karangan berformat ucapan

3
KARANGAN BERFORMAT UCAPAN 1. Tujuan: ditulis untuk menyatakan rasa terima kasih, mengalu-alukan atau meraikan seseorang atau tetamu undangan dalam satu majlis , seperti majlis perpisahan, majlis ulang tahun, majlis perasmian dan sebagainya. 2. Kandungan ucapan berunsur nasihat, peringatan ,maklumat kepada hadirin,selain sanjungan kepada org yang diraikan. 3. Penggunaan bahasa haruslah tepat, mudah dan padat 4. Ungkapan yang menarik dan peribahasa amat di galakkan dalam penulisan teks ucapan FORMAT KARANGAN UCAPAN Pengenalan · Karangan jenis ucapan dimulakan dengan kata-kata sambutan · Kata-kata sambutan hendaklah disusun mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing. Isi · Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin. · Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi- isi ucapan. · Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian seperti hadirin yang dihormati sekalian. · Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun atau peribahasa supaya menjadi lebih menarik. Penutup · Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat. · Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan, kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin yang teristimewanya tokoh yang diraikan. · Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun, puisi, dan kata-kata indah. · Contoh-contoh panggilan untuk kata sambutan.

Upload: madina

Post on 01-Oct-2015

378 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

karangn

TRANSCRIPT

KARANGAN BERFORMAT UCAPAN1. Tujuan: ditulis untuk menyatakan rasa terima kasih, mengalu-alukan atau meraikan seseorang atau tetamu undangan dalam satu majlis , seperti majlis perpisahan, majlis ulang tahun, majlis perasmian dan sebagainya.

2. Kandungan ucapan berunsur nasihat, peringatan ,maklumat kepada hadirin,selain sanjungan kepada org yang diraikan.

3. Penggunaan bahasa haruslah tepat, mudah dan padat4. Ungkapan yang menarik dan peribahasa amat di galakkan dalam penulisan teks ucapanFORMAT KARANGAN UCAPANPengenalan Karangan jenis ucapan dimulakan dengan kata-kata sambutan

Kata-kata sambutan hendaklah disusun mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing.

Isi Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin.

Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan.

Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian seperti hadirin yang dihormati sekalian.

Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun atau peribahasa supaya menjadi lebih menarik.

Penutup Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat. Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan, kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin yang teristimewanya tokoh yang diraikan.

Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun, puisi, dan kata-kata indah.

Contoh-contoh panggilan untuk kata sambutan.

Pangkat/ Gelaran Cara Menggunakan PanggilanYang Di Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang Dipertuan AgongYang Dipertua NegeriTuan Yang TerutamaRaja Muda/ Tengku MahkotaDuli Yang Teramat MuliaPerdana Menteri Malaysia Yang Amat BerhormatTimbalan Perdana MenteriYang Amat BerhormatMenteri Besar / Ketua MenteriYang Amat BerhormatMenteri/ TimbalanYang Amat BerhormatWakil Rakyat/AdunYang BerhormatAhli Dewan Negara/ SenatorYang Berhormat SenatorPegawai Tinggi Kerajaan Negeri Setiausaha Kerajaan Negeri Pegawai Kewangan Negeri Penasihat Undang-UndangYang BerhormatKetua Hakim NegaraYang Amat Arif Tun/ Tan Sri DatukPengetua/Guru BesarYang Berusaha

Contoh Karangan Ucapan

Anda diminta untuk menyediakan sebuah ucapan sempena Hari Guru. Sediakan sebuah teks ucapan yang lengkap.

Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,

Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.

Guru juga merupakan ibu bapa kepada kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.Rakan sekalian,Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

Sesungguhnya, jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .

Sekian , terima kasih.