kandungan bab perkara halaman judul i · pdf file98 5.2.4 perbincangan ... 4.29 setiap program...

18
vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI SINGKATAN xv SENARAI LAMPIRAN xvi 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 7 1.3 Pernyataan Masalah 8 1.4 Objektif Kajian 8 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Kepentingan Kajian 9 1.7 Skop Kajian 9 1.8 Takrif Istilah 10 1.8.1. Kajian 10 1.8.2. Prioriti 10 1.8.3. Audiens 11 1.8.4. Aktiviti 11 1.8.5. Masjid 11 1.9 Kesimpulan 13

Upload: tranthu

Post on 05-Mar-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 7

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Takrif Istilah 10

1.8.1. Kajian 10

1.8.2. Prioriti 10

1.8.3. Audiens 11

1.8.4. Aktiviti 11

1.8.5. Masjid 11

1.9 Kesimpulan 13

viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Sejarah Awal Pembinaan Masjid 16

2.2.1 Masjid Al-Haram 16

2.2.2 Masjid Nabawi 18

2.2.3 Masjid Al-Aqsa 20

2.3 Peranan Masjid Di Zaman Nabi Muhammad s.a.w. 22

2.3.1 Tempat Ibadat 22

2.3.2 Tempat Kemasyarakatan 24

2.3.2.1 Rumah Persinggahan 24

2.3.2.2 Pusat Kebajikan dan Pengurusan Zakat 25

2.3.2.3 Hospital Dan Tempat Tawanan Perang 25

2.3.2.4 Perayaan atau Aktiviti Sosial 26

2.3.3 Tempat Pertemuan Muslimin 27

2.3.3.1 Perpustakaan Dan Tempat Penyebaran Ilmu 27

2.3.3.2 Tempat Berkenal-kenalan 28

2.3.3.3 Pusat Pendidikan 29

2.3.3.4 Tempat Transaksi Perniagaan 30

2.3.4 Pusat Pentadbiran dan Mahkamah 31

2.4 Peranan Masjid Kini 31

2.4.1 Pusat Ibadat 32

2.4.2 Pusat Masyarakat 32

2.4.3 Pusat Ekonomi 33

2.4.4 Kegiatan Politik 34

2.4.5 Pusat Pendidikan 35

2.4.6 Pusat Seni 35

2.5 Latar Belakang Kawasan Kajian 36

2.5.1 Masjid Jamek Bandar Baru Uda 36

2.5.1.1 Sejarah Pembinaan 36

2.5.1.2 Peranan Masjid 38

2.5.1.3 Bentuk-bentuk Program Dakwah 38

2.5.2 Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid 39

2.5.2.1 Sejarah Pembinaan 39

ix

2.5.2.2 Peranan Masjid 40

2.5.2.3 Bentuk-bentuk Program Dakwah 41

2.6 Kajian-kajian Lepas 42

2.7 Kesimpulan 48

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 49

3.2 Reka bentuk Kajian 49

3.2.1 Metode Historik 50

3.2.2 Metode Dokumentasi 51

3.2.3 Metode Temu bual 51

3.2.4 Metode Observasi (Pemerhatian) 52

3.3 Tempat Kajian 52

3.4 Populasi dan Pensampelan 53

3.4.1 Populasi 53

3.4.2 Pensampelan 54

3.5 Instrumen Kajian 55

3.5.1 Soal selidik 55

3.6 Tatacara Kajian 57

3.6.1 Kajian Rintis 58

3.6.2 Kajian Sebenar 58

3.7 Analisis Data 59

3.8 Jangka masa Kajian 59

3.9 Kesimpulan 60

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 61

4.2 Analisis Data Bahagian A : Latar Belakang Responden 62

4.3 Analisis Data Bahagian B : Prioriti Program Masjid 67

4.4 Analisis Data Bahagian C : Faktor-Faktor Yang Mendorong

Pemilihan Prioriti Program 70

x

4.5 Analisis Data Bahagian D : Program Dan Aktiviti Lain Yang

Diperlukan Oleh Jemaah Masjid 73

4.6 Analisis Data Bahagian E : Analisis Pelaksanaan Aktiviti-

Aktiviti Di Masjid Jamek Bandar Baru Uda Dan Masjid

Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid 77

4.7 Analisis Keseluruhan Item Mengikut Objektif 86

4.7.1 Aktiviti Yang Menjadi Keutamaan Jemaah Masjid 86

4.7.2 Faktor-Faktor Yang Mendorong Pemilihan Prioriti

Program 88

4.7.3 Program Yang Menjadi Keperluan Audiens Masjid 89

4.7.4 Analisis Pelaksanaan Aktiviti-Aktiviti Di Masjid

Jamek Bandar Baru Uda Dan Masjid Jamek Tan Sri

Ainuddin Wahid 91

4.8 Kesimpulan 92

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1. Pengenalan 93

5.2. Perbincangan 93

5.2.1 Perbincangan Berhubung Program Yang Menjadi

Keutamaan Para Jemaah Masjid. 94

5.2.2 Perbincangan Berhubung Faktor-Faktor Yang

Mendorong Pemilihan Program. 96

5.2.3 Perbincangan Berhubung Program-Program Yang

Menjadi Keperluan Jemaah Masjid. 98

5.2.4 Perbincangan Berhubung Analisis Program Dakwah

Yang Dilakukan Di Masjid Jamek Bandar Baru Uda

Dan Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid 99

5.3. Rumusan 101

5.4. Cadangan 102

5.4.1 Masjid 102

5.4.2 Pejabat Agama (Bahagian Masjid dan Surau) 103

5.4.3 Masyarakat 103

xi

5.4.4 NGO Islam 104

5.4.5 Kajian Lanjutan 104

5.5 Kesimpulan 105

BIBLIOGRAFI 107

LAMPIRAN 114

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 56

3.2 Skala persetujuan (Peratus) 57

3.3 Skala persetujuan (Min) 57

3.4 Analisis kebolehpercayaan kajian rintis 58

4.1 Maklumat responden mengikut jantina 62

4.2 Maklumat mengenai umur responden 62

4.3 Maklumat mengenai tahap pendidikan 63

4.4 Maklumat mengenai pekerjaan responden 64

4.5 Waktu bekerja responden 64

4.6 Status diri responden 65

4.7 Maklumat mengenai pendapatan responden 65

4.8 Maklumat mengenai jenis kediaman responden 66

4.9 Prioriti program Masjid Jamek Bandar Baru Uda 67

4.10 Prioriti program Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin

Wahid 69

4.11 Faktor-faktor yang mendorong pemilihan prioriti

program masjid 70

4.12 Waktu solat yang kerap dilakukan jemaah di masjid 70

4.13 Pihak yang mendorong melibatkan diri di dalam

program masjid 71

4.14 Adakah responden akan mengikuti program

sekiranya ia melibatkan kos 71

xiii

4.15 Anggaran kos yang mampu dikeluarkan 72

4.16 Program yang menjadi keperluan audiens di Masjid

Jamek Bandar Baru Uda 73

4.17 Program yang menjadi keperluan audiens di Masjid

Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid 75

4.18 Program dakwah yang dijalankan di sini sesuai

dengan audiens 77

4.19 Program dakwah yang dijalankan di sini memberi

kesan yang positif dan menambah pengetahuan 77

4.20 Program dakwah di sini perlu dipelbagaikan

pendekatannya 78

4.21 Program dakwah di sini dapat mengurangkan

masalah sosial masyarakat dewasa 78

4.22 Program dakwah di sini dapat mengurangkan

masalah sosial remaja 79

4.23 Program dakwah di sini dapat mengurangkan

masalah sosial kanak-kanak 79

4.24 Banyak program dakwah yang disediakan khas

untuk masyarakat dewasa 80

4.25 Banyak program dakwah yang disediakan khas

untuk remaja 80

4.26 Banyak program dakwah yang disediakan khas

untuk kanak-kanak 81

4.27 Semua aktiviti dakwah perlu diadakan dalam waktu

yang sesuai 81

4.28 Setiap program dakwah perlu ada peruntukan

kewangan yang mencukupi 82

4.29 Setiap program dakwah perlu penglibatan dari

pihak atasan 82

4.30 Setiap pemakluman mengenai program perlu jelas 83

4.31 Perlu ada tempat khas untuk menjalankan program

dakwah 83

4.32 Pentadbiran bahagian dakwah perlu dipertingkatkan 84

xiv

4.33 Para pendakwah perlu berdakwah dengan bijaksana

supaya dakwahnya lebih berkesan 84

4.34 Penganjur perlu memilih masa, tempat dan

penceramah yang sesuai bagi setiap program

dakwah 85

4.35 Respons responden jemaah Masjid Jamek Bandar

Baru Uda bagi objektif pertama kajian 86

4.36 Respons responden jemaah Masjid Jamek Tan Sri

Ainuddin Wahid bagi objektif pertama kajian

87

4.37 Respons responden bagi objektif kedua kajian 88

4.38 Respons responden jemaah Masjid Jamek Bandar

Baru Uda bagi objektif ketiga kajian 89

4.39 Respons responden jemaah Masjid Jamek Tan Sri

Ainuddin Wahid bagi objektif ketiga kajian 90

4.40 Min dan kecenderungan respons bagi objektif

keempat kajian 91

xv

SENARAI SINGKATAN

% - Peratus

A.S - Alaihi Salam

AJK - Ahli Jawatan Kuasa

B - Bin

BBU - Bandar Baru Uda

Bt - Binti

MJBBU - Masjid Jamek Bandar Baru Uda

NGO - Non-government Organization

R.A - Radiallahu Anhu

RM - Ringgit Malaysia

S - Setuju

S.A.W - Sallallahu Alaihi Wasallam

S.W.T - Subhanahu Wa Ta’ala

SPSS - Statistical Packages For Social Sciences

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

T.T - Tanpa Tahun

TS - Tidak Setuju

TSAW - Tan Sri Ainuddin Wahid

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik Masjid Jamek Bandar Baru Uda 114

B Soal Selidik Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin

Wahid 124

C Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia 134

D Surat Kebenaran Lawatan ke

Perpustakaan Luar UTM 135

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Masjid merupakan perkataan yang paling sinonim dengan umat Islam sejak

dari zaman nabi Allah Ibrahim a.s, nabi Ya'kub a.s dan nabi Muhammad s.a.w.

sehinggalah ke hari ini. Fungsi dan peranan masjid sering disalahtafsirkan umat pada

masa kini. Mohd Puad bin Abdullah (2001) berkata bahawa fungsi masjid masa kini

bukan hanya tempat untuk melakukan ibadat solat sahaja tetapi juga aktiviti-aktiviti

lain. Namun fungsinya tidaklah sama seperti fungsi masjid pada zaman Rasulullah

s.a.w. dahulu atas kekangan-kekangan tertentu. Namun demikian setiap masjid

mempunyai peranan dan fungsinya yang tertentu bergantung kepada pihak

pengurusan masjid itu sendiri.

Masjid juga merupakan jambatan memperkukuhkan persaudaraan,

kesefahaman, kecintaan sesama umat Islam dalam menghayati ajaran Islam. Kita

akan dapati bahawa umat Islam yang pergi ke masjid mampu dibentuk pemikirannya

kepada suatu tujuan dan matlamat iaitu mencari keredaan Allah dengan penuh

keikhlasan dan sifat rendah diri. Fungsi dan peranan masjid perlu digerakkan agar ia

bukan menjadi tempat yang sepi, kosong dan sunyi kecuali pada waktu-waktu

tertentu sahaja (Ajmain Safar et al., 2004; 211).

2

Perkataan "masjid" diungkap di dalam al-Qur'an sebanyak 44 kali dan

dipecahkan kepada beberapa kumpulan maksud (Lokman Ab. Rahman dan Musa

Ahmad, 1996; 3). Masjid dari segi bahasa bererti tempat sujud. Sujud adalah

kemuncak kepatuhan dan penghinaan diri. Apabila seseorang itu patuh dan taat

kepada Allah, pasti dia akan sujud (Muhd Fadli Ismail, 2003; 1). Selain itu sujud

juga dapat diertikan sebagai penghormatan dan pengakuan akan kelebihan seseorang

seperti sujudnya malaikat kepada nabi Adam a.s seperti mana firman Allah S.W.T:

جدوا ا للمال وإذ قلن ان جدوا إال فس دم أل ئكة اس تكبر وآ ى واس يس أب إبل

من الكافرين

Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat:

"Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka

sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan

takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir".

(Surah Al-Baqarah: 2: 34)

Antara lainnya Allah S.W.T. telah berfirman di dalam al-Quran ;

جد ال وم سس أ تقم فيه أبدا لمس ق أن تق وم أح ن أول ي وى م ى التق عل

فيه رجال يحبون أن يتطهروا والله يحب المطهرينفيه

Bermaksud: “Sesungguhnya masjid yang dibangunkan atas dasar

taqwa itulah yang hak bahawa engkau berdiri (beribadat), di

dalamnya ada orang-orang yang ingin menyucikan diri, sedang

Allah sangat suka sekali kepada orang yang membersihkan diri itu”.

(Surah Al-Taubah: 9: 108)

3

Sesungguhnya masjid yang dibina sejak dipasangkan tiang pada hari pertama,

dengan tujuan untuk melakukan taqwa kepada Allah S.W.T, beribadah dengan ikhlas

kepada-Nya dan menghimpun kaum mukminin di sana dalam melaksanakan perkara

yang diredhai oleh Allah S.W.T., saling kenal mengenal dan tolong-menolong

melaksanakan kebajikan dan taqwa, adalah masjid yang lebih patut daripada yang

lain untuk menunaikan sembahyang bersama-sama orang mukminin (Ahmad

Mustafa Al-Maraghiy, Jil.5, 2001; 2904).

Ayat di atas juga memberi gambaran yang jelas bahawa masjid yang hak

dimakmurkan dan dijadikan untuk rumah ibadat, ialah masjid yang dibuat atas dasar

taqwa kepada Allah S.W.T. dan untuk mempersatukan kekuatan umat Islam.

Berlainan pula dengan masjid yang disifatkan pembinaannya untuk

memecahbelahkan persatuan umat Islam. Maka, tiada hak untuk dijadikan rumah

ibadat.

Sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam al-Quran ;

ادا ؤمنين وإرص ين الم ا ب والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وآفرا وتفريق

ا إ يحلفن إن أردن ل ول ه اللمن حارب الله ورسوله من قب نى والل الحس

يشهد إنهم لكاذبون

Maksudnya : “Dan mereka (orang-orang munafik) itu telah

membangun masjid kerana hendak menimbulkan bahaya, kerana

kekafiran, kerana memecah persatuan antara orang mukmin dan

kerana hendak menyambut orang yang semenjak dahulu telah

memerangi Allah dan Rasul-Nya, dan mereka sanggup bersumpah,

tidaklah kami kehendaki melainkan kebaikan. Dan Allah menyaksikan

bahawa mereka adalah pendusta. Janganlah kamu sembahyang di

masjid itu selama-lamanya”.

(Surah al-Taubah: 9: 107)

4

Maka membangunkan masjid dirar itu haram hukumnya, kerana

mendatangkan bahaya kepada umat Islam, kerana boleh memecahkan persatuan dan

tidak boleh dijadikan rumah ibadat, dalam hal ini perlulah masjid tersebut

diruntuhkan (Aminuddin Hehsan, 2003; 15). Perpecahan itu hanya akan melemahkan

umat Islam. Apabila umat Islam menjadi lemah, sudah tentulah akan berlaku

kerosakan dan kehancuran di dalam pelbagai aspek seperti akidah, syariat dan akhlak

umat Islam itu sendiri (Mohd Fauzi Mustaffa , 1996; 96).

Selain itu terdapat banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menghurai atau

menceritakan perkara yang berkaitan dengan masjid antaranya, sabda Rasulullah

s.a.w. di dalam hadisnya (Muslim bin Hajjaj, Jil.1, 1997; 263);

نم ملس ويهل عى اهللال صولس رالق : ال قهن ع اهللاىض رانمث عنع

)مسلمرواه . (ةنى الجا فتبي ه لى اهللانا بدجس مهللاى نب

Maksudnya : Dari Uthman r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang membina sesebuah masjid ( atau surau ) secara ikhlas

kerana Allah S.W.T. nescaya Allah akan membina untuknya sebuah

rumah di Syurga.

(Hadis Riwayat Muslim )

Sabdanya lagi (Abu Abdullah Muhammad, 1990; 210) :

قال رسول صلى اهللا : رضى اهللا عنه قال ى رعشى األوسى مب انع

)...ى شم ممهدعاب فمهدعب ااةولى الصا فرج أاسالن مظعا(عليه وسلم

5

Maksudnya : Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya : Rasulullah

s.a.w. bersabda: “Orang yang lebih besar pahalanya dalam

mengerjakan sembahyang ialah yang lebih jauh, serta yang lebih

jauh lagi perjalanan ( dari tempatnya ke masjid atau ke surau ).

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain, dari Abu Hurairah r.a. memberitakan bahawa Nabi

s.a.w. bersabda (Abu Abdullah Muhammad, 1990; 208):

هوقسفى وهتي بى فهتالى صل عفعض تةاعمى الج فلرج الةالص

جر خم ثوءوضل انسحأ فأاضوا تذا هن أكلاذا وفع ضنيرشوعا سمخ

ا ه به لتعف رال إةوط خطخ يم لةال الصال إهجرخ ي الدجسى الملا

.ةجرد

Maksudnya: “Solat seseorang dengan berjemaah, pahalanya berlipat

ganda daripada solatnya seseorang di rumahnya atau di pasar, 25

kali ganda. Sebabnya ialah, kerana apabila seseorang berwudhuk,

kemudian disempurnakannya, lalu dia pergi ke masjid dengan niat

hanya untuk menunaikan solat, maka tidak satu langkah pun langkah

yang dilangkahkannya, melainkan ditinggikan Allah darjatnya satu

tingkat untuk setiap langkah”.

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Secara umumnya, masjid boleh didefinisikan sebagai bangunan yang

digunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang-sembahyang lain dan kegiatan-

kegiatan lain yang dibenarkan oleh agama Islam. Di Malaysia, terdapat negeri yang

memasukkan surau dan madrasah dalam tafsiran masjid (Siti Mashitoh Mahamood,

2004; 2).

6

Penggunaan istilah 'surau' berleluasa sebagai bangunan yang lebih kecil

daripada masjid tempat orang-orang Islam beribadat. Kedudukan dan

penghormatannya dianggap lebih rendah daripada masjid, sedangkan di dalam Islam

konsep surau adalah sama dengan masjid kecil, cuma tidak didirikan solat Jumaat di

dalamnya. Justeru, kemuliaan dan penghormatannya tidak boleh di pandang remeh

(Muhd Fadli Ismail, 2003; 5).

Madrasah pula, di samping diadakan sembahyang berjemaah,

keistimewaannya ialah diadakan kelas-kelas fardu ain (Mustafa bin Hj Daud, 1990;

226). Selalunya tempat solat yang dikenali sebagai madrasah ini mempunyai ruang

bilik yang khusus untuk sesi pembelajaran diadakan.

Dalam sejarah Islam terdapat tiga buah masjid yang paling utama iaitu Masjid

Al-Haram di Mekah, Masjid Al-Aqsa di Palestin dan Masjid Nabawi di Madinah

(Mustafa bin Hj Daud, 1990; 226-228). Ketiga-tiga masjid ini akan dihuraikan lagi

sejarahnya di dalam bab yang berikut.

Selain itu terdapat juga masjid-masjid yang ternama dalam Islam seperti

Masjid Jami' al-'Ateeq yang dibina oleh Amru bin 'Ash, Masjid Damsyiq yang

dirancangkan pembinaannya oleh Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah, Masjid al-Qairawan

yang dibina oleh 'Uqbah bin Nafi', Masjid Jami' Cordova yang merupakan salah satu

seni bina Islam yang tercantik, serta Masjid al-Azhar di Mesir yang bukan sahaja

sebagai masjid malah sebagai sebuah Universiti dan pusat ilmu (Muhd Fadli Ismail,

2003; 31-36).

7

1.2 Latar Belakang Masalah

Dewasa ini umat Islam semakin bersemangat dalam membangunkan institusi

masjid dengan pelbagai kesenian Islam yang menghiasi dinding-dinding dan

persekitaran masjid. Masjid-masjid direka bentuk dengan sempurna dan berpuluh-

puluh juta ringgit dibelanjakan semata-mata untuk mendirikan sebuah masjid, tetapi

dari segi amalan di dalamnya amat menyedihkan. Masjid hanya digambarkan sebagai

tempat beribadah sahaja seperti solat fardu, sembahyang Jumaat serta mengadakan

ceramah-ceramah agama yang hanya sekali-sekala diadakan (Esa bin Kasim, 1989).

Keagungan sebuah masjid hanya dilihat dari segi struktur binaannya, bukan dari

perlaksanaan pengimarahan di dalamnya.

Masjid merupakan rumah ibadat yang suci dan perlu sentiasa diimarahkan.

Kekuatan sesebuah masjid itu dapat dilihat daripada pelbagai aspek seperti tahap

penyebaran maklumat, kebajikan, sosial dan kebudayaan, kebersihan dan keceriaan,

imarah masjid, kemudahan serta keceriaan luar dan dalam, pentadbiran, program

tahunan dan lain-lain lagi (Sahlina Sahkirin, 2006; 7). Selain daripada aktiviti solat,

pihak pengurusan masjid juga telah mewujudkan banyak program-program dan

aktiviti bagi mengimarahkan lagi masjid.

Realitinya, kepelbagaian program yang dianjurkan oleh pihak masjid ini tidak

menjanjikan sambutan yang menggalakkan dari para jemaah. Malah sesetengah

program hanya dapat bertahan selama sebulan sahaja setelah ia dijalankan. Anisah

binti Mad Soh (2002) dalam kajiannya mendapati bahawa sambutan yang diterima

oleh warga kampus terhadap program yang dilaksanakan oleh pihak masjid berada

pada tahap yang kurang menggalakkan. Permasalahan ini jarang kita fikirkan secara

umum. Tetapi bagi pihak-pihak yang terlibat secara langsung seperti pejabat agama,

AJK bahagian dakwah di masjid atau surau dan badan-badan NGO yang

melaksanakan aktiviti ini sememangnya sering mengadakan perbincangan dan

diskusi agama sama ada secara langsung atau tidak langsung mengenai permasalahan

ini (Mohd Ismail bin Mustari, 25. 3. 2005).

8

1.3 Pernyataan Masalah

Program-program yang dianjurkan masjid kebanyakannya hambar dari segi

sambutan masyarakat walaupun terdapat beberapa program yang menjadi tumpuan

ahli ibadat selain daripada ibadat-ibadat solat harian. Justeru kajian ini secara khusus

melihat apakah program-program yang menjadi tarikan utama kepada para jemaah

agar program-program ini dapat dipertingkatkan lagi mutu serta kualitinya

bersesuaian dengan permintaan dan kehendak jemaah serta selari dengan tuntutan

syariat.

1.4 Objektif Kajian

1. Melihat aktiviti-aktiviti yang menjadi keutamaan para jemaah masjid.

2. Mengkaji faktor-faktor yang mendorong pemilihan program tersebut.

3. Mengenal pasti program dakwah yang menjadi keperluan jemaah masjid.

4. Menganalisis segala aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di Masjid Jamek

Bandar Baru Uda dan Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid.

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah jenis aktiviti yang paling diminati oleh masyarakat masjid?

2. Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada pemilihan program tersebut

3. Masih adakah aktiviti lain lagi yang diperlukan oleh jemaah masjid?

4. Adakah aktiviti-aktiviti yang di jalankan bersesuaian dengan kehendak dan

keperluan para jemaah masjid?