brig. jen. sr. noor halil ismail (kest) pengarah pusat ... program kkec 2019.pdf · pengarah pusat...

14
1 SEKAPUR SIRIH BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi, pada kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberikan kesempatan bagi menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis Penutupan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 ini. Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada Pengurusan UiTM Cawangan Johor, Unit Kokurikulum Ca- wangan Johor, Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor (MPKK), Pusat / Unit Kokurikulum seluruh sistem, Komander Kesatria UiTM dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program ini. Penglibatan barisan Komander Kesatria ini telah membuktikan bahawa kita semua dapat bersatu padu serta menunjukkan nilai kesukanan yang tinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan. Majlis dan aktiviti sehebat ini dapat menyuntik semangat dan akan menjadi cerucuk utama pembangunan insan bangsa dalam negara. Aktiviti lasak dan mencabar ini semestinya akan mem- beri suntikan semangat yang luar biasa kepada setiap individu untuk terus maju dalam membentuk jati diri yang lebih berwibawa. Dan wajarlah setiap individu untuk tidak berputus asa dan terus gigih berusaha dalam menempuhi pelbagai cabaran akan datang dengan mengadaptasikan segala pengalaman dan ilmu yang dapat diperoleh selama aktiviti-aktiviti ini dijalankan.

Upload: others

Post on 17-Feb-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

1

SEKAPUR SIRIH

BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST)

PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi, pada kesempatan ini saya ingin

merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberikan kesempatan bagi

menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis Penutupan Komander Kesatria

Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 ini. Tahniah dan Syabas saya

ucapkan kepada Pengurusan UiTM Cawangan Johor, Unit Kokurikulum Ca-

wangan Johor, Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor

(MPKK), Pusat / Unit Kokurikulum seluruh sistem, Komander Kesatria UiTM dan

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program

ini.

Penglibatan barisan Komander Kesatria ini telah membuktikan bahawa

kita semua dapat bersatu padu serta menunjukkan nilai kesukanan yang tinggi

dalam setiap acara yang dipertandingkan. Majlis dan aktiviti sehebat ini dapat

menyuntik semangat dan akan menjadi cerucuk utama pembangunan insan

bangsa dalam negara. Aktiviti lasak dan mencabar ini semestinya akan mem-

beri suntikan semangat yang luar biasa kepada setiap individu untuk terus maju

dalam membentuk jati diri yang lebih berwibawa. Dan wajarlah setiap individu

untuk tidak berputus asa dan terus gigih berusaha dalam menempuhi pelbagai

cabaran akan datang dengan mengadaptasikan segala pengalaman dan ilmu

yang dapat diperoleh selama aktiviti-aktiviti ini dijalankan.

Page 2: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

2

Sekalung penghargaan kepada Unit Kokurikulum UiTM Cawangan

Johor dengan kerjasama Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion

VI UiTM Cawangan Johor kerana telah berjaya menghasilkankan satu

kombinasi usaha yang cukup padu daripada pelbagai pihak. Mereka telah

berganding bahu dan menggembleng tenaga dalam menjayakan Majlis

Penutupan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri

9/2019 ini. Usaha dan hasil yang ditonjolkan haruslah menjadi batu loncatan

untuk Komander Kesatria untuk terus menempa kejayaan pada masa akan da-

tang.

Akhir kata, diharapkan dengan berlangsungnya Komander Kesatria

Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 ini dapat memberi impak yang

positif dan menjadi titik transformasi kepada para peserta dalam men-

jayakan tugas dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin.

Sekian, Terima Kasih.

Page 3: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

3

SEULAS PINANG

BRIG. JEN. PROF. MADYA DR.

AHMAD NAQIYUDDIN BAKAR (KEST)

REKTOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CAWANGAN JOHOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatnya, Unit Kokurikulum

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dengan kerjasama Majlis

Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI buat sekian kalinya telah

berjaya menganjurkan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM

Siri 9/2019 pada tahun ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada barisan

jawatankuasa yang bertungkus lumus bagi menjayakan serta memastikan

pertandingan ini supaya berjalan dengan lancar. Seiring dengan misi dan

objektif pertandingan ini diadakan, iaitu bagi melahirkan komander yang berdaya

saing, semangat berpasukan yang tinggi dan kental dari segi fizikal dan mental.

Selain itu, pertandingan ini juga dapat menerapkan nilai-nilai positif

dalam diri Komander Kesatria serta dapat meningkatkan semangat kerjasama

sepasukan kerana nilai-nilai sebegini dapat membantu menaikkan lagi kemajuan

institusi mahupun dalam kemahiran dalam diri Komander Kesatria. Seterusnya,

pertandingan ini juga dapat mencungkil minat dan bakat dalam bidang

kokurikulum bahkan dalam aktiviti lasak. Moga usaha yang dilakukan ini dapat

mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin secara langsung dan tidak

langsung.

Page 4: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

4

Akhir kata, saya berharap agar Komander Kesatria Endurance

Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 ini dapat menjadi pertandingan yang

memberi impak positif yang besar kepada semua yang terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung dalam meningkatkan mutu diri secara berterusan.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Unit Kokurikulum UiTM Cawangan

Johor dengan kerjasama Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion

VI serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sekian, Terima Kasih.

Page 5: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

5

SERUMPUN KATA

KOL. MOHD KHAIRUL ARIFF BIN NOH (KEST)

TIMBALAN REKTOR (HAL EHWAL PELAJAR)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia serta

rahmat Nya saya diberikan peluang untuk memberikan sepatah dua kata untuk

Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019. Pertama

sekali saya ingin merakamkan setinggi-setinggi penghargaan dan tahniah kepa-

da Unit Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dengan ker-

jasama Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI kerana berja-

ya menganjurkan pertandingan ini pada 1 Ogos 2019 sehingga 6 Ogos 2019.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada komander kesatria sekalian kerana

telah berjaya menamatkan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC)

Siri 9/2019 yang telah berlangsung selama 6 hari di Universiti Teknologi MARA

Cawangan Johor Kampus Segamat.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk melahirkan Kesatria

Komander yang berdaya saing, semangat berpasukan dan kental dari segi

fizikal dan mental. Seterusnya, dengan wujudnya semangat berpasukan yang

tinggi dalam kalangan para Komander Kesatria, segala agihan kerja dapat

diselesaikan dalam waktu yang singkat sekaligus dapat menjimatkan

pengunaan masa. Selain itu, dengan menyertai pertandingan ini Komander

Kesatria dapat meningkatkan lagi ketahanan mental serta fizikal dan secara

tidak langsung akan melahirkan semangat berdaya saing yang sihat dalam

menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang insan.Ia juga dapat

membantu Komander Kesatria bagi menentukan hala tuju serta masa hadapan

Page 6: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

6

mereka dengan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan, pengalaman dan

kemahiran yang mengandungi unsur kesetiaan kepada bangsa dan negara.

Saya berharap agar para Komander Kesatria sama-sama menghayati dan

mengamalkan nilai - nilai mahmudah ini untuk membangunkan bangsa, agama

dan negara untuk menjadi lebih maju pada masa yang akan datang.

Akhirulkalam, semoga Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC)

UiTM Siri 9/2019 kali ini dapat memberi impak yang positif dan transformasi

kepada para Komander Kesatria dalam melaksanakan tugas dengan penuh

amanah dan berdedikasi.

.

Sekian Terima Kasih.

Page 7: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

7

PENDAHULUAN

Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) adalah program yang

dilaksanakan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama Majlis Perwakilan

Komander Kesatria (MPKK). Program KKEC ini merupakan siri ke-9 dan

diadakan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat.

Program ini melibatkan sebanyak 17 buah kampus UiTM yang disertai oleh

Komander Kesatria. Program ini menggalakkan Komander Kesatria untuk

bergiat aktif dan menyemai semangat kesukanan antara mereka.

Selain itu, program ini juga adalah bertujuan untuk melahirkan Komander

Kesatria yang berdaya saing dan mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan

juga mental. Program ini sememangnya dapat menjadikan seseorang itu lebih

efisien dari segi pembahagian masa untuk kurikulum dan kokurikulum. Para

atlet juga perlu membahagikan masa dengan baik supaya akademik dan sukan

seimbang seterusnya dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Acara yang dipertandingkan dalam program ini adalah Kawad Formasi,

Jalan Lasak, Tempur Tanpa Senjata, Rempuh Halangan, e-Sport, Duathlon,

Orienteering, dan Merdeka Nature Run. Universiti Teknologi MARA Cawangan

Johor Kampus Segamat telah membuka peluang bukan sahaja kepada pelajar

UiTM se-Malaysia malahan juga kepada orang awam untuk menyertai program

Merdeka Nature Run. Program ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu 3KM,

6KM dan 12KM. Ganjaran bagi pemenang untuk acara ini dalam kategori

12KM ialah hadiah wang tunai berjumlah RM500.00, RM300.00 dan

RM200.00.

Akhir kata, diharapkan agar program ini dapat memberikan implikasi yang

positif dan juga pengalaman yang begitu berharga kepada semua.

Page 8: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

8

ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN KOMANDER

KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) UiTM

SIRI 9/2019

8.30 malam : Peserta Berkumpul di DST

8.45 malam : Ketibaan VIP

9.00 malam : Ketibaan Perasmi

9.05 malam : Nyanyian Lagu:

-Bangsa Johor

-Negaraku

-Wawasan Setia Warga UiTM

9.15 malam : Tayangan Montaj

9.25 malam : Bacaan Doa

9.30 malam : Ucapan Aluan

9.35 malam : Ucapan Perasmian Majlis Penutupan

9.45 malam : Majlis Makan Malam

-Persembahan luar

10.30 malam : Penyampaian Hadiah Kepada Peserta

10.55 malam : Penyampaian Hadiah kepada Pereka Celoreng Kesatria

11.00 malam : Penyampaian Cenderahati kepada Setiap Kampus

11.20 malam : Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi

11.25 malam : Penyampaian Bendera Kejohanan Kepada Tuan

Rumah KKEC Siri 10/2020

11.30 malam : Nyanyian Lagu

-Darah Satria

-UiTM Dihatiku

11.35 malam : Majlis Bersurai

Page 9: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

9

JAWATANKUASA INDUK KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) UiTM SIRI

9/2019

PENAUNG YBhg. Lt. Jen. Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim (KEST)

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

PENASIHAT YBhg. Mej. Jen. Prof. Dr. Hj. Azizan Abdullah (KEST)

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi MARA

PENASIHAT BERSAMA YBhg. Brig. Jen. Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar (KEST)

Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor

YBhg. Brig. Jen. Sr. Noor Halil Ismail (KEST)

Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Shah Alam

PENGERUSI YBhg. Kol. Mohd Khairul Ariff bin Noh (KEST)

Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor

SETIAUSAHA YBhg. Lt. Kol. Mior Hishamuddin bin Ariffin (KEST)

Timbalan Pendaftar Kanan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor

BENDAHARI YBhg. Puan Rosnani binti Abd Razak

Timbalan Bendahari Kanan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor

Page 10: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

10

JAWATANKUASA PELAKSANA KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) UiTM SIRI

9/2019

PENGERUSI Kol. Noor Afzan bin Zakaria (KEST)

Timbalan Ketua Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Shah Alam

TIMBALAN PENGERUSI 1 Kol. Mohd Azmil bin Alias (KEST)

Timbalan Ketua Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak

TIMBALAN PENGERUSI 2 Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST) Pegawai Kokurikulum Kanan

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

SETIAUSAHA Puan Siti Nor Hadijah binti Md Supaat

Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

NAIB SETIAUSAHA 1 Kapt. Norsyidah binti Mahmat Sani (KEST)

Penolong Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

NAIB SETIAUSAHA 2 Kapt. Muhammad Syafiq bin Mohd Nor (KEST)

Penolong Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang

Page 11: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

11

MULTIMEDIA DAN TEKNIKAL Puan Mimi Hasliah binti Mohd Shahari Pegawai Teknologi Maklumat Kanan

Staf Unit Teknologi Maklumat

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

PERUBATAN Dr. Mohamad Ali bin Talib

Pegawai Perubatan

Staf Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

Sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia UiTM Cawangan Johor

Kampus Segamat

LOGISTIK DAN PERSIAPAN TEMPAT Lt. Kol. (K) Ahmad Shahrizan bin Mohamed Esman (KEST)

Timbalan Pengarah Pengurusan Fasiliti & ICT

Encik Aizuddin bin Juhari Pembantu Operasi Unit Kokurikulum

Staf Bahagian Pengurusan Fasiliti & ICT

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

PENDAFTARAN DAN PENGINAPAN KOLEJ Puan Zalina binti Hitam

Pengurus Asrama Kanan

Staf Kolej Kediaman A, B, C dan NR Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat

Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor

Page 12: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

12

KESELAMATAN ASP/PB Mohd Faiezal bin Bharum

Pegawai Keselamatan Kanan

Staf Pejabat Polis Bantuan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

PENGANGKUTAN Encik Mohd Zafifi bin Muslim

Kerani Kanan Pejabat Pentadbiran

Staf Unit Kenderaan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

MULTIMEDIA DAN GRAFIK Mej. (K) Nor Ezan bin Omar (KEST)

Koordinator Komunikasi Korporat & Media

Staf Unit Komunikasi Korporat & Media Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

BUKU PROGRAM, HADIAH DAN CENDERAHATI Kapt. Norsyidah binti Mahmat Sani (KEST)

Penolong Pegawai Kokurikulum

Puan Sarina binti Kudin Kerani Unit Kebudayaan

Puan Roha binti Mohamed Noah

Pensyarah Kanan

Puan Nurul Aien binti Abd Aziz Pensyarah

Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor

Page 13: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

13

MAJLIS PERASMIAN DAN MAJLIS PENUTUPAN Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST) Pegawai Kokurikulum Kanan

Encik Ahmad Akmal bin Mohd Idris

Pustakawan Kanan

Cik Siti Sakinah binti Ismail Pegawai Belia & Sukan

Kapt. Muhammad Syafiq bin Mohd Nor (KEST)

Penolong Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang

Lt. Sapura binti Abd Rahman (KEST)

Pembantu Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang

Staf Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) dan Staf Unit Sukan

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor

JAMUAN MAKAN MAJLIS PERASMIAN DAN MAJLIS PENUTUPAN Mej. (K) Azmi bin Mohamed (KEST)

Pengurus Asrama Kanan

Staf Kolej Kediaman A dan NR Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN DAN MAJLIS PENUTUPAN Cik Wan Noradila binti Wan Mohd Zain

Pegawai Psikologi Kanan

Staf Unit Kerjaya dan Kaunseling Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

Page 14: BRIG. JEN. SR. NOOR HALIL ISMAIL (KEST) PENGARAH PUSAT ... Program KKEC 2019.pdf · PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ... menyampaikan sepatah dua kata untuk Majlis

14

KEROHANIAN Ustaz Rafiuddin bin Mohd Yusof Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan

Staf Unit Hal Ehwal Islam

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

PERSEMBAHAN DAN KEBUDAYAAN Encik Nazarudin bin Zakaria

Penolong Pegawai Kebudayaan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

Pelajar Kebudayaan

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

PENGADILAN DAN BANTAHAN Lt. Kol. Hadijah binti Salleh (KEST)

Pegawai Kokurikulum Kanan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Tapah

Lt. Kol. Muhammad Syuhairi bin Zakaria (KEST)

Pegawai Kokurikulum Kanan Universiti Teknologi MARA Shah Alam

Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin A. Wahab

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

Mej. Ahmad Zuhaili bin Abdullah (KEST)

Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Kampus Jasin

Mej. Mohd Khairun Hafizan bin Yusof (KEST)

Pegawai Kokurikulum Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu

Kapt. Al-Ariff Johan bin Mohd Sabri (KEST)

Penolong Pegawai Kokurikulum Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau