi bahagian dlm sesuatu keseluruhan unsur9. Seyogianya Sepatutnya10. Kekhilafan Kesilapan11. Eksplisitnya Dinyatakan dengan tepat/tanpa berkias-kias12. Alternatif Cara lain13. Rentetan Berikutan14. Majusi Agama menyembah api16. Yahudi Agama dianuti oleh bangsa Israel17. Tamsilan Misalan18. Bersahsiah Berperibadi19. Signifikan Kepentingan/penting20. Dominan Utama/perkara pokok21. Kebejatan Kerosakan/keburukan22. Anjakan paradigm Berubah kepada sesuatu yang baru membawa kebaikan23. Pascamerdeka Dunia selepas kemerdekaan

MAKSUD PERIBAHASA (P)/ SLOGAN (S)

Bil PerIbahasa (p) / slogan (s) / kata hikamah (k) Maksud1. Masakan pokok bergoyang, jika tiada angin yang

meniupnya (p)tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal;

2. ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri (p)

melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah

3. melentur buluh biarlah dari rebungnya(p) Melakukan sesuatu perkara dengan melakukan perkara asas atau dasarnya (permulaan)

4. seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget(p)

orang yg menasihati orang lain tetapi dia sendiri tidak berlaku spt yg dinasihatinya

5. bagaimana acuan begitulah kuihnya anak itu mengikuti kelakuan orang tuanya;6. jika alur di hulunya bersih, pasti air di muaranya

bersih(p)jika seseorang itu baik asalnya maka baik jualah kelakuannya

7. bapa borek anak rintik(p) anak itu mengikuti kelakuan orang tuanya;8. ibarat kain putih, ibu bapalah yang

mencorakkannya (k)-

9. seperti layang-layang terputus talinya(p) sudah putus harapan (bergantung pd nasib10. mencegah lebih baik daripada merawat (p) Menghindari sesuatu perkara yang buruk agar tidak

menimpa diri11. bagai aur dengan tebing(p) Dikatakan mengenai orang yang suka tolong menolong12. Sudah terhantuk baru tengadah(p) sesudah terkena (mendapat kesusahan dsb) baru beringat-

ingat13. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada

gunanya(p)sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis;

14. nasi menjadi bubur, (p) perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)15. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara (k) -

Hak Cipta Cikgu Hasrul 21

Page 4: karangan terbaik 2

10. KELEBIHAN-KELEBIHAN PENGANGKUTAN AWAM

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda telah menyumbang kepada faktor perubahan sistem pengangkutan awam secara drastik. Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat, pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pada zaman yang serba canggih ini, sistem pengangkutan moden kian mempengaruhi kehidupan masyarakat. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati bahawa kenderaan awam tidak terhad dalam sistem perhubungan di darat malah di udara juga di laut. Apakah kepentingan pengangkutan awam kepada pengguna dan persekitaran negara kita? Antara tamsilan pengangkutan awam yang selalu digunakan oleh pengguna ialah bas, teksi, LRT, monorel dan kapal terbang. Umum mengetahui bahawa bas awam merupakan kemudahan awam yang paling meluas digunakan di seluruh negara termasuklah di bandar dan di kawasan pedalaman. Oleh itu, kelebihan-kelebihan pengangkutan awam yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada semua. Bertitik tolak daripada itu, dengan menggunakan pengangkutan awam sebenarnya dapat menjimatkan masa seseorang untuk sampai ke sesuatu destinasi seterusnya dapat menjimatkan kos perjalanan. Sebagai contohnya, jika dahulu perjalanan ke Ipoh dengan memandu kereta mungkin memakan masa hingga tiga jam dan kadangkala meletihkan kerana terpaksa menempuh kesesakan yang tidak diduga sepanjang perjalanan. Namun, pada hari ini anda boleh menikmati kopi panas dan membaca buku kegemaran anda dengan menaiki kereta api elektrik (ETS) yang hanya mengambil masa dua jam lima minit sahaja perjalanan pada kadar tambang yang berpatutan. Sudah jelas di sini bahawa penggunaan ETS dapat menjimatkan masa seseorang lebih kurang 50 minit berbanding penggunaan kereta persendirian. Impaknya, pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan kos perbelanjaan dengan tambang yang berpatutan seperti juga pengangkutan awam yang lain iaitu LRT (Light Rail Transit) dan MRT(Mass Rail Transit) yang menjadi pilihan ramai terutamanya golongan pertengahan di kawasan bandar. Malahan kita boleh pergi ke mana-mana destinasi tanpa perlu memikirkan kos petrol yang semakin meningkat dan pengguna tidak perlu memikirkan bayaran tol serta bayaran tempat meletak kenderaan. Seterusnya, kos yang dapat dijimatkan itu boleh digunakan untuk membeli barang keperluan yang lebih penting. Peribahasa yang bertepatan dengan situasi di atas ialah Ingat Sementara Belum Kena, Jimat Sebelum Habis dan Masa Itu Ibarat Emas. Sudah Terang Lagi Bersuluh, pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan seseorang.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat perlu menggunakan pengangkutan awam agar dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Perkhidmatan bas telah lama menerima persepsi negatif umum sebagai pengangkutan bagi golongan miskin. Perkhidmatan bas semasa tidak mampu menandingi kelajuan, keupayaan dan kekerapan perkhidmatan rel yang tinggi kerana bas perlu meredah kesesakan lalu lintas bersama-sama ribuan kenderaan lain. Bagi mengatasi masalah ini, tiga usaha utama merentasi 12 koridor menuju ke bandar utama iaitu Bus Expressway Transit (BET), Bus Rapid Transit (BRT), dan Lorong Bas telah disediakan. Perkhidmatan BET akan dilancarkan di empat lebuh raya di Lembah Klang yang tidak digunakan sepenuhnya. Pengguna akan menikmati pengurangan kesesakan lalu lintas daripada perkhidmatan ini kerana pengangkutan awam ini mempunyai jumlah hentian yang terhad dan laluan khas di kawasan tol bagi melancarkan perjalanan. Selain itu, pengguna yang mengutamakan perkhidmatan pengangkutan awam dan tidak mementingkan diri sendiri, Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Kekurangan kenderaan persendirian di jalan raya secara langsungnya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kronik. Secara implisitnya, kadar kemalangan dapat dikurangkan sekali gus. Dengan ini, diharapkan masyarakat sedar akan kelebihan pengangkutan awam yang dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Hak Cipta Cikgu Hasrul 22

Page 5: karangan terbaik 2

Pengangkutan Awam sebenarnya mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan pembinaan bandar lestari atau bandar hijau malah mengurangkan pencemaran alam. Mahu atau tidak, pengangkutan awam akan menjadi nadi penting dalam memperkasakan bandar yang bersih atau mampu mengurangkan karbon atau gas beracun di kawasan bandar. Kawasan bandar yang kurang kenderaan persendirian bermaksud akan bertambah kurangnya karbon dilepaskan. Tambahan pula, LRT, MRT dan Monorel digerakkan menggunakan tenaga elektrik. Pembinaan pengangkutan awam yang efisyen membolehkan bandar raya dibangunkan dengan sempurna. Kajian masa depan perlu dilakukan untuk memikirkan kesesakan bandaraya pada masa akan datang. Walaupun adanya bandar satelit yang membantu mengurangkan kesesakan bandar utama, perancangan pengangkutan awam yang sempurna perlu difikirkan. Kenderaan bermotor yang padat di kawasan bandar menyumbang kepada pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Dari satu segi, fenomena ini menunjukkan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Manakala dari sisi alam sekitar pula, hal ini menunjukkan kemerosotan alam sekitar. Keadaan yang bercanggah inilah yang sepatutnya diselarikan supaya kenderaan bermotor bukan sahaja boleh digunakan sebagai petunjuk kemajuan ekonomi negara, bahkan turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Bagaimanakah kedua-duanya dapat diselarikan? Jawapannya adalah dengan memperkenalkan ‘Sistem Pengangkutan Hijau’ iaitu satu sistem pengangkutan awam yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang berkualiti iaitu cepat, cekap dan selesa bahkan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sekiranya sistem pengangkutan hijau berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya di kawasan bandar tanpa gangguan daripada kenderaan persendirian dan motosikal sudah pasti matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di bandar akan tercapai. Hal ini demikian kerana gangguan dari segi tekanan, ketidakselesaan, kerumitan, kelewatan jadual perjalanan, kesesakan lalu lintas telah berjaya diatasi. Keselesaan dan kesejahteraan penduduk dalam berinteraksi di jalan raya juga merupakan sumbangan kepada peningkatan kualiti hidup penduduk. Izharlah bahawa sistem pengangkutan awam yang moden di negara kita mampu melestarikan alam sekitar seterusnya pencemaran udara tidak akan menjadi masalah lagi.

Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan pengangkutan awam moden dapat memudahkan perjalanan. Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan kapal terbang sebagai pengangkutan utama bagi masyarakat Islam yang ingin menunaikan haji. Penggunaan kapal terbang dapat mempercepat perjalanan di samping memudahkan jemaah haji yang ingin menunaikan tuntutan rukun Islam yang kelima. Jika dibandingkan pada tahun 1950-an, jemaah haji yang menunaikan haji akan mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk sampai ke destinasinya. Hal ini amat menyusahkan, berbanding sekarang hanya 8 jam sahaja, seseorang itu telah sampai ke Mekah. Situasi ini jelas menunjukkan penggunaan pengangkutan awam moden telah memudahkan perjalanan bagi jarak yang amat jauh melangkaui sempadan antarabangsa. Selain itu, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), komuter, monorel dan KLIA Ekspress telah terbukti dapat memudahkan perjalanan kerana bebas daripada kesesakan lalu lintas. Hal ini disebabkan pengangkutan awam ini mempunyai laluan atau rel yang tersendiri. Selain itu, keistimewaan pengangkutan awam ini juga memudahkan perjalanan kerana mempunyai jadual perjalanan yang telah ditetapkan. Sekali gus, orang ramai dapat merancang perjalanan mereka dan membuat persediaan awal seperti peribahasa Sediakan Payung Sebelum Hujan. Tegasnya, perjalanan akan menjadi lebih mudah bagi pengguna apabila pengangkutan awam ini tidak dipinggirkan.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya maka sebagai akhirulkalam, pengangkutan awam banyak mendatangkan manfaat dalam memudahkan manusia menjalani urusan seharian. Semua lapisan masyarakat Malaysia digalakkan menggunakan pengangkutan awam. Sekiranya langkah yang drastik dan efektif ini tidak diikuti, sudah tentu banyak masalah akan timbul dalam kehidupan kita di bumi yang fana ini. Jika dikaji sehingga ke akar umbi, masalah ini berpunca daripada asap kenderaan. Oleh itu, pihak kerajaan juga hendaklah memainkan peranan yang vital dengan menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia agar setanding dengan negara-negara gergasi yang lain bak peribahasa Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah. Oleh hal yang demikian, anggota masyarakat perlu menyokong langkah kerajaan yang berstrategi serampang dua mata bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Sesungguhnya, kemajuan dalam pengangkutan awam yang

Hak Cipta Cikgu Hasrul 23

Page 6: karangan terbaik 2

disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan insan seiring dalam memenuhi aspirasi negara menjelang pencapaian Wawasan 2020.

KAMUS KOSA KATA

Bil Perkataan Maksud1. Pascaperindustrian Selepas zaman perindustrian2. Pascaglobalisasi Selepas era globalisasi/dunia tanpa sempadan3. Drastik Tindakan yang bersungguh-sungguh4. Tamsilan Misalan (persamaan)5. Persepsi Tanggapan6. Implisitnya Dinyatakan tidak secara langsung/ tidak terus terang7. Efisyen Organisasi yang melaksanakan tugas dengan cekap8. Bandar satelit bandar atau bandar raya yg bergantung pd industri tempatan tetapi

mempunyai perkaitan ekonomi dgn bandar berdekatan yg lebih besar9. Bercanggah bertentangan10. Izharlah Jelaslah11. Puncaknya Penamatnya/bahagian terkahir12. Akhirulkalam Sebagai penutup13. Efektif Ada kesan atau pengaruh yang mujarab14. Vital Sangat penting

MAKSUD PERIBAHASA (P)/ SLOGAN (S)

Bil PerIbahasa (p) / slogan (s) / kata hikamah (k) Maksud1. Ingat Sementara Belum Kena, Jimat Sebelum

Habis (p)hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta

2. Masa Itu Ibarat Emas (k) Waktu sangat berharga3. Sudah Terang Lagi Bersuluh(p) Perkara yang sudah diketahui oleh orang ramai4. Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk

Masing-Masing (p)Tidak semuafakat dlm sesuatu perbincangan, hanya berpegang pd pendapat masing-masing sahaja/ mementingkan diri sendiri

5. Sediakan Payung Sebelum Hujan (p) Beringat atau bersiap sedia sebelum berlaku sesuatu bencana

6. Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah (p) Sama taraf

Hak Cipta Cikgu Hasrul 24