karangan 2 bidang ekonomi tajuk br1m

Upload: sabastiancastroal-ivani

Post on 14-Jan-2016

90 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

KARANGAN STPM 1BidangEkonomi

IsuBantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

TajukPemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab pemberian BR1M dan kebaikannya.

Kehendak soalanSebab-sebab pemberian BR1MKebaikan BR1M

Bahagian

PerkaraHuraian

PendahuluanBidangKemakmuran ekonomi dan kemajuan sesebuah negara harus dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

IsuOleh itu, kerajaan telah melaksanakan pemberian BR1M bermula pada tahun 2012.

DefinisiBR1M merupakan satu bentuk bantuan sosial atau subsidi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia kepada kumpulan sasar yang telah dikenal pasti.

Huraian / contoh / kaitan dengan isu semasaKerajaan telah memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion kepada penerima BR1M sebanyak 7.9 juta orang pada tahun 2014.

Huraian / contoh / kaitan dengan isu semasaNilai BR1M dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa dan jumlah tertinggi yang dijanjikan ialah RM1200.

Kehendak soalanTerdapat beberapa sebab yang mendorong kerajaan melaksanakan pemberian BR1M. BR1M ini juga memberikan beberapa kebaikan kepada rakyat Malaysia.

Isi pertamaIsi utamakenaikan harga barangan

Akibatmembebankan pengguna yang berpendapatan rendah dan sederhanakos hidup semakin meningkat

kehidupan masyarakat semakin sukar dan dihimpit oleh pelbagai masalah dalam kehidupan mereka

Cara mengatasiBR1M merupakan alternatif terbaik untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.

Manfaatkesan kenaikan harga barang dapat diminimumkanBR1M digunakan untuk membeli barangan keperluan harian

kesukaran hidup rakyat dapat diringankan

Isi keduaIsi utamabukti kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat

Akibatsentiasa mendengar masalah rakyat

memahami isi hati rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana

masalah rakyat merupakan masalah kerajaan

keluhan rakyat perlu dibela dan diselesaikan

Cara mengatasiBR1M diberikan tanpa mengabaikan mana-mana pihak

Tiada unsur pilih kasih dalam memilih penerima

Manfaatrakyat akan menghargai usaha murni kerajaan yang memerintah

rasa diri dihargai dan diutamakan

Isi ketigaIsi utamamelanjutkan pelajaran dalam negara

Mengapasemakin banyak IPTA dan IPTS diwujudkan di negara kita

kualiti pendidikan diiktiraf dan setanding dengan IPT luar negara

pelbagai kursus ditawarkan

tenaga pengajar berkualiti dan berkarisma

semakin banyak IPTS luar negara membuka cawangan di Malaysia

Bagaimanatidak perlu menanggung kos pengajian yang tinggi disebabkan perbezaan nilai mata wang

Impaktidak perlu meninggalkan keluarga untuk melanjutkan pelajaran

kelayakan setanding dengan universiti luar negara

Isi keempatIsi utamamengusahakan pertanian sara diri

Mengapabanyak mengimport makanan dari luar negara

negara kita kaya dengan tanah yang subur sesuai untuk pertanian

menanam sayur-sayuran sendiri

menternak ayam, lembu, dan kambing sendiri

lebih sihat dan berkhasiat

lebih segar dan bebas daripada bahan kimia dan racun serangga

Bagaimanamenggunakan kaedah hidroponik dan aeroponik

hasil boleh dijual menambahkan pendapatan keluarga

Impakmembantu kerajaan mengurangkan import makanan seperti ayam, lembu, dan sayur-sayuran dari luar negara.

Isi kelimaIsi utamamenambahkan tabungan

Mengapaberbelanja dengan lebih berhemah dan elakkan pembaziran

beli barangan yang perlu sahaja

lebihkan tabungan

jadikan amalan menabung sebagai amalan keluarga

Bagaimanamenabung dalam skim amanah saham

membantu kerajaan menghidupkan ekonomi negara

Impakhasil tabungan boleh digunakan untuk pembiayaan pendidikan anak-anak, menampung kos hidup diri dan keluarga

mengelakkan budaya berhutang

PenutupPendiriansuatu fenomena yang boleh mendatangkan pelbagai implikasi buruk yang mesti dikawal

Cadanganmesti bersatu padu untuk memacu bersama ekonomi negara

tidak boleh mementingkan diri sendiri

Harapanmenyokong usaha-usaha kerajaan untuk memperkasakan ekonomi negara

Peringatankemakmuran sesebuah negara bergantung kepada keutuhan ekonomi

keutuhan ekonomi menuntut komitmen tinggi daripada semua pihak

Karangan lengkap

Kemakmuran ekonomi dan kemajuan sesebuah negara harus dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan pemberian BR1M bermula pada tahun 2012. BR1M merupakan satu bentuk bantuan sosial atau subsidi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia kepada kumpulan sasar yang telah dikenal pasti. Kerajaan telah memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion kepada penerima BR1M sebanyak 7.9 juta orang pada tahun 2014. Nilai BR1M dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa dan jumlah tertinggi yang dijanjikan ialah RM1200. Terdapat beberapa sebab yang mendorong kerajaan melaksanakan pemberian BR1M. BR1M ini juga memberikan beberapa kebaikan kepada rakyat Malaysia.Kenaikan harga barangan yang berlaku sejak akhir-akhir ini telah mendorong pihak kerajaan melaksanakan pemberian BR1M. Hal ini demikian kerana kenaikan harga barangan telah membebankan pengguna yang berpendapatan rendah dan sederhana. Pengguna terbeban kerana kos hidup semakin meningkat. Kehidupan masyarakat semakin sukar dan dihimpit oleh pelbagai masalah sehingga ada yang berhutang. Oleh sebab itu, BR1M merupakan alternatif terbaik untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat. Dengan adanya BR1M, kesan kenaikan harga barang dapat diminimumkan. Masyarakat yang menerima BR1M boleh menggunakannya untuk membeli barangan keperluan harian. Dengan ini, kesukaran hidup rakyat dapat diringankan.Di samping itu, BR1M merupakan bukti kukuh bahawa kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat. Kerajaan sentiasa mendengar masalah rakyat dan memahami isi hati rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Dalam hal ini, kerajaan sentiasa beranggapan bahawa masalah rakyat merupakan masalah kerajaan. Oleh itu, rakyat perlu dibela agar masalah mereka dapat diselesaikan. Lantaran itu, pemberian BR1M tidak pernah mengabaikan mana-mana pihak yang layak menerimanya. Selain itu, pemilihan penerima juga adalah adil dan telus serta tiada unsur pilih kasih. Oleh sebab itu, rakyat sentiasa menghargai usaha murni kerajaan yang memerintah kerana mereka merasakan diri mereka dihargai dan diutamakan. (655 patah perkataan)