kandungan laporan

11
[LAPORAN PROJEK LAWATAN KE MUZIUM INTERAKTIF] Sk Alma Pengenalan Projek Aktiviti luar ini bertujuan memberikan suatu pelajaran dan pengalaman yang berlainan kepada murid. Jika sebelum ini mereka banyak menerima latihan di dalam kelas, eloklah rasanya sesekali mereka ini dibawa keluar untuk merasai suasana yang baru. Cara sebegini juga boleh dijadikan terapi Pendidikan Seni Visual kepada anak-anak istimewa ini. Persekitaran luar dengan lukisan 3D ini diharapkan menjadi satu suasana yang gembira kepada anak-anak ini yang mana mungkin sebelum ini belum pernah dirasai oleh mereka. Matlamat lawatan Aktiviti luar ini bermatlamat untuk memberikan suatu terapi minda dan kekuatan fizikal kepada anak-anak istimewa ini pada suatu suasana persekitaran yang belum pernah mereka rasai sebelum ini. Semoga hasil daripada aktiviti ini, kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak ini akan sedikit teransang apabila melihat dan mendekati hasil seni 3D tersebut.

Upload: ct-armiza

Post on 11-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

lawatan

TRANSCRIPT

Page 1: kandungan laporan

[ ] Sk Alma

Pengenalan Projek

Aktiviti luar ini bertujuan memberikan suatu pelajaran dan pengalaman yang

berlainan kepada murid. Jika sebelum ini mereka banyak menerima latihan di dalam

kelas, eloklah rasanya sesekali mereka ini dibawa keluar untuk merasai suasana yang

baru. Cara sebegini juga boleh dijadikan terapi Pendidikan Seni Visual kepada anak-

anak istimewa ini.

Persekitaran luar dengan lukisan 3D ini diharapkan menjadi satu suasana yang

gembira kepada anak-anak ini yang mana mungkin sebelum ini belum pernah dirasai

oleh mereka.

Matlamat lawatan

Aktiviti luar ini bermatlamat untuk memberikan suatu terapi minda dan kekuatan

fizikal kepada anak-anak istimewa ini pada suatu suasana persekitaran yang belum

pernah mereka rasai sebelum ini. Semoga hasil daripada aktiviti ini, kemahiran kognitif,

afektif dan psikomotor kanak-kanak ini akan sedikit teransang apabila melihat dan

mendekati hasil seni 3D tersebut.

Page 2: kandungan laporan

[ ] Sk Alma

Objektif lawatan

1.1 Memberi suatu kelainan dalam suasana pembelajaran

1.2 Membina minda anak-anak istimewa ini pada persekitaran luar.

1.3 Memberi suatu sistem pendidikan luar bilik darjah yang teratur melalui

pemerhatian dalam lawatan ke tempat-tempat tertentu.

1.4 Memperkembangkan minda dan pemikiran anak-anak istimewa kepada

persekitaran luar.

Page 3: kandungan laporan

[ ] Sk Alma

Laporan Projek

Lawatan

Sebelum Lawatan

Sebelum mengadakan lawatan, kami telah mengadakan dua kali mesyuarat bagi

membincangkan hal mengenai projek lawatan. Antara yang terlibat semasa mesyuarat

Page 4: kandungan laporan

[ ] Sk Alma

tersebut ialah semua guru-guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran serta

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sk Alma.

Mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 1 April 2014 bersamaan hari selasa.

Mesyuarat ini membincangkan hal mengenai pemilihan tempat lawatan yang sesuai.

Mesyuarat kali kedua pula diadakan pada 9 April 2014 iaitu pada hari Rabu. Antara hal

yang dibincangkan ialah pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi projek lawatan ini serta

penyediaan kertas kerja bagi memohon kelulusan daripada pihak sekolah.

Seterusnya, kami telah menghubungi pihak Muzium Interaktif bagi

memaklumkan mengenai projek lawatan yang bakal diadakan. Ini bagi memudahkan

pihak mereka menguruskan aktiviti yang ingin dilaksanakan.

Selain itu, hal seperti perjalanan sepanjang lawatan serta guru yang

bertanggungjawab pada setiap murid juga telah ditetapkan. Tanda nama serta baju

yang perlu dipakai semasa lawatan juga telah ditetapkan sebelum program lawatan ini

bermula.

Semasa lawatan

Seawal jam 7.00 pagi, semua murid telah berkumpul di dalam kelas Pendidikan

Khas Sk Alma bagi tujuan mengambil kehadiran. Pada masa itu juga, setiap murid telah

Page 5: kandungan laporan

[ ] Sk Alma

diagihkan dengan tanda nama masing-masing. Pada jam 8.30 pagi pula, semua guru

PPM serta murid-murid menaiki bas ke pelabuhan Bukit Mertajam untuk menaiki feri ke

Pulau Pinang.

Setelah sampai di pelabuhan Pulau Pinang, kami berjalan kaki untuk pergi ke

tempat yang ingin dituju. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 15 minit dari

pelabuhan Pulau Pinang.

Murid serta guru ketika menaiki feri

Page 6: kandungan laporan

[ ] Sk Alma

Kami sampai ke destinasi iaitu Muzium Interaktif “Made In Penang” pada pukul

10.00 pagi. Sesampai sahaja kami di Muzium tersebut, semua murid telah di bawa oleh

guru berjalan-jalan di kawasan muzium untuk mengambil gambar serta menonton video

yang telah

disediakan oleh pihak muzium.

Page 7: kandungan laporan

[ ] Sk Alma

Setelah

puas berjalan

dan mengambil gambar di muzium tersebut, kami telah memilih Padang Kota Lama

sebagai destinasi seterusnya. Selain mempunyai taman permainan yang sesuai untuk

murid berkeperluan khas, lokasi ini juga sesuai untuk kami makan tengahari bersama-

sama. Semua guru dan murid berkumpul untuk makan tengahari dan setelah itu, semua

murid diberikan peluang untuk bermain di taman permainan di bawah pengawasan

guru.

Page 8: kandungan laporan

[ ] Sk Alma

Kami kembali semula ke sekolah Sk Alma pada pukul 12.30 tengahari dan

sampai di sekolah kira-kira pukul 2.00 petang.

Selepas lawatan

Selepas lawatan, kami telah membuat post-mortem bagi mengenalpasti masalah

yang dihadap serta cara atau cadangan yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.

Satu laporan mengenai projek lawatan juga telah disediakan untuk simpanan pihak

sekolah.

Murid bermain di taman permainan, Padang Kota Lama

Page 9: kandungan laporan

[ ] Sk Alma

Lampiran

Page 10: kandungan laporan

[ ] Sk Alma

(gambar

lawatan)