prospectus skim keli malaya amtb

51
PROSPEKTUS SKIM KELI MALAYA MY PREMIER TRUSTEE (MALAYSIA) BERHAD (No. Syarikat: 719395-T) AGRO MULTY TRADING BERHAD No. Syarikat: 934207-M Pemohon dikehendaki membaca dan memahami kandungan Prospektus ini serta Surat Ikatan Amanah serta Skim sebelum menyertai mana-mana unit Kepentingan yang dipasarkan oleh Syarikat Agro Multy Trading Berhad. Setiap Pemohon Pakej Ikan Keli diberi Tempoh Bertenang selama 10 hari daripada tarikh penerimaan Borang Permohonan oleh syarikat. Tiada sebarang pembayaran wang diterima semasa Tempoh Bertenang. PROSPEKTUS INI BERTARIKH 07HB JUN, 2012 DAN AKAN LUPUT PADA 07 DISEMBER, 2012 Senaskhah Prospektus ini telah diserahsimpan dengan dan didaftarkan oleh Pendaftar Syarikat yang mana Pendaftar Syarikat tidak bertanggungjawab di atas kandungan Prospektus ini

Upload: adminamtb

Post on 24-Jul-2015

24.582 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

PROSPEKTUS SKIM KELI MALAYA

MY PREMIER TRUSTEE (MALAYSIA) BERHAD (No. Syarikat: 719395-T)

AGRO MULTY TRADING BERHADNo. Syarikat: 934207-M

Pemohon dikehendaki membaca dan memahami kandungan Prospektus ini serta Surat Ikatan Amanah serta Skim sebelum menyertai mana-mana unit Kepentingan yang dipasarkan oleh Syarikat Agro Multy Trading Berhad.

Setiap Pemohon Pakej Ikan Keli diberi Tempoh Bertenang selama 10 hari daripada tarikh penerimaan Borang Permohonan oleh syarikat. Tiada sebarang pembayaran wang diterima semasa Tempoh Bertenang.

PROSPEKTUS INI BERTARIKH 07HB JUN, 2012 DAN AKAN LUPUT PADA 07 DISEMBER, 2012

Senaskhah Prospektus ini telah diserahsimpan dengan dan didaftarkan oleh Pendaftar Syarikat yang mana Pendaftar Syarikat tidak

bertanggungjawab di atas kandungan Prospektus ini

Page 2: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________KANDUNGAN PROSPEKTUS

KANDUNGAN MUKA SURAT

GLOSARI ISTILAH/ SINGKATAN 4-5

1. MAKLUMAT SYARIKAT PENGELOLA SKIM

1.1 Maklumat Korporat 6-71.2 Latar Belakang 7

1.3 Pemegang-Pemegang Saham 7

1.4 Pengarah-Pengarah 71.5 Pengalaman Dalam Penternakan Ikan Keli 8-91.6 Bidang Perniagaan 9

2. PERUNDING BEBAS 9-10

3 JURUAUDIT 10

4. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF 11

5. MAKLUMAT TAPAK-TAPAK PENTERNAKAN IKAN KELI

5.1 Tanah-tanah Skim 11-12

6. PENGENALAN

6.1 Skim Kepentingan 126.2 Pendaftaran Skim 126.3 Kenyataan Menolak Liabiliti 136.4 Taksiran Merit dan Risiko Pelaburan 13

6.5 Tempoh Sah Laku Prospektus 13

7. RINGKASAN SKIM KELI MALAYA 13-14

8. MAKLUMAT SKIM

8.1 Skim Keli Malaya 148.2 Pakej Ikan Keli 14-158.3 Bilangan Tawaran Pakej Ikan Keli 158.4 Tempoh Skim 158.5 Harga Pembelian Pakej 158.6 Tempoh Sah Laku Pakej 15-168.7 Proses Pembelian Pakej 168.8 Kos, Keuntungan dan Unjuran Ahli Skim 16-17

1

Page 3: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________8.9 Struktur Pembayaran Kadar Hasil Bersih 17-188.10 Pembelian-balik Pakej 18

9. PENAMATAN SKIM KELI MALAYA 19

10. PENGGULUNGAN SKIM KELI MALAYA 19

11. AKAUN AMANAH

11.1 Akaun Amanah “Sinking Fund” 2011.2 Akaun Amanah “Akaun Simpanan” 20

12. SYARIKAT PENGELOLA SKIM

12.1 Tugas dan Tanggungjawab Syarikat Pengelola Skim21-22

12.2 Waad oleh Syarikat Pengelola Skim 22-2412.3 Persaraan, Pemecatan dan Penggantian Syarikat Pengelola Skim

24

13. PEMEGANG AMANAH

13.1 Pemegang Amanah Skim Ikan Keli 2513.2 Tugas dan Tanggungjawab Pemegang Amanah 25-2613.3 Waad Syarikat Pemegang Amanah 26-2713.4 Ganjaran Pemegang Amanah 2713.5 Persaraan, Pemecatan dan Penggantian Pemegang Amanah

27-28

14. MAKLUMAT TAMBAHAN

14.1 Surat Ikatan Amanah 28

14.2 Pihak-Pihak dalam Surat Ikatan Amanah 2814.3 Hak-hak Ahli Skim 2814.4 Mesyuarat Ahli-ahli Skim 29-32

15. PERIHAL HARTA YANG DIPEGANG PEMEGANG AMANAH 33

16. SKIM LAIN 33

17. PENILAIAN 33

18. FAKTOR RISIKO 33

19. LAPORAN JURUAUDIT 33

2

Page 4: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

20. LAPORAN PERUNDING BEBAS 34-37

21. MAKLUMAT – MAKLUMAT BERKANUN 38

22. KEBENARAN DAN PERSETUJUAN 38

23. KENYATAAN TANGGUNGJAWAB PENGARAH-PENGARAH 39

24. JADUAL PERTAMA 40-41

3

Page 5: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

GLOSARI ISTILAH/SINGKATAN

Dalam Prospektus ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, istilah dan terma yang digunakan berikut mempunyai makna seperti berikut:

Ahli Skim ertinya individu yang membeli Pakej di dalam Skim Keli Malaya di mana nama individu tersebut akan didaftarkan di Daftar Ahli Skim dan di mana “Ahli-ahli Skim” merujuk kepada dua (2) atau lebih Ahli Skim;

Akaun Amanah ertinya akaun yang yang dibuka di atas nama Pemegang Amanah dengan bank yang bereputasi dan dipersetujui oleh Syarikat Pengelola Skim bagi menyimpan Dana Terikat;

Akta Syarikat ertinya Akta Syarikat 1965 (Akta 125);

Borang Notis ertinya borang yang telah disediakan oleh Syarikat Pengelola Skim untuk

Pembelian-Balik diisi oleh Ahli Skim yang berhasrat untuk menamatkan penyertaan;

Pakej Ikan Keli

Borang Permohonan ertinya borang yang telah disediakan oleh Syarikat Pengelola Skim untuk diisi oleh Pemohon dalam permohonan untuk menyertai Skim ini;

Daftar Ahli Skim ertinya Daftar Ahli Skim yang menyimpan segala rekod Ahli-ahli Skim yang berdaftar sebagai mematuhi Seksyen 92 Akta Syarikat;

Harga Beli-Balik ertinya harga pembelian balik Pakej Ikan Keli oleh Syarikat Pengelola Skim daripada Ahli Skim yang berhasrat untuk menamatkan penyertaan;

Harga Pembelian ertinya harga penjualan Pakej Ikan Keli oleh Syarikat Pengelola Skim dan harga pembelian Pakej Ikan Keli oleh Ahli Skim;

Kadar Hasil Bersih ertinya perolehan yang berhak diterima oleh Ahli Skim bagi satu (1) Pakej Ikan Keli pada akhir setiap Pusingan;

Pakej Ikan Keli ertinya satu (1) unit kepentingan di dalam Skim Keli Malaya di mana Ahli Skim mempunyai kepentingan di dalam Skim Keli Malaya tertakluk dan selaras dengan terma-terma, syarat-syarat dan waad-waad yang terkandung di dalam Surat Ikatan Amanah dan di mana “Pakej-pakej Ikan Keli” merujuk kepada dua (2) atau lebih Pakej Ikan Keli;

Pelabur ertinya individu yang berhasrat untuk melabur dalam Skim ini;

Pendaftar ertinya Pendaftar Syarikat seperti yang telah ditetapkan di bawah Akta Syarikat;

Pihak Berkuasa ertinya termasuk mana-mana agensi-agensi kerajaan yang relevan yang mempunyai bidang kuasa ke atas perkara tersebut;

Pusingan ertinya tempoh Tiga (3) bulan sepanjang Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli bermula daripada Tarikh Pembelian Disahkan di mana Tiga (3) bulan pertama dikenali sebagai Pusingan 1, Tiga (3) bulan kemudiannya sebagai Pusingan 2, Tiga (3) bulan selepas itu sebagai Pusingan 3 dan seterusnya sehingga Tiga (3) bulan terakhir Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli dikenali sebagai

4

Page 6: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________Pusingan 6;

Pemegang Amanah ertinya My Premier Trustee (Malaysia) Berhad (No. Syarikat: 719395-T) sebuah syarikat berhad yang diperbadankan dan berdaftar di Malaysia;

Pemohon ertinya individu yang telah mengemukakan Borang Permohonan kepada Syarikat Pengelola Skim untuk memohon membeli Pakej Ikan Keli di dalam Skim ini;

Prospektus ertinya penyata bertulis yang mematuhi Seksyen 90 Akta Syarikat dan mana-mana peraturannya;

Sijil Ahli Skim ertinya sijil yang akan diterima oleh Ahli Skim sebagai buktipemilikan Pakej Ikan Keli;

Skim ertinya Skim Keli Malaya;

Syarikat Pengelola ertinya Agro Multy Trading Berhad (934207-M), sebuah syarikat berhad Skim yang diperbadankan di Malaysia termasuk pengganti hakmiliknya;

Surat Ikatan Amanah ertinya Surat Ikatan Amanah di antara Syarikat Pengelola Skim, Pemegang Amanah, Tuan-tuan Tanah dan Ahli-ahli Skim termasuk apa-apa pindaan, modifikasi dan perubahan yang dibuat kepadanya dari masa ke semasa;

Surat Ikatan ertinya Surat Ikatan Amanah yang menyatakan persetujuan Syarikat Penamatan Skim Pengelola Skim dan Pemegang Amanah bagi penamatan Skim lebih awal daripada tempoh keseluruhan Skim selama Enam (6) tahun;

Tanah-tanah Skim ertinya tanah-tanah yang digunakan untuk penternakan Ikan Keli Malaya;

Tapak-tapak ertinya tapak-tapak penternakan yang diuruskan oleh Syarikat Pengelola

Penternakan Skim di atas Tanah-tanah Skim;

Tempoh Bertenang ertinya Sepuluh (10) hari dari tarikh Borang Permohonan;

Tarikh Pembelian ertinya tarikh pembayaran Harga Pembelian Pakej Ikan Keli dijelaskan

Disahkan sepenuhnya dan disahkan terima oleh Syarikat Pengelola Skim;

Tempoh Sah Laku ertinya selama Dua (2) tahun daripada Tarikh Pembelian Disahkan;

Pakej Ikan Keli

Tuan-tuan Tanah ertinya tuan punya-tuan punya berdaftar dan mempunyai kepentingan ke atas tanah-tanah yang mana butir-butir Tanah-tanah Skim.

5

Page 7: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________1. MAKLUMAT SYARIKAT PENGELOLA SKIM

1.1 Maklumat Korporat

Syarikat Pengelola Skim

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat 934207-M)

Pengarah-Pengarah

Nama

1) Zuriata Binti Mohd Darus (No K/P: 700316-07-5402)

2) Mohd Khairul Ashwan bin Mohd Roslan (No K/P: 850720-07-5029)

Jawatan

Pengarah

Pengarah

Alamat Kediaman

5814 Jalan SJ 5/6, Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

5815, MK 8, Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang

Ketua Pegawai Eksekutif

Setiausaha Syarikat

Nama

Zuriata Binti Mohd Darus

Nama

Palaniappan A/l Sellappan(LS03071)

Jawatan

Ketua PegawaiEksekutif

Jawatan

Setiausaha Syarikat

Alamat Kediaman5814 Jalan SJ 5/6, Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban,Negeri Sembilan

Tel. No: 06-7616191Fax. No: 06-7651917

Alamat Kediaman

1099, Jalan 1D/1, Bandar Baru Sg. Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan

Pemegang Amanah

My Premier Trustee (Malaysia) Berhad (719395-T)Unit B 710, Block B, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Juruaudit Hisham & Co (AF 1491)D-08-3, Plaza Glomac, Jalan 7/19, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Peguambela & Peguamcara

Tetuan Adnan Sharida & Associates Peguambela & PeguamcaraNo. 3-2-2A & No. 3-2-2B, Jalan Medan PB 2A,Pusat Bandar, Seksyen 9,43650 Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan

Buku Daftar Ahli Skim akan

190 & 191, Galla Industrial Park, Jalan Labu, 70200 Seremban,

6

Page 8: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________disimpan Negeri Sembilan Darul Khusus

Alamat Pejabat Berdaftar dan Perniagaan

Alamat Berdaftar Unit C-3A-12, Level 6, Block C, Menara Uncang Emas, No. 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur

Alamat Perniagaan190 & 191, Galla Industrial Park, Jalan Labu, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

1.2 Latar Belakang

Syarikat Pengelola Skim telah diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat pada 28 Februari 2011, dibawah nama Agro Multy Trading Berhad dengan modal yang dibenarkan dan modal berbayar sebanyak Ringgit Malaysia Lima Juta (RM5,000,000.00) sahaja. Penubuhan Agro Multy Trading Berhad adalah bagi tujuan menjalankan satu skim kongsi tani yang menawarkan orang ramai peluang untuk melibatkan diri di dalam penternakan ikan keli.

1.3 Pemegang-Pemegang Saham

Pemegang-pemegang saham Agro Multy Trading Berhad yang terdiri daripada:

a) Zuriata Binti Mohd Darus (4,995,000)b) Mohd Khairul Ashwan Bin Mohd Roslan (5,000)

1.4 Pengarah-Pengarah

1.4.1 Zuriata Binti Mohd Darus bertindak sebagai Pengarah Urusan Syarikat Pengelola Skim. Tugas beliau termasuk menguruskan hal-ehwal kakitangan, pengurusan kerja-kerja kontrak pembinaan kolam dan struktur penyediaan tempat penternakan ikan keli. Beliau bertanggungjawab ke atas hal ehwal kewangan dan persediaan akaun dalaman Syarikat Pengelola Skim.

1.4.3 Mohd Khairul Ashwan bin Mohd Roslan bertindak sebagai Pengarah Syarikat Pengelola Skim. Tugas beliau termasuk menguruskan hal-ehwal operasi Syarikat Pengelola Skim, operasi kilang produk, operasi projek sampingan Syarikat Pengelola Skim seperti pembuatan baja, tanaman sisipan dan penghasilan palet makanan ikan. Beliau juga bertanggungjawab ke atas latihan-latihan yang dijalankan oleh Syarikat Pengelola Skim.

1.5 Pengalaman Dalam Penternakan Ikan Keli

1.5.1 Zuriata Binti Mohd Darus

Sebelum menjalankan perniagaan secara berkelompok Penternakan Ikan Keli Baka Pejal, Puan Zuriata bersama suami telah mengusahakan pembuatan barangan perubatan dan kecantikan berasaskan gabungan teknologi moden dan traditional yang beroperasi di Kilang Pembuatan di Kulim, Kedah. Pada mulanya beliau menceburi bidang penternakan ikan hanya sebagai hobi sampingan.

7

Page 9: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________Melihat kepada potensi dan perkembangan semasa yang diperolehi dari rakan yang juga merupakan seorang professor di Universiti Sains Malaysia (USM) di Jabatan Teknologi Pemakanan, iaitu Prof. Dr Azhar Ilias yang sering memberi maklumat, betapa kurangnya ikan air laut pada zaman sekarang dan potensi produk makanan berasaskan perikanan, membuat beliau rasa terpanggil untuk menceburi bidang perikanan air tawar. Beliau bermula dengan hanya dengan 10 kolam pada peringkat awal penternakan. Penternakan dan kajian semasa telah dibuat untuk memastikan ilmu penternakan mampu diperolehi melalui kaedah teori dan praktikal yang seiring. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran ( Pendidikan Seni Visual ) dan kini sedang menyambungkan pengajian diperingkat Master Pendidikan ( Pedagogi ) di Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Untuk merealisasikan minat yang mendalam dalam bidang penternakan ikan, kajian mendalam terhadap habitat dan perkembangan penternakan ikan telah dijalankan di Kawasan R&D di kawasan penternakan syarikat di Bukit Mertajam, Seberang Perai dan di kolam ternakan syarikat di Jalan Pokok Mangga, Kampung Padang, Melaka. Kajian penternakan dengan membuat analisis terhadap habitat, perkembangan dan pasaran juga telah dilakukan dari Perlis hingga ke Johor dengan mengunjungi dan membuat lawatan ke kolam-kolam ternakan dan pusat jualan dan pemerosesan.

Berdasarkan kajian dan analisis, serta R&D, telah menjadikan Syarikat Agro Multy Trading sebagai pelopor kepada Keli Baka Pejal yang kini dalam proses permohonan status organik. Setelah kajian menyeluruh dibuat, dan hasil kajian dan pembelajaran dari kejayaan dan kegagalan penternak dan pengusaha yang berkaitan dengan projek penternakan ikan keli khususnya, serta khidmat nasihat dari pihak Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan pihak FAMA, maka projek penternakan yang melibatkan beberapa individu pada peringkat awal penternakan dan penggabungan modal yang menjadikan kolam ternakan awal di Jalan Pokok Mangga, Kampung Padang, Melaka sebagai lokasi awal penternakan telah dilaksanakan dengan jayanya dan masih beroperasi hingga kini yang juga menjadi kolam kajian kes, kolam kajian tumbesaran dan penghasilan baka baru dan kajian penghasilan baja organik yang bermutu tinggi.

Pengalaman pengeluaran Produk melalui Syarikat Warisan Pesaka yang berasaskan perubatan melalui penggabungan teknologi terkini dan traditional, memberi inspirasi untuk mengeluarkan produk sendiri berasaskan hasil ternak penternakan ikan keli yang dijenamakan sebagai Resepi Bonda, hasil pengilangan Syarikat AMT Food Industries yang juga merupakan anak syarikat kepada Syarikat Agro Multy Trading Berhad.

Puan Zuriata memulakan penternakan ikan keli sejak tahun 2006 secara kecil-kecilandi bawah Agro Multy Trading dan kemudiannya mula menternak secara komersial pada tahun 2011 di bawah perniagaan Agro Multy Trading Berhad.

1.5.2 Mohd Khairul Ashwan bin Mohd Roslan

Beliau pernah bertugas dengan De’Nim Management Services Sdn Bhd selama 2 tahun iaitu dari tahun 2002 hingga 2004. Beliau bertugas sebagai Pembantu Setiausaha Syarikat yang bertanggungjawab mendaftarkan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan De’Nim Management Services yang merupakan Setiausaha Syarikat (Company Secretary).

Pada tahun 2005 hingga 2008, beliau bertugas sebagai Pengurus Pemasaran kepada Jalur Korporat (M) Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan pemasaran korporat untuk penyediaan makanan kepada majlis-majlis korporat di

8

Page 10: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________Pulau Pinang.

Seterusnya, pada tahun 2009 hingga 2010, beliau menjadi Pengurus Operasi Kepada Pengendalian Kafetria Pusat Latihan Perindustrian, Perda, Nibong Tebal yang dinaungi oleh Syarikat Jalur Korporat (M) Sdn Bhd. Pada Mac 2010 hingga Mac 2011, beliau merupakan Pengurus Pusat ternakan Ikan Keli Agro Multy Trading bagi kawasan Melaka dan Negeri Sembilan. Bermula April 2011 sehingga kini, beliau merupakan Pengurus Kilang kepada AMT Food Industries ( Anak Syarikat Agro Multy Trading Berhad ). Pada 2012, beliau dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Agro Multy Trading Berhad.

Dengan pengalaman luas dalam bidang kesetiausahaan syarikat dan pengendalian pusat pemakanan dan kilang serta komitment yang tinggi yang telah ditunjukkan, Encik Khairul Ashwan di kenalpasti antara calon yang paling layak untuk dijadikan ahli lembaga pengarah kepada Agro Multy Trading Berhad yang bakal memikul bebanan tugas dan tanggunjawab yang besar dalam syarikat.

1.6 Bidang Perniagaan

1.6.1 Syarikat Pengelola Skim menjalankan beberapa perniagaan dalam bidang perikanan termasuk:

a) Penternakan ikan keli secara komersial;b) Pembelian ikan keli separa matang dan penjualan ikan keli matang secara

harga tetap; danc) Pemprosesan produk hiliran ikan keli.

2. PERUNDING BEBAS

2.1 Syarikat Pengelola Skim mestilah melantik seorang Perunding Bebas yang pakar di dalam

penternakan ikan keli.

2.2 Unisains Holdings Sdn Bhd (473883-H) yang beralamat di Kompleks Eureka, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang telah dilantik sebagai Penasihat Bebas bagi Skim Ikan Keli.

2.3 Perunding Bebas hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) laporan setahun mengenai perkembangan dan kemajuan Projek Ikan Keli Malaya dan laporan ini mestilah meliputi pengurusan Tapak-tapak Penternakan.

2.4 Laporan hendaklah dilakukan tidak kurang selang Enam (6) bulan daripada laporan terakhir dikemukakan kepada Syarikat Pengelola Skim di mana sesalinan laporan terbaru mestilah dilampirkan di dalam prospektus yang sah.

2.5 Laporan tersebut hendaklah diserahkan kepada Syarikat Pengelola Skim, Pemegang Amanah dan Ahli-ahli Skim dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari tarikh laporan ke alamat terakhir Pengelola Skim, Pemegang Amanah dan Ahli-ahli Skim.

2.6 Pemegang Amanah akan mengadakan mesyuarat dengan Perunding Bebas sekurang-kurangnya Dua (2) kali setahun, untuk suatu tempoh selang tidak kurang dari Empat (4) bulan selepas mesyuarat terakhir, bagi mendapatkan maklum balas mengenai operasi dan pengendalian Tapak-tapak penternakan.

2.7 Pemegang Amanah akan mendapatkan laporan daripada Perunding Bebas mengenai perkembangan dan status operasi dan pengendalian tapak-tapak penternakan Ikan Keli Malaya ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh penerimaannya.

9

Page 11: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

3. JURUAUDIT

3.1 Syarikat Pengelola Skim hendaklah melantik juruaudit yang merupakan syarikat juruaudit yang diluluskan atau sebuah firma yang mana-mana ahlinya adalah juruaudit dan dipersetujui oleh Pemegang Amanah.

3.2 Juruaudit tersebut hendaklah memegang jawatan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam Prospektus atau sehingga ia dengan secara sukarelanya bersara setelah memberi notis bertulis Tiga (3) bulan berkenaan niatnya untuk bersara kepada Pemegang Amanah dan Syarikat Pengelola Skim atau dipecat oleh Syarikat Pengelola Skim dan /atau Pemegang Amanah di mana Syarikat Pengelola Skim mestilah melantik juruaudit yang lain untuk jawatan itu.

3.3 Bermula dari hari yang akan ditetapkan oleh Menteri dengan notis yang diwartakan, waad yang mengikat Syarikat Pengelola Skim bahawa:

a) Mengadakan kepada Pemegang Amanah, atau mana-mana syarikat juruaudit yang diluluskan yang dilantik olehnya, untuk pemeriksaan, seluruh buku-buku syarikat sama ada yang disimpan di pejabat berdaftar atau tempat lain; dan

b) Memberi kepada Pemegang Amanah atau kepada mana-mana juruaudit tersebut seperti yang ia perlukan apa-apa maklumat lisan dan bertulis berkaitan semua perkara yang berhubung dengan akujanji, skim, atau perusahaan syarikat atau apa-apa harta syarikat atau sebaliknya berhubung dengan hal ehwal tersebut.

3.4 Persaraan, pemecatan dan penggantian juruaudit boleh dilakukan seperti berikut:

a) Juruaudit bersara secara sukarelanya dengan memberi Tiga (3) bulan notis bertulis kepada Pemegang Amanah dan Syarikat Pengelola Skim; atau

b) Dipecat oleh Syarikat Pengelola Skim dan/atau Pemegang Amanah di mana Syarikat

Pengelola Skim mestilah melantik juruaudit yang lain untuk jawatan tersebut.

4. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

4.1 Zuriata Binti Mohd Darus telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kepada Skim ini. Beliau bertanggungjawab untuk menguruskan Skim Keli Malaya

tertakluk kepada terma-terma yang dipersetujui di antara Syarikat Pengelola Skim dan Ketua Pegawai Eksekutif termasuk menyiasat dan menyelesaikan sebarang aduan yang diterima daripada Ahli-ahli Skim berkenaan dengan Skim ini.

4.2 Syarikat Pengelola Skim mestilah memastikan seorang pegawai dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sepanjang Tempoh Skim.

4.3 Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik mestilah bertanggungjawab ke atas pengurusan Skim Keli Malaya tertakluk kepada terma-terma yang dipersetujui di antara Syarikat Pengelola Skim dan Ketua Pegawai Eksekutif termasuk menyiasat dan menyelesaikan sebarang aduan yang diterima daripada Ahli-ahli Skim berkenaan dengan Projek Skim dan Pakej Skim.

10

Page 12: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

4.4 Ketua Pegawai Eksekutif mestilah:-

a) merupakan seorang pengarah Syarikat Pengelola Skim atau seorang yang melaporkan tugas terus kepada Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pengelola Skim;

b) mempunyai pengetahuan ke atas operasi dan bertanggungjawab ke atas Skim Keli Malaya;

c) merupakan seorang individu yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Skim Keli Malaya.

4.5 Ketua Pegawai Eksekutif hanya boleh melepaskan jawatan selepas memberi notis sekurang-kurangnya Tiga Puluh (30) hari dari tarikh perletakan jawatan atau persaraan kepada Syarikat Pengelola Skim di mana Syarikat Pengelola Skim hendaklah menghantar notis kepada Pemegang Amanah mengenai sebarang pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif dalam masa Dua (2) hari dari tarikh notis tersebut.

4.6 Syarikat Pengelola Skim mestilah memastikan perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dalam masa Tiga Puluh (30) hari dari tarikh perletakan jawatan atau persaraan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang terdahulu.

5. MAKLUMAT TAPAK-TAPAK PENTERNAKAN IKAN KELI

5.1 Tanah-tanah Skim

WAAD BERKAITAN TANAH-TANAH SKIM

(a) Syarikat Pengelola Skim telah mendapat kelulusan untuk melakukan penternakan ikan keli dengan nama Skim Keli Malaya di atas Tanah-tanah Skim dan kebenaran dan kelulusan tersebut adalah sah dan terpakai pada tarikh Prospektus ini.

(b) Tuan tanah dengan ini membenarkan penggunaan Tanah-tanah Skim bagi tujuan Skim ini dan berjanji kepada Pemegang Amanah bahawa mereka tidak akan menjual atau menukar nama pemilik berdaftar Tanah-tanah Skim yang sedia ada tanpa memaklumkan kepada Syarikat Pengelola Skim.

(c) Syarikat Pengelola Skim dengan ini akan memastikan bahawa Tuan tanah akan membayar Cukai Tanah bagi Tanah-tanah Skim termasuk segala caj-caj lain yang akan dikenakan ke atasnya.

(d) Syarikat Pengelola Skim telah memasuki Satu (1) Perjanjian Pajakan bersama dengan Tuan tanah. Tuan tanah sememangnya mengetahui dan tidak mempunyai halangan bagi Syarikat Pengelola Skim menggunakan Tanah-tanah Skim bagi tapak penternakan ikan keli bagi Skim ini.

(e) Sekiranya terdapat Pajakan terhadap Tanah-tanah Skim, Syarikat Pengelola Skim akan memastikan bahawa Pajakan tersebut akan didaftarkan di Pejabat Tanah dalam masa Dua Belas (12) bulan dari tarikh Prospektus ini.

(f) Tanah-tanah Skim tidak akan bertukar pemilikan sepanjang Tempoh Skim tanpa kebenaran dan pengetahuan Syarikat Pengelola Skim dan tanah milik Syarikat Pengelola Skim akan sentiasa menjadi hakmilik mutlak Syarikat Pengelola Skim.

(g) Syarikat Pengelola Skim akan memohon kebenaran bertulis daripada Pemegang Amanah sekiranya gadaian akan dibuat ke atas Tanah-tanah Skim selepas

11

Page 13: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________pelancaran Skim ini dan gadaian tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Prospektus bagi tujuan paparan awam dan Ahli-ahli Skim. Sekiranya Tanah-tanah Skim digadai, Syarikat Pengelola Skim akan memastikan mendapat kebenaran pemegang gadaian untuk membenarkan tanah-tanah tersebut digunakan bagi tujuan Skim.

(h) Syarikat Pengelola Skim akan memastikan bahawa penggunaan Tanah-tanah Skim tidak bercanggah dengan mana-mana terma atau syarat-syarat dalam Perjanjian Pajakan.

(i) Syarikat Pengelola Skim akan mendedahkan kepada Pemegang Amanah apa-apa kemungkinan yang pemegang gadaian atau pemiutang, sekiranya ada, akan menguatkuasa gadaian atau mengambil tindakan menuntut hutang.

(j) Syarikat Pengelola Skim akan mengemukakan laporan kepada Pemegang Amanah setiap suku tahunan berkenaan status pendaftaran Tanah-tanah Skim atau apa-apa bebanan ke atasnya.

6. PENGENALAN

6.1 Skim Kepentingan

Pelaburan yang ditawarkan melalui Prospektus ini merupakan skim kongsi tani di bawah Divisyen 5 Bahagian IV Akta Syarikat 1965.

6.2 Pendaftaran Skim

Pendaftar telah meluluskan penawaran bagi pembelian, atau menerbitkan suatu pelawaan

untuk membeli unit-unit kepentingan dengan pendaftaran Surat Ikatan Amanah dan Satu (1)

salinan Prospektus ini telah diserahsimpan dan didaftarkan dengan Pendaftar.

6.3 Kenyataan Menolak Liabiliti

Pendaftar tidak menerima tanggungjawab bagi ketepatan mana-mana kenyataan yang

dibuat atau pendapat atau laporan yang dinyatakan di dalam Prospektus ini.

6.4 Taksiran Merit dan Risiko Pelaburan

Para pelabur dinasihatkan menggunakan penilaian mereka sendiri untuk menaksir merit dan risiko sesuatu pelaburan. Di dalam menimbangkan pelaburan, para pelabur yang masih di dalam keraguan tentang tindakan yang boleh diambil, hendaklah terus mendapatkan pandangan daripada penasihat profesional.

6.5 Tempoh Sah Laku Prospektus

Prospektus bertarikh 07hb Jun, 2012 ini adalah sah untuk Enam (6) bulan daripada di mana tiada Pakej Ikan Keli yang akan dijual menggunakan Prospektus ini selepas tempoh Enam (6) bulan dari tarikh Prospektus ini dan satu Prospektus baru akan di daftarkan oleh Syarikat Pengelola Skim, dengan kebenaran Pendaftar, bagi membolehkan Pakej Ikan Keli boleh dijual oleh Syarikat Pengelola Skim selepas Tempoh Sah Laku Prospektus ini.

12

Page 14: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________7 RINGKASAN SKIM KELI MALAYA

7.1 Bab ini cuma merupakan ringkasan kepada maklumat-maklumat yang telah diekstrak

daripada keseluruhan teks Prospektus ini. Pelabur dinasihatkan membaca dan memahami

perenggan ini dan keseluruhan Prospektus ini sebelum memutuskan untuk melabur dalam

Skim ini.

Nama Skim Skim Keli Malaya

Kategori Skim Skim kongsi tani sebagaimana yang termaktub di bawah Divisyen 5 Bahagian IV Akta Syarikat 1965

Lokasi Penternakan Ikan Keli Pekan, Pahang

Saiz Tapak Penternakan

Lebih kurang 10 ekar

Jumlah Kolam Ikan Keli yang ditawarkan pada Tarikh Pelancaran

259 Kolam (70%)

Jumlah Kolam Ikan Keli dimiliki oleh Syarikat Pengelola Skim

111 Kolam (30%)

Harga Pembelian Pakej RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi Satu (1) unit Pakej Ekonomi iaitu 5 Pakej Ekonomi bagi 1 Kolam

Jangkamasa Pakej Ikan Keli Selama dua (2) tahun bersamaan dengan Enam (6) Pusingan Tuaian

Tempoh Satu Pusingan Tiga (3) bulan

Tempoh Skim (Keseluruhan) Enam (6) Tahun

Syarikat Pengelola Skim Agro Multy Trading Berhad (934207-M)

Pemegang Amanah My Premier Trustee (Malaysia) Berhad (719395-T)

Perunding Bebas Unisains Holdings Sdn Bhd (473883-H)

Peguamcara & Peguambela Tetuan Adnan Sharida & Associates

13

Page 15: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

8 MAKLUMAT SKIM

8.1 Skim Keli Malaya

Syarikat Pengelola Skim menjalankan satu skim kongsi tani yang menawarkan kepada orang awam untuk melibatkan diri di dalam bidang penternakan ikan keli. Skim ini didaftarkan sebagaimana yang ditetapkan dalam Divisyen 5 Bahagian IV Akta Syarikat 1965. Skim ini yang dinamakan Skim Keli Malaya merupakan satu skim kongsi tani yang melibatkan projek penternakan Ikan Keli Baka Pejal melalui kaedah penternakan terkini yang dijalankan secara berkelompok yang memberi peluang dan ruang kepada individu mahupun syarikat/koperasi untuk menjalinkan usahasama penternakan yang mampu memberikan pulangan yang konsisten dengan penggabungan modal untuk menjalinkan projek penternakan secara berkelompok yang telah dikenalpasti mampu dijalankan dengan modal yang minimum tetapi menghasilkan pulangan yang maksimum. Skim ini juga memberi inspirasi baru kepada ramai pihak yang mempunyai modal tetapi tidak mempunyai masa dan kemahiran untuk terlibat dalam sektor penternakan ikan keli.

8.2 Pakej Ikan Keli

8.2.1 Di bawah Skim ini, Tiga Ratus Tujuh Puluh (370) buah Kolam akan ditawarkan kepada orang awam. Pakej Ikan Keli yang ditawarkan ialah Pakej Ekonomi yang mana jumlah penyertaan adalah sebanyak 5 Unit bagi 1 Kolam. Dua Ratus Lima Puluh Sembilan (259) buah Kolam akan ditawarkan kepada orang awam melibatkan 1,295 unit Pakej Ekonomi manakala 111 buah Kolam akan dipegang oleh Syarikat Pengelola Skim melibatkan sebanyak 555 unit Pakej Ekonomi dan disifatkan sebagai pakej-pakej simpanan bagi tujuan risiko kematian ikan dan lain-lain perkara yang berkaitan dan hanya boleh ditawarkan kepada orang ramai dengan kebenaran bertulis daripada Pendaftar.

8.2.2 Syarikat Pengelola Skim hendaklah memastikan bahawa Ahli-Ahli Skim yang berwarganegara asing memiliki tidak lebih daripada Lima Puluh Peratus (50%) daripada jumlah keseluruhan Pakej Ikan Keli yang dijual. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada warganegara Malaysia yang membeli Pakej Ikan Keli selepas Dua Belas (12) bulan Pakej Ikan Keli ditawarkan, Syarikat Pengelola Skim boleh menjual Pakej tersebut kepada warganegara asing tanpa had bilangan milikan, namun tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa.

8.2.3 Syarikat Pengelola Skim boleh menambah bilangan Pakej Ikan Keli dari masa ke semasa dengan menambah bilangan Kolam dan/atau Tapak-tapak Penternakan dan/atau Tanah-tanah baru ke dalam Skim ini. Walau bagaimanapun, penawaran tambahan Pakej Ikan Keli kepada orang ramai hanya boleh dilakukan dengan kebenaran terdahulu daripada Pendaftar.

8.3 Bilangan Tawaran Pakej Ikan Keli

8.3.1 Pakej Ikan Keli yang ditawarkan ialah Pakej Ekonomi bernilai Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000.00) sahaja yang mana melibatkan Lima (5) Pakej Ekonomi bagi setiap Kolam pada tarikh pelancaran Skim ini.

8.3.2 Tempoh Sah Laku Pakej adalah Dua (2) tahun daripada Tarikh Pembelian Disahkan.

8.3.3 Terdapat Enam (6) pusingan penternakan ikan keli sepanjang Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli. Ini kerana Syarikat Pengelola Skim menggunakan ikan keli yang sudah separa matang yang hanya memerlukan penternakan selama lebih kurang

14

Page 16: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________Empat (4) bulan bagi mencapai saiz matang untuk dijual ke pasaran.

8.4 Tempoh Skim

8.4.1 Tempoh Skim adalah selama Enam (6) tahun bermula dari tarikh Prospektus ini dilancarkan.

8.4.2 Walau bagaimanapun, Tempoh Skim boleh dilanjutkan dari masa ke semasa bagi satu tempoh yang dipersetujui oleh Syarikat Pengelola Skim dan Pemegang Amanah dan apabila memperolehi kebenaran terdahulu daripada Pendaftar dan pendaftaran suatu Surat Ikatan Amanah tambahan.

8.5 Harga Pembelian Pakej

8.5.1 Harga Pembelian selepas dari tarikh pelancaran tersebut akan ditentukan oleh Syarikat Pengelola Skim berdasarkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk daya pasaran semasa.

8.6 Tempoh Sah Laku Pakej

8.6.1 Tempoh Sah Laku Pakej adalah Dua (2) tahun daripada Tarikh Pembelian Disahkan.

8.6.2 Terdapat Enam (6) pusingan penternakan ikan keli sepanjang Tempoh Sah Laku Pakej. Ini kerana Syarikat Pengelola Skim menggunakan ikan keli yang sudah separa matang yang hanya memerlukan penternakan selama lebih kurang Empat (4) bulan bagi mencapai saiz matang untuk dijual ke pasaran.

8.6.3 Bagi Ahli-ahli yang telah menyertai skim lama Agro Multy Trading Berhad, jika ahli-ahli ini ingin menyertai skim baru yang ditawarkan Agro Multy Trading Berhad, Agro Multy Trading Berhad akan memberi diskaun sebanyak Dua Puluh Lima Peratus (25%) kepada harga unit.

8.7 Proses Pembelian Pakej

8.7.1 Pemohon mestilah mengisi Borang Permohonan dan mengemukakan Borang Permohonan yang lengkap bersama-sama sesalinan kad pengenalan Pemohon kepada Syarikat Pengelola Skim kepada alamat yang ditentukan atau tempat-tempat yang akan ditentukan oleh Syarikat Pengelola Skim di dalam Borang Permohonan.

8.7.2 Tidak ada sebarang pembayaran wang diterima semasa Tempoh Bertenang.

8.7.3 Pemohon hendaklah membuat pembayaran Harga Pembelian dalam masa Tiga Puluh (30) hari daripada tamat Tempoh Bertenang kepada Syarikat Pengelola Skim melalui salah-satu cara pembayaran yang ditentukan di dalam Borang Permohonan. Sekiranya Pemohon gagal membuat pembayaran Harga Pembelian dalam masa Tiga Puluh (30) hari daripada tamat Tempoh Bertenang kepada Syarikat Pengelola Skim, permohonan Pemohon akan dianggap terbatal dan disifatkan telah ditarik-balik oleh Pemohon. Syarikat Pengelola Skim mempunyai hak untuk menukar cara pembayaran Harga Pembelian dan menetapkan cara pembayaran Harga Pembelian yang baru dengan kebenaran Pemegang Amanah.

8.7.4 Pembelian Pakej hanya akan disahkan oleh Syarikat Pengelola Skim apabila Pemohon telah mengemukakan Borang Permohonan yang lengkap, membayar Harga Pembelian sepenuhnya dalam masa Tiga Puluh (30) hari daripada tamat Tempoh Bertenang di mana tarikh ini dirujuk sebagai Tarikh Pembelian Disahkan.

8.7.5 Dalam tempoh Empat Belas (14) hari selepas Tarikh Pembelian Disahkan,

15

Page 17: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________Syarikat Pengelola Skim akan memasukkan nama Pemohon ke dalam Daftar Ahli Skim sebagai Ahli Skim.

8.7.6 Sijil Ahli Skim akan dikeluarkan kepada Ahli Skim dalam masa Tiga Puluh (30) hari daripada Tarikh Pembelian Disahkan.

8.7.7 Selain daripada Borang Permohonan, Pemohon tidak dikehendaki untuk menandatangani mana-mana kontrak lain, sama ada pajakan atau sebaliknya berkaitan dengan keahlian.

8.8 Kos, Keuntungan dan Unjuran Ahli Skim

8.8.1 Tuaian bagi ikan keli akan dibuat setiap Empat (4) bulan pada akhir setiap Pusingan.

8.8.2 Hasil tuaian tersebut akan dibeli oleh Syarikat Pengelola Skim pada harga tetap. Pada amnya, berat ikan matang yang sesuai untuk dituai adalah satu (1) kilogram bagi setiap empat (4) ekor ikan keli.

8.8.3 Agro Multy Trading Berhad menetapkan harga belian hasil ternak bagi Skim Keli Malaya adalah Ringgit Malaysia Empat dan Sen Tujuh Puluh (RM4.70) sahaja sekilo atau bersamaan dengan Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus (RM4,700) sahaja se tan. Kemampuan pembelian dengan harga tersebut berdasarkan kemampuan syarikat menghasilkan produk berjenama sendiri dan ini mengawal harga pasaran di dalam Skim ini.

8.8.4 Pengiraan Keuntungan:

Jumlah Ikan - 5000 ekorPengeluaran - 1 TanHarga Pembelian ( 1 kg ) - RM 4.70Jumlah harga 1 tan - RM 4,700.00

Jumlah Keseluruhan jualan bagi 6 kali tuaian - RM 28,200.00

Jumlah Kos bagi 6 kali tuaian - RM 19,200.00

Jumlah Keuntungan bagi 1 Kolam iaitu Jumlah Jualan tolak jumlah kos adalah RM 9,000.00

Penyertaan = RM 1,000.Pendapatan bulanan kepada Ahli Skim adalah berdasarkan dari carta pendapatan seperti di sebelah.  

PEROLEHAN KEUNTUNGAN SELAMA 24 BULAN DIGABUNGKAN DAN DIBAHAGIKAN  SECARA PURATA KEPADA 24 BULAN ( Diselaraskan ) 

Contoh:

Penyertaan Pakej Ekonomi RM 1,000 Jumlah Pendapatan 24 Bulan= RM 1,800     RM 1,800            24 Bulan

16

BULAN/PAKEJ RM 1,000

1 -2 -3 -4 Tuaian Pertama 3005 756 757 758 759 7510 7511 7512 7513 7514 7515 7516 7517 7518 7519 7520 7521 7522 7523 7524 Tuaian Terakhir

75

KEUNTUNGAN 1,800

Page 18: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

= RM 75.00 sebulan (diambil pada bulan ke-4)

* (Agihan keuntungan yang dinyatakan adalah tertakluk kepada harga tetap)

8.9 Struktur Pembayaran Kadar Hasil Bersih

8.9.1 Bermula dari Tarikh Pembelian Disahkan sehingga Tarikh Tamat Keahlian, Ahli Skim adalah berhak ke atas Kadar Hasil Bersih di mana pembayaran Kadar Hasil Bersih adalah di dalam bentuk tunai mengikut Jadual pembayaran yang dinyatakan di atas dan akan dibayar melalui akaun bank Ahli Skim yang tertera di Borang Permohonan.

8.9.2 Syarikat Pengelola Skim akan menyemak nama-nama dan Tarikh Pembelian Disahkan pada

hari pertama setiap bulan dan menghantar senarai nama-nama Ahli Skim yang berhak mendapat Kadar Hasil Bersih pada 15 haribulan dan 30 haribulan bulan tersebut kepada Pemegang Amanah.

8.9.3 Pembayaran Kadar Hasil Bersih akan dibuat kepada Ahli Skim pada:

a) Sekiranya Tarikh Pembelian Disahkan adalah sebelum dan pada 15 haribulan setiap bulan, Ahli Skim akan menerima pembayaran Kadar Hasil Bersih tidak lebih Tujuh (7) hari daripada tarikh 15 haribulan bagi bulan berikutnya dan setiap bulan selanjutnya sehingga tamat Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli; dan/atau

b) Sekiranya Tarikh Pembelian Disahkan adalah selepas 15 haribulan sesuatu bulan, Ahli Skim akan menerima pembayaran Kadar Hasil Bersih tidak lebih daripada Tujuh (7) hari daripada 30 haribulan bagi bulan berikutnya dan setiap bulan selanjutnya sehingga tamat Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli.

8.10 Pembelian-balik Pakej

8.10.1 Ahli Skim berhak untuk menamatkan Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli sebelum Tarikh Tamat Keahlian dengan cara menjual-balik Pakej Ikan Keli kepada Syarikat Pengelola Skim sebelum Tarikh Tamat Keahlian.

8.10.2 Ahli Skim tersebut boleh menjual-balik Pakej Ikan Keli kepada Syarikat Pengelola Skim dengan syarat-syarat berikut:

a) Ahli Skim perlu mengisi Borang Notis Pembelian-Balik Pakej Ikan Keli sebagai notis permintaan menjual-balik Pakej kepada Syarikat Pengelola Skim;

b) Borang Notis Pembelian-Balik Pakej Ikan Keli yang lengkap bersama-sama Sijil Ahli Skim hendaklah dikemukakan kepada Syarikat Pengelola Skim di alamat yang ditentukan atau tempat-tempat yang akan ditentukan oleh Syarikat Pengelola Skim di dalam borang tersebut;

c) Syarikat Pengelola Skim akan membeli-balik Pakej Ikan Keli berdasarkan pengiraan harga yang telah ditetapkan di Jadual Pertama Prospektus; dan

17

Page 19: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

d) Syarikat Pengelola Skim akan membayar kepada Ahli Skim Harga Beli-Balik dalam masa Tiga Puluh (30) hari dari tarikh penerimaan Borang Notis Pembelian-Balik Pakej Ikan Keli yang lengkap bersama-sama Sijil Ahli Skim.

8.10.3 Ahli Skim mempunyai hak untuk menjual unit Pakej Ikan Keli kepada pihak ketiga pada bila-bila masa.

8.10.4 Bagi tujuan Prospektus ini, Yang Berhormat Menteri telah membenarkan pengecualian Pembelian-balik Pakej Ikan Keli kepada Syarikat Pengelola Skim mengikut Seksyen 88(1)(b)(iii) Akta Syarikat untuk tahun pertama Tempoh Skim di mana Syarikat Pengelola Skim adalah dikecualikan dari membeli balik Pakej Ikan Keli di dalam tempoh pengecualian.

8.10.5 Dikala penamatan tempoh pengecualian, Ahli-ahli Skim boleh memohon untuk Syarikat Pengelola Skim membeli-balik Pakej Ikan Keli mengikut pengiraan harga di bawah Jadual Pertama Prospektus ini.

9. PENAMATAN SKIM KELI MALAYA

9.1. Penamatan

(a) Syarikat Pengelola Skim dan Pemegang Amanah boleh melalui persetujuan bersama sebelum tamat Tempoh Skim dengan menandatangani satu Surat Ikatan Penamatan Skim dengan kebenaran Pendaftar dan Pemegang Amanah.

(b) Tertakluk kepada terma-terma yang terkandung dalam Prospektus ini, Skim boleh ditamatkan sekiranya:

i. Skim belum membuat apa-apa jualan setelah Enam (6) bulan Skim berjalan; dan

ii. kesemua Ahli-ahli Skim bersetuju dengan penamatan Skim ini.

(c) Jika pada mana-mana mesyuarat seperti ini, satu resolusi diluluskan oleh bilangan majoriti mewakili Tujuh Puluh Lima Peratus (75%) daripada jumlah pemegang Skim ini yang hadir dan mengundi sama ada persendirian atau dengan proksi di mesyuarat tersebut bahawa Skim Keli Malaya digulung, Pemegang Amanah hendaklah memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah mengesahkan resolusi tersebut.

10. PENGGULUNGAN SKIM KELI MALAYA

10.1 Penggulungan Skim

(a) Di mana Syarikat Pengelola Skim di bawah Prospektus ini adalah di dalam pembubaran atau di mana, pada pendapat Pemegang Amanah, Syarikat Pengelola Skim telah berhenti daripada menjalankan perniagaan atau telah pada prasangka Ahli-ahli Skim gagal mematuhi Prospektus ini, Pemegang Amanah hendaklah memanggil satu mesyuarat Ahli-ahli Skim.

(b) Mesyuarat hendaklah dipanggil:-

i. Dengan menghantar notis mengenai mesyuarat yang dicadangkan melalui pos sekurang-kurangnya Dua Puluh Satu (21) hari sebelum mesyuarat yang dicadangkan tersebut; dan

18

Page 20: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________ii. Dengan menerbitkan sekurang-kurangnya Dua Puluh Satu (21) hari

sebelum mesyuarat yang dicadangkan, iklan yang memberi notis tentang mesyuarat tersebut di dalam suratkhabar yang diedarkan pada umumnya ke seluruh Malaysia.

(c) Jika pada mana-mana mesyuarat seperti ini, satu resolusi diluluskan oleh bilangan majoriti mewakili Tujuh Puluh Lima Peratus (75%) daripada jumlah pemegang pakej Skim Keli Malaya yang hadir dan mengundi sama ada persendirian atau dengan proksi di mesyuarat tersebut bahawa Skim ini digulung, Pemegang Amanah hendaklah memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah mengesahkan resolusi tersebut.

11. AKAUN AMANAH

11.1 Akaun Amanah “Sinking Fund”

(a) Pada tarikh Prospektus, Pemegang Amanah mestilah mewujudkan satu Akaun Amanah dengan mana-mana institusi kewangan yang bereputasi dan dipersetujui oleh Syarikat Pengelola Skim bagi tujuan penyimpanan Dana Terikat yang dipegang secara amanah bagi Syarikat Pengelola Skim.

(b) Akaun Amanah akan dibuka oleh Syarikat Pengelola Skim dan dikendalikan oleh Pemegang Amanah di mana Sepuluh Peratus (10%) daripada jumlah Harga Pembelian akan dimasukkan oleh Syarikat Pengelola Skim ke dalam akaun amanah tersebut selepas masa Tiga Puluh (30) hari dari tarikh penerimaan bayaran.

(c) Peranan Akaun Amanah ini adalah supaya ianya dapat menjamin kestabilan pelaburan yang ada dan merupakan ‘sinking fund’ bagi membaikpulih kolam-kolam atau menggantikan benih-benih anak ikan yang mati dan bagi tujuan-tujuan yang berkaitan kepentingan Ahli-ahli Skim.

(d) Sebarang faedah yang diterima juga akan menjadi hakmilik Syarikat Pengelola Skim dan boleh dilepaskan kepada Syarikat Pengelola Skim dari masa ke semasa dan apabila Syarikat Pengelola memberi notis secara bertulis.

11.2 Akaun Amanah “Akaun Simpanan”

(a) Pemegang Amanah mestilah memastikan bahawa sekurang-kurangnya Lima Peratus (5%) daripada jumlah Harga Pembelian bagi kesemua Pakej Ikan Keli Malaya yang dijual berada dalam akaun pada setiap masa. Akaun yang perlu ditubuhkan bagi penyimpanan Harga Pembelian akan dinamakan “Akaun Simpanan” atau “Reserve Fund”.

(b) Tujuan “Reserve Fund” adalah untuk simpanan sekiranya berlaku kegagalan Skim ini dan sekiranya kegagalan telah berlaku, akaun ini akan diserahkan kepada Ahli-ahli Skim.

(c) Syarikat Pengelola Skim akan memasukkan sekurang-kurangnya Lima Peratus (5%) daripada Harga Pembelian Ahli Skim selepas Tiga Puluh (30) hari dari tarikh penerimaan pembayaran tersebut dan jumlah tersebut haruslah disimpan sepanjang masa tempoh Skim. Jika terdapat pengeluaran sebarang jumlah dari “Reserve Fund”, maka jumlah tersebut haruslah direkodkan sebab-sebab pengeluarannya dan tertakluk kepada kelulusan Pemegang Amanah.

19

Page 21: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________(d) Sekiranya Prospektus tidak lagi berkuatkuasa atas apa-apa sebab jumlah di

dalam Akaun Amanah hendahlah dipulangkan kepada Syarikat Pengelola Skim.

(e) Selain daripada Harga Pembelian dan Dana Terikat yang dipegang oleh Pemegang Amanah di dalam Akaun Amanah, tiada tanah, harta atau kepentingan lain yang akan dipegang oleh Pemegang Amanah.

12. SYARIKAT PENGELOLA SKIM

12.1. Tugas Dan Tanggungjawab Syarikat Pengelola Skim

Syarikat Pengelola Skim tersebut adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dan memastikan perkara-perkara dibawah:

(a) Melaksanakan Skim Ikan Keli sebaik mungkin tanpa sebarang kegagalan dan menepati masa pelaksanaan yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa.

(b) Memastikan bahawa ia menyimpan daftar kepentingan Ahli-ahli Skim dan memasukkan ke dalamnya:-

i. Nama dan alamat Ahli-ahli Skim;ii. Had pegangan setiap Ahli-ahli Skim;

iii. Tarikh di mana setiap Ahli-ahli Skim dimasukkan ke dalam daftar sebagai Ahli Skim; dan

iv. Tarikh di mana Ahli-ahli Skim berhenti dari menjadi Ahli Skim.

(c) Memastikan bahan-bahan binaan yang digunakan bagi Skim Ikan Keli serta peralatan-peralatan lain yang diperlukan adalah menepati tahap dan kualiti yang sesuai bagi pelaksanaan Skim.

(d) Bertanggungjawab terhadap keselamatan pihak-pihak yang berkaitan dengan Skim dan hendaklah menyediakan ciri-ciri keselamatan yang munasabah bagi pelaksanaan Skim ini.

(e) Melakukan kerja-kerja penternakan dan penuaian hasil ternakan ikan keli mengikut prosedur perikanan yang baik.

(f) Menyediakan dan memberikan kepada ahli laporan maklumat lengkap berkenaan keadaan Skim ini setiap Empat (4) bulan bermula dari Fasa Pertama.

(g) Memastikan bahawa wang Harga Pembelian yang dibayar oleh Ahli Skim untuk menyertai Skim Ikan Keli bukanlah saham atau pelaburan atas penyimpanan, sebaliknya digunakan keseluruhannya untuk tujuan Skim Ikan Keli.

(h) Membuat pembayaran kepada Pemegang Amanah dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari setelah penerimaan sebarang pembayaran yang mana ianya perlu dibayar kepada Syarikat Pengelola Skim di bawah Prospektus ini.

(i) Memastikan bayaran pelaburan yang dibuat oleh Ahli Skim di dalam Skim Ikan Keli tidak dilaburkan atau dipinjamkan kepada Syarikat Pengelola Skim, Pemegang Amanah atau mana-mana syarikat berkaitan dengan Syarikat Pengelola Skim atau Pemegang Amanah.

(j) Menyediakan kepada Pemegang Amanah maklumat-maklumat yang diperlukan

20

Page 22: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________oleh Pemegang Amanah berkaitan dengan semua perkara yang melibatkan akujanji, skim atau urusan yang mana Prospektus ini berkaitan.

(j) Syarikat Pengelola Skim bertanggungjawab membayar kepada Pemegang Amanah ganjaran bagi khidmat yang diberikan sebagai Pemegang Amanah Skim Keli Malaya dalam bentuk Ganjaran Tahunan.

(k) Tanpa menjejaskan tanggungjawab Syarikat Pengelola Skim, dalam menjalankan tugas dan kewajipan, Syarikat Pengelola Skim dibenarkan untuk:

i. melalui surat kuasa wakil atau lain-lain surat ikatan, melantik mana-mana pihak untuk menjadi wakil atau agen kepada Syarikat Pengelola Skim dan memberi wakil atau agen tersebut satu kuasa bagi sesuatu tujuan (selagi tidak menjangkaui kuasa yang terletak ke atas Syarikat Pengelola Skim) termasuk mengeluarkan dokumen di bawah nama Syarikat Pengelola Skim yang mempunyai tandatangan pegawai syarikat Pengelola Skim boleh memasukkan peruntukan yang sewajarnya bagi memudahkan urusan dan melindungi kepentingan sesiapa yang berurusan dengan wakil dan agen Syarikat Pengelola Skim; dan

ii. melantik mana-mana pihak sebagai sub-agen kepada Syarikat Pengelola Skim sepertimana yang difikirkan wajar oleh Syarikat Pengelola Skim dan memberi sub-agen tersebut satu kuasa bagi sesuatu tujuan (selagi tidak menjangkaui kuasa yang terletak ke atas Syarikat Pengelola Skim) dan menggantikan atau menggantungkan sub-agen tersebut pada bila-bila masa tanpa memerlukan satu penjelasan atau sebab diberikan,

dengan syarat Syarikat Pengelola Skim adalah bertanggungjawab ke atas mana-mana tindakan atau pengenepian tindakan pegawai, pekerja, wakil, agen dan sub-agen Syarikat Pengelola Skim yang bercanggah dengan tugas dan kewajipan Syarikat Pengelola Skim yang terkandung dalam Prospektus ini.

(l) Sebarang hasil yang diperolehi oleh Syarikat Pengelola Skim melalui penjualan Skim Keli Malaya dan lain-lain perniagaan yang dijalankan oleh Syarikat Pengelola Skim yang berkaitan dengan Skim adalah hakmilik mutlak Syarikat Pengelola Skim.

(m) Syarikat Pengelola Skim mempunyai hak mutlak yang tidak boleh dimansuhkan atau ditarik balik untuk mengendalikan Skim ini dan oleh itu tidak boleh dilucutkan atau digantikan oleh Pemegang Amanah ataupun Ahli-ahli Skim.

12.2. Waad Oleh Syarikat Pengelola Skim

Syarikat Pengelola Skim dengan ini berakujanji, berwaad dan bersetuju seperti di bawah:-

(a) Bahawa Syarikat Pengelola Skim akan menggunakan usaha terbaik untuk menjalankan dan melakukan perniagaannya dengan cara yang betul dan cekap dan menentukan bahawa apa-apa akujanji, skim atau perusahaan yang berkaitan dengan Prospektus dijalankan dengan cara yang betul dan cekap;

(b) Bahawa Syarikat Pengelola Skim akan membayar kepada Pemegang Amanah, dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari selepas Syarikat Pengelola Skim menerima apa-apa wang yang di bawah Prospekus ini;

(c) Bahawa Syarikat Pengelola Skim tidak akan menjual apa-apa kepentingan yang berkaitan dengan Surat Ikatan Amanah dan Prospektus terkini kecuali pada harga yang dikira selaras dengannya;

(d) Bahawa Syarikat Pengelola Skim akan, di atas permintaan Ahli-ahli Skim, membeli kepentingan tersebut daripada Ahli-ahli Skim dan bahawa harga belian

21

Page 23: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________hendaklah harga yang dikira selaras dengan Prospektus ini;

(e) Bahawa Syarikat Pengelola Skim tidak akan, tanpa kelulusan Pemegang Amanah, menerbitkan atau menyebabkan terbitnya iklan, pekeliling atau dokumen-dokumen lain yang mempunyai kenyataan berkaitan dengan harga jualan kepentingan-kepentingan di mana Surat Ikatan tersebut berkaitan atau keuntungan darinya atau mengandungi apa-apa pelawaan untuk membeli kepentingan-kepentingan;

(f) Bahawa Syarikat Pengelola Skim akan memastikan segala kelulusan atau permit yang diwajibkan oleh Pihak Berkuasa diperolehi dan tiada sebarang tindakan mahupun pelanggaran undang-undang di dalam proses pembinaan, penjagaan, pengurusan dan pengelolaan Skim Ikan Keli;

(g) Bahawa Syarikat Pengelola Skim berakujanji akan membayar pampasan kepada Ahli-ahli Skim bagi sebarang tuntutan yang berbangkit oleh Pihak Berkuasa mahupun pihak ketiga berkaitan Skim ini akibat kegagalan atau kecuaian Syarikat Pengelola Skim;

(h) Bahawa Syarikat Pengelola Skim akan melaksanakan segala tanggungjawab dengan sebaik boleh dan menjaga kepentingan dan hak-hak Ahli Skim di bawah Prospektus ini;

(i) Bahawa Syarikat Pengelola Skim akan memperbaharui prospektusnya tidak lewat dari Enam (6) bulan selepas tarikh Propektus sebelumnya;

(j) Bahawa Syarikat Pengelola Skim akan memastikan pengiklanan berhubung keahlian tidak mengandungi kepalsuan atau kepalsuan palsu yang boleh menyebabkan penyalah tafsiran atau maksud kepada orang awam;

(k) Bahawa Syarikat Pengelola Skim akan menunaikan segala janji-janji yang telah dibuat kepada pembeli keahlian termasuk apa-apa janji di dalam dokumen pengiklanan yang telah menawarkan keahlian kepada orang ramai;

(l) Syarikat Pengelola Skim bersedia untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang sekiranya dengan sengaja ingkar atau gagal memenuhi keperluan/tuntutan Skim Ikan Keli;

(m) Syarikat Pengelola Skim akan memenuhi kehendak-kehendak di dalam Akta Syarikat dan Garis Panduan dan Polisi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dari masa ke semasa;

(n) Syarikat Pengelola Skim akan:

i. mengadakan kepada Pemegang Amanah, untuk pemeriksaan seluruh buku-buku Syarikat Pengelola Skim yang berkaitan dengan Skim Keli Malaya sama ada yang disimpan di pejabat berdaftar atau tempat lain;

ii. memberi kepada Pemegang Amanah seperti yang diperlukan apa-apa maklumat lisan atau bertulis berkaitan dengan semua perkara berhubung Skim Keli Malaya.

(o) Syarikat Pengelola Skim akan mengadakan atau memastikan bahawa akan diadakan kepadaPemegang Amanah butir-butir seperti dikehendaki oleh Pemegang Amanah berkaitan dengan perkara-perkara yang berhubung dengan Skim Keli Malaya di mana Prospektus ini bersangkutan;

(p) Syarikat Pengelola Skim tidak akan menjual Pakej Ikan Keli Malaya kecuali pada harga yang dikira selaras dengan Prospektus ini;

22

Page 24: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________(q) Syarikat Pengelola Skim akan memastikan Ahli-ahli Skim diberi maklumat yang cukup melalui surat menyuarat mengenai jangkaan Kadar Hasil Bersih yang bakal diterima;

(r) Syarikat Pengelola Skim akan memastikan apabila diminta oleh Ahli Skim, ia akan memberi sesalinan diakui sah Propektus dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari tarikh permintaan dengan menerima bayaran tidak lebih Ringgit Malaysia Dua Puluh (RM 20.00) sahaja;

(s) Syarikat Pengelola Skim akan mengemukakan laporan yang mengandungi perkara-perkara berikut kepada Pendaftar setiap Enam (6) bulan, di mana laporan tersebut mestilah disahkan oleh Pemegang Amanah:

i. Jumlah Pakej Ikan Keli Malaya yang dijual pada tarikh laporan;ii. Jumlah Pakej Ikan Keli Malaya yang belum dijual pada tarikh laporan;

iii. jadual kesemua pembayaran Kadar Hasil Bersih yang telah dibuat kepada Ahli Skim pada tarikh laporan;

iv. Jadual pembayaran Kadar Hasil Bersih yang perlu dibuat kepada Ahli Skim pada tarikh laporan; dan

v. apa-apa maklumat lain yang diarahkan oleh Pendaftar berkenaan Skim ini.

(t) Dengan syarat mendapat pengecualian daripada Menteri bahawa tiada wang yang terdapat untuk pelaburan di bawah Prospektus ini akan dilaburkan di dalam atau dipinjamkan kepada Syarikat Pengelola Skim, atau kepada Pemegang Amanah, atau kepada man-mana syarikat (selain dari perbadanan yang ditetapkan di lingkungan makna subseksyen 38(6) Akta Syarikat di mana oleh sebab subseksyen 38(6) Akta Syarikat disifatkan mempunyai hubungan dengan Syarikat Pengelola Skim atau dengan Pemegang Amanah);

(u) Syarikat Pengelola Skim akan mengadakan atau memastikan bahawa akan diadakan kepada Pemegang Amanah butir-butir seperti yang dikehendaki oleh Pemegang Amanah berkaitan dengan perkara-perkara yang berhubung dengan Skim ini di mana Prospektus ini bersangkutan;

(v) Syarikat Pengelola Skim dan Syarikat Pemegang Amanah dengan ini berjanji dengan Pemegang Amanah dan dengan Ahli-ahli Skim bahawa:

i. Bermula dari hari yang akan ditetapkan oleh Menteri dengan notis yang ditawarkan, Syarikat Pengelola Skim dan Pemegang Amanah, mengikut keadaan, tidak akan menggunakan hak untuk mengundi berkaitan dengan saham-saham berhubungan dengan kepentingan-kepentingan di mana Prospektus dipegang oleh Syarikat Pengelola Skim, Pemegang Amanah di mana pemilikan pengarah-pengarah perbadanan untuk siapa saham-saham tersebut dipegang, tanpa persetujuan majoriti Ahli-ahli Skim yang hadir dan mengundi di mesyuarat Ahli-ahli Skim yang diadakan mengikut cara yang diperuntukan di dalam Prospektus, untuk tujuan membenarkan penggunaan hak tersebut di pemilihan yang akan datang.

12.3 Persaraan, Pemecatan Dan Penggantian Syarikat Pengelola Skim

Syarikat Pengelola Skim tidak boleh dipecat atau diganti oleh Pemegang Amanah dan/atau Ahli Skim.

13. PEMEGANG AMANAH

13.1 Pemegang Amanah Skim Ikan Keli

23

Page 25: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

Syarikat amanah yang dilantik sebagai Pemegang Amanah bagi Skim ini adalah My PremierTrustee (Malaysia) Berhad (719395-T) yang telah ditubuhkan pada 28 Disember 2005 danadalah sebuah syarikat yang berdaftar mengikut Akta Syarikat Amanah 1949. Alamatberdaftar dan perniagaan My Premier Trustee (Malaysia) Berhad adalah di Unit B 710, Block B, Phileo Damansara 1, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

13.2 Tugas Dan Tanggungjawab Pemegang Amanah

Syarikat Pemegang Amanah adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dan memastikan perkara-perkara dibawah:

(a) Bertindak sebagai Pemegang Amanah Skim Keli Malaya;

(b) Menjalankan semua fungsi dan tugas dalam memantau, mengawasi dan melindungi hak-hak dan kepentingan Ahli-ahli Skim;

(c) Menyimpan, mengemaskini dan memastikan audit tahunan dilakukan ke atas Akaun Amanah;

(d) Memegang kesemua pelaburan dan aset di dalam Akaun Amanah dan memastikan pelaburan dan pengagihan dibuat selaras dengan terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Surat Ikatan Amanah dan Prospektus ini;

(e) Menghantar melalui pos penyata Akaun Amanah bersama laporan daripada Juruaudit pada penghujung tahun kewangan kepada setiap Ahli Skim;

(f) Memastikan bahawa Daftar Ahli Skim dan bilangan Pakej Ikan Keli yang dijual direkodkan dan disenggarakan oleh Syarikat Pengelola Skim;

(g) Mengadakan mesyuarat dengan Perunding Bebas sekurang-kurangnya Dua (2) kali setahun, bagi mendapatkan maklum balas mengenai operasi dan pengendalian Tapak-tapak Penternakan;

(h) Menyelidik, menyiasat dan menyelesaikan aduan yang dibuat oleh mana-mana Ahli-ahli Skim;

(i) Membuat lawatan ke Tapak-tapak Penternakan bagi membuat pemeriksaan ke atas keadaan Tapak-tapak Penternakan;

(j) Melaporkan ke Pendaftar berkenaan status pendaftaran pajakan Tanah-tanah Skim, laporan Perunding Bebas dan sebarang perlanggaran oleh Syarikat Pengelola Skim; dan

(k) Memastikan bayaran pelaburan yang dibuat oleh Ahli-ahli Skim tidak dilaburkan atau dipinjamkan kepada Syarikat Pengelola Skim, Pemegang Amanah atau mana-mana syarikat berkaitan dengan Syarikat Pengelola Skim atau Pemegang Amanah;

(m) Syarikat Pengelola Skim hendaklah membayar kepada Pemegang Amanah ganjaran bagi khidmat yang diberikan sebagai Pemegang Amanah Skim Keli Malaya dalam bentuk ganjaran tahunan. Sekiranya Pemegang Amanah di dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pemegang Amanah bagi Skim Keli Malaya, sekiranya perlu mengerjakan perkhidmatan di luar dari yang biasa, boleh mengenakan bayaran tambahan kepada Syarikat Pengelola Skim berdasarkan satu jumlah yang akan dipersetujui oleh Pemegang Amanah dan

24

Page 26: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________Syarikat Pengelola Skim;

13.3 Waad Syarikat Pemegang Amanah

Syarikat Pemegang Amanah dengan ini berakujanji, berwaad dan bersetuju seperti di bawah:-

(a) Pemegang Amanah bersetuju dan sanggup untuk menyandang jawatan ini bagi kepentingan Ahli-ahli Skim mengikut Prospektus Amanah ini, semua undang-undang dan peraturan- peraturan yang berkaitan;

(b) Bahawa Pemegang Amanah akan menggunakan segala usaha yang wajar dan pengawasan di dalam menjalankan fungsi-fungsi dan tugas-tugas dan di dalam mengatasi hak-hak dan kepentingan-kepentingan Ahli-ahli Skim di dalam Prospektus ini;

(c) Bahawa Pemegang Amanah akan menyampai atau menyebabkan disimpan buku akaun yang betul berhubung dengan kepentingan-kepentingan tersebut;

(d) Bahawa Pemegang Amanah akan menyebabkan Akaun Amanah diaudit pada penghujung tiap-tiap tahun kewangan oleh syarikat audit yang diluluskan;

(e) Bahawa Pemegang Amanah akan menghantar atau menyebabkan dihantar dengan pos penyata akaun dengan laporan dari juruaudit di dalam masa Dua (2) bulan pada penghujung tahun kewangan kepada setiap Ahli-ahli Skim;

(f) Bahawa pada Prospektus ini, Pemegang Amanah menyatakan kepada Syarikat Pengelola Skim bahawa tidak terdapat pertikaian matan atau timbangtara yang melibatkan Pemegang Amanah sebagai Plaintiff atau defendan dan Pemegang Amanah tidak mempunyai pengetahuan mengenai mana-mana prosiding yang belum diputuskan atau akan berlaku atau apa-apa fakta yang berkemungkinan menimbulkan apa-apa prodiding yang mungkin menjejaskan kedudukan perniagaan/ kewangan Pemegang Amanah secara matan;

(g) Pemegang Amanah dengan ini berjanji dengan Syarikat Pengelola Skim dan Ahli-ahli Skim untuk mematuhi kesemua peraturan dan kehendak yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa sama ada yang sedia ada atau yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa, melainkan perubahan dibenarkan atau diperkecualian daripada peraturan dan kehendak tersebut;

(h) Dengan syarat mendapat pengecualian daripada Menteri bahawa tiada wang yang terdapat untuk pelaburan di bawah Prospektus akan dilaburkan di dalam atau dipinjamkan kepada Syarikat Pengelola Skim, atau kepada Pemegang Amanah, atau kepada mana-mana syarikat (selain dari perbadanan yang ditetapkan di lingkungan makna subseksyen 38(6) Akta Syarikat di mana oleh sebab subseksyen 38(6) Akta Syarikat disifatkan mempunyai hubungan dengan Syarikat Pengelola Skim atau dengan Pemegang Amanah;

(i) Syarikat Pengelola Skim dan Syarikat Pemegang Amanah dengan ini berjanji dengan Pemegang Amanah dan dengan Ahli-ahli Skim bahawa:

i. Bermula dari hari yang akan ditetapkan oleh menteri dengan notis yang ditawarkan, Syarikat Pengelola Skim dan Pemegang Amanah, mengikut keadaan, tidak akan menggunakan hak untuk mengundi berkaitan dengna saham-saham berhubungan dengan kepentingan-kepentingan di mana Prospektus dipegang oleh Syarikat Pengelola Skim, Pemegang Amanah di mana pemilikan pengarah-pengarah perbadanan untuk siapa saham-saham tersebut dipegang, tanpa persetujuan majoriti Ahli-ahli Skim yang hadir dan mengundi di mesyuarat Ahli-ahli Skim yang diadakan mengikut cara yang diperuntukan di dalam Prospektus, untuk tujuan membenarkan penggunaan hak tersebut di pemilihan yang akan datang.

25

Page 27: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

13.4 Ganjaran Pemegang Amanah

13.4.1 Syarikat Pengelola Skim bertanggungjawab membayar kepada Pemegang Amanah ganjaran

bagi khidmat yang diberikan sebagai Pemegang Amanah bagi Skim Keli Malaya dalam bentuk Ganjaran Tahunan.

13.5 Persaraan, Pemecatan Dan Penggantian Pemegang Amanah

(a) Pemegang Amanah boleh bersara dengan memberi Tiga (3) bulan notis bertulis kepada Syarikat Pengelola Skim (atau satu tempoh yang lebih pendek yang dipersetujui oleh Syarikat Pengelola Skim) mengenai hasratnya untuk berbuat demikian, di mana Syarikat Pengelola Skim boleh, melalui satu Surat Ikatan, melantik dan menamatkan Pemegang Amanah yang lain bagi mengantikan atau sebagai Pemegang Amanah tambahan sebagaimana yang diluluskan Menteri, dengan syarat Pemegang Amanah tidak boleh bersara sehingga perlantikan Pemegang Amanah yang lain.

(b) Syarikat Pengelola Skim boleh memecat atau menyebabkan Pemegang Amanah dipecat dan melantik Pemegang Amanah yang lain yang diluluskan oleh Menteri sekiranya adalah di dalam pengetahuan Syarikat Pengelola Skim bahawa Pemegang Amanah:

i. telah tidak mampu untuk beroperasi;ii. telah tidak layak untuk dilantik atau bertindak sebagai Pemegang

Amanah mengikut Akta Syarikat;iii. telah gagal atau tidak mahu bertindak sebagai Pemegang Amanah

mengikut peruntukan Surat Ikatan Amanah atau peruntukan Akta Syarikat;

iv. disiasat di atas perilaku yang bercanggah dengan Akta Syarikat Amanah 1949, Akta Pemegang Amanah 1949, Akta Syarikat dan peraturan-peraturannya; atau

v. apabila penerima telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar aset atau perniagaan Pemegang Amanah sedia ada dan tidak lagi berhenti bertindak di bawah perlantikan itu, atau petisyen telah difailkan untuk penggulungan Pemegang Amanah sedia ada (selain daripada untuk tujuan penggabungan dan pembentukan semula, melainkan semasa atau sebaik sahaja selepas pembentukan semula, Pemegang Amanah sedia ada menjadi atau diisytiharkan muflis).

(c) Pemegang Amanah boleh dipecat dan digantikan dengan Pemegang Amanah yang lain sekiranya Ahli-ahli Skim yang memegang Tujuh Puluh Lima Peratus (75%) daripada jumlah bilangan Pakej Ikan Keli yang ditawarkan di bawah Skim Keli Malaya menyatakan sedemikian secara bertulis ataupun melalui satu resolusi luar biasa, di mesyuarat Ahli-ahli Skim, yang telah diluluskan melalui undi majoriti tidak kurang daripada Tujuh Puluh Lima Peratus (75%) daripada undi yang diterima semasa persidangan mesyuarat tersebut di mana notis mesyuarat telah diberikan kepada Pemegang Amanah dan Syarikat Pengelola Skim.

(d) Pemegang Amanah yang telah bersara atau dipecat dan digantikan oleh Pemegang Amanah yang lain boleh dilepaskan dari Prospektus ini dan Surat Ikatan Amanah dengan melaksanakan satu surat ikatan dalam bentuk yang diperlukan untuk mengesahkan pelepasan tugas sebagai Pemegang Amanah bagi Skim Keli Malaya dan menaggung rugi pemegang manah bagi sebarang tuntutan yang timbul ketika menjadi Pemegang Amanah kecuali sekiranya tuntutan tersebut adalah disebabkan oleh perbuatan penipuan dan

26

Page 28: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________ketidakjujuran Pemegang Amanah atau sebarang pengecualian, pengabaian, pecah amanah, pelanggaran kewajipan, sama ada yang sedia ada mahupun sebelumnya yang ditetapkan oleh undang-undang. Persaraan atau pemecatan Pemegang Amanah bagaimanapun tidak melepaskan Pemegang Amanah daripada sebarang liabiliti turutan yang teraktu sebelum penyingkiran tersebut.

(e) Sekiranya Pemegang Amanah telah bersara dan dipecat, Pemegang Amanah tidak boleh melengahkan pemberian persetujuan perletakkan jawatan dan penyerahan atau Akaun Amanah dan buku-buku dan dokumen-dokumen yang berkaitan berkenaan Akaun Amanah kepada Pemegang Amanah yang lain dan menandatangani satu surat ikatan yang berkaitan dengan penggantian Pemegang Amanah bagi Skim Keli Malaya.

(f) Syarikat Pengelola Skim, Pemegang Amanah dan Pemegang Amanah yang lain mestilah melaksanakan satu surat ikatan di mana dengan perlaksanaan surat ikatan tersebut, Pemegang Amanah yang lain akan mengambilalih kesemua hak, kuasa dan tugas serta tanggungjawab Pemegang Amanah seperti yang diperuntukan dalam Surat Ikatan Amanah sepenuhnya seolah-olah ia adalah Pemegang Amanah yang asal.

(g) Syarikat Pengelola Skim hendaklah menyelesaikan sebarang hutang piutang yang masih tertunggak kepada Pemegang Amanah apabila Pemegang Amanah telah bersara atau dipecat dan digantikan dengan Pemegang Amanah yang lain.

14. MAKLUMAT TAMBAHAN

14.1 Surat Ikatan Amanah

Sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 91(1) Akta Syarikat, tawaran unit

kepentingan di dalam Prospektus ini memerlukan Surat Ikatan Amanah. Sesalinan Surat Ikatan Amanah boleh didapati untuk rujukan Ahli-ahli Skim di pejabat perniagaan

Syarikat Pengelola Skim.

14.2. Pihak-Pihak dalam Surat Ikatan Amanah

Pihak-pihak dalam Surat Ikatan Amanah yang bertarikh 28hb Mei, 2012 adalah:

a) Agro Multy Trading Berhad (934207-M);b) Tuan-Tuan Tanah;c) My Premier Trustee (Malaysia) Berhad (No. Syarikat: 719395-T); dand) Ahli-ahli Skim.

14.3 Hak-hak Ahli Skim

14.3.1 Ahli-ahli Skim berhak untuk menerima agihan Kadar Pendapatan Bersih.

14.3.2 Ahli-ahli Skim yang membuat pembelian Pakej pada kali pertama adalah berhak kepada Tempoh Bertenang. Ahli-ahli Skim berhak untuk menarik balik pembelian Pakej

tersebut semasa Tempoh Bertenang seperti yang diperuntukkan di dalam Borang

Permohonan.

14.4. Mesyuarat Ahli-ahli Skim

14.4.1 Mesyuarat Ahli-ahli Skim boleh diadakan oleh Pemegang Amanah atau Syarikat Pengelola Skim untuk tujuan-tujuan berikut:-

27

Page 29: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________a) pemecatan Pemegang Amanah yang diperuntukan di bawah Klausa 13.5

yang terkandung di dalam Prospektus ini;b) sebarang pindaan atau modifikasi kepada Surat Ikatan Amanah; dan/atauc) untuk penggulungan Skim ini selaras dengan Seksyen 95 Akta Syarikat

apabila keadaan seperti berikut berlaku:

i. Syarikat Pengelola Skim di dalam pembubaran;ii. Syarikat Pengelola Skim telah berhenti daripada menjalankan

perniagaan; atauiii. Syarikat Pengelola Skim telah pada prasangka Ahli-ahli Skim

gagal mematuhi peruntukan di dalam Prospektus ini.

14.4.2 Notis tidak kurang dari Empat Belas (14) hari bagi persidangan Mesyuarat Ahli-ahli Skim mesti diberi di mana notis tersebut mesti menyatakan tujuan mesyuarat. Syarikat Pengelola Skim adalah berhak untuk menerima notis untuk menghadiri mesyuarat Ahli-ahli Skim tetapi, Syarikat Pengelola Skim tidak boleh mengundi atau dikira sebagai sebahagian korum bagi mesyuarat tersebut. Pemegang Amanah berserta peguamnya dan mana-mana pengarah dan setiausaha serta peguam Syarikat Pengelola Skim dan mana-mana pihak lain yang dibenarkan oleh Syarikat Pengelola Skim boleh hadir dan bercakap di mesyuarat tersebut.

14.4.3 Korum untuk Mesyuarat Ahli-ahli Skim adalah seperti berikut:

a) di mana Skim ini mempunyai lebih daripada sepuluh ribu (10,000) Ahli-ahli Skim, korum adalah Sepuluh Peratus (10%) daripada jumlah Ahli-ahli Skim yang didaftarkan dalam buku Daftar Ahli-ahli Skim pada tarikh mesyuarat, hadir secara sendiri atau melalui proksi atau Lima Puluh (50) Ahli-ahli Skim, yang mana lebih kurang; atau

b) di mana Skim ini mempunyai kurang daripada sepuluh ribu (10,000) Ahli-ahli Skim, korum adalah Sepuluh Peratus (10%) daripada jumlah Ahli-ahli Skim yang didaftarkan dalam Buku Daftar Ahli-ahli Skim pada tarikh mesyuarat, hadir secara sendiri atau melalui proksi atau Dua Puluh (20) Ahli-ahli Skim, yang mana lebih kurang, di mana tiada urusniaga boleh dijalankan pada masa mesyuarat melainkan terdapat korum pada masa permulaan urusniaga.

14.4.4 Jika dalam masa sejam dari masa yang dipilih untuk mesyuarat, korum tidak mencukupi, mesyuarat yang diadakan atas permintaan Ahli-ahli Skim, hendaklah dibubarkan. Dalam mana-mana kes lain, ia hendaklah ditangguhkan kepada hari dan masa tidak kurang daripada Lima Belas (15) hari dari masa mesyuarat dan ke tempat yang dipilih oleh Syarikat Pengelola Skim dan Pemegang Amanah dan Ahli-ahli Skim yang hadir sendiri atau melalui proksi di mesyuarat yang ditangguhkan tersebut adalah cukup sebagai korum untuk urusniaga transaksi termasuk meluluskan mana-mana Resolusi Luar Biasa. Notis sekurang-kurangnya Tujuh (7) hari perlu diberi bagi mesyuarat Ahli-ahli Skim yang ditangguhkan dan diberi dalam cara yang sama seperti mesyuarat yang asal dan notis tersebut perlu menyatakan jumlah Ahli-ahli Skim yang hadir pada mesyuarat yang ditangguhkan dan jumlah Pakej Ikan Keli yang dimiliki oleh mereka di mana jumlah tersebut yang dijadikan korum.

14.4.5 Pengerusi mesyuarat, boleh dengan persetujuan korum yang hadir dan jika diarahkan, dikehendaki menangguhkan mesyuarat tersebut dari masa ke semasa untuk tempoh tidak melebihi Satu (1) tahun kalendar dan dari tempat ke setempat tetapi tiada urusniaga boleh dijalankan dalam mesyuarat yang ditangguhkan selain daripada urusniaga yang telah dijalankan secara sah di mesyuarat yang telah ditangguhkan. Tempoh pegangan jawatan pengerusi akan tamat selepas tempoh masa Satu (1) tahun.

14.4.6 Mesyuarat yang dipanggil hendaklah dipengerusikan oleh seorang pengerusi

28

Page 30: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________yang dilantik oleh Ahli-ahli Skim yang hadir di mesyuarat tersebut atau di mana tiada pelantikan sedemikian, di pengerusikan oleh seorang nomini Pemegang Amanah atau wakil yang diluluskan oleh Pendaftar dan mesyuarat tersebut mesti dijalankan mengikut Surat Ikatan Amanah atau seperti yang diarahkan oleh Pengerusi Mesyuarat. Dalam kes suatu persamaan undian, pengerusi mempunyai undi pemutus. Sekiranya wakil Syarikat Pengelola Skim dilantik sebagai pengerusi mesyuarat oleh Ahli-ahli Skim, pengerusi mesyuarat tersebut tidak mempunyai hak undi pemutus.

14.4.7 Setiap persoalan yang ditimbulkan di dalam mana-mana mesyuarat dikehendaki diputuskan dengan mengangkat tangan melainkan pengundian dalam bentuk pungutan suara diminta atau sekiranya persoalan yang mana di bawah Surat Ikatan Amanah memerlukan suatu Resolusi Luar Biasa, pengundian dalam bentuk pungutan suara adalah dikehendaki. Pada pengisytiharan keputusan mengangkat tangan, setiap Ahli Skim yang hadir sendiri atau melalui proksi mempunyai satu undi.

14.4.8 Pengundian dalam bentuk pungutan suara boleh diminta sebelum atau sejurus selepas sebarang persoalan diputuskan dengan mengangkat tangan.

14.4.9 Pengundian dalam bentuk pungutan suara boleh diminta oleh pengerusi mesyuarat, Pemegang Amanah, Syarikat Pengelola Skim atau Ahli-ahli Skim yang memegang (atau diwakili oleh proksi) tidak kurang dari satu persepuluh (1/10) daripada jumlah Pakej Ikan Keli yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengelola Skim pada ketika itu. Melainkan pungutan suara dituntut, suatu pengisytiharan daripada Pengerusi bahawa resolusi telah dilakukan sebulat suara atau melalui majoriti yang tertentu, adalah bukti muktamad tanpa memerlukan bukti jumlah atau pembahagian pengundian yang telah direkodkan menyokong atau menentang resolusi tersebut.

14.4.10 Sekiranya pengundian dalam bentuk pungutan suara dituntut, ia hendaklah dibuat dengan cara yang telah diarahkan oleh pengerusi mesyuarat dan keputusan pungutan suara tersebut adalah disifatkan sebagai satu resolusi mesyuarat.

14.4.11 Tuntutan pengundian dalam bentuk pungutan suara bagi pemilihan pengerusi mesyuarat atau di atas persoalan penangguhan mesyuarat mestilah dibuat dengan serta merta. Pengundian dalam bentuk pungutan suara yang dituntut bagi persoalan lain boleh dibuat sama ada dengan serta merta atau pada masa dan tempat seperti yang diarahkan oleh pengerusi. Tiada notis perlu diberi untuk pengundian dalam bentuk pungutan suara yang tidak dibuat dengan serta merta. Permintaan untuk pengundian dalam bentuk pungutan suara boleh ditarikbalik pada bila-bila masa.

14.4.12 Tertakluk kepada terma-terma di atas, permintaan untuk pengundian dalam bentuk

pungutan suara tidak akan menghalang perjalanan mesyuarat selain daripada persoalan atas mana pengundian dalam bentuk pungutan suara telah diminta.

14.4.13 Bagi pengundian dalam bentuk pungutan suara, setiap Ahli Skim yang hadir atau hadir melalui proksi adalah berhak kepada satu undi bagi setiap Pakej Ikan Keli yang dimilikinya.

14.4.14 Setiap Ahli Skim boleh mengundi sendiri atau melalui proksi. Proksi yang dilantik mestilah juga seorang Ahli Skim.

14.4.15 Setiap instrumen pelantikan proksi sama ada untuk suatu mesyuarat yang spesifik atau sebaliknya, hendaklah di dalam bentuk berikut atau bentuk yang hampir-hampir dengannya yang boleh diterima sebagaimana keadaan membenarkan atau dalam bentuk lain yang dipersetujui oleh Pemegang Amanah dan Syarikat Pengelola Skim.

29

Page 31: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________Contoh instrumen pelantikan Proksi :

Saya/Kami ……………………………seorang Ahli Skim (Skim Keli Malaya Sijil

No. ………………) beralamat di ………………..…………… dengan ini melantik

……………………(Skim Keli Malaya Sijil No. ……………………….....…..)

beralamat di ………………. atau jika dia gagal, Pengerusi mesyuarat,

saya/proksi saya untuk mengundi bagi pihak saya/pihak kami di mesyuarat

Ahli-ahli Skim yang akan diadakan pada ……... haribulan ….........…, 20.....

dan pada mana penangguhan -penangguhan dari itu.

DITANGANTANGANI oleh ……………………………………………………

Pada ……… haribulan ……………………, 20 ……

Dalam kehadiran:-

....................................................

(Tandatangan Saksi) (Tandatangan Ahli

Skim)

14.4.17 Instrumen pelantikan proksi hendaklah disetemkan dengan sempurna (jika diperlukan) dan diserahkan ke pejabat Syarikat Pengelola Skim tidak kurang daripada Empat Puluh Lapan (48) jam sebelum mesyuarat diadakan atau ditangguhkan, mana-mana yang terpakai.

14.4.18 Pengundian yang dijalankan menurut syarat-syarat seperti yang ternyata di dalam instrumen proksi hendaklah menjadi sah meskipun kematian atau ketidaksiuman fikiran prinsipal atau pembatalan proksi atau kuasa pewakilan atau kuasa lain di mana proksi telah menandatangani atau berkenaan dengan penjualan Pakej ikan Keli di mana proksi telah diberi, dengan syarat tidak terdapat pemberitahuan secara bertulis bahawa kematian, ketidaksiuman,

pembatalan atau jualan tersebut telah diterima di tempat yang dipilih untuk penyimpanan proksi-proksi atau jika tiada tempat dipilih, di pejabat berdaftar Syarikat Pengelola Skim sebelum pemulaan atau penangguhan mesyuarat dalam mana proksi digunakan.

14.4.19 Syarikat Pengelola Skim dengan ini berwaad kepada Pemegang Amanah dan Ahli-ahli Skimbahawa Syarikat Pengelola Skim akan di dalam tempoh Dua Puluh Satu (21) hari selepas permohonan dikemukakan kepada Syarikat Pengelola Skim di pejabat berdaftarnya, iaitu permohonan yang tidak kurang dari lima puluh (50) atau satu per sepuluh (1/10) dalam bilangan, yang mana kurang, dari Ahli-ahli Skim di mana Suratikattan Amanah bersangkutan:-

a) dengan menghantar notis melalui pos mengenai mesyuarat yang dicadangkan sekurang-kurangnya Tujuh (7) hari sebelum mesyuarat yang dicadangkan kepada setiap Ahli Skim tersebut di alamat terakhir yang diketahui; dan

b) dengan menerbitkan sekurang-kurangnya Empat Belas (14) hari sebelum mesyuarat yang dicadangkan satu iklan yang memberi notis mesyuarat tersebut di dalam

30

Page 32: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________suratkhabar yang diedarkan umumnya ke seluruh Malaysia, memanggil mesyuarat Ahli-ahli Skim untuk tujuan mengemukakan kepada mesyuarat akaun dan kunci kira-kira yang mana telah dibentangkan di Mesyuarat Agung tahunan Pengurusan yang terdahulu atau penyata akaun Pemegang Amanah yang diaudit yang terkemudian, dan untuk tujuan memberi apa-apa arahan kepada Pemegang Amanah yang difikirkan betul oleh mesyuarat.

14.4.20 Mesyuarat yang dipanggil hendaklah diadakan pada masa dan tempat seperti yang ditetapkan di dalam notis dan iklan, iaitu pada masa yang tidak lewat dari Dua (2) bulan selepas notis diberi, yang dipengerusikan oleh:

a) mana-mana orang yang dilantik untuk tujuan itu oleh Ahli-ahli Skim yang hadir di mesyuarat tersebut; atau

b) bila tidak ada apa-apa perlantikan dibuat, penerima namaan Pemegang Amanah atau wakil yang diluluskan oleh Pendaftar;

dan hendaklah dijalankan mengikut Prospektus ini atau setakat mana Surat Ikatan Amanah ini tidak membuat apa-apa peruntukan, seperti yang diarahkan oleh pengerusi mesyuarat.

14.4.21 Di mana arahan diberikan kepada Pemegang Amanah di mesyuarat yang dipanggil selaras dengan Klausa 11.1 dan Klausa 14.1 yang terkandung di dalam Surat Ikatan Amanah,

Pemegang Amanah:

a) hendaklah mematuhi arahan tersebut melainkan ia bertentangan dengan Surat Ikatan Amanah atau Akta Syarikat; dan

b) tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang perbuatan atau tertinggal untuk dilakukan olehnya disebabkan oleh hanya mengikut arahan tersebut.

14.4.22 Di mana Pemegang Amanah berpendapat bahawa apa-apa arahan yang diberikan adalah bertentangan dengan Surat Ikatan Amanah atau Akta Syarikat atau adalah sebaliknya dibantah, Pemegang Amanah boleh memohon kepada mahkamah untuk perintah mengesahkan, mengenepikan atau meminta arahan tersebut dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan sesuai.

15. PERIHAL HARTA YANG DIPEGANG PEMEGANG AMANAH

15.1 Selain daripada Harga Pembelian dan Dana Terikat yang dipegang oleh Pemegang Amanah di dalam Akaun Amanah, tiada tanah, harta atau kepentingan lain yang akan dipegang oleh Pemegang Amanah.

16. SKIM LAIN

16.1 Syarikat Pengelola Skim tidak terlibat dengan sebarang akujanji, skim, perusahaan atau kontrak yang lain yang melibatkan penerbitan faedah kepada orang awam dari tarikh diperbadankan sehingga tarikh Prospektus, melainkan apa yang telah dinyatakan di dalam Prospektus ini.

17. PENILAIAN

17.1 Tiada penilaian yang diperlukan untuk Pakej Ikan Keli.

31

Page 33: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

18. FAKTOR RISIKO

18.1 Sebelum melanggan dan membeli sebarang Pakej Ikan Keli, Pemohon diminta memberi perhatian bahawa Skim ini bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang dan persekitaran perniagaan di Malaysia. Terdapat beberapa faktor risiko didalam bidang penternakan ikan keli ini yang berada di luar kawalan Syarikat Pengelola Skim. Sebelum membuat keputusan untuk menyertai Skim ini, Pemohon dinasihatkan agar menimbang kesemua risiko-risiko yang dinyatakan dibawah. Namun kemungkinan ada untuk sebarang risiko tambahan pada masa hadapan, sama ada yang diketahui atau tidak diketahui, yang mungkin memberi kesan buruk kepada Syarikat Pengelola Skim atau kepada Skim ini.

18.2 Skim ini terdedah kepada beberapa faktor risiko seperti berikut:

a) Permintaan untuk ikan keli turun secara mendadak;b) Kematian ternakan akibat wabak atau pencemaran akuakultur;c) Bencana alam seperti banjir; dand) Perubahan dalam ekonomi, perniagaan dan penguatkuasaan undang-

undang Malaysia.

18.3 Syarikat Pengelola Skim mempunyai keupayaan untuk menyekat risiko-risiko diatas melalui amalan pengurusan risiko yang berkesan. Namun begitu, Syarikat Pengelola Skim tidak menjamin bahawa sebarang perubahan buruk didalam persekitaran perniagaan tidak akan memberi kesan kepada Skim ini.

19. LAPORAN JURUAUDIT

Belum mencukupi Kewangan Tahunan untuk diaudit.

20. LAPORAN PERUNDING BEBAS

Laporan Penternakan Ikan Keli bagi Skim Keli Malaya disediakan oleh Prof. Dr. Azhar Mat Easa, Unisains Holdings Sdn Bhd. Dilampirkan di dalam Prospektus ini Laporan Prof. Dr. Azhar Mat Easa bertarikh 29/09/2011.

32

Page 34: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

33

Page 35: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

34

Page 36: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

35

Page 37: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

21. MAKLUMAT-MAKLUMAT BERKANUN

21.1 Tiada individu-individu atau syarikat–syarikat lain yang terlibat.

Selain daripada Borang Permohonan, Pemohon tidak dikehendaki untuk menandatangani mana-mana kontrak lain, sama ada pajakan atau sebaliknya berkaitan dengan keahlian.

21.2 Litigasi Material

Syarikat Pengelola Skim tidak terlibat dalam sebarang tindakan litigasi dan tidak ada dalam pengetahuan Pengarah-pengarah Syarikat bahawa terdapat sebarang prosiding yang tertunggak atau diancam atau sebarang fakta yang membolehkan mana-mana prosiding dimulakan yang mungkin secara material atau menyebabkan kedudukan atau perniagaan Syarikat Pengelola Skim terjejas.

21.3 Kontrak Material

Melainkan apa yang didedahkan seperti di bawah, tiada kontrak adalah atau mungkin secara material (bukan merupakan kontrak-kontrak yang dipersetujui dalam urusan biasa perniagaan) telah dipersetujui oleh Syarikat Pengelola Skim dalam tempoh Dua (2) tahun sejurus sebelum tarikh Prospektus ini.

(a) Perjanjian Pajakan di antara Syarikat Pengelola Skim dan Tuan Tanah untuk pajakan Tanah Skim yang terletak di Pekan Pahang.

22. KEBENARAN DAN PERSETUJUAN

22.1 Kebenaran dan persetujuan daripada Pemegang Amanah dan Perunding Bebas untuk

memasukkan nama mereka dalam bentuk dan konteks yang tertera di dalam Prospektus ini telah diberikan sebelum penerbitan Prospektus ini dan ia tidak ditarik balik kemudiannya.

22.2 Kebenaran dan persetujuan daripada Juruaudit, Tetuan Hisham & Co untuk memasukkan nama mereka dan Laporan Juruaudit dalam bentuk dan konteks yang tertera di dalam Prospektus ini telah diberikan sebelum penerbitan Prospektus ini dan ia tidak ditarik balik kemudiannya.

22.3. Dokumen-Dokumen Tersedia Untuk Pemeriksaan Salinan dokumen-dokumen boleh disemak di pejabat berdaftar Syarikat Pengelola Skim semasa waktu urusan perniagaan dari

hari Selasa hingga Ahad:-

a) Memorandum and Artikel Persatuan bagi Syarikat Pengelola Skim; b) Perjanjian Pajakan;c) Surat ikatan Amanah;d) Laporan Juruaudit;e) Surat Kebenaran;f) Borang Permohonan; dang) Daftar Ahli Skim.

36

Page 38: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

KENYATAAN TANGGUNGJAWAB PENGARAH-PENGARAH

Prospektus ini telah disemak dan diluluskan oleh Pengarah-Pengarah Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) dan mereka secara individu dan bersama menerima tanggungjawab sepenuhnya ke atas ketepatan maklumat di dalam Prospektus ini. Setelah membuat siasatan yang munasabah dalam keadaan demikian mereka mengesahkan bahawa, menurut kepercayaan dan pengetahuan mereka, tidak ada kenyataan-kenyatan yang palsu atau mengelirukan, atau ketinggalan apa-apa fakta lain yang akan membuat apa-apa kenyataan di dalam Prospektus ini sebagai palsu atau mengelirukan.

Pengarah-Pengarah:

…………………………………………………………………………………………………………..

ZURIATA BINTI MOHD DARUS MOHD KHAIRUL ASHWAN BIN MOHD ROSLAN (NO. K/P: 700316-07-5402) (NO. K/P: 850723-06-5137)

Tarikh: 07hb Jun, 2012

Diserah simpan oleh:

ADNAN SHARIDA & ASSOCIATES,Peguambela & Peguamcara,No. 3-2-2A & No. 3-2-2B,Jalan Medan PB 2A, Pusat Bandar, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi,Selangor Darul EhsanTel: +603-8925 7558Fax: +603-8925 7560

JADUAL PERTAMA

(hendaklah dikira, dibaca dan ditafsirkan sebagai satu bahagian yang penting dalam

37

Page 39: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________Prospektus ini)

Pemberian balik untuk 2 tahun pakej bagi Tahun Pertama

Pembelian Balik untuk 2 tahun pakej bagi Tahun Kedua

dan seterusnya Skim

38

BULAN/PAKEJ RM 1,000

Pembelian Balik (RM)

1 -2 -

3 -4 Tuaian Pertama 300

5 756 757 758 759 75

10 7511 7512 7513 75 +35014 75 +30015 75 +25016 75 +20017 75 +15018 75 +10019 75 +5020 75 +1021 75 +1022 75 +1023 75 +10

24 Tuaian Terakhir

75 +1

KEUNTUNGAN 1,800

BULAN/PAKEJ RM 1,000

Pembelian Balik (RM)

1 - 9752 - 9503 - 9254 Tuaian Pertama 300 + 8005 75 +7506 75 +7007 75 +6508 75 +6009 75 +55010 75 +50011 75 +45012 75 +40013 75 +35014 75 +30015 75 +25016 75 +20017 75 +15018 75 +10019 75 +5020 75 +1021 75 +1022 75 +1023 75 +1024 Tuaian Terakhir

75 +1

KEUNTUNGAN 1,800

Page 40: Prospectus Skim Keli Malaya AMTB

Agro Multy Trading Berhad (No. Syarikat: 934207-M) Prospektus Skim Keli Malaya

___________________________________________________________________________

39