panduan pakaian korporat mqa 1. 2. 3. panduan … · panduan pakaian pakaian lelaki (i) bagi...

19
1 PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA KANDUNGAN m/s 1. Kata-kata Aluan Ketua Pegawai Eksekutif 2 2. Tujuan 3 3. Panduan Pemakaian Korporat 4 4. Penampilan Rapi 5 5. Panduan Pakaian 6 6. Etika berpakaian 11 7. Penutup 19

Upload: others

Post on 12-Feb-2020

80 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

1

PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA

KANDUNGAN m/s

1. Kata-kata Aluan Ketua Pegawai Eksekutif 2

2. Tujuan 3

3. Panduan Pemakaian Korporat 4

4. Penampilan Rapi 5

5. Panduan Pakaian 6

6. Etika berpakaian 11

7. Penutup 19

Page 2: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

2

KATA – KATA ALUAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (KPE)

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia.

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Buku Panduan Pakaian Korporat MQA ini

berjaya diterbitkan untuk rujukan semua warga Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian

Qualification Agency,MQA) . Sebagai kakitangan MQA, penampilan diri, perlakuan dan tindakan

kita akan memberi kesan langsung ke atas imej dan keberkesanan MQA.

Imej seseorang itu dinilai dari beberapa aspek. Di antaranya ialah gerak geri, cara bercakap,

bahasa dan gaya yang digunakan, nada suara, kebersihan dan pakaian yang dipakai. Antara

perkara-perkara tersebut pakaian merupakan fokus dan tumpuan utama kerana pakaian

memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan keperibadian seseorang individu.

Pakaian merupakan first impression yang bakal diberi kepada individu lain yang melihatnya.

Pakaian yang dipakai haruslah sederhana dan tidak keterlaluan (over-dressed) atau kurang sopan

(under-dressed).

Pemilihan pakaian juga haruslah sesuai dengan keadaan fizikal diri, jawatan dan tahap ekonomi masing-masing. Tidak

semestinya pakaian yang mahal itu selalu sesuai kerana selain harga, faktor lain yang memainkan peranan adalah bentuk

tubuh badan, warna kulit, dan padanan warna.

Sehubungan itu, Buku Panduan Pakaian Korporat MQA telah dihasilkan berlandaskan pekeliling sedia ada yang mana

ianya boleh dijadikan rujukan atau kamus dalam tatacara pemakaian. Menerapkan nilai-nilai korporat dan nilai-nilai progresif

supaya menjadi amalan semua Warga MQA. Marilah kita sama-sama menghayati Buku Panduan Pakaian Korporat MQA

ini sebagai amalan ke arah memupuk budaya kerja cemerlang.

Sekian,terima kasih.

Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein

Ketua Pegawai Eksekutif

Agensi Kelayakan Malaysia

Page 3: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

3

TUJUAN

MQA amat mementingkan kecemerlangan bukan sahaja daripada segi kualiti dan penyampaian perkhidmatan malah

memberikan penekanan ke arah memantap dan memperhebatkan imej dan identiti warganya.

Panduan pemakaian merupakan langkah proaktif yang diambil oleh agensi ini bagi panduan pemakaian yang jelas dan

selaras dengan imej korporat yang ingin dipupuk dikalangan warganya dan seterusnya mewujudkan keseragaman. Panduan

pemakaian ini menerangkan mengenai definisi penampilan rapi iaitu pakaian dan aksesori yang sesuai selaras dengan

peraturan yang dikeluarkan.

Panduan ini telah disediakan berdasarkan arahan sedia ada yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan

hendaklah dirujuk bersama-sama dengan pekeliling dan surat pekeliling yang berkaitan:-

(a) Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 – Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa Menghadiri Upacara-

Upacara Rasmi Bagi Pegawai Awam;

(b) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2006 – Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa

Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi;

(c) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2008 – Pemakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam pada Hari

Khamis; dan

(d) Surat Edaran 15 Mac 2005 – Galakan Memakai Baju Kebangsaan Pada Hari Jumaat kepada semua

Pegawai Lelaki Beragama Islam.

Panduan ini merupakan rujukan yang komprehensif kepada warga MQA bagi memperkenalkan pemakaian korporat yang

selaras dengan peraturan sedia ada dan mewujudkan keseragaman berteraskan nilai sepunya bagi melambangkan identiti

dan ketrampilan unggul bertepatan dengan imej MQA yang ingin dibentuk.

Page 4: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

4

PANDUAN PEMAKAIAN KORPORAT

Imej seseorang dinilai dari pelbagai aspek antaranya gerak-geri, gaya bahasa, percakapan, nada suara, kebersihan diri dan

pakaian. Cara pemakaian merupakan tumpuan utama kerana pakaian memainkan peranan yang sangat penting dalam

melambangkan keperibadian individu.

Penampilan dan gaya yang dipamerkan oleh seseorang individu akan menjurus kepada penilaian mengenai:-

i. Imej dan personalitinya;

ii. Kedudukan ekonominya;

iii. Tahap dan latar belakang pendidikan;

iv. Tahap kedudukan sosial;

v. Kejayaannya;

vi. Moral; dan

vii. Kehebatannya.

Oleh yang demikian, penekanan yang sewajarnya harus diberikan kepada

penampilan individu terutama daripada segi pemakaian. Pakaian yang

sesuai harus dipilih bersesuaian dengan jawatan dan majlis yang dihadiri.

Pemakaian korporat didefinisikan sebagai pakaian yang sesuai dipakai

semasa hadir bertugas. Pakaian yang dipakai hendaklah senantiasa

bersih, kemas dan bersopan. Panduan ini juga turut memperjelaskan

mengenai penampilan rapi dari segi pakaian dan aksesori yang

dibenarkan serta etika pemakaian bagi warga MQA.

Page 5: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

5

PENAMPILAN RAPI

Bahagian Badan Lelaki Perempuan

Rambut Rambut berimej korporat dan formal

(tidak terlalu mengikut fesyen,

mencacak, gaya Trojan, punk, skinhead

dan hippies)

Rambut disisir kemas dan bergunting

rapi

Janggut dan misai digunting rapi

Rambut yang disisir/diikat rapi

Bagi yang bertudung perlu memilih tudung

yang bersesuaian dengan baju

Kuku Dipotong pendek dan bersih

Tidak digalakkan menggunakan pewarna kuku yang berwarna terlalu terang/hitam

Solekan - Sederhana

Postur badan Postur badan yang betul semasa duduk dan berjalan

Page 6: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

6

PANDUAN PAKAIAN

Pakaian Lelaki

(i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

leher. Jika baju tersebut berlengan panjang, lengan baju hendaklah jangan dilipat.Baju kemeja

berlengan pendek adalah tidak dibenarkan kecuali baju korporat yang dibekalkan oleh Agensi

Kelayakan Malaysia.

(ii) Bagi pegawai lelaki kumpulan sokongan bergred 22 dan ke bawah, seluar panjang berserta

baju kemeja. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam. Jika baju tersebut berlengan panjang lengan

baju hendaklah jangan dilipat.

(iii) Pemakaian baju batik pada setiap hari Khamis adalah diwajibkan bagi semua pegawai lelaki.

Memakai baju batik buatan Malaysia adalah digalakkan semasa menghadiri urusan rasmi di luar

Negara bagi melambangkan identiti dan imej perkhidmatan awam Malaysia.

(iv) Pemakaian baju kebangsaan iaitu baju Melayu, bersamping dan bersongkok pada hari

Jumaat amat digalakkan pada semua pegawai lelaki yang beragama Islam.

(v) Bagi pegawai lelaki yang telah dibekalkan pakaian seragam, pakaian tersebut adalah wajib

untuk dipakai pada setiap hari.

(vi) Bagi menghadiri sesuatu upacara rasmi, pegawai hendaklah berpakaian sebagaimana yang

ditentukan oleh upacara tersebut, jika tidak ditentukan pegawai hendaklah memakai

pakaian yang bersesuaian.

(vii) Seluar jenis khakis atau cotton pants tidak dibenarkan untuk dipakai di waktu pejabat.

Page 7: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

7

Pakaian Wanita

Pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan dipakai selari dengan amalan akhlak yang mulia seseorang pegawai wanita.

Pakaian yang dibenarkan adalah seperti berikut :

(i) Pegawai wanita disarankan memakai pakaian kebangsaan seperti baju kurung,

kebaya atau pakaian kaum masing-masing boleh dipakai jika ia sesuai dipakai semasa

bekerja. Bagi pegawai wanita yang memakai tudung hendaklah memakai tudung

yang bersesuaian.

(ii) Bagi pegawai wanita profesional pemakaian sut, kot, skirt dan kemeja berlengan

panjang juga dibenarkan. Walaubagaimanapun, pegawai wanita tidak digalakkan

memadan sut dengan seluar yang terlalu ketat dan baju hendaklah melepasi paras

punggung.

(iii) Pemakaian baju batik buatan Malaysia pada setiap hari Khamis adalah diwajibkan bagi semua pegawai wanita

profesional dan bukan profesional. Pemakaian baju batik buatan Malaysia juga adalah digalakkan semasa menghadiri

urusan rasmi di luar Negara bagi melambangkan identiti dan imej perkhidmatan awam Malaysia.

(iv) Wanita mengandung digalakkan memakai pakaian mengandung yang bersesuaian dan tidak menjolok mata.

(v) Tatacara pemakaian tudung labuh adalah sama dengan wanita bertudung. Memakai purdah atau menutup mata

adalah tidak dibenarkan.

(viii) Bagi pegawai wanita yang telah dibekalkan pakaian seragam, pakaian tersebut adalah wajib untuk dipakai pada

setiap hari.

(ix) Bagi menghadiri sesuatu upacara rasmi, pegawai hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan oleh upacara

tersebut, jika tidak ditentukan pegawai hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian.

Page 8: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

8

Tips tambahan pemilihan pakaian

Jenis pakaian Tips Pemilihan

Seluar/sut seluar 1. Seluar dan kot hendaklah sepadan dari segi

warna dan jenis bahan;

2. Pilihan warna yang digalakkan adalah

berwarna gelap; dan

3. Sut perlu dipadankan dengan kemeja lengan

panjang dan tali leher.

Skirt/gaun/sut

skirt

1. Skirt dan kot mestilah sepadan dari segi warna

dan jenis bahan

2. Sut perlu dipakai dengan kemeja lengan

panjang dan dipadankan dengan skaf

3. Pilihan warna sut skirt yang digalakkan adalah

warna gelap.

Kemeja, blaus dan

jaket

1. Kemeja, turtleneck diterima untuk pemakaian

di pejabat.

2. Pilihan warna dan corak yang digalakkan

adalah pastel;

3. Kemeja berjalur hendaklah dipadankan

dengan tali leher tanpa corak atau sebaliknya;

dan

4. Sekiranya kemeja mempunyai butang kolar,

kolar haruslah dibutangkan.

Page 9: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

9

Panduan Aksesori

Lelaki Perempuan

Aksesori dan

barang kemas

Pin tali leher: dipakai selari dengan

bahagian tengah saku.

Rantai/gelang/cincin:haruslah

sederhana

Jam tangan: memakai yang bersesuaian.

Tali pinggang: seelok-eloknya warna tali pinggang dipadankan dengan warna kasut.

Alat solek, wangian

dan semburan

badan

Pilih bauan yang lembut supaya ia tidak melemaskan dan memeningkan

Pewangi yang lembut sesuai dipakai disiang hari dan pewangi yang kuat sesuai

digunakan diwaktu malam

Alat solek hendaklah dipakai secara minimal dan sesuai dengan keadaan

Beg tangan - Warna: sesuaikan warna beg tangan

dengan warna kasut.

Page 10: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

10

Page 11: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

11

ETIKA BERPAKAIAN

Penampilan diri adalah penting dalam mempamerkan personaliti dan imej seseorang. Oleh yang demikian, ciri-ciri kualiti

dalam tatacara dan etika pemakaian yang komprehensif perlu diberi penekanan sewajarnya agar penampilan yang seragam

dan profesional di kalangan warga MQA akan dapat dibentuk. Ini akan dapat merealisasikan hasrat untuk mewujudkan

warga MQA yang berketrampilan dan berimej profesional.

Penglibatan aktif warga MQA dalam mesyuarat, aktiviti atau

majlis rasmi di peringkat kementerian, kebangsaan dan

antarabangsa meletakkan keperluan untuk penampilan yang

segak dan bergaya. Cara penampilan warga MQA yang akan

memberikan tanggapan yang positif terhadap individu dan

organisasinya.

Penampilan imej yang positif akan dapat dicapai dengan

pemahaman dan pematuhan kepada etika pemakaian MQA

yang menghuraikan dengan jelas mengenai perkara yang

digalakkan dan dilarang dalam etika berpakaian.

Page 12: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

12

Lelaki

Dibenarkan Dilarang

Kepala Berkepala botak hanya dibenarkan

atas sebab-sebab berikut :

(i) Genetik

(ii) Mengerjakan Haji dan Umrah

(Muslim)

Nazar

Misai melebihi bibir atas

Janggut mencecah butang atas baju

Rambut mencacak, punk atau skinhead

Menindik telinga

Badan Kolar baju perlu kelihatan ½ inci dari

leher

Memakai kemeja berlengan panjang

yang dibutangkan atau memakai cuff

link

Baju yang berjalur timbul (bold)

boleh dipakai dengan tali leher

berjalur halus

Hujung kepala tali leher mesti

mencecah bahagian ‘buckle’ tali

pinggang

Memakai sut yang berlainan warna dengan

warna seluar kecuali jika memakai sports-

jacket

Memakai tali leher berkarakter kartun

Memakai bow tie

Memakai lebih dari satu cincin pada satu

tangan

Kemeja berlengan pendek kecuali pakaian

seragam

Page 13: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

13

Dibenarkan Dilarang

Padan tali leher berjalur dengan baju

plain dan tali leher plain dengan baju

berjalur

Memakai tanda nama di sebelah kiri

Kemeja bercetakan perkataan yang tidak

sesuai,logo ,gambar atau slogan yang

bercirikan unsur politik, ganas, seram dan

yang seumpamanya

Memakai kedua-dua kemeja dan tali leher

berjalur dalam masa yang sama

Page 14: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

14

Dibenarkan Dilarang

Kaki

Kasut MESTI sentiasa BERSIH dan

BERKILAT

Warna kasut seelok-eloknya

dipadankan dengan warna tali

pinggang

Memakai selipar, kasut getah, dan kasut

sukan / tenis

Kasut yang tiada bertumit

(Kecuali atas sebab kesihatan)

Ketrampilan

Tidak mempunyai tattoo

Tiada nafas berbau

Tidak mempunyai bau badan

(khususnya bau rokok)

Page 15: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

15

Wanita

Dibenarkan Dilarang

Kepala

Rambut di sisir rapi

Bagi yang berambut panjang,

seelok-eloknya

disanggulkan/netting

Bagi yang bertudung, digalakkan

memilih tudung yang sepadan

dengan warna baju

Melepaskan rambut / tidak disisir rapi

Page 16: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

16

Dibenarkan Dilarang

Badan

Kemeja berlengan panjang

Lengan kemeja seelok-eloknya

dapat dilihat ½ inci daripada jaket

Memakai kemeja berlengan

panjang yang berbutang atau

memakai cuff link

Memakai tanda nama di sebelah

kiri

Berkuku panjang dan tidak bersih

Baju yang terdedah di bahagian pinggang

(midriff)

Kemeja berlengan pendek kecuali pakaian

seragam

Kemeja bercetakan perkataan yang tidak

sesuai, logo, gambar atau slogan yang

bercirikan unsur politik, ganas, seram dan

yang seumpamanya

Page 17: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

17

Dibenarkan Dilarang

Kaki

Kasut bertumit sederhana

Memakai sarung kaki yang sesuai

dengan warna kulit

(sekiranya memakai sarung kaki)

Kasut tiada bertumit

Selipar

Aksesori

Memakai barang kemas yang

sederhana

Memakai yang

Bersesuaian

Memakai hanya satu cincin pada

satu tangan

Memakai barang kemas terlalu banyak

Memakai subang telinga yang melampau

(Dangling earrings)

Page 18: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

18

Dibenarkan Dilarang

Ketrampilan

Solekan yang sederhana

Tidak mempunyai tattoo

Memakai wangian yang sesuai

dan minimal

Solekan yang keterlaluan

Mempunyai tattoo

Memakai wangian yang kuat.

Page 19: PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA 1. 2. 3. Panduan … · PANDUAN PAKAIAN Pakaian Lelaki (i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali

19

PENUTUP

Usaha dan cabaran dalam menjayakan penampilan imej yang positif dikalangan

warga MQA memerlukan komitmen dan penghayatan semua warga. Kerjasama yang

erat dikalangan warga MQA amat diharapkan bagi bersama-sama menerajui dan

melaksanakan hasrat ini untuk melahirkan warga yang berketrampilan dan disegani.

Komitmen dan pemikiran yang positif pasti akan menjadikan impian ini satu

kenyataan. Ayuh mari kita bersama-sama berganding bahu dalam menghayati dan

melaksanakan pemakaian serta penampilan yang selaras dengan panduan yang

telah disediakan ini.