karangan

7
TAJUK Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda telah mendapat tempat kedua. Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu. Anda

Upload: ahmad-daniel

Post on 18-Jan-2016

72 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

karanganbahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN

TAJUK

Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda telah mendapat tempat kedua. Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu. Anda ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya. Tulislah dialog anda selengkapnya.

Page 2: KARANGAN

Tajuk: Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah cara kamu menasihatinya? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.

Page 3: KARANGAN

Tajuk: kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya menjadi doctor perubatan, semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.

Page 4: KARANGAN

Kawan kamu datang ke sekolah pada hari ini.Kamu menelefon kawan kamu untuk bertayakan mengapa dia tidak datang ke

sekolah.Tuliskan perbualan telefon itu.

Fatin : Helo, bolehkah saya bercakap dengan Fiza?

Fiza   : Ya, ini Fiza bercakap,siapa di sana?

Fatin : Saya Fatin.Awak tidak hadir ke sekolah hari ini.Jadi, bolehkah           saya tahu sebabnya? Kawan-kawan lain juga tertanya-tanya           tentang awak.

Fiza  : Sebenarnya , kami sekeluarga pergi ke Lapangan Terbang           Antarabangsa Kuala Lumpur kerana menyambut kepulangan           abang saya.Dia baru pulang dari Universiti Tokyo,Jepun setelah           tamat pengajian.

Fatin : Oh,begitu rupanya! Kami ingatkan awak sakit atau ada hal-hal            lain.

Fiza  : Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan, saya sihat           walafiat.Bagaimana dengan pelajaran pada hari ini.

Fatin : Tadi, cikgu Fori mengajar topik baru.Dia juga memberi latihan            kepada kita .Nanti awak boleh pinjam buku saya.

Fiza  : Terima kasih. Bagus juga cadangan awak itu.Esok adalah cuti             hujung minggu.Saya akan datang ke rumah awak untuk           mengambil buku itu.

Fatin : Baiklah, saya tunggu kedatangan awak.

Page 5: KARANGAN

KARANGAN DIALOG :

Aqilah  : Hello, boleh saya bercakap dengan  Farhan?

Farhan : Ini  Farhan bercakap. Siapa disana?

Aqilah  : Saya  Aqilah. Assalamualaikum  Farhan!

Farhan : Walalaikummussalam! Oh, awak Aqilah! Mengapa awak tidak hadir ke kelas tambahan             semalam?

Aqilah  : Saya mengikuti ibu saya menghantar abang saya ke MRSM di Kuala Lipis. Jadi, saya tidak             dapat menghadiri kelas tambahan semalam.

Farhan : Oh, begitu rupanya!

Aqilah  : Siapakah yang mengajar semasa kelas tambahan semalam?

Farhan : Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul yang mengajar kami semasa kelas tambahan semalam.

Aqilah  : Apakah ada kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul?

Farhan : Ya, ada! Kerja yang dibekalkan oleh Cikgu Hamidi ialah membuat karangan yang bertajuk              "Keluarga Saya", manakala Cikgu Azizul pula meminta semua pelajar membuat latihan             dalam buku kerja di halaman 52 .

Aqilah  : Terima kasih kerana memberitahu saya tentang kerja rumah yang perlu dilakukan.             Baiklah, bolehkah pada pukul 5.00 petang ini saya datang ke rumah awak untuk membuat ulangkaji             pelajaran bagi menghadapi ujian pengesanan pada minggu hadapan.

Farhan : Sama-sama. Silalah datang! Saya akan menunggu awak pada pukul 5.00 petang nanti.

Page 6: KARANGAN

Anda merupakan sidang redaksi majalah sekolah.Anda telah menemu ramah seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun lepas.Tuliskan temu ramah anda selengkapnya.

Atiah : Selamat pagi saudari. Saya, Atiah sidang redaksi majalah sekolah ingin menemu ramah saudari tentang kejayaan cemerlang saudari dalam peperiksaan UPSR. Sebelum itu, saya ucapkan syabas.

Atirah : Terima kasih dan selamat pagi. Sila teruskan temu ramah saudari. Saya akan cuba menjawab semua pertanyaan saudari.

Atiah : Apakah perasaan saudari apabila muncul sebagai murid terbaik dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini?

Atirah : Saya berasa amat gembira kerana segala pengorbanan saya selama ini membuahkan hasil.

Atiah : Apakah rahsia di sebalik kejayaan cemerlang saudari ini?

Atirah : Saya tidak mempunyai sebarang rahsia.Setiap hari, saya belajar mengikut jadual waktu yang telah saya tetapkan sendiri. Jika ada masalah, saya akan bertanya kepada guru. Selain daripada itu, ibu dan bapa serta keluarga saya sentiasa memberi dorongan, semangat, perangsang dan tunjuk ajar kepada saya.

Atiah : Bagaimanakah dengan penglibatan saudari dalam aktiviti kokurikulum?

Atirah : Saya ialah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan Setiausaha Kelab Membaca. Dalam permainan, saya mewakili sekolah dalam pasukan badminton dan bola Jaring.

Atiah : Apakah cita-cita saudari pada masa hadapan?

Atirah : Saya akan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan agar dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Harapan saya agar dapat menjadi seorang doktor pada suatu hari nanti.

Atiah : Apakah pesanan saudari kepada rakan-rakan yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini?

Atirah : Nasihat saya kepada mereka agar belajar bersungguh-sungguh. Jangan cepat berputus asa Allah akan menyebelahi mereka yang sentiasa berusaha gigih. Selain itu, mereka harus yakin pada kebolehan diri sendiri.

Atiah : Baiklah saudari, harapan saya semoga saudari terus berjaya dan terima kasih kerana sudi ditemu ramah.

Atirah : Sama-sama.