kandungan tugasan.docx

Upload: norainneemat

Post on 06-Mar-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0) PENGENALAN

Microsoft Excel merupakan salah sebuah helaian elektronik yang digunakan pada masa kini bagi menggantikan kaedah yang lama dalam aktiviti kewangan atau pengiraan dengan dipermudahkan dan dipercepatkan. Selain itu, Microsoft Excel juga dapat menghasilkan pelbagai jenis bentuk graf berdasarkan formula aritmetik dan juga pemboleh ubah logik. Microsft Excel ini banyak digunakan dalam bidang pekerjaan seperti akauntan syarikat yang menggunakan Microsft Excel untuk kerja pengiraan stok dan kewangan, guru menggunakan Microsft Excel untuk merekod markah-markah pelajar, saintis menggunakan Microsft Excel bagi tujuan menganalisis hasil kajian eksperimen yang dilakukan dan banyak lagi.

Microsoft Excel juga antara program yang bagus dan fleksibel yang membolehkan penghasilan lembaran kerja yang kelihatan professional. Ia mempunyai pelbagai fungsi yang membantu dari segi pengiraan automatic, menyusun dan penapisan set data, dan juga menganalisis dan format data untuk dipersembahkan dalam bentuk carta dan graf. Fail di dalam Microsoft Excel dikenali sebagai lembaran kerja (workbook) yang tergolong di dalam kategori helaian elektronik iaitu spreadsheet. Excel menyediakan tiga lembaran kerja yang boleh ditambah, dibuang, disalin dan dipindah. Satu lembaran kerja mempunyai lajur yang menegak iaitu column dan baris melintang iaitu row, dan pertembunga antara baris dan lajur ini dinamakan cell. Setiap cell dirujuk dengan alamat dan boleh mengandungi nombor, teks atau formula.

2.0) KAEDAH BAGI MEMBUAT AUTO SUMS.

1. Klik butang start pada task bar dan klik Microsoft office untuk membuka perisian Microsoft excel.

Satu lembaran kerja baru dengan nama Sheet 1 akan terpapar pada skrin.

2. Klik pada cell dan masukkan data bagi satu jadual.

Data untuk membuat jadual kerja.cell

3. Klik pada butang insert dan pilih table. Paparan seperti di bawah akan keluar. Tekan butang OK pada arahan yang diberi.

Paparan berikut akan terpapar. Setelah berpuas hati dengan kandungan jadual, klik butang ok.Pilih table pada ruangan insert.

4. Setelah klik butang ok, hasil jadual seperti berikut akan terpapar.

5. Boldkan kotak kosong bagi nilai jumlah, iaitu di bawah keseluruhan bilangan data yang hendak dikira. Seterusnya klik butang autosums.

Tekan butang autosums yang boleh didapati pada ruangan home. Autosums adalah untuk mengira jumlah kesuluruhan data yang dibuat.

6. Setelah memilih butang autosums, hasil jumalah keseluruhan data akan terpapar pada ruangan jumlah pada jadual.

Jumlah autosum secara automatik terpapar di ruangan yang dipilih.

3.0) KAEDAH BAGI MEMBUAT JADUAL

1. Klik butang start pada task bar dan klik Microsoft office untuk membuka perisian Microsoft excel.

Satu lembaran kerja baru dengan nama Sheet 1 akan terpapar pada skrin.

2. Klik pada cell dan kemudian masukkan data-data mengenai jadual.

Masukkan data ke dalam petak-petak di cell mengikut bentuk jadual yang dikehendaki.

3. Setelah selesai membuat jadual, klik pada keseluruhan jadual dan kemudian cari ruangan insert dan klik pada table di ruangan itu.

Ruangan table yang terdapat pada bahagian insert.

4. Paparan berikut akan keluar dan klik pada butang ok.

Apabila paparan seperti ini keluar, pastikan keseluruhan jadual telah di boldkan.

5. Setelah menekan butang ok maka terhasillah jadual lengkap yang dikehendaki.

Setelah jadual siap dibuat, ruangan design akan terpapar di bahagian menu atas, design bagi menentukan warna dan bentuk jadual boleh dipilih di sini.

4.0) KAEDAH BAGI MEMBUAT CARTA PIE.

1. Klik butang start pada task bar dan klik Microsoft office untuk membuka perisian Microsoft excel.

Satu lembaran kerja baru dengan nama Sheet 1 akan terpapar pada skrin.

2. Klik pada cell untuk memasukkan data yang ingin dibuat.

Pastikan setiap satu data ditaip dalam setiap satu cell. Taip tajuk bagi carta yang ingin dibuat.

3. Setelah data siap dilakukan, boldkan keseluruhan data yang dibuat kemudian klik pada ruangan insert dan cari bahagian carta pie.

Di ruangan insert, klik pada bahagian carta pie untuk memasukkan data ke dalam carta pie.Klik di ruangan insert.

4. Pada bahagian carta pie tersebut, pilih jenis carta pie yang ingin dibuat dan klik pada bahagian tersebut.

Pilih jenis carta pie yang hendak dibuat. Terdapat pelbagai jenis pilihan carta pie seperti 2D pie dan 3D pie.

5. Setelah memilih carta yang dikehendaki, klik pada carta tersebut dan paparan rajah carta pie akan terhasil.

Setelah carta pie terpapar akan terdapat ruangan design pada bahagian menu di atas, warna bagi setiap bahagian carta dan pelbagai kaedah persembahan boleh didapati di bahagian design itu.

5.0) KAEDAH BAGI MEMBUAT CARTA COLUMN.

1. Klik butang start pada task bar dan klik Microsoft office untuk membuka perisian Microsoft excel.

Satu lembaran kerja baru dengan nama Sheet 1 akan terpapar pada skrin.

2. Bagi membuat carta column, mulakan dengan memasukkan data pada lembaran kerja (sheet). Data yang dibuat haruslah berserta dengan tajuk.

Data yang telah siap dibina. Pastikan carta column mempunyai tajuk dan ditaip pada satu cell yang sama.

3. Setelah carta dibuat, boldkan keseluruhan carta dan klik pada butang insert. Pada ruangan insert, cari bahagian carta column.

Butang insert pada ruangan menu.Bahagian carta column di dalam ruangan insert. Klik pada gambar carta tersebut untuk melihat pilihan carta column yang disediakan.

4. Apabila klik pada ikon carta column, akan terpapar jenis yang disediakan dan klik pada jenis carta column yang dikehendaki.

Paparan menunjukkan jenis-jenis carta column yang disediakan, seperti contoh terdapat carta 2D column dan 3D column. Pilih carta yang paling sesuai dan klik pada carta tersebut.

5. Setelah memilih jenis carta column yang dikehendaki, klik pada butang ikon carta tersebut dan hasil carta column akan terpapar pada lembaran kerja.

Hasil carta column yang dipaparkan pada lembaran kerja setelah memilih jenis carta column yang dikehendaki.

6.0) KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Microsoft Office Excel ini sangatlah berguna kepada semua individu yang hendak melakukan kerja. Ia yang sangat mesra pengguna dan boleh digunakan pada semua peringkat usia. Kebolehan yang diperolehi dapat memudahkan lagi segala kerja yang hendak dilakukan dengan peruntukan masa yang sangat singkat. Kemudahan lain yang diperoleh dari program ini adalah terintegrasinya program Microsoft Excel dengan program aplikasi windows yang lain. Penggunaan Microsoft Excel ini juga senang difahami dan tidak sukar untuk mahirkan penggunaannya dalam tempoh singkat.

7.0) RUJUKAN

http://tugasakhir.usahidsolo.ac.id/files/Panduan_Excel_2007.pdf http://suhdy.blogspot.my/2013/02/pengenalan-ms-excel-2007.html http://rimanuryani160510.blogspot.my/p/pengenalan-microsoft-excel.html http://hsajb.moh.gov.my/versibaru/uploads/epembelajaran/MSExcel.pdf file:///C:/Users/usera/Downloads/Business%20Forecasting%20With%20Microsoft%20Excell%20(1).pdf file:///C:/Users/usera/Downloads/PENGENALAN%20TENTANG%20Ms%20(1).pdf

15 | Page