karangan cetak rompak.ppt

5
SO ALAN : Cetak rom pak m erupakan suatu kegiatan yang sangatberleluasa pada m asa ini. H uraikan faktor- faktoryang m enyebabkan kegiatan inisukaruntuk dibendung serta langkah-langkah m engelakkan gejalainidaripadaterusberleluasa. (Bilangan patah perkataan :300 hingga 350, boleh ditulissehingga 400 patah kata) K EH ENDAK SO ALAN : i. Faktor-faktoryang m enyebabkan kegiatan cetak rom pak sukardibendung. ii. Langkah-langkah m engatasigejalacetak rom pak. SK EM A JAW APAN :2 + 3 atau 3 + 2

Upload: zunnurinwpkl

Post on 07-Aug-2015

529 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Cetak Rompak.ppt

SOALAN :

Cetak rompak merupakan suatu kegiatan yang sangat berleluasa pada masa ini. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kegiatan ini sukar untuk dibendung serta langkah-langkah mengelakkan gejala ini daripada terus berleluasa.

(Bilangan patah perkataan : 300 hingga 350, boleh ditulis sehingga 400 patah kata)

KEHENDAK SOALAN :

i. Faktor-faktor yang menyebabkan kegiatan cetak rompak sukar dibendung. ii. Langkah-langkah mengatasi gejala cetak rompak.

SKEMA JAWAPAN : 2 + 3 atau 3 + 2

Page 2: Karangan Cetak Rompak.ppt

CADANGAN RANGKA JAWAPAN

PENDAHULUAN :

Dewasa ini kegiatan cetak rompak terutama cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) semakin berleluasa. Tidak kurang juga cetak rompak barangan lain seperti cetak rompak buku, hak cipta dan sebagainya. Jika senario ini diteliti, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kegiatan ini berleluasa. Oleh itu, langkah mengawal perlu dilaksanakan supaya gejala ini dapat dibendung.

FAKTOR-FAKTOR :

1. Sikap tamak dan undang-undang yang longgar

Sikap tamak dan hanya mementingkan keuntungan yang diperolehi

Mereka mengetahui kelemahan penguatkuasaan dalam membanteras masalah ini

Hukuman yang dikenakan adalah terlalu ringan seperti di bawah Akta Hak Cipta 1987, seseorang pesalah boleh dikenakan denda minimum RM2 000 dan maksimum RM20 000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan

Biasanya mereka tahu bahawa mereka hanya akan didenda

Sikap mencari keuntungan yang pantas tanpa mengambil kira perkara-perkara lain

Page 3: Karangan Cetak Rompak.ppt

2 Perbezaan harga yang tinggi

Perbezaan harga antara barang asli dan barang cetak rompak adalah lebih kurang 800%

Sekiranya diberi pilihan untuk membeli CD tiruan atau CD asli dengan harga yang hamper sama, sudah tentu ramai yang akan memilih CD asli tetapi realitinya tidak begitu

CD tiruan boleh didapati di mana-mana sahaja

Page 4: Karangan Cetak Rompak.ppt

LANGKAH-LANGKAH:

3 Membina pusat percetakan di dalam negara

Menurunkan harga barangan asli

Menggalakkan pembeli memilih barangan tulen berbanding dengan barangan tiruan

Dalam jangka waktu panjang, langkah ini tetap tidak merugikan

Jumlah penjualan akan meningkat dan keuntungan akan meningkat juga

4 Melaksanakan hukuman penjara mandatori

Langkah yang tegas perlu untuk membanteras masalah ini

Mereka tidak terasa takut kepada pihak penguat kuasa atau undang-undang

Hukuman yang terlalu ringan menjadi faktor utama kegiatan menjual produk haram itu berleluasa di negara ini

Mengenakan hukuman penjara mandatory kemungkinan akan lebih berkesan jika berbanding dengan hanya mengenakan hukuman denda

Page 5: Karangan Cetak Rompak.ppt

5 Penguatkuasaan dijalankan dengan lebih efektif

Penghapusan barangan rampasan

Mengelakkan mesin pencetak disalah guna

Pihak berkuasa mengetatkan kawalan agar mesin pencetak untuk kegiatan cetak rompak tidak dapat dibawa masuk ke Negara ini

PENUTUP : Gejala cetak rompak bukan senario baru dan bukan pula mudah untuk dibanteras. Kerjasama yang utuh dari semua pihak terutama pihak yang melaksanakan undang-undang harus bertindak tegas bukan teragak-agak. Kesejahteraan semua pihak perlulah menjadi agenda utama dalam usaha meningkatkan ekonomi negara.