karangan

4
Tajuk 2 : Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga A. Pendahuluan - Bila ,siapa dan ke mana pergi - Dengan apa - Tujuan B. Isi-isi penting ISI 1. Sebelum pergi - Persediaan………… - Bawa bekalan makanan - Bapa memeriksa kenderaan - Jam berapa bertolak ISI 2. Semasa dalam perjalanan - Berbual-bual - Melihat pemandangan dari dalam kereta ISI 3. Semasa tiba - Suasana tempat tersebut - Menurunkan barang - Cari tempat yang sesuai. ISI 4. Aktiviti-aktiviti lain - Mandi - Membina istana pasir - Membeli cenderamata - Mengambil gambar Penutup - Waktu pulang. - Perasaan - Waktu tiba di rumah

Upload: estimawish7346

Post on 12-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SEBAGAI BAHAN RUJUKAN

TRANSCRIPT

Page 1: karangan

Tajuk 2 : Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga   A. Pendahuluan- Bila ,siapa dan ke mana pergi- Dengan apa- Tujuan

B.  Isi-isi pentingISI 1. Sebelum pergi- Persediaan…………- Bawa bekalan makanan- Bapa memeriksa kenderaan- Jam berapa bertolak

ISI 2. Semasa dalam perjalanan- Berbual-bual- Melihat pemandangan dari dalam kereta

ISI 3. Semasa tiba- Suasana tempat tersebut- Menurunkan barang- Cari tempat yang sesuai.

ISI 4. Aktiviti-aktiviti lain- Mandi- Membina istana pasir- Membeli cenderamata- Mengambil gambar

Penutup- Waktu pulang.- Perasaan- Waktu tiba di rumah

Page 2: karangan

Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga

Pada cuti persekolahan yang lalu kami  sekeluarga pergi berkelah ke Pantai Pasir Tengkorak.. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah . Kami ke sana kerana ingin bercuti di samping ingin merapatkan hubungan keluarga.  Sebelum pergi  kami telah membuat persediaan yang rapi. Ibu menyiapkan bekalan makanan dan pakaian kami. Manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat di bawa dengan selamat. Akhirnya kami sekeluarga mula bertolak pada jam 8.00 pagi.

Semasa dalam perjalanan ke tempat perkelahan itu kami sekeluarga berbual-bual. Saya pula mengambil peluang mengambil gambar keindahan alam semulajadi dari dalam kereta. Ada juga ahli keluarga saya yang tertidur di dalam kereta.

Kami tiba di Pantai Pasir Tengkorak pada jam 9.00 pagi. Suasana di tempat tersebut sangat meriah dengan ramai orang membawa keluarga masing-masing. Kami menolong ibu mengeluarkan barang-barang perkelahan. Ayah pula mencari tempat yang sesuai untuk membentang tikar. Selepas itu saya dan adik-adik menukar pakaian untuk mandi.

Selain mandi saya dan adik juga membina istana pasir. Setelah penat bermain dan mandi manda kami sekeluarga menikmati bekalan makanan  yang disiapkan oleh ibu. Setelah selesai makan, kami sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Sebelum balik, kami juga sempat membeli cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan.

Pada jam 6.00 petang kami mula bertolak pulang. Perasaan kami pada masa tersebut sangat gembira dan seronok.  Akhirnya, kami tiba di rumah pada jam 7.00 malam.

Page 3: karangan

PENGALAMAN BERCUTI DI KAMPUNG

 

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pulang ke rumah nenek saya di kampung. Sehari sebelum ke sana, kami semua sibuk mengemas barang masing-masing untuk dimasukkan ke dalam beg sebelum diletakkan di dalam bonet kereta. Kakak saya mengemas rumah kerana kami akan bercuti lama di kampung.

Keesokan harinya, kami bangun awal pagi untuk membersihkan diri. Setelah solat Subuh, kami segera bertolak ke rumah nenek saya. Disebabkan terlalu gembira, saya langsung tidak dapat melelapkan mata. Kami singgah di perhentian untuk bersarapan pagi. Saya agak terkejut apabila mendapati harga makanan- makanan yang dijual sangat mahal tidak standing dengan makanan yang disediakan. Setelah membeli sebungkus nasi lemak, saya makan bersama keluarga di tempat yang telah disediakan.

Walaupun masih awal, tetapi perhentian itu semakin penuh. Mungkin mereka bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya pada sebelah petang. Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Setelah empat jam perjalanan, kami pun tiba di rumah nenek.

Nenek dan datuk kelihatan gembira dengan kedatangan kami semua. Mereka menyambut kami dengan mesra. Saya dan kakak berlumba untuk memeluk nenek. Kemudian kami mengangkat barang yang dibawa ke dalam kereta. Setelah semua selesai, kami makan tengah hari yang dimasak oleh nenek. Masakan nenek yang sungguh enak membuatkan saya dan kakak tidak berhenti makan. Ibu dan ayah hanya melihat tingkah laku kami sambil tergelak kecil.

Pada petang itu ,datuk telah membawa kami ke dusun buahnya yang tidak jauh dari rumah. Di dusun datuk terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, manggis dan banyak lagi. Saya dan kakak memakan buah rambutan yang dikait datuk. Kami membawa pulang beberapa ikat buah rambutan ke rumah.

Keesokan harinya, kami bersama-sama pergi memancing ikan di sungai. Saya berasa sungguh seronok apabila mendapat banyak ikan. Kami memasak asam pedas menggunakan ikan-ikan tersebut. Setelah seminggu, kami pun berkemas-kemas untuk pulang ke rumah. Walaupun agak sedih, namun saya tetap gembira dapat bercuti di kampung.