karangan farah.docx

Upload: rbaharo

Post on 04-Mar-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karangan bahasa melayu

TRANSCRIPT

Belajar secara berkumpulan boleh didefinisikan sebagai aktiviti pembelajaran di dalam mahupun di luar waktu persekolahan yang melibatkan lebih daripada 2 orang pelajar. Belajar secara berkumpulan merupakan aktiviti pembelajaran yang kerap dilakukan oleh para pelajar dan aktiviti berkumpulan ini sangat dituntut dan disarankan supaya dilakukan oleh para pelajar. Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap mantan Perdana Menteri Malaysia yang sangat disegani oleh rakyat Malaysia, beliau pernah mengatakan bahawa aktiviti pembelajaran secara berkumpulan lebih memberi kesan berbanding belajar berseorangan seiring dengan satu kajian yang dijalankan yang menunjukkan bahawa belajar secara berkumpulan telah meningkatkan pencapaian akademik para pelajar saban tahun. Persoalannya, apakan faedah belajar secara berkumpulan?Faedah belajar secara berkumpulan ialah suasana belajar akan menjadi lebih menyeronokkan. Hal ini dikatakan demikian kerana belajar secara berkumpulan melibatkan lebih daripada 2 orang pelajar. Seperti yang kita sudah sedia maklum, belajar boleh menyebabkan seseorang itu mendapat tekanan ataupu stress. Melalui pembelajaran secara berkumpulan, stress boleh dielakkan dengan wujudnya suasana yang menyeronokkan. Sebagai contoh, suasana belajar yang menyeronokkan boleh diwujudkan dengan mengadakan suasana perbincangan yang kondusif diselang selikan dengan aktiviti yang memberi keselesaan seperti bercerita sesama sendiri. Tuntasnya, para pelajar hendaklah belajar secara berkumpulan agar masyarakat yang Selain itu, perkongsian ilmu akan lebih menjadi lebih banyak jika para pelajar mengadakan pembelajaran secara berkumpulan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana terdapatnya lebih daripada dua pemikiran yang bergabung. Maka, lebih banyak pendapat yang boleh dikemukakan dan dikongsi sesama sendiri semasa belajar. Sebagai contoh, perkongsian ilmu boleh diperoleh dengan cara perbincangan dan juga pembelajaran secara efektif iaitu dengan menggunakan peta minda. Perkongsian ilmu juga boleh dilakukan secara tidak langsung melalui penceritaan. Melalui cara ini, para pelajar dapat mengumpul maklumat mengenai sesuatu subjek sambil revisi sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan seiring dengan peribahasa yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Izharnya, para pelajar hendaklah belajar secara berkumpulan agar masyarakat yang berpengetahuan luas dapat dilahirkan.Di samping itu, aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dapat memupuk semangat kerjasama. Hal ini dikatakan sedemikian kerana semangat kerjasama wujud dalam sesi pembelajaran secara berkumpulan apabila terdapat seserorang daripada ahli kumpulan tersebut yang bertanyakan soalan dan ahli lain menolongnya. Sebagai contoh, semangat kerjasama dapat dipupuk dengan cara bersikap bagai aur dengan tebing iaitu seseorang daripada ahli kumpulan memberikan tunjuk ajar dan menerangkan subtopik yang tidak difahami oleh ahli kumpulan yang lain kerana sesungguhnya tolong-menolong merupakan amalan yang mulia. Jelaslah bahawa para pelajar hendaklah belajar secara berkumpulan agar masyarakat yag suka membantu orang lain dapat dilahirkan.Kesimpulannya, aktiviti pembelajaran secara berkumpulan memberi pelbagai faedah kepada mereka yang mempraktikkannya. Belajar secara berkumpulan bukan sahaja dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan semangat kerjasama, malah nilai-nilai murni yang lain seperti nilai kerajinan dan prihatin juga dapat dipupuk dalam diri, bersesuaian dengan peribahasa sambil menyelam minum air. Menurut Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein merangkap mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang berwibawa, beliau pernah mengatakan bahawa orang di sekeliling pelajar juga memainkan peranan dalam membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar. Sudah terang lagi bersuluh sesungguhnya pelajar hendaklah belajar secara berkumpulan untuk memperoleh faedahnya dan supaya nusa tercinta dapat melahirkan rakyat yang cemerlang.

Pada era globalisasi ini, kita sering kali dan tidak lekang daripada dikhabarkan berita mengenai gejala sosial yang berlaku di negara kita. Menurut statistik yang pernah dijalankan oleh pihak berkuasa, gejala sosial yang semakin meningkat saban tahun seperti cendawan baru tumbuh selepas hujan ini majoritinya berlaku dalam kalangan remaja. Seperti yang kita sudah sedia maklum, golongan remaja merupakan golongan yang sedang meningkat dewasa dan masih belajar untuk mengenal baik buruk dunia. Oleh itu, masyarakat Malaysia terutamanya ahli keluarga yang merupakan orang terdekat hendaklah membimbing golongan ini supaya berada di landasan yang betul. Perlakuan golongan remaja yang bermasalah ini hendaklah dibendung oleh masyarakat Malaysia terutamanya ahli keluarga sebelum menjadi lebih teruk kerana sesungguhnya sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Persoalannya, apakah peranan keluarga dalam menangani masalah ini?Peranan keluarga dalam menangani masalah sosial ini ialah ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Pada zaman teknologi canggih ini, ibu bapa terlalu mengejar kekayaan dan terlalu sibuk untuk memberikan komitmen terhadap kerjaya masing-masing sehingga keperluan asasi anak-anak dipandang sebelah mata sahaja. Anak-anak yang berasa dipinggirkan akan cuba untuk mengubati rasa sakit di hati sehingga terjerumus ke kancah yang tidak sepatutnya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah mendekati anak-anak sekerap yang mungkin untuk membendung masalah sosial. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberikan kasih saying kepada anak-anak dengan bertanyakan perihal peribadi anak-anak seperti kesihatan mereka pada setiap hari dan mengambil berat tentang perilaku mereka supaya mereka tidak berasa dipinggirkan. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah memberikan kasih saying yang secukupnya kepada anak-anak agar institusi keluarga yang bahagia dapat diwujudkan.Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan tunjuk ajar dan didikan agama yang lebih mendalam kepada anak-anak. Pada zaman kini, golongan remaja sangat mudah terpengaruh dengan segala bahan yang disiarkan di media massa. Remaja mempunyai perasaan ingin mencuba yang sangat tinggi akan cuba untuk melakukan perkara yang tidak senonoh yang dilihat oleh mereka terutamanya pengaruh Barat. Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengambil inisiatif untuk membendung daripada berlaku hal demikian dengan memberikan didikan agama kepada mereka. Sebagai contoh, ibu bapa hendaklah mengajar mereka tentang pantang larang agama dan menunaikan solat lima waktu sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Izharnya, ibu bapa hendaklah memberikan tunjuk ajar dan didikan agama yang kebih mendalam kepada anak-anak agar masyarakat yang berpegang teguh kepada agama dapat dilahirkan.Seterusnya, ahli keluarga hendaklah menunjukkkan contoh dan teladan yang baik dalam usaha menangani maslah sosial ini. Golongan remaja merupakan golongan yang masih cuba mengenali dunia dan baik buruknya. Oleh itu, golongan yang lebih berpengalaman dan yang telah banyak makan garam seperti ibu bapa hendaklah menjadi memperbetul diri untuk dijadikan modal peranan yang baik supaya tidak bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan kepada golongan ini kerana ke mana tidak tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Sebagai contoh, ahli keluarga seperti abang dan kakak hendaklah menunjukkan contoh dan teladan hasanah seperti berbakti kepada orang lain dan mentaati suruhan agaman kepada adik-adik mereka yang hendak meningkat remaja . Jelaslah bahawa ahli keluarga hendaklah menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk menangani masalah sosial agar masyarakat yang berbudi bahasa dapat dilahirkan.Di samping itu, ahli keluarga hendaklah memberikan perhatian dan memperkukuh institusi kekeluargaan untuk menangani masalah sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja bertindak untuk memberontak dan melalukan hal sendiri apabila terasa dipinggirkan. Hal ini akan menyebabkan institusi kekeluargaan akan bergolak dan runtuh kerana tiada lagi persefahaman antara ahli keluarga. Oleh itu, ahli keluarga yang lebih tua hendaklah tidak bersikap sama ego sebaliknya berusaha memperkukuh kembali institusi kekeluargaan agar hubungan silaturahim antara keluarga sentiasa erat bak kata pepatah air yang dicincang tidak akan putus. Sebagai contoh, ahli keluarga boleh memperkukuh semula institusi kekeluargaan dengan mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan keluarga dan meluangkan masa bersama-sama seperti pergi melancong untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Tegaslah bahawa ahli keluarga hendakalh memberikan perhatian untuk memperkukuh institusi kekeluargaan agar masyarakat yang bersatu pada dapat dilahirkan.Selanjutnya, peranan keluarga dalam menangani masalah sosial ialah ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap kebajikan dan perkembangan anak-anak di sekolah. Pada zaman moden kini, ibu bapa sentiasa bersikap kakinya naik, kepalanya turun dengan kerjaya masing-masing dan mereka bertindak untuk menghantar anak ke sekolah dan pengasuh kerana kesempitan masa untuk bersama-sama anak-anak. Ibu bapa sepatutnya mencari inisiatif untuk mengetahui perkembangan dan mengawasi mereka memlalui pihak sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa yang sibuk boleh berinteraksi dengan pihak sekolah melalui atas talian untuk mengetahui perkembangan anak-anak seperti prestasi akademik dan perlakuan mereka di sekolah dalam usaha menangani masalah sosial yang dihadapi oleh mereka. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap kebajikan dan perkembangan anak-anak di sekolah agar masyarakat yang prihatin terhadap keluarga dapat diwujudkan.Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa ahli keluarga terutamanya ibu bapa memegang peranan yang sangat penting dalam usaha menangani masalah sosial remaja yang semakin meningkat saban tahun. Ibu bapa sepatutnya memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak remaja mereka daripada benda lain. Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap mantan Perdana Menteri Malaysia yang berwibawa, beliau pernah menyatakan bahawa ibu bapa memainkan perananyang penting untuk membentuk sahsiah anak-anak kerana anak-anak dianggap sebagai kain putih yang suci dan ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Beliau juga menyarankan ibu bapa supaya mencontohi Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-Quran dan hadis. Tuntasnya, ahli keluarga terutamanya ibu bapa berperanan penting dalam menangani masalah sosial remaja agar nusa tercinta berada dalam keadaan yang harmoni dengan masyarakat yang bersahsiah tinggi.