karangan keli

15
Soalan2 Institusi keluarga berperanan memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk “Peranan ibu bapa memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak” Tulis rencana itu selengkapnya.

Upload: fyqa-husni

Post on 28-Dec-2015

101 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

salam

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Keli

Soalan2

Institusi keluarga berperanan memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk “Peranan ibu bapa memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak”Tulis rencana itu selengkapnya.

Page 2: Karangan Keli

PendahuluanPeranan Ibu Bapa Memupuk Amalan Berjimat Cermat dalam

kalangan Anak-anakOleh :Mohd Rasyid Daud

Amalan berjimat-cermat adalah perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu secara hemat dan tidak boros. Amalan mulia ini telah dipraktikkan oleh masyarakat dari dahulu hingga sekarang. Sejak zaman-berzaman, seseorang yang berjimat cermat akan dipandang tinggi oleh masyarakat manakala seseorang yang boros akan dipandang rendah oleh masyarakat. Profesor Diraja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa amalan berjimat-cermat sebenarnya bermula dari rumah . Kata-kata yang telah diterima pakai sejak sekian lama ini merupakan pengiktirafan kepada ibu bapa dan institusi keluarga. Sejarah telah membuktikan bahawa peranan ibu

Page 3: Karangan Keli

bapa dalam memupuk amalan berjimat-cermat bukanlah mudah dan boleh dipandang sebelah mata sahaja tetapi merupakan peranan paling dominan bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi darah daging dalam diri anak-anak.Kebanyakan Ibu bapa masa kini gagal memainkan peranan mereka dengan sempurna dan telah menyebabkan amalan berjimat cermat sukar dipupuk dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi. Orang tua-tua pernah berkata bahawa jimat membawa berkat. Amalan jimat-cermat perlu disemai dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa bagi memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak?

Page 4: Karangan Keli

Isi Pertama Ibu bapa berperanan sebagai mursyid supaya anak-anak menjadi insan yang mementingkan amalan berjimat jimat dalam kehidupan seharian. Mursyid ialah guru yang mendidik dan memimpin seseorang berlandaskan keagamaan. Dalam konteks ini, ibu bapa mesti mendidik anak-anak berjimat cermat selaras dengan aspek keagamaan. Ibu bapa yang berperanan sebagai mursyid mesti menjelaskan kepada anak-anak tentang kepentingan mengamalkan amalan berjimat-cermat. Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak tentang perkara tersebut dan mengaitkan dengan hadis Nabi Muhammad SAW iaitu “membazir ialah amalan syaitan”. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberikan ilmu dan pentarbiyahan berkaitan amalan jimat cermat kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi

Page 5: Karangan Keli

Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak tentang perbezaan antara keperluan dan kehendak serta menghubungkaitkan amalan berjimat-cermat dengan kehidupan akhirat. Dengan ini, anak-anak akan memahami kepentingan amalan berjimat-cermat dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempraktikkannya. Bayangkan akibat jika ibu bapa tidak memainkan peranan sebagai seorang mursyid, anak-anak pasti akan mengamalkan amalan suka membazir dan hal ini akan berterusan sehingga mereka dewasa. Hal ini pasti akan melahirkan rakyat Malaysia yang suka boros. Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa sebagai mursyid mampu memupuk amalan berjimat cermat dalan kalangan anak-anak.

Page 6: Karangan Keli

Selain menjadi mursyid ,mendidik anak-anak menabung sejak kecil juga merupakan salah satu peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memupuk amalan berjimat cermat. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak menabung sejak kecil lagi kerana pepatah ada mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebelum ibu bapa berusaha untuk memperkasakan amalan menabung dalam diri anak-anak, ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menyediakan tabung kepada anak-anak sama ada tabung tersebut dibuat sendiri mahupun dibeli di pasar raya yang berdekatan. Ibu bapa juga hendaklah menerangkan tentang fungsi sebenar menabung dan tabungan yang disimpan oleh anak-anak. Ibu bapa juga berperanan untuk sentiasa memantau dan mengingatkan anak-anak supaya menyimpan duit belanja sekolah ke dalam tabung mereka pada setiap hari. Amalan ini amat signifikan untuk diamalkan dalam

Isi Kedua

Page 7: Karangan Keli

kehidupan seharian sehinggalah dewasa. Hal ini demikian kerana hasil tabungan boleh digunakan sekiranya berlaku sebarang kemalangan mahupun musibah pada masa depan bak kata peribahasa ‘sediakan payung sebelum hujan’. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak pergi ke bank dan membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional iaitu SSPN kepada anak-anak untuk menyimpan hasil tabungan . Akaun ini secara tidak langsung menjadi medium utama dalam usaha mendidik anak-anak untuk terus menabung sejak kecil lagi di samping simpanan itu dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Sekiranya ibu bapa tidak mendidik anak-anak menabung sejak kecil lagi sudah tentu anak-anak tidak akan sinonim dengan sifat berjimat cermat dalam kehidupan harian.Jelaslah bahawa ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak menabung sejak kecil lagi bagi memupuk amalan berjimat cermat.

Page 8: Karangan Keli

Isi ketiga Mendidik anak-anak merancang perbelanjaan yang bijak juga

merupakan salah satu peranan ibu bapa memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak selain mendidik anak-anak menabung. Ibu bapa perlu menitikberatkan perancangan perbelanjaan dalam diri anak-anak kerana tanpa perancangan yang betul, pembaziran wang akan mudah berlaku. Ibu bapa disarankan agar mendidik anak-anak berjimat cermat dengan cara menasihati anak-anak untuk menyenaraikan barangan yang perlu dibeli sebelum berbelanja. Melalui senarai yang dibuat, ibu bapa akan lebih berwaspada dalam mengehadkan penggunaan wang di samping mendidik anak-anak untuk tidak membazir kerana membazir itu amalan syaitan. Hal ini demikian kerana, wang yang selebihnya dapat digunakan untuk keperluan di masa hadapan bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Page 9: Karangan Keli

Sebagai contoh, kebanyakan pasar raya hari ini menawarkan harga durian runtuh yang mengakibatkan para pelanggan menjadi rambang mata untuk berbelanja sakan. Ibu bapa perlu menerangkan kepada anak-anak untuk mengasingkan antara keperluan dan kemahuan. Oleh itu, dengan membuat senarai barangan yang perlu dibeli ibu bapa dapat mendidik anak-anak supaya mengawal nafsu daripada membeli barangan mengikut kemahuan seterusnya dapat mengelakkan pembaziran berlaku. Justeru itu, wajarlah sekiranya ibu bapa membuat senarai barang keperluan sahaja dan bukannya kemahuan bagi mengelakkan berlakunya peningkatan kos perbelanjaan sesebuah keluarga. Sekiranya ibu bapa tidak merancang perbelanjaan yang bijak, anak- anak barangkali akan taksub dengan promosi- promosi yang dipasarkan. Jadi, jelaslah bahawa peranan ibu bapa memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak adalah dengan merancang perbelanjaan yang bijak.

Page 10: Karangan Keli

Selain merancang perbelanjaan,amalan berjimat cermat juga boleh dipupuk oleh ibu bapa dengan mendidik anak-anak menggunakan semula barang yang terbuang. Barangan terbuang yang dibaiki mampu digunakan semula tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos untuk menggantikannya. Semua ini boleh direalisasikan jika individu itu berfikiran kreatif dan inovatif Sebagai contoh,ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak menggunakan semula barangan terbuang seperti menggunakan botol atau bekas air untuk dijadikan sebagai pasu bunga.Hal ini jika diaplikasikan dalam kehidupan seharian dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan pembelian barangan yang baru yang mempunyai fungsi yang sama dapat dielakkan.

Isi Keempat

Page 11: Karangan Keli

Penggunaan barangan terbuang juga dapat memelihara alam sekitar daripada tercemar dengan barangan yang terbuang.Bukan itu sahaja,pihak kerajaan telah membina kilang-kilang perindustrian yang menggunakan kaedah kitar semula.Ibu bapa perlulah membawa anak-anak ke kilang tersebut untuk memberi pendedahan kepada anak-anak.Hal ini juga disokong oleh jabatan alam sekitar yang menyeru rakyat malaysia untuk mengurangkan kapasiti pembuangan barangan yang boleh digunakan semula.Maka jelaslah bahawa mengajar anak-anak menggunakan semula barangan terbuang adalah salah satu kaedah yang efektif dalam usaha menggalakkan amalan berjimat cermat.

Page 12: Karangan Keli

Isi Kelima Memberi galakan dan ganjaran juga merupakan salah

satu peranan ibu bapa memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak. Memberi galakan yang dimaksudkan dalam konteks ini adalah dengan membuka akaun bank khas untuk anak-anak menyimpan duit tabungan mereka. Dengan membuka akaun bank, anak-anak dapat menyimpan duit mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kebanyakan bank di Malaysia sudah memperkenalkan akaun bank untuk kanaka-kanak seperti akaun Nuri, Junior-I dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa boleh juga memberi ganjaran kepada anak-anak seperti bonus tambahan sekiranya mereka berjaya dalam akademik atau kurikulum. Anak-anak akan lebih bersemangat untuk belajar apabila ibu bapa menunjukkan penghargaan terhadap anak-anak. Inisiatif ini,

Page 13: Karangan Keli

juga dapat membangkitkan lagi semangat anak-anak untuk mengamalkan konsep berjimat cermat dalam kehidupan seharian mereka oleh sebab ganjaran yang diberikan mencerminkan penghargaan daripada ibu bapa di atas kejayaan mereka untuk berjimat cermat. Sebagai contoh Ibu bapa hendaklah memberikan ganjaran seperti membawa anak-anak pergi melancong ke tempat-tempat yang menarik iaitu Pulau Tioman agar mereka akan lebih bersemangat untuk terus mengamalkan amalan berjimat cermat dalam diri mereka secara kosisten. Hal ini pastinya dapat menyuburkan semangat berjimat cermat dalam diri anak-anak sekiranya ibu bapa memainkan peranan untuk memberi galakan dan ganjaran kepada mereka.

Page 14: Karangan Keli

Penutup

Institusi keluarga khususnya ibu bapa memainkan peranan yang cukup signifikan untuk memupuk amalan berjimat-cermat dalam kalangan anak-anak. Amalan berjimat cermat perlu disemai dalam diri anak-anak kerana mempunyai banyak kemaslahatan yang akan diperoleh seperti perbelanjaan anak-anak akan menjadi terkawal serta wang yang diberikan oleh ibu bapa akan disalurkan kepada keperluan yang penting sahaja. Pengurusan kewangan yang dididik sejak kecil lagi akan menjana kemunculan generasi mahir dalam bidang ekonomi. Hal ini jika diteruskan ternyata akan memacu negara ke arah ekonomi yang maju serta berdaya saing dalam peringkat global. Ibu bapa hendaklah menjadi ikon kepada anak-anak

Page 15: Karangan Keli

dalam mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam kehidupan harian. Hal ini amat sinonim dengan peribahasa bagaimana acuan ,begitulah kuihnya.Usaha menggalakkan anak-anak untuk berjimat cermat janganlah dipandang enteng kerana usaha kecil-kecilan ini jika dilakukan oleh ramai ibu bapa akan membuahkan hasil yang memberansangkan kerana setitik jadikan laut, sekepal jadikan gunung. Anak-anak hendaklah melakukan anjakan paradigma agar dapat mengamalkan amalan berjimat cermat secara holistik dan kosisten dengan didikan yang sempurna oleh ibu bapa. Kesimpulannya, semua pihak sewajarnya bersinergi dengan ibu bapa dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak