karangan surat kiriman tidak rasmi

3
Karangan Surat kiriman tidak rasmi Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi. Ciri-ciri karangan jenis surat kiriman tidak rasmi 1. Surat kiriman tidak rasmi ditulis kepada sahabat, keluarga, ibu bapa, saudara-mara, guru, dan sebagainya. 2. Surat tidak rasmi bersifat peribadi. 3. Tujuan menulis surat tidak rasmi: a) Menanyakan khabar dan memberitahukan khabar. b) Bertukar pendapat. c) Membalas surat daripada rakan, keluarga, saudara- mara. d) Meluahkan perasaan. e) Memohon maaf. f) Ucapan tahniah, takziah, dan sebagainya. 4. Format surat kiriman tidak rasmi: a) Alamat pengirim — ditulis di sebelah kanan bahagian atas surat b) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim. c) Pembuka kata — sebagai perenggan pertama ditulis ke dalam sedikit selepas diselang sebaris daripada tarikh. d) Panggilan hormat penerima seperti saudara, saudari, ayahanda, bonda, kakanda, dan sebagainya. e) Isi ditulis berdasarkan tujuan penulis menulis surat. lsinya dibahagikan kepada beberapa perenggan. f) Penutup —ditulis dengan ringkas seperti ucapan salam.

Upload: nor-rozitaaini-yaacob

Post on 19-Nov-2015

84 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Karangan Surat kiriman tidak rasmi

Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi. Ciri-ciri karangan jenis surat kiriman tidak rasmi

1. Surat kiriman tidak rasmi ditulis kepada sahabat, keluarga, ibu bapa, saudara-mara, guru, dan sebagainya. 2. Surat tidak rasmi bersifat peribadi. 3. Tujuan menulis surat tidak rasmi: a) Menanyakan khabar dan memberitahukan khabar. b) Bertukar pendapat. c) Membalas surat daripada rakan, keluarga, saudara-mara. d) Meluahkan perasaan. e) Memohon maaf. f) Ucapan tahniah, takziah, dan sebagainya. 4. Format surat kiriman tidak rasmi: a) Alamat pengirim ditulis di sebelah kanan bahagian atas surat b) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim. c) Pembuka kata sebagai perenggan pertama ditulis ke dalam sedikit selepas diselang sebaris daripada tarikh. d) Panggilan hormat penerima seperti saudara, saudari, ayahanda, bonda, kakanda, dan sebagainya. e) Isi ditulis berdasarkan tujuan penulis menulis surat. lsinya dibahagikan kepada beberapa perenggan. f) Penutup ditulis dengan ringkas seperti ucapan salam. g) Ucapan salam. h) Tandatangan ditulis di sebelah kanan bahagian bawah surat. Sebelum itu tulislah Sahabatmu,Anakanda yang jauh, dan sebagainya. 5. Penggunaan singkatan perkataan seperti dah, ni, tapi, tu tidak digalakkan.

Andaikan kamu tinggal bersama-sama nenek dan bersekolah di kampung. Tuliskan sepucuk surat kepada ayah kamu untuk memintanya menghadiri majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan di sekolah kamu. Kamu akan menerima hadiah sebagai pelajar terbaik sekolah kamu.

Kampung Padang Lalang, 24000 Kemaman,Terengganu Darul Iman. 9 Oktober 2013

Ke hadapan ayahanda Azmin yang dikasihi dan dirindui selalu.

Ayahanda,Apa khabar ayahanda di Pulau Pinang. Anakanda sentiasa berdoa agar ayahanda sihat sentiasa. Bagi diri anakanda di sini, usahlah ayahanda bimbangkan. Anakanda sihat dan riang di samping nenda berdua. Nenda berdua juga sihat. Mereka sampaikan salam buat ayahanda.

Sebenarnya tujuan anakanda mengutus surat ini adalah untuk meminta ayahanda rnenghadiri majlis penyampaian hadiah di sekolah anakanda. Majlis itu akan diadakan pada 22 Oktober 2013, pada pukul 10.30 pagi. Anakanda akan menerima hadiah pada majlis itu nanti. Ayahanda pasti gembira mendengar berita bahawa anakanda telah mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan yang lalu. Anakanda akan rnenerima hadiah sebagai pelajar terbaik kelas anakanda.

Anakanda sangat berharap agar ayahanda dapat hadir pada majlis itu nanti. Sudah tentu kehadiran ayahanda akan mengembirakan hati anakanda. Nenek berdua pun akan turut hadir. Mereka sangat gembira apabila rnengetahui anakanda akan menerima hadiah pada majlis itu.

Anakanda sangat merindui ayahanda. Semoga kita akan bertemu nanti. Salam sayang dan rindu daripada anakanda buat ayahanda di sana. Anakanda yang merindui, ElizaLatihan

Sahabat lama kamu telah menyertai satu pertandingan bercerita peringkat kebangsaan. Dia telah berjaya mengalahkan peserta-peserta lain dengan mendapat tempat pertama. Tuliskan sepucuk surat kepadanya untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu.