90728158 karangan terbaik upsr drpd e buku[1]

72
E-BUKU KARANGAN TERBAIK UPSR 2013

Upload: fazilaziz

Post on 14-Apr-2018

378 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 1/72

E-BUKU

KARANGANTERBAIK 

UPSR 2013

Page 2: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 2/72

Karangan 1

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Menonton

Televisyen”.

Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas

 penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah pasti

memiliki satu atau mungkin dua televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan bahawa

ada banyak faedah menonton televisyen kepada masyarakat.

Faedah yang pertama ialah seseorang itu dapat mengetahui peristiwa-peristiwa

 penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat. Kita boleh

menonton siaran berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting yang berlaku

di luar negara. Jelaslah, televisyen menjadikan seseorang itu lebih mengetahui

 peristiwa semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang berguna.

Sudah ada banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan menerusi

televisyen bersama-sama program dokumentari dan sains yang boleh memberi

informasi kepada pelajar tentang sesuatu ilmu pengetahuan itu. Maka, pelajar boleh

mempelajari tentang pelajarannya menerusi program televisyen juga.

Malah, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu dihabiskan

dengan begitu berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihat

kerana mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk menonton televisyen. Oleh itu,

tindakan menonton televisyen memastikan seseorang itu menghabiskan masanya

dengan bermanfaat.

Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu tindakan yang berfaedah

kepada manusia itu. Kebanyakan siaran televisyen berupaya untuk menjana pemikiran seseorang menjadi lebih kritis dan kreatif. Cuma kita perlu mengawalnya

agar sikap menonton ini tidak keterlaluan atau terlalu lama untuk satu tempoh

tertentu pula.

Page 3: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 3/72

Karangan 2

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Komputer dan Peranannya‟ .

Komputer sudah menjadi sinonim dengan kehidupan moden zaman ini. Hampir 

semua pejabat malah individu memiliki sebuah komputer untuk menjalanikehidupan hariannya. Jadi, apakah perana-peranan komputer yang sebenarnya?

Komputer juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi pendidikan pelajar di

sekolah. Kalau kita lihat sudah ada banyak halaman web yang menjadikan subjek 

 pelajaran sekolah sebagai bahan kandungannya bersama-sama penggunaan

komputer yang semakin meluas dalam kalangan guru ketika mengajar pelajar.

Oleh itu, komputer berperanan untuk mendidik pelajar dengan kaedah yang lebih

mudah dan menarik.

Malah, komputer juga boleh merapatkan atau memudakan hubungan antara

manusia terutama hubungan jarak jauh. Ibu bapa yang tinggal berjauhan dengan

anak mereka kerana anak melanjutkan pelajaran di luar negara boleh menggunakan

 program tertentu di komputer untuk berkomunikasi lalu menjalin hubungan rapat

dengan anak mereka. Jadi, komputer memastikan hubungan antara sesama

manusia itu terus berlaku walaupun faktor geografi memisahkan mereka.

Tambahan pula, komputer memudahkan seseorang untuk mendapatkan apa-apa

maklumat terkini dengan cara yang pantas serta mudah. Semua maklumat sudah

siap wujud di dalam rangkaian internet yang boleh diakses menerusi komputer di

mana-mana tempat pun di dunia ini. Jelaslah, komputer membolehkan seseorang itu

memperoleh maklumat yang betul lalu tidak melakukan kesilapan dalam

keputusannya.

Konklusinya, komputer menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan mampu

mencapai satu tahap yang memuaskan. Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk 

memastikan penggunaan komputer ini dialami oleh semua lapisan masyarakat.

Rakyat negara ini harus celik komputer jika mahu bersaing dengan masyarakat

luar.

Page 4: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 4/72

Karangan 3

Telefon merapatkan hubungan dan memudahkan kehidupan manusia.

Sejak telefon dicipta penggunaannya terus mendapat perhatian masyarakat dunia.

Kalau dahulu hanya satu jenis telefon sahaja kini pelbagai bentuk, saiz dan jenis

telefon terhasil seperti telefon mudah alih serta telefon awam. Sesungguhnya,

telefon berupaya untuk merapatkan hubungan antara manusia.

Kelebihan utama telefon ialah ciptaan ini boleh menyalurkan maklumat menerusi

suara ke mana-mana tempat di dunia ini dengan begitu mudah. Seseorang yang

 berada di Malaysia boleh berhubung dengan rakannya di Amerika Syarikat dengan

 begitu mudah lalu merapatkan hubungan kerana mereka tidak selalu berpeluang

untuk bertemu. Jadi, telefon sememangnya merapatkan hubungan kerana mampu

menghubungkan manusia di dunia ini.

Selain itu, telefon juga menyediakan pelbagai perkhidmatan terutama

 perkhidmatan pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai sms. Perkhidmatan ini

 begitu mudah dan unik tetapi berkesan kerana pengguna hanya perlu menaip lalu

menghantarnya menggunakan telefon kepada rakannya tanpa menggunakan suara.

Maka, perkhidmatan sms sebegini menjadikan seseorang itu begitu suka untuk 

 berhubung dengan orang lain.

Harga telefon dan perkhidmatannya yang saban tahun bertambah murah turut

menjad faktor teknologi ini menjadi pilihan masyarakat untuk berhubungan sesama

mereka. Hampir setiap individu memiliki telefon terutama telefon mudah alih yang

 boleh dibawa ke mana-mana lalu senang untuk dihubungi sepanjang masa pula.

Oleh itu, telefon yang murah menjadikannya pilihan utama kita semua sebagai alat

untuk mengeratkan hubungan pula.

Konklusinya, telefon memang memudahkan perhubungan dua hala manusia.

Semua pihak sudah mula menyedari kelebihan telefon ini lalu memiliknya pula.

Masyarakat kita akan terus menerima impak positif penggunaannya jika harga

telefon dan perkhidmatannya terus diturunkan dari semasa ke semasa.

Page 5: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 5/72

Karangan 4

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara Menghargai Masa”.

Kata orang tua-tua masa itu sangat penting kerana masa yang berlalu tidak boleh

ditarik semula terutama jika masa itu tidak digunakan untuk melakukan sesuatuyang bernilai. Manusia yang bijak ialah individu yang memahami kepentingan

masa lalu menggunakannya dengan sebaik mungkin. Jadi, bagaimanakah cara-cara

yang positif untuk membuktikan seseorang itu menghargai masa?

Sikap menghargai masa bermula dengan keazaman kuat yang ditanamkan dalam

 jiwa seseorang itu. Rasa keazaman ini mengingatkan kita bahawa masa perlu

dihargai tanpa wujud sebarang alasan untuk menolaknya. Maka, mereka yang

mempunyai keazaman itu sudah memulakan usaha untuk menghargai masa dengan baik.

Selain itu, menghargai masa juga boleh dibuktikan menerusi sikap membuat

 perancangan masa yang sistematik. Dalam aspek ini jiwa seseorang yang

menghargai masa akan membuat satu jadual lalu mematuhi perancangan masa itu

dengan sebaik mungkin. Jelaslah, sikap membuat jadual dan mematuhinya

membuktikan betapa seseorang itu menghargai masanya.

Malah, sikap tidak suka melakukan perkara-perkara yang sia-sia turut memberikan

satu persepsi bahawa seseorang itu menghargai masanya. Masa seseorang perlulah

dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah untuk masa depan kita seperti membaca

 buku dan membantu ibu bapa di rumah. Sesungguhnya, mereka yang melakukan

 perkara-perkara positif dalam hidupnya tahu kepentingan masa kepada manusia

itu.

Sebagai kesimpulannya, semua kaedah yang diterangkan di atas itu bolehdilakukan oleh sesiapa pun yang tahu menghargai masa. Semua pihak perlulah

sedar akan kepentingan masa ini kerana masa itu tidak akan berlalu begitu sahaja.

Bak kata orang tua-tua masa itu emas.

Karangan 5

Page 6: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 6/72

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Jika Aku Seorang Jutawan” 

Aku memang suka menjadi seorang jutawan. Kenapa aku suka menjadi jutawan?

Sudah pasti kerana sebagai jutawan aku akan memiliki wang yang banyak dan

wang itu boleh digunakan untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Namun, aku

sedar usaha untuk menjadi seorang jutawan bukanlah sesuatu yang mudah kerana

 banyak usaha perit-jerih harus dilakukan.

Jadi untuk berjaya menjadi jutawan, aku akan pastikan diri ini bersemangat untuk 

 belajar sehingga berjaya dalam peperiksaan di sekolah. Kemudian, aku akan

melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang yang diminati pula. Sebaik sahaja

aku menamatkan pengajian di menara gading, aku akan mula bekerja demi mencari

wang untuk merealisasikan impian menjadi jutawan.

Semua wang yang aku terima menerusi pekerjaan itu akan disimpan dalam pelbagai

 bentuk simpanan untuk memastikan jumlahnya akan bertambah setiap masa. Aku juga akan memastikan supaya diri ini tidak membelanja sesuka hati tanpa halangan

supaya wang aku digunakan dengan sebaik mungkin. Aku akan menjadikan wang

itu sebagai asas pelaburan jangka panjangku kelak dalam pelbagai saham syarikat

di dunia ini.

Sebaik sahaja aku menjadi jutawan, ahli keluarga terutama ayah dan ibu akan

menerima imbuhannya. Aku akan menanggung kos kehidupan mereka tanpa

 banyak alasan lagi. Malah, aku juga akan memberi sumbangan derma kepadamasyarakat terutama golongan miskin, cacat anggota dan anak yatim piatu supaya

kehidupan mereka lebih ceria serta bermakna.

Aku amat berharap supaya impianku ini menjadi kenyataan kerana aku memang

ingin membantu ibu bapa dan masyarakat di negara ini. Cuma aku sedar aku perlu

lebih rajin berusaha untuk mencapai impian tersebut kerana aku tidak mahu

impianku hanya sekadar angan-angan Mat Jenin sahaja. Mudah-mudahan

impianku menjadi kenyataan.

karangan 6

Page 7: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 7/72

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Dikejar Harimau”.

Pada musim cuti sekolah yang lalu, aku dan rakan-rakan telah pergi menyertai

satu perkhemahan pengakap anjuran sekolah. Aku dan dua rakanku telah

 berkongsi sebuah khemah yang paling hampir dengan hutan. Aku dan rakan-rakan

sibuk membersihkan kawasan khemah kami kerana malam hampir menjelang.

Dengan tidak semena-mena, aku ternampak seekor harimau muncul dari hutan itu

dan memandang ke arahku. Bunyi ngaumannya begitu menakutkan semua yang

mendengarnya. Binatang buas itu terus berlari menuju ke arah khemah kami.

Akumenjerit memberitahu rakan-rakan yang lain. Semua orang menjadi panik 

dan lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing.

Aku melompat ke arah pagar yang memagari kawasan perkhemahan kami itu

untuk mengelakkan diri daripada harimau buas itu. Entah bagaimana aku mampumelepasi ketinggian pagar itu masih tidak pasti. Sebatang sungai berada di

depanku lalu aku terfikir mungkin harimau tidak akan mengejar aku di sungai itu.

Aku segera memaling ke belakang dan menyedari bahawa binatang itu masih

mengejarku. Aku terus berlari laju ke arah sungai.

Sebaik sahaja sampai di tebing sungai itu, aku melihat ke belakang lagi dengan

harapan binatang itu sudah tiada. Aku hampa. Harimau itu hanya berada beberapa

meter sahaja dibelakangku. Aku segera melompat ke dalam sungai itu untuk menyelamatkan diri. Habis basah seluruh muka dan badanku akibat percikan air 

sungai itu. Tiba-tiba aku terasa seolah-olah sesak nafas pula.

Tidak lama kemudian, aku terdengar satu suara yang sudah biasa kudengar 

memanggil namaku dengan kuat. Aku tersedar. Rupa-rupanya aku bermimpi tadi.

Ibu berada disisiku bersama-sama ayah. Mereka hanya tersenyum tetapi mukaku

 beransur-ansur menjadi kemerahan kerana berasa malu pula.

Karangan 7

Page 8: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 8/72

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Pengalaman Pahit yang Tidak 

 Mungkin Kulupakan”.

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman pahit yang tidak mungkin dilupakannya.

Aku sendiri mempunyai satu kisah yang mungkin tidak akan dilupakan begitu

sahaja. Satu peristiwa pahit yang berlaku ketika aku berumur 12 tahun. Semuanya

 bermula pada suatu pagi ketika aku bersiap hendak pergi ke sekolah seperti biasa.

Aku segera mencari kunci rantai basikal tetapi masih gagal menemukannya.

Perasaanku bertambah resah kerana masa semakin suntuk untuk aku sampai ke

sekolah. Wajah pengawas yang garang mula kelihatan dalam minda ini. Tambahan

 pula Cikgu Azman sudah berjanji akan membuat ujian sebentar lagi.

Tanpa berlengah-lengah lagi aku segera mengambil basikal abang yang tersadai di

tepi pagar rumah itu. Abang menjerit ke arahku tetapi aku hanya melambaikan

tangan tanda minta maaf kerana sudah kesuntukan masa untuk meminta kebenaran

tadi. Pasti abang akan memarahiku sebaik sahaja aku pulang ke rumah petang

nanti. Biarkanlah.

Kayuhanku semakin lama semakin laju kerana masa berdetik dengan pantas.

Sekali-sekala aku memandang ke arah jam tangan yang seolah-olah tidak memberi

 peluang langsung kepadaku untuk sampai tepat pada masanya. Tiba-tiba aku

menuruni jalan yang agak tinggi dan aku cuba membrek untuk memperlahankan

 basikal tetapi gagal. Aku terus merempuh pintu pagar sebuah rumah di tepi jalan

itu. Mataku terus gelap selepas satu bunyi yang kuat kedengaran.

Apabila aku membuka mata, kelihatan wajah abang tersenyum. Sebelum aku

sempat berkata apa-apa, abang memintaku agar tidak banyaak bercakap. Katanya

dia faham sebab aku tergesa-gesa mengambil basikalnya. Aku menyesal kerana

tidak membuat perancangan awal supaya tidak lewat ke sekolah lagi.

Karangan 8

 Lengkapkan perenggan pendahuluan di bawah ini supaya

Page 9: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 9/72

menjadi cerita yang menarik.

Azman sedang mengulang kaji pelajaran di rumahnya bersendirian. Jam di

dinding menunjukkan pukul 10 malam. Ibu dan ayahnya masih belum pulang

dari pasar malam. Tiba-tiba Azman terdengar jeritan meminta tolong.

Aku segera membuka tingkap rumah. Suara meminta tolong itu jelas datangnyadaripada rumah jiranku, Makcik Siti. Aku memanggil ayah dan ibu jika mereka

sudah pulang tetapi tiada jawapan dari bilik mereka. Aku terpaksa membuat

keputusan sendiri kerana pasti Makcik Siti dalam kesusahan.

Aku bergegas ke rumah Makcik Siti lalu mengetuk pintu tetapi tiada jawapan. Aku

segera menendang pintu itu sehingga terbuka dan ternampak Makcik Siti sedang

mengerang kesakitan. Muka perempuan tua itu mengerut menahan kesakitan yang

 pastinya begitu menyakitkan. Namun, mataku segera ternampak seekor ular tedung

tidak jauh dari tempat Makcik Siti itu.

Aku mula faham bahawa Makcik Siti menjerit kerana ternampak ular itu tetapi kini

dia pula telah dipatuk dan pastinya bias ular itu mula memasuki system peredaran

darahnya. Aku perlu bertindak pantas dan tindakan pertama sudah pasti untuk 

menghalau ular itu daripada terus menyerang kami berdua. Kayu penyapu di tepi

dinding segera aku capai lalu aku menolak ular itu ke arah pintu supaya aku boleh

memberikan bantuan kepada Makcik Siti.

Aku segera memeriksa denyutan nadi di tangan Makcik Siti dan mendapati

denyutan nadinya masih ada walaupun wanita itu kelihatan sudah pengsan agak 

lama. Bunyi kereta di luar menandakan ayah dan ibu sudah kembali dari Bandar.

Aku segera mendapatkan mereka lalu menceritakan perkara yang sebenar. Ayah

dan aku mengangkat Makcik Siti untuk dibawa ke hospital dengan kereta ayah.

Sebaik sahaja sampai di hospital, aku segera memberitahu doktor bahawa Makcik 

Siti telah dipatuk oleh seekor ular tedung supaya doktor boleh memberikan ubat

anti bisa yang sesuai. Kami menunggu di bilik menunggu sementara pihak doctor 

cuba menyelamatkan jiran kami itu. Hampir sejam kemudian, doctor itu kembali

dan memberitahu bahawa Makcik Siti berada dalam keadaan baik sambil

mengucapkan terima kasih atas kepantasan aku bertindak terutama memberitahu

tentang jenis ular yang mematuk jiran aku itu.

Page 10: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 10/72

Karangan 9

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Masalah Pencemaran Udara di 

 Negara Kita”

Salam sejahtera tuan pengerusi majlis, guru-guru dan pelajar semua. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Masalah Pencemaran Udara di Negara Kita”

Hadirin sekalian,

Masalah pencemaran udara yang wujud di negara ini semakin meruncing. Bukti

 betapa seriusnya kemelut ini boleh disaksikan menerusi pelbagai laporan akhbar 

media massa terutama media cetak kita. Malah, pencemaran yang berlaku di negara

ini bukan setakat melibatkan udara sahaja tetapi air dan juga di daratan. Antara

faktor yang menyebabkan masalah udara kita tercemar ini ialah pelepasan asap dari

kilang dan kenderaan. Jumlah bilangan kenderaan di negara ini terus meningkatsaban tahun. Manakala pihak kilang pula secara berleluasa melepaskan asap toksik 

kilang mereka tanpa bimbang disaman atau ditahan oleh pihak berkuasa.

Pelajar-pelajar,

Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan hendaklah bertegas dengan mereka

yang melanggar undang-undang kualiti alam sekitar di negara ini. Pihak berkuasa

 perlu mengenakan hukuman penjara selain denda yang kadangkala begitu murah

untuk dibayar oleh syarikat-syarikat ini. Satu pemeriksaan mengejut juga perlulahdijalankan oleh pihak berkuasa dalam usaha menangani isu ini.

Selain itu, masyarakat juga perlu berubah terutama sikap tidak peduli mereka itu.

Semua ahli masyarakat hendaklah membuat laporan jika ternampak sebarang

tindakan mencemarkan udara kita seperti pembakaran terbuka kepada pihak 

 berkuasa. Sikap seperti inilah yang akan memudahkan pihak berkuasa untuk 

memantau tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak itu.

Kesedaran tentang bahaya pencemaran udara ini juga perlu dipupuk sejak kecil.

Kanak-kanak terutama di bangku sekolah renda hendaklah diterangkan bahawa

udara amat bernilai buat kehidupan manusia. Sikap menanam kesedaran pada

 peringkat awal ini pasti memberi impak kepada mereka apabila dewasa kelak.

Sekian, terima kasih.

Page 11: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 11/72

Karangan 10

 Sekolah anda telah berjaya menjuarai pertandingan bola sepak. Suatu

majlis telah diadakan untuk meraikan kejayaan pasukan sekolah

anda itu. Selaku ketua pasukan, anda telah diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut .

 Sediakan teks ucapan anda itu.

Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, guru

 besar, guru-guru dan rakan-rakan.

Hadirin semua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak sekolah

untuk mengadakan majlis yang sebegini meriah untuk meraikan kejayaan kami.

Sebenarnya, kami tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada pihak sekolah

kerana kejayaan kami ini amat kecil jika hendak dibandingkan dengan perkara yang

sudah dilakukan oleh pihak sekolah terhadap pelajar di sini.

 Namun, kejayaan kami menjuarai kejohanan bola sepak peringkat negeri ini

merupakan satu kenangan yang sukar untuk kami lupakan nanti. Sebelum ini

 pasukan bola sepak kita hanya mampu memasuki peringkat separuh akhir sahaja

tetapi tahun ini kejuaraan itu menjadi milik dan kebanggaan kita semua. Buat kami

kemenangan ini merupakan satu kemenangan buat pasukan bola sepak umumnya

dan juga sekolah ini khasnya.

Para hadirin,

Pada masa yang sama tidak kami lupakan untuk mengucapkan terima kasih atas

semua dorongan dan tunju ajar daripada Cikgu Azman Ali selaku jurulatih pasukan

 bola sepak sekolah. Beliau begitu bersungguh-sungguh mahu membentuk satu

 pasukan yang kuat dengan mengadakan pelbagai program dan latihan yang telah

membuahkan hasilnya kini.

Page 12: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 12/72

Begitu juga dengan rakan-rakan sepasukan yang lain kerana usaha untuk bersaing

dengan pasukan bola sepak sekolah lain bukanlah sesuatu yang mudah. Namun,

semangat bekerjasama dan ingin berjaya telah menjadikan kami satu pasukan yang

kukuh lalu mampu menjadi juara peringkat neger yang tidak pernah kita capai

sebelum ini.

Semoga dengan kejayaan ini lebih banyak kejayaan lain pula akan menyusul.

Anggap sahaja kejayaan ini sebagai permulaan untuk kita melangkah lebih jauh

 bukan sahaja dalam bidang sukan tetapi juga bidang akademik.

Sekian, terima kasih.

Page 13: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 13/72

Karangan 11

 Anda sebagai wakil pelajar telah dipilih untuk memberikan

ucapan dalam majlis perpisahan guru anda yang akan berpindah.

Tulis ucapan tersebut selengkapnya.

Yang mulia tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru, dan rakan-

rakan yang dihormati. Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada

anda semua.

Hadirin semua,

Saya selaku wakil pelajar di sekolah ini amat berbesar hati dan berbangga keranatelah diberi kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata dalam majlis yang

 penuh bermakna ini. Sesungguhnya, majlis ini sememangnya bermakna kerana kita

akan kehilangan seorang guru yang amat kita semua kagumi dan hormati tetapi

 pada masa yang sama kita turut berasa gembira kerana guru itu akan bertukar ke

sebuah sekolah yang lain pula untuk meneruskan usahanya mendidik ank bangsa

negara ini.

Guru yang saya maksudkan itu ialah Cikgu Azman. Beliau telah ditawarkan jawatan sebagai guru besar di sebuah sekolah di ibu kota. Kita semua sedia maklum

 bahawa Cikgu Azman begitu inovatif dan kreatif dalam usaha pengajaran dan

 pembelajarannya kerana mahu semua pelajarnya berjaya dalam peperiksaan. Sudah

 banyak perubahan dibawa oleh beliau ketika berkhidmat di sekolah kita ini. Lihat

sahaja perubahan yang dibawanya terhadap bilik komputer dan dewan sekolah ini

sahaja.

Hadirin yang dihormati,

Pemergian Cikgu Azman pasti menjadi dorongan kepada kita semua untuk belajar 

dengan lebih baik supaya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti seperti yang

sering dilaungkan oleh Cikgu Azman ketika mengajar kita di dalam kelas. Selama

ini, Cikgu Azman bolehlah dianggap sebagai pendorong utama kepada kita untuk 

 berjaya dalam pelajaran seterusnya melakukan perkara yang kita impikan pula.

Beliau umpama lilin atau obor yang menerangi hidup kita semua.

Page 14: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 14/72

Kepada Cikgu Azman, kami doakan semoga cikgu akan terus menabur bakti

kepada anak bangsa walaupun di mana-mana cikgu bekerja kerana cikgu

mempunyai satu kelebihan dalam mendidik pelajar dengan berkesan. Sekolah ini

 pasti akan kehilangan seorang guru yang berdedikasi tetapi kami yakin

 penggantinya juga seorang yang seteraf atau berkemampuan untuk mengisi tempat

 beliau itu.

Akhir kata, saya bagi pihak rakan-rakan semua di sekolah ini memohon maaf atas

semua kesalahan dan kesilapan kami terhadap cikgu.

Sekian, terima kasih.

Page 15: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 15/72

Karangan 12

 Anda telah menyertai suatu pertandingan perbahasan yang bertajuk 

“Ilmu Lebih Penting daripada Wang Ringgit”.

 Sebagai pencadang, sediakan hujah-hujah anda.

Yang mulia tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru besar,

guru-guru , barisan pembangkang yang dikagumi dan rakan sekalian. Sebagai

 pihak pencadang, saya menyokong penuh tajuk perbahasan kali ini, yakni “Ilmu

Lebih Penting daripada Wang Ringgit”.

Ilmu dan wang ringgit memang sama penting secara amnya tetapi pada pandangan

 peribadi saya, ilmu mengatasi semua perkara di dunia ini terutama sekali wang

ringgit. Atas dasar apakah saya beranggapan sedemikian?

Bayangkan jika seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan sudah pasti dia dapat

menggunakan ilmunya untuk memperoleh wang pula. Sebagai contohnya,

seseorang yang kaya dengan ilmu mendidik boleh menggunakan ilmunya untuk 

mengajar pelajar supaya lebih berjaya dalam pelajaran. Secara tidak langsung dia

akan memperoleh wang daripada ilmu yang dimilikinya itu.

Selain itu, seseorang yang berilmu juga mempunyai pemikiran yang berbeza.

Biasanya golongan berilmu ini melihat sesuatu daripada sudut pandangan yang

 jauh dan rasional. Maknanya golongan yang berilmu akan bertindak dengan bijak 

tanpa melulu atau mengikut perasaan pula terutama untuk urusan kewanganmereka nanti.

Page 16: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 16/72

Karangan 13

Tulis sebuah berita tentang kejayaan sebuah sekolah dalam pertandingan

sekolah indah dan bersih peringkat negeri .

KUALA LUMPUR, 28 September – Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Tembak,

di sini telah terpilih menjadi johan pertandingan sekolah indah dan bersih peringkat

negeri Wilayah Persekutuan. Sekolah itu juga dianggap antara sekolah terbaik 

dalam prestasi peperiksaannya.

Semangat bekerjasama antara pihak guru dan pelajar-pelajarnya merupakan rahsia

kejayaan sekolah ini sejak dahulu. Semua pihak bersetuju bahawa kawasan

 persekitaran sekolah yang indah dan bersih menjadikan pelajar-pelajar lebih

 berminat untuk belajar lalu mampu meningkatkan prestasi peperiksaan mereka

 pula.

Menurut Guru Besar Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak, Encik Azman

Mohammad, 48, kejayaan sekolah ini berkat usaha pihak guru yang sanggup

melupakan cuti hujung minggu mereka untuk merangka program mengindahkan

lagi kawasan sekolah. Manakala pelajar menurut pengetua itu pula telah

memberikan kerjasama dengan turut memberikan idea untuk menjadikan sekolah

mereka antara yang terbaik di negeri ini.

Beliau memberitahu bahawa sejak awal tahun, pihak sekolah telah merangka satu

 program yang bertujuan mengekalkan kebersihan kawasn sekolah. Antara program

itu ialah mengadakan gotong-royong dan melukis kawasan sekolah yang diadakan

sepanjang tahun supaya guru dan pelajar menyedari kepentingan menjaga sekolah

sepanjang masa.

Encik Azman juga memuji sikap ibu bapa yang turut memberi kerjasama dengan

sudi membenarkan anak-anak mereka terbabit dalam pelbagai program yang

dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau bercadang untuk menggunakan wang hadiah

daripada pertandingan itu untuk membina sebuah trek larian baru yang boleh

digunakan oleh pelajar pada masa hadapan pula.

Page 17: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 17/72

Karangan 14

Tulis sebuah berita tentang kejadian pelajar mati lemas.

ALOR SETAR, 29 Februari – Dua pelajar sekolah telah disahkan mati dalam satu

kejadian lemas di Sungai Kedah semalam. Mereka telah dikenali sebagai Mohd

Tarmizi bin Ali, 12 dan Soh Chin Kung, 12. Kedua-duanya pelajar tersebut

merupakan pelajar dari Sekolah Rendah Alor Setar.

Menurut beberapa rakan mangsa, kejadian itu berlaku pada pukul 3 petang ketika

mereka sedang bermain-main di tempat kejadian. Aras air sungai itu tiba-tiba

sahaja naik lalu arus yang deras membawa kedua-dua mangsa tanpa sempat

diselamatkan oleh rakan-rakan yang lain.

Kata mereka, kedua-dua mangsa hanya berada beberapa meter sahaja dari tebing

sungai ketika kejadian itu berlaku. Kata mereka lagi, hanya jeritan suara meminta

tolong sahaja yang sempat mereka dengar selepas itu. Pihak polis telah menjumpai

mayat kedua-dua mangsa itu kira-kira 2 kilometer dari tempat kejadian lima jam

kemudiannya.

Kejadian air sungai yang naik secara tiba-tiba itu memang sudah menjadi

kebiasaan kerana hujan yang turun di kawasan hulu sungai itu tidak kelihatan dari

tempat mangsa bermain. Pihak polis telah memberi amaran agar ibu bapamengawasi anak-anak mereka terutama ketika musim hujan begini supaya kejadian

yang serupa tidak akan berulang.

Page 18: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 18/72

Karangan 15

Tulis sepucuk surat kepada kenalan anda untuk 

mengajaknya menyaksikan persembahan kebudayaan di 

sekolah anda itu. Tulis surat untuk menyatakan hasrat anda

itu.

Lot 228, Jalan Bola2, Taman Desa

Petaling,

45000, Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

28 September 2010.

Menemui sahabatku, Azman bin Ali yang kini berada di Taman Kelang, Subang

Jaya, Selangor.

Saudara,

Apa khabar saudara sekarang? Saya berharap dan berdoa semoga saudara dan

keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat. Diri saya di sini sihat belaka

 bersama-sama keluarga yang tersayang.

Tujuan saya menulis surat ini ialah saya ingin mengajak saudara untuk 

menyaksikan satu persembahan kebudayaan yang unik di sekolah saya. Majlis itu

akan diadakan pada 30 Oktober 2010 ini dan persembahan akan bermula pada

 jam

8 malam.

Persembahan itu unik kerana inilah kali pertama, sekolah saya akan

menganjurkan satu persembahan yang melibatkan semua kebudayaan di negara

ini pada satu masa. Pihak sekolah saya juga telah menjemput beberapa wakil

kumpulan dari sekolah berhampiran untuk melibatkan diri mereka juga.

Dianggarkan terdapat 10 persembahan kebudayaan pada malam itu daripada

 pelbagai latar belakang kebudayaan di negara ini.

Pihak sekolah saya mengadakan persembahan itu bertujuan untuk mendidik generasi muda terutama pelajar tentang keunikan kebudayaan pelbagai bangsa di

negara ini. Sememangnya masih ada pelajar yang tidak mengenali tarian kaum-

kaum di negara ini. Saya juga akan terbabit dalam persembahan tersebut.

Saya amat berharap saudara dan mungkin juga rakan-rakan saudara dapat hadir ke

majlis persembahan tersebut. Kedatangan saudara bukan sahaja akan

memeriahkan

suasana itu tetapi juga memberi sokongan kepada diri saya serta meningkatkan

Page 19: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 19/72

lagi kemahiran saudara tentang kebudayaan yang wujud di negara ini.

Baiklah, sampai di sini sahaja surat saya untuk kali ini. Semoga kita bersua nanti.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Kamal

Page 20: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 20/72

Karangan 16

 Persatuan Pengakap sekolah anda telah mengadakan satu

 perkhemahan di sebuah kawasan taman negara. Selaku setiausaha

 persatuan, sediakan laporan tentang aktiviti perkhemahantersebut.

L a po r an P e r k h e m a h an Pe r s a tu a n P e ng a k a p Se k o l a h Rendah Jal an Pad ang Te mb ak 

Persatuan Pengakap Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak telah mengadakan satu

 perkhemahan pada cuti semester yang lalu yakni dari 28 September hingga

3September 2010. Perkhemahan kali ini telah diadakan di kawasan hutan simpan

Endau-Rompin, Johor. Sebanyak 50 orang ahli pengakap sekolah ini bersama-sama

enam orang guru pengiring.

Perkhemahan tersebut berlangsung selama tiga hari dua malam bertujuan untuk 

mendedahkan aktiviti perkhemahan kepada ahli persatuan. Pada masa yang sama

aktiviti sebegini mampu untuk mengeratkan hubungan antara ahli serta memupuk 

semangat bekerjasama antara mereka pula.

Pada hari pertama perkhemahan tersebut, ahli pengakap telah diuji tentang

kemahiran mereka untuk memasang khemah dan mencari kedudukan dalam peta.

Aktiviti ini amat penting buat mana-mana diri pengakap kerana kedua-dua aktiviti

itu mampu memberikan satu keyakinan kepada pengakap untuk berdikari di dalam

hutan.

Manakala hari kedua pula, satu acara merentas hutan telah dijalankan. Lima

 pasukan telah dibentuk dengan setiap pasukan mempunyai sepuluh orang ahli

 pengakap dan seorang guru yang akan berjalan merentas hutan berpandukan petayang telah diberikan. Dengan berbekalkan bahan-bahan asas seperti makanan

ringan, kompas, pisau, tali dan ubat-ubatan mereka terpaksa berjalan hampir 10 km

dan kembali ke kawasan perkhemahan mengikut masa yang ditetapkan. Aktiviti ini

mewujudkan semangat tabah dan kerjasama antara ahli pengakap.

Pada hari terakhir, mereka dibenarkan untuk mandi-manda sebelum bertolak pulang

ke Selangor pada sebelah petangnya. Perkhemahan ini berakhir pada jam12

tengahari.

Page 21: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 21/72

Laporan disediakan oleh, 28 SEPTEMBER 2010.

……………………

(AZMAN AZALI)

Setiausaha,

Persatuan Pengakap,

Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak.

Page 22: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 22/72

Karangan 17

Tulis satu laporan aktiviti tahunan persatuan yang anda merupakansetiausaha persatuan tersebut.

Laporan Persatuan Bahasa Malaysia

Sekolah Kebangsaan Jalan Hulu

Penaung: Tuan Haji Ahmad Isa

Penasihat:  Encik Azlan Kamarudin

Penegrusi:  Mohammad Ali Seman

 Naib Pengerusi:  Suhaidah YakobSetiausaha:  Azman AliBendaharai: Leow Yee Man

Ahli Jawatankuasa: Mohd Abu Sulaiman Ros Mustafa

Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Jalan Hulu telah ditubuhkan

 pada bulan Januari 2008. Sehingga kini, dua mesyuarat agung telah diadakan untuk 

melantik ahli-ahli jawatankuasa persatuan untuk melancarkan urusan persatuan

yang semakin penuh dengan pelbagai aktiviti itu.

Pada masa yang sama sambuatn daripada pelajar sekolah begitu menggalakkan

kerana sehingga kini sudah ada 300 pelajar yang menganggotai persatuan ini dari

darjah dua hingga enam. Usaha untuk menarik lebih banyak ahli persatuan biasanya

dijalankan pada awal tahun ketika pendaftaran pelajar baru bermula terutama

 pelajar darjah dua hingga enam.

Bermacam-macam aktiviti telah dijalankan oleh persatuan ini sepanjang tahun

2008 yang melibatkan semua ahli. Antaranya ialah:

1.Hari suai kenal dengan ahli baru

2.Pertandingan menulis karangan

3.Minggu Bahasa

4.Lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka

5.Persembahan drama

Semua aktiviti ini berjaya dijalankan kerana kerjasama guru penasihat persatuan

 bersama-sama ahli persatuan yang benar-benar mahu melakukan satu perubahan

Page 23: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 23/72

 besar terhadap persatuan ini. Pada tahun hadapan persatuan bercadang untuk melakukan lebih banyak aktiviti lagi terutama yang melibatkan kemahiran menulisdan berbahasa dalam kalangan pelajar di sekolah ini.

Harapan kami supaya Persatuan Bahasa Malaysia akan lebih aktif pada masa akan

datang setanding dengan persatuan dan kelab lain di sekolah ini.

Disediakan oleh, 28 SEPTEMBER 2009

…………………

(AZMAN ALI)

Setiausaha

Persatuan Bahasa Malaysia

Sekolah Kebangsaan Jalan Hulu.

Page 24: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 24/72

Karangan 18

Tulis satu berita tentang kejadian kemalangan yang berlaku.

KUALA LUMPUR, 31 FEBRUARI – Empat orang sekeluarga termasuk dua

kanak-kanak terbunuh apabila sebuah van yang membawa lima orang

 penumpang terbabas lalu jatuh ke dalam gaung di Kilometer 20 Jalan Rawang

kira-kira jam 6 pagi semalam.

Mangsa yang terkorban ialah Mohamad Deli Seman, 30, Sulinda Kamarudin, 28,

Marialinda Mohamad, 11, dan Shukri Mohamad, 10. Kesemua mangsa meninggal

dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Rawang. Manakala anak bongsu

mereka Jasmin Mohamad, 8, pula sedang dirawat di unit rawatan kecemasan tetapi

keadaannya dikatakan stabil. Kemalangan tersebut telah menyebabkan berlakunya

kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer.

Van yang dipandu oleh Mohamad Deli itu dipercayai tidak boleh dikawal setelah

satu tayarnya meletup lalu merempuh besi penghalang jalan sebelum jatuh ke

dalam gaung itu. Menurut saksi, van tersebut berpusing beberapa kali sebelum

merempuh benteng besi tepi jalan itu. Ketika kemalangan itu berlaku, hujan

renyai- renyai yang turut menyukarkan bantuan diberikan kepada mangsa ketika

kejadian tersebut berlaku.

Keluarga itu dikatakan baru sahaja pulang dari kampung mereka di Tanjung Malim

Perak sempena dengan musim cuti sekolah ini. Mohamad Deli yang bekerja

dengan sebuah syarikat swasta di ibu kota manakala isterinya pula bekerja di

sebuah sekolah swasta di Klang. Kesemua anak mereka bersekolah di sekolah

swasta tersebut.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur berkata, kemalangan itu sesuatu yangmenyedihkan lalu menasihati pengguna yang lain supaya lebih berhati-hati dan

memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik sebelum

memulakan perjalanan.

Page 25: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 25/72

Karangan 19Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan

 pengalaman bercuti anda di sebuah tempat 

Tulis surat itu selengkapnya.

 No. 234, Jalan Osman,

Taman Kerjasama Ulung,

46400, Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

28 September 2009.

Menemui saudaraku Ali bin Karim yang kini berada di Sungai Perak,

Perak. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Saudara,

Surat saudara itu telah pun selamat saya terima pada empat hari yang lalu

dan ribuan terima kasih atas kesudian saudara menulis itu. Nampaknya

 percutian saudara bersama keluarga di Pulau Tioman itu memang menarik untuk 

dibaca berulang kali.

Jadi, kali ini saya ingin membalas pula dengan menceritakan pengalaman

 percutian kami sekeluarga di Pantai Lido, Johor. Kami sekeluarga telah pergi ke

kampung nenek saya yang terletak berhampiran dengan pantai yang terkenal itu.

Sudah lama ayah merancang percutian ini kerana setiap kali kami sekolah pasti

ayah atau ibu tidak mendapat cuti pula.

Ketika tinggal di rumah nenek, saya dan adik saya telah berpeluang

mengikuti Pak Long pergi menangkap ikan. Awal-awal pagi lagi kami sudah bertolak ke laut. Kami telah dibawa menaiki sebuah bot yang agak sederhana

 besarnya. Kami melihat cara-cara membuang dan menarik pukat yang begitu

 besar serta cara nelayan mengasingkan ikan-ikan mengikut kategori tertentu ke

dalam kotak khas. Saya sendiri tidak pasti jenis-jenis ikan yang sudah ditangkap

itu kerana terlalu banyak.

Kami berada di lautan selama hampir lima jam. Sebaik sahaja kami sampai di

Page 26: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 26/72

daratan, sudah ada beberapa orang yang sedang menunggu kami. Rupa-rupanya

mereka membeli ikan daripada Pak Long. Saya ternampak Pak Long dan peraih itu

 bercakap-cakap tentang sesuatu. Mereka kemudiannya berjabat tangan sesama

mereka. Semua kotak-kotak ikan itu kemudiannya diangkat ke dalam lori yang

sudah sedia menunggu.

Ada juga ikan yang kami bawa pulang ke rumah nenek. Mak dan Mak Longsibuk memasak buat kami. Pada malam itu, kami sekeluarga duduk makan malam

 bersama-sama dengan hasil tangkapan tadi. Makanan itu merupakan makanan

malam yang paling sedap pernah saya alami. Sekali-sekali kedengaran cerita lucu

terutama cerita Pak Long tentang saya dan adik yang kelihatan begitu kagum

dengan nelayan yang menangkap ikan itu.

Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Diharap pada cuti penggal yang

akan datang, kita dapat menghabiskan cuti bersama-sama pula.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Azman

 

Page 27: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 27/72

Karangan 20

 Anda menjadi pencadang dalam satu perbahasan yang bertajuk 

“Sukan memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar”.

Selamat sejahtera tuan pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, barisan

 pembangkang yang dihormati, guru-guru dan para hadirin sekalian. Saya bagi

 pihak pencadang menyokong tajuk perbahasan kita pada hari ini iaitu “Sukan

memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar”.

Hadirin,

Slogan “badan cergas otak cerdas” menjadi satu laungan yang membuktikan betapa

 pentingnya aktiviti sukan dalam kehidupan seseorang itu terutama pelajar. Tanpa

 badan yang sihat seseorang itu pasti tidak mampu untuk melakukan apa-apa

tindakan lain terutama untuk belajar dengan sebaik mungkin. Kita boleh katakantanpa suka seseorang pelajar itu akan menjadi lemah lalu menjejaskan prestasi

 pelajarannya.

Bukan sahaja prestasi pelajar berkaitan dengan sukan tetapi rasa keyakinan diri pun

akan bertambah. Kalau kita kaji kebanyakan ahli sukan yang berjaya memiliki satu

 perasaan yakin diri yang amat tinggi sehingga mereka berjaya memperoleh banyak 

kejayaan dalam hidup mereka. Rasa keyakinan ini penting kerana kehidupan yang

tidak ada rasa yakin pasti akan menimbulkan rasa negatif dalam kehidupan pelajar.Oleh itu, sekali lagi sukan membuktikan betapa pentingnya aktiviti ini dalam diri

 pelajar.

Hadirin yang dihormati,

Malah, sukan juga boleh menjadikan interaksi seseorang pelajar itu lebih matang

dan meluas. Sukan melibatkan lebih daripada seorang pelajar lalu setiap aktiviti

sukan pasti melibatkan interaski yang kemudiannya boleh dijadikan asas

 persahabatan buat seseorang itu. Semua interaksi yang berlaku ini menjadikan

kehidupan pelajar lebih bermakna lalu mereka berupaya untuk melakukan sesuatu

yang baik dalam hidup mereka.

Sukan juga menjadikan masa lapang pelajar dihabiskan dengan bermanfaat sekali.

Setiap permainan sukan memerlukan satu jumlah masa yang agak lama seperti

Page 28: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 28/72

empat puluh minit atau sejam. Masa yang dihabiskan sebegini menjadikan

mereka mampu menghabiskan masa dengan lebih baik tanpa terbabit dalam

sebarang aktiviti yang tidak sihat pula.

Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya menegaskan bahawa sukan

memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Hanya menerusi sukan pelajar dapat memahami diri mereka lalu berjaya mencapai matlamat sebenar 

mereka di dunia ini.

Sekian, terima kasih.

Karangan 21

Page 29: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 29/72

 Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan.

Tulis faedah-faedah mengikuti kelas tambahan.

Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan kerana banyak faedah

yang mereka peroleh apabila mengikuti kelas sebegini. Kelas tambahan sudahmenjadi satu kebiasaan dalam kehidupan murid-murid kini.

Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu mengikuti kelas tambahan ialah

 pemahaman mereka terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelas ini

 begitu penting buat murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran.

Salah satu kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan

tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan.Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman

kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya.

Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan

satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula.

Mereka yang sudah banyak kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin

untuk menjawab dengan tenang dan tepat setiap soalan yang diberikan itu.

Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan

aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah

 biasa menyukarkan murid-murid untuk terbabit dalam gejala yang tidak sihat

seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen.

Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalkkan mengikuti kelas tambahan

untuk memastikan masa depan mereka cerah. Namun, jumlah kelas yang dihadiri

oleh murid ini juga harus dikawal supaya mereka tidak menghabiskan sepanjangmasa dengan menghadiri kelas tambahan sahaja. Kualiti lebih penting daripada

kuantiti menghadiri kelas.

Karangan 22

 Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan

Page 30: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 30/72

tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam

keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk 

memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti

mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling

rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan

oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang

 berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam

kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik.

Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang

mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang

serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual

 berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakitketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor 

hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus

dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja

menjimatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan

yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

Karangan 23

Page 31: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 31/72

Tulis karangan yang bertajuk, “Faedah membaca” 

Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam

sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang

itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.

Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan

seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini

memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden

yang penuh cabaran ini.

Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan

murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli

majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat

mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.

Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu

terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu

memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada

 pembacanya dengan mudah.

Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulusdengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin

 besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan

 peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.

Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini

kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini

akan terus wujud dalam diri seseorang itu.

Karangan 24

 Kamu dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas kemahiran

Page 32: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 32/72

hidup. Tiba-tiba seorang rakan kamu tercedera.

Ceritakan pengalaman kamu menghadapi peristiwa tersebut .

Saya dan rakan-rakan sekelas begitu gembira setiap kali kami menghadiri kelas

kemahiran hidup. Kami berasa gembira kerana kelas ini mengajar kami pelbagaikemahiran hidup yang memerlukan kreativiti seperti menghasilkan penyangkut

 baju dan kotak simpanan pensel.

 Namun pada minggu lepas, satu kejadian buruk telah berlaku ketika kelas

kemahiran hidup itu sedang berlangsung. Kejadian itu berlaku selepas

Cikgu Kamal memberikan tugasan kepada kami semua iaitu untuk menyiapkan

rangka gambar. Beliau ketika kejadian itu berada di luar kelas.

Ali, rakan sekelas saya telah ditimpa kecederaan. Tangannya telah terluka

ketika sedang membantu seorang lagi rakan saya iaitu Azmi. Kemalangan berlaku

apabila Azmi hendak memotong kayu itu dengan gergaji lalu terkena tangan Ali

secara tidak sengaja. Ali hanya memegang tangannya yang berlumuran darah.

Tanpa melengahkan masa, saya segera memberitahu Cikgu Kamal yang ketika

itu berada di luar kelas bercakap dengan penolong kanan. Cikgu Kamal segera

masuk ke dalam kelas dan memegang serta mengambil ubat pembasmikuman lalu menyapukannya ke atas luka Ali itu sebelum membalutnya dengan

menggunakan kain pembalut luka.

Kemudian, Cikgu Kamal meminta kami semua supaya bertenang dan berhati-

hati apabila menggunakan alat-alat tajam di kelas itu pada masa hadapan. Beliau

membawa Ali ke klinik berhampiran sekolah untuk membuat pemeriksaan

lanjut.

Karangan 25

 Semasa rehat, seorang rakan kamu menyedari bahawa dia telah

kehilangan wang. Dia tidak   mempunyai wang untuk berbelanja dan

Page 33: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 33/72

meminta pertolongan daripada kamu.

Ceritakan bagaimana kamu membantunya.

Semalam semasa sedang berjalan menuju ke kantin sekolah, Sulaiman baru

menyedari bahawa dia tidak mempunyai wang belanja. Dia berpendapatkemungkinan wang itu tercicir ketika dia pergi ke sekolah atau tertinggal di

rumahnya.

Sulaiman berasa sedih kerana dia tidak mempunyai wang untuk makan lagi.

Saya memberitahunya supaya tidak berasa risau kerana saya akan membayar 

untuk makanannya pada waktu rehat itu. Kami berjalan bersama-sama menuju ke

kantin sekolah.

Wang saku saya ada RM5 dan memberitahu Sulaiman bahawa kami akan

 berkongsi wang tersebut untuk membeli makanan di kantin. Saya menjelaskan

kepadanya bahawa wang yang saya ada itu sudah lebih daripada cukup untuk 

membayar makanan kami berdua.

Kemudian, saya membeli dua pinggan mi goreng yang berharga RM1 sepiring.

Saya menghulurkan mi itu kepada Sulaiman. Sejurus kemudian, saya membeli

dua gelas air yang berharga 50 sen dan memberikan segelas kepada Sulaiman

 juga. Kami makan bersama-sama sambil bebrincang tentang pelajaran yang baru

sahaja kami dengar tadi.

Selepas makan saya memberikan RM1 kepada Sulaiman untuk tambang bas ketika

 balik nanti. Dia hanya tersenyum lalu mengucapkan terima kasih kepada saya atas

 bantuan itu. Sulaiman juga berjanji akan memulangkan semula wang saya pada

esok harinya. Saya herasa gembira kerana dapat membantu seseorang pada hari

itu.

Karangan 26

Tulis karangan berdasarkan peribahasa “seperti kacang lupakan

kulit” 

Pak Kamal seorang pesawah yang tidak memiliki pendidikan tinggi. Dia tidak 

Page 34: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 34/72

mahu anak tunggalnya itu menjalani kehidupan yang serupa dengannya. Pak Kamal

lebih suka melihat Ali berjaya dalam hidupnya dan memiliki pelajaran yang baik.

Jadi, setiap hari Pak Kamal dan isterinua akan bekerja keras di sawah untuk 

memastikan Ali mampu ke sekolah. Mereka sanggup berlapar dan tidak memiliki

 pakaian yang banyak asalkan anak mereka itu mampu ke sekolah setiap hari.Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kejayaan Ali yang merupakan

anak tunggal mereka.

Kini, Pak Kamal dan isterinya boleh berbangga kerana Ali menjadi satu-satunya

 penduduk kampung mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Ali berjaya dipilih untuk memasuki kursus perubatan di sebuah universiti terkenal

negara.

Sebaik sahaja tamat pengajiannya, Ali telah berjaya mendapat kerja sebagai doktor 

di sebuah hospital swasta yang terkenal. Gaji bulannya begitu lumayan. Jauh lebih

 banyak daripada pendapatan ayahnya itu sehingga Ali sudah mampu untuk 

membeli sebuah kereta dan rumah dalam masa tidak sampai setahun sahaja.

 Namun, kebahagian yang dijangkakan oleh Pak Kamal dan isterinya tidak 

kesampaian kerana kehidupan di kota telah menyebabkan Ali lupa

tanggungjawabnya kepada keluarga. Dia tidak lagi pulang melawat ibubapanya dikampung. Dia tidak mengenang jasa dan pengorbanan ayah serta ibunya itu.

Pak Kamal sedar bahawa anak yang dahulunya disanjung atas kejayaanya itu kini

menjadi seperti kacang lupakan kulit. Apabila teringatkan anaknya itu, Pak Kamal

menangis tetapi dia dan isterinya masih berdoa agar Ali akan berasa insaf lalu

 pulang ke pangkuan mereka.

Karangan 27

 Anda telah menyaksikan satu kebakaran. Ceritakan pengalaman

anda menangani situasi tersebut.

Page 35: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 35/72

Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa kebakaran yang berlaku pada bulan

lepas. Setiap kali membaca akhbar tentang kejadian kebakaran fikiran ini terus

teringat akan kejadian itu. Masalah ini berterusan kerana aku terlibat secara

langsung dalam peristiwa tersebut.

Peristiwa kebakaran itu berlaku pada waktu petang hari Ahad minggu terakhir pada

 bulan lepas itu. Ketika itu, aku berada di satu simpang jalan menuju ke arah

rumahku. Tiba-tiba sahaja, aku terdengar jeritan orang ramai meminta pertolongan

kemudian perkataan api berulang kali pula berkumandang. Rupa-rupanya, jeritan

itu datangnya dari sebuah rumah di deret rumah yang berada di tepi jalan itu.

Tanpa membuang masa, aku segera menelefon pihak bomba dengan menggunakan

telefon bimbit yang diberikan oleh ibu tadi. Kemudian, aku menuju ke rumahyang sedang terbakar itu. Ketika aku sampai, sudah ada beberapa jiran yang sibuk 

mengangkat keluar beberapa peralatan elektrik dari rumah tersebut. Aku

membantu mereka. Ada juga beberapa orang yang hanya duduk melihat sahaja.

Kemudian kedengaran bunyi siren bomba. Pasukan bomba begitu pantas

 bertindak kerana dalam masa tidak sampai 10 minit sahaja api yang sedang marak 

di bahagian atas rumah itu sudah berjaya dipadamkan oleh mereka. Menurut jiran-

 jiran, kebakaran itu berlaku akibat litar pintas.

Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa kebakaran dengan segera

membuat panggilan kepada pihak bomba. Semua penghuni rumah itu dalam

keadaan selamat. Hanya bahagian atas rumah itu sahaja yang terbakar teruk. Aku

difahamkan jiran-jiran kawasan itu telah memberi bantuan kewangan kepada

mangsa kebakaran itu.

Karangan 28 Anda sebagai wakil murid tahun enam dikehendaki berucap dalam

satu majlis perpisahan antara guru dengan murid-murid tahun enam.

Tulis ucapan itu selengkapnya.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru,

Page 36: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 36/72

dan rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.

Ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya sebagai wakil

murid tahun enam untuk berucap dalam majlis yang meriah lagi bermakna ini.

Hadirin,

Guru-guru sekolah ini telah mendidik dan membimbing kami demi kejayaan pada

masa hadapan. Oleh itu, kami akan sentiasa mengenang dan menghargai jasa guru

sekalian. Kami tidak sekali-kali akan menjadi seperti “kacang lupakan kulit”.

Tanpa guru siapalah kami.

Selain itu, kami berjanji akan terus belajar dengan tekan sehingga mencapai

kejayaan dalam peperiksaan akan datang. Walaupun kita akan terpisah, harapan

kami semua ialah guru-guru tidak akan melupakan kami begitu sahaja. Bak kata

 pepatah “jauh di mata dekat di hati”.

Guru-guru dan rakan-rakan,

Kami berjanji akan mengingati semua nasihat guru terutama nasihat agar menjadi

insan yang berguna buat agama, masyarakat dan negara ini. Kami berharap agar 

guru sekalian sentiada mendoakan kejayaan kami dalam segenap lapangan yang

kami ceburi.

Akhir kata, kami memohon maaf aras semua kesilapan yang kami lakukan

sepanjang kami belajar di sini.

Sekian, terima kasih.

Karangan 29

 Sebagai ketua murid, anda telah dipilih untuk memberi ucapan

bersempena dengan sambutan Hari Guru. Lengkapkan ucapan

di bawah.

Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru yang

dikasihi serta rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.

Hadirin yang dikasihi,

Page 37: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 37/72

Pada pagi yang penuh bermakna ini, saya mewakili pelajar tahun enam sekolah ini

mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang kami semua kagumi.

Didikan guru-guru semua telah banyak memberi kesedaran kepada kami semua.

Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima aksih kepada guru yang begitu tekun

dan sabar serta dedikasi mendidik kami untuk memperoleh ilmu pengetahuan.

Guru-guru bekerja mendidik kami tanpa mengharapkan sebarang balasan pun.

 Namun, berkat ketekunan guru-guru semua, kami telah berjaya mencapai kejayaan

demi kejayaan dalam peperiksaan kami. Semua kejayaan ini tidak akan berlaku

tanpa kewujudan guru-guru semua.

Kami berharap guru-guru akan terus berkhidmat untuk mendidik anak bangsa yang

amat memerlukan bantuan ini. Tanpa pertolongan guru-guru semua, kami boleh

diumpamakan sebagai anak ayam kehilangan ibu.

Akhir sekali, kami mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang

dikasihi.

Karangan 30

Tulis syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang” 

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para

guru serta rakan sekalian. Izinkan saya menyampaikan satu syarahan bertajuk 

“Cara-cara Menjadi Murid cemerlang”.

Hadirin,

Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid tersebut. Oleh

Page 38: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 38/72

itu, setiap murid harus tahu cara-cara tertentu untuk mencapai kecemerlangan

 pendidikan ini.

Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka.

Kefahaman akan kelemahan diri ini membolehkan murid menyedari subjek yang

 perlu diberi penekanan lebih mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secarasistematik bagi menangani kelemahan tersebut.

Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan jadual

sebegini menjadikan murid tahu masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai

aktiviti yang bukan sahaja berkaitan dengan pelajaran tetapi aktiviti lain yang turut

 penting seperti berbual-bual dengan rakan dan bersukan. Kepatuhan mematuhi

 jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu kehidupan belajar yang

seimbang.

Hadirin yang budiman,

Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan.

Semua subjek harus diteliti dan latihan yang cukup dilaksanakan untuk memastikan

murid memahami subjek itu secara mendalam. Latihan yang sistematik menjadikan

murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak.

Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan pemakanan

seimbang bersama-sama ketenangan emosi penting dalam kejayaan seseorang

murid itu. Keadaan ini boleh menjadikan murid lebih yakin dan tenang menghadapi

sebarang cabaran peperiksaan yang muncul.

Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan mudah sahaja.

Semua murid harus berusaha dan mematuhi amalan-amalan positif tertentu. Tanpa

usaha sudah pasti kejayaan tidak akan muncul begitu sahaja.

Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Terima kasih.

Karangan 11

 Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda akan mengadakan lawatan

Page 39: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 39/72

ke Pulau Pinang. Selaku pengerusi persatuan, anda dikehendaki 

menulis sepucuk surat kepada Guru Besar sekolah anda untuk 

meminta kebenaran untuk mengadakan lawatan tersebut.

Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka,

45000, Batu Berendam,

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka,

45000, Batu Berendam,

Melaka 28 SEPTEMBER 2009

Tuan,

Memo ho n Kebena ra n Melawa t ke Pul au Pi na ng

Merujuk perkara di atas, saya selaku Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia sekolah

ini ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk membuat lawatan ke

Pulau Pinang pada cuti semester pertama akan datang ini.

2. Tujuan kami mengadakan lawatan tersebut adalah untuk melihat tempat-tempat

 bersejarah yang terdapat di Pulau Pinang. Lawatan ini juga akan meluaskan lagi

 pengetahuan murid tentang kepelbagaian kaum di negara ini. Pulau Pinang

merupakan antara negeri yang memiliki kaum-kaum yang unik untuk dilihat oleh

murid sekolah ini.

3. Rombongan ini akan meliputi 20 orang murid tahun enam dan diiringi 4 orang

guru. Kami berjanji akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh

 pihak sekolah. Kami juga akan mengikuti semua arahan guru pengiring kelak.

Page 40: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 40/72

4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan kami ini secepat mungkin. Hal ini kerana kami memerlukan masauntuk membuat semua persiapan sebelum mengadakan lawatan tersebut sepertiaspek meminta kebenaran daripada pihak ibu bapa pula.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

………………………..

(AZMAN MOHAMAD)

Pengerusi,Persatuan Bahasa Malaysia,

Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka.

Page 41: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 41/72

Karangan 12

 Jalan raya di kampung kamu telah rosak. Sebagai wakil 

 penduduk, anda ingin mengemukakan permohonan membaiki 

 jalan. Tulis sepucuk surat kepada Jabatan Kerja Raya untuk 

menyatakan permohonan kamu itu.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,

Kampung Pandan Indah Batu 25, 3200, Cheras,

Selangor.

Jurutera Daerah,

Jabatan Kerja Raya Daerah Cheras,

Kompleks Bangunan Sultan Ismail,

Jalan Aman 2,43200, Cheras,

Selangor. 29 SEPTEMBER 2009.

Tuan,

Memo ho n Membai ki Ja la n Raya

Berhubung perkara di atas, saya mewakili penduduk Kampung Pandan Indah Batu

25 memohon jasa baik pihak tuan agar dapat membaiki jalan raya yang sudah rosak di kampung kami ini.

2. Jalan raya di kampung kami ini telah rosak akibat terlalu banyak lori berat yang

menggunakannya untuk mengangkut pasir ke kawasan pembangunan di kampung

sebelah. Keadaan ini menjadi semakin serius kerana musim hujan yang baharu

sahaja tamat bulan lalu menjadikan kawasan tepi jalan raya itu berlopak dan mula

 berlubang.

3. Akibat kerosakan jalan raya itu beberapa kemalangan kecil telah berlaku. Malah,

kami mula berasa bimbang kerana banyak anak-anak penduduk kamimenggunakan jalan tersebut untuk ke sekolah mereka. Kami bimbang jika sesuatu

yang buruk akan menimpa mereka kerana keadaan jalan raya yang sudah begitu

teruk itu.

Page 42: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 42/72

4. Bukan sahaja masalah jalan raya ini menyusahkan pelajar ke sekolah tetapi

 juga buat kami yang hendak pergi ke tempat kerja kerana jalan raya itu merupakan

satu- satunya jalan yang menghubungkan kampung ini dengan kawasan lain. Saban

hari kami terpaksa lebih berwaspada apabila menggunakan jalan raya itu untuk 

mengelakkan lubang dan sebagainya.

5. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat membaiki jalan raya di

kampung kami ini dengan segera.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………..

( KAMAL AHMAD)

Wakil Penduduk,

Kampung Pandan Indah Batu 25,Cheras.

Page 43: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 43/72

Karangan 13

Tulis sepucuk surat kepada kenalan kamu di luar negara untuk menceritakan

tentang perayaan yang telah kamu sambut.

 No.227, Jalan Cheras 2/3,Taman Cheras Aman,

45600, Cheras,

Selangor.

27 September 2009.

Menemui sahabatku, Melisa Kwong yang kini berada di Taiwan dengan

selamatnya.

Saudari,

Surat saudari yang bertarikh 28 Ogos 2009 itu telah lama saya terima. Maafkan

saya kerana terlewat membalas surat saudari itu kerana kesibukan saya menyambut

Hari Raya Adilfitri. Untuk pengetahuan saudara, saya dan keluarga di sini

semuanya dalam keadaan yang sihat.

Jadi, untuk warkah kali ini saya berhasrat untuk menceritakan tentang Hari Raya

Adilfitri yang telah saya sambut baru-baru ini. Untuk makluman saudari, umatislam meraya perayaan ini pada 1 Syawal yakni kalendar Islam. Sebelum kami

menyambut perayaan ini, semua umat Islam akan berpuasa selama sebulan.

Pada hari perayaan itu, saya dan ayah serta abang akan bersama-sama pergi ke

masjid yang berdekatan rumah saya untuk bersembahyang. Biasanya ketika inilah

kami meluahkan rasa syukur kerana berjaya melengkapkan puasa dan mampu

menyambut perayaan pula. Biasanya masjid akan dipenuhi dengan orang ramai

ketika ini.

Satu perkara yang unik tentang perayaan ini ialah umat Islam akan membuat rumah

terbuka yakni semua kaum boleh datang ke rumah orang Islam dan bersama-sama

menyambut perayaan ini. Jadi, ramai jiran dan sahabat saya yang datang ke rumah

saya pada perayaan tersebut. Biasanya emak saya akanmenyediakan pelbagai

 juadah makanan untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang sambil berbual-

 bual.

Page 44: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 44/72

Saya juga akan pergi melawat rumah kawan-kawan saya pada hari perayaan itu.

Saya berasa gembira kerana perayaan ini biasanya disambut dalam suasanayang meriah dan ceria lalu memberikan satu kepuasan dalam hidup.

Itu sahaja yang dapat saya ceritakan tentang perayaan yang telah saya sambut

itu. Semoga kita akan bertemu lagi.

Sekian, terima

kasih.

Yang

 benar,

Kamaluddin

Page 45: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 45/72

Karangan 14

 Balas surat kepada rakan anda untuk memberitahunya tentang persediaan

anda menghadapi peperiksaan akhir tahun.

 No.228, Jalan Cheras 12,

Taman Cheras Utama,

45600, Cheras, Selangor .

29 September 2009.

Ke hadapan saudara Kamal yang kini berada di Pulau Pinang, semoga saudara dan

keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara,

Surat yang saudara kirimkan itu telah saya terima pada minggu lalu. Saya berasa amat

kagum akan persediaan yang telah saudara ambil khas untuk mengharungi

 peperiksaan akhir tahun pada bulan Oktober nanti. Sememangnya saudara berfikiran

 jauh.

Untuk makluman saudara, saya juga sudah mula membuat persediaan dalammenghadapi peperiksaan tersebut. Tindakan awal saya ialah dengan membuat jadual

 belajar di rumah. Semua masa yang telah ditetapkan dalam jadual itu sudah saya

 patuhi agar proses ulang kaji saya lebih berkualiti dan konsisten.

Pada masa yang sama, saya juga mengikuti kelas tambahan yang disediakan oleh

 pihak sekolah saya. Kelas ini diadakan setiap hari Isnin bermula jam 4 petang hingga

6 petang. Kelas tambahan ini saya gunakan untuk mengukuhkan lagi kemahiran saya

untuk menjawab soalan peperiksaan kelak.

Selain itu, saya juga telah menubuhkan satu kumpulan belajar. Kumpulan ini terdiri

daripada empat pelajar sekelas saya dan kami bertemu dua kali seminggu yakni pada

hari jumaat dan sabtu setiap jam 8 malam hingga 10 malam di rumah saya. Kami

 berbincang dan bertukar-tukar pendapat supaya mampu menambahkan pengetahuan

 bersama.

Page 46: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 46/72

Saya amat yakin jika saya berusaha lebih gigih, saya boleh memperoleh keputusan

yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun kelak lalu memberi sedikit harapan

kepada ibu bapa saya.

Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih.

Yang benar,

Yusuf 

Page 47: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 47/72

Karangan 15

Tulis berita tentang satu rompakan yang berlaku di sebuah

kedai runcit.

KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER – Satu rompakan telah berlaku di sebuah

kedai runcit di Jalan Handal, Taman Seri Maju. Rompakan tersebut telah dilakukan

oleh dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an pada petang semalam.

Menurut pemilik kedai runcit itu, rompakan itu berlaku ketika dia sedang melayan

seorang pelanggannya. Mereka terkejut apabila didatangi oleh dua lelaki itu yang

 bersenjatakan sebilah parang dan kapak. Perompak-perompak itu berjaya

merampas wang hasil jualan hari itu bernilai hampir RM500. Pemilik kedai runcit

itu pada mulanya enggan menyerahkan wang tersebut tetapi setelah perompak 

memberi amaran akan mencederakan pelangganya, dia terpaksa menyerahkan wangtersebut.

Kejadian yang berlaku dalam masa 10 minit itu merupakan kejadian pertama yang

menimpa kedai runcit tersebut. Pihak polis yang datang membuat siasatan

kemudian mengesahkan bahawa dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an sedang

diburu oleh pihak polis. Kedua-dua perompak tersebut dipercayai masih lagi

 bersembunyi di kawasan berhampiran kerana semua kawasan keluar dari kawasan

itu sudah dikawal oleh pihak polis.

Pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi pihak polis jika

mereka ternampak dua lelaki yang mencurigakan di kawasan mereka dengan

segera.

Page 48: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 48/72

Karangan 16

 Di kawasan tempat tinggal anda satu pasar tani telah

dianjurkan. Gambarkan suasana di pasar tani tersebut.

Kampung saya, Kampung Merdeka merupakan lokasi pasar tani sejak beberapa

tahun yang lalu. Pemilihan kampung saya mungkin ada kaitan dengan

kedudukannya yang strategik kerana berdekatan dengan kampung-kampung lain

dan juga bandar Melaka.

Setiap awal pagi Ahad, kampung saya akan dikunjungi para petani dan peniaga.

Semua sudah atau sibuk memasang dan menyusun barang jualan mereka. Ada juga

yang sedang memasak dan menggoreng pelbagai jenis masakan untuk dijual

kepada pengunjung nanti. Kelihatan juga beberapa kenderaan terutama van

diletakkan di tepi gerai mereka.

Menjelang jam 9 pagi, sudah mula kelihatan pengunjung memenuhi tapak pasar 

tani itu. Ketika inilah para peniaga sibuk berkempen untuk memastikan barangan

mereka laris dijual. Suasana mula menjadi riuh-rendah dengan suara peniag-

 peniaga ini. Manakala kawasan lalu lintas di situ mula menjadi sesak dengan orang

ramai berasak-asak membeli-belah.

Kebanyak pengunjung yang datang ke situ suka memilih dan menawar harga

terutama sayur-sayuran dan buah- buahan serta barangan keperluan harian lain. Ada

 juga yang hanya datang untuk menjamu selera sambil beriadah bersama-sama

keluarga mereka. Suasana riuh-rendah tadi akan mula berkurangan menjelang

waktu tengah hari.

Ketika waktu inilah, para peniaga mula mengemaskan barangan mereka dan pulang

ke rumah masing-masing dengan penuh kegembiraan melihat keuntungan yang

diperoleh tadi.

Page 49: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 49/72

Karangan 17

 Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Tanah

Tinggi Cameron. Selaku setiausaha persatuan, tulis laporan tentang lawatan itu.

La po ran Law atan ke Tana h Tingg i Camero n

Pada 28 September 2007, sebanyak 25 orang ahli Persatuan Bahasa Malaysia,

sekolah Kebangsaan Damai, Klang telah mengadakan lawatan ke Tanah Tinggi

Cameron. Kami bertolak dari sekolah tepat jam 6.30 pagi bersama-sama lima guru

 pengiring.

Tempat lawatan kami yang pertama ialah kebun sayur. Kami begitu kagum melihat

keluasan kawasan kebun itu bersama-sama dengan kepelbagaian jenis sayur yang

ditanam. Antaranya ialah kubis, lobak merah, cili dan sawi. Semua tanaman itu

kelihatan segar dan lebih besar daripada kebiasaan yang kami nampak di pasar 

 biasa.

Kemudian, kami melawat pula ke bunga. Sebaik sahaja sampai, semua pelajar 

 berasa begitu gembira kerana melihat keindahan bunga yang pelbagai warna itu.

Puan Erra iaitu salah seorang guru pengiring kami telah membeli beberapa jambak 

 bunga ros untuk hiasan di rumahnya kelak. Kami mengambil banyak gambar di

kebun bunga yang memang indah itu.

Lawatan kami yang seterusnya ialah lading teh. Penyelia lading itu telah membawa

kami berjalan ke kawasan ladang sambil menerangkan jenis-jenis pokok teh dan

 proses menghasilkan teh. Penerangan yang diberikan itu telah banyak memberikan

informasi baru kepada kami tentang teh. Ladang itu memiliki banyak pekerja.

Sebelum balik ke Klang, kami telah menghabiskan masa dengan berkelah di

kawasan air terjun. Di situ, kami sedang mandi-manda dan menikmati bekalan yang

sudah dibawa. Setelah berada hampir sejam di kawasan itu, bas kami bertolak ke

Klang dan sampai di Bandar itu menjelang jam 8 malam.

Sebenarnya, lawatan ini telah banyak memberi pengetahuan dan pengalaman baru

kepada pelajar semua. Kami bercadang utnuk melawat ke tempat lain pula sekiranya

 berpeluang.

Page 50: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 50/72

Laporan disediakan oleh, 28 Oktober  

2008.

……………………..

(Kamal bin

Sulaiman) SetiausahaPersatuan Bahasa Malaysia,

Sekolah Kebangsaan Damai, Klang.

Page 51: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 51/72

Karangan 18Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergoyong-royong:.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakimyang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang

mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah

Bergotong-royong”.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud

mengerjakan atau mengusahakan  sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkanmakna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama

 bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan

cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis

 perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat

 bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang

datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya,

sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga

hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa

tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya

interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita

sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu

mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu

mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak 

 bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah

saya mengundurkan diri dahulu.

Sekian, terima kasih

Page 52: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 52/72

Karangan 19 Pendidikan masa depan harus berteraskan teknologi maklumat.

 Sebagai pencadang, sediakan teks perbahasan anda.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan

Daerah, uru Besar, guru-guru, panel hakim yang arif lagi bijaksana, serta hadirin

sekalian.

Pada hari ini, saya selaku pihak pencadang ingin membahaskan tajuk yang

diberikan kepada saya yakni, “Pendidikan Masa Depan Harus Berteraskan

Teknologi Maklumat”.

Hadirin sekalian,

Kita semua sudah sedia maklum bahawa teknologi maklumat akan menguasai

dunia. Semua teknologi yang ada kini pasti mempunyai kaitan dengan teknologi

maklumat yakni memudahkan manusia untuk mendapatkan sebarang informasi di

hujung jari mereka sahaja terutamanya penggunaan internet. Lantaran itu,

 pendedahan akan teknologi maklumat perlulah diberikan kepada pelajar seawal

mungkin.

Cara yang paling mudah adalah menjadikan teknologi maklumat sebagai perantara

utama dalam sistem pendidikan engara. Pendedahan yang sebegini akan

menjadikan pelajar kita sudah biasa dengan teknologi ini lalu mereka tidak lagi

 berasa kekok untuk menggunakannya pada masa hadapan. Pada masa yang sama

semua pelajar ini akan menjadi celik komputer yang pastinya memudahkan lagi

usaha menguasai teknologi maklumat kelak.

Penggunaan teknologi maklumat terutamanya komputer dalam pembangunan

negara bukanlah sesuatu yang asing terutama dalam aspek ekonomi. Semua urusan

 perniagaan kini mampu dilakukan menerusi komputer dengan begitu mudah dan

telur. Kemampuan mendedahkan pelajar dengan teknologi maklumat di sekolah

 bakal menghasilkan satu sumber manusia yang sudah mahir menggunakan

teknologi ini sejak muda lagi.

Page 53: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 53/72

Sidang dewan yang dihormati,

Kita mesti menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk menjadikan pendidikan

masa depan berteraskan teknologi maklumat. Tindakan bijak kerajaan ini mampu

menjana pertumbuhan pembangunan negara menjadi lebih rancak dan stabil pada

masa mendatang berbanding negara jiran kita. Pada masa yang sama wawasan

negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 pasti tercapai dengan

mudah.

Sekian, terima kasih.

Page 54: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 54/72

Karangan 20

Tulis sebuah berita tentang kejadian pelajar mati lemas.

KUALA LUMPUR, 2 April – Dua pelajar mati lemas ketika berenang bersama-

sama empat rakan mereka di sebuah tasik di Ampang. Mereka yang lemas itu

dikenali sebagai Ahmad bin Ali dan Kamal bin Murad. Kedua-duanya berumur 13

tahun dan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Jalan Padang Tembak di sini.

Menurut empat lagi rakan mereka yang berada di tempat itu, tragedi itu berlaku

kira-kira jam 4 petang. Kedua-dua pelajar itu berenang bersama-sama rakan mereka

yang lain di tasik yang sering dikunjungi oleh orang ramai terutama pada hujung

minggu tetapi ketika kejadian itu tidak ada sesiapa yang datang membantu mereka.

Keempat-empat rakan mereka cuba memberi bantuan tetapi gagal untuk 

menyelamatkan dua mangsa lemas tersebut. Pihak polis berjaya menjumpai mayat

kedua-dua mangsa selepas empat jam menjalankan operasi mencari kerana tasik itu

agak dalam dan airnya agak keruh. Faktor hujan turut melambatkan operasi

mereka juga.

Tasik itu memang menjadi tempat tumpuan masyarakat terutama pada hujung

minggu. Namun, kawasan tasik itu merupakan tempat larangan berenang dan

kelihatan tanda amaran diletakkan di beberapa kawasan strategik di tasik tersebut.

Kebanyakan pelajar masih tidak memberi perhatian penting akan faktor 

keselamatan diri mereka apabila berenang di tasik tersebut.

Pihak pengurusan tasik bercadang untuk meningkatkan tahap kelsematan di

kawasan tersebut dengan menempatkan lebih ramai pengawal keselamatan untuk 

mengawasi tingkah laku remaja yang menyalahgunakan kemudahan di tasik 

tersebut.

Page 55: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 55/72

Karangan 21

 Lengkapkan surat di bawah untuk memberitahu keluarga

anda tentang kehidupan anda di  asrama.

Sekolah Teknik Tuanku Jaafar,

Jalan Jejaka 2, Ampangan,

45500, Seremban,

 Negeri Sembilan.

28 Ogos 2009.

Menemui ayahanda dan bonda, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Anakanda di sini dalam keadaan sihat jua.

Ayahanda,

Sudah genap sebulan anakanda berada di asrama sekolah ini. Sepanjang tempoh itu

anakanda sering teringat akan kehidupan bersama-sama dengan ayahanda dan

 bonda tetapi anakanda sedar perpisahan ini sementara sahaja.

Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda, pada hujung bulan April nanti, anakanda

akan menduduki peperiksaan sekolah. Oleh itu, setiap hari anakanda belajar 

mengulangkaji pelajaran sebaik sahaja selesai sesi persekolahan biasa. Pada

sebelah malam pula anakanda dan pelajar yang lain wajib menghadiri sesi belajar 

yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir asrama ini selama dua jam setiap harikecuali sabtu dan ahad.

Anakanda berasa gembira di asrama ini kerana kehidupan di sini memberikan satu

 pengalaman baru buat anakanda. Bukan sahaja anakanda belajar berdikari tetapi

anakanda juga mula sedar bahawa kehidupan pada masa hadapan banyak 

 bergantung kepada sikap anakanda untuk menghadapi sebarang cabaran.

Rakan-rakan serta guru-guru di sini banyak memberi bantuan. Hubungan anakanda

dengan mereka semua berjalan lancar dan yakin prestasi pelajaran anakanda akansemakin bertambah baik nanti.

Page 56: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 56/72

Akhir kata, doakanlah kejayaan anakanda di sini dan anakanda akan senantiasa

merindui ayahanda serta bonda di sana.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Mustapha Kamal

Karangan 22

Page 57: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 57/72

 Majalah berbentuk komik ada kebaikan dan keburukannya

untuk pelajar. Bincangkan.

Komik merupakan bahan bacaan yang digemari oleh remaja kini. Amalan

membaca komik sudah menjadi sesuatu yang lumrah sehingga amalan ini

membawa pelbagai impak kepada pelajar.

Kebaikan ketara membaca komik ialah pelajar mampu berlibur yakni berehat

untuk menenangkan emosi dan jiwa mereka dengan tenang. Penggunaan gambar 

yang menarik dan jalan cerita yang unik menjadikan pembacaan komik satu

amalan yang menghiburkan Pada masa yang sama, amalan membaca komik ini

 juga secara tersirat menjadikan seseorang pelajar itu minat untuk membaca.

Semakin banyak bahan komik yang dibaca sudah pasti timbul minat untuk 

membaca sebarang bahan termasuklah buku teks yang pastinya memberikan kesan

 positif kepada pelajar kita.

 Namun, komik juga membawa impak negatif yakni harga bahan bacaan berunsur 

komik yang begitu tinggi ini. Sudah pasti pelajar akan menghabiskan sejumlah

wang yang banyak untuk membeli bahan komik ini setiap minggu atau bulan yang

 boleh digunakan untuk membeli keperluan penting lain juga.

Komik juga sering dianggap pencetus unsur keganasan kerana banyak aksi yang

dipaparkan melambangkan aspek keganasan. Tambahan pula, keganasan ini

menyebabkan pelajar mudah terpengaruh lalu berusaha untuk menirunya sehinggamenyebabkan mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat pula.

Kesimpulannya, pelajar perlu bijak untuk menilai jenis komik yang sesuai untuk 

dibaca oleh mereka. Pelajar harus sedar bahawa sebarang pembacaan perlulah

 berlandaskan rasa bertanggungjawab dan memberi informasi yang berguna.

Page 58: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 58/72

Karangan 23

 Andaikan anda seekor arnab. Tulis riwayat hidup kamu.

 Nama saya arnab perang tetapi kadangkala saya mendengar orang memanggil saya

dengan nama sicomel. Kehidupan saya banyak di sebuah kedai haiwan. Setahu

saya, sejak kecil lagi saya sudah berada di kedai ini.

Saya ditempatkan di dalam sebuah sangkar yang agak besar bersendirian. Keadaan

sangkar itu juga bersih kerana pemilik kedai ini sering menjaga binatang

 peliharaannya dengan baik. Di sebelah sangkar saya tinggal seekor arnab lain yang

dikenali sebagai arnab telinga panjang dan di sebelah kiri saya pula sangkar seekor 

arnab berwarna hitam.

Suatu hari saya telah dibawa keluar dari sangkar itu dan dibawa pulang oleh

seorang lelaki. Sebaik sahaja tiba di rumah lelaki itu, saya terus diberikan kepada

seorang budak perempuan. Mungkin umur budak itu antara 8-11 tahun. Budak ituterus memeluk saya dengan kuat dan mencium muka saya.

Sejak hari itu saya terus tinggal di rumah besar itu. Kawasan sangkar saya pula

agak besar malah lebih besar daripada tempat lama saya itu. Setiap hari budak 

 perempuan itu akan memastikan sangkar saya mempunyai bekalan air dan

makanan yang cukup. Saya juga sering kali dimandikan olehnya. Kadangkala

 budak itu menggunakan sejenis cecair yang menyebabkan bulu saya berwarna

wangi.

Sesungguhnya, kehidupan saya di tempat baru ini memang menarik kerana saya

sedar budak itu begitu memahami dan menjaga keselesaan hidup saya. Mungkin

saya akan hidup lama di rumah ini.

Page 59: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 59/72

Karangan 24

 Anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan antara

kelas. Tajuk syarahan itu ialah “Keburukan Siaran Televisyen

 Kepada Kanak-kanak.”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi

ini ialah “Keburukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-kanak.”

Hadirin sekalian,

Akibat pembangunan negara yang begitu pesat hampir semua penduduk negara ini

sudah memiliki televisyen di rumah mereka. Televisyen sudah diketahui mampu

 bertindak sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan kepada negara ini.

Pada masa yang sama unsur hiburan turut ditimbulkan oleh televisyen menerusi penyiaran program dalam dan luar negara itu.

 Namun, peranan televisyen yang membawa kebaikan itu turut menyelitkan impak 

 buruk yang ketara kepada kanak-kanak di negara ini. Kebanyakan program yang

ditayangkan itu merupakan program import yang memaparkan pelbagai unsur 

ganas yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti rompakan dan

 pembunuhan. Sikap menonton program ini dengan kerap akan menyebabkan

kanak-kanak cuba meniru aksi tersebut.

Selain itu, televisyen menyebabkan kanak-kanak menghabiskan terlalu banyak masa dengan menonton tanpa membuat sebarang aktiviti yang berfaedah seperti

membuat kerja sekolah mereka. Alasan menonton program kesukaan mereka

sering menjadi alasan yang menyebabkan banyak aktiviti lain terganggu. Keadaan

ini boleh menyebabkan prestasi peperiksaan mereka menurun lalu menimbulkan

 pelbagai kesan negatif kepada kanak-kanak itu pada masa hadapan pula.

Hadirin yang dihormati,

Semua pihak terutama ibu bapa perlu sedar akan pentingnya sikap mengawalamalan menonton televisyen ini dengan lebih baik. Ibu bapa harus mengutamakan

 program yang mampu menambahkan pengetahuan dan memupuk sikap baik dalam

diri kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan pemimpin negara pada masa

hadapan. Kita perlu sedar bahawa rancangan televisyen dapat mempengaruhi

Page 60: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 60/72

fikiran dan tindakan kanak-kanak. Oleh itu, pilihlah rancangan televisyen yang

sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.

Page 61: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 61/72

Karangan 25

 Anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan antara

kelas. Tajuk syarahan itu ialah “Keburukan Siaran Televisyen

 Kepada Kanak-kanak.”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,

Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi

ini ialah “Keburukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-kanak.”

Hadirin sekalian,

Akibat pembangunan negara yang begitu pesat hampir semua penduduk negara ini

sudah memiliki televisyen di rumah mereka. Televisyen sudah diketahui mampu

 bertindak sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan kepada negara ini.

Pada masa yang sama unsur hiburan turut ditimbulkan oleh televisyen menerusi penyiaran program dalam dan luar negara itu.

 Namun, peranan televisyen yang membawa kebaikan itu turut menyelitkan impak 

 buruk yang ketara kepada kanak-kanak di negara ini. Kebanyakan program yang

ditayangkan itu merupakan program import yang memaparkan pelbagai unsur 

ganas yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti rompakan dan

 pembunuhan. Sikap menonton program ini dengan kerap akan menyebabkan

kanak-kanak cuba meniru aksi tersebut.

Selain itu, televisyen menyebabkan kanak-kanak menghabiskan terlalu banyak 

masa dengan menonton tanpa membuat sebarang aktiviti yang berfaedah seperti

membuat kerja sekolah mereka. Alasan menonton program kesukaan mereka

sering menjadi alasan yang menyebabkan banyak aktiviti lain terganggu. Keadaan

ini boleh menyebabkan prestasi peperiksaan mereka menurun lalu menimbulkan

 pelbagai kesan negatif kepada kanak-kanak itu pada masa hadapan pula.

Hadirin yang dihormati,

Semua pihak terutama ibu bapa perlu sedar akan pentingnya sikap mengawalamalan menonton televisyen ini dengan lebih baik. Ibu bapa harus mengutamakan

 program yang mampu menambahkan pengetahuan dan memupuk sikap baik dalam

diri kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan pemimpin negara pada masa

Page 62: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 62/72

hadapan. Kita perlu sedar bahawa rancangan televisyen dapat mempengaruhi

fikiran dan tindakan kanak-kanak. Oleh itu, pilihlah rancangan televisyen yang

sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.

Page 63: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 63/72

Karangan 26

 Sejak akhir-akhir ini, masyarakat begitu bimbang tentang 

masalah salah laku yang melanda pelajar-pelajar. Tulis sebuah

karangan tentang cara-cara mengatasi masalah tersebut.

Masalah salah laku dalam kalangan murid memang semakin membimbaangkan

terutama di kawasan bandar. Media massa sering menjadikan isu salah laku pelajar 

ini sebagai berita utama mereka. Pada masa yang sama wujud pelbagai langkah

yang boleh dilakukan untuk mengatasi kemelut sosial yang melanda golongan

muda negara ini.

Tindakan yang paling efektif ialah pelajar-pelajar perlu diberikan pendedahan

motivasi. Langkah ini mampu menguatkan jati diri pelajar supaya lebih tabah

menghadapi dugaan kehidupan remaja yang penuh cabaran. Pelajar juga boleh

diselitkan dengan pendedahan ilmu keagamaan dan moral yang tinggi.

Malah, pihak sekolah perlu menyediakan perkhidmatan kaunseling yang berkualiti

di sekolah mereka. Semua pelajar yang sejak awal dikesan bakal mempunyai

masalah salah laku perlu menghadiri sesi kaunseling yang konsisten. Pengawasan

sebegini memastikan gejala ini mampu ditangani sejak awal lagi.

Selain itu, pihak berkuasa turut boleh memainkan peranan dengan mengawal

 penyiaran unsur-unsur hiburan yang tidak bermoral terutama di media massa.

Kawalan yang ketat memastikan media massa tidak menyiarkan sebarang budayanegatif yang boleh ditiru oleh golongan muda ini pula. Kerajaan harus memandang

 jauh dalam usaha menangani kemelut sosial ini.

Tambahan pula, sikap pelajar itu sendiri perlu berubah. Semua pelajar harus

memiliki jati diri yang utuh untuk menghalang mereka terjebak ke dalam masalah

salah laku ini. Pelajar harus bijak menilai perkara yang buruk dan baik lalu

membuat keputusan dengan sebaik mungkin.

Kesimpulannya, masalah salah laku dalam kalangan pelajar di negara ini harus

ditangani secara holistik. Semua pihaak perlu bekerjasama melaksanakan perana

mereka baik ibu bapa, kerajaan dan pelajar itu sendiri. Pelajar merupakan

 pemimpin negara pada masa hadapan.

Page 64: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 64/72

Karangan 27

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara Menggunakan

 Masa dengan Bijak”.

Masa amat penting buat seseorang manusia itu. Manusia yang tidak tahu

menggunakan masanya dengan baik sering kali dikatakan manusia yang tidak  bijak. Maka, ada pelbagai cara yang membolehkan masa seseorang itu habiskan

dengan baik.

Tindakan pertama ialah manusia menghabiskan sebahagian besar masanya dengan

melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Antara aktiviti ini ialah bekerja,

melakukan hobi atau menghabiskan masa dengan membaca buku. Semua aktiviti

yang dilakukan ini boleh membawa manfaat kepada seseorang itu.

Selain itu, seseorang itu terutamanya pelajar boleh menggunakan masanya denganmengulang kaji pelajarn mereka. Tindakan ini bukan sahaja memastikan masa

mereka dihabiskan dengan efektif malah aspek pendidikan pelajar itu turut

meningkat. Semakin banyak masa dihabiskan dengan membaca bahan sekolah

semakin baiklah buat pelajar tersebut.

Masa yang ada juga boleh digunakan untuk mempelajari ilmu keagamaan. Kita

semua sedia maklum tanpa benteng agama sudah pasti seseorang itu mudah

melakukan perkara yang tidak baik. Pada masa yang sama mempelajari ajaran

agama menjadikan seseorang itu insan yang lebih sempurna.

Malah, seseorang itu juga boleh menghabiskan masa dengan bersenam terutama

ketika waktu petang. Amalan yang positif ini mampu memberikan tahap kesihatan

yang baik kepada seseorang itu dalam jangka masa panjang. Kajian perubatan juga

membuktikan bahawa senaman mampu menjadikan minda seseorang itu lebih

cerdas.

Kesimpulannya, setiap manusia berhak menghabiskan masanya dengan baik.

Mereka yang bijak sahaja mampu memenuhi masanya dengan amalan yang positif.

Mereka yang degil sahaja pasti akan kehilangan kepentingan masa dalamkehidupan mereka itu.

Karangan 28

Page 65: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 65/72

Tulis sebuah karangan yang bertajuk  „ Jika aku Seorang Jutawan”.

 Panjangnya karangan anda tidak kurang daripada 80 patah

 perkataan.

Aku memang berhasrat untuk menjadi jutawan. Dengan memiliki wang dan harta

yang banyak, pelbagai perkara mampu dilakukan buaat diriku dan orang lainterutama keluarga tercinta. Semua impianku pasti akan terlaksana dengan menjadi

seorang jutawan itu.

 Namun, usaha menjadi seorang jutawan memerlukan ketekunan yang tinggi.

Langkah awal untuk menjadi jutawan ialah aku perlu belajar dengan baik sehingga

 berjaya memasuki menara gading. Kemudian, aku perlu memiliki satu kerjayayang baik. Ketika inilah perancangan amat penting terutama sikap menyimpan

wang harus diamalkan dengan lebih praktikal lagi.

Sebaik sahaja menjadi jutawan, aku akan memberikan derma kepada badan-badan

kebajikan yang amat memerlukan bantuan seperti rumah anak yatim dan orang tua.

Wang derma itu mungkin mampu menjadikan individu yang bernasib malang ini

lebih ceria dan mampu meneruskan kehidupan harian mereka dengan baik.

Aku juga akan memberikan sejumlah wang kepada ayah dan ibu sebagai bekalan

masa tua mereka. Wang itu akan disimpan dalam satu akaun amanah yang akan

memberikan wang secara bulanan kepada ibubapaku dengan lancar. Jasa mereka

mendidik aku ketika kecil sehingga berjaya harus menjadikan tugas menjaga

mereka satu kewajipan yang utama.

Selain itu, aku juga akan mula membuka perniagaan keluarga pula. Buat masa ini

aku belum dapat memikirkan jenis perniagaan itu tetapi yakin perniagaan itu bakal

menjanjikan sumber pendapatan yang mantap buat diri sendiri dan keluarga untuk 

satu jangka masa yang lama. Aku sedar semua perniagaan mempunyai risiko tetapi

aku yakin akan kemampuan diri.

Aku amat berharap dan berdoa agar impianku menjadi realiti. Sehingga impian itu

menjadi kenyataan, aku akan terus berusaha dengan gigih mencapainya keranasemua impian tanpa usaha hanyalah satu angan-angan siang hari sahaja.

Page 66: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 66/72

Karangan 29

Tulis sebuah karangan yang bertajuk  „ Dikejar Seekor Harimau”.

Pada cuti sekolah yang lalu, aku telah mengikuti satu aktiviti meredah hutan

anjuran persatuan pengakap sekolah. Aku dan beberapa rakan yang lain telah siap

mendirikan khemah kami lalu duduk menikmati makanan di kawasan unggun api.Malam memang gelap tetapi cahaya api unggun mampu memberikan sedikit

cahaya ketika itu.

Tiba-tiba aku mendapati semua rakan-rakanku hilang satu demi satu. Aku

memandang ke kiri dan ke kanan tetapi tidak menemukan sesiapun. Mereka

soelah-olah ghaib begitu sahaja ditelan kegelapan malam itu. Aku mula panik dan

cuba bangun untuk menuju ke khemahku. Mungkin di sana aku akan menemui

rakan-rakan semula.

 Namun, sebaik sahaja aku memusingkan badan ke arah khemahku kelihatan satu

makhluk di depan khemah dengan matanya merah menyala. Semakin lama

semakin jelas mahkluk itu. Jantungku terus berdegup kencang kerana menyedari

makhluk itu ialah seekor harimau belang yang begitu besar. Bunyi ngaumannya

menyebabkan aku menutup telinga dengan lama.

Aku berlari dengan kuat ke arah yang bertentangan. Peluh mula menitis pantas

mungkin kerana rasa takut. Larianku tidak mempunyai arah hanya mahu

menyelamatkan diri daripada haiwan pemangsa yang ganas ini. Tiba-tiba, kakiku

tersandung akar pokok lalu aku tercampak di tengah-tengah hutan itu. Bunyi tapak kaki harimau semakin lama semakin hampir. Bunyinya begitu menakutkan. Aku

sedar maut sedang berada di depanku sahaja. Aku terus menjeris kuat dengan mata

tertutup rapat.

Tidak lama kemudian, aku terdengar suara orang memanggilku. Suara yang biasa

aku dengar. Aku tersedar. Rupa-rupanya aku bermimpi dan ibu sedang berada di

sebelahku. Dia hanya tersenyum tetapi aku terus memandang tepat ke arah gambar 

 poster harimau yang tergantung di bilikku itu.

Page 67: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 67/72

Karangan 30

Tulis karangan dengan berdasarkan peribahasa  „ genggam bara api 

biar jadi arang ‟ . Panjangnya karangan anda itu tidak kurang 

daripada 80 patah karangan.

Dalam budaya Melayu terdapat pelbagai peribahasa yang bukan sahaja sedapuntuk didengar tetapi mempunyai maksud yang tersirat. Peribahasa „genggam bara

api biar jadi arang‟ merupakan antara peribahasa yang menjadi pegangan hidup

masyarakat negara ini kerana peribahasa ini bermaksud jika kita melakukan

sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah dilaksanakan dengan sabar sehingga berjaya memperoleh manfaatnya.

Peribahasa ini menuntut seseorang supaya melakukan sesuatu sehingga berjaya

 jadi peribahasa ini mampu memberikan panduan kepada kita semua dalam

kehidupan. Usaha mengamalkan peribahasa ini menjadikan seseorang itu berusahadengan tekun seperti pelajar yang pastinya akan terus belajar untuk mencapai

impian mereka.

Pada masa yang sama, peribahasa ini turut memberikan peringatan bahawa dalam

usaha mencapai sesuatu itu pasti akan wujudnya cabaran yang getir. Untuk 

mendapatkan kejayaan yang baik seseorang itu hendaklah mampu menahan atau

menangani cabaran yang wujud itu dengan sebaik mungkin. Sama seperti bara api

yang begitu panas tetapi jika digenggam dengan baik akan menjadi arang yang

membuktikan betapa cabaran akan menjadi mudah jika dihadapi dengan baik.

Selain itu, peribahasa ini turut menegaskan peri pentingnya sikap tidak berputus

asa dalam mencapai cita-cita. Sikap putus asa bukan sahaja akan melunturkan daya

 juang seseorang malah mampu menjejaskan keyakinan diri seseorang jua. Maka,

 peribahasa ini mengajak kita agar tidak mudah mengaku kalah dan terus berjuang.

Kesimpulannya, peribahasa ini memang sesuatu yang positif untuk diamalkan. Kita

 bukan sahaja akan berjaya malah kehidupan seseorang itu akan menjadi lebih baik 

 jika memegang utuh maksud peribahasa ini.

Karangan 31

Page 68: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 68/72

Tulis sebuah cerita yang bertajuk  „ Belakang parang sekalipun kalau

diasah nescaya akan menjadi tajam juga‟ . Panjangnya karangan

anda tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Keputusan peperiksaan penggal pertama yang sudah diumumkan dua hari lalu.

Amirul hanya berdiam diri sahaja sambil tangannya memegang buku laporannya

dengan matanya masih berair merah. Dia masih berada di tangga terakhir dalamkelas.

Ketika duduk di tepi pintu pagar sekolahnya menanti bas sekolahnya, dia dihampiri

oleh Cikgu Azman. Guru muda itu memang rapat dengan Amirul lalu memberikan

nasihat agar Amirul tidak bersediah lagi. Cikgu Azman menjelaskan bahawa

semua orang boleh berjaya kerana „ belakang parang sekalipun kalau diasah

nescaya akan menjadi tajam juga‟.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata gurunya itu, Amirul bangun lalu bertekad akan

 belajar dengan bersungguh-sungguh mulai hari itu. Dia mengucapkan terima kasih

kepada Cikgu Azman lalu berjalan menuju ke arah bas yang sudah menunggunya

itu. Hati Amirul sudah membuat keputusan untuk mendapat kejayaan cemerlang

dalam UPSR kelak.

Sejak itu Amirul mula belajar dengan tekun. Dia sering memberikan perhatian

ketika guru mengajar di dalam kelas. Semua latihan guru dilakukannya dengan

segera dan penuh tumpuan. Semua kelas tambahan yang diberikan oleh gurunya

dihadiri tanpa banyak alasan lagi. Amirul tidak lagi banyak menghabiskan

masanya dengan bermain di padang atau di kelas.

Perubahan sikap Amirul itu mula menyaksikan prestasi peperiksaan semakin

 bertambah baik. Guru-guru sekolahnya juga mula menyedari perubahan sikap

Amirul itu lalu mereka terus memberikan sokongan padu agar perubahan ini

 berterusan. Sokongan guru-guru ini menjadikan Amirul semakin bersemangat

untuk melakukan yang terbaik dalam UPSR yang bakal berlangsung tidak lama

lagi.

Apabila keputusan UPSR diumumkan, hati Amirul penuh ceria dan bangga. Dia

 berjaya mendapat 4A dan 1B yang merupakan satu pencapaian yang cemerlang

 buat dirinya. Kejayaan itu membuatkan dia semakin yakin untuk terus berjaya

terutama dalam peperiksaan PMR kelak.

Page 69: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 69/72

Karangan 32

 Rakan anda mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolahberasrama penuh. Tulis sepucuk suraat kepada rakan anda itu.

23, Jalan Maharaja 2/2

Taman Desa Maharaja77660, Jitra,

Kedah.

28 Oktober 2009.

Ke hadapan sahabatku saudara Halim yang kini berada di Selangor. Semoga

saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini dalamkeadaan sihat belaka.

Saudara,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan

saudara diterima memasuki sekolah berasrama penuh di Selangor itu. Kejayaan ini

membuktikan bahawa impian saudara untuk belajar di sekolah berasrama sudah

tercapai. Saya yakin saudara berasa begitu ceria.

Pada masa yang sama saya juga akan kehilangan saudara sebagai sahabat saya.

Walaupun kita akan berjauhan tetapi saya yakin kita akan terus berhubungan antara

satu sama lain. Kehadiran saudara sebagai sahabat saya telah banyak membantusaya menjalani kehidupan dengan lebih baik terutama ketika menghadapi

 peperiksaan UPSR yang lalu itu.

Saya berharap saudara akan terus berjaya dalam pelajaran dan impian saudarauntuk menjadi seorang doktor kelak. Dalam mengejar impian itu saya berharapsaudara akan terus mengirim khabar berita buat saya di sini. Begitu juga dengandiri saya akan terus memaklumkan perkembangan diri saya kepada saudara.

Page 70: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 70/72

Setakat ini sahaja buat kali ini. Semoga saudara berjaya menjalani kehidupan barudi sekolah berasrama itu. Saya juga berharap agar kita mempunyai peluang untuk 

 berrtemu lagi.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Azman

Karangan 33

Page 71: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 71/72

 Sebagai seorang pakar motivasi, anda telah diundang untuk 

memberikan ceramah yang bertajuk, „Sekolahku, Rumahku‟ .

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Selamat sejahtera buat guru-guru dan murid-

murid sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih atas jemputan

 pihak sekolah untuk saya memberikan ceramah yang bertajuk, „Sekolahku,

Rumahku‟.

Sebaik sahaja kita membicarakan mengenai „sekolahku‟ dan „rumahku‟ kita

sebenarnya memperkata perkara yang serupa. Rumah dan sekolah merupakan

tempat yang mampu memberikan pendidikan kepada pelajar. Justeru, pelajar yang

mampu menganggap sekolahnya umpama rumahnya, sudah psti pelajar itu mampu

 belajar dengan lebih baik kerana hubungannya dengan pihak guru terjalin dengan

 baik sama seperti hubungan rapat mereka dengan ibubapa. Hubungan yang positif 

sebeginilah yang mampu memberikan impak positif kepada aspek pembelajaran

 pelajar itu.

Selain itu, sekolah yang dianggap sebagai rumah sendiri mampu membentuk 

sahsiah yang baik kepada pelajar tersebut. Amalan menjaga kebersihan, sikap

menghormati dan berdisiplin yang diamalkan di rumah dibawa ke sekolah

menjadikan murid-murid lebih berperibadi mulia.

Hadirin sekalian,

Sekolah merupakan gedung ilmu yang hanya menunggu untuk digunakan oleh

 pelajar. Maka, pelajar yang selesa untuk menggunakan kemudahan sekolah iniseperti di rumahnya pasti akan mendapat banyak manfaatnya. Perasaan keserasian

sebeginilah yang mampu menjadikan kehidupan pelajar di sekolah itu sesuatu yang

seronok dan merangsang minat untuk belajar.

Saya yakin jika semua informasi yang saya sebutkan tadi dapat difahami oleh

 pelajar semua, maka impian kita untuk menjadikan sekolahku rumahku akan

menjadi kenyataan. Sebagai mengakhiri ceramah ini, ingin saya tegaskan bahawa

kejayaan sesuatu usaha itu banyak bergantung kepada kesungguhan dan kerjasama

semua pihak untuk mencapainya. Sekian, terima kasih.

Karangan 34

Page 72: 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

7/27/2019 90728158 Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku[1]

http://slidepdf.com/reader/full/90728158-karangan-terbaik-upsr-drpd-e-buku1 72/72

 „Telefonmerapatkan hubungan‟ . Tulis sebuah karangan berdasarkan

tajuk yang diberikan.

Telefon merupakan hasil cipata seorang lelaki yang dikenali sebagai Alexander 

Graham Bell. Ciptaan beliau itu kini telah menjadi salah satu alat telekomunikasi

yang popular terutama kepada generasi muda. Kini akibat perubahan teknologiyang canggih pelbagai jenis telefon telah muncul seperti telefon talian tetap,

mudah alih dan telefon awam.

Telefon masih menjadi pilihan ramai walaupun kini persaingan sengit daripada alat

telekomuniasi lain mula kelihatan. Alat ini menjadi pilihan kerana penggunaan

yang cepat dan mudah. Kewujudan alat ini menjadikan komunikasi antara manusia

 begitu mudah dilakukan.

Selain itu, teknologi ini juga menjadikan hubungan keluarga dan manusia menjadi

semakin rapat kerana mudah untuk berhubung. Jarak yang jauh bukan lagi menjadi

halangan besar buat manusia untuk berkomunikasi menerusi telefon. Interaksi

manusia menjadi begitu dekat akibat penciptaan teknologi ini.

Malah, telefon juga memastikan setiap manusia menerima maklum balas tentangsesuatu perkara dengan segera. Sebarang keputusan yang diambil oleh seseorangitu boleh disampaikan kepada orang lain dengan pantas terutama dengan

 penggunaan perkhidmatan pesanan ringkas (sms). Keadaan ini memastikantindakan yang lebih tepat mampu dilaksanakan kerana maklumat disampaikan

dengan segera.

Bukan sahaja telefon mudah dan moden tetapi kosnya yang murah menjadikan

hampir semua keluarga mampu memilikinya. Sudah menjadi satu kelaziman

remaja kini mempunyai telefon bimbit yang menjadi lambang peribadi mereka.

Harga yang murah menjadikan alat ini sesuatu yang perlu dalam kehidupan

manusia moden.

Kesimpulannya, telefon memudahkan perhubungan antara dua hala. Tamadun

manusia menerima impak yang positif daripada teknologi ini Tanpa telefonk ki i k i i id k k j di b i i i i